Sunteți pe pagina 1din 8

LATAR BELAKANG USAHAWAN

Nama beliau Abd Halim Bin Rejab, beliau merupakan pengasas produk Minyak Tradisional Melayu.
Beliau di lahirkan pada 27 Disember 1963 di Hospital Besar Seberang Prai, Pulau Pinang. Beliau
merupakan anak bongsu daripada 5 beradik, yang terdiri daripada tiga lelaki dan dua perempuan.
Beliau di besarkan di Kepala Batas, Pulau Pinang. Beliau di beri pendidikan di Sek Rendah Bumbung
lima kemudiannya di Sek Menengah Kebangsaan Butterworth di Seberang Prai. Setelah tamat
tingkatan 5 beliau di beri peluang untuk melanjutkan pelajaran di universiti tempatan. Oleh kerana,
beliau berasal daripada keluarga yang susah dan memerlukan banyak wang, jadi beliau tidak dapat
melanjutkan pelajarannya di PTA . Walaupun tidak dapat menyambung pelajaran di PTA beliau tidak
pernah patah semangat untuk terus belajar. Beliau menjadikan tingkatan 6 sebagai tapak permulaan
untuk beliau terus mengejar ilmu.

Setelah tamat tingkatan 6 beliau bekerja di sebuah kilang motosikal Honda yang dikenali sebagai
Hicom yang terletak di seberang Prai Pulau Pinang. Setelah 5 tahun bekerja beliau di tukarkan ke
cawangan Honda Autopart, yang di tempatkan di Tikam Batu Sg Petani Kedah dan kemudiannya
beliau di naikan pangkat sebagai supervisor di kilang tersebut. Pada umur 25 tahun beliau telah
bertemu jodoh dengan seorang insan yang bernama Nor Sapurah Bt Mohd Salleh. Setelah setahun
mereka bercinta akhinya, Mereka selamat di ijab kalbulkan pada 25 september 1987. Setelah
berumahtangga beliau terus menetap di kampung Masjid, Tikam batu Sg Petani, Kedah. Pada tahun
1988 bersamaan 5 september, mereka di kurniakan seorang cahaya mata yang comel. Cahaya mata
tersebut di beri nama sebagai Nurul shazana berusia ( 22 tahun ), kemudiannya pada tahun 1991
mereka dikurniakan seorang lagi cahayamata perempuan yang di beri nama sebagai Nurul Nadiah
(19 tahun), di ikuti cahaya mata ketiga yang di beri nama sebagai Nurul fatinizzati (17 tahun) dan
seterusnya Mohd Haziq (10 tahun).

Beliau menjadikan warna merah dan biru sebagai warna kesukaan beliau, bagi beliau warna merah
merupakan semangat yang bekobar-kobar dan manakala warna biru adalah melambangkan
kedamaian dan ketenangan. Oleh kerana, beliau suka akan kedamaian dan ketenangan, beliau
menjadikan pantai sebagai tempat kesukaan beliau dan keluarga untuk keluar beriadah. Makanan
kegemaran beliau ialah ikan masak pedas, beliau sangat menggemari sambaal belacan dan ulam-
ulaman bagi beliau ulam-ulaman ini banyak hasiatnya. Manakala minuman kegemaran beliau ialah
teh tarik dan susu kambing. Hobi beliau ketika lapang ialah riadah dan melancong bersama keluarga
tersayang, banyak tempat yang terdapat di dalam negara, telah dilawati beliau sekeluarga. Sejak dari
bangku sekolah lagi beliau mempunyai idola, jika orang lain menjadikan artis sebagai idola pujaan
mereka tetapi bagi beliau, beliau menjadikan Rasullulah SAW sebgai idola utama. Rasulullah SAW
adalah idola yang paling terbaik untuk di contohi. Rasulullah SAW bukan saja taat kepada perintah
Allah ,malah Rasulullah SAW merupakan salah satu tokoh perniagaan yang berjaya pada suatu
ketika dahulu.

