Sunteți pe pagina 1din 28

1.

0 PENDAHULUAN Pendidikan kesihatan dalam masyarakat bertujuan untuk membantu individu dalam masyarakat mengaplikasikan prinsip-prinsip kesihatan yang betul dan mengamalkannya dalam segala aspek kehidupan seharian. Terdapat pelbagai aktiviti dan medium yang boleh digunakan untuk menyampaikan maklumat pendidikan kesihatan kepada masyarakat. Aktiviti dan medium yang dipilih adalah untuk membolehkan masyarakat bebas dari kehidupan harian yang tidak sihat dan bahaya.Pendidikan kesihatan merupakan salah satu pendidikan yang amat penting kepada semua lapisan masyarakat. Pendidikan ini mendorong manusia kearah kesedaran terhadap bahayanya penyakit berjangkit khususnya H1N1. Pendidikan kesihatan ini merupakan satu platform bagi menyebar informasi terkini mengenai kesihatan yang diusahakan oleh pihak kerajaan bersama agensi-agensi terbabit kepada golongan yang disasarkan iaitu masyarakat Malaysia .Ia juga dapat dilihat sebagai pemangkin kepada amalan gaya hidup sihat yang sering diabaikan oleh masyarakat yang sememangnya kurang prihatin dan mengambilberat mengenai kesihatan. Khususnya Para pelajar menjadi kumpulan sasaran memandangkan generasi inilah diharapkan dapat menyebar maklumat tersebut kepada masyarakat di luar sekolah dan seterusnya dapat mengubah amalan dan cara hidup kearah yang lebih sihat . 2.0 AKTIVITI

2.1 PROGRAM SEMINAR KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN


Aktiviti Program seminar keselamatan dan kesihatan pekerjaan. Dimana aktiviti ini dijalankan oleh Organisasi Sebagai contoh Program seminar keselamatan dan kesihatan pekerjaan(KKP) adalah suatu Program latihan yang memberi kesedaran di kalangan para pekerja terhadap isu-isu KKP di tempat kerja. Seminar satu hari anjuran bersama NIOSHdan PERKESO ini telah dirasmikaon leh YB Datuk Abdul Rahman bin Bakar,Timbalan Menteri Sumber Manusia pada 8 Disember 2007. Dalam seminar ini perbincangan dua hala antara pekerja dan juga pentadbiran. Seminar ini juga diadakan untuk member kefahama tentanglangkah-langkah pencegahan penyakit dii tempatkerja. Meduim yang sangat sesuai digunakan ilah Radio, akhbar. Television , internet dan flayers.

2.2 Aktiviti National Influenza Pandemic Preparations Plan


Aktiviti National Influenza Pandemic Preparations Plan yang dianjurkan oleh Kementeria Kesihatan Malaysia. Kementerian Kesihatan telah mengeluarkan kenyataan statstik seperti dibawah. Dalam tempoh (17 23 Januari 2010) seramai 311 pesakit baru dengan simptom Influenza-Like Illness (ILI) telah dimasukkan ke hospital untuk rawatan dan sementara itu 347 kes pula telah discaj keluar. Baki kes ILI yang masih dirawat di seluruh negara pada hari terakhir minggu epid 03/2010 (23 Januari 2010) adalah sebanyak 325 kes di 39 buah hospital kerajaan. Daripada jumlah tersebut, hanya 17 pesakit atau 5.2% merupakan kes Influenza A(H1N1) yang disahkan melalui ujian makmal. Sehingga 23 Januari 2010, jumlah terkumpul kes positif influenza A(H1N1) adalah 12,380. Untuk makluman, terdapat 2 kes H1N1 sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi(ICU). Kedua-duanya mempunyai faktor risiko.Satu (1) kejadian kluster ILI telah dilaporkan di Kem PLKN Chini, Daerah Pekan, Pahang pada 23 Januari tetapi kesemua sampel yang diambil adalah negatif untuk Influenza A(H1N1). Tiada kematian baru kes H1N1 dan jumlah terkumpul kekal 77 sehingga kini. Virus influenza A (H1N1) adalah virus baru dan semua orang tiada daya ketahanan kepada jangkitan ini. Vaksin bagi melindungi jangkitan juga belum ada. Jika penularan dalam komuniti tidak dikawal dengan baik, penyakit yang mudah menular ini (contangious) akan

merebak dengan cepat serta melibatkan kejadian kes-kes yang tinggi atau banyak dan jika keadaan ini tidak terkawal kejadian kes berkomplikasi akan berlaku termasuk kematian. Sebagaimana yang dilaporkan sebelum ini, untuk membendung wabak pandemik di Malaysia (to slow down the spread), aktiviti kawalan dan pencegahan yang sedia-ada akan diteruskan melalui langkah-langkah pencegahan dan mitigasi. Langkah pencegahan dan mitigasi ini perlu diambil bagi memastikan kes-kes yang berisiko dikenal pasti dan diambil tindakan awal untuk mengelakkan komplikasi. Orang ramai adalah diminta untuk sama-sama mengambil bahagian dalam menangani pandemik ini.Aktiviti-aktiviti yang sedia ada akan dikaji dari masa ke semasa untuk memastikan pelaksanaan aktiviti kawalan dan pencegahan yang cekap dan berkesan agar penularan kes di Malaysia dapat dikurangkan ke tahap yang minima. Aktiviti mitigasi adalah tindakan membendung wabak pandemik H1N1 di Malaysia dengan memperkukuhkan langkah-langkah pencegahan dan kawalan seperti mengamalkan kebersihan diri, kerap mencuci tangan dan mengamalkan adab batuk yang sesuai. Strategi utama fasa ini adalah untuk mengurangkan kesengsaraan dan kematian akibat penyakit ini, melambatkan jangkitan penyakit dan mengurangkan kesan terhadap gangguan perkhidmatan utama. Di antara medium yang dugunakan untuk menyebarkan makulmat kepada masyarakat adalah internet, flyers, Risalah, Poster dan video. Contoh-contoh disertakan dibawah:

