Sunteți pe pagina 1din 16

TAJUK : PROFIL KEMAHIRAN GENERIK DALAM KALANGAN PELAJAR MATRIKULASI KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

1.

Pendahuluan

Kemahiran generik atau kemahiran insaniah atau soft skill telah lama menjadi sebutan ramai dan sering menjadi topik perbincangan oleh para ilmuan dan penyelidik di seluruh dunia. Kemahiran generik perlu ada pada seseorang untuk berfungsi dengan berkesan pada kadar minima sewaktu melakukan pekerjaan mengikut kemahiran-kemahiran khusus yang dimiliki dan
ia berkembang melalui proses semulajadi seperti tumbesaran, kematangan dan penuaan (Megat

Aman Zahiri, Baharudin Aris, Jamaluddin Harun & Mohd Zolkifli 2007). Kemahiran generik ini telah turut perbincangkan di berbagai peringkat sama ada di peringkat sekolah mahupun institusi pendidikan tinggi. Untuk berjaya dalam hidup ketika menghadapi kemajuan yang pesat dan persaingan global yang sengit pada abad ke-21 ini, kemahiran generik perlu dikuasai oleh pelajar Malaysia, selain ilmu dalam bidang akademik. Kehendak masyarakat dan pasaran kerja terhadap kebolehan pelajar bertambah rencam dan ini membawa kepada keperluan menguasai pelbagai kemahiran generik. Penguasaan pelbagai kemahiran generik boleh ditingkatkan di peringkat sekolah lagi. Kajian ini bertujuan untuk mengukur tahap kemahiran generik berasaskan perspektif pelajar pra-universiti. Pelajar pra-universiti yang menjadi fokus kajian ini adalah pelajar matrikulasi di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia(KPM) sahaja. Satu penilaian perlu dilakukan bagi menentukan tahap kemahiran generik pelajar matrikulasi kerana kemahiran generik adalah di antara kemahiran yang sangat diperlukan ketika melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi dan seterusnya di alam pekerjaan. Selain dari menimba ilmu pengetahuan, pelajar juga perlu memiliki kemahiran generik untuk melengkapkan ciri-ciri modal insan yang dikehendaki oleh Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP), Rancangan Malaysia Kesembilan dan Misi Nasional. Selain daripada penekanan terhadap usaha meningkatkan keupayaan, Misi Nasional dan Rancangan Malaysia Kesembilan juga memberi penekanan terhadap usaha meningkatkan kreativiti, inovasi, keupayaan bersaing, perpaduan dan pemupukan minda kelas pertama iaitu ciri-ciri kemahiran generik. Oleh itu, adalah perlu
1

untuk melakukan pengukuran tahap kemahiran generik pelajar sekolah agar kemahiran tersebut dapat dikenalpasti dan ditingkatkan di peringkat sekolah sebelum pelajar melangkah ke peringkat Institusi Pengajian Tinggi (IPT) dan juga alam pekerjaan. Justeru itu, membuat penilaian untuk mengukur tahap kemahiran generik pelajar sekolah di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) menjadi fokus kajian ini.

2.

Pernyataan Masalah

Setiap tahun, program matrikulasi KPM mengeluarkan sekurang-kurangnya 20 ribu orang pelajar untuk melanjutkan pelajaran di IPTA dan IPTS dalam dan luar negara. Kelayakan akademik pelajar keluaran program matrikulasi secara rasmi jelas tercatat dalam slip Peperiksaan Program Matrikulasi Semester II (PPSM II) dan diiktiraf oleh Kementerian Pelajaran Malaysia, Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia dan institusi pendidikan di luar negara. Namun tiada seorang pun yang tahu secara pasti apakah tahap penguasaan kemahiran generik dalam kalangan pelajar berkenaan. Walaupun secara dasar dan operasinya banyak ruang dan peluang disediakan di peringkat kolej matrikulasi untuk pelajar memperolehi dan menguasai kemahiran generik, namun belum ada kaedah pengukuran yang formal dan sistematik untuk mengukur tahap kemahiran generik pelajar lepasan program matrikulasi KPM. Keadaan begini adalah merugikan memandangkan pengetahuan tentang tahap penguasaan kemahiran generik di peringkat pra-universiti seperti di program matrikulasi sangatlah penting untuk pengetahuan pelajar itu sendiri, pihak IPT dan untuk pengurusan program matrikulasi. Oleh yang demikian, adalah sangat perlu untuk mengukur tahap kemahiran generik pelajar pra-universiti di program matrikulasi KPM. Kajian ini bertujuan untuk mengukur tahap kemahiran generik dalam kalangan pelajar pra-universiti di salah sebuah kolej matrikulasi berdasarkan penilaian pensyarah. Kadar pengangguran di Malaysia juga semakin meningkat. Menurut laporan penyiasatan tenaga buruh yang dikeluarkan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia pada tahun 2008, kadar pengangguran separuh tahun pertama 2007 meningkat kepada 3.4 peratus berbanding 3.1 peratus pada separuh tahun kedua 2006. Gejala ini dipandang serius oleh pihak kerajaan, pihak swasta dan para ilmuan kerana siswazah yang menganggur merupakan
2