Motto hidup beliau adalah Berjaya untuk hidup. Motto ini bermaksud, tanpa kejayaan manusia tidak
dapat hidup dengan sempurna. Bagi beliau kejayaan mempunyai banyak maksud, tetapi bagi beliau,
beliau ingin berjaya di dunia dan akhirat. Kehidupan yang indah adalah kehidupan yang seimbang di
dunia dan akhirat. Manakala falsafah hidup beliau ialah Mengusahakan sesuatu adalah jauh lebih
baik daripada tidak melakukan apa-apa walaupun adakalanya yang diusahakan itu gagal. Bagi beliau
melakukan sesuatu kerja itu adalah lebih baik daripada tidak melakukan apa-apa. Walaupun kerja
yang dilakukan itu adakalanya gagal dan ada kalanya berjaya.


SEJARAH PERNAGAAN
Beliau bersyukur kepada Allah kerana di kurniakan kebolehan untuk mengurut dan membuat minyak
urut. Sejak dari kecil, bila tiba musim cuti sekolah ayah beliau sering mengajak beliau masuk kehutan
untuk mencari akar kayu. Kemudian akar kayu tersebut di gunakan untuk membuat minyak urut.
Minyak urut tersebut di buat bukanlah untuk di jual tetapi hanya untuk kegunaan keluarga beliau. Jika
beliau terluka ataupun terseliuh ketika bersukan, pasti ayahnya akan menggunakan minyak tersebut
untuk mengubati diri beliau. Ayah beliau juga pernah mengajar beliau bagaimana cara untuk
mengurut badan, ketika terseliuh dan sakit. Kerana memiliki kebolehan tersebut beliau di beri
kepecayaan oleh kawan-kawannya untuk mengurut mereka. Beliau tidak pernah meminta upah dari
rakan-rakanya kerana apa yang dilakukanya semua ikhlas dan bukan untuk di minta balasan. Bagi
beliau, beliau Cuma mampu membantu, Baik dan buruk semuanya datang dari Allah SAW. Banyak
orang yang telah di bantunya termasuklah mengurut orang yang lumpuh.

Pada suatu hari kawan beliau datang ke rumah beliau dan menyuruh beliau mengurut kakinya yang
terseliuh dengan mengunakan minyak beliau. Tapi malangnya beliau tidak dapat membantu kerana
beliau berada di Pulau Pangkor atas urusan kerja. Beliau mengsyorkan kepada rakannya itu supaya
mendapat rawatan dari doktor. Tetapi rakannya tetap ingin rawatan dari beliau. Walaupun. terpaksa
menunggu beliau. Rakannya yakin bahawa minyak beliau dapat membantu kakinya untuk sembuh
semula. Semasa berehat di loby hotel, beliau merasa sungguh bersalah kerana tidak dapat
membantu rakannya. . Puas beliau memikirkan, bagaimana cara untuk menghilangkan rasa bersalah
beliau terhadap rakan tersebut. Akhirnya, beliau mendapat satu jalan penyelesaian. Di mana, Jalan
penyelesain tersebut ialah membuat minyak dengan lebih banyak. Kemudiannya, di jualkan kepada
rakan-rakannya. Beliau juga bercadang untuk memberi panduan bagaimana cara-cara untuk
mengurut. Dengan cara ini rakan-rakannya boleh mengurut diri mereka sendiri dengan mengikut
panduan yang diberi di dalam kertas.

Bermodalkan wang sendiri beliau memulakan perniagaan tersebut secara kecil-kecilan. Pada
mulanya, beliau hanya berjaya menjual 10 botol sahaja dalam masa satu hari. Setelah produk ini di
pekenalkan untuk orang ramai, Beliau tidak sangka bahawa produk minyak beliau mendapat
sambutan yang begitu hebat daripada pelangan. Permintaan tinggi daripada pelangan membuatkan
beliau betul-betul ghairah untuk mencuburi dalam bidang perniagaan. Akhirnya, Beliau telah berjaya
memasarkan produk beliau di seluruh Malaysia.


