Sunteți pe pagina 1din 4

SISTEM PAIP

1)Terdapat 2 jenis sistem yang digunakan dalam proses membekalkan air ke dalam bangunan .Huraikan bagaimana sistem ini beroperasi serta kelebihan jika kita menggunakannya.

 Sistem terus -Membekalkan air dari meter melalui paip perkhidmatan ke semua pili,bilik air dan tandas. Kelebihan -Kurang kerja paip dan tangki yang lebih kecil atau tidak perlu.Ia menjadikan ia lebih senang dan lebih murah dipasang. -Air minuman boleh didapati disemua salur keluar air. -Tangki lebih kecil dan boleh diletakan dibawah siling. -Dalam sistem yang tidak dilengkapi tangki,tidak ada risiko pencemaran air sumber.

 Sistem tidak terus -Membekalkan air dari meter melalui paip perkhidmatan ke tangki simpanan air dan pili dapur Kelebihan -Tangki simbah penyimpan berkapasiti tinggi memeberikan penyimpanan air yang mencukupi semasa gangguan bekalan air. -Tekanan air pada kepala dari tangki simbah menjadi rendah.Ini meminimumkan haus di kepala dan tahap kebisingan. -Perkakas yang dibekalkan air dari tangki simbah dapat dihindari daripada pencemaran oleh pensifoni semula. -Permintaan yang lebih rendah pada bekalan air utama.

2)Terangkan fungsi paip berikut dalam sistem bekalan air.Sertakan gambar rajah yang bersesuaian.

 Paip perhubungan -Menghubungkan paip utama dengan meter air.  Paip perkhidmatan -Menghubungkan meter air ke tangki simpanan dan pili di dapur  Paip agihan. -Mengagihkan air dari tangki ke kelengkapan perpaipan di rumah seperti sinki dan alat mandian.  Paip limpah -Menyalurkan air jika berlaku limpahan apabila injap berbola rosak.  Paip cuci -Terletak pada dasar tangki untuk menyalurkan air semasa pembersihan.

S-ar putea să vă placă și