Sunteți pe pagina 1din 10

Kaedah-kaedah pengujian di dalam pembelajaran seni Kaedah pengujian di dalam pembelajaran seni perlu diperluaskan dan tidak hanya

bersandarkan kepada ujian pen dan kertas sahaja.Berbeza dengan kaedah pengujian subjek-subjek teras yang masih lagi bersifat tradisional, guru-guru seni boleh menggunakan pengujian berbentuk alternatif. Kaedah pengujian alternatif dapat membantu guru menguji kemahiran-kemahiran seni yang sememangnya kompleks dan komplikated. Hurwitz dan Day (2001) menyenaraikan beberapa ciri pengujian alternatif yang sangat sesuai di dalam pembelajaran seni, iaitu: 1. Menilai pelajar berdasarkan tugasan yang berdasarkan keperluan disiplin bidang seni visual. 2. Mengambil kira pengetahuan dan kemahiran secara holistik dan tidak melihat daripada fragmen-fragmen yang berbeza. 3. Menghargai pencapaian pelajar di dalam sesuatu pengujian kerana pencapaian yang rendah sekalipun tetap menjadi indikator kepada sesuatu penguasaan. 4. Melihat kepada proses dan hasil pembelajaran. 5. Mendidik pelajar supaya menguji pencapaian sendiri. 6. Mengajar pelajar untuk memperkenal, membentang dan mempertahankan hasil karya mereka di hadapan umum. Bentuk-bentuk Pengujian Alternatif Di Dalam Pembelajaran Seni. a. Pemerhatian.

Pemerhatian sesuai dilaksanakan oleh guru untuk pengujian formal yang bermarkah atau pengujian tidak berformal yang bertujuan untuk meningkatkan proses pembelajaran. Bagi tugasan pengujian formal, murid perlu diberi tempoh masa tertentu untuk menyiapkan tugasan dan guru perlu membuat pemerhatian berserta rubrik yang disediakan. Tugasan yang memerlukan proses tertentu sangat sesuai diuji melalui kaedah pengujian pemerhatian seperti aktiviti melibatkan tanah liat, pembuatan kolaj, seni ukir dan sebagainya. b. Temuramah Kaedah temuramah dapat dilaksanakan oleh guru di dalam situasi formal mahupun tidak formal. Secara tidak formal, temuramah boleh dijadikan medium untuk mendekati pelajar dengan tujuan untuk memahami masalah pelajar di samping melihat tahap pemahaman pelajar terhadap pembelajaran mereka. Di dalam situasi yang formal, temuramah diaplikasikan untuk mendapatkan penjelasan dan huraian yang

lebih komprehensif daripada pelajar kerana ujian bertulis yang dijalankan membataskan jawapan pelajar. Namun begitu, berbanding dengan ujian bertulis, sesi temuramah mengambil masa yang lebih lama. c. Perbincangan Untuk memberikan suasana yang lebih ceria dan selesa, guru boleh memilih kaedah perbincangan di mana para belajar kurang merasa tekanan pengujian kerana sesi perbincangan melibatkan sekumpulan pelajar. Pelajar bebas memberikan pandangan dan pendapat dan adakalanya pendebatan di antara pelajar dapat melahirkan idea-idea baru yang guru sendiri tidak menjangkakannya. Sekiranya guru

ingin mengetahui maklum balas serta interpretasi pelajar terhadap seni atau sesuatu karya, maka perbincangan merupakan kaedah sangat sesuai dilaksanakan. d. Pengujian berasaskan persembahan ( Performance-based Assessment) Pengujian berasaskan persembahan merujuk kepada pengujian yang

memerlukan pelajar melakukan sesuatu sama ada demontrasi, pembentangan dan lainlain. Pelajar perlu bersedia untuk mempersembahkan karya seni mereka untuk dinilai oleh guru berpandukan kriteria yang telah ditetapkan. e. Maklum Balas Bentuk pengujian maklum balas memerlukan borang untuk diisi oleh pelajar. Borang maklum balas atau questionnaire boleh digunakan sebagai ganti ujian bertulis. Bentuk soalan yang ditanya adalah jenis soalan tertutup (close-ended) yang memudahkan proses maklum balas oleh pelajar. Antara contoh penggunaan maklum balas seperti menilai pemahaman pelajar terhadap ciri-ciri seni bina mengikut budaya dan faktor-faktor yang mempengaruhi perbezaan mengikut budaya ini. f. Portfolio Portfolio merupakan himpunan atau koleksi hasil kerja pelajar, maklumat pelajar, pengetahuan pelajar, intelek dan kebolehan menyelesaikan masalah pelajar. Bahan portfolio pelajar menggambarkan amalan pelajar, proses pembelajarannya serta sikap dan nilai terhadap kerja. Bentuk penilaian portfolio merupakan satu kaedah menilai pelajar secara bersistem, menggambarkan penguasaan kemahiran dalam kontek jasmani, emosi, rohani dan intelek ( JERI). Portfolio merupakan penilaian yang adil dan

