Sunteți pe pagina 1din 23

PENGENALAN KEDAH DARUL AMAN Negeri Kedah Darul Aman antara negeri yang paling awal wujud dalam

sejarah Nusantara yang dikenali dengan Kedah Tua. Seawal abad yang keempat masihi lagi Kedah dikenali dengan pelbagai nama atau gelaran sama ada dari pedagang Arab, Parsi, India dan China. Misalnya pedagang Arab telah memberi banyak gelaran terhadap Kedah semasa

kedatangan mereka ke sini. Negeri Kedah yang dibuka dalam kurun masihi 11 asalnya bernama Kalaha. Kalaha ialah nama suku kaum dari negara Iran yang berhijrah ke Nusantara semenjak kurun masihi yang ke-10 dan 11 seterusnya menetap di Kedah. Suku-suku Kurdi berhijrah ke Nusantara bukan sahaja kerana berniaga atau berdagang tetapi juga kerana mencari tempat penghidupan yang damai dan tenang untuk beribadat. Atas alasan ini juga menjadikan Kedah sebagai tumpuan pedagang asing untuk berdagang , mencari rezeki, dan bermastautin.

Dikalangan pedagang-pedagang Arab termasuk ahli pelayaran dan geografi, nama Kedah dicatatkan sebagai Kalah, Kalah Bar, atau Qadah bererti mangkuk atau bekas berisi air atau makanan. Kedah mempunyai kelebihan kerana kedudukannya di utara semenanjung terletak di persimpangan jalan perdagangan laut antara negeri Arab dengan China. Ahli-ahli geografi Islam seperti Khurdadhbiah di dalam kitabnya bertajuk al-Masalik wa al-Mamalik ( 846-847 )ada menyebut tentang negeri Kalah. Bukti negeri Kedah antara negeri yang tertua, menerima agama Islam yang terawal dan penulisan tempatan atau asing. pelbagai sumber sejarah dapat dilihat dalam penulisanKewujudan Kedah Tua dipercayai bermula sejak zaman

perkembangan empayar Funan yang menguasai pelabuhan tersebut pada sekitar kurun ke-2

lagi. Selain sumber Arab , Benua India juga mempunyai penulisan mengenai Kedah. Masyarakat Benua India mengenalinya sebagao Kalagam, Kandaram, Kataha, Kadanagara, dan pelbagi nama lain . Mengikut catatan terawal yang terkandung dalam puisi Tamil berjudul Pattinappalai yang ditulis antara kurun ke-2 dan ke-3 Masihi . Ia dibuktikan pula dengan penemuan arkeologi berupa inskripsi dan patung Buddha gaya Amaravati di Bukit Meriam dan Lembah Bujang iaitu sekitar abad ke-5 Masihi. Manakala sumber dari China tidak kurang penting iaitu Kedah Tua disebut oleh pelayar Cina sebagai Kiet- Cha, Ki-To dan Chi To. Walau bagaimanapun, penulisan pengembara Cina yang paling terkenal yang menceritakan tentang Kedah ialah penulisan I-ching yang ditulis sekitar 671 Masihi. Malah Kedah dalam penulisan tersebut sebagai Chieh-Cha yang membuktikan ia kemudahan. Perkembangan sejarah awal Negeri Kedah adalah disebabkan oleh kedudukan geografinya yang begitu strategik di rantau ini. Dipandang dari susut prasejarah sekurangkurangnya Kedah disifatkan sebagai jambatan atau landasan oleh manusia dalam proses migrasi dari utara ke selatan dan seterusnya ke kepulauan Asia Tenggara dan Pasifik. Tamadun di selatan Kedah atau Lembah Bujang ( Serpent Valley ) diawal abad Masihi hingga 20 Masihi mempunyai hubungan yang sangat intim dengan aktiviti perdagangan meritim dintara beberapa negara di Asia, China, Asia Barat, dan India. Penemuan tapak sejarah dengan beratus ribu pecahan seramik , kaca, dan manik sama ada dari China, Asia Barat, India atau tempatan runtuhan candi pengabdian terhadap Buddha atau hindu, struktur bandar atau pelabuhan yang tergelam, artifak budaya seperti patung-patung atau arca, batu bersurat dan peralatan yang berkaitan dengan kehidupan masyarakat telah menobatkan gugusan ini sebagai tempat terasasnya negara pesisir Kedah purba. Keseluruhan faktor-fakor yang disebutkan di atas berfungsi sebagai pelabuhan persinggahan dan mempunyai pelbagai

dengan sendirinya menunjukkan keagungan sejarah yang telah dilalui oleh Kedah khasnya dan secara tidak lansung menunjukkan berlakunya asimilasi sosial pada masyarakat Kedah purba.

KERAJAAN KEDAH TUA DARI ASPEK SOSIAL PENERIMAAN PERTUMBUHAN AWAL SOSIAL ; PENGARUH HINDU-BUDDHA Dalam menilai dari aspek sosial kita cuba menilai pengaruh ketamadunan yang membawa impak yang besar terhadap perkembangan sosial masyarakat Kedah Tua. Walaupun pada zaman kewujudan Kedah Tua banyak pengaruh yang di temui antara penglibatan kerajaan Siam, Kerajaan Aceh, Pedagang-pedagang China tetapi kita cuba untuk menilai pengaruh utama yang meninggalkan kesan terhadap struktur sosial . Dua pengaruh yang akan dibincangkan ialah pengaruh Hindu dan pengaruh Kedatangan Islam di kawasan Nusantara amnya dan Kedah Tua khususnya. 1. Perkembangan Peradaban India telah meluaskan dan berkembang secara dominan dari

Kurun Masihi 1hingga Kurun Masihi ke 14 atau 15 di daerah-daerah Nusantara didalam dua bentuk falsafah kepercayaan yang penting iaitu Hindusme dan Buddhisme1. Perhubungan India dengan daerah-daerah disebelah sini dikatakan wujud semenjak 100-200. Kedatangan

pengaruh peradaban India ke Nusantara berdasarkan kepada struktur sosial berdasarkan proses pergolongan masyarakatnya kepada stratifikasi-stratifikasi tertentu yakni pembahagian kasta masyarakat India kepada Brahmin, Ksyatriya, Vaisya dan sundra.

