Sunteți pe pagina 1din 33

4.

0 STRATEGI, PENDEKATAN, KAEDAH DAN TEKNIK


4.1 Strategi Pengajaran
Edward M. Anthony, merumuskan bahawa strategi pengajaran dan
pembelajaran berhubung rapat dengan pendekatan, kaedah dan teknik mengajar. a
merujuk kepada satu perancangan yang berkesan dalam menentukan pendekatan
serta memilih dan menyusun kaedah dan teknik mengajar secara logikal dan
sistematik untuk mencapai objektif pelajaran secara optimum.
Untuk mencapai objektif-objektif pengajaran, seseorang guru biasanya
menggunakan gabungan berapa pendekatan serta kaedah mengajar tertentu.
Rancangan gabungan pendekatan dan kaedah serta turutan pendekatan dan
kaedah itu dilaksanakan merupakan strategi pengajaran Strategi merupakan
kebijaksanaan memilih pendekatan, kaedah dan teknik pengajaran berdasarkan
objektif pengajaran.

Strategi lebih mengambil kira objektif jangka panjang dan mengambil kira
segala aspek pembelajaran termasuk pemilihan bahan, masa dan sebagainya.
Peranan strategi pengajaran adalah lebih penting lagi jika kita mengajar pelajar-
pelajar yang berbeza dari segi kebolehan, pencapaian, kecenderungan serta minat
yang berbeza-beza. Kita perlu rancangkan pendekatan dan kaedah yang digunakan
untuk mengajar kumpulan-kumpulan yang berbeza-beza itu. Contohnya, dalam bilik
darjah KBSR yang biasanya terdiri daripada kumpulan lemah, kumpulan serdahana
serta kumpulang cergas. Guru terpaksa memikirkan strategi pengajaran yang terdiri
daripada pelbagai kaedah mengajar untuk memenuhi keperluan semua kumpulan.

Di samping itu, setiap bilik darjah mempunyai halangan serta rintangan-
rintangan yang tersendiri seperti keadaan fizikal, kemudahan bilik darjah, nilai,
norma serta latar belakang sekolah dan murid. Lantaran itu, seseorang guru bukan
sahaja mesti menguasai berbagai-bagai kaedah mengajar tetapi yang lebih penting
lagi ialah bagaimana mengintegrasikan serta menyusun kaedah-kaedah itu untuk
membentuk strategi pengajaran yang paling berkesan dalam pengajarannya.

Kita biasanya mendengar pendapat bahawa tidak ada mana-mana kaedah
yang paling baik sekali. ni amat benar kerana kaedah-kaedah mengajar mestilah
diatur untuk membentuk strategi pengajaran mengikut keadaan di mana proses
pengajaran itu berlaku. Jelasnya sesuatu kaedah pengajaran tidak menjaminkan
pencapaian matlamat pengaajaran kerana yang lebih penting adalah interaksi
kaedah itu dengan kaedah-kaedah lain.
Pengaplikasian strategi pengajaran bahasa boleh dibahagikan kepada empat
iaitu berpusatkan guru, berpusatkan bahan, berpusatkan murid dan berpusatkan
masalah. Strategi berpusatkan murid merupakan strategi paling lama diamalkan
dalam proses pengajaran. Strategi ini mementingkan guru memainkan peranan
utama untuk menguasai dan mengawal proses pengajaran dan pembelajaran.
Pelajar hanya bersifat pasif. Maka, hanya komunikasi sahala sahaja yang berlaku
semasa proses ini. Strategi ini lebih kepada teknik hafalan daripada membuat
interpretasi. Guru tidak mengambil kira ciri-ciri perbezaan pelajar dari segi kebolehan
dan minat yang wujud. Kesannya, pelajar yang dihasilkan tidak kreatif dan tidak
mempunyai inisiatif untuk meneroka ilmu-ilmu yang baru. Walau bagaimanapun,
strategi ini lebih sesuai digunakan dalam teknik bercerita di mana guru perlu
mengawal sepenuhnya jalan cerita.

Kedua, berpusatkan murid. Ciri-ciri utama KBSR dan KBSM adalah
menjadikan pelajar sebagai pemain utama dalam proses pengajaran dan
pembelajaran. Pelajar lebih digalakkan melibatkan diri secara aktif dalam setiap sesi
pembelajaran. Guru hanya bertindak sebagai fasilitator atau pemudahcara. Masa
banyak diperuntukkan kepada pelajar untuk meneroka dan menyelesaikan masalah
pembelajaran dengan bantuan guru. Komunikasi dua hala berlaku dalam proses ini.
Guru mengamalkan corak kepimipinan demokratik di mana pelajar bebas untuk
bertanya dan memberikan pendapat mereka. Strategi ini lebih diberi penekanan
terhadap pencapaian objektif pembelajaran . Teknik perbincangan dijalankan lebih
banyak untuk memupuk sifat kerjasama dan toleransi dalam kalangan pelajar yang
mempunyai pelbagai corak kebolehan dan minat. Selain itu, guru berpeluang
berinteraksi dengan pelajar dan boleh mengesan kelemahan mereka di peringkat
awal lagi. Masalah tersebut dapat diatasi lebih awal lagi. Hasilnya, pelajar dapat
berkembang mengikut kesediaan mereka.
Seterusnya berpusatkan bahan. Strategi ini lebih memberi penekanan kepada
alat-alat bantu (ABM) yang digunakan bagi membantu pengajaran guru. Alat-alat
bantu ini terbahagi kepada dua iaitu bahan pengajaran dan bahan pembelajaran.
Bahan pengajaran ialah semua bahan yang digunakan oleh guru. Bahan
pembelajaran ialah semua bahan yang disediakan oleh kegunaan pelajar. Bahan
tersebut memudahkan guru untuk membantu pembelajaran pelajar menjadi lebih
mudah dan untuk membolehkan pelajar memahami isi pelajaran dengan lebih
mudah dan berkesan. Perkara utama yang perlu diberi perhatian ialah penggunaan
bahan dapat meningkatkan minat dan kefahaman pelajar. Tidak semua sesi
pengajaran memerlukan bahan. Penggunaan bahan yang berlebihan dalam satu-
satu masa boleh mengakibatkan masa terbuang dan isi pelajaran yang utama tidak
dapat disampaikan. Oleh itu, guru hendaklah menguasai kemahiran menggunakan
alat-alat yang ada terutamanya alat-alat teknologi. Selain itu, bahan pengajaran
yang sistematik dapat membantu pelajar mengikuti pelajaran tanpa kehadiran guru.

Akhir sekali strategi berpusatkan masalah. Strategi ini dilaksanakan dengan
penyeliaan guru dan boleh dilakukan secara kumpulan atau individu. Pelajar harus
dapat mengatasi rintangan untuk mencapai matlamat tetapi memerlukan proses
penakulan yang agat tinggi. Antara langkah yang perlu dipatuhi ialah kenal pasti
masalah, mencari maklumat, membuat andaian, menguji hipotesis, menilai dan
membuat rumusan. Semasa proses penyelesaian dilakukan pelajar boleh bertukar
pendapat, bekerjasama, meningkatkan pemahaman dan ingatan.







4.2 Definisi Pendekatan

Pendekatan adalah berlandaskan teori, prinsip atau kaedah tertentu yang
mendokong sesuatu teori. Cara pengajaran juga adalah berdasarkan objektif yang
ditentukan. Pendekatan adalah beraksiomatik iaitu kenyataan dianggap benar tanpa
bukti dan alasan. Contohnya dalam sesi pengajaran, guru menggunakan
pendekatan daripada mudah sehinggalah susah agar pengajaran dapat difahami
oleh murid. Pengaplikasian pendekatan pengajaran bahasa boleh dilihat
berdasarkan penggunaan pendekatan induktif, deduktif, komunikatif dan elektik.

Pendekatan induktif merupakan satu pendekatan mengajar yang melibatkan
satu proses penaakulan yang tinggi. Menurut John, M. Kierzek dan Walker Gibson (
1960), pendekatan induktif dimulakan dengan sesuatu sebab atau contoh dan
bergerak ke hadapan kepada satu generalisasi. Dalam hal ini, guru-guru akan
mengumpul contoh-contoh daripada teks, menunjukkan dan menerangkan
bagaimana ia bekerja dan berfungsi, dan membantu pelajar-palajar untuk
mengaitsimpul satu kesimpulan yang sesuai. Dalam pengajaran bahasa
pendekatan lebih dikenali sebagai pendekatan gramatikal iaitu mendahulukan
contoh-contoh struktur penggunaan unsur- unsur tatabahasa yang dipelajari dan
kemudian membuat kesimpulan mengenainya. Kaedah pencarian digunakan iaitu
melibatkan proses pemerhatian, kajian, analisis tentang aspek bahasa pada awal
pembelajaran. Kemudian kesimpulan umum dikait simpul daripada data yang
dipelajari. Guru sama sekali tidak digalakkan memberi definisi, menerangkan
peraturan-peraturan, menerangkan isi atau kandungan keseluruhan pelajaran.