pelajar mempunyai masa yang mencukupi untuk mereka menyiapkannya. Portfolio merupakan satu bekas atau fail yang diisi dengan berbagai-bagai jenis dokumen, sketsa, penjanaan idea, pemeraman idea secara lakaran atau illustrasi, nota-nota dan refleksi pembelajaran. Portfolio dalam Pendidikan Seni visual menampilkan beberapa ciri yang tertentu. Ia merupakan satu fail kerja yang dibina secara berterusan dan beransur-ansur mengikut keperluan semasa dalam proses pembelajaran. Koleksi perkembangan pembelajaran pelajar dirancang secara bersistem dengan adanya rujukan buku dan tokoh seni. Akhirnya, guru yang menilai portfolio tersebut akan dapat melihat usaha, kemajuan pembelajaran dan pencapaian secara menyeluruh dan

pencapaian spesifik para pelajarnya. Pengujian Kemajuan Kanak-kanak Dalam Pendidikan Seni. Mata pelajaran Pendidikan Seni Visual sememangnya dinanti-nantikan oleh sebilangan besar pelajar. Mereka tertanya-tanya apakah aktiviti seni yang telah guru rancangkan untuk mereka. Setiap pelajar mengharapkan agar hasil seni mereka mendapat penilaian yang sewajarnya kerana penilaian itu akan menjadi pemangkin kemajuan kepada usaha mereka yang seterusnya .Justeru itu, guru perlu mengambil kira faktor-faktor yang mempengaruhi pelajar di dalam menguasai pengetahuan dan sesuatu kemahiran di dalam bidang seni. Pengujian yang berkesan bukan sahaja menjadi indikator kepada pencapaian dan penguasaan pelajar, malah boleh merungkai dan menjawab banyak persoalan yang seterusnya dapat membantu guru meningkatkan kualiti pengajaran mereka. Berikut adalah beberapa persoalan yang boleh dijawab sekiranya guru berjaya menjalankan pengujian secara berkesan.

1. Adakah kanak-kanak gembira dengan pengalaman pembelajaran positif di dalam

kelas? Adakah suasana pembelajaran selari dengan matlamat belajar kanakkanak? Guru perlu menyediakan suasana pembelajaran yang menyeronokkan untuk memupuk minat kanak-kanak terhadap mata pelajaran seni di samping memastikan suasana yang dirancang sesuai dengan matlamat belajar kanakkanak. 2. Perlukah sebarang perubahan dibuat di dalam proses pembelajaran kanakkanak? Adakah strategi pengajaran juga perlu diubah? Adakah meletakkan kanak-kanak di dalam gerak kerja kumpulan memberi lebih manfaat daripada bekerja secara individu? Guru juga perlu merancang strategi, teknik dan pendekatan pembelajaran seni yang sesuai dengan minat, tahap pencapaian, persekitaran, cara bekerja dan latar belakang anak didiknya agar mereka dapat melahirkan idea yang kreatif ketika berkarya. 3. Bagaimanakah kanak-kanak belajar? Bagaimanakah cara kanak-kanak belajar dapat dikaitkan dengan harapan guru untuk pelajar? Bagaimanakah ini dapat dikaitkan dengan harapan pelajar? Apakah pula harapan kanak-kanak terhadap diri mereka sendiri? Kanak-kanak perlu diajar untuk merancang cara belajar. Oleh itu, guru hendaklah bertindak selaku pembimbing di samping sentiasa memotivasikan

kanak-kanak untuk meraih kejayaan dalam apa sahaja aktiviti yang dilakukan dan menanam sikap positif dalam diri mereka.

4. Bagaimanakah guru boleh menjadi lebih berkesan? Bagaimanakah keputusan yang tepat dapat dilakukan untuk memperbaiki kemajuan kanak-kanak? Adalah sangat penting agar guru dapat memantapkan pengajaran dengan sentiasa membuat penambahbaikan dalam semua aspek pedagogi, pendekatan dan teknik melalui sesi refleksi ke arah menjadi guru yang berkesan untuk

melahirkan pelajar yang cemerlang. 5. Bagaimanakah guru dapat berkomunikasi dengan berkesan tentang kekuatan dan kelemahan pelajar dalam seni? Bagaimanakah guru dapat menghebahkan dengan releven pencapaian pelajar kepada guru lain, pentadbiran sekolah dan juga ibu bapa? Kekuatan dan kelemahan pelajar dapat dikesan melalui kepelbagaian pengujian yang dilaksanakan. Berdasarkan hasil keputusan yang diperolehi, guru dapat merancang aktiviti yang selari dengan pencapaian setiap pelajarnya. Selain itu, pencapaian pelajar dapat dimaklumkan kepada rakan sejawat dan pentadbir melalui sesi perbincangan dan mesyuarat dan makluman kepada ibu bapa pula melalui sesi perjumpaan dengan waris dan pelaporan kemajuan. Pengujian Hasil Kreativiti Kanak-kanak.