Lihat Mohd. Taib Osman (Prof .Dr ) 1974, )p. Cit hlm. 13.

Teori Ksyatriya adalah menekankan kepada peranan golongan Ksyatriya sebagai buktibukti kepahlawanan mereka menakluk dan mengalahkan kerajaan-kerajaan di kepulauan Melayu. Keruntuhan dinasti menimbulkan jalan baru perpindahan keturunan mereka ke Timur. Golongan Ksyatriya dengan golongan Vaisya adalah dua golongan berlainan sekali. Kemasukan orang India adalah damai, aman, dan bermula dengan pedagang-pedagang tempatan di kepulauan Melayu. Pada masa sama mereka memperkenalkan pengaruh India. Kedatangan pedagang-pedagang dalam usaha mencari keuntungan dalam pernigaan antara India dan China itu talah diterima secara sukarela oleh penduduk tempatan. Mereka berkahwin campur

sementara menunggu pertukaran musim. Bagaimanpun Van Leur mangatakan golongan Brahmin yang mencetuskan permulaan peradaban India di Nusantara sementara dua golongan tadi hanya sebagai pembuka jalan. Golongan Brahmin mempunyai kemahiran dalam bidangbidang seperti adat istiadat, kesenian, pentadbiran, bahasa, dan sastera; apatah lagi hal-hal keagamaan. Walau pun sukar untuk mencari bagi mengesan kerajaan-kerajaan yang berunsur Hindu-Buddha pada awal masihi di Nusantara kerana kekurangan bahan-bahan sejarah namun kerajaan-kerajaan Hindu telah wujud sebelumKurun Masihi Ke-7 lagi di daerah-daerah Nusantara. Kesan dari arkeologi dan penemuan-penemuan seprti alatan-alatan, batu bertulis dan ukiran-ukiran menunjukkan ciri-ciri peradaban hindu tersebut. Penemuan Candi Bukit Batu Pahat ke utara Kampung Merbok dipercayai dibina abad ke-17 atau 8 masihi yang termasuklah sebuah kuil Shiva ( Hindu ), tinggalan lama yang dibina antara Kurun ke-10 atau 11 Masihi dikawasan Tikam Batu dan peninggalan Pengaruh Empayar Sailendra, Jawa diMatang Pasir. Kerajaan utara Semenanjung dianggarkan mungkin wujud kerana hilangnya pengaruh kerajaan Funan( yang jatuh pada Kurun Masihi ke-4)dan kawasan utara telah kuat perdagangannya. Kerajaan utara dikatakan pernah meminta bantuan perlindungan dari China dalam abad yang

sama dan telah di sebut dalam beberapa catitan pengembara atau utusan China seperti sejarah Dinasti Liang (502-551) atau I Sing dan kegiatan-kegiatan perdaganganyang bertumpu di kawasan selat Melaka. Pada tahun-tahun 502-609 Masihi negara itu pernah dilawati oleh utusan China. Sumber-sumber Arab dan India menyebut negara Langkasuka telah wujud sejak abad ke 2 lagi dan menyebut Kedah sebagai Kadaha( Kalaha ) dan mengikut satu pendapat Kerajaan Kedah telah musnah lebih kurang tahum 13702. Pada Kurun ke 9 kekuasaan Sriwijaya telah meliputi Langkasuka, Kelantan, Terengganu dan Pahang bahkan seluruh semenanjung Malaysia. Kerajaan Sriwijaya yang merupakan pusat perkembangan Buddha telah membawa bersama kepercayaan ketika kemuncak penaklukan mereka di kawasan Nusantara. PEMBINAAN IDENTITI DARI PENGARUH ISLAM 2. Pengaruh Hindu Buddha telah merupakan ujian pertama terhadap perkembangannya

di mana telah melibatkan proses-proses diffuse, assimilasi, dan akulturasi yang terjadi hasil pertembungan masyarakat tadi. Faktor-faktor ini berlanjutan biarpun setelah pertumbuhan yang berbeza. Kedatangan suatu pengaruh peradaban yang besar khususnya kedatangan Islam bukan sahaja menandakan kedatangan zaman baru bahkan permulaan suatu zaman moden di rantau ini. Perubahan-perubahan yang merubah cara hidup terjadi meluas dengan sikap-sifat zaman lampau, zaman yang menayangkan pandangan hidup berbeza daripada yang lampau, zaman yang menubuhkan bukan sahaja rupa baru bahkan jiwa baru.

Kedah sebagai salah sebuah negeri Melayu yang tertua di Semenanjung mempunyai perhubungan dagangan dengan negeri-negeri Arab sejak perdagangan laut di antara Tanah

Lihat Wilkinson RJ, Early Indian Influences in Malaysia, JRAS- MB, Vol III, Pt 1, 1935 hlm, 4-5

Arab dan China dimulakan dalam abad ke-5 Masihi. Negeri Kedah telah wujud tidak lewat daripada abad ke-4 Masihi, R. Braddell menyatakan: " Dari kalangan Negeri-negeri Melayu, hanya Kedah sahaja yang dapat mengemukakan pelbagai bukti membuktikan penempatan yang berterusan sejak dari abad ke-IV Masihi hingga ke masa orang Melayu Kedah memeluk agama Islam pada abad ke-XV "

