Sunteți pe pagina 1din 5

Siapa Sisters In Islam?

Oleh : Lajnah Penerangan Dan Dakwah DPP Subang


Sisters In Islam (SIS) ditubuhkan pada tahun 1990, apabila Dr Amina Wadud dan
sekumpulan wanita yang sealiran dengannya yang merasakan wanita Islam tidak mendapat
keadilan dari segi hukum Islam, bersepakat untuk menubuhkan sebuah NGO bagi
memperjuangkan hak yang didakwa mereka. Zainah Anwar menjadi Pengasas dan ketua
SIS. Tujuan menubuhkan SIS diterangkan oleh Zainah:

``We are fighting for justice, (for) an Islam that is just, an Islam that upholds the principles of
justice, equality, freedom and dignity of the human being, be it man or woman. But certainly,
given the experience that we've gone through, our focus is on the rights of Muslim women.``
(Ibid: 11).
Keadaan ini berlaku semasa Amina Wadud menjadi pensyarah di UIAM beliau meyusupkan
idea dan fahamnya kepada sekumpulan wanita yang sealiran dengannya. Contoh hak
berpoligami bagi lelaki dan suami berhak memukul isteri yang nusyuz.
Mereka mendakwa sebagai kelas dua dan dinafikan hak. Kumpulan wanita yang tidak puas
hati merasa bertuah mendapat seorang mentor yang berjiwa sealiran dengan mereka. Ini
terbukti dari ungkapan berikut:
``We were very lucky that we had (Muslim theologian and scholar) Dr Amina Wadud, who
had arrived to teach the Quran in UIA (International Islamic University). She was teaching
the Quran and she had done her PhD thesis on woman and the Quran. And so she helped
us to go through the Qur`an, to go through the words, grammar, vocabulary, world view, the
Qur`anic world view. So she helped us develop this methodology and it was a great
engagement because she's a scholar. But we bring our activist background.`` (The Sun
Weekend, July 17-18, 2004: 10).
Ungkapan di atas adalah dari Zainah Anwar yang dari pengenalan dan pengajian beliau
bersama kumpulan wanita tersebut.
Laman web SIS pula menerangkan aktiviti mereka sebagai:
“Sisters in Islam is at the forefront of the women's movement which seeks to end
discrimination against women in the name of religion. The group's activities in research,
advocacy and public education help to promote the development of Islam that upholds the
principles of equality, justice, freedom and dignity within a democratic state.

The group writes letters to the editor, issues press statements and submits memorandum to
the Malaysian government to influence laws and policies and the debate within Islam on
issues such as equality, dress and modesty, polygamy, domestic violence, right to
guardianship, women as judges, Islamic Family Law and justice for women, Shari’ah
Criminal Law and fundamental liberties, and apostasy and freedom of religion.”
Di tengah-tengah kedahagaan mereka berhubung dengan maklumat keislaman, mereka
bertemu dengan watak yang lebih banyak mempersoalkan Islam dari mematuhi Islam.

