Sunteți pe pagina 1din 6

Sekolah Vernakular Tamil

Definasi. Sekolah Vernacular Tamil ialah sekolah yang menggunakan bahasa pengantar ,guru ,buku teks dan kurikulum mengikut Negara asal iaitu India. Sejarah Penubuhan Sekolah Tamil. Pendidikan vernakakular Tamil diusahakan oleh orang perseorangan dan badan-badan sukarela,terutama badan mubaligh kristian kerana dasar kerajaan british yang tidak mengalakkan pendidikan kaum imigran.Kebanyakan sekolah Tamil di dirikan di ladangladang getah bagi memenuhi keperluan pendidikan anak-anak buruh yang bekerja di situ.Selepas penubuhan Penang Free school di Pulau Pinang pada tahun 1816, satu ketetapan diambil untuk membuka sebuah sekolah Tamil sebagai satu daripada cawangan sekolah itu.Dasar ini kemudiannya dilanjutkan ke negeri-negeri selat.Pada tahun 1850 ,sebuah sekolah bernama Anglo tamil School yang mengajar bahasa Tamil dan Inggeris dibuka di melaka.Pada tahun 1860,sekolah ini terpaksa ditutup kerana menghadapi masalah kekurangan murid.Seterusnya sepanjang tahun 1870-an,beberapa buah sekolah kecil yang mengajar bahasa Tamil dibuka di kawasan ladang ladang ,terutama di seberang perai,negeri Sembilan,Melaka dan Utara Johor.Kebanyakan sekolah ini diusahakan oleh badan-badan mubaligh kristian seperti LadiesBible and Tracts society ,the society for the propagation of chiristianity dan The Big Church Mission.Kebanyakan sekolah-sekolah tamil dibuka di ladang-ladang getah bagi memenuhi keperluan pendidikan anak-anak buruh yang bekerja disitu. Pada tahun 1870-an,beberapa buah sekolah kecil yang mengajar bahasa tamil dibuka di Seberang Perai dan Negeri-negeri Melayu Bersekutu.Selain itu,pada tahun 1895 sebuah sekolah bernama sekolah st Xavier Malabar yang mengajar bahasa Tamil dan Inggeris dibuka di Singapura oleh mubaligh kristian.Ada juga usaha-usaha untuk memberi pendidikan

Tamil di Bandar-bandar.pada tahun 1906, sebuah sekolah tamil yang dinamakan tambusamy pillal school didirikan.ini diikuti oleh Vivekananda school pada tahun 1910,kedua-duanya di Kuala lumpur.sekolah-sekolah tamil yang dibina di bandar ini untuk kanak-kanak india yang mana bapa mreka bekerja di Jabatan Kerja Raya atau dalam perkhidmatan Kereta api.

Perkembangan Sekolah Vernakualr Tamil. Pada kurun 20-an perkembangan ekonomi di tanah Melayu memerlukan lebih banyak buruh India bekerja di ladang Getah.Untuk mendorongkan buruh-buruh india datang bekerja di ladang-ladang tanah melayu,Kerajaan British telah melakukan perubahan polisi pendidikan melalui tahun 1902.mereka mula memberi kemudahan untuk menubuhkan sekolah tamil dimana-mana tempat yang difikirkan perlu.Pada tahun 1902, satu kod buruh

dikuatkuasakan.Melalui kod Buruh ini kerajaan british menetapkan bahawa setiap ladang yang terdapat sepuluh orang kanak-kanak di dalam persekolahan ( iaitu diantara lingkungan umur 7 hingga 14 tahun ) di kehendaki menyediakan sekolah dan guru untuk kanak-kanak itu. .Melalui undang-undang ini ,pihak majikan di ladang-ladang bertanggunjawab untuk menyediakan pendidikan kepada anak-anak buruh yang bekerja diladang mereka.selepas tahun 1925-an,terdapat 235 buah sekolah tamil di negeri-negeri Melayu bersekutu dengan bilangan murid sebanyak 8153 orang.Pada tahun 1932,kerajaan British mula memberi bantuan kewangan kepada sekolah-sekolah Tamil pada kadar $6.00 bagi setiap murid.Tiga tahun kemudian ,kadar ini dinaikkan kepada $8.00 bagi setiap murid bergntung kepada kehadiran murid dan keputusan peperiksaan.Pada tahun 1930-an terdapat 4 jenis sekolah vernacular Tamil iaitu sekolah yang dibiayai dan diurus oleh kerajaan,sekolah ladang yang dibiayaai dan diuruskan oleh majikan,sekolah yang didirikan dan diuruskan oleh komuniti India tempatan dan sekolah yang didirikan oleh persatuan Mubaligh kristian.walaupun

bilangan sekolah-sekolah Tamil di ladang-ladang agak besar,tetapi kebanyakannya tidak memuaskan kerana kekurangan kemudahan.Tambahan pula,kedatanagan murid tidak tetap dan kadar keciciran adalah tinggi.Ini kerana majikan ladang terpaksa menyediakan kemudahan pendidikan sebagai mematuhi arahan kerajaan.Kemudahan yang disediakan sekadar memenuhi syarat sahaja.kerajaan British juga pernah melantik seorang Nazir sekolah berbangsa Eropah untuk menyelia dan mengawasi sekolah-sekolah ini,tetapi jawatan itu dimansuhkan kerana kemelesetan ekonomi.selepas itu, sekolah-sekolah Tamil di ladangladang hanya berperanan untuk membasmi buta huruf di kalangan anak buruh.