Dalam catatan orang-orang India, Kedah dikenali sebagai Kataha dalam bahasa Sanskrit atau Kadaram dalam bahasa Tamil. Dalam catatan orang-orang China, Kedah dikenali sebagai Chieh-ch'a atau Kie-teh'a. Dalam catatan ahli-ahli geografi Arab dalam abad ke-8/9 Masihi pula, Kedah dikenali sebagai Kalah. Sungguhpun Fatimi tidak bersetuju mengatakan Kalah itu Kedah, tetapi sebahagian besar sejarawan memperakuinya. Menurut Braddell, orang-orang Yunani juga telah mengetahui mengenai Kedah dalam abad ke-2 Masihi. Braddell percaya pelabuhan Takola, yang disebut oleh Ptolemy dalam buku Geografinya itu adalah Kedah. Kegiatan perdagangan di antara orang-orang Arab dengan negeri Kedah kian meningkat selepas ini. Sebagai bukti kegiatan perdagangan mereka dengan Kedah di masa itu, dua keping matawang dirham (wang perak) zaman Khalifah al-Mutawakil yang bertarikh 234 Hijrah (848 Masihi ) telah dijumpai di Lembah Bujang. Namun demikian, tarikh sebenarnya Islam bertapak di Kedah tidaklah dapat dipastikan, tetapi secara umum dapat diandaikan bahawa Islam telahpun diperkenalkan di Kedah selewat-lewatnya dalam abad ke-9 Masihi. Syed Naquib menjelaskan:

"Kita dapat mengandaikan, oleh kerana orang-orang Islam telahpun mempunyai pertempatan yang agak besar di Canton (yang bertarikh seawal abad 1/7), menikmati

autonomi dalam bidang agama dan awam yang agak tinggi, mereka tentulah telah mengekalkan pola pertempatan dan organisasi sosial mereka di Kedah dan juga di Palembang, di mana mereka juga telah berhijrah. Peristiwa ini nampaknya telah menandakan permulaan kedatangan Islam ke Kepulauan ini."

Kenyataan di atas boleh dipertanggungjawabkan kerana Kedah pada masa itu merupakan tumpuan lalu lintas perdagangan laut dari Teluk Parsi ke China dan jalan laut dari India ke selatan melalui Selat Melaka. Mengikut Abu Dulaf, Kedah merupakan sebuah entreport pusat perdagangan kayu manis, kapur barus, cendana, gading, timah, rempah ratus, emas, rotan dan hasil-hasil hutan yang lain. Kedah sangat terkenal dengan kayu manis, kapur barus dan timahnya yang tulen. Selain daripada itu, Kedah juga terkenal dengan eksport utamanya iaitu pedang yang dikenali oleh orang-orang Arab sebagai al-sayf al-Hind itu.

Di antara pertengahan abad ke-9 Masihi dan awal abad ke-11 Masihi, kawasan pesisir Kedah merupakan kawasan mewah yang ramai penduduknya dan mempunyai perdagangan yang luas serta tamadun yang tinggi. Braddell telah memetik salah sebuah catatan orang Arab mengenai Kedah pada masa itu. Catatan itu menyatakan bahawa negeri Kedah (Kalah) itu sebuah negeri yang besar, mempunyai tembok yang tinggi, tanaman-tanaman dan sungai yang banyak. Ia juga mempunyai sebuah kubu di mana "pedang India tulen" ditempa. Catatan ini juga mengatakan terdapat ramai orang India, Islam dan Parsi dikalangan penduduk kota itu. Mengikut Mas'udi, Kalah (Kedah) merupakan pelabuhan tumpuan kapal-kapal Islam dari Siraf dan Oman dalam abad itu.

Catatan ini menunjukkan bahawa orang Islam telah berada di Kedah sejak abad ke-9

Masihi lagi. Mereka mungkin telah mewujudkan pertempatan mereka sendiri di sana kerana mereka perlu menetap di pelabuhan itu buat beberapa lama bagi menunggu angin, sama ada untuk balik ke Timur Tengah atau meneruskan perjalanan ke timur. Sebagai bukti wujudnya pertempatan ini, pada 1965 telah dijumpai di Tanjung Inggeris Kedah, sebuah kubur yang bertarikh 291 Hijrah (903 Masihi) kepunyaan seorang hamba Allah yang bernama Syaikh Abdul Kadir bin Husin Syah Alam. .Penyebaran Islam banyak dimainkan oleh pedagangpedagang, pemerintah dan juga ahli-ahli Sufi. Pusat-pusat perdagangan seperti aperlak, Samudera- Pasai dan Jawa merupakan pusat yang menjadi tumpuan Arab Parsi. Semasa melalui kawasan sungai Merbok mereka akan berhenti untuk mendapatkan bekalan sebelum meneruskan perjalanan. Semasa persinggahan inilah berlakunya assimilasi pengaruh Islam terhadap penduduk tempatan. Islam yang pada mulanya dikembangkan di kota-kota atau kalangan atasan semata-mata telah berkembang ke daerah-daerah pendalaman dan dikalangan rakyat dimana pengembang-pengembang agama itu juga telah diberikan royal authority.

Sepintas lalu kita disini kita akan merenung kembali kesan-kesan peninggalan agama itu yang masih belum selesai dalam kehidupan bangsa Melayu, masih dalam proses penyesuaian dan masih banyak perkara yang perlu di perbetulkan terutama dari sudut kepercayaan-kepercayaan warisan animism dan Hindu itu sendiri.

UNSUR-UNSUR HINDU-BUDDHA DALAM SOSIAL MASYARAKAT MELAYU PURBA

Unsur-unsur Pengaruh Hindu-Buddha yang diterima oleh kebudayaan tempatan Nusantara bukan sahaja telah mendokong sistem sosial dan nilai yang ada bahkan banyak

memberikan implikasinya terhadap kehidupan masyakat Nusantara amnya khususnya masyarakat Kedah Lama sehingga kini. Zaman penerimaan peradaban India ini merupakan babak kedua dalam pertumbuhan kebudayaan Malaysia dan Kedah amnya. Kesan pengaruh India yang meluas sejak abad pertama Masihi hingga Kurun ke-14 atau 15 itu boleh dikatakan meliputi beberapa bidang kehidupan yang penting. Pengaruhnya diterima dalam sistem sosial khususnya didalam sistem politik dan kemasyarakatan tempatan, adat istiadat, dan upacara, bahasa dan kesusasteraan, kesenian, kepercayaan dan falsafah.