Pemikiran SIS
SIS berfahaman dengan fahaman sekular dan liberalisme walaupun bertopengkan nama
Islam pada organisasinya. SIS dicengkam dengan gaya berfikir cetusan “Enlightment” di
Eropah beberapa kurun yang lalu. SIS membawa fahaman liberalisme dimana sekularisme
menyokong kewujudannya dengan berjayanya ajaran sekularisme yang menyisihkan
kehidupan agama kepada satu amalan peribadi, manakala kehidupan sosiopolitik dan
ekonomi dibebaskan dari cengkaman agama (Kristian).
Keadaan ini berlaku apabila Eropah melalui zaman pencerahan atau “Enlightment” dimana
kebencian terhadap peranan agama dizahirkan dengan perluasan fahaman yang menyeru
kepada kebebasan mutlak dari cengkaman agama.
Perlu diingat, zaman pencerahan adalah satu zaman pemisah untuk membezakan “dark-
age” (kegelapan) yang dikaitkan dengan kemunduran kerana penguasaan institusi gereja ke
atas sosiopolitik Eropah.
Keadaan ini terus terbawa-bawa oleh SIS yang mempersoalkan tentang ketidakadilan di
dalam menghadapi hukuman di mahkamah syar`iah, hak lelaki berkahwin lebih dari satu
(poligami), lelaki boleh memukul isteri yang durhaka, tidak mempercayai Islam sebagai
ideology politik yang boleh memerintah Negara, mempercayai agama hanya sebagai nilai
yang boleh mengawal politik, tetapi undang-undang dan hukuman bukan keseluruhan dari
Islam, menentang hudud, menentang menahan orang yang mahu murtad dan hukuman
terhadapnya, menentang Negara Islam, menentang penentuan dan pengawalan nilai ke
atas masyarakat, Negara tidak seharusnya mengadakan undang-undang atau polisi
mengenai sexualiti yang mendiskriminasi dan membezakan dari segi hukuman dan
berpegang pada kebebasan beragama (Ibid., 10-13).
Atas sebab inilah, tidak sukar untuk memahami pemikiran SIS mengapa SIS lantang
menyerang sistem nilai Islam, termasuklah undang-undang syariah dan penguatkuasaan
hukum Islam. Disinilah SIS akan bertembung dengan sesiapa dan apa sahaja yang
mahukan Islam, sebagai entiti peranan yang berwibawa, walaupun pihak tersebut adalah
pihak kerajaan sendiri.
SIS adalah pejuang kebebasan individu yang membawa fahaman utilitarian dalam
menentukan batasan 'akhlak' yang diizinkan. Utilitrian menganggap bahawa keseronokan
maksima “maximum pleasure” adalah pengukur moraliti. Selagi ia menghasilkan
keseronokan maksimum, maka seseorang bebas untuk melakukan apa sahaja yang
dikehendaki. Fahaman ini menolak sebarang campur tangan mana-mana pihak
menentukan bagaimana seseorang itu mahu dan boleh berseronok kerana kononnya ia
adalah hak individu.
Mereka juga membawa pemikiran tuntutan persamaan hak ini di dalam sistem
kekeluargaan. Mereka memperjuangkan kebebasan berkeluarga, maka kehidupan
berumahtangga yang berdasarkan agama menjadi longgar. Kerana mengelak dari
keterikatan, tanggungjawab dan beban yang ada dalam kehidupan berumahtangga, maka
mereka memilih pasangan secara hidup bebas tanpa ikatan pernikahan dan fenomena anak
luar nikah hasil dari penzinaan.

Gerakerja SIS
Fokus sebenar langkah-langkah mereka ialah mempersoal, meperkecil dan meragukan
masyarakat khususnya yang kurang pengetahuan mengenai pelaksanaan hukum-hukum Islam.
SIS menjalankan kerja menafsir Quran yang menyokong layanan sama rata wanita dengan
menggunakan tiga taktik menggunakan media sebagai alat, menganjurkan bengkel dan
menyebarkan maklumat melalui ceramah umum, diskusi, sesi latihan dan penerbitan.
SIS mengatakan bahawa hak wanita telah disalah ertikan oleh kaum lelaki. SIS mendapat
tumpuan media dengan menghantar lambakan surat kepada penerbit dalam akhbar-akhbar,
sidang akhbar yang menghebahkan undang-undang berat sebelah, menulis dalam ruangan
soal jawab dalam akhbar dan mengadakan sessi latihan untuk wartawan wanita.
Dengan cara ini SIS mendapat hubungan yang baik dengan pihak media dan dapat
menggunakan media sebagai alat pendidikan.
Taktik SIS yang inovatif ini adalah sangat berguna untuk kumpulan-kumpulan yang ingin
memajukan perjuangan hak asasi manusia dalam persekitaran kebudayaan atau
keagamaan. Kerjasama mereka yang bijak dengan pihak media boleh digunakan oleh
kumpulan untuk mendapat suara yang kuat walaupun sumber dan peluang adalah terhad.
Antara memorandum yang pernah dibuat oleh mereka yang menimbulkan kontroversi dan
bersifat mencabar Islam termasuklah:
i. Memorandum Perbandingan Rang Undang-undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003
dengan Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri selangor) 1984 bertarikh 16 Mei 2003.
ii. Memorandum On the Syariah Criminal Code (II) 1993 State of Kelantan bertarikh 25 December
1993.

