Sunteți pe pagina 1din 16

Amanah!

http://drfauzee.blogspot.com/2008/04/amanah-dan-personaliti.html diakses pada 3 april Pengantar:

Islam sebagai al-din merangkumkan berbagai peraturan dan ajaran, aqidah dan ibadat, kekeluargaan, keperibadian individu dan jamaah yang semuanya bertujuan untuk mendidik kerohanian manusia dengan pendidikan yang sempurna. Tunggaknya adalah akhlak yang mulia yang menjadikan insan sebagai contoh yang praktikal bagi hamba yang salih dan lurus di atas perintah Tuhannya.

Akhlak adalah salah satu dari aspek penting yang diberi penekanan oleh Islam. Aspek akhlak ini turut ditekankan oleh anutan lain. Dalam ia terbukti dari penegasan Rasulullah (s.a.w.) sendiri dalam sabdanya:

Sesunggunya aku diutuskan untuk menyempurnakan akhlak yang mulia*1+

Amanah adalah salah satu cabang akhlak yang utama. Kertas ini akan memberikan gambaran rengkas mengenai sifat yang terpuji ini khususnya dalam kontek pelaksanaannya dalam kehidupan seorang Muslim

Definisi Amanah:

Perkataan amanah itu berasal dari bahasa Arab. Dalam bahasa kita ia boleh dikata sebagai kepercayaan, pertaruhan, kesetiaan, lurus, dan sebagainya. Dalam kata lain ia adalah sesuatu yang diserahkan kepada seseorang untuk disimpan, dijaga dan dipelihara, samada berupa harta, rahsia atau selainnya.

Sebagai contoh seseorang yang akan berpergian atau bermusafir biasanya akan menyerahkan hartanya kepada seorang lain untuk dijaga semasa beliau bermusafir.

Dalam Islam amanah diertikan sebagai sesuatu yang diserahkan untuk dipelihara dan dijaga, ia merangumi harta benda, kehormatan diri, hak-hak manusia dan agama.

Orang yang menjaga amanah dan melaksana apa yang sepatutnya berupa penjagaan dan pemeliharaan dinamakan al-amin. Lawannya ialah pengkhianat apabila ia menguruskannya diluar dari batas-batas syara` seperti menjual, mengurang, engkar atau abai dalam penjagaannya.

Amanah merupakan bebanan yang berat yang dipikul oleh manusia setelah ia ditolak oleh yang lain.

Firman Allah:

(Sesungguhnya Kami telah mengemukan amanah kpada langit, bumi dan gunung ganang, maka semuanya enggan untuk memikul amanah tersebut dan mereka bimbang mereka akan mengkhianatinya dan dipikullah amanah itu oleh manusia. Sesungguhnya manusia itu amat zalim dan amat bodoh).[2]

Skop amanah dalam Islam sangat luas, namun tuntutannya adalah melaksanakan amanah itu dengan penuh tanggungjawab dan kejujuran. Ini merupakan arahan Allah SWT dalam firmannya:

(Sesungguhnya Allah menyuruh kamu menyampaikan amanah kepada yang berhak menerimanya).[3]

Beberapa aspek amanah:

Secara umumnya amanah terbahagi kepada dua bahagian:

1. Amanah yang dari Tuhan kepada manusia.

Antara yang termasuk dalam bahagian ini ialah:

a. Amanah fitrah untuk terus tegak di atas tauhid kepada Allah. Ini merupakah perjanjian yang agung.

b. Amanah beriman kepada Rasulullah (s.a.w.) dan dengan agama yang dibawanya. Ia adalah amanah tanggungjawab syariah untuk menegakkakan kehidupan bagi umat Islam di atas syariat Allah dalam semua urusan kehidupan: aqidah, ibadat, perundangan, hukum hakam dan akhlak.

c. Amanah pancaindera:

Seluruh anggota kita dan khususnya indera adalah kurniaan Allah, sekaligus ia merupakan amanah. Dengan itu ia sepatutnya disalurkan dalam perkara ma`ruf sahaja bukannya untuk melakukan penderhakaan kepada Allah.

d. Ilmu.

Satu lagi kurniaan Allah yang sekaligus adalah amanah yang mesti disebarkan kepada orang lain.