1. Pertabalan Raja

Konsep raja atau kerajaan yang wujud dalam masyarakat di negara ini adalah bersal dari India yang terjadi setelah bangsa Melayu purba itu menerima Pengaruh Hindu, maka ketua telah bergelar Raja dengan penasihat-penasihat yang bergelar Bendahara atau Perdana Menteri. ( Misalnya perkataan negeri atau negara adalah berasal dari perkataan HinduSanskrit yang mengambarkan masyarakat hidup secara kawasan-kawasan yang digelar negeri ). Sesetengah dari mereka telah berkahwin dengan ahli-ahli keluarga Indonesia

(Melayu ) yang terkemuka(ketua-ketua) dan memperkenalkan cara-cara pemerintahan beraja Hindu.3 Daripada awal Kurun masihilah mulanya muncul buat pertama kali organisasi sosial yang bercorak negara dan negara kota, atau sekurang-kurangnya komunitinya jelas menunjukkan penerimaan ciri-ciri peradaban India.4 Begitu juga dengan upacara pertabalan diraja pada masa dahulu dikelolakan oleh Brahmin tetapi telah disesuaikan dengan dengan kemasukkan Islam dan Barat. Juga dikaitkan iaitu status ketua-ketua masyarakat Melayu

3 4

R.O Winsetedt, JMBRAS Jilid 13pt. i. hlm. 35 Mohd. Taib Osman. Op. Cit. hlm 15

persisir adalah semakin tinggi dengan kemasukan pengaruh peradaban ini.

Dengan

kedatangan Hindu, maka sekurang-kurangnya wujud tiga kasta dalam masyarakat Melayu iaitu raja(bangsawan), golongan pertuanan, (yang menjalankan perintah raja) dan rakyat jelata yang menjadi hamba atau abdi kepada kedua-kedua golongan tadi. Perubahan ini berasaskan sistem demokratik kepada sistem feudalistik.

2. Sistem Politik Feudal.

Disamping itu sistem politik yang juga merangkumi pemerintahan dan pentadbiran telah banyak di pengaruhi oleh peradaban India. Pewarisan pemerintahan adalah berasaskan keturunan (misalnya perlantikan raja kepada anak-anak gahara),5 adanya gelaran dan

jawatan-jawatan istana sama ada kepada raja-raja atas pembesar-pembesar misalnya Seri paduka, Bnedahara, Laksamana bahkan perlantikan pembesar juga dipengaruhi oleh pengaruh astrologi6 Hindu dengan mengelarkan pembesar-pembesar secara berangka iaitu Orang-orang Besar Berempat, Lapan, Enam Belas, Tiga Puluh Dua, . Gelaran-gelaran ini masih diamalkan di Kedah, Pahang dan Perak. Raja diberikan banyak keistimewaan dalam pelbagai bidang. Mereka dibezakan denagn rakyat sebagai golongan yang diperintah dan ini meliputi pakaian, bahasa, pertuturan, dan adat-adat lain, misalnya warna kuning adalah dikhaskan sebagai pakaian diraja, dan bahasa dalam yang dipertuturkan atau dalam upacara-upacara yang berhubung dengan raja seperti santap, murka, gering, beta bersiram, beradu dan sebagainya. Pengaruh Hindu telah membawa undang-undang yang baru sama sekali dalam masyarakat Melayu purba. Sistem masyarakat dan undang-undang telah berubah, dari

5 6

Lihat Winstedt. R.O . Op. Cit. hlm. 70. Ibid., hlm. 68

10

undang-undang Adat Perpatih kepada undang-undang adat Temenggung yang juga dijadikan kekuatan diri raja-raja Melayu Hindu dan raja-raja Melayu Islam Mengikut Ahmad Ibrahim, pada mulanya Adat Temenggung itu sama dengan Adat Perpatih , tetapi telah menerima banyak perubahan setelah menerima pengaruh Hindu.7 Penciptaan undang-undang adat Temenggung telah bermula dari zaman Kesultanan Melaka lagi tetapi ditulis atau dibukukan selepas kedatangan Islam, antaranya yang terkenal ialah Risalat Hukum Kanun Melaka(1446), Undang-undangPahang(1596), Undang-undang Kedah (1650), dan Undang-undang Sembilan Puluh Sembilan, Perak (1750).

3. Kehamilan.

Dalam lapangan adat istiadat dan upacara, boleh dikatakan paling banyak dan kuat sekali mempengaruhi masyarakat Melayu baik raja mahupun rakyat. Seseorang anak sejak dalam kandungan lagi (melalui ibu) mesti melalui adat-adat dari Hindu itu yang menunjukkan

terdapatnya unsut-unsur Rites de passage atau adat yang dikenakan keatas seseorang individu (walaupun kini banyak yang berkurangan) semasa melalui peringkat-peringkat umur tertentu . Didalam masyarakat Melayu, perkara ini boleh dilihat melalui upacara-upacara sewaktu melenggang perut, mencecah garam, menjijak kaki, menindik telinga, dan dalam acara-acara perkahwinan dan kematian. Diantara adat istiadat tersebut adat melenggang perut masih diamalkan hingga ke hari ini baik dikalangan rakyat mahupun kalangan istana sebagai menadakan kandungan ibu genap 7 bulan, yang biasanya juga diiringi dengan jampi, kenduri kendara dan mentera-mentera berunsur Hindu.

Ahmad Ibrahim (Prof) 1970 hlm . 14.

11

4. Perkahwinan

Didalam adat perkahwinan pula pasangan yang berkahwin dikatakan raja sehari dan diadakan upacara-upacara tertentu. Upacara sanding yang menjadi acara kemuncak perkahwinan itu dilakukan dihadapan sanak saudara dan sahabat handai. 8 Mereka berada diatas pelamin khas yang berhias, ditaburi beras kunyit, direnjis air mawar, serta dengan pulut kuning, bunga telur, berbentuk gunung, hantaran-hantaran dan tidak boleh bergerak. Upacara lain seperti sirih, beras kunyit dan adat berinai adalah menunjukkan pengaruh dari India. .