satu pembaziran kepada modal insan yang diperlukan oleh Malaysia untuk mencapai Wawasan 2020. Antara sebab utama wujudnya kadar pengangguran yang tinggi dan terus meningkat dalam kalangan lepasan institusi pengajian tinggi di negara ini adalah kurangnya kualiti graduan berkenaan dari segi kemahiran generik seperti kemahiran komunikasi, kemahiran menyelesaikan masalah, keyakinan diri dan kepimpinan (Hasliza 2002 dan Tengku Mahaleel 2002) sedangkan pihak majikan bukan sekadar memerlukan pekerja yang memiliki pengetahuan akademik yang tinggi tetapi juga perlu memiliki kemahiran generik yang mantap untuk diberikan pekerjaan (Sausman & Steel 1997, Coopers & Lybrand 1998 dan AC Nielsen Research Services 2000). Malah Menteri Pendidikan Tinggi dalam Utusan Malaysia pada 9 Disember 2007 mengaku bahawa pengangguran dapat dikurangkan sekiranya graduan yang dilahirkan adalah lebih berketerampilan, mampu berkomunikasi dengan baik, dapat berfikir secara objektif dan mudah bekerja dalam pasukan. Mungkin salah satu punca berlakunya kadar pengangguran akibat graduan kurang menguasai kemahiran generik seperti tersebut di atas adalah kurang berkesannya pembinaan dan penguasaan kemahiran generik di peringkat program matrikulasi KPM yang kurang berkesan. Andaian ini ada kebenarannya berdasarkan dapatan kajian prestasi akademik pelajar lepasan matrikulasi di institusi pengajian tinggi oleh Institut Penyelidikan Tinggi Negara pada tahun 2004. Mengikut kajian berkenaan, didapati sebahagian besar pelajar lepasan matrikulasi kurang dapat mengikuti pengajian di IPTA akibat kemahiran generik yang terhad, seperti kemahiran komunikasi, terutamanya kemahiran berbahasa Inggeris, dan kemahiran penyesuaian diri dalam suasana yang mencabar. Kekurangan dalam kemahirankemahiran tersebut ini antara penyebab pelajar mempunyai tahap keyakinan, daya saing dan kemampuan berbincang dan berhujah yang rendah. Dapatan ini membawa implikasi bahawa ada kekurangan atau kelemahan yang berlaku berkaitan dengan proses pembinaan dan penguasaan kemahiran generik di program matrikulasi KPM, iaitu di kolej-kolej matrikulasi. Namun apa yang sebenarnya berlaku, berkaitan dengan pemerolehan kemahiran generik di peringkat kolej matrikulasi tidak seorang pun yang pasti kerana belum ada pengukuran yang dibuat di peringkat tersebut. Maka dalam konteks ini, satu pengukuran kemahiran generik pelajar pra-universiti program matrikulasi KPM sangat diperlukan. Adalah menjadi fokus

kajian ini untuk mengukur tahap kemahiran generik dalam kalangan pelajar pra-universiti di kolej matrikulasi berdasarkan penilaian pensyarah. Walaupun begitu, beberapa persoalan timbul tentang kemahiran generik ini. Adakah kemahiran generik ini berbeza antara jantina, pencapaian atau lain-lain faktor? Banyak kajian telah dijalankan berkenaan dengan kemahiran generik ini terutamanya dalam kalangan pelajar IPT. Kajian yang telah dilakukan sebelum ini hanya melibatkan jantina,bidang pengajian dan CGPA dalam kalangan pelajar IPT yang kebanyakannya mengikut persepsi mereka sendiri dengan cara menjawab soal selidik yang diberikan oleh penyelidik. Ini bermakna dapatan yang dihasilkan daripada kajian itu adalah merupakan penilaian yang dibuat ke atas diri pelajar itu sendiri secara langsung.Walau bagaimanapun pengkaji sebelum ini menggalakkan kajian lanjutan perlu diteruskan bagi mengenalpasti faktor sebenar yang boleh mempengaruhi kemahiran generik di kalangan pelajar IPT ini. Hasil dari kajian penyelidik belum ada satu pun kajian yang yang dilakukan tentang tahap kemahiran generik ini di kalangan pelajar prauniversiti. Bagi pendapat penyelidik kajian ini adalah amat penting dan bermakna dijalankan kerana pelajar inilah yang bakal mengorak langkah ke IPTA kelak. Oleh sebab itu kajian ini dijalankan bagi mengenalpasti perkaitan kemahiran generik ini dengan membandingkan pencapaiannya berdasarkan jantina, bangsa Melayu dan bukan Melayu, jurusan (Sains dan bukan Sains) dan pencapaian peperiksaan dalam kalangan pelajar pra-universiti di salah sebuah kolej matrikulasi yang akan dinilai sendiri oleh beberapa orang pensyarah ke atas pelajar tersebut. Pengukuran tahap kemahiran generik berdasarkan penilaian pensyarah adalah lebih menepati ciri-ciri pengukuran tersebut.