2. Amanah antara sesama manusia.

Selepas hubungan dengan Tuhan Pencipta, kita tidak terlepas dari saling berurusan dengan sesama ini yang tidak terkeluar dari lingkungan amanah. Antaranya:

a. Amanah yang berkaitan dengan hak.

b. Amanah yang berkiatan dengan harta termasuk simpanan. c. Kehidupan individu dan keluarga.

d. Kedudukan dan tanggungjawab.

Bagaimana mencapai amanah?

Oleh kerana ruang dan skop amanah ini begitu besar dan merangkumkan semua hak yang wajib dijaga dan diberi perkiraan, bukan senang hendak mencapainya dalam kehidupan. Antara fenomena yang paling ketara yang berkaitan dengan penjagaan amanah ini ialah:

a. Berpegang dengan agama dan bersunggu-sungguh dalam pelaksanaannya. Firman Allah:

(Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu mengkhianati Allah dan Rasul dan janganlah kamu mengkhianati amanah-amanah yang dipercayakan kepadamu, sedang kamu mengetahui.)[4]

b. Menjaga anggota dari terjerumus dalam perkara yang haram dan menggunakannya dalam ketaatan kepada Allah.

Firman Allah: Sesungguhnya pendengaran, penglihatan dan hati semuanya itu akan diminta dipertanggungjawabkan.)[5]

c. Ikhlas dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab dan melaksanakannya dengan penuh didikasi serta mengutamakan kebajikan awam.

d. Benar dalam segala urusan dan menjauhkan sebarang bentuk penyelewengan dan penipuan.

e. Menyerahkan tugas dan jawatan kepada mereka yang benar-benar berkelayakan serta mampu melaksanakan segala tanggungjawab dengan baik dan bersedia menghadapi cabaran yang mendatang.

Sabda Rasulullah (s.a.w.):

Sesiapa yang menyerah tugas kepada seseorang kerana sentimen dan persaudaraan sedangkan ada lagi yang baik di sisi Allah darinya, sesungguhnya ia telah mengkhianati Allah, Rasul dan mereka yang beriman.*6+

Bertolak dari realiti inilah Rasulullah (s.a.w.) telah menolak permintaan Abu Zar al-Ghifari, dengan sabdanya:

Wahai Abu Zar! Engkau sebenarnya lemah, jawatan itu adalah amanah, sesunggunya ia membawa kepada kehinaan dan penyesalan pada Hari Kiamat, kecuali mereka yang mengambilnya dengan hak kewajaran serta menunaikan hak atasnya.*7+

f. Mengambil contoh dan tauladan dari Rasulullah (s.a.w.) dan salaf al-Salih.

Kehidupan generasi awal penuh dengan contoh dan tauladan untuk generasi mutakhir. Dengan itu pelajarilah sirah insan contoh iaitu Rasulullah (s.a.w.) dan generasi berikut dari kurun-kurun gemilang dalam sejarah umat Islam untuk dijadikan cermin dan tauladan. Tidak akan jadi baik generasi mutakhir kecuali dengan apa yang sudah baik generasi awal.

Selagi umat Islam memelihara amanah Allah keatas mereka akan luruslah urusan mereka. Kehidupan sosial ummah tidak terkeluar dari lengkongan amanah ini.

Pekerja adalah pemegang amanah kepada kerja yang diserahkan kepadanya.

Tunggak bagi pekerja yang baik/soleh ialah:

a. Kemampuan melaksanakan kerjanya. b. Amanah dalam melaksanakannya.

Mungkin ia seorang yang cemerlang dalam melaksanakan kerja tetapi cuai dalam menunaikan tanggungjawab tersebut, dengan itu ia dikira khianat terhadap kerjanya.

Firman Allah:

(Salah seorang dari dua wanita itu berkata: Wahai bapaku! Ambillah ia sebagai orang yang berkerja (dengan kita), kerana sesungguhnya oarng yang paling baik yang kamu ambil untuk berkerja (dengan kita) ialah orang yang kuat lagi amanah.)[8]

Memang bidang tugas dan tanggungjawab berbeda antara satu pekerja dengan yang lain. Namun amanah dalam semuanya adalah jalan kearah mencapai kejayaan dan kecemerlangan. Dengan menjadi kewajipan baginya menjaga hak ummah dengan benar dan ikhlas. Tidak menjadikan kedudukan sebagai barangan yang diperniagakan dengan penipuan dan rasuah, curi tulang.