Sebelum memulakan pengajaran ini, guru perlulah memahami idea
keseluruhan yang melibatkan proses pengajaran secara induktif. Paul D. Eggen
(1979) telah memperkenalkan satu model pengajaran iaitu, model yang menekankan
perancangan aktiviti sebagai proses yang pertama. Guru perlu memastikan
matlamat yang ingin dicapai dan hasil yag perlu disampaikan dan kemudiannya guru
memberikan contoh-contoh yang sesuai. Dengan adanya elemen ini, pelajar akan
dapat membentuk konsep-konsep dengan mudah dan membuat generalisasi
mengenai perkara yang dipelajari.
Manakala proses yang kedua ialah pelaksanaan aktiviti. Guru akan
memulakan pengajaran dan pembelajaran dengan memberikan contoh yang terlibat
dalam pengajaran. Contoh yang dikemukakan oleh pelajar haruslah sesuai dan
kemudian guru akan menyimpulkan hasil pembelajaran yang dipelajari. Kemudian,
pada peringkat terakhir pula contoh tambahan perlulah dikemukakan bagi
mengukuhkan konsep dan generalisasi pelajar dan guru pula membuat penilaian
secara tidak formal. Model yang ketiga ialah penilaian aktiviti yang melibatkan
proses melihat kembali keberkesanan pengajaran yang telah disampaikan. Guru
akan dapat mengenal pasti kekuatan atau kelemahan dalam pengajaran. Guru juga
akan mengubahsuai mencari cara-cara lain bagi mengatasi kelemahan.

Terdapat beberapa strategi dalam pengajaran bahasa menggunakan
pengajaran induktif antaranya ialah dengan menggunakan penentuan struktur
kognitif iaitu guru perlulah menentukan struktur isi yang hendak disampaikan.
Kemudian setelah aspek bahasa telah dikenal pasti, guru hendaklah merancang
dengan memecahkan isi tersebut kepada bebarapa bahagian dan menyusun semula
bahagian yang berkait rapat agar komponen isi dapat disampaikan dengan menarik
agar pelajar dapat meningkatkan pemahaman mereka. Langkah yang kedua ialah
penentuan kebolehan kognitif iaitu kemahiran intelektual yang melibatkan contoh-
contoh pada bahagian awal pwngajaran dan kemudian kesimpulan. Pelaksanaan
pendekatan ini melibatkan tiga tahap iaitu membentuk konsep melalui contoh,
membuat generalisasi dan pengaplikasian pengetahuan dalam situasi lain.

Langkah yang ketiga ialah prosedur pengajaran induktif yang melibatkan
struktur, isi dan peringkat-peringkat kebolehan kognitif. Seterusnya ialah prosedur
pengajaran induktif yang melibatkan langkah-langkah pengajaran yang dirancang. a
melibatkan struktur isi dan peringkat-peringkat kebolehan kognitif dan dapat dilihat
dalam peringkat pendedahan, peringkat pembentukan konsep, peringkat membuat
generalisasi, dan peringkat mencubakan generalisasi serta yang terakhir ialah
peringkat penutup.



Pendekatan deduktif merupakan satu pendekatan mengajar yang
mengasaskan pengajaran dan pembelajaran pelajar kepada hukum-hukum tertentu
dan menggunakan proses penaakulan yang tinggi. Dalam pengajaran kaedah
deduktif ini, beberapa prinsip perlu dipatuhi iaitu teori, hukum, atau masalah tertentu
perlu didedahkan dahulu. Kemudian bimbingan diberi bersama dengan contoh yang
sesuai. Dalam kaedah ini pemahaman pelajar adalah amat dipentingkan. Prosedur
pengajaran dimulakan dengan pengenalan rumus yang baru, Pemilihan rumus
haruslah berdasarkan rumus yang diketahui umum oleh pelajar dan penggunaan
contoh yang berkaitan dan pengukuhan pemahaman konsep sesuatu rumus. Guru
hanya perlu membimbing pelajar menjalankan aktiviti melalui soalan-soalan terarah
yang terancang.

Elektik merupakan pendekatan yang menggabungkan kedua-dua pendekatan
awal yang sudah dibincangkan di atas dan kaedah ini mengambil kelebihan yang
ada pada kedua-dua pendekatan induktif dan deduktif. Guru tidak perlu terlalu terikat
dengan mana-mana pendekatan tetapi pengajarannya mestilah lebih luas dan
mudah diubahsuai mengikut keperluan pelajar. Pendekatan ini boleh bermula
dengan guru memberikan contoh-contoh dahulu, galakkan pelajar berfikir mengenai
rumusannya dan selepas itu mengemukakan contoh-contoh lain sebagai
pengukuhan. Guru boleh juga memulakan pengajarannya dengan menyatakan
hipotesis terlebih dahulu kemudian diikuti dengan contoh-contoh khusus.

Selepas pelajar membuat perkaitan di antara generalisasi dengan contoh,
barulah guru mengukuhkan pemahaman pelajar dengan mengemukakan
generalisasi lain yang berkaitan. Pendekatan ini dapat mengatasi kelemahan dan
kekurangan yang terdapat pada kedua-dua pendekatan iaitu pendekatan induktif
dan deduktif. Melalui pendekatan ini, guru akan lebih fleksibel dan mampu
mengendalikan kelas mengikut kehendak dan keperluan pelajar.





Pendekatan komunikatif merupakan pendekatan yang berpusatkan pelajar
iaitu berfokuskan kepada bentuk-bentuk komunikatif seperti meminta maaf,
bercerita, melapor dan lain-lain. Situasi ini berlaku dalam amalan masyarakat sehari-
hari. Melalui pendekatan ini, penekanan tentang penyerapan bentuk gramatikal
adalah bagi tujuan komunikasi. Pendekatan ini wujud disebabkan didapati
pendekatan yang lain lebih mementingkan penguasaan bahasa pada peringkat
membina ayat-ayat yang betul secara pencilan yang terkeluar daripada konteks
wacana. Hasilnya, pelajar tidak menguasai kecekapan berkomunikasi. Penguasaan
komunikasi adalah perlu agar pelajar dapat membuat pemilihan struktur ayat yang
betul mengikut konteks bahasa. Dalam pendekatan komunikatif ini, beberapa prinsip
perlu dipatuhi oleh guru agar pelajar dapat menggunakan bahasa yang betul dalam
berkomunikasi antaranya ialah murid perlu mengetahui aktiviti yang dilakukan dan
guru haruslah merancang terlebih dahulu aktiviti agar murid menggunakan bahasa
dalam berkomunikasi. Prinsip kedua ialah pengajaran bahasa dibuat dalam konteks
wacana dan guru perlu megajar bahasa yang melampaui batas ayat agar pelajar
dapat berkomunikasi secara berkesan. Seterusnya ialah pengajaran bahasa
mengikut proses komunikasi sebenar iaitu seperti perbualan dalam kehidupan
sehari-hari.















4.3 KAEDAH PENGAJARAN
Kaedah merupakan satu tindakan atau beberapa jenis tindakan yang
bersistem, tersusun dan spesifik untuk mencapai sesuatu objektif jangka masa
pendek.
Terdapat pelbagai kadeah dan teknik yang boleh digunakan oleh guru uutk
menyampaikan pelajaran. Walaubagaimanapun, guru perlu memilih kaedah yang
tepat dan sesuai agar penyampaiannya lebih berkesan dan menarik. Beberapa
faktor yang perlu diberikan pertimbangan dan diubahsuaikan agar sesuatu kaedah
itu lebih berjaya dan berkesan. Menurut Pierce dan Lorber (1977) terdapat lima
faktor yang mempengaruhi pemilihan kaedah mengajar iaitu objektif pengajaran
yang hendak dicapai, jangka masa pengajaran, bahan-bahan pengajaran yang ada
,latar belakang pelajar dan jumlah dan susunan pelajar.