3.

Objektif Kajian

Kajian ini bertujuan untuk mengukur tahap kemahiran generik yang dikuasai oleh pelajar di kolej matrikulasi. Objektif kajian adalah seperti berikut: 1. Menentukan sama ada terdapatnya perbezaan skor min kemahiran generik yang signifikan di antara pelajar lelaki dan perempuan. 2. Menentukan sama ada terdapatnya perbezaan skor min kemahiran generik yang signifikan di antara pelajar berbangsa Melayu dan bukan Melayu. 3. Menentukan sama ada terdapatnya perbezaan skor min kemahiran generik yang signifikan di antara pelajar jurusan Sains dan bukan Sains. 4. Menentukan sama ada terdapatnya perbezaan skor min kemahiran generik yang signifikan di antara kategori pencapaian pelajar.. 5. Menentukan elemen kemahiran generik paling tinggi diperolehi oleh pelajar prauniversiti.

4. 1.

Persoalan Kajian Adakah terdapat perbezaan skor min kemahiran generik yang signifikan di antara pelajar lelaki dan perempuan?

2.

Adakah terdapat perbezaan skor min kemahiran generik yang signifikan di antara pelajar berbangsa Melayu dan bukan Melayu?

3.

Adakah terdapat perbezaan skor min kemahiran generik yang signifikan di antara pelajar jurusan Sains dan bukan Sains?

4.

Adakah terdapat perbezaan skor min kemahiran generik yang signifikan di antara kategori pencapaian pelajar?

5.

Apakah elemen kemahiran generik yang dikenalpasti sebagai paling tinggi diperolehi oleh pelajar pra universiti di kolej matrikulasi?
5

5.

Kerangka Konseptual Kajian

Mengikut konteks, kajian ini adalah berdasarkan kepada teori kognitif (Ausubel 1978) di mana fokus yang utamanya adalah proses di sebalik tingkahlaku yang dipamerkan. Perubahan kepada tingkahlaku yang diperhatikan adalah dirujuk sebagai penanda aras kepada apa pun yang berada dalam fikiran pelajar. Pemindahan pembelajaran berlaku apabila pengalaman pembelajaran yang lepas mempunyai kaitan dan pengaruh kepada respons perlakuan pembelajaran baru. Dengan demikian, perkara yang dipelajari boleh dipindahkan kemahiran boleh pindah (Kearns 2001). Teori Behaviourisme adalah berdasarkan perubahan (pembelajaran membawa kepada perubahan kepada tingkah laku) iaitu pembelajaran menghasilkan perubahan tingkah laku. Teori ini memfokuskan kepada keperluan personal dan tingkahlaku yang bersahaja. Skinner (1971) menegaskan kembali bahawa manusia adalah apa yang dilihat hari ini melalui proses pembelajaran dan interaksi dengan persekitarannya. Kemahiran generik dibentuk dalam semua pengajaran dan pembelajaran dengan mengulangi proses ketika pembelajaran di dalam dan di luar kelas akan membolehkan untuk menambah kemahiran generik pelajar dalam pembentukan tingkah laku melalui proses penghafalan pembelajaran. Dengan demikian teori kognitif dan behaviorisme telah digunakan sebagai pendekatan dalam pembinaan tentang Instrumen Kemahiran Generik Penilaian Pensyarah (IKGPP) yang akan digunakan sebagai alat untuk mengukur tahap kemahiran generik di kalangan pelajar tersebut (Siti Rahayah, Rodiah, Shikin & Noriah 2008b). Model atau konseptual kerangka kemahiran generik adalah mengikut kepada keperluan kepada sesebuah negara. Tidak terdapat sebarang persetujuan di peringkat antarabangsa untuk menentukan tentang konsep yang penting dan jenis-jenis kemahiran generik, dan tidak terdapat juga mana-mana model yang sesuai untuk diikuti. Terdapat banyak kekurangan dalam menentukan bagaimana kemahiran generik patut dipelajari dan dinilai (Porfas 2006) untuk mencapai objektif. Mengikut NCVER (2003), Kearns (2001), tidak terdapat satu senarai yang khusus tentang kemahiran generik dan penilaian yang standard kerana kemahiran dan penilaian akan selalu dilihat dan ditafsir bersama dengan perubahan persekitaran di sesebuah negara tertentu. Walau bagaimana pun berdasarkan kajian, kemahiran generik ini adalah nyata dan penting yang sepatutnya dibangunkan dan dinilai. Kemahiran-kemahiran ini adalah sangat diperlukan dalam semua sektor-sektor untuk
6