Apabila amanah diletakkan pada tempatnya berbahagialah ummah dan semua warganya. Sejarah telah membuktikannya.

Personaliti

Personaliti bermakna peribadi atau sahsiah. Ia merujuk kepada traits yang mencirikan peribadi orang berkenaan. Peribadi menggambarkan sifat personaliti individu yang membezakannya daripada orang lain. Sifat sahsiah merangkum gaya hidup, kepercayaan, harapan, nilai, motif, pemikiran, perasaan, budi pekerti, persepsi, tabiat, sikap dan watak seseorang. Mengikut G.W Allport dalam dalam bukunya Pattern and Growth in Personality, personaliti ditakrifkan sebagai organisasi dinamik sesuatu sistem psikofizikal di dalam seseorang individu yang menentukan tingkah laku dan fikirannya yang khusus. Sistem psikofizikal merangkumi segala segala unsur-unsur psikologi seperti tabiat, sikap, nilai, kepercayaan dan emosi, bersama dengan unsur-unsur fizikal seperti bentuk tubuh badan, urat saraf, kelenjar, wajah dan gerak geri seseorang (Mok Soon Sang, 1994:1). Personaliti mempunyai tiga ciri utama. Pertama, ialah keunikan dengan maksud tersendiri. Kedua, kebolehsuaian atau keupayaannya untuk berubah dan diubah; hasil pembelajaran atau pengalaman. Ketiga, ialah organisasi. Dengan perkataan lain ia bukan sekadar himpunan tingkahlaku sebaliknya ia melibatkan corak tindakan dan operasi yang bersifat konsisten. Tegasnya sahsiah mencerminkan sifat, fizikal, kognitif, emosi, sosial dan rohani seseorang.

Antara ciri-ciri utama sahsiah positif ialah mempunyai pegangan hidup yang mantaf yang dilambangkan dengan akidah, ibadat dan mujahadah yang berterusan. Ia juga memiliki harga diri, bertanggunjawab, berdisiplin, integriti dan kehidupan seimbang. Harga diri/nilai diri mendapat tempat teratas antara ciri-ciri tersebut ,dimana ianya diertikan sebagai penilaian keseluruhan atas kecekapan dan nilai diri seseorang itu sama ada secara positif atau negatif. Yakin diri (self-confidence) dapat memisahkan antara kejayaan dan kegagalan seseorang. bagaimana membina rasa yakin diri yang antaranya termasuklah, mengenali siapa diri kita sebenar, memperaktik rasa boleh lakukan dan elakkan mencari kesempurnaan (perfection). Termasuk dalam ciri-ciri sahsiah positif ialah mengatasi rasa malu (shyness) dan mengurus masa dengan baik. Sifat-sifat lain yang juga perlu untuk membentuk individu yang efektif ialah: Kekuatan fizikal kekuatan fizikal. Dengan setiap individu wajar melakukan pemeriksaan kesihatan secara berkala. Sekaligus ia mampu berusaha. Akhlak yang luhur, peka, halus perasaannya, merendah diri, toleran, benar, kasih sayang, berkerjasama, qanaah, mempunyai kemahuan dan azam yang tinggi dan berfikiran positif sabar dan bersaing dalam perkara yang baik lagi positif. Menjaga dan megurus masa dengan baik kerana ia sedar sesaat yang berlalu tidak mungkin akan dapat dikembalikan semula. Bermanfaat kepada orang lain dalam kehidupan sosial. Sekali ia bukannya bersifat individualistik dan ego, sebaliknya mudah berdamping dengan orang lain.

Penutup: Amanah adalah sifat terpuji dan terangkum dalam lingkungan personaliti yang baik yang mesti dimiliki oleh setiap individu, apalagi bagi mereka yang diamanahkan dengan sesuatu tanggungjawab dan sering berurusan dengan orang lain.

[1] Riwayat Iman Malik [2] Surah al-Ahzab, 72. [3] Surah al-Nisa`, 58. [4] Surah al-Anfaal, 27. [5] Surah al-Isra`, 36.