5. Kesusasteraan

Terdapat juga unsur-unsur pengaruh yang jelas dalam lapangan bahasa, prosa, puisipuisi, dan istilah-istilah. Dalam kesusasteraan kita terdapat pengaruh dua epik yang penting berbentuk prosa iaitu Ramayana dan Mahabharata sebagai hasil karya yang terbesar. Kedudua epik tersebut dan kitab agama Hindu, Jataka atau Pancatantra, Khatasaritsagara dan lainlain telah banyak mempengaruhi cerita-cerita tempatan (folk tales) seperti Hikayat Perang Pandawa Jaya, Hikayat Maharaja Boma, Cerita-cerita Panji, hikayat Hang Tuah, Hikayat Merong Mahawangsa, Sejarah Melayu, Hikayat Nakhoda Muda, adalah contoh-contoh hikayat yang terpengaruh dengan epik Hindu.

6. Bahasa.

Dari segi bahasa terdapat banyak perbendaharaan kata yang diambil dari Hindu yang

Lihat juga, Winstedt. R. O., Op Cit., hlm. 46

12

hamper keseluruhannya kata-kata Sanskrit yang menjadi bahasa orang Brahmin seperti istilah-istilah atau perkataan-perkataan guru, dosa, syurga, neraka, siksa, niwarna, harta, warna, dewa, dewi, seri dan ribuan lagi sehinggakan sudah lumrah penggunaan hari-hari. Begitu juga dalam karya berbentuk puisi( selain daripada pantun yang kita akui sebagai hak mutlak bangsa Melayu )didapati puisi-puisi Hindu seperti mantera, seloka, dan gurindam tetapi tidaklah memberi kesan yang mendalam dalam kesusasteraan. Penemuan tulisantulisan Pallawa dan Kawi9 iaitu tulisan-tulisan dari India Selatan terbukti dari inskripsi-inskripsi dan hasil penulisan yang terdapat seperti di Cerok Tokkun, Bukit Meriam ( Kedah ) dan seberang Prai10 adalah menunjukan ianya pernah digunakan oleh orang-orang di Nusantara terutama di kawasan berhampiran Lembah Bujang. 7. Kesenian. Kesenian juga banyak dipengaruhi dan ditinggalkan oleh pengaruh India meskipun kedatangan Islam kemudiannya telah mengubah beberapa ciri tertentu dalam kesenian rakyat di rantau ini. Unsur-unsur seni binaan dan ukiran banyak dipengaruhi oleh unsur dari India atau patung-patung Hindu terutama wayang kulit walaupun telah diberikan nafas baru tapi masih mengekalkan dua epik terbesar iaitu Ramayana dan Mahabarata dikendalikan oleh dalang-dalang Melayu dan Jawa. Begitu keris yang merupakan warisan dan unsur-unsur kebudayaan Melayu itu. Kadangkala dalam beberapa segi motif ukiran hulu kerisnya adalah suatu motif Hindu yang agak nyata. Kepercayaan agama Hindu-Buddha dan falsafah kehidupan mereka telah meresap ke dalam masyarakat Melayu semenjak awal masihi lagi. Pengaruh kepercayaan ini masih lagi wujud dalam unsur-unsur magis masyarakat tempatan .

9 10

Winstedt R. O. Ibid., hlm. 139 Lihat jugaTweedie 1956, Op. Cit

13

Mereka mempercayai roh-roh pada benda-benda bernyawa dan kerana itu lahirlah institusiinstitusi bomoh, pawang, dan dukun dalam masyarakat Melayu. Kepecayaan terhadap roh orang mati ( yang selalu menganggu orang-orang hidup ) ,konsep bertapa, membuang ancak, dan lain-lain unsur magis menunjukkan unsur-unsur Hindu walaupun masyarakat itu memeluk telah Islam. Secara amnya dapat dikatakan bahawa selain yang disebut masih ada pengaruhpengaruh hindu yang boleh dicungkil dari kehidupan masyarakat dan bangsa rumpun Melayu terutama di kawasan Kedah. Kedatangan Hindu telah memperkuat suatu sistem politik feudalisme yang membantutkan perkembangan intelektual nbangsa Melayu, merosakkan sistem nilai dan sistem demokratik daerah ini melalui pengaruh golongan Ksyatriya, Vaisya, atau Brahmin. Ternyata bahawa pengaruh-pengaruh Hindu itu sebahgian besarnya melemahkan sikap yang kemudiannya menimbulkan konflik nilai selepas orang-orang Melayu beragama Islam , lebih-lebih lagi orang-orang Melayu gemar kepada keindahan alam denagn pandangan pokok menghijau dihalaman atau melihat air mengalir tenang atau tidak senang dengan kehidupan kota kerana tidak mempunyai kawasan menternak dan bercucuk tanam dapat dikesan dari pengaruh dan nilai hidup Dravidian. Pengaruh Peradaban India telah diterima dengan disesuaikan dengan corak-corak tempatan sama ada sebagai memenuhi tempat kosong atau menambah dari apa yang ada dan telah berkembang dalam bentuk kebudayaan yakni sebagai Great Tradition dan Little Tradition11 itu masih dapat dikesan dalam anismisme yang masih kukuh dikalangan orang Melayu luar bandar dan fatalistic itu juga melahirkan sikap tidak apa dalam masyarakat Melayu . Bagaimanapun

11

Mohd Taib Osman (1974) Op. Cit,. Lihat tentang konsep ini yang telah dugunakan oleh Robert Redfield dalam Peasant Society and Culture, Chicago. University of Chicago Press, 1956.

14

pengaruh Peradaban India telah memberikan satu gambaran dan menambahkan kompleksnya kebudayaan bangsa Melayu, baik dalam memperkayakan seni dan kesusasteraannya bahkan , feudalism Hindu itu memberikan orang Melayu kekuatan yang membolehkan mereka menyesuaikan diri dengan alam dan sehingga pengaruh itu dapat mendirikan kerajaan yang kuat. Suatu perkara yang amat penting bahawa pengolahan dan penyesuaian terhadap sosial dari pengaruh peradaban India adalah timbul daripada penduduk-penduduk tempatan sendiri.

