Sunteți pe pagina 1din 2

EPD1013MAS/Sept

FAKULTI PENDIDIKAN DAN SAINS SOSIAL


UNIVERSITI TUN ABDUL RAZAK

PROGRAM DIPLOMA PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK

EPD 1013: PERKEMBANGAN PROGRAM PENDDKAN AWAL KANAK-KANAK
SEMESTER SEPTEMBER 2011
TUGASAN (20%)


ARAHAN


1. Tugasan anda akan dinilai berdasarkan kepada keupayaan anda menghuraikan
persoalan yang diberikan dengan disokong oleh hujah-hujah dan bahan-bahan bukti
yang tepat dan releven.

2. Tugasan anda hendaklah ditaip dengan menggunakan font Times New Roman saiz
12 dilangkau baris 1.5 pada kertas bersaiz A4.

3. Tugasan anda hendaklah dihantar dalam bentuk dokumentasi dan slaid power point.
Setiap kumpulan dikehendaki mempersembahkan hasil tugasan masing-masing
(rujuk tutor) dan masa yang diperuntukkan bagi setiap kumpulan ialah 20 30 minit.

4. Tugasan anda perlu dihantar pada minggu ke 10 (rujuk tutor).

5. Tugasan ini menyumbang sebanyak 20% kepada gred akhir kursus.

6. Plagiarisme dalam apa jua bentuk adalah dilarang sama sekali. Pelajar yang
menyerahkan tugasan yang diplagiatkan tidak akan diterima.


EPD1013MAS/Sept

SOALAN TUGASAN

Anda dikehendaki membuat kajian mengenai beberapa bentuk program pendidikan awal
kanak kanak di luar negara yang menggunakan pelbagai pendekatan dalam pengajaran
dan pembelajaran. Pilih satu daripada program yang dinyatakan. Berikut merupakan
program program tersebut:

O Pendekatan Reggio EmiIia
O Program Head Start
O High Scope
O Bank Street
O Montessori

Jawab persoalan berikut berasaskan program yang dipilih.

1. Pengasas/ Founder (2 markah)
2. Sejarah/ History (2 markah)
3. Kurikulum/ Curriculum (4 markah)
4. Alat bantu mengajar (ABM)/ Bahan pengajaran/ (4 markah)
Teaching aids (materials)
5. Latihan guru/ Teacher's training (2 markah)
6. Peranan guru/ Teacher's role (2 markah)
7. Penilaian/ Assessment (4 markah)
JUMLAH/TOTAL : 20 markah


PANDUAN PELAJAR

A. Anda digalakan menggunakan ayat dengan gaya bahasa anda sendiri serta
disokong oleh gambarajah, lakaran, jadual dan sebagainya sekiranya perlu.

B. Anda digalakkan untuk mengakses internet atau merujuk mana-mana buku rujukan
untuk mendapat maklumat tambahan.

C. Fakta atau data yang diperolehi dari sumber lain hendaklah dinyatakan dalam
rujukan.

S-ar putea să vă placă și