[6] Riwayat al-Hakim. [7] Riwayat Muslim. [8] Surah al-Qasas, 26.

http://febiharyadi.wordpress.com/2008/04/15/amanah/ diakses pada 3.4.10

Definisi Amanah yang saya dapat adalah: perilaku tetap, yang dengan perilaku itu dia menjaga dari yang bukan haknya. Dia tidak mengambil yang bukan haknya, walaupun ada kesempatan dan tidak ada orang yang mengetahui. Dia tetap melaksanakan kewajibannya walaupun dia memiliki kesempatan untuk tidak melakukannya. Dan dia tidak merugikan dirinya sendiri, tentunya juga orang lain.

Dari definisi tersebut ada 4 poin penting. Tau kan poinnya? Saya yakin kalian tau [baca sendiri yah.. males nulis kepanjangan, he he]. Nah sekarang coba kita perhatikan salah satu contoh. Soal provider telekomunikasi (khususnya GSM dan CDMA), misalnya. Dari segi iklannya saja atau promosinya. Mana yang amanah?

Terus, mari kita berinstropeksi kepada diri sendiri. Apakah kita amanah? Suatu saat kita akan ditanya dan dimintai pertanggungjawaban akan hal ini.

http://dict.rewaz.co.cc/search/browse/amanah.re amanah amanat sesuatu yang dipercayakan kepada orang (diserahkan untuk disimpan dan lain-lain) Ayat: bungkusan-bungkusan ini ialah amanah orang; kepercayaan yang diletakkan kepada seseorang amanah amanat keamanan, ketenteraman Ayat: bahagia dan amanah; kepercayaan, boleh dipercayai, jujur pecah amanah perbuatan mensia-siakan amanah (kepercayaan) orang dan lain-lain (dengan menipu dan sebagainya) orang amanah orang yang boleh dipercayai

(ekonomi) hak yang boleh dikuatkuasakan oleh mahkamah untuk mendapatkan faedah daripada sesuatu harta (ekonomi) peraturan yang menentukan tujuan dan pentadbiran harta amanah amanah saham skim pelaburan yang dikendalikan dan diurus oleh sesebuah organisasi bagi pihak pelabur Ayat: Aamanah Saham Bumiputera; Aamanah Saham Mara; Aamanah Saham Nasional; pesan, amanat mengamanahkan mempercayakan (menyerahkan kepercayaan) kepada, menyerahkan (untuk disimpan, dilakukan sesuatu, dan sebagainya) Ayat: lombong-lombong itu dikuasai oleh orang-orang yang diamanahkan oleh raja; barang dagangan yang diamanahkannya kepada Nakhoda Jaya; mengamanatkan beramanah beramanat pengamanah orang atau badan dan sebagainya yang memegang (menguruskan, melaksanakan, dan lain-lain) sesuatu amanah, pemegang amanah Ayat: pengamanah boleh membuat perisytiharan bagi pembentukan badan amanah tersebut.

http://ummatanwasatan.net/?p=1963

Oleh MOHD SHAUKI ABD MAJID

Pendahuluan

Krisis kewangan global sekurang-kurangnya memberikan pengajaran kepada kita bahawa amanah adalah punca utama menyebabkan keruntuhan institusi kewangan di Amerika Syarikat. Berdasarkan

laporan dan penilaian yang dibuat, krisis kewangan itu bermula dengan idea gadai janji yang dijadikan asas memberikan pinjaman. Pinjaman diberikan berdasarkan spekulasi bahawa harga hartanah akan menjadi lebih mahal, dan penilaian ke atas pemimjam tidak banyak dipersoalkan dari aspek kelayakan membayar balik dan prosedur kemampuan pendapatan pemohon. Kemudahan itu akhirnya menjerat institusi kewangan sehingga meruntuhkan sistemnya walaupun pernah disifatkan sebagai terbaik dan gagah pada suatu ketika.

Amanah merupakan tiang dan dasar bagi setiap gerak-geri dalam kehidupan manusia sama ada dengan Allah mahupun sesama manusia. Manusia adalah khalifah Allah di muka bumi, dan sentiasa mengharapkan sebuah kehidupan yang bahagia. Manusia diamanahkan untuk beribadat dalam usahanya mengabdikan diri kepada Allah sebagai pencipta dan bersikap jujur sesama manusia bagi menyempurnakan tanggungjawab kemasyarakatan. Hanya orang yang jujur imannya kepada Allah yang menjaga amanahnya. Lemahnya amanah bererti lemahnya iman seseorang. Justeru dalam menegakkan keadilan, pemimpin perlu bersifat amanah, iaitu jangan sampai terpengaruh oleh hubungan suka atau tidak suka kepada seseorang. Walaupun kita sedang diselubungi rasa benci terhadap seseorang atau golongan atau kaum, kita harus melaksanakan secara bijaksana dan adil. Demikian juga ketika dalam keadaan senang dan gembira.