2.3

PROGRAM GAYA HIDUP SIHAT DAN KEMPEN

KESEDARAN HIV

Penganjuran program komuniti seperti ini dapat membantu Masyarakat dan secara tidak Langsung Kementerian Kesihatan Malaysia mempertingkatkan kesedaran umum di peringkat akar umbi mengenai gaya hidup sihat dan HIV / AIDS. Walau pun banyak program kesedaran seperti ini telah dilaksanakan oleh Kementerian Kesihatan di tahun-tahun yang lepas, namun Tinjauan Kebangsaan yang dijalankan pada tahun 2006 mendapati hanya satu pertiga (35.8%) penduduk Malaysia yang berumur 13 tahun ke atas mempunyai pengetahuan yang tinggi berkaitan penyakit jangkitan seksual seperti HIV dan AIDS. Di samping itu, hanya setengah (49.6%) penduduk Malaysia yang berumur 13 tahun ke atas mempunyai pengetahuan yang tinggi berkaitan cara transmissi HIV dan hanya dua pertiga (63.0%) tahu bahawa risiko mendapat HIV dapat dikurangkan dengan menggunakan kondom secara betul semasa melakukan hubungan seks. Ini bermakna program kesedaran perlu dilaksanakan secara berterusan. Program-program ini haryslah berlaku secara berterusan supaya lebih ramai mengetahui bahaya dan kesan penyakit berbahaya ini. Dengan ini masyarakat Malaysia dapat mengamalkan gaya hidup yang sihat. Selain daripada itu statistik juga menunjukkan bahawa semakin ramai menghidapi penyakit HIV ini. Menurut UNAIDS, sehingga akhir tahun 2007, dianggarkan seramai 33.2 juta orang yang hidup dan dijangkiti HIV di dunia ini, di mana 15.4 juta adalah golongan wanita dan 2.5 juta adalah di kalangan kanak-kanak. Bagi tahun 2007 sahaja, seramai 2.5 juta kes-kes baru jangkitan HIV telah berlaku dan hampir setengah juta daripadanya adalah kanakkanak.Selain daripada itu, seramai 80,938 jangkitan HIV telah dilaporkan ke Kementerian Kesihatan Malaysia. Ekoran daripada program kawalan dan pencegahan yang dilaksanakan, tren jangkitan HIV telah mula menurun, iaitu daripada 6,978 kes atau 28.5 kes bagi setiap 100,000 penduduk pada tahun 2002 kepada 4,549 kes atau 16.7 kes bagi setiap 100,000 penduduk pada tahun 2007. Bagi tahun 2008 adalah diunjurkan seramai 3,452 kes jangkitan HIV akan berlaku atau seramai 12.8 kes bagi setiap 100,000 penduduk. Oleh itu Kementerian Kesihatan Malaysia telah melancarkan program tersebut untuk menyedarkan Rakyat Malaysia tentang bahayanya HIV. Di antara medium-medium yang digunakan oleh KPm ialah seperti berikut , Portal KPM. Innternet, Risalah, Television, Surat

Khabar, flyer, ceramah di Pusat Kesihatan dan Hostipal Besar. Penyebaran yang berkesan bukan hanya bergantung kepada sebilangan medium sahaja. Manakala penyeberan maklumat yang berkesan haruslah melpelbagaikan medium. Oleh itu Kementerian Kesihatan telahpun menggunakan hamper semua medium untuk menyebarkan kesan HIV. Di antara medium yang digunapakai adalah seperti berikut: RISALAH :

POSTER:

BULETIN:

VIDEO:

2.4 KEMPEN KESEDARAN CHIKUNGUNYA Chikungunya adalah sejenis penyakit bawaan nyamuk. Chikungunya pertama kali dikesan melalui ujian darah di Tanzania pada tahun 1953. Semenjak itu ia berlaku di negaranegara Afrika, Asia dan akhir-akhir ini ia berlaku di beberapa buah tempat di Negara Eropah. Ia endemik (selalu berlaku) di kebanyakan negara Sub Sahara Afrika, India, Asia Tenggara, Indonesia dan Filipina.Ia bukanlah satu penyakit misteri yang tidak diketahui puncanya.Chikungunya adalah demam yang disebabkan oleh virus daripada genus Alphavirus di dalam keluarga Togaviridae. Virus Chikungunya berjangkit melalui gigitan nyamuk Aedes albopictus atau Aedes aegypti yang membawa virus tersebut. Nyamuk Aedes juga menyebarkan virus penyakit demam denggi. Masa pengeraman bagi Chikungunya boleh menjangkau dari 3 hingga 12 hari tetapi pada kebiasaannya di antara dari 3 hingga 7 hari. Tanda-tanda penyakit chikungunya adalah seperti berikut: 1 2 3 4 Demam panas mengejut Sakit teruk pada sendi Ruam pada badan Sakit kepala