Ciri-ciri Sekolah Vernakular Tamil Kebanyakan sekolah-sekolah vernacular India menggunakan bahasa tamil sebagai bahasa pengantar,tetapi ada sebilangan kecil yang menggunakan bahasa-bahasa lain seperti telegu,hindi, gujerati,Malayalam,Punjabi,singhelese atau gurkhali.manakala dari segi tenaga pengajarnya pula,kebanyakan guru dibawa dari India untuk mengajar bahasa Tamil.Selain daripada itu, pendidikan di sekolah-sekolah Tamil juga terbatas di sekolah rendah sahaja.sebahagian besarnya hanya menawarkan darjah empat dan ada sebilangan kecil sehingga darjah enam.sekolah menengah yang menggunakan bahasa tamil tidak ada.Biasanya selepas tamat belajar di sekolah rendah,kanak-kanak ini tiada pilihan lain,kecuali bekerja di ladang-ladang mengikut jejak langkah ibubapa mereka.Buku-buku dan sukatan pelajaran dibawa masuk dari india yang memberi pengetahuan tentang sejarah,ilmu alam dan kebudayaan india.tidak ada sebarang mata pelajaran bahasa yang diajar,sama ada bahasa melayu atau bahasa Inggeris.Ini menjadikan peluang lulusan sekolah vernacular Tamil untuk melanjutkan pelajaran ke sekolah aliran lain sngat terbatas.

Kurikulum Dan Perlaksanaan Dari segi kurikulum dan pelaksanaan Sekolah vernakualar tamil ianya terhad kepada persekolahan rendah sahaja.Sebahagian besarnya hanya menawarkan pendidikan sehingga darjah empat dan sebilangan kecil sehingga darjah enam.Tiada sekolah menengah di sediakan.Tetapi jika mereka ingin meneruskan pelajaran,mereka boleh memasuki sekolah Inggeris di Bandar-bandar.walau bagaimanapun,disebabkan kadar yuran yang tinggi ,buruhburuh di ladang tidak mampu untuk menghantar anak-anak mereka bagi meneruskan pengajian di sekolah Inggeris.Selain daripada itu,kebanyakan sekolah vernacular Tamil ini memberi pendidikan ).mereka juga diajar asas sahaja iaitu membaca,menulis dan menulis karangan ( 3M mata pelajaran seperti Matematik,Ilmu alam,Lukisan,Kerja

tangan,Pengetahuan, dan Latiahan jasmani. Tetapi kebiasaannaya,setelah tamat belajar di sekolah rendah,kanak-kanak ini tiada pilihan lain,kecuali bekerja di ladang-ladang mengikut jejak langkah ibubapa mereka Kebanyakan sekolah-sekolah Tamil di ladang-ladang hanya berperanan untuk membasmi buta huruf di kalangan anak buruh sahaja.Walaupun sekolah tamil hanya menyediakan pendidikan sekolah rendah sahaja tetapi guru-guru diberi latihan yang secukupnya.Pada tahun 1937,beberapa pusat latiahan guru Tamil mula didirkan di Bandar-bandar.Pusat Pusat ini menganjurkan kursus latihan guru Tamil selama 2 tahun.Guru tamil dari sekolah-sekolah Tamil dipilih menghadiri kursus itu pada setiap hari sabtu.

TABURAN SEKOLAH VERNAKULAR TAMIL DI SEMENANJUNG TANAH MELAYUSEHINGGA 1988.


JENIS SEKOLAH
SEKOLAH TAMIL KERAJAAN SEKOLAH ESTET SEKOLAH MUBALIGH SEKOLAH TAMIL SWASTA

JUMLAH
13 511 23 60

1902,

Pendahuluan. Sekolah vernacular tamil merupakan sebuah sekolah yang ditubuhkan oleh pihak estet sebelum merdeka sebagai satu tanggungjawab social.Ia menggunakan buku teks,bahasa pengantar,guru dan kurikulum mengikut Negara asal iaitu India.Pada kurun ke-19 ,kerajaan british mengamalkan dasar tidak masuk campur.Bagaimanapun pada tahun 1902,kerajaan British mula memberi bantuan kewangan untuk mendirikan sekolah Vernakular Tamil serta menguatkuasa suatu kod buruhyang mewajibkan majikan menyediakan pendidikan tamil di ladang-ladang.perubahan polisi ini adalah bertujuan mengalakkan lebih ramai buruh dari india supaya bekerja di tanah melayu.

Kesimpulannya. Dasar pentadbiran penjajah british yang hanya memberi pendidikan kepada kaum India ke peringkat sekolah rendah sahaja menunjukkan bahawa kerajaan british hanya ingin memunuhi polisinya sahaja iaitu mengalakkan buruh-buruh di india bekerja di tanah melayu.

S-ar putea să vă placă și