Kreativiti merupakan sesuatu yang abstrak dan subjektif. Justeru itu, kreativiti diilhamkan dan dilahirkan dalam keadaan yang berbeza oleh kanak-kanak. Oleh itu, guru perlu memahami dengan jelas elemen atau kriteria yang ingin diukur semasa pengujian. Hurwitz dan Day ( 2001) telah menggariskan beberapa prinsip yang boleh menjadi panduan kepada guru seni visual sebagai langkah persediaan untuk melaksanakan pengujian. Pengujian perlu melengkapkan pengajaran iaitu soalan atau tugasan yang disediakan dalam pengujian mestilah telah diterangkan terlebih dahulu oleh guru di dalam pengajaran hari ke hari. Ini bertepatan dengan konsep validiti ( validity) yang ada dalam pengujian. Oleh itu, pengujian lebih merupakan pengukur kepada kemampuan guru sebagai pemudan cara pembelajaran berbanding kepada ukuran kemajuan dan pencapaian pelajar. Pengujian sentiasa memfokus kepada apa yang telah pelajar pelajari dimana kreativiti pelajar jarang diukur dalam pengujian. Sememangnya melihat kemajuan pelajar adalah penting, tetapi bagi mata pelajaran Pendidikan Seni Visual luahan

kreativiti pelajar merupakan elemen yang sangat perlu untuk dipupuk dan diuji oleh guru walupun ianya agak sukar untuk dibuat penilaian. Adakalanya, terdapat pelajar yang tidak menunjukkan kemampuan semulajadi yang hebat di dalam pendidikan seni. Hal ini tidak boleh dijadikan sebagai alasan oleh guru untuk bersikap sambil lewa semasa pelaksanaan pengujian kerana pelajar tersebut perlu diberi ruang dan peluang untuk berkarya dengan kemampuan yang mereka ada. Guru tidak boleh meletakkan satu standard prestasi yang tidak mungkin

dapat dicapai oleh pelajarnya .Oleh itu sebagai seorang guru yang prihatin, penetapan tahap kreativiti yang hendak diuji seharusnya sesuai dengan kemampuan pelajar. Bagi pelajar yang mempamerkan elemen kreativiti yang mengkagumkan, guru perlu memberikan ganjaran di atas usaha mereka di samping menggalakkan mereka untuk terus berkarya di dalam pelbagai cabang bidang seni. Di dalam pengajaran seni, penghasilan karya melibatkan kemahiran khusus seperti pengetahuan di dalam teori warna yang membolehkan pelajar mencampur warna, menghasilkan warna berlainan, intensiti warna dan sebagainya. Kemahiran kemahiran khusus ini juga sepatutnya diuji dan pelajar perlu ditunjukkan cara mengaplkikasikan kemahiran teknikal dan prinsip-prinsip seni pada sebarang medium seni. Penutup Sebagai guru seni yang berwibawa, perbezaan pengujian dan penilaian perlu guru fahami dengan jelas untuk mengelakkan sebarang kekeliruan yang mengganggu gugat proses pengujian. Sehubungan dengan itu, guru seni perlu didedahkan dengan konsep-konsep asas pengujian, ciri-ciri pengujian, bentuk-bentuk pengujian alternatif dan cara pelaksanaan pengujian. Dengan ini diharapkan guru-guru seni dapat kemajuan dan

melaksanakan pengujian yang adil dan tepat untuk menilai aspek

kreativiti seni kanak-kanak. Pengujian yang berkualiti dan menepati kriteria yang telah ditetapkan dapat melahirkan insan yang mantap untuk menghasilkan karya-karya seni yang hebat.

RUJUKAN Azizan Lebai Nordin dan Zainun Ishak. ( 1999). Pendidikan Pra Sekolah Untuk Guru. Kuala Lumpur: Utusan Publications and Distributors Sdn. Bhd. Ee Ah Meng. (1992). Psikologi Perkembangan ( Aplikasi Dalam Bilik Darjah). Kuala Lumpur: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd. Kamarudin Haji Husin. ( 1996). Sekolah dan Perkembangan Kank-kanak. Kuala Lumpur: Utusan Publications and Distributors Sdn. Bhd. Prof. Dr. Haji abdul Shukor Hashim, Badrul Isa, Khairezan Rahmat, Zuraimi Zakaria. (2010). Perkembangan Seni Kanak-kanak. Selangor: Open Univercity Malaysia. Rousliluddin Ambia, Mohd Jamil Haji, Mohd Taslim Abd. Rahim, Manan Surbani. (2009). Pengenalan Pendidikan Seni Visual. Selangor: Open Univercity Malaysia. Rahil Mahyudin, Habibah Elias, Kamariah Abu Bakar. ( 2009). Amalan Pengajaran Berkesan. Shah Alam: Karisma Publication Sdn. Bhd. Tan Chee Yee. (1988). Panduan Latihan Mengajar. Selangor: Penerbit Fajar Bakti Sdn Bhd.

S-ar putea să vă placă și