Seorang pesakit boleh demam dari dari 1 hingga 7 hari (kebiasaannya 5 hari). Penyakit Chikungunya boleh disalah anggap sebagai demam denggi kerana tandatanda penyakit yang menyerupai demam denggi. Di Malaysia, Chikungunya tidak pernah dilaporkan boleh menyebabkan pendarahan atau kematian. Tetapi, sesetengah pesakit mengalami gejala yang berpanjangan. Pesakit yang berumur boleh mengalami kesakitan berulang pada sendi sehingga beberapa bulan atau tahun. Seperti penyakit-penyakit yang disebabkan oleh virus, ia tiada rawatan yang khusus. Selalunya rawatan diberi berdasarkan gejala klinikal yang dialami oleh seseorang pesakit. Kebanyakan kes yang terjadi hanya memerlukan rawatan pesakit luar sahaja. Tiada vaksin bagi penyakit ini.

Kes Chikungunya Terkumpul Yang Dilaporkan Sehingga Minggu Epid Ke-36, 2008

Cara Pengesanan Datang Ke Klinik/ Hospital 0 0 1 54 25 0 3 52 379 567 4 1 0 2 0 0 1088 Pengesanan Di Rumah/ Kampung 0 0 0 125 1 0 0 59 54 489 9 0 0 0 0 0 737

Bil. 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. 10. 11. 12. 13. 14. 15. 16. Perlis Kedah

Negeri

Jumlah 0 0 1 179 26 0 3 111 433 1056 13 1 0 2 0 0 1825

Kematian 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0

P. Pinang Perak Selangor WP K.Lumpur WP Putrajaya Negeri Sembilan Melaka Johor Pahang Kelantan Terengganu Sarawak Sabah WP Labuan JUMLAH

SUMBER :
BAHAGIAN KAWALAN PENYAKIT (DISEASE CONTROL DIVISON) KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA (MINISTRY OF HEALTH MALAYSIA)

Penyakit ini boleh dicegah dengan cara-cara berikut; Bersihkan kawasan rumah dan persekitaran supaya bebas daripada tempat-tempat pembiakan nyamuk Aedes. Ini boleh dilakukan melalui aktiviti gotong royong. Adalah terbukti tiada kes baru yang dilaporkan di kawasan-kawasan yang melakukan gotong- royong. Periksa rumah dan persekitaran sekurang-kurangnya seminggu sekali untuk memastikan tiada pembiakan nyamuk Aedes. Dapatkan rawatan dengan segera di klinik atau hospital berdekatan sekiranya mengalami tanda dan gejala penyakit.

Di antara tindakan-tindakan yang berkesan di ambil oleh Kementerian Kesihatan demi kepentingan dan keselamatan rakyat adalah ; 1 2 3 4 5 Pengesanan kes secara aktif Melakukan kajian Aedes Semburan kabus dan ULV Aktiviti gotong-royong bersama masyarakat setempat Aktiviti promosi kesihatan

Untuk menjayakan kempen ini medium yang digunapakai ialah, Risalah, iklan TV, Iklan Radio, Laman web(internet), Poster dan juga majalah. Dengan menggunakan mediumimedium ini pesanan kerajaan tentang bahaya penyakit ini telah disebarkan kepada semua lapisan masyarakat Malaysia.Di antara contoh-contoh adalah seperti berikut.

Risalah :

Lama web:

2.5 KEMPEN ANTI-MEROKOK TAK NAK

Kempen Anti merokok

TAK NAK di Lancarkan pada 9 Feb 2004 di Pusat

Konvensyen Putrajaya oleh YB DATO CHUA JUI MENG, MENTERI KESIHATAN MALAYSIA. Tabiat merokok boleh membunuh 1 bilion orang dalam abad ini. Terdapat lebih kurang 1.15 bilion perokok di seluruh dunia. Lebih 80% daripada angka ini adalah dari negara-negara yang berpendapatan rendah dan sederhana. Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia, tembakau menjadi satu daripada penyebab paling utama terhadap kematian di seluruh dunia. Adalah dianggarkan bahawa lebih kurang 100 juta orang mati disebabkan oleh penggunaan tembakau di abad ke-20. Dalam abad ke-21, adalah diramalkan bahawa 1 bilion orang akan mati sekiranya corak merokok sekarang ini berterusan! Penyakit-penyakit yang berkaitan dengan tabiat merokok membunuh seorang daripada 10 orang dewasa di seluruh dunia, atau menyebabkan empat juta kematian. Setiap lapan saat, seorang mati akibat penggunaan tembakau. Lebih kurang 15 bilion rokok dijual setiap hari atau 10 juta setiap minit. Di kalangan negara-negara Pertubuhan Kesihatan Sedunia, Rantau Pasifik Barat yang mana merangkumi Asia Timur dan Pasifik mempunyai kadar tabiat merokok yang tertinggi, dengan hampir dua pertiga lelaki yang merokok.