CR-CR PERBAD

Sentiasa fikirkan kejayaan bukan kegagalan.
Bagi diri beliau KEJAYAAN berasal daripada perkataan jaya yang bermaksud dapatan, hasil,
kebahagiaan, keberhasilan, keberuntungan dan kebesaran. Lawannya ialah kegagalan yang bererti
kebuntuan, kekandasan, kekecewaan, ketewasan dan kunci mati. Anda memerlukan pemikiran
berjaya kalau mahukan kejayaan. Jika yang terpapar dalam pemikiran adalah kegagalan, maka
kegagalanlah yang anda akan perolehi .


Berjiwa besar.
Dalam kehidupan ini, memang ada beberapa perbezaan untuk meraih kejayaan. Jika yang terpapar
dalam pemikiran adalah 'kegagalan', maka kegagalan yang akan diperoleh. Andainya dalam
pemikiran terpahat 'kejayaan', maka kejayaan yang akan diraih. Tidak syak lagi jika selama ini
pemikiran anda memegang 'kegagalan', maka segala usaha anda juga akan berakhir dengan
kegagalan. Dengan demikian, anda memerlukan pemikiran 'kejayaan' jika mahu berjaya. Anda mesti
berfikir secara juara jika ingin menjadi juara. Anda perlu mempunyai kepercayaan yang kuat untuk
mencapai impiandunia.

Bersikap nisiatif dan bertanggungjawab.
Pada pendapat beliau keberkesanan aktiviti usahawan adalah dengan mencari dan mengambil
inisiatif. Golongan ini sanggup meletakkan diri mereka sebagai orang yang bertanggungjawab di
dalam sesuatu operasi tidak kira sama ada berjaya atau gagal. Usahawan adalah seorang yang
bertanggungjawab terhadap apa yang akan berlaku. Mereka mengambil inisiatif untuk menyelesaikan
masalah dimana tidak ada pemimpin lain yang sanggup mengambilnya.

Komitmen yang tinggi.
Kejayaan sesuatu usaha bergantung kepada komitmen usahawan tersebut. Komitmen membantu
usahawan untuk mengatasi ancaman dan rintangan di dalam perniagaan. Komitmen usahawan
terhadap idea dan pelaburan mereka menentukan kejayaan pelaburan yang mereka usahakan.

Orentasi Peluang (kesempatan).
Bagi beliau Fokus usahawan dan mula merebut peluang tidak bergantung kepada kajian, struktur
atau strategi. Mereka bermula dengan peluang yang ada dan membiarkan kefahaman mereka
menjadi panduan ke atas isu-isu yang penting. Usahawan mempunyai kebijaksanaan di dalam
mencari peluang yang ada. Di dalam mencari peluang perniagaan baru, usahawan melihat peristiwa
atau kejadian sama seperti orang lain, tetapi hasilnya atau penilaian terhadap peristiwa tersebut
adalah berlainan. Usahawan bukan sahaja berkebolehan mencari peluang yang ada tetapi
mempunyai kebolehan untuk meraih peluang tersebut.

Mengambil Risiko Secara Sederhana.
Bagi beliau Usahawan bukanlah seorang yang sanggup mengambil risiko secara membabi buta;
segala risiko yang bakal dihadapi telah diambil kira. Apabila seorang usahawan melibatkan diri
didalam sesuatu pelaburan, semua perkiraan telah diambil kira demi untuk mengelakkan usahawan
tersebut menanggung risiko yang tidak sepatutnya.

Mempunyai Keyakinan dan Optimistik.
Pada pendapat beliau. Usahawan mempunyai keyakinan diri yang tinggi di atas kebolehan mereka
untuk mencapai kejayaan. Kecenderungan ini membuatkan mereka bersikap optimistik terhadap
kejayaan yang akan mereka kecapi dan sikap ini berdasarkan kepada keadaan sebenar. Dengan
mempunyai keyakinan dan optimistik yang tinggi, tidak hairanlah banyak usahawan yang pernah
gagal berkali-kali akhirnya menjadi seorang usahawan yang berjaya.