Sebelum memulakan pengajaran guru perlu memikirkan apakah objektif-
objektif pengajaran dan pembelajaran yang hendak disampaikan.setelah
memastikan objektif-objektif, barulah guru menentukan apakah kaedah yang paling
sesuai untuk mencapai objektif tersebut. Penyediaan objektif semestilah
berdasarkan isi atau kandungan mata pelajaran yang terkandung dalam sukatan
pelajaran mata pelajaran tersebut. Jumlah objektif tertakluk kepada kelas yang
diajar. Bagi kelas yang agar baik pencapaian pelajarnya, bilangan objektif
pengajaran mungkin lebih daripada kelas yang agak lemah pencapaian pelajarnya.











Kaedah NaturaI
Kaedah ini berasaskan penggunaan bahasa dalam situasi komunikatif seperti
yang berlaku dalam pedekatan-pendekatan tradisional. Kaedah ini kurang
menekankan rujukan kepada analisis gramatikal, latih tubi gramatikal atau kepada
teori tatabahasa tertentu. Menurut Krashen dan Terrell (1983:9) menyebut
pendekatan ini sebagai natural, psikologikal, fonetik, baharu, diperbaharui (reform),
terus, analitik, tiruan (imitative) , dan sebagainya. Kaedah ini melihat bahasa sebagai
satu alat untuk menghubungkan makna dan mesej. ni bermakna, penguasaan
hanya akan berlaku apabila orang memahami mesej dalam bahasa sasaran.
Penguasaan bahasa mirip kepada prinsip audiolingualis, iaitu sebagai penguasaan
struktur secara berperingkat-peringkat. Pengajaran yang formal diperlukan untuk
membolehkan pembelajaran berlaku dan pemetulan kesalahan dapat membantu
dengan perkembangan peraturan yang telah dipelajari

Aspek-aspek dalam pendekatan natural bermula daripada kelas rendah,
penekanan adalah kepada persembahan input pemahaman dalam bahasa sasaran.
Guru berfokus kepada barang-barang yang ada di dalam kelas, dan kandungan
gambar seperti yang dilakukan dalam kaedah terus. Untuk mengurangkan rasa
tertekan, pelajar tidak diperlukan untuk mengucapkan sesuatu sehingga mereka
sudah cukup bersedia untuk berbuat demiian. Guru merupakan sumber utama bagi
membolehkan input pemahaman berlaku dalam bahasa sasaran. Masa kelas secara
total diperuntukkan kepada aktiviti memberi input untuk penguasaan.
Kaedah Nahu TradisionaI
Kaedah nahu tradisional ini diajar untuk membolehkan pelajar memahami
nahu sesuatu bahasa dan juga melatih pelajar menulis menggunakan bahasa yang
betul. Kaedah ini juga, membolehkan pelajar menterjemahkan bahasa asing ke
bahasa natif dan sebaliknya. a juga bagi melengkapkan pelajar dengan
perbendaharan kata yang luas yang dapat digunakan dalam penulisan. Selain itu, ia
juga membolehkan pelajar membaca dan menterjemahkan makna buku-buku yang
dibaca ke bahasa ibunda dan membolehkan mereka menikmati nilai kesusasteraan
yang dibaca. Kaedah nahu tradisional ini bersifat deduktif yang mementingkan
bahasa tulisan daripada lisan.
Teknik mengajar kaedah nahu tradisional ini ialah dengan memperkenalkan
pelajar kepada undang-undang nahu dahulu. Kemudian guru memberi penerangan
kepada pelajar mengenai undang-undang ini dan kemudiannya memberi misalan.
Undang-undang nahu ini perlu dihafal. Pelajar-pelajar diberi senarai perbendaharaan
kata yang perlu dihafal. Dalam pembelajaran bahasa kedua, senarai
perbendaharaan ini dipasangkan dengan makna dalam bahasa kedua. Pelajar-
pelajar kemudiannya disuruh membuat ayat-ayat denan menggunakan senarai
perbendaharaan kata itu berdasarkan undang-undang yang dipelajari.

Kaedah Terus
Kaedah ini mula diperkenalkan oleh Michell West dan Harald Palmer antara
tahun 1920-1935. Kaedah ini dikatakan sama dengan kaedah askar kerana pernah
digunakan untuk melatih pegawai tentera dan diplomat dalam Perang Dunia Kedua.
Kaedah terus mengutamakan prinsip-prinsip mengajar yang berdasarkan psikologi
kanak-kanak. Kaedah ini amat sesuai untuk pengajaran bahasa kedua dan segala
pengajaran tidak sekali-kali menggunakan bahasa yang telah diketahui oleh murid-
murid. Kaedah ini bertujuan membolehkan kanak-kanak menguasai keempat-empat
kemahiran bahasa itu secara berkesan dan membolehkan mereka menggunakan
bahasa yang dipelajari itu dalam masyarakat berkenaan.

Kaedah ini disampaikan berdasarkan empat asas iaitu perhubungan secara
langsung antara perkataan dengan benda atau ayat dengan fikiran atau sebaliknya.
Seterusnya pengajaran harus dikaitkan dengan pengalaman-pengalaman yang telah
sedia ada. Kemudian harus menimbulkan perasaan ingin tahu kanak-kanak melalui
soalan-soalan yang telah dirancangkan dan pengajaran haruslah berpandu kepada
lunas-lunas kanak-kanak mempelajari bahasa ibunda mereka.






Kaedah Ajuk Hafaz

Kaedah ini adalah kaedah pengajaran dilakukan secara demonstrasi dan latih
tubi. Pengajaran demonstrasi harus berkaitan dengan tatabahasa, pertuturan,
perbendaharaan kata melalui guru bahasa atau penutur jati. Tatabahasa diajar
secara menghafaz beberapa ayat asas melalui ajukan dan. Maknanya diberi dalam
ungkapan biasa dalam bahasa ibunda. Murid tidak dikehendaki menterjemah
perkataan demi perkataan. Apabila semua ayat sudah dipelajari secara terperinci,
murid akan membaca deskripsi bahasa sasaran itu dalam bahaa ibunda pula.
Contohnya diberi dalam bahasa sasaran dengan persamaannya dengan bahasa
ibunda. Kemudian, dia terus mendengar lagi ayat-ayat daripada pertuturan yg
menyambungkan ayat-ayat asas tadi bagi latihan mendengar. Akhirnya, dia berlatih
dalam dialog dengan menggunakan ayat dasar dan gabungan bahagian-
bahagiannya. Guru harus menyediakan aktiviti yang bersesuaian seperti latihan
dalam pertuturan, karangan-karangan lisan, latihan cara menyebut sesuatu
perkataan, menyebutkan dengan betul tiap-tiap bunyi dalam bahasa sasaran dan
tahu pula menggunakannya dalam bentuk-bentuk .
Kaedah Linguistik
Kaedah ini adalah merupakan kaedah mengajar bahasa moden secara
saintifik iaitu dengan membandingkan antara dua bahasa. Pengetahuan bahasa
murid-murid itu harus tertumpu kepada bentuk dan fungsi bahasa itu disamping
aspek-aspek lain seperti bunyi, susuk ayat, makna, dan lain-lain. Kaedah ini lebih
mendahului bentuk daripada makna. Pemilihan bunyi-bunyi pula dilakukan terhadap
bunyi-bunyi yang sama dalam kedua-dua bahasa. Dari segi pemilihan bentuk-bentuk
ayat, pengajaran haruslah berdasarkan kepada bahasa-bahasa yang terdapat dalam
bahasa ibunda mereka dahulu. Kemudian, barulah dipilih bentuk-bentuk ayat yang
berlainan atau tiada dalam bahasa ibunda mereka. Tujuan kaedah linguistik ini diajar
adalah bagi membolehkan murid menggunakan bahasa yang telah diketahuinya
untuk mempelajari bahasa baru dari segi bunyi. Selain itu, murid juga didedahkan
dengan bahan-bahan nahu berdasarkan perbandingan di antara tatabahasa yang
dipelajari dengan bahasa yang telah diketahui.