Di kalangan golongan remaja di seluruh dunia berumur 13 hingga 15 tahun dianggarkan seorang daripada lima orang adalah perokok. 60,000 hingga 100,000 kanak-kanak di seluruh dunia mula merokok setiap hari secara kasar, separuh daripada mereka di negara-negara Asia. Separuh daripada perokok jangka masa panjang akan mati akibat penggunaan tembakau yang menyebabkan kanser paru-paru, penyakit jantung dan penyakit paru -paru yang kronik. Terdapat lebih daripada 4,000 bahan kimia dalam asap tembakau, yang mana 2,000 daripadanya adalah toksik, 63 adalah karsinogenik dan selebihnya adalah bahan-bahan yang boleh menyebabkan kerengsaan. Secara purata, setiap batang rokok yang dihisap akan memendekkan sekurang-kurangnya lima minit hayat seseorang. 30% daripada semua kematian berkaitan kanser adalah daripada tabiat merokok. 90% daripada semua kematian akibat kanser paru-paru adalah disebabkan oleh tabiat merokok.

Di Malaysia pula Senario dan Tabiat merokok di Malaysia adalah seperti berikut:

Hampir separuh daripada lelaki Malaysia merokok. Setiap hari, lebih kurang 45 hingga 50 remaja di bawah umur 18 tahun mula merokok. 30% daripada remaja lelaki berumur 12 hingga 18 tahun merokok. Bilangan remaja perempuan yang merokok semakin bertambah. Hasil daripada dua kajian ke atas remaja yang dijalankan dalam tahun 2000 dan 2004, bilangan remaja perempuan yang merokok telah bertambah dari 4% hingga 8%. Secara keseluruhannya, kajian dalam tahun 2004 mendapati bahawa hampir seorang daripada lima orang remaja adalah perokok. Kes kanser paru-paru telah bertambah dengan kadar 17% setahun. Tabiat merokok dipercayai akan menyebabkan hampir setengah juta kes penyakit koronari (jantung). Berdasarkan Kajian Morbiditi dan Kesihatan Kebangsaan Ke-2 yang dijalankan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia dalam tahun 1996, tabiat merokok menyebabkan kematian lebih kurang 10,000 orang setahun.

Objektif kempen ini adalah seperti berikut :


.

Merangka kempen komunikasi secara berkesan yang menggerakkan seluruh negara ke

arah bebas rokok


. .

Menggesa masyarakat untuk berhenti merokok Mencegah kelompok remaja dan wanita supaya tidak memulakan tabiat merokok

Strategi yang diamalkan oleh kementerian kesihatan untuk membendung tabiat merokok di kalangan rakyat Malaysia adalah: Menggerakkan seluruh negara untuk memerangani masalah ketagihan rokok

Kempen ini akan memfokus kepada menyalurkan maklumat tentang ancaman dan bahaya merokok serta kesannya kepada kesejahteraan rakyat

Membina satu masyarakat baru yang berpengetahuan yang tidak merokok

Langkah jangka panjang ini perlu dirangka dalam kadar yang segera. Remaja sekarang perlu dilengkapi dengan maklumat yang tepat mengenai bahaya merokok. Kejayaan Kempen ini adalah bergantung kepada cara penyampain kesan merokok

yang berbahaya. Oleh itu kerajaan telah mencadangkan supaya mencetak gambar-gambar foto yang menunjuk kesan merokok yang berbaya di atas permukaan kotak rorok. Selain daripada itu medium yang digunakan untuk menyampaikian kesedaran tentang bahayanya merokok adalah melarang iklan rokok di semua media, iklan-iklan anti merokok, Poster\poster yang menunjukkan kesan bayaya merokok, media cetak, laman Web dan sebagainya. Diantara contoh-contoh adalah seperti di bawah:

Iklan :

Iklan TV:

Poster :

Majalah :