Seorang yang Kreatif dan novatif.
Kreatif dan inovatif adalah perkara utama yang perlu ada pada setiap usahawan untuk memperolehi
kelebihan persaingan di dalam pelaburan mereka. Melalui fikiran yang kreatif, inovatif dan daya
imaginasi, usahawan boleh menghasilkan produk yang khusus dan perkhidmatan kepada para
pengguna. Kreativiti boleh dipelajari.

Sentiasa Mencari Maklumbalas.
Setiap Usahawan suka mengetahui bagaimana prestasi mereka dan sering kali cuba
memperbaikinya. Mereka aktif mencari dan menggunakan maklumbalas yang diterima sebagai cara
untuk memperbaiki prestasi mereka. Dari maklumbalas, usahawan boleh mempelajari dari kesilapan
yang telah mereka lakukan.

Menuju ke arah Kejayaan.
Bagi beliau Kejayaan merupakan motivasi utama untuk seseorang usahawan. Apabila usahawan
memulakan sesuatu, beliau mempunyai semangat untuk menyelesaikannya, mengunggulinya dan
mengejar serta mencapai cita-cita yang mencabar. Satu fahaman yang sering disalah ertikan
mengenai usahawan adalah "wang menjadi satu keinginan yang kuat. Kepada usahawan, wang
hanya sekadar menunjukkan kejayaan yang mereka kecapi dan wang bukan merupakan pemacu
motivasi kepada usahawan.

Mempunyai Kebolehan menentukan Visi.
beliau tahu apa yang ingin di capai. beliau mempunyai visi atau konsep untuk firma tersendiri. Tidak
semua usahawan mempunyai visi diawal perbukaan firma mereka. Di kebanyakkan kes, visi
dibangunkan setelah usahawan mula menyedari apa yang telah berlaku kepada firma tersebut.

Memiliki Kemahiran Mengatur.
Membina perniagaan dari permulaan bukannya perkara yang mudah. Oleh itu, beliau berkebolehan
memilih dan mengumpul para pekerja seperti yang dikehendaki untuk menjayakan tugas tersebut.
Beliau berkebolehan untuk mengurus sumber mereka secara berkesan untuk menukarkan visi
menjadi realiti.

Kawalan Fokus Dalaman.
beliau percaya kejayaan atau kegagalan sesuatu usaha adalah bergantung kepada diri mereka
sendiri. Kemajuan dan kemunduran berada di dalam kawalan dan pengaruh mereka sendiri, dan
mereka boleh mempengaruhi akibat yang akan berlaku hasil dari tindakan yang mereka lakukan.

Toleransi terhadap Kegagalan.
Bagi beliau, Usahawan tidak mudah kecewa, putus asa dan sedih apabila mengalami kegagalan.
Mereka belajar dari kegagalan. Pada waktu yang sukar, mereka masih lagi mencari peluang yang
ada. Kebanyakkan usahawan percaya mereka lebih banyak belajar dari kegagalan berbanding
dengan kejayaan.


Lebih Bertenaga.
Pada pendapat beliau, Usahawan adalah lebih bersemangat berbanding dengan kebanyakkan orang.
Usahawan perlu lebih bertenaga untuk membolehkan mereka menanggung beban yang besar dan
tekanan yang akan mereka hadapi. Tenaga tersebut merupakan faktor utama untuk membolehkan
mereka memulakan perniagaan.


Berdikari.
Bagi beliau, Usahawan adalah seorang yang berdikari. Mereka suka menyelesaikan sesuatu tugas
mengikut cara mereka. ni tidak bermakna usahawan mesti membuat semua keputusan. Mereka
mahu mempunyai kuasa (hak) untuk membuat keputusan yang penting.

Fleksibel.
Usahawan tidak tegas terhadap perniagaan (pelaburan) mereka. Mereka amat fleksibel dan
berkebolehan untuk menukar cara mereka mengikut kehendak pelanggan dan suasana perniagaan.
Dengan ekonomi dunia yang sering berubah, sikap tegas(ketegasan) seringkali membawa kepada
kegagalan.