iii. Officers' Action Cannot Be Seen As 'Islamic' bertarikh 23 January 2005


iv. "Moral Policing Violates Qur'anic Spirit and Fundamental Rights" bertarikh 1 Februari 2005
v. “The State Has No Role in Policing Morality” bertarikh 23 Mac 2005

Apa yang membimbangkan ialah gerakan ini dilindungi oleh pihak yang mempunyai kewibawaan.
Seperti yang dapat dilihat dalam “Kempen Satu Suami Satu Isteri” yang digagaskan SIS,
pelancarannya dilakukan sendiri oleh isteri Perdana Menteri, Datin Seri Endon Mahmud,
beberapa tahun dahulu.

Kita yakin bahawa kumpulan seperti SIS dan beberapa NGO seperti ini mempunyai
konspirasi dan gerakan terancang untuk menghapuskan sistem nilai dan perundangan
Islam melalui pendekatan pemikiran dan tuntutan yang dibuat oleh mereka.

Siapa Dr Amina Wadud?


KEJUTAN yang dicetuskan oleh Aminah Wadud menjadi khatib dan Imam sembahyang
Jumaat yang diikuti makmum dari kalangan lelaki dan perempuan berjumlah dalam
lingkungan 100 jamaah di sebuah Gereja di Universiti Commanwealth di New York
membangkitkan kemarahan umat Islam seluruh dunia.
Dr Aminah Wadud memegang ijazah Ph. D di dalam kajian al-Quran ini berpeluang
mendapat tapak permulaan menyebarkan faham liberalnya terhadap Islam apabila
berpeluang menjadi tenaga pengajar di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) -
1989-1991 yang mengajar di Jabatan Revealed Knowledge and Heritage di universiti
tersebut.
Amina adalah berlatarbelakangkan pendidikan liberal dan sekular. Walaupun bidang
pengajian dan kajian berhubung dengan Islam dan menghasilkan buku `Qur`an And
Woman`` dia dipengaruhi pandangan sekular dan mempersoalkan tentang hukum hakam
yang ditafsirkan oleh ulama terhadap al-Qur`an dan juga Sunnah. Beliau seolah-olah
menganjurkan penentengan, bahkan pemberontakan terhadap apa yang disifatkan
ketidakadilan terhadap wanita.
Oleh kerana pemikirannya yang bersifat kontroversi mengenai masalah-masalah Islam,
khidmatnya hanya sepenggal selama tiga tahun dan tidak disambung kontraknya.
Pemikirannya sudah tentulah disebarkan di kalangan pelajar-pelajarnya yang mengkuiti
kursusnya sebagai Profesor di dalam Pengajian Islam di Commonwealth University di
Virginia, di New York.
Sikap Amina yang tidak menyenangkan khalayak berhubung dengan persoalan Islam dapat
dinilai dari peristiwa di mana beliau dijemput kepersidangan mengenai HIV/AIDS pada
bulan Mei 2003 di Kuala Lumpur membentangkan kertaskerja di samping kertas-kertas
kerja perwakilan peringkat antarabangsa termasuk dari Afrika mengenai bagaimana Islam
seharusnya menangani masalah HIV/AIDS. Dalam membincangkan tentang penyebaran
wabak AIDS, Amina menuduh hukum keluarga Islam telah menyebabkan kuman HIV
tersebar tanpa kawalan kepada para isteri.
Keceluparan Amina yang menyentuh soal akidah membuat 20 perwakilan, kebanyakannya
dari Afrika, termasuklah dari Malaysia dan United Kingdom menentang kertas kerja Aminah
dan mendesak pengerusi menolak kertas kerja Amina bahkan menolak Aminah dari
menyertai persidangan.
Mereka mahu namanya dipadam dari rekod Persidangan selama lima hari Second
International Muslim Leader`s Consultation On HIV/AIDS. Sembahyang Jumaat berkhatib
dan berimamkan wanita dengan makmun dari kalangan lelaki dan perempuan sebagaimana
diperkatakan di atas memperlihat betapa Amina jauh menyimpang mempersoalkan hukum
hakam Islam yang dianggap tidak adil terhadap wanita dan menurut pandangannya
diletakkan sebagai kelas dua.