menghasilkan pelajar dan pekerja yang cekap dan berkesan. (Siti Rahayah, Rodiah, Shikin, Noriah, 2008a). Kemahiran generik ini seharusnya dibangunkan, diterima pakai dan dinilai dengan berterusan. Hambur, Rowe & Luc (2002), Kearns (2001) menekankan keperluan pembinaan set-set kemahiran generik adalah berdasarkan kepada sesebuah universiti dan pengalaman serta pandangan pakar untuk menghasilkan konstruk dan sub-konstruk yang diperlukan untuk diukur. IKGPP telah dibina dalam kajian sebelumnya setelah mengambil kira cadangan yang telah dibuat oleh Hambur, Rowe Luc (2002), Kearns (2001). Selain dari itu ada berbagai-bagai lagi model Kemahiran Generik yang dihasilkan di luar negara seperti dari Australia iaitu Model GSA- Graduate Student Assesesment (2001), Model Dunne et.al. (2000) dan Model VLESC dari United Kingdom, Model SCANS dari USA serta Model SQFStandard Qualifacation Framework dari Scotland. Pembangunan Instrumen Kemahiran Generik Penilaian Pensyarah (IKGPP) adalah dibina berpandukan Kerangka Kelayakan Malaysia (KKM) atau Malaysia Qualification Framework (MQF) yang berasaskan kepada teori pengetahuan, tingkahlaku, dan sosial. Pada tahap ini, MQF menekankan 8 domain yang diperlukan di Malaysia seperti (i) disiplin pengetahuan, (ii) kemahiran praktikal atau psikomotor, (iii) kemahiran dan tanggungjawab sosial (iv) nilai, sikap dan keprofesionalisme (v) komunikasi, kepimpinan dan kemahiran kerja berpasukan (vi) pemikiran kritis, penyelesaian masalah dan kemahiran saintifik, (vii) pengurusan maklumat dan kemahiran pembelajaran sepanjang hayat, (viii) kemahiran pengurusan dan keusahawanan (Sharifah Hapsah, 2006). IKGPP yang dibina ini adalah berdasarkan kepada 9 konstruk yang mengandungi indikator yang dibentuk sebagai item-item atau pemboleh ubah yang akan diperhatikan oleh pensyarah untuk menilai tahap Kemahiran Generik dalam kalangan pelajar matrikulasi. Faktor-faktor yang akan dikaji adalah untuk melihat perbezaan yang terdapat di antara jantina, bangsa Melayu dan bukan Melayu, jurusan Sains dan bukan Sains dan pencapaian pelajar dalam peperiksaan. Skor Kemahiran Generik akan diukur dengan Perisian SPSS Versi 12.0 menggunakan kaedah ANOVA Tiga Hala dan Ujian Statistik Deskriptif. Dari analisis data yang dibuat kelak akan dapat menggambarkan ukuran tahap Kemahiran Generik dalam kalangan pelajar pusat matrikulasi.

Teori Pembelajaran Kognitif (Ausubel 1978) Behaviorisme (Skinner 1971)

Model Kemahiran Generik MQF (2006), GSA (2001),Kompetensi Profesional Holistik (1996),NCVER (2003), Hambur, Lowe Ruc (2002),Dunne et. al. (2000), SCANS (2001), SQF (2002),

Item Kemahiran Generik yang diukur dalam Instrumen Kemahiran Generik Penilaian Pensyarah (IKGPP) (Siti Rahayah, Rodiah, Shikin & Noriah 2008b)

Faktor Demografi Pensyarah menilai indikator dalam Kemahiran Generik 9 konstruk terhadap pelajar pra-universiti Jantina Bangsa Pencapaian Jurusan

Skor Kemahiran Generik Dianalisis dengan Perisian SPSS Versi 12.0 ANOVA Tiga Hala Ujian Satatistik Deskriptif

Rajah 1.1 : Kerangka konseptual kajian

Menggambarkan ukuran tahap Kemahiran Generik

6.

Kepentingan Kajian

Kajian ini diharapkan akan dapat membantu pihak matrikulasi mempertingkatkan penerapan kemahiran generik dalam kalangan pelajarnya. Dapatan daripada kajian ini sudah pasti akan digunakan untuk penambahbaikkan dalam perlaksanaan pengajaran dan pembelajaran serta program-program berkaitan dengan kemahiran generik yang akan dijalankan di masa akan datang. Dapatan kajian ini juga boleh dimanfaatkan oleh guru, institusi pra-universiti dan KPM sebagai input tambahan dalam merancang program dan kurikulum yang berkaitan dengan pembangunan modal insan selaras dengan keperluan yang ditekankan dalam Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP). Fokus kajian ini adalah untuk melihat sejauh mana tahap kefahaman, kepentingan dan penerapan kemahiran generik dari persepsi pensyarah di kolej matrikulasi. Instrumen yang dibina adalah instrumen yang berbentuk penilaian prestasi oleh penilai yang bersifat autentik dan merupakan satu alternatif lain bagi bentuk penilaian yang biasa dilakukan. Ianya selaras dengan kehendak Pelan Induk Pendidikan dalam memantapkan lagi sistem penilaian dan pentaksiran.Kajian juga akan meninjau kaedah penerapan yang boleh digunakan bagi membantu menerapkan kemahiran generik dalam diri pelajar serta sejauh mana ketidaksepadanan di antara tahap penerapan kemahiran generik di IPTA berbanding yang diperlukan oleh majikan. Berdasarkan premis tersebut, pengkaji melihat kepentingan kajian ini, iaitu (a) memperlengkapkan diri sebagai seorang pelajar yang mempunyai ciri-ciri kemahiran generik dalam menjalani kehidupan seharian, (b) Projek ini akan menjadi titik mula pengkaji mendalami kemahiran generik, khususnya yang berkaitan dengan ciri-ciri yang diperlukan oleh majikan dan secara tidak langsung kajian ini menyumbang secara positif kepada perkembangan literatur berkaitan dengan pengukuran kemahiran amnya dan kepada pengukuran kemahiran generik khususnya, (c) Sebagai garis panduan kepada pelajar agar dapat mempersiapkan diri dalam memperkembangkan kemahiran generik sebelum melangkah ke alam ke dunia pekerjaaan yang sebenar.