Berani Menyahut Cabaran.
Walaupun persaingan banyak, namun beliau tetap berani memasarkan barangan beliau

Pemurah.
Sentiasa menolong, orang yang memerlukan bantuan.

Gigih.
Beliau pernah mencuba pelbagai jenis perkejaan termasuklah jualan langsung. Antara jualan
langsung yang pernah di cuburi adalah seperti Gano,Hio,Radix dan lain-lain lagi.

Sentiasa fikir ke depan.
Menetapkan matlamat hidup dalam jangka masa 10 tahun dari sekarang

Meletakkan target dalam hidup.
Sentiasa meletakkan satu hasrat, sasaran, kehendak, azam, target dan cita-cita

Sentiasa memotivasikan diri.
Menjadikan buku-buku,vcd keusahawanan, sebagai rujukan. Menjadikan orang yang berjaya sebagai
contoh



FAKTOR KEJAYAAN.

Diri sendiri.
Terdapat tiga faktor yang di tekankan oleh beliau iaitu: budaya merancang, beramal dan beriman, adil
dan jujur.

1. Budaya merancang.
Usahawan perlu mempunyai perancangan dan tujuan di dalam setiap tugasan yang harus
dilaksanakan. Dengan adanya idea, fikiran dan daya intelek yang mantap, usahawan boleh
menentukan tujuan dan perancangan bagi menguruskan sumber-sumber yang ada.

2. Beramal dan beriman.
Usahawan perlulah mempunyai sifat beramal dan beriman. lmu yang tinggi kalau tidak diamalkan
tidak memberi sebarang makna. Seterusnya usahawan perlulah beriman dan yakin apa jua
keputusan yang akan diperolehi adalah di atas ketetapan Allah S.W.T .Rasulullah telah bersabda
yang bermaksud: "man itu bukanlah dengan angan-angan dan perhiasan tetapi ia adalah apa yang
tertanam teguh dalam hati dan dibuktikan melalui amalan (bn Najjar dan Ad-Daylami)

3. Adil dan Jujur.
Sifat adil dan jujur merupakan sifat yang penting apabila menguruskan sesuatu urusniaga, sumber,
wang dan sebagainya. ni terbukti dengan pecahnya monopoli ekonomi oleh pihak Yahudi apabila
Rasulullah S.A.W. menampilkan sifatnya yang adil dan jujur di dalam urusniaga






Faktor Kejayaan beIiau dari aspek keIuarga dan masyarakat.

Kejayaan usahawan bukan dicapai secara bersendirian. Tanpa sokongan masyarakat, segala produk,
perkhidmatan atau proses yang hasilkan tidak memberi sebarang makna. ni kerana masyarakat
memainkan peranan penting untuk merealisasikan impian usahawan. Sering kali juga kita melihat dari
kaca tv dan membaca dari majalah mahupun akhbar bahawa setiap kejayaan yang dikecapi oleh
usahawan pasti ada sokongan dari ahli keluarga mereka. Sebagai usahawan, usaha pertama tidak
semestinya memperolehi kejayaan dan selalunya kaum keluargalah yang akan memberikan nasihat
dan kekuatan untuk meneruskan usaha tersebut sehingga berjaya


Kejayaan usahawan dari aspek Kerajaan dan agensi swasta.
Pihak kerajaan turut sama memainkan peranan yang penting untuk menghasilkan sebanyak mungkin
usahawan yang berjaya dengan menyediakan persekitaran ekonomi yang mengalakkan. Dengan
mempunyai ramai usahawan yang berjaya, peluang pekerjaan akan bertambah dan secara tidak
langsung akan mengurangkan kadar pengangguran. Untuk berjaya di dalam perniagaan, modal
merupakan satu sumber yang amat diperlukan. Oleh itu kerajaan telah menyediakan bantuan
kewangan kepada usahawan yang memerlukannya.