PEMBINAAN IDENTITI DIRI DARI PENGARUH KEDATANGAN ISLAM DI NEGERI KEDAH.

Dikalangan masyarakat Melayu biarpun dikatakan pengaruh Hindu itu telah melabar di dalam beberapa aspek kehidupan sebelumnya tetapi tidaklah lebih dari suatu konflik yang kemudiannya diterima bagi disesuaikan dan merupakan ujian pertama terhadap perkembangan masyarakat dan kebudayaan Melayu. Pembentukan peribadi sosial masyarakat Melayu telah disebatikan oleh kedatangan Islam. Buat permulaannya Islam bukan sahaja disebarkan dengan meluas dikalangan anak negeri tetapi juga mempengaruhi intelek Melayu hingga dapat melahirkan ahli-ahli fikir dan falsafah dikalangan pribumi. Penyebaran Islam sejak mulanya lebih berpusatkan kepada golongan feudal atasan dan perkembangannya juga adalah melalui pengaruh golongan ini. Oleh itu Islam telah dianggap telah gagal mengubah sikap dan nilai Hindu dan juga gagal menghapuskan feudalism yang wujud beribu-ribu tahun dikalangan masyarakat awal Melayu Purba, lebih-lebih lagi lagi perubahan sosial terjadi secara proses evolusi kecuali dalam keadaan keadaan revolusi yang

15

terancang semata-mata. 1. Sistem Feudal Agama Islam telah diterima dari atas ke bawah, maka struktur feudal itu telah tidak berubah , malah disesuaikan dengan kehendak-kehendak Islam dan boleh di interpretasikan sebagai hanya menyentuh kedudukan sistem itu sendiri. Naskah-naskah

Melayu lama seperti Sejarah Melayu, Hikayat Raja-raja Pasai, Hikayat Merong Mahawangsa dan lain-lain menceritakan tentang pengislaman raja-raja yang mula-mula memeluk agama Islam. Oleh kerana itu proses penyesuaian telah dilakukan , kedudukan golongan raja ini telah diwarnai dengan nilai yang baru dengan gelaran sultan dan diberikan kuasa yang lebih kerana sekarang telah menjadi khalifah atau bayangan tuhan didunia ini. 2. Kepercayaan/ Aqidah Islam adalah agama dalam erti kata yang sebenarnya, iaitu agama yang ditanzilkan oleh Allah melalui Wahyu dan telah membawa kebenaran , membebaskan diri rohani, dan keadilan, dan dengan mutlaknya membicrakan tentang hukum, undang-undangdan akhlak budi pekerti yang sangat teristimewa. Sealain itu kita masih dapat menyaksikan kesan-kesan kepercayaan tradisional pada kegiatan memanggil semangat pada upacara perkahwinan, orang yang baru sembuh dari penyakit atau baru pulang dari perjalanan yang jauh. Demikian lah dari contoh-contoh amalan tradisional yang masih hidup dan sukar untuk menyatakan yang kedatangan pengaruh Islam telah berjaya menukar atau mengubah sama sekali kepercayaan Pengaruh Peradaban India setelah menerima aqidah Islam. 3. Kebudayaan Ketika membahaskan tentang pengaruh India dalam kebudayaan dan Tamadun di

16

persekitaran Kedah purba, kita mengetahui bagaimana kesannya yang merangkumi berbagaibagai kehidupan, meskipun ia bersifat elitisme. Dalam bidang pendidikan serta bahasa

pengaruh kedatangan Islam mencetuskan kelahiran tokoh-tokoh agama yang menukar sifat elitis peradaban Hindu kepada sifat kerakyatan yakni dari budaya istana yang eksklusif kepada budaya yang meresap kepada semua masyarakat sehinggalah Kedah menjadi pusat perkembangan pendidikan Islam terulung dengan sistem pengajian pondok. 4. Perundangan Dari segi undang-undang kita dapati betapa taraf sosial mempengaruhi bentuk hukuman yang akan diterimanya. Bahkan sama seperti undang-undang Hindu dimana hukumanya adalah berdasarkan kastanya. Semakin tinggi taraf kedudukannya semakin

besarlah kemungkinan terlepas dari hukuman. Proses penyesuaian telah berlaku dengan undang-undang Hindu dan kemudiannya bercampur aduk denagn hukum syara dan hukum adat setelah kedataangan Islam dikawasan utara tanah Melayu. Hukum adat terus kekal walaupun selepas kedatangan Barat. Bagaimanapun kesan undanng-undang Hindu masih lagi dirasakan dalam kehidupan masyarakat Melayu khususnya dalam perhubungan rakyat dengan raja dan orang-orang besar misalnya dalam adat istiadat istana keseluruhannya berbau Hindu dengan sedikit tambahan dan penyesuaian dari pengaruh Islam. Undang-undang Hindu tidak lagi di praktikan lagi kecuali dalam pemerintahan raja-raja Melayu dahulu tetapi selepas pengaruh Barat, hukum adat masih dijalankan sementara hukum Islam terhad dalam hal-hal ehwal urusan perkahwinan dan penceraian, pembahagian harta pusaka dan dalam apa saja hal ehwal keagamaan.