7.

Batasan Kajian

Kajian ini mempunyai 3 batasan. Batasan pertama dari segi pensyarah penilai dan pelajar yang dinilai. Pensyarah penilai yang dipilih hanyalah pensyarah daripada Kolej Matrikulasi KPM dan pelajar yang dipilih untuk dinilai adalah pelajar daripada Kolej Matrikulasi KPM sahaja.Memandangkann perbelanjaan yang besar diperlukan untuk penilaian berasaskan prestasi (performance based assessment) ini, penyelidik hanya melibatkan sebuah kolej sahaja. Batasan kedua bagi kajian ini adalah dari segi rangkuman konsep kemahiran generik yang dikaji. Hasil dari kajian kepustakaan yang dijalankan oleh penyelidik, kemahiran generik mempunyai berbagai definisi. Namun begitu, bagi kajian ini, kemahiran generik yang diukur hanyalah sembilan kemahiran utama yang diperhalusi dan dipecahkan daripada enam domain hasil pembelajaran KKM, iaitu kemahiran komunikasi, kemahiran kepemimpinan, kemahiran kerja berpasukan, kemahiran pembelajaran sepanjang hayat dan pengurusan maklumat, kemahiran pemikiran kritis dan penyelesaian masalah, kemahiran etika dan moral profesional, kemahiran keusahawanan, kemahiran pengurusan dan kemahiran tanggungjawab sosial. Batasan ketiga bagi kajian ini hanyalah menilai pelajar dari aspek jantina, bangsa Melayu dan bukan Melayu, jurusan Sains dan bukan Sains serta pencapaian pelajar.

10

8. METODOLOGI KAJIAN

8.1

Pendahuluan

Kaedah kajian ini adalah kajian deskriptif. Jenis kajian deskriptif yang digunakan ialah kaedah kajian kes. Matlamat utama kajian ini adalah untuk mendapatkan data tentang keberkesanan aktiviti yang berkaitan dengan kemahiran generik. Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti tahap kemahiran generik di kalangan pelajar-pelajar tersebut. Seterusnya kajian ini cuba melihat perhubungan faktor di antara jantina, bangsa Melayu dan bukan Melayu, jurusan sains dan bukan sains dan pencapaian dengan tahap kemahiran generik yang diuji. Kajian ini juga akan dapat menunjukkan ciri kemahiran generik yang paling dominan dalam kalangan pelajar tersebut.

8.2

Rekabentuk Kajian

Pendekatan kuantitatif adalah dipilih dan digunakan dalam kajian ini. Kajian kuantitatif adalah jenis penyelidikan di mana pengkaji memutuskan apa yang hendak dikaji, bertanya soalan yang khusus, mengecilkan skop soalan, mengumpul data yang boleh dikuantitatifkan daripada peserta, menganalisis nombor-nombor tersebut menggunakan statistik dan menjalankan inkuiri dalam bentuk yang objektif dan tidak bias (Kelinger 1964). Menurut Creswell (2008), pendekatan kuantitatif adalah sesuai digunakan apabila seuatu kajian yang dijalankan mempunyai sampel yang ramai. Kajian ini adalah untuk mengukur dan menilai tahap kemahiran generik sekumpulan pelajar pra-universiti yang berjumlah 194 orang. Penilaian ini akan dilakukan secara pemerhatian dengan menggunakan kaedah kajian kes oleh 17 orang pensyarah di sepanjang semester tersebut iaitu lebih kurang 3 bulan. Menurut Mohd Majid (2000), kajian kes adalah penyelidikan yang dilakukan secara intensif oleh penyelidik ke atas satu unit kecil sosial. Dalam kajian ini sasaran sampel adalah dihadkan kepada sekumpulan pelajar sebuah kolej matrikulasi sahaja. Pendekatan ini dipilih kerana bilangan sampelnya yang ramai untuk dinilai oleh pensyarah. Prosedur pemerolehan data menjadi lebih mudah dan menjimatkan masa. Dengan secara tidak langsung penilai dapat menumpukan pemerhatian untuk mengukur
11

tahap kemahiran generik pelajar tersebut dengan lebih effisyen, berkualiti dan seterusnya dapat menjawab objektif, persoalan dan hipotesis kajian.