Kaedah Kod Kognitif

Kaedah ini adalag berasaskan pendapat gologan mentalis yang memandang
bahasa sebagai satu kreativiti mental. J.B Carroll menyatakan bahawa kaedah ini
merupakan pembaharuan & pengubahsuaian kaedah nahu terjemahan. Menurut
Chomsky pula, bahasa merupakan sistem rumus-rumus bahasa yang ternyata
melalui bentuk linguistik. Pengetahuan bahasa adalah dalam bentuk abstrak,iaitu
bersifat semulajadi dan sejagat. Seorang kanak- kanak dianugerahkan kecekapan
semulajadi rumus - rumus bahasa ibundanya dalam jangka masa singkat. Kaedah
ini lebih menekankan bentuk dan makna. Seseorang yang ingin mempelajari
sesuatu bahasa harus mengetahui sistem bahasa berdasarkan kepada hukum-
hukum dan norma-norma tertentu dalam ilmu tatabahasa. Ciri-ciri kaedah kod
kognitif ialah dalam P&P bahasa, lisan tidak ditekankan malah perkara yang diberi
perhatian ialah bacaan dan tulisan. Pembelajaran tatabahasa diterapkan secara
langsung dan boleh dilakukan melalui pendekatan deduktif.

Kaedah Bahasa Komuniti
Pembelajaran bahasa komuniti atau 'Community Language Learning' (CLL)
merupakan cara pembelajaran bahasa yang diasaskan oleh Charles A.Curran
bersama dengan rakan-rakannya. La Forge (1983) iaitu murid Curran meluaskan
teori ini. Beliau mengesahkan bahawa teori bahasa mestilah bermula daripada ciri-
ciri bunyi, ayat dan model-model abstrak bahasa. Seorang pelajar bahasa perlu
memahami sistem bunyi, makna yang ditetapkan dan tatabahasa bahasa itu. Teori
bahasa diasaskan kepada bunyi-bunyi asas dan corak tatabahasa menyerupai teori
struktural. Namun, pelopor yang terkemudian telah mengemukakan satu teori
bahasa yang agak berlainan yang disebut sebagai ' Bahasa Sebagai Proses Sosial'
Bagi teori ini, pembelajaran manusia sebenarnya melibatkan kongnitif dan afektif.
nilah yang disebut sebagai pembelajaran 'Whole Person'. Pembelajaran berlaku
dalam situasi komunikasi yang melibatkan guru dan pelajar dalam satu interaksi.
Justeru perhubungan antara mereka perlu diperkembangkan.

Kejayaan dalam mempelajari sesuatu bahasa berhubung kait dengan
perhubungan yang baik antara pelajar dan guru, dan sesama pelajar. Pelajar tidak
digalakkan belajar sendirian dan terasing daripada pelajar lain. Curran menekankan
kemesraan, pemahaman dan penilaian yang positif terhadap harga diri orang lain.
Perhubungan dibina atas dasar-dasar yang dianggap perlu dalam prosedur kelas
CLL. Falsafah Pembelajaran CLL ialah komitmen di pihak pelajar sebelum proses
pemerolehan bahasa berfungsi. nilah perbezaan yang paling ketara dalam teori
pembelajaran CLL berbanding dengan teori-teori lain.

Kaedah OraI - AuraI

Kaedah ini diajar adalah bagi tujuan membolehkan pelajar memperkembang
keempat-empat kemahiran bahasa iaitu Kemahiran mendengar, Kemahiran bertutur,
Kemahiran menulis dan Kemahiran membaca. Kaedah ini merupakan kemahiran
lisan asas untuk pembelajaran membaca dan menulis. a membolehkan pelajar
memahami kebudayaan asing melalui pengalaman dalam bahasa. Kaedah
pengajaran kaedah Oral-Aural ini ialah menggunakan dialog untuk dihafaz dan
diikuti secara ajukan. Latih tubi dan dialog dijalankan secara realistik dengan
memberi perhatian kepada ntonasi yang betul, sebutan penutur jati bahasa itu dan
bahan pita rakaman boleh digunakan jika gurunya bukan penutur jati bahasa yang
diajar. Setelah pelajar menguasai bacaan, latihan diteruskan kepada aktiviti menulis.
Pada awalnya, latihan menulis ini dikawal oleh bahan-bahan yg telah dipelajari,
kemudian barulah latihan menulis bebas dibenarkan







4.4 TEKNIK PENGAJARAN
Menurut Kamus Dewan Edisi Ketiga, teknik adalah kaedah mencipta sesuatu
hasil seni seperti muzik, karang-mengarang dan sebagainya. Edward M. Anthony
mendefinisikan teknik adalah satu muslihat atau strategi atau taktik yang digunakan
oleh guru yang mencapai hasl segera yang maksimum pada waktu mengajar
sesuatu bahagian bahasa tertentu. Teknik merupakan suatu alat yang digunakan
oleh guru bahasa bagi menyampaikan bahan-bahan pengajaran yang telah dipilih
untuk pelajar-pelajarnya. Teknik yang dipilih haruslah sejajar dengan kaedah yang
digunakan dan seirama dengan pendekatan yang dianuti.
Sesuatu teknik dapat dikenal pasti melalui tiga aspek tingkahlaku guru iaitu
aktiviti yang dijalankan, perlakuan guru itu sendiri serta kemahiran yang
adapadanya. Sebagai contoh, dalam kaedah bercerita, seseorang guru itu mungkin
menggunakan teknik menimbulkan minat sebagai motivasi dan daya tarikan
terhadap isi pelajaran atau teknik menyoal yang sering digunakan dalam aspek
kefahaman. Selain itu, banyak lagi jenis teknik yang baik dan sesuai diguna pakai
untuk pengajaran dan pembelajaran bahasa arab seperti hafazan dan latih tubi,
tunjuk cara , syarahan, soal jawab dan bercerita. Pemilihan teknik yang sesuai juga
berkait rapat dengan tahap atau aras kemahiran objektif pelajaran.












Teknik Drama

Drama ialah melakonkan cerita tertentu dalam situasi yang lengkap
penerangannya Teknik ini merupakan satu cara yang membolehkan murid sendiri
mendapatkan gambaran, atau contoh pengalaman yang spontan. Teknik ini
melibatkan gambaran atau membayangkan sesuatu situasi atau keadaan yang
kemudian dilakonkan tanpa sebarang skrip. Teknik ini juga sangat berkesan untuk
membantu murid menggunakan prinsip yang dikaji dalam bentuk abstrak . a juga
dapat membolehkan murid memahami motivasi atau tujuan orang lain dengan
melakonkan peranan orang tersebut dan meningkatkan kesedaran murid mengenai
masalah-masalah psikologi dan sosiologi.

Teknik Latih Tubi

Teknik latih tubi adalah merupakan pengulangan fakta-fakta atau kecekapan
yang diajar. Tujuannya teknik ini diajar ialah untuk mencapai taraf kemahiran
tersebut atau untuk melekatkan sesuatu perkaitan supaya menjadi kekal. Teknik ini
perlu dielakkan dalam pengajaran mata pelajaran sains atau mata pelajaran yang
bercorak kemasyarakatan kerana latih tubi dalam mata pelajaran ini akan
menggalakkan hafalan. Teknik ini amat sesuai untuk mencapai sesuatu kemahiran
seperti melukis peta, menyebut perkataan, atau mengingat fakta-fakta yang
terpenting. Terdapat beberapa kelemahan dalam menggunakan teknik latih tubi ini
antaranya ialah mengehadkan kebebasan berfikir dan daya kreatif murid dalam
sesuatu tugasan dan mungkin akan menimbulkan satu situasi yang sangat
membosankan kepada murid-murid. Seterusnya ialah maklumat yang diberikan
adalah bersifat tidak kekal sekiranya tidak digunakan secara berterusan. Kelemahan
yang seterusnya ialah akan menjadikan pembelajaran sebagai satu tindakan
mekanikal.





Teknik Permainan Bahasa

Teknik permainan bahasa merupakan satu aktiviti yang menarik dan boleh
meninggalkan kesan yang baik dalam pengajaran bahasa. Teknik ini diajar adalah
bertujuan menyampaikan isi pelajaran secara tidak langsung untuk menghilangkan
kebosanan dan aktiviti ini. Teknik ini sebenarnya tidaklah hanya khusus untuk
kemahiran lisan sahaja malah diaplikasikan untuk semua kemahiran. Terdapat
beberapa jenis permainan bahasa ini antaranya ialah permainan menyampaikan
pesan, permainan memerhati dan mengingat, permainan berpasangan, tekalah
saya, permainan menikam angka dan slip undian. Aktiviti ini adalah merupakan satu
cara pembelajaran tidak formal dan menyeronokkan dan mampu mengekalkan minat
pelajar sepanjang pembelajaran berlaku. Selain dapat mengukuhkan pembelajaran,
ia juga dapat memberi peluang kepada pelajar menerapkan nilai tolak ansur,
kerjasama, dan melibatkan diri.