17

5. Bahasa dan Kesusasteraan Kesusasteran Islam sendiri bukalah bersifat Metos atau dongeng yang tertakluk pada nilai istana tetapi labih serius , demokratis, dan rasional serta lebih saintifik daripada sastera zaman lampau . Kedudukkan bahasa Melayu amat penting dan tinggi kerana Melayu telah mencapai taraf nilai bahasa yang tinggi , apabila kedatangan dan perkembangan Islam di Kedah dan rantau berdekatan menjadikan sebagai bahasa pengantar agama. Bahasa Melayu juga telah mennjadi sebagai Lingua Frannca yang disatukan dengan penggunaan tulisan jawi yang merupakan tulisan antarabangsa yang amat praktik dan senang difahami. Kesusasteraan Melayu Kuno masih lagi dalam bentuk lisan dan hanya diituliskan selepas orang-orang Melayu menerima tulisan Jawi. Buat pertama kalinya orang Melayu mempunyai alat ekspresi fikiran dan perasaannya. Justeru dengan tulisan itu lahirlah penyair, ahli-ahli falsafah, ahli fikir, dan ahli-ahli sajarah bangsa Melayu. Pada umunya sastera Melayu selepas kedatangan Islam dibahagikan kepada dua kelompok besar iaitu 1. Sastera non Islam 2. Sastera Islam Antara karya-karya yang diterbitkan pada waktu itu ialah Hikayat Nabi Muhammad s.a.w, Hikayat Bulan Belah, Hikayat nabi Bercukur, Hikayat para Sahabat Nabi dan lain-lain lagi. Manakala puisi pula seperti Syair Perahu, Syair Makrifat, Syair dagang dan sebagainya.

6. Kesenian dan hiburan Pengaruh Islam dalam kesenian dapat diperhatikan pada makam atau batu nisan, masjid, dan perhiasan-perhiasan padanya khususnya penulisan seni khat atau kaligrafi.

18

Mengenai batu nisan ia sebenarnya merupakan karya seni Islam yang paling awal sekali masuk ke Nusantara. Antaranya ialah batu nisan Syeikh Abdul Qadir Hussain Syah Alam yang bertarikh 903 M. yang dujumpai di Langgar , Kedah. Selepas makam masjid merupakan karya seni Islam yang terpenting pada masa itu. Dari segi bentuk dan coraknya memang ia masih di pengaruhi oleh kesenian Hindu, apatah lagi setengahnya dihias denagn ukiran-ukiran seperti bunga teratai, daun-daun, bukit-bukit karang dan sebagainya, walau bagaimanapun ia mempunyai maksud-maksud tertentu bagi umat Islam, dengan mihrab atau mimbar, malah dipenuhi dengan seni kaligrafi Islam yang dipetik dari ayat-ayat Al-Quran. Di Kedah juga permainan wayang kulit turut berkembang, tetapi seperti di Kelantan , di Kedah juga terdapat permainan muzik lain seumpama Mek Mulung, dan Gendang Keling yang banyak di pengaruhi oleh golongan India Muslim. Antara alat-alat muzik yang digunakan dalam permainan ini ialah seperti gendang geduk, gong dan mong, serunai dan kerecek. Malah Nobat yang sering di mainkan di peringkat istana juga banyak dipengaruhi oleh unsur-unsur seni Islam. Islam sebenarnya telah menentukan tindakan dan pengaruh yang besar dalam

kebudayaan bangsa Melayu baik dari segi politik, ekonomi mahu pun sosial hingga sekarang Agama Rasmi Negara dimana sultan atau raja menjadi ketua agama dan menyerahkan kepada Majlis Agama untuk melaksanakan hukum-hukum mengikut keatas penganutnya. Islam adalah faktor pengikat yang kuat mengabungkan anggotanya kedalam satu unit sosial.
12

Ciri-ciri penyatuan itu jelas dapat di lihat dalam undang-undang dan pelajaran

agama serta moraliti. Masyarakat Melayu telah menyesuaikan amalan-amalan seharian mereka daripada pengaruh tradisi purba dan Hindu dengan Islam pula.

12

Lihat juga perbincanagan Firth tentang kepentingan keagamaan dalam reality sosial. Firth R 1963. Op. Cit. hlm . 215-250.

19

Penutup Proses sejarah telah memperlihatkan bahawa sosial budaya rakyar negara ini sentiasa terbuka dan sesuai untuk seluruh masyarakat oleh kerana sosial itu sendiri dalam pembentukannya amat banyak menyesuai dan menerima pengaruh dari luar. Keagungan sosial budaya rakyat ini mestilah dalam perspektif yang memperlihatkan bahawa keperibadian dan identiti mereka telah wujud sejak zaman berzaman dengan tidak menolak ciri-ciri perubahan sebagaimana dialami oleh masyarakat lain kerana watak dinamismenya. Sosial budaya

Nusantara amnaya dan khususnya rakyat Kedah bukan sahaja menerima ujian-ujian dengan pertembungan sosio- budaya dengan Timur dan Barat, bahkan lebih penting identiti dan keperibadian mereka itu telah diisi dan diperkuatkan dengan penerimaan Islam yang mempengaruhi cara hidup mereka walaupun unsur-unsur Peradaban Hindu telah bertapak lebih awal . Masyarakat di Nusantara telah mengikat semula hubungan kita dengan sosio-budaya yang kental dan daerah rantau ini dengan prinsip-prinsip yang pragmatik untuk zaman-zaman yang akan datang dalam konteksnya yang tidak menolak fakta-fakta persejarahan bahawa rakyat asal itu telah mengalami perkembangan peradaban Islam yang utuh dengan tradisi-tradisinya yang dinamik dan positif. Nilai-nilai Islam telah tertanam dalam kebanyakan institusi, struktur, dan organisasi masyarakat dan sistem sosial umatnya di Malaysia; bahkan yang manapentingnya Islam telah membentuk kebudayaan seluruh umat Islam di Malaysia walaupun Peradaban Hindu lebih awal telah mengambil tempat di awal kerajaan Kedah Purba.