8.3

Sampel Kajian Sampel kajian ini melibatkan 194 pelajar dari 582 pelajar sebagai populasinya (n=194,

N=582). Populasi ialah kumpulan individu yang mempunyai ciri-ciri yang sama manakala sampel ialah sub-kumpulan kepada populasi yang hendak dikaji untuk tujuan untuk membuat generalisasi (Creswell 2008). Sampel kajian ini adalah dinilai berdasarkan jantina, bangsa Melayu dan bukan Melayu, jurusan Sains dan bukan Sains dan pencapaian pelajar tersebut. Rasional kepada pemilihan keempat-empat pembolehubah tersebut adalah digunakan dalam mengukur tahap kemahiran generik ini adalah kerana untuk melihat sama ada lelaki atau perempuan, bangsa Melayu atau bukan Melayu, jurusan sains atau bukan sains dan berdasarkan kategori pencapaian yang manakah lebih menonjol dan berketerampilan dalam memperlihatkan ciri-ciri kemahiran generik ini. Dengan cara itu, dapatlah dikenalpasti faktor sebenar yang boleh mempengaruhi kemahiran generik di kalangan pelajar pra-universiti ini. Pemilihan sampel adalah secara rawak berkelompok di mana 2 kumpulan pelajar pra-universiti di salah sebuah kolej matrikulasi dikenalpasti. Kumpulan ini adalah berdasarkan jurusan sains dan bukan sains. Mengikut Creswell (2008), Rawak Berkelompok adalah memilih sampel dari populasi bagi memberi peluang yang sama untuk semua individu dipilih. Mengikut Gall and Gall (2003) sampel yang minima untuk membuat kajian dalam kumpulan yang besar adalah 100 orang. Setiap responden hendaklah melibatkan diri secara aktif dalam segala apa jua aktiviti melalui pengajaran dan pembelajaran seperti kuliah, pembentangan, tutorial dan melalui apa sahaja program-program yang akan dianjurkan oleh kolej matrikulasi.

12

8.4

Lokasi Kajian

Kajian ini akan dijalankan di sebuah Kolej Matrikulasi KPM. Dalam tempoh beberapa tahun kebelakangan ini, pihak IPTA telah mula memberi penekanan terhadap kurikulum kursus dan kaedah penyampaian kurikulum yang berorientasikan kemahiran generik. Tindakan pihak IPTA memberi penekanan terhadap penguasaan kemahiran generik di peringkat universiti memberi makna bahawa institusi pendidikan yang menawarkan program pra-universiti, contohnya program matrikulasi di kolej-kolej matrikulasi di bawah KPM, perlu juga memberi penekanan terhadap pembinaan dan penguasaan kemahiran generik di peringkat tersebut. Di peringkat pra-universiti, kemahiran generik yang telah dibina dan dikuasai oleh pelajar di peringkat sekolah dapat dipertingkatkan dan kemudian diperkukuhkan di peringkat IPTA. Jelaslah bahawa pra-universiti menawarkan kesinambungan bagi perkembangan penguasaan kemahiran generik dalam kalangan pelajar. Sewajarnya lokasi ini dipilih untuk menjalankan kajian bagi memenuhi objektif kajian.

8.5

Instrumen Kajian

Kajian ini menggunakan soal selidik sebagai instrumen dalam mengukur tahap kemahiran generik pelajar yang akan dinilai oleh pensyarah. Instrumen ialah satu alatukur untuk mengukur, memerhati, atau mendokumentasikan data kuantitatif. Instrumen ini adalah dari jenis Pengukuran Tingkahlaku (Pemerhatian tingkahlaku). Kesemua instrumen telah ditadbir sendiri oleh 17 orang pensyarah secara pemerhatian selama 3 bulan terhadap 194 orang pelajar pra-universiti.Tempoh masa ini adalah perlu untuk pensyarah mengenali kumpulan pelajar yang dinilai melalui aktiviti kuliah, pembentangan, tutorial dan melalui programprogram yang dijalankan. Instrumen Kemahiran Generik Penilaian Pensyarah (IKGPP) digunakan bagi mengukur 9 konstruk dalam kajian kemahiran generik ini dengan 77 item yang terdiri daripada (i) Komunikasi (9 item), (ii) Kepemimpinan (12 item), (iii) Kerja Berpasukan (7 item), (iv) Pembelajaran Sepanjang Hayat (9) dan Pengurusan Maklumat (9 item), (v) Pemikiran Kritis dan Penyelesaian Masalah (8 item), (vi) Etika dan Moral Profesionalisme (8 item), (vii) Keusahawanan (9 item), (viii) Pengurusan (8 item) , (ix) Tanggungjawab Sosial (7
13

item). IKGPP adalah instrumen skala likert lima mata (sangat rendah, rendah, sederhana, tinggi dan sangat tinggi).