Teknik Bercerita

Bercerita adalah merupakan jalinan dan susunan mengenai kejadian yang
berlaku sama ada benar atau khayalan pencerita sahaja. Teknik bercerita ini adalah
merupakan kaedah mengajar yang membolehkan guru menyampaikan isi
pelajarannya melalui cerita. Teknik ini merupakan satu cara penyampai yang sesuai
dengan sifat semula jadi pelajaran. Pelajar akan lebih cepat menumpukan perhatian
sekiranya pelajaran disampaikan menyentuh dan membangkitkan perasaan dan hati
nurani mereka. Sewaktu merancang aktiviti ini guru perlulah memilih cerita yang
sesuai dengan peringkat umur, minat dan kesediaan pelajar. Persediaan guru juga
adalah perlu rapi daripada segi menghafal cerita dan menyediakan alat bantu.Guru
perlulah memastikan semua pelajar bersedia mendengar cerita yang ingin
disampaikan. Selain itu juga, guru perlu mempunyai beberapa kualiti tertentu seperti
mempunyai suara yang jelas agar penyampaian cerita dapat difahami. Seterusnya
ialah guru perlulah memastikan perkataan dan ayat yang digunakan perlu sesuai
dengan kebolehan pelajar. Setelah selesai aktiviti bercerita, guru perlulah
mengadakan sesi penilaian terhadap murid.

Teknik Perbincangan

Teknik perbincangan melibatkan aktiviti perbualan di antara guru dengan
pelajarnya di dalam kelas, ianya bertujuan melatih pelajar memberikan pendapat
mengenai sesuatu topik yang ditetapkan. Pelbagai cara yang melibatkan aktiviti
perbincangan diadakan di dalam kelas. Guru boleh merancangkan perbincangan
secara kelas kumpulankumpulan kecil, perbahasan, forum dan sebagainya.
Kaedah ini menggalakkan pelajar memberi pendapat dengan cara sistematik.
Melalui aktiviti ini juga, pelajar dapat dilatih mengeluarkan pendapat yang bernas
dalam bahasa yang teratur dan mudah difahami oleh orang lain. Selain itu juga,
pelajar dapat didisiplinkan supaya mendengar dan menghormati pendapar rakan-
rakan yang lain walaupun tidak sealiran dengan pendapat sendiri.

Teknik Projek

Merupakan satu kaedah yang boleh digunakan oleh guru. a berbeza dengan
kebanyakan kaedah lain, kaedah projek biasanya memerlukan lebih daripada satu
jangka masa pengajaran. Masa yang lebih diperlukan untuk menyediakan projek-
projek tersebut. Walau bagaimanapun, waktu pengajaran sebenar boleh digunakan
untuk membincangkan projek-projek yang akan dibuat, atau digunakan untuk
memperlihatkan hasil yang didapati daripada projek-projek tersebut. Namun begitu,
istilah projek itu bukanlah bermaksud sesuatu aktiviti atau rancangan yang dibuat
secara besar-besaran dan memerlukan perbelanjaan yang besar. Aktiviti secara
kecil-kecilan dan yang tidak memerlukan apa-apa perbelanjaan boleh dianggap
sebagai satu projek juga.









Teknik MenyeIesaikan MasaIah

Menurut Donald C. Orlich ( 1980 ), kaedah ini merupakan satu kaedah yang
bertujuan untuk memberi peluang kepada pelajar supaya mereka menjadi lebih
produktif dan dapat bertukar-tukar fikiran dengan lebih berkesan tentang masalah
yang berkaitan. Kaedah ini adalah sesuai terutamanya kepada pelajar-pelajar di
peringkat menengah. Dalam kaedah ini, pelajar-pelajar diberikan satu atau beberapa
masalah. Kemudian mereka diberi peluang dan kebebasan untuk menyelesaikan
masalah tersebut. Kaedah ini sesuai bagi semua mata pelajaran.

Antara langkah pengajaran ialah guru mengemukakan masalah di dalam
kelas. Pelajar sama ada secara perseorangan atau kumpulan diminta mencari
menjalan atau cara untuk menyelesaikan masalah tersebut. Pelajar juga boleh
mengemukakan masalah-masalah mereka. Pelajar diberi masa unutk mencari
penyelesaian, sama ada secara berbincang atau mendapatkan bahan dan idea
daripada pelbagai sumber seperti perpustakaan dan temubual. Segala maklumat
yang diperolehi perlu berbincang bersama dan merangka satu penyelesaian.
Kesimpulan awal yang didapati perlu dikaji semula. Setelah menilai kesimpulan awal
barulah dibuat kesimpulan yang muktamad. Kesimpulan yang muktamad ini
merupakan jawapan atau jalan bagi menyelesaikan masalah yang diberi. Seperti
kaedah projek, kaedah ini memerlukan masa yang lebih lama. Masa pengajaran di
dalam kelas boleh digunakan oleh guru untuk mengemukakan masalah dan bagi
pelajar-pelajar mengemukakan penyelesaian yang mereka peroleh. Bagi
memastikan penggunaan kaedah ini berkesan, guru perlu memastikan bahawa
bahanbahan sumber dan rujukan mencukupi dan mudah didapati. Kaedah ini
sesungguhnya memberi peluang kepada pelajar-pelajar berusaha sendiri untuk
mencari ilmu pengetahuan.







Teknik Permainan

Kaedah ini merupakan kaedah yang menarik dan menyeronokkan pelajar.
Biasanya kaedah ini digunakan oleh guru untuk memenuhi masa yang terluang
ataupun digunakan pada akhir penggal setelah murid-murid selesai menghadapi
peperiksaan. Kaedah ini sebenarnya boleh dijadikan kaedah pengajaran yang
berkesan sekiranya dikendalikan secara bersungguh-sungguh dan teratur. Kaedah
permainan merupakan satu kaedah menggunakan unsur-unsur permainan.
Walaupun pelajaran disampaikan dalam bentuk permainan, tetapi objektif
pengajaran dapat dicapai. Kaedah permainan boleh digunakan pada masa tertentu
dan untuk tujuan memulakan pengajaran. Tujuan menggunakan teknik ini di awal
pengajaran ialah untuk menarik minat dan perhatian pelajar.

Teknk Demonstrasi
Demonstrasi juga dikenali sebagai tunjuk cara. Demonstrasi ialah satu
kaedah untuk melatih murid memerhati dan melakukan sesuatu aktiviti mengikut
prosedur-prosedur yang tertentu. a melibatkan demonstrasi oleh guru di hadapan
kelas untuk menunujukkan sesuatu aktiviti atau prosedur atau langkah
pembelajaran. Dalam proses demonstrasi, terdapat satu komunikasi lisan secara
lansung dari guru kepada murid.a juga melibatkan pendekatan visual untuk
memeriksa proses, maklumat dan idea. Demonstrasi membolehkan murid-murid
memerhati benda-bemda maujud dan bagaimana mereka berfungsi. Kebaikan tunjuk
cara ialah ia memberi peluang kepada murid untuk benar-benar memahami apa
yang hendak dipelajari setelah melihat prosedur-prosedur yang ditunjukkan oleh
guru. Kaedah ini juga membenarkan murid-murid untuk mencontohi sesuatu
perlakuan dengan mudah. Semasa membuat demonstrasi,guru perlu memberikan
penerangan yang jelas supaya murid-murid dapat memerhati apa yang ditunjukkan.
Dalam proses demonstrasi ,guru mesti mewajibkan murid-murid memberikan
perhatian yang sepenuhnya. Selepas membuat sesi praktis, perbincangan tentang
perkara-perkara yang ditunjuk cara ia mesti dijalankan oleh guru.