3. Punca-punca pencemaran yang memberikan kesan serta memudaratkan persekitaran.

3.1 Pengenalan Kadar pencemaran alam di negara ini dikatakan begitu tinggi walaupun pihak berkuasa menafikannya berkali-kali. Kejadian sungai tercemar dan penggondolan kawasan hutan semuanya menceritakan betapa buruknya kadar pencemaran alam itu selain kejadian tanah runtuh yang semakin kerap berlaku. Pihak media massa turut membuat pelbagai laporan yang memberi gambaran bahawa kadar pencemaran alam negara memang begitu kritikal. Oleh itu, pemahaman tentang punca-punca pencemaran alam amat penting untuk menangani kemelut ini. Salah satu penyumbang utama pencemaran alam di negara ini ialah sektor pembalakan yang begitu meluas dan intensif terutama di Sabah, Sarawak dan Pahang. Aktiviti pembalakan sama ada yang dibenarkan atau haram telah menyebabkan banyak kawasan hutan negara hilang dalam sekelip mata sahaja. Kita semua sedia maklum bahawa hutan menjadi salah satu alat penapis pencemaran yang semula jadi tetapi jika hutan sudah tiada bermakna sistem penapis pencemaran sudah hilang juga. Sesungguhnya, pencemaran alam di negara ini berlaku kerana meluasnya aktiviti pembalakan hutan.Begitu juga dengan aktiviti pembuang sisa toksik ke dalam sungai, laut, tasik dan sistem takungan air negara. Syarikat lebih suka membuang toksik ke kawasan semula jadi ini kerana mereka tidak mahu mengeluarkan belanja yang besar untuk membersihkannya terlebih dahulu. Tindakan tidak bertanggungjawab ini menyebabkan hampir semua sungai di negara ini sudah mengalami pencemaran yang tinggi. Maka, bayangkan sungai yang tercemar digunakan oleh manusia untuk menjalani kehidupan harian. Salah satu konsep pencemaran alam yang kita abaikan ialah tahap kebisingan yang wujud terutama di kawasan bandar. Kalau kita kaji kadar kebisingan di bandar begitu tinggi terutama di kawasan pembinaan dan ketika jalan raya penuh sesak dengan kenderaan. Pencemaran ini memang tidak diberi penekanan kerana kesannya dikatakan tidak begitu ketara kepada manusia. Namun, kadar pencemaran bunyi yang tinggi mampu membuatkan masyarakat kita tidak lagi mampu untuk mendengar dengan baik.

Pencemaran alam juga berlaku dengan meluas kerana negara ini tidak memiliki perundangan yang ketat terhadapnya. Maksudnya perundangan negara yang sedia ada tidak

begitu memberi penekanan kepada aspek pencegahan dan pengawalan yang melibatkan pengenaan hukuman yang berat seperti penjara arau dendaa yang tinggi nilainya. Bukan sahaja aspek perundangan yang tidak ketat tetapi pelaksanaan perundangan juga begitu longgar yang menyaksikan banyak kes pencemaran alam dibiarkan sahaja tanpa sebarang tangkapan dibuat oleh pihak berkuasa. Maka, satu akta yang lebih efektif bersama-sama penguatkuasaan yang menyeluruh harus diaplikasikan terlebih dahulu oleh pihak berkuasa untuk menangani kemelut ini.

Kadar pencemaran alam yang tinggi juga berkait dengan sikap masyarakat itu sendiri terhadap alam sekitarnya. Pemahaman masyarakat kita akan peri pentingnya alam sekitar dalam kehidupan mereka begitu rendah kerana menganggap manusia tidak memerlukan alam untuk meneruskan kehidupan ini. Ketiadaan sikap kepekaan akan kepentingan alam sekitar ini menjurus ke arah kegagalan sistem pendidikan golongan muda yang bakal mewarisi negara ini kelak. Jelaslah, sikap masyarakat yang sambil lewa sahaja terhadap alam sekitar mendorong berlakunya pencemaran alam pada kadar yang menakutkan ini. Dalam usaha mengejar kemajuan negara dan meningkatkan taraf hidup penduduk,kegiatan ekonomi dan projek-projek pembangunan sesebuah negara tidak dapat dielakkan manusia sering mengabaikan masalah-masalah alam sekitar yang timbul akibat pelaksanaan aktiviti ekonomi dan projek pembangunan.Kesan-kesan negatif akibat proses pembangunan dan modernisasi secara terburu-buru semakin mendesak dan ini mengakibatkan kesan pencemaran.Kesemua kesan negatif ini semakin menggugat kesihatan manusia,sumber-sumber ekonomi dan kemandirian bumi.Untuk mengurangkan kesan-kesan negatif pembangunan ke atas alam sekitar,setiap aktiviti ekonomi dan pembangunan mestilah diseimbangkan dengan usaha pengurusan dan pemeliharaan alam. Pencemaran boleh ditakrifkan sebagai pembuangan benda-benda atau bahan-bahan hasil dari aktiviti manusia ke alam persekitaran menyebabkan terganggunya keselesaan atau kemandirian kehidupan.Takrifan Pencemaran yang lebih bermaklumat adalah menurut Akta Kualiti Alam Sekitar 1974 yang menyatakan bahawa pencemaran adalah sebarang perubahan sama ada secara langsung atau tidak langsung kepada sifat-sifat fizik,kimia,biologi atau arasaras radiasi mana-mana bahagian alam sekeliling dengan melepaskan,mengeluarkan atau meletakkan buangan hingga menjejaskan keguanaan-kegunaan berfaedah,yang menimbulkan