8.6

Tatacara pemerolehan data

Kajian ini adalah untuk mengukur tahap kemahiran generik dengan membuat penilaian terhadap prestasi pelajar dalam aktiviti yang dianjurkan oleh kolej matrikulasi dengan menggunakan pensyarah sebagai penilai dalam jangkamasa yang ditetapkan, Oleh itu penyelidik memerlukan sepenuh kerjasama daripada pihak pentadbiran kolej yang terlibat kerana ianya memerlukan kerjasama secara menyeluruh dari pihak pentadbir, pensyarah dan pelajar.

Langkah pertama adalah meminta kebenaran dari pihak Fakulti Pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) untuk melakukan kajian. Surat kebenaran dari fakulti akan dibawa ke bahagian matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia untuk mendapatkan keizinan membuat kajian di salah sebuah kolej matrikulasi KPM. Langkah seterusnya yang dilakukan oleh penyelidik adalah mendapat kebenaran dari pihak pentadbir kolej untuk melakukan kajian bagi mengukur tahap kemahiran generik pelajar di kolej tersebut berdasarkan penilaian pensyarah. Kemudian meminta keizinan dari pihak pentadbir kolej untuk membentuk satu jawatankuasa yang terdiri daripada pihak pengurusan kolej dan pensyarah untuk menentukan aktiviti yang boleh dinilai oleh pensyarah terhadap pelajar mereka dalam masa 3 bulan.Bagi memastikan para penilai memahami proses penilaian yang perlu dilakukan, satu taklimat ringkas akan dijalankan. Penyelidik akan memberi taklimat tentang kefahaman item kepada penilai, contoh-contoh pemerhatian serta panduan yang boleh dilakukan oleh penilai semasa mengukur tahap kemahiran generik pelajar.

14

8.7

Tatacara Penganalisisan data

Data yang diterima akan dianalisis secara kuantitatif dengan menggunakan perisian The Statiscal Package For Social Sciences (SPSS) Versi 12.0. Disebabkan tahap pengukuran kajian ini berada pada aras nominal, ordinal dan sela, maka dapatan-dapatan kajian akan dianalisis secara deskriptif dan juga inferensi. Data dianalisis menggunakan kaedah ANOVA Tiga Hala pada alfa bersamaan 0.05 bagi mengkaji hubungan demografi jantina, bangsa Melayu dan bukan Melayu, jurusan sains dan bukan sains dan pencapaian terhadap tahap kemahiran generik pelajar pra-universiti. Ujian Statistik Deskriptif akan dilakukan juga bagi menentukan elemen kemahiran generik paling tinggi diperolehi oleh pelajar pra-universiti.

Kesimpulan

Secara keseluruhannya, kajian ini dimulai dengan menghuraikan pengenalan kepada kajian yang akan dilakukan dan perkara-perkara yang menjadi asas kajian. Kandungan kajian ini disusun bermula dengan penjelasan ringkas tentang kemahiran generik dan dan kepentingannya, diikuti dengan perbincangan tentang masalah kajian, tujuan, objektif, hipotesis, persoalan kajian, kerangka konseptual kajian, kepentingan kajian, batasan kajian, definisi operasional dan diakhiri dengan metodologi kajian. Dalam metodologi kajian, pengkaji memperihalkan tentang prosedur pelaksanaan kajian untuk memberi untuk memberi gambaran yang jelas tentang proses pengumpulan, pemprosesan dan penganalisisan data.

15

BIBLIOGRAFI Ausubel,DP, Novak, JD & Hanesian, H (1978). Educational Psychology: A cognitive view (2 edicion). New York: Holt, Rinehart & Winston. Reimpreso, 1986. NY: Warbel & Peck. Cresswel J.W (2008). Research Design. Sage Publications Hasliza Hassan (2002). Ciri-ciri Kualiti Pelajar untuk Keperluan Pekerjaan Pada masa Kini. Seminar Antara Industri dan Institusi Pendidikan Awam. UTM: Bangi Kearns, P 2001, Generic Skills For The New Economy review of research, NCVER, Adelaide Kerlinger, F. (1964). Foundations of behavioural research. New York: Holt. Megat Aman Zahiri Magat Zakaria, Baharudin Aris, Jamaludin Harun, Mohd Zolkifli b. Abd Hamid. (2007). Hubungan Antara Kemahiran Generik dengan Jantina, Pengkhususan dan Pencapaian Guru-guru Pelatih UTM: Satu Tinjauan. Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Mohd Majid, K. (2000). Kaedah penyelidikan pendidikan. Dewan Bahasa dan Pustaka. Kuala Lumpur Saodah Wok, Narimah Ismail dan Mohd Yusof Hussain (2003). Teori-teori Komunikasi. Kuala Lumpur: PTS Publication & Distribution Sdn.BhdMalaysia. Steel, J. and Sausman, C. (1997). The contribution of graduates to the economy: rates of return, Technical Report 7 of the National Committee of Inquiry into Higher Education, HMSO, London. William F. Skinner, Anne M. Fream(1997). A social learning theory analysis of computer crime among college student. Journal of research in crime and delinquency. Sage Publication