Teknik SimuIasi
Simulasi ditakrifkan sebagai satu situasi yang diwujudkan hampir menyerupai
keadaan sebenar yang memerlukan pelajar berinteraksi sesama sendiri berdasarkan
peranan masing-masing bagi membuat keputusan menyelesaikan masalah, isu atau
tugasan semula. Melalui teknik ini para pelajar dapat menggunakan kemahiran
belajar seperti mengumpulkan maklumat, menjalankan temuramah dengan individu
tertentu dan mencatat isi-isi penting. Dalam proses ini pelajar digalakan untuk
memberi pendapat, cadangan, membuat keputusan dan menyelesaikan masalah
berdasarkan peranan yang dipertanggungjawabkan. Melalui teknik ini pelbagai
kemahiran dapat digabungjalinkan dan dipertingkatkan terutamanya dalam
kemahiran lisan membaca dan menulis. Selain itu, mewujudkan pelbagai aktiviti
menarik yang menjadi sumber motivasi kepada pelajar untuk meneruskan proses
pengajaran dan pembelajaran.
Teknik Main Peranan
Main peranan bermaksud melakonkan sesuatu situasi atau masalah atau
peristiwa yang dianggap penting. Pelajar diberi peranan dan bertindak sebagai
watak-watak yang ditentukan dalam satu situasi yang disediakan. Main peranan
ialah dramatisasi yang tiada kaitan atau penghafalan skrip, dimana pelakon-pelakon
cuba menyelesaikan atau menjelaskan situasi kepada kepada pelajar-pelajar lain
supaya mempraktikan kepada diri mereka berdasarkan peranan yang dimainkan
secara spontan. Proses ini biasanya dimulakan dengan pemikiran masalah yang
sesuai. Masalah ini dikemukakan kepada pelajar dengan cara membacakannya atau
memperlihatkannya melalui filem, televisyen, mendengar rakaman dan sebagainya.







Teknik Sumbangsaran
Teknik ini dikenali juga sebagai percambahan fikiran (-rainstorming) yang
merupakan satu sesi perbincangan yang membolehkan setiap ahli kumpulan
menyumbangkan pendapat dan idea. Boleh didekati sebagai aktiviti permainan
bahasa pada peringkat sekolah rendah dan berkembang menjadi aktiviti
perbincangan yang lebh serius dan kompleks pada peringkat sekolah menengah,
universiti dan latihan profesional. Teknik ini menekankan pengeluaran idea daripada
pembelajaran yang kretif dan bukan pembelajaran secara analitis.
Teknik SoaI Jawab
Merupakan teknik yang paling lama dan paling popular digunakan dalam bidang
pendidikan. Pemilihan teknik ini bukan kerana ia mudah dilaksanakan tetapi ia
adalah bentuk yang berupaya mewujudkan interaksi guru dengan murid secara
berkesan. Teknik ini dilaksanakan dengan cara guru mengemukakan soalan-soalan
yang berkaitan dengan isi pelajaran dan pelajar dikehendaki memberi tindakbalas
yang sewajarnya. Soalan-soalan yang dikemukan memerlukan pelajar berfikir
disamping dapat menguji dan menilai apa yang diajar. Tujuan utama teknik soal
jawab ialah mengesan pengetahuan berbahasa murid, menggalakkan pelajar berfikir
secara kreatif, inovatif, logik dan kritis serta mendorong pelajar menyusun dan
menghuraikan bahan yang diajar.
Teknik Inkuri
Teknik ini dikenali sebagai teknik tinjau siasat yang merangkumi aspek-aspek
soal selidik untuk mendapatkan jawapan atau kesimpulan yang berorientasikan
masalah. ni dapat menimbulkan daya refleksi dikalangan pelajar dan merupakan
satu kaedah pengajaran bahasa yang dinamik untuk menimbulkan minat dan daya
kreativiti dalam kalangan pelajar kerana pelajar sering mengemukakan soalan
'bagaimana'. Oleh itu, ia dapat melatih pelajar mengemukakan pelbagai soalan. Ciri
lain yang terdapat dalam teknik ini termasuklah memberi latihan yang sebenar dalam
proses kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis. Pengendalian teknik inkuiri
melalui proses mengenali masalah, mengkaji ramalan, mengumpul maklumat,
menganalisis dan membuat rumusan.
Teknik Forum
Forum merupakan satu sesi perbincangan yang melibatkan beberapa ahli
panel untuk mencanai fikiran dan mengemukan pendapat tentang sesuatu tajuk,
dimana ia dijalankan secara formal.Teknik berforum merupakan salah satu aktiviti
lisan yang sesuai, di mana pelajar akan berkongsi pengetahuan dan pengalaman
secara langsung untuk meningkatkan kemahiran menyampaikan idea dan fikiran
dengan jelas, objektif, kreatif dan rasional. Bagi menjayakan aktiviti ini, tajuk forum
yang dipilih haruslah mudah, menarik dan mencabar selaras dengan kemahiran,
pencapaian serta peringkat umur pelajar. Persediaan yang rapi perlu dibuat sama
ada sebelum, semasa dan selepas aktiviti.
Teknik Perbahasan
Bahasa ialah pengucapan sama ada menyokong atau membangkang sesuatu
pendirian dengan alasan yang logik dan idea yang tersusun. Teknik perbahasan ini
sesuai diajar untuk semua peringkat pelajar di sekolah menengah. Antara manfaat
teknik ini ialah memperkembangkan kecekapan berkomunikasi dengan berkesan,
melatih berfikir dengan pantas dan melahirkan buah fikiran dengan tepat dan teratur,
menguasai kemahiran berbahasa dengan menggunakan struktur ayat yang betul
dan laras bahasa yang sesuai, mengemukakan hujah secara rasional, kritis dan
kreatif, melatih kemahiran mendengar, menaakul, berhujah dan membidas. Guru
perlu mengambil inisiatif sendiri untuk memupuk kebolehan berbahas di kalangan
pelajar. Perkembangan kebolehan berbahasa dengan sendirinya akan membawa
kepada perkembangan kemahiran berbahasa, perkembangan mental yang positif,
peningkatan ilmu dan pemupukan sifat-sifat kepimpinan.





Teknik Kuiz
Diperkenalkan pada tahun 1940 di England melalui Perbadanan Penyiaran
British (B.B.C). Aktiviti kuiz bermula di negara ini setelah dimasukkan dalam masa
pembelajaran Bahasa nggeris di sekolah-sekolah nggeris dan diikuti di sekolah-
sekolah Melayu. Tujuannya ialah guru dapat mengukuhkan pengajaran dan
memantapkan pemahaman pelajar mengenai topik-topik tertentu. Pelajar dapat
mengulangkaji sambil bergembira. Pelajar dapat melupakan permasalahan mereka
dengan mengemukakan soalan-soalan secara teka-teki. Pelajar dapat belajar
kaedah cara berfikir yang baru dengan membantu pelajar memahami sistem bahasa
Melayu terutama dari segi bentuk, makna dan penggunaan bahasa yang
tepat.Terdapat dua bentuk pengajaran dan pembelajaran bahasa melalui teknik ini
iaitu ia dijalankan secara spontan pada peringkat permulaan, perkembangan dan
penutup. ni bermakna kuiz dapat dijadikan sebagai aktiviti rangsangan,
penggayaan, pemulihan dan pengukuhan. Kuiz sebagai aktiviti pertandingan meliputi
pertandingan antara pelajar.












|/(4I4k4/ ||<k0











5.0 PENGAJARAN MIKRO
5.1 Konsep Pengajaran Mikro
Pengajaran mikro adalah satu teknik pengajaran yang memakan masa tidak
melebihi lima belas minit. Tujuannya memberi kemahiran mengajar secara
berperingkat. Guru pelatih boleh memahirkan diri mereka untuk menjalankan aktiviti
pengajaran saperti pengajaran set induksi, menjalankan aktiviti berkumpulan atau
mencuba menerapkan pelbagai teknik-teknik pengajaran di dalam pengajaran mikro
mereka. Pelbagai teori juga boleh diterapkan melalui pengajaran ini.
Pengajaran mikro bermaksud latihan pengajaran amali yang dipermudahkan dari
aspek skop dan organisasinya. stilah `mikro' bermaksud sesuatu yang kecil dan
apabila dikaitkan dengan pengajaran ini bermaksud aspek utama iaitu saiz kelas,
masa dan kemahiran mengajar dijadikan "kecil" dalam serba serbi.

Tujuan perlaksanaan pengajaran mikro adalah untuk membekalkan situasi
pengajaran yang realistik membekalkan situasi pengajaran yang realistik kepada
guru pelatih, mengurangkan risiko kepada guru dan pelajar , memberi peluang
kepada pelatih mengaplikasikan teori pembelajaran teori pembelajaran, meningkat
dan mengembangkan pengalaman meningkat dan menjimatkan masa dan sumber
serta menilai kemahiran spesifik.








5.2 Prinsip PengenaIan Pengajaran Mikro
Bagi memastikan pengenalan pengajaran itu berfungsi dan berkesan,
terdapat bebeerapa prinsip yang perlu diaplikasikan dalam merancang dan
melaksanakan pengenalan pengajaran iaitu pengenalan pengajaran yang sesuai
dengan umur, kebolehan dan minat pelajar. Selain itu, pengenalan pelajaran
haruslah sesuai dengan objektif dan isu pelajaran dan ada kaitan dengan
pengetahuan sedia ada pelajar. Dengan mengaplikasi ketiga-tiga prinsip ini
pengenalan pengajaran yang diadakan menjadi lebih bermakna.