Siapa Zainah Anwar?


Zainah merupkan pengarah eksekutif SIS dan dia juga adalah merupakan ahli Suruhanjaya
Hak Asasi Manusia Malaysia.
Zainah berpendidikan Fletcher School of Law and Diplomacy, Tufts University, Boston
University dan Institut Teknologi MARA, dalam bidang hubungan antaranbangsa dan
kewartawanan.
Dia juga pernah menjadi Chief Programme Officer, Political Affairs Division, Commonwealth
Secretariat, London; Freelance Writer; Senior Analyst, Institute of Strategic and International
Studies, Kuala Lumpur; Political and Diplomatic Writer, The New Straits Times, Kuala
Lumpur.
Dia juga pernah menerbitkan buku “Islamic Revivalism in Malaysia: Dakwah Among the
Students” yang menjadi rujukan beberapa pemikir dan universiti di negara ini.
Zainah Anwar sendiri pernah mengemukakan pendapat mengenai golongan profesional
Melayu wanita yang tidak berkahwin.
Zainah menyifatkan kebanyakan golongan terpelajar Melayu tidak memilih untuk berkahwin
bukan kerana tidak ada jodoh semata-mata tetapi kerana menolak berkongsi hidup dengan
lelaki yang dianggap kolot.

“Lelaki Melayu kata beliau masih dibelenggu dengan pemikiran kolot yang memaksa isteri
untuk melakukan tugas-tugas tradisional yang membosankan.Isteri terus dilihat sebagai
kilang pengeluar zuriat, petugas dapur dan buruh rumah tangga tanpa bayaran yang
membeban dan membosankan,” katanya.

Berasaskan kenyataan ini kata Zainah beliau sendiri memilih untuk tidak berkahwin dan
bertekad untuk terus hidup membujang tanpa suami.

Pemikiran ini yang mencabar hukum-hukum Allah ini dinyatakan dengan jelas oleh
intelektual Melayu ini dalam tulisan beliau Ending of Patriarchy yang disiarkan dalam
majalah Time keluaran 10 Mac 2003.

Tulisan ini mencabar hukum-hukum Islam semasa yang didakwa Zainah sebagai hukum
ciptaan ulamak lelaki dan bukannya hukum sebenar daripada Allah SWT.
“Saya tidak percaya bahawa Tuhan memberi kuasa kepada suami untuk memukul isteri,
dan hukum bahawa seorang isteri yang mengongsi suka duka bersama suami mendapat
hanya satu perlapan daripada harta yang mereka usahakan bersama apabila kematian
suami,” katanya.

Para ulama' kata Zainah mengada-adakan hukum bahawa hak menceraikan isteri adalah
hak mutlak suami tanpa soal dan si suami boleh mengambil isteri kedua, ketiga dan kempat
sesuka hati.

Antara kenyataan-kenyataan Zainah yang bersifat menghina Islam termasuklah:

"'They have been socialized to accept that the religious authorities know best.'" Source:
Zainah Anwar, "Modern, and Moderate, Islam," Asiaweek, September 16, 1997, p. 34.

"'I don't see any contradiction in that.'" Source: Zainah Anwar quoted by Anthony Spaeth,
"Trouble in Purdah," Time International, April 8, 1996, p. 2 of online version.
“Well to me it’s a question of choice. Islam does not believe in force. And freedom to
wear what you want to wear, I mean to recognise that right, I think it’s important, and
faith imposed by coercion to me is not faith.” Zainah Anwar quoted when asked whether
SIS had gone far from the real teaching of Islam, www.umno-
reform.com/arkib_ogos.htm.

26 April 2005
Lajnah Penerangan dan Dakwah
Dewan Pemuda PAS Subang

S-ar putea să vă placă și