16

S-ar putea să vă placă și

  • Kejayaan Di Tangan Anda
    Kejayaan Di Tangan Anda
    Document1 pagină
    Kejayaan Di Tangan Anda
    Muhamad Murizal Josti
    Încă nu există evaluări
  • Master
    Master
    Document1 pagină
    Master
    Muhamad Murizal Josti
    Încă nu există evaluări
  • Solat Fardhu
    Solat Fardhu
    Document8 pagini
    Solat Fardhu
    Muhamad Murizal Josti
    Încă nu există evaluări
  • Jaga Anak
    Jaga Anak
    Document1 pagină
    Jaga Anak
    Muhamad Murizal Josti
    Încă nu există evaluări
  • Cikgu
    Cikgu
    Document1 pagină
    Cikgu
    Muhamad Murizal Josti
    Încă nu există evaluări
  • Komunikasi Organisasi
    Komunikasi Organisasi
    Document1 pagină
    Komunikasi Organisasi
    Muhamad Murizal Josti
    Încă nu există evaluări
  • Jaga Anak
    Jaga Anak
    Document1 pagină
    Jaga Anak
    Muhamad Murizal Josti
    Încă nu există evaluări
  • Guru Sebagai Mentor
    Guru Sebagai Mentor
    Document1 pagină
    Guru Sebagai Mentor
    Muhamad Murizal Josti
    Încă nu există evaluări
  • Buku Panduan Pertolongan Cemas
    Buku Panduan Pertolongan Cemas
    Document1 pagină
    Buku Panduan Pertolongan Cemas
    Muhamad Murizal Josti
    Încă nu există evaluări
  • Doa Perpisahan
    Doa Perpisahan
    Document1 pagină
    Doa Perpisahan
    Muhamad Murizal Josti
    Încă nu există evaluări
  • Guru Sebagai Pemimpin
    Guru Sebagai Pemimpin
    Document1 pagină
    Guru Sebagai Pemimpin
    Muhamad Murizal Josti
    Încă nu există evaluări
  • Buku Panduan Pertolongan Cemas
    Buku Panduan Pertolongan Cemas
    Document1 pagină
    Buku Panduan Pertolongan Cemas
    Muhamad Murizal Josti
    Încă nu există evaluări
  • Komunikasi Di Tempat Kerja
    Komunikasi Di Tempat Kerja
    Document1 pagină
    Komunikasi Di Tempat Kerja
    Muhamad Murizal Josti
    Încă nu există evaluări
  • Komunikasi Di Tempat Kerja
    Komunikasi Di Tempat Kerja
    Document1 pagină
    Komunikasi Di Tempat Kerja
    Muhamad Murizal Josti
    Încă nu există evaluări
  • Kejayaan Anda
    Kejayaan Anda
    Document1 pagină
    Kejayaan Anda
    Muhamad Murizal Josti
    Încă nu există evaluări
  • Kejayaan Anda
    Kejayaan Anda
    Document1 pagină
    Kejayaan Anda
    Muhamad Murizal Josti
    Încă nu există evaluări
  • Kejayaan Anda
    Kejayaan Anda
    Document1 pagină
    Kejayaan Anda
    Muhamad Murizal Josti
    Încă nu există evaluări
  • Kejayaan Tanpa Anda
    Kejayaan Tanpa Anda
    Document1 pagină
    Kejayaan Tanpa Anda
    Muhamad Murizal Josti
    Încă nu există evaluări
  • Doa Perpisahan
    Doa Perpisahan
    Document1 pagină
    Doa Perpisahan
    Muhamad Murizal Josti
    Încă nu există evaluări
  • Buku Panduan Pertolongan Cemas
    Buku Panduan Pertolongan Cemas
    Document1 pagină
    Buku Panduan Pertolongan Cemas
    Muhamad Murizal Josti
    Încă nu există evaluări
  • Kisah Nabi Ibrahim
    Kisah Nabi Ibrahim
    Document6 pagini
    Kisah Nabi Ibrahim
    Muhamad Murizal Josti
    Încă nu există evaluări
  • Doa Sukan
    Doa Sukan
    Document1 pagină
    Doa Sukan
    Mohd Hilmi
    Încă nu există evaluări
  • Kejayaan Di Tangan Anda
    Kejayaan Di Tangan Anda
    Document1 pagină
    Kejayaan Di Tangan Anda
    Muhamad Murizal Josti
    Încă nu există evaluări
  • Muka Depan Assigmen DR Kadir
    Muka Depan Assigmen DR Kadir
    Document1 pagină
    Muka Depan Assigmen DR Kadir
    Muhamad Murizal Josti
    Încă nu există evaluări
  • Kurikulum Tyler2
    Kurikulum Tyler2
    Document16 pagini
    Kurikulum Tyler2
    Muhamad Murizal Josti
    Încă nu există evaluări
  • RPT PI KSSMP T4 Ibadah
    RPT PI KSSMP T4 Ibadah
    Document3 pagini
    RPT PI KSSMP T4 Ibadah
    Muhamad Murizal Josti
    Încă nu există evaluări