Sunteți pe pagina 1din 2

Amar Makruf Nahi Mungkar

Dalam kes Amar Makruf nahi mungkar, Dr. Yusuf Al-Qaradhawi meletakkan beberapa syarat bagi nahi mungkar.
Syarat pertama, hendaklah mungkar itu adalah perkara yang haram secara ijmak. Adapun syarat kedua, sila rujuk
teks
dan
terjemahan
dari
artikel
beliau
di
bawah
ini.
Syarat

Kedua:

Mungkar

yang

Nyata.


.
Maksudnya;
Iaitu, mungkar tersebut nyata dan dapat dilihat dengan mata. Adapun mungkar yang tersembunyi dari penglihatan
manusia dan terselindung di balik pintu, maka tidak harus bagi seseorang pun untuk menyelidikinya, sama ada