sesuatu keadaan berbahaya atau mungkin berbahaya kepada kesihatan,keselamatan atau kebajikan awam atau organisma-organisma lain,tumbuhan dan haiwan.Pencemaran dapat dikategorikan dan disenaraikan kepada pelbagai bentuk pencemaran alam: Pencemaran udara ,Pencemaran air ,.Pencemaran laut,Pencemaran bunyi ,.Pencemaran tanah ,Pencemaran haba dan Pencemaran sungai dan kolam. Natijahnya, pencemaran alam telah berlaku dan akan terus berlaku jika tiada sebarang langkah konkrit untuk menghalangnya dibuat segera. Usah kita menuding jari menyalah satu sama lain dalam menyelesaikan masalah ini kerana itu bukanlah cara yang matang untuk menyelesaikannya. Sikap menghargai alam sekitar harus dipupuk dalam diri golongan muda di bangku sekolah dengan segera tanpa sebarang dalih lagi. Kalau kita mahu alam sekitar kita bersih maka diri kita sendiri harus bersih dahulu. 3.2 Punca-punca pencemaran yang menyebabkan berlakunya kesan serta pemudaratan persekitaran. Pencemaran udara Mengikut laporan yang dibuat oleh Jabatan Alam Sekitar,melalui akhbar Utusan Pengguna pada tahun 2001:Jumlah keluaran bahan-bahan pencemaran udara bagi Malaysia dianggarkan sebanyak 933,000 tan setahun. Daripada jumlah ini,kenderaan ialah punca utama pencemaran ini(58.1%),diikuti oleh stesen jana kuasa(23.9%),pembakaran bahan api industri(9.4%),pemprosesan industri(3.9%) dan pembakaran terbuka(4.9%). Pencemaran udara ini berlaku apabila terdapat benda asing dalam kepekatan yang mengganggu atau membahayakan manusia,tumbuh-tumbuhan,b inatang dan harta benda.Benda asing ini adalah di dalam bentuk abuk,asap,kabus,wap dan gas(Karbon Monoksida,Nitrogen Oksida,Hidrokarbon,Ozon,S ulfur Oksida ,bau-bauan) ataupun apa-apa campuran bahan-bahan ini.

Rajah 1.1 Gambar Photo menunjukkan pencemaran udara hasil dari pembangunan industri dan kebakaran hutan. Pembangunan tanpa pengurusan yang dirancang boleh membawa kesan buruk yang akan mengancam kualiti alam sekitar.Jumlah kenderaan di seluruh negara meningkat hampir 2 kali ganda sejak 1980.Keadaan ini berbahaya kepada alam sekitar kerana karbon diosida yang dikeluarkan oleh kenderaan menjejaskan kesihatan manusia dan juga menipiskan lapisan ozon. Masyarakat moden amat bergantung kepada pengangkutan bermotor seperti kereta, lori dan keretapi. Setiap pergerakan kenderaan motor menggunakan tenaga yang banyak dan hampir kesemuanya dihasilkan dengan membakar bahan api fosil, yang menghasilkan asap dan bunyi bising yang membawa kesan buruk kepada keadaan setempat. Kualiti udara persekitaran amat bergantung kepada jenis sistem pengangkutan yang digunakan, jenis sumber tenaga, tahap teknologi enjin dan juga jumlah tenaga yang diperlukan. Di dalam sektor pengangkutan, kenderaan motor adalah penyumbang utama kepada pencemaran udara. Penggunaan pengangkutan awam akan mengurangkan impak pencemaran ke atas alam sekitar. Dalam tahun 2004, 14 juta kenderaan berdaftar digunakan di Malaysia, angka ini dua kali ganda berbanding dengan sedekad lalu. Angka ini akan terus meningkat dari tahun ke tahun dengan meningkatnya pendapatan, pemindahan luar bandar ke bandar dan kekurangan kemudahan pengangkutan awam yang cekap.

Rajah 1.2 Gambar Photo menunjukkan pencemaran udara berlaku akibat dari pembuangan gas karbon dioksida pada kenderaan.

`Dapatlah dijelaskan punca-punca utama pencemaran udara ini adalah akibat daripada stesen jana kuasa elektrik,kerja-kerja pembinaan,industri atau kilang,kenderaan bermotor dan pembakaran sampah sarap. Penderaan alam sekitar melalui pencemaran udara timbul akibat daripada tindakan manusia itu sendiri.Setiap manusia menyumbang terhadap kemusnahan alam sekitar.Perokok yang mengembuskan asap ke udara,pembakaran sisa buangan di kawasan perumahan secara tidak terkawal juga membawa kesan kepada pencemaran udara. Hampir kesemua tenaga elektrik dihasilkan dengan membakar bahan api fosil seperti gas asli, minyak dan arang batu. Loji-loji janakuasa jenis ini mempunyai tahap kecekepan antara 35 dan 40 peratus di mana tenaga selebihnya bertukar menjadi haba. Pada masa ini, Malaysia menjana 86 peratus keperluan tenaga elektriknya melalui loji janakuasa konvensional manakala baki 14 peratus dihasilkan oleh stesen janakuasa hidro. Isi rumah menyumbang kepada pencemaran melalui penggunaan tenaga untuk mesin dan perkakas elektrik seperti peti sejuk. Peti sejuk dan penyaman udara bukan sahaja menggunakan banyak tenaga tetapi alat-alat ini juga mencemarkan udara apabila cecair penyejuk yang digunakan melepaskan Klorofluorokarban (CFC) ke udara seterusnya menipiskan lapisan ozon. Peralatan rumah seperti penyembur aerosol yang mengandungi CFC juga adalah punca pencemaran udara Pencemaran air