Antara objektif-objektif pengajaran mikro ialah memotivasikan murid dan
mendapatkan perhatian murid. Selain itu, guru dapat menjelaskan isi pengajaran
dengan teratur melalui menggalakkan pemikiran yang produktif dalam kalangan
murid. Penglibatkan murid dalam pelbagai pengalaman secara aktif dalam proses
pengajaran dan pembelajaran. Di samping itu, dapat memusatkan perhatian murid
kepada satu konsep yang khusus dan dapat menggalakkan murid mencuba dengan
lebih giat lagi. Murid juga dapat menaakul sebab-sebab terjadinya sesuatu peristiwa
dan meramalkan kemungkinan-kemungkinan sesuatu peristiwa.










5.3 Komponen-komponen pengajaran Mikro
Komponen pengajaran mikro terbahagi kepada sepuluh komponen iaitu
kemahiran set induksi. Kemahiran ini merujuk kepada cara memulakan pelajaran.
Set induksi dimulakan bagi memberikan kesediaan kepada murid untuk belajar dan
berfikir tentang pelajaran yang akan disampaikan oleh guru. Bagi mencapai
kejayaan dalam set induksi, guru hendaklah mematuhi prinsip-prinsip pelajaran iaitu
guru mesti memulakan pelajaran yang bermakna kepada murid dari segi minat,
pengalaman, kebolehan dan umur. Permulaan pelajaran mestilah berkaitan dengan
isi pelajaran dan pengetahuaan sedia ada murid. Antara objektif kemahiran set
induksi ialah bagi mendapatkan perhatian murid, memotivasikan murid,
mencadangkan cara menjalankan tugas dan membuat perkaitan antara apa yang
telah dialami dengan yang di luar pengalaman murid-murid.
Antara kesan pengajaran set induksi ini ialah dapat memotivasikan murid.
Mereka akan berusaha untuk belajar dengan lebih tekun lagi. Murid dapat
menumpukan perhatian dengan lebih baik lagi. ni akan memudahkan pembentukan
konsep. Murid-murid juga akan berusaha ke arah jangkaan prestasi yang ditetapkan
oleh guru. Tetapi guru juga mesti memastikan ada tiga komponen pengajaran yang
penting dalam kemahiran set induksi ini. Komponen-komponen tersebut adalah
menarik perhatian, mewujudkan motivasi, memstruktur dan membuat perkaitan.
Selain itu, penggunaan papan tulis merupakan salah satu komponen dalam
pengajaran mikro. Papan tulis yang digunakan dengan baik dapat menambahkan
lagi keberkesanan pengajaran guru. Data-data yang dicatatkan dengan teratur akan
memudahkan murid membaca dan dapat menarik perhatian mereka. Prinsip-prinsip
penggunaan papan tulis adalah merancang penggunaan papan tulis lebih awal
untuk pengajaran yang lebih berkesan, mahirkan diri dalam kerja-kerja grafik,
pastikan tulisan dan rajah dapat dilihat oleh semua pelajar dan teknik penggunaan
papan tulis dipelbagaikan dengan menggunakan carta, graf, lukisan dan grafik,peta,
simbol supaya murid dapat turut sama melibatkan diri. Guru juga perlu menjeaskan
konsep secara teratur agar dapat membina kefahaman murid agar dapat
mengalakkan pemikiran yang produktif.

Kesan penggunaan papan tulis ialah dapat membantu guru menjelaskan
sesuatu konsep, membantu guru menarik perhatian murid, membantu murid
memahami konsep yang disampaikan secara berperingkat dan membenarkan
penyertaan murid dalam proses pengajaran dan pembelajaran. ni dapat
menggalakkan penyertaan pelajar dengan lebih aktif. Antara komponen-komponen
kemahiran penggunaan papan tulis ialah kejelasan papan tulis, susunan nota
mengikut keutamaan, penonjolan atau penekanan pada isi utama yang difokuskan
dan teknik persembahan yang merangkumi grafik, simbol dan peta yang
dipelbagaikan.
Seterusnya, kemahiran variasi rangsangan. Tempoh penumpuan pelajar
adalah pendek. Oleh itu, guru yang baik akan mempelbagaikan teknik pengajaran
agar dapat mengekalkan minat pelajar. Guru boleh menggunakan bahan bantu
mengajar tetapi harus dirancang agar tidak membazir. Guru juga perlu memahami
tujuan perubahan yang hendak digunakan. Guru perlu mengubah rangsangan yang
digunakan berdasarkan perubahan-perubahan yang dutunkukkan mengikut maklum
balas yang diberikan oelh pelajar. Antara objektif penggunaan papan tulis ialah
menimbulkan dan mengekalkan minat pelajar, melibatkan pelajar dalam pelbagai
pengalaman, mewujudkan peluang untuk pelajar menggunakan sebilangan deria
untuk memudahkan pembelajaran dan mewujudkan peluang bagi murid memenuhi
naluri ingin tahu menerusi penjelajahan dan penyiasatan. Kesan penggunaan variasi
rangsangan terhadap aktiviti pengajaran dan pembelajaran adalah pengajaran akan
menjadi lebih menyeronokkan, menarik dan bermakna. Murid akan berpeluang
menggunakan pelbagai deria untuk menajamkan kefahaman mereka mengikut
konsep. Naluri ingin tahu murid akan dapat dipenuhi dan digunakan secara
berfaedah dalam pembelajaran. Komponen yang terdapat dalam kemahiran variasi
rangsangan adalah pergerakan. ni bermaksud pergerakan guru ke kiri dan kanan
kelas. Pergerakkan anggota guru yang eksperesif, perubahan pertuturan, perubahan
fokus deria dan membantuk penglibatan lisan murid.



Kemahiran penyoalan merupakan sesuatu kemahiran yang amat kompleks.
Sekiranya kemahiran ini digunakan dengan berkesan, tahap prestasi murid akan
berkembang dan suasana pembelajaran akan lebih aktif dan merangsangkan.
Prinsip-prinsip panduan penyoalan adalah soalan yang hendak dikemukakan
mestilah sesuai dengan kebolehan dan umur murid dalam sesuatu kelas.
Rancangkan soalan terlebih dahulu bagi mengelakkan daripada mengemukakan
soalan yang membayangkan jawapan. Guru mestilah memberikan soalan kepada
seluruh kelas bukan sahaja kepada murid yang mengangkat tangan tetapi masa
perlu diberikan sebelum meminta murid memberikan jawapan. Ketika
mengemukakan soalan, pastikan suara adalah terang dan jelas. Apabila menerima
jawapan daripada murid, hendaklah menambahkan maklumat-maklumat kepada
jawapan yang tidak lengkap. Guru haruslah mengelakkan dariapada mentertawakan
murid yang memberikan jawapan yang salah. Amalan murid yang suka mengejek
murid yang member jawapan yang salah haruslah diberhentikan.
Antara objektif-objektif penyoalan adalah melibatkan murid secara aktif dalam
proses pengajaran dan pembelajaran. Menimbulkan minat dan perasaan ingin tahu
murid melalui memusatkan perhatian murid kepada satu konsep yang khusus.
Kesan kemahiran ini kepada murid ialah dapat menimbulkan minat murid. Guru
dapat mengetahui pengetahuan sedia ada murid. Guru dapat mengetahui jika murid
dapat memahami sesuatau konsep. Guru dapat membina perhubungan yang baik
anatara guru dengan murid disamping membantu murid dalam mengulangkaji
tentang topic yang disoal oleh guru. Komponen-komponen kemahiran penyoalan
asas terdiri daripada lapan faktor utama iaitu pembentukan soalan, fokus soalan, alih
hala soalan, sebaran,hentian, melayani jawapan murid, membantu murid dengan
memberikan petunjuk dan mencungkil.