20

RUJUKAN

1. ____________, , Malaysia Kita, Penerbit Institut Tadbiran Awam Negara, K. Lumpur.1991 2. A. Aziz Deraman, , Masyarakat dan Kebudayaan Malaysia, Penerbit PerpustaaNegaraMalaysia, 195 3. Abdul Majid Hussin, Orang Acheh di Yan Kedah: Satu Tinjauan Umum, Perbadanan Perpustakaan Awam Kedah (Koleksi Kedah) 4. Abdullah Hussain, Dewan Budaya, Orang-orang Acheh di Malaysia, 1989 5. Abdullah Hussain, Orang Acheh di Yan Kedah: Satu Tinjauan Umum, dalam MDSS, bil 9, 1980 6. Abdullah Zakaria Ghazali, dipetik secara online dari Kertas Kerja Malaysia-Indonesia Dalam Sejarah: Liku-liku Hubungan Serumpun Sehingga Kurun ke-19, Jabatan Sejarah, Universisi Malaya. 7. Abdullah, Aku Tidak Minta, Fajar Bakti, Shah Alam, 1998 8. Ahmad Jelani Halimi, Institusi Pendidikan Pondok di Kedah Hingga Kemerdekaan Tanah Melayu 1957 Kebangkitan dan Keruntuhan Sebuah Tradisi Pendidikan, dalam Cetera, Persatuan Sejarah Malaysia Cawangan Kedah, Jilid 13, September 2006 9. Ahmad Jelani Halimi, Kemasukan Islam ke Kedah, dalam Dokumentasi Konvensyen Sejarah Kedah Darul Aman Kedua Islam Di Kedah Darul Aman, Concept Press Sdn. Bhd, 1998 10. Amaluddin Darus, Lintasan Politik Malaysia. Abad Enterprise. Kuala Lumpur, 1978 11. Anthony Reid, A Documentary Study of Atjehnese Foreign Policy In The Reign of Sultan Mahmud 1870-1874, dalam JMBRAS, Vol XLII (42), Part 2, December 1969 Darul Aman Kedua Islam Di Kedah Darul Aman, Concept Press Sdn. Bhd, 1998 12. Abdul Rahman Hj Abdullah, 2006. Sejarah dan Kebudayaan asia Tenggara Tradisional, Penerbit Karisma Publication. 13. A.Samad Ahmad, Sejarah Kesusasteraan Melayu I, DBP, 1963, 14. Al- Atas, Muhammad Naguib, Syed, I1972 Islam Dalam Sejarah dan Kebudayaan Melayu, Penerbit UKM K.L

21

15. Bastin.J & Robin W. Winks,1979,Malaysia:Selected Historical Readings,Netherlands.KTO Press.

16. Fatimi Q.S,1963,Islam Comes To Malaysia,Singapore,Malaysian Sosiological Intitute D.G.E.,1987,Sejarah Asia Tenggara,K.Lumpur.DBP.

Hall

17. H.G Quaritch Wales, The Malay Peninsula In Hindu Times, London: Bernard Quaritch LTD, 1976 18. Hasanuddin Yusuf Adan, Teungku Muhammad Dawud Beureu-eh Ulama, Pemimpin dan Tokoh Pembaharuan, UKM, Bangi, 2005 19. Ismail Haji Salleh, Kedah : Negeri Islam Yang Pertama di Nusantara, dalam Dokumentasi Konvensyen Sejarah Kedah Darul Aman Kedua Islam Di Kedah Darul Aman, Concept Press Sdn. Bhd, 1998 20. smail Haji Salleh, Sejarah Kedah Dalam Kebangkitan Islam, Deklarasi Langkawi, 1982 21. Ismail Hj. Saleh, Kedatangan Islam di Kedah Serta Penyebaran dan Perkembangannya, 22. Perbadanan Perpustakaan Awam Kedah, 2007 22. J.V. Mills, Arab and Chinese Navigators In Malayan Waters, JMBRAS, Vol 47, Pt. 2, 1974 24. Lee Kam Hing, Acheh dan Semenanjung Tanah Melayu dalam Kurun ke 16 dan ke 17, dalam Sejarah Malaysia Sepintas Lalu, DBP, Kuala Lumpur, 1972 25. Lukman Thaib, Achehs Case: A Historical Study of The Nation Movement For The Independence of Acheh-Sumatra, University of Malaya Press, 2002 27. Mahani Musa & Ahmad Jelani Halimi, Warisan Mahawangsa Kedah, Persatuan Sejarah Malaysia Cawangan Kedah, 2006 28. Mahayudin Haji Yahaya, Islam Di Alam Melayu, DBP, Kuala Lumpur, 2001 29. Md. Noor Salleh & Abdul Halim Hj. Salleh, Dokumentasi Konvensyen Sejarah Kedah Darul Aman Kedua, Islam Di Kedah Darul Aman, Majlis Kebudayaan Negeri Kedah, Alor Setar, 1998 30. Mohamed Mustafa Ishak, Syamsul Anuar Ismail, Rohana Yusof, Kedah Dalam Lipatan Sejarah Koleksi Artikel Dato Wan Shamsuddin Mohd Yusof, UUM, Sintok, 2004 31. Mohd Supian Sabtu, kertas kerja bertajuk Malaysia-Indonesia Dalam Sejarah: Liku-liku Hubungan Sosiobudaya Malaysia-Indonesia: Kasus dari Perspektif Arkeologi Islam, Jabatan Sejarah, UM

22

32. Muhammad Hasan b. Muhammad Arshad, Al-tarikh Salasilah Negeri Kedah, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Kuala Lumpur, 1968 33. N.A Halim, Nisan Acheh Bertulis di Semenanjung Malaysia, dalam Purba, Jurnal Persatuan Muzium Malaysia, Bil 4-1985 34. Nasha Rodziadi Khaw dan Nazarudin Zainun, Pensejarahan KedahTua: Tafsiran Semula Berdasarkan Sumber India

35. Rostam,1984,Penduduk Malaysia,K.Lumpur.Nurin Enterprise. Melayu),K.Lumpur.Eastview.

36. Mohd Isa Othman,2002.Sejarah Malaysia(1800-1963),K.Lumpur,Utusan Publications. 37. PJJ.UKMalaysia,1999,Islam Dalam Sejarah Dan Kebudayaan Melayu,Bangi,Penerbit UKM. 38. Rahmah Bujang & Nor Azlin Hamidon.2004.Keseni an Melayu.K.Lumpur.APM.U.Malaya.. 39. ______________, Serangkai Warisan Sejarah, DBP, 1989 Pembaharuan, UKM, Bangi, 2005

23

S-ar putea să vă placă și