Pencemaran air bermaksud perubahan yang berlaku dari segi kandungan,keadaan dan warna sehingga tidak sesuai dan akan memberi kesan terhadap manusia apabila digunakan.Pencemaran ini berlaku sama ada dari segi biologi,kimia dan fizik.Bahan pencemaran boleh didapati dalam pelbagai bentuk iaitu gas,cecair dan pepejal.Pencemaran air boleh berlaku di mana-mana sahaja tempat berair.Oleh itu,pencemaran air merupakan pencemaran yang begitu meluas kerana didapati di seluruh dunia. Antara punca-punca pencemaran air ialah: a.Sisa bahan buangan kilang seperti sisatosid yang dibuang ke dalam sungai oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.Pembuangan ini dianggap mudah kerana tidak memerlukan kos pelupusan.

b.Pembuangan bahan-bahan buangan seperti sampah,minyak dan najis oleh sesetengah pihak individu juga merupakan penyumbang ke arah pencemaran air. c.Penerokaan juga membantu menyumbang ke arah pencemaran air.Ini adalah

kerana,penerokaan yang dijalankan sudah pasti menyebabkan hakisan tanah berlaku dan seterusnya tanah runtuh akan masuk ke dalam sungai dan menjadi mendakan.Mendakan ini boleh mencetekkan lagi paras air sungai dan seterusnya banjir akan berlaku.

Rajah 1.3 Gambar Photo Pembuangan sampah di sungai Sesetengah bandar dan kampung mengepam pelbagai bahan buangan yang tidak dirawat,manakala kilang kadang kala membuang bahan beracun ke dalam sungai.Ini boleh membunuh ikan dan tumbuhan seperti haiwan air yang lain.Baja dan racun perosak kimia yang digunakan oleh petani juga dibawa oleh air hujan ke dalam sungai dan anak sungai.Bahan-bahan ini boleh membunuh berbagai-bagai jenis hidupan air.

Rajah 1.4 Gambar Photo menunjukkan pembuangan sampah di sungai berhampiran kawasan pembangunan industri. Sikap tidak bertanggungjawab dan mementingkan keuntungan semata-mata telah membutakan hati dan perasaan manusia terhadap alam sekitar.Pengusaha kilang umpamanya,berusaha menjimatkan kos dengan mengambil jalan mudah,membuang sisa kilang ke dalam sungai walaupun menyedari kesannya terhadap persekitaran. Selain itu,kekurangan pengetahuan menyebabkan pemilik industri tidak mengambil berat serta cuba mengelak piawaian keselamatan yang ditetapkan sama ada berhubung keselamatan

manusia atau kestabilan alam sekitar.Pembangunan tidak boleh dipersalahkan sebagai punca kemusnahan alam sekitar.Pembangunan adalah rekaan manusia. Masalah ini harus dipandang serius kerana sungai merupakan sumber air yang paling utama.Kepesatan pembangunan industri,perumahan dan pembukaan tanah baru menyebabkan banyak sungai yang hilang keupayaan untuk memainkan peranan semula jadinya.Sekiranya fenomena ini berterusan,tidak mustahil rangkaian sungai di seluruh negara turut tercemar . 3. Pencemaran laut

Antara

punca-punca

berlakunya

pencemaran

ini

ialah:

a.Sungai yang tercemar akan mengalir ke laut,dan membawa pencemaran bersama-samanya. b.Sesetengah bandar dan bandar raya di tepi pantai mengepam kumbahan terus ke dalam laut. c.Minyak yang tumpah daripada tangki minyak dan pelantar minyak merebak di lautan lalu membunuh burung laut,kerang-kerang dan hidupan liar yang lain. d.Pencemaran yang berpunca daripada pembuangan sisa kilang.Industri memproses serbuk pencuci pakaian memberikan kesan terhadap sistem air di laut.Bahan kimia,asid dan bahan organik seperti nutrien,bahan radioaktif dan gas semakin berleluasa mencemari laut.

Rajah 1.5 Gambar photo menunjukkan asid dan bahan organik mencemari sekitar pantai. 4.Pencemaran tanah

Pencemaran tanah bermaksud perbuatan yang berlaku kepada sesuatu kawasan sehingga terjadinya pertukaran warna,kesuburan dan hakisan.Pencemaran ini disebabkan oleh bahan buangan sama ada berbentuk air atau pepejal.Bahan pencemar pula terdiri daripada pencemar organik,kimia atau fizik.

Antara punca-punca berlakunya pencemaran ini ialah:

a Pembuangan bahan-bahan buangan daripada kilang seperti minyak,sisa toksik dan sisa-sisa kilang. b. embuangan sampah merata-rata juga merupakan penyumbang ke arah pencemaran ini. c. enggunaan racun serangga secara berlebih-lebihan juga boleh menjadi salah satu punca encemaran tanah. d. ikap manusia yang jarang menghargai nilai-nilai maksum yang terdapat di kawasan menarik dan ndah.Penebangan pokok-pokok dan industri pembalakan di kawasan tersebut,bertujuan kononnya ntuk menggerakkan industri hiliran bagi membangunkan ekonomi negara.Kesan penebangan telah engubah sama sekali rupa bumi di kawasan berkenaan. Pencemaran tanah juga memberi kesan ke atas aktiviti harian manusia.Jika hampir kesemua tempat telah dicemari,manusia sudah tidak berpeluang lagi untuk melihat keindahan alam ini.Tanah yang telah dicemari tidak sesuai lagi untuk dijalankan pertanian kerana bahan kimia akan membunuh tumbuhan yang ditanam. Penukaran tanah dari hutan kepada pertanian telah mengakibatkan berlakunya penebangan hutan secara meluas. Selain daripada mengurangkan jumlah hutan asal dan biodiversiti hutan dan hidupan liar, penebangan hutan juga turut menyumbang kepada hakisan tanah, pemendapan, kerosakan cerun dan tanah runtuh di Malaysia .Penebangan hutan yang berterusan dan kemusnahan hutan di kawasan tadahan air akan menjejaskan bekalan air dan kualiti sumber air, menjejaskan kemampuan peng- ambilan semula air bawah tanah dan menyebabkan lebih banyak banjir di kawasan tanah rendah.