Faktor persekitaran
Kejayaan dan kegagalan perniagaan juga bergantung kepada faktor persekitaran perniaagaan itu.
Keseimbangan politik dan ekonomi dapat membantu sesuatu perniagaan. Rakyat Malaysia bertuah
kerana negara ini dilimpahi kedamaian dan kestabilan politik dan ekonomi. Usahawan dapat
menjalankan perniaagaan dengan aman dan selamat





PROFL SYARKAT MNYAK TRADSONAL MELAYU
Tarikh Mula Operasi : 2 Mac 2001
Pengasas 1/ Pengerusi Eksekutif : Abd Halim Bin Rejab
Alamat Syarikat : Lot 804 kampung baru, hutan gelam 08000 sg petani kedah
Cawangan : Sungai Petani (KEDAH) dll kawasan
Jenis Perniagaan : Memasarkan / mengedarkan produk kesihatan.
: Memberi perkhidmatan rawatan kesihatan.
: Menyediakan kursus Keusahawanan.
: Menyediakan kursus mengurut
Objektif Syarikat : Melahir dan membimbing para usahawan yang berdikari dan bebas kewangan.
: Menyediakan peluang perniagaan yang sistematik kepada semua kaum.
: Membantu memberikan kesihatan dan kecantikan kepada pengguna secara semulajadi tanpa kesan
sampingan.
: Menjadi 'gergasi' di dalam industri kecantikan yang berasaskan kesihatan.
: Membina rumahtangga yang bahagia dan cemerlang.
: Membentuk perkembangan minda anak-anak agar menjadi lebih pintar dan cemerlang.
: Membantu mengurangkan pengangguran



Kesimpulan


Sebagai usahawan yang ingin mencapai kejayaan dalam apa jua bidang yang diceburi, mereka
haruslah mempunyai ciri-ciri usahawan yang berjaya dan memegang teguh kepada semua
kompetensi keusahawanan yang dinyatakan sebelum ini. Usahawan juga haruslah bersikap berani
dan cekal dalam mengharungi segala rintangan dalam dunia keusahawanan.

Para usahawan di negara ini haruslah bersyukur kerana pihak kerajaan sentiasa memberikan
bantuan dan galakan secara intensif dan setiap masa bagi menggalakkan usahawan untuk
menceburi bidang keusahawanan yang boleh menjamin dan meningkatkan kualiti hidup mereka dan
masyarakat. Namun, bekas Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir Mohammad pernah
menasihati dan menyarankan kepada usahawan supaya tidak lagi mengharapkan bantuan
sepenuhnya daripada kerajaan kerana jika ia terus diamalkan, mereka akan menjadi lemah dan sukar
untuk berdikari atau dapat membuat keputusan bijak apabila menghadapi sesuatu masalah dalam
perniagaan kelak. Maka, seseorang usahawan yang tulen haruslah berdikari, berani menghadapi
risiko dan tidak takut kepada kegagalan serta sanggup menjadikan kepayahan dalam perniagaan
sebagai satu cabaran untuk mencapai matlamat hidup yang lebih baik bagi dirinya, perniagaannya
dan keluarganya.




Usahawan menurut Kamus Dewan Edisi Baru ialah sebagai orang yang
mengusahakansesuatu perusahaan iaitu pengusaha. Pengusaha dimaksudkan sebagai
pekerjaan secara besar- besaran untuk membuat barang - barang industri atau pekerjaan
berniaga secara besar-besaran.Selain usahawan adalah seorang ahli perniagaan yang harus
mengambil risiko menggabungkanIaktor pengeluaran termasuk modal, buruh, bahan dan
menerima ganjaran melalui keuntungandaripada nilai pasaran barangannya. Dengan kata
mudah, seorang usahawan akan bertindak sebagai orang yang mengurus sesuatu kegiatan
ekonomi terutamanya mengelola, memiliki,mengurus dan menanggung risiko sesuatu
perniagaan dan merupakan seorang inovator yang boleh mengakibatkan kepada sesuatu
pembaharuan.

S-ar putea să vă placă și