Kemahiran pengukuhan digunakan oleh guru untuk mengalakkan tingkah laku
yang diingini. Apabila seorang murid mmeberikan jawapan yang betul, guru akan
memuji sebagai pengukuhan tingkah laku tersebut. Prinsip-prinsip panduan
pengukuhan ialah pujian yang ditunjukkan oleh guru akan meningkatkan pencapaian
murid dan memupuk sikap yang positif. Guru perlu menukar bentuk pengukuhan dari
masa ke senasa. Pengukuhan positif adalah lebih baik dan berkesan daripada guru
memberikan pengukuhan yang negatif. Objektif kemahiran pengukuhan adalah
dapat menarik minat pelajar dalam pembelajaran, mengalakkan murid mencuba lagi
jika melakukan kesilaapan, dapat memperbaiki displin murid dan meningkatkan
keyakinan murid. Kesan kemahiran ini ialah semngat ingin belajar murid akan
meningkat, murid akan berusaha sedaya upaya untuk pembelajaran, displin bilik
darjah lebih baik, suasana sosioemosi kelas bertambah sihat dan perhubungan
natara guru dan murid akan bertambah baik. Guru perlu mempelbagaikan
pengukuhan yang digunakan bagi mengelakkan kebosanan yang mungkin timbul.
Jenis pengukuhan adalah bergantung kepada umur dan jantina murid-murid.
Kemahiran penerangan merupakan satu proses memberi kefahaman kepada
orang lain. Maklumat yang disampaikan itu dapat difahami oleh penerima iaitu
murid-murid dalam situasi pengajaran dan pembelajaran. Prinsip panduan menerang
ialah guru hendaklah merancangan pengajarannya dengan teliti untuk meastikan
penerangan yang jelas, menarik dan bermakna. Penerangan adalah selaras dengan
umur, kebolehan dan pengetahuan sedia ada murid yang berbeza. penerngan yang
diberikan haruslah sesuai dengan isi pelajaran. Tindak balas guru hendaklah positif
terhadap maklum balas murid-muridnya. Kesan penggunaan kemahiran ini ialah
konsep pelajaran menjadi lebih jelas. Murid dapat memahami prosedur secara
terperinci dan teratur. Murid dapat menaakul sebab-sebab terjadinya sesuatu
perkara. Contoh yang diberikan dapat menjadikan penerangan yang diberikan
menjadi lebih jelas. Segala bahan yang digunakan dalam pengajaran dapat
memudahkan kefahaman murid dan meneguhkan pembelajaran mereka. Antara
komponen kemahiran menerang ialah arah permulaaan, kemahiran
ilustrasi,penyusuanan idea dan penutup.

Kemahiran penutup merujuk kepada penumpuan perhatian kepada
penyelesaian suatu tugas yang tertentu. Terdapat dua jenis penutup iaitu penutup
kognitif dan penutup sosial. Penutup kognitif bertujuan untuk mengukuhkan apa
yang telah dipelajari. Penutup ini digunakan di akhir satu siri pelajar selepas sesuatu
perbincangan atau sesi latihan dengan murid-murid dan di akhir satu sekuen
pembelajaran dalam satu-satu pelajaran. Penutup sosial pula bertujuan memberikan
perasaan pencapaian kepada murid tentang sesuatu topik. Penutup sosial
menrangkumi penggunaan pujian, galakkan dan sebagainya. Kesan penggunan
kemahiran penutup ialah pembelajaran akan lebih bermakna kerana murid dapat
memahami keseluruhan konsep. a dapat membantu murid mengingati semula apa
yang telah dipeljari. Guru juga dapat mengetahui sejauh mana objektif pengajaran
telah dicapai.
Bahan bantu mengajar terbahagi kepada tiga jenis iaitu alat pendengaran,
alat pandangan dan alat panadang dengar. Penggunaaan alat bantu mengajar
dapat mengatasi masalah kekurangan tenaga pengajar dan kekurangan masa. a
juga dapat meningkatkan minat murid selain memberikan pengalaman yang sebenar
kepada murid kerana dapat memberikan keseronokkan kepada pelajar. Prinsip
penggunaan kemahiran ini ialah guru perlu menentukan bahan, peralatan,label dan
susunan bahan yang digunakan. Kesan penggunaan kemhairan ini ialah dapat
menjadikan pembelajarn lebih menarik.Pelajar dapat memahami sesuatu perkara
dengan lebih lajau kerana sekeping gambar dapat menggantikan 1000 perkataan.
Cara menggunakan kemahiran ini ialah menggunakan pada peringkat pengajaran
yang betul, tunjuk bahan bantu mengajar satu per satu, kemudian tunjukkan semua
tetapi mengikut urutan keutamaan.





Kemahiran refleksi merujuk kepada amalan pengajaran sendiri bagi
meperbaiki amalan pengajarn serta memperdalamkan kefahaman mengenai
sesuatu perkara. Tujuan refleksi adalah untuk mentafsir kemahiran mengajar diri
sindiri dan mepertingkatkannya, guru dapat menilai keberkesanaan sesuatu strategi
dan bahan yang digunakan. Guru dapat menganalisis niali-nilai pendiidkan yang
menjdi asas amalan pengajaran. Selain itu, mengkaji dan menjelaskan pegangan
yang berkaitan dengan pendiidkan dan cuba mmebina seuautu penjelasan megenai
pelajar menerusi interaksi bilik drajah dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
Kesan refleksi kepada guru ialah guru dapat mneyelesaikan maslah yang timbul,
dapat menilai kemampuan guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Guru
dapat mengetahui kelemahan-kelemahan yang perlu diperbaiki selepas refleksi.
Akhir sekali, dapat meningkatkan cara pengajran dengan lebih berkesan.
Pengelolaan bilik darjah juga merupakan salah satu pengajaran mikro.
Konsep pengelolaan bilik darjah merupakan proses pengwalan bilik drajah oleh guru
bagi memastikan kelas tersebut berada dalam kedaan terkawal. Prinsip kemahiran
ini ialah guru perlu mengenali latar belakang murid,guru perlu bijak mengawal kelas
dengan menggunakan kelas dengan budi bicar untuk mengawal murid. Bagi pelajar
yang menimbulkan masalah, guru perlu mengetahui punca-punca terlebih dahulu
sebelum menghukum pelajar. Guru perlu bijak menentukan pujian dan kritikan yang
bakal diberikan kepada pelajar. Antara kesan penggunaan kemahiran ini ialah
masalah displin dalam kalangan murid dapat dikurangakna. Proses pengajaran dan
pembelajaran dapat berjalan dengan lancar. Kelas akan berada dalam keadaan
terkawal.







5.4 Kepentingan Pengajaran Mikro
Pengajaran mikro dapat membantu guru pelatih memperbaiki kelemahan-
kelemahan di dalam bahagian-bahagian tertentu semasa pengajaran. Rakan-
rakannya pula yang menyaksikan pengajaran tersebut secara langsung atau melalui
rakaman boleh menjadikan panduan semasa giliran mereka mengajar. Hasil
daripada komen pensyarah atau rakan-rakan sekelas akan membantu guru tersebut
memperbaiki kelemahan yang dilakukannya.
Pengajaran miro akan mengurangkan kerumitan pengajaran biasa dalam
sesebuah bilik darjah seperti saiz bilik darjah, isi pelajaran dan masa. pengajran
mikro membenarkan pengawalan yang lebih dari segi manipulasi masa, murid-
murid, isi pelajaran, kaedah, maklum balas dan sebagainya. Pengajaran mikro
memberikan maklum balas serta merta. Dengan itu, guru dapat membincangkan dan
mengulas pelajaranya selapas sesuatu pelajaran. Rakaman video dapat dimainkan
untuk menunjukkan bagaimana sesuatu pengajran itu boleh diperbaiki. Melalui
pengajaran mikro, guru dapat melibatkan diri dalam pengajran secara beransur-
ansur iaitu peringkat demi peringkat dan tidak terlalau mendadak. Pengajaran
seperti ini akan membolehkan Guru mengenali model pengajaran dan bukanlah satu
peniruan pengajaran master teacher. Oleh kerana rakaman video dapat dimainkan,
guru-guru dapat meyaksikan kesahan yang dilakukan dengan sendiri. Dengan itu,
pengajaran mikro dapat mengurangkan pertentangan antara pandangan guru
terhadap penyelianya sebagai pembimbing dan pandangannya terhdap
penyeliannya sebagai seorang penilai pengajarannya.
Pengajaran mikro dapat membolehkan guru pelatih mengamalkan teori
pengajarn yang disampaikan oleh pensyarah dalam bilik kuliah. Pengajaran mikro
juga dapat membantu guru pelatih mengurangkan berbagi-bagai masalah daripada
pengajaran biasa di sekolah pada masa depan. a juga dapat membantu
meningkatkan keyakinan guru-guru pelatih agar lebih bersedia menghadapi sutuasi
pengajaran yang sebenar.

S-ar putea să vă placă și