Rajah 1.6 Gambar photo menunjukkan pembuangan sampah tidak teratur mencemari tanah.

Rajah 1.7 Gambar photo menunjukkan pembakaran terbuka bukan sahaja mencemari udara tetapi merosakkan semula jadi tanah di kawasan berkenaan. Pembangunan yang tidak dirancang dengan berkesan seperti pembalakan yang giat dan pembukaan tanah secara berleluasa akan memberikan kesan buruk terhadap alam sekitar contohnya berlakulah hakisan tanah,berlaku perubahan iklim,kesan kepada rumah hijau dan banjir. Pembakaran pokok tua di kawasan ladang untuk tujuan penanaman semula banyak partikel jelaga. Partikel jelaga ini boleh diterbangkan pada jarak yang jauh oleh angin dan inilah punca jerebu yang kerap menyelubungi ruang udara Malaysia. Api dari pembakaran ini bukan sahaja menghasilkan asap yang mencemarkan tetapi ia juga memusnahkan segala fauna dan flora di sekitarnya.

Rajah 1.8 Gambar photo menunjukkan hasil kayu balak yang ditebang. 5. Pencemaran bunyi Pencemaran bunyi ialah bunyi bising yang keterlaluan sehingga menyakitkan telinga.Pencemaran bunyi biasanya melebihi 80 dB(A) dan pencemaran ini mengikut situasi dan keinginan masing-masing.Pencemaran ini boleh dibahagikan kepada empat bahagian,iaitu kebisingan selang-seli, kebisingan selenjar, kebisingan fluktuasi dan bunyi lantunan.

Antara punca-punca pencemaran ini ialah: a.Bunyi kenderaan bermotor merupakan penyumbang ke arah pencemaran ini. b.Industri-industri juga merupakan penyumbang ke arah pencemaran bunyi.Bunyi-bunyi ini datangnya daripada penggunaan jentera,kenderaan dan sebagainya.

c.Kuari juga merupakan ejen pencemaran bunyi.Bunyi pemecahan batu,enjin gerudi dan pemunggahan batu ke lori merupakan punca pencemaran ini.

d.Bunyi juga berpunca daripada proses pembangunan.

Rajah 2.0 Gambar photo menunjukkan kerja-kerja pembinaan yang memberi impak pencemaran bunyi. Kesimpulan

Malaysia sememangnya sebuah negara yang berkembang pesat serta maju dalam pelbagai bidang.Namun dalam kepesatan pertumbuhannya itu,ramai yang tidak menyedari bahawa ia juga membawa kesan sampingan terhadap alam sekitar.Kegiatan-kegiatan perusahan atau perkilangan asap-asap menyebabkan pencemaran udara dan pembuangan toksik menyebabkan pencemaran air.Selain itu,kegiatan pembangunan dan penerokaan hutan telah mengganggu sistem ekologi bumi dan mengakibatkan hakisan tanah.Terdapat puncapunca lain yang menyebabkan pencemaran alam,seperti kegiatan pengangkutan yang mencemarkan udara dan air,kegiatan perladangan dan sebagainya. Sebenarnya,punca utama kemusnahan alam sekitar adalah rekaan manusia yang tidak mempunyai nilai peka terhadap isu-isu sosial dalam masyarakat. Sayang pada alam sekitar, patuh kepada undang-undang,bertanggung jawab,boleh membuat pertimbangan.Maka,manusialah yang perlu rasional menangani keadaan ini.

RUJUKAN http://h1n1.moh.gov.my/index.php http://www.moh.gov.my/opencms/opencms/moh/chikungunya_malaysia.html http://www.prostar.gov.my/IEC_risalah_BM.htm

http://www.prostar.gov.my/IEC_Buletin_BM.htm http://www.infosihat.gov.my/taknak/KempenTakNak.php http://www.doe.gov.my/ms/content/punca-punca-pencemaran-udara http://www.scribd.com/

Pencemaran Alam Sekitar oleh Jasiman Ahmad Associated Educational Distributors(M) Sdn Bhd. http://smkaj.net/syahmi http://www.tblog.com/pencemaran alam sekitar http://www.scribd.com/doc/30424/alam-sekitar-ppt http://www.nre.gov.my/EN/Pages/home.aspx http://www.nre.gov.my/BM/Kenyataan%20Akhbar/BH%2022042008.jpg http://www.doe.gov.my/apims

S-ar putea să vă placă și