Hubungan antara manusia akan terjaga jika amanah terpelihara.Begitu juga dalam suatu negara,jika pemerintah sebagai pemegang amanah rakyat menjaga dengan baik amanahnya,maka negara akan damai. Apabila amanah diabaikan, maka rosak pula hubungan antara sesama manusia. Allah s.w.t menyerahkan amanah kepada manusia. Tujuannya adalah untuk mengangkat manusia kepada kedudukan yang lebih tinggi daripada malaikat, selagi manusia mengembangkan amanah itu dengan baik.

Pada hakikatnya, semua aspek kehidupan manusia adalah amanah yang harus dipelihara dan dipertanggungjawabkan di hadapan Allah s.w.t. Kerjaya, kuasa, pengetahuan, pangkat, hutang, anak, harta benda dan bumi tempat kita hidup adalah amanah yang diberikan oleh Allah kepada manusia. Oleh hal yang demikian itu, amanah itu harus kita laksanakan dengan baik dan adil. Hukum menunaikan amanah adalah wajib, sedangkan mengkhianatinya adalah haram.

Allah s.w.t berfiirman yang bermaksud: Sesungguhnya Allah menyuruh kamu menyampaikan amanah kepada yang berhak menerimanya, dan(menyuruh kamu)apabila menetapkan hukum di antara manusia supaya kamu menetapkan dengan adil. Sesungguhnya Allah memberi pengajaran yang sebaik-baiknya kepada kamu. Sesungguhnya Allah adalah Maha Mendengar Lagi Maha Melihat. (An-Nisaa: 58)

Dalam mengulas ayat tersebut, Ibnu Taimiyah berseru: Wahai para pemimpin Muslim, Allah memerintahkan kepada kamu supaya melaksanakan amanat dalam kepimpinan kamu,tempatkanlah sesuatu pada tempat dan tuannya, jangan pernah mengambil sesuatu kecuali Allah mengizinkannya, jangan berbuat zalim, berlaku adil adalah keharusan dalam menetapkan keputusan hukum diantara manusia.Semua ini adalah perintah Allah yang disampaikan dalam al-Quran dan sunnah. Jangan melanggarnya kerana ia adalah berdosa.

Banyak sekali amanah yang kita terima dan semua kelebihan yang ada pada kita adalah amanah. Allah s.w.t hanya menyerahkan amanah kepada manusia kerana langit, bumi dan gunung menolak memikulnya. Namun, dalam tubuh manusia terdapat syahwat, maka mereka berbuat zalim dengan mengkhianati amanah itu.

Firman Allah s.w.t yang bermaksud: Sesungguhnya Kami telah mengemukakan amanah kepada langit, bumi, dan gunung-gunung, maka semua enggan untuk memikul amanah itu dan mereka khuatir akan mengkhianatinya, dan dipikullah amanah itu oleh manusia. Sesungguhnya manusia itu amat zalim dan amat bodoh. (Al-Ahzab: 72)

Dalam konteks yang lebih luas, perkataan amanah bukan sahaja mempunyai kaitan rapat dengan hakikat tugas kekhalifahan manusia, iman dan akhlak tetapi juga penuh dengan nilai-nilai etika kehidupan bermasyarakat dan pentadbiran negara. Allah s.w.t menetapkan bahawa kepimpinan manusia merupakan satu bentuk amanah. Maka kepercayaan untuk menguruskan alam ini perlulah difahami dan dilaksanakan sepenuhnya oleh setiap insan Muslim. Oleh hal yang demikian, dalam usaha kita membuat pilihan antara seorang pemimpin yang baik dengan pemimpin yang kurang atau tidak baik, pertimbangan yang waras dan penuh tanggungjawab perlu diutamakan demi kepentingan bangsa dan agama serta untuk kepentingan kehidupan generasi yang akan datang.

Definisi Amanah

Secara etimologi, amanah atau amanat bererti kejujuran atau kepercayaan. Berdasarkan terminologinya, amanah adalah sesuatu yang diberikan kepada pihak lain sehingga menimbulkan rasa aman bagi pemberinya. Sebaliknya, pihak penerima memelihara amanah dengan baik

Mengikut Imam Ibnu Al Athir dalam kitabnya Al Nihayah fi Gharib al Hadith wa al Athar, amanah membawa maksud ketaatan, ibadah, kepercayaan dan jaminan keselamatan. Sedangkan pakar tafsir Ibnu Kathir dalam karya legendanya Tafsir Ibnu Kathir menafsirkan pengertian amanah sebagai ketaatan, kewajiban-kewajiban, melaksanakan perintah-perintah agama dan batasan-batasan hukum

Islam. Syekh al Mubarakfuri mendefinisikan amanah sebagai segala sesuatu yang mewajibkan seseorang yang diberikan amanah untuk menunaikannya.

Manakala Syekh Salim Id al Hilali menghuraikan amanah sebagai satu perintah menyeluruh dan merangkumi segala hal berkaitan dengan perkara-perkara, yang dengannya, seseorang bertanggungjawab menunaikannya atau dipercayainya. Amanah dalam pengertian ini meliputi seluruh hak-hak Allah atas seseorang seperti perintah-perintahNya yang wajib. Ia juga meliputi hakhak orang lain, seperti benda-benda jagaan yang mesti dijaga dan disampaikan kepada pemiliknya termasuklah yang berkaitan dengan agama dan jiwa manusia. Orang yang diberi amanah wajib menjaga dan menunaikan dengan sebaik-baiknya. Ia tidak boleh menyembunyikan, mengingkari atau menggunakannya tanpa landasan hukum syarak.

Syekh Husain bin Abdul Aziz menjelaskan banyak perkara yang berkaitan dengan urusan sama ada urusan dunia ataupun agama dapat dikategorikan sebagai amanah. Kaedah dan asas hukumnya adalah segala sesuatu yang seseorang bertanggungjawab mengenainya, dan hak-hak yang telah diperintahkan Allah agar ia menjaga dan menunaikan amanah itu baik yang berkenaan dengan agama, jiwa manusia, akal, harta dan maruah atau kehormatan diri.

Pemimpin yang ideal menurut Islam

Secara jelasnya, hari ini bukan senang untuk mencari pemimpin yang benar-benar sempurna, yang disayangi, dipercayai, berkeperibadian mulia dan dapat dianggap pemimpin sepanjang zaman. Oleh yang demikian, dalam usaha kita membuat pilihan antara seorang pemimpin yang baik dengan pemimpin yang kurang atau tidak baik, pertimbangan yang waras dan penuh tanggungjawab perlu diutamakan demi kepentingan bangsa dan agama bagi kehidupan generasi yang akan datang.

Al-Quran memberi petunjuk sama ada secara tersurat mahupun tersirat dalam pelbagai aspek masalah kehidupan umat manusia, termasuk dalam menjawab soalan, Siapakah yang layak kita pilih. Di dalam al-Quran, ditemui dua sifat utama yang harus dimiliki oleh seseorang yang memegang suatu jawatan yang berkaitan dengan hak-hak masyarakat. Kedua perkara ini harus diberi perhatian dalam menentukan pilihan kita. Hal ini dapat dilihat tentang ciri-ciri seorang pemimpin dalam masyarakat Islam sebagaimana yang diisyaratkan di dalam a-Quran:

Sesungguhnya orang yang paling baik engkau tugaskan adalah yang kuat lagi dipercaya. Demikian ucapan puteri Nabi Syuaib yang dirakamkan di dalam al-Quran, surah Al-Qashash ayat 26.

Allah juga telah mengkhabarkan tentang lfrit dari golongan jin, yang menperlihatkan kesanggupannya kepada Nabi Sulaiman untuk membawa singgahsana Balqis. Firman Allah s.w.t yang bermaksud:

Aku akan datang kepadamu dengan membawa singgahsana itu kepadamu sebelum kamu berdiri dari tempat dudukmu, sesungguhnya aku benar-benar kuat untuk membawanya lagi dapat dipercayai. (An-Naml: 39)

Demikian juga ketika Allah s.w.t mengisahkan tentang Nabi Yusuf a.s ketika beliau berkata kepada raja: .Jadikanlah aku Bendahari Negara (Mesir), sesungguhnya aku adalah orang yang pandai menjaga lagi berpengetahuan. (Surah Yusuf: 55)

Ini kerana dengan kekuatannya, Nabi Yusuf mampu melakukan pekerjaan dan tugas-tugas pentadbiran negara dengan baik. Dengan sifat amanahnya, beliau akan meletakkan dirinya pada tempat semua perkara yang berkaitan dengan tugasnya. Malah dengan kekuatannya pula, beliau sanggup menunaikan kewajipan yang telah dipertanggungjawab ke atasnya. Pada hakikatnya tidak mudah terhimpun dalam diri seseorang itu kedua sifat tersebut secara sempurna, tetapi kalau harus memilih, maka pilihlah yang paling sedikit kekurangannya, dan lakukan pilihan setelah berusaha bersungguh-sungguh untuk mendapatkan yang terbaik.

Al-Quran dan Hadis menetapkan empat sifat yang harus dipenuhi para Nabi bagi memimpin umatnya. Pertama, Al-Siddiq, bermaksud melaksanakan kebenaran serta kesungguhan dalam berucap dan berjuang bersungguh-sungguh dalam melaksanakan tugas. Sifat yang kedua, Al-Amanah atau kepercayaan, yang menjadikan ia memelihara sebaik-baiknya apa yang diserahkan kepadanya, sama ada amanah daripada Allah s.w.t mahupun orang yang dipimpinnya. Ketiga, Al-Fathanah, iaitu kecerdasan yang mampu menghadapi dan menangani persoalan atau permasalahan semasa. Dan yang keempat, Al-Tabligh, iaitu penyampaian yang jujur dan bertanggungjawab serta mengamalkan sikap terbuka.

Kadangkala kelayakan yang menjadi syarat utama dalam pemilihan pemimpin itu disalahertikan dengan berbagai-bagai cara dan gaya, sampai kekuatan itu ditukar dengan kekayaan atau asas kekeluargaan dan sebagainya. Sedangkan kekuatan itu bermaksud kemampuan dan kelayakan sekalipun tidak berharta dan sebagainya.

Banyak sekali pengkhianatan dan penipuan, wang rasuah sudah bermaharajalela di tengah-tengah masyarakat. Tidak sedikit kesaksian bohong dilakukan oleh sesetengah pihak, atau hujah palsu yang diutarakan oleh mereka yang mengatasnamakan agama dan pelaksana undang-undang itu sendiri. Ini semua kerana anggota masyarakat hari ini sudah hilang panduan agamanya, lebih tegas lagi tidak ada keimanan dan keikhlasannya dengan Allah s.w.t. dan tidak sedikit pula orang yang selalu menundanunda untuk menyampaikan hak orang lain. Semuanya ini adalah menyeleweng daripada amanah, bahkan termasuk juga dalam kategori khianat.

Bagi memilih calon wakil rakyat atau pemimpin, agak sukar memilih yang mana satu yang baik, cemerlang dan terbilang. Rasulullah s.a.w memberi erti amanah dalam kepimpinan adalah kemampuan atau kepakaran melaksanakan tanggungjawab, bukan berdasarkan ukuran kekayaan atau kelayakan material.

Contoh terbaik dalam memperihalkan aspek kepimpinan ini ialah menerusi cara yang telah diamalkan oleh Rasulullah s.a.w. Kepimpinan Rasulullah s.a.w berakar umbi dalam jiwa masyarakat. Baginda s.a.w sayang dan kasih kepada umatnya, bukan hanya di bibir, tetapi dipamerkan pada perbuatan serta dipraktikkan dalam kehidupan sehari-hari.

Kita boleh menetapkan pertimbangan dalam memilih pemimpin tapi ingatlah selalu sabda Rasulullah yang bermaksud: Siapa yang mengangkat seseorang untuk satu jawatan yang berkaitan dengan

urusan masyarakat sedangkan dia mengetahui ada yang lebih baik, maka sesungguhnya ia telah mengkhianati Allah, Rasul, dan kaum Muslimin. (Riwayat al-Hakim) Sebab itu ketakwaan sahaja tidak mencukupi tanpa memiliki kemampuan yang sebenar seperti apa yang berlaku ke atas Abu Zar Al-Ghifari r.a (sahabat Rasulullah s.a.w yang sangat alim) yang pernah meminta jawatan daripada Nabi. Abu Zar tidak melengkapi syarat kelayakan untuk menyandang jawatan dalam pentadbiran walaupun ia seorang yang sangat warak. Dalam hal ini Nabi saw bersabda yang bermaksud: Aku lihat kamu adalah seorang yang lemah (tidak berupaya) melaksanakan tugas dengan baik, aku menyayangimu seperti aku sayangi diriku sendiri. (Riwayat Abu Daud)

Justeru, Rasulullah s.a.w menolak permintaan Abu Zar kerana Baginda s.a.w mendapati beliau lemah dan tidak mampu untuk menggalas tanggungjawab tersebut meskipun sebahagian ciri-ciri tersebut ada di dalam diri Abu Zar. Nabi s.a.w bersabda yang bermaksud: Ya Abu Zar, aku lihat engkau seorang yang lemah dan aku suka engkau mendapatkan sesuatu yang aku sendiri menyukainya. Janganlah engkau memimpin dua orang dan janganlah engkau mengurus harta anak yatim. (Riwayat Muslim)

Hal ini juga selaras dengan sabda Nabi lagi yang bermaksud: Apabila amanah dipersia-siakan, maka tunggulah masa kehancuran. Ketika ditanya bagaimana mensia-siakannya? Nabi menjawab: Apabila jawatan pemimpin diserahkan kepada orang yang tidak layak.

Syarat utama untuk dilantik sebagai seorang pemimpin adalah kelayakan, iaitu mempunyai ilmu, kekuatan fizikal, keterampilan bermasyarakat, wibawa, akhlak mulia, mahir berkomunikasi, bakat dan takwa kepada Allah. Ini memandangkan berat dan besarnya tangunggjawab yang akan dipikul kelak.

Dalam surah Al-Baqarah ayat 124, Allah telah mengisahkan tentang peristiwa Nabi Ibrahim a.s diangkat menjadi pemimpin. Allah berfirman yang bermaksud: Aku (Allah) akan mengangkat engkau

sebagai pemimpin. Mendengar hal tersebut, Nabi Ibrahim a.s telah memohon kepada Allah agar penghormatan yang diberikan kepadanya dikurniakan juga kepada anak cucunya. Bagaimanapun, Allah s.wt telah menggariskan satu syarat iaitu, Perjanjian Ku ini tidak akan dikurniakan kepada orang-orang yang berbuat aniaya. Ini bermakna, walaupun kekuasaan itu dapat diwariskan secara keturunan, ia hanya dibenarkan berdasarkan sifat-sifat terpuji, iaitu menegakkan keadilan.

Terdapat dua perkara asas yang sepatutnya difahami melalui ayat tersebut. Pertama, kepimpinan menurut pandangan al-Quran bukan sekadar kontrak atau perjanjian sosial antara pemimpin dengan masyarakat, tetapi ia juga merupakan ikatan perjanjian antara pemimpin dengan Allah s.w.t. Dalam ertikata yang lain, ia merupakan satu amanah daripada Allah s.w.t yang perlu ditunaikan sebaik-baik mungkin. Dan perkara kedua ialah, kepimpinan itu adalah mementingkan keadilan dalam melaksanakan sesuatu tanggungjawab.

Imam Ahmad Ibnu Hanbal ketika ditanya tentang dua orang yang dicalonkan untuk memimpin satu pasukan di mana yang pertama kuat tetapi bergelumang dengan dosa, manakala yang kedua, kuat agamanya tetapi lemah perwatakan dirinya dalam memimpin, maka beliau menjawab: Orang pertama, dosanya ditanggung sendiri sedangkan kekuatannya dapat menbina keutuhan negara dan kepentingan umat. Manakala orang kedua yang kuat memegang teguh ajaran agamanya hanya memberikan manafaat untuk dirinya sahaja, sedangkankan kelemahannya menjadi petaka bagi orang yang dipimpinnya. Ini kerana kepentingan untuk orang ramai lebih diutamakan daripada kekurangan akhlak dan moralitinya.

S-ar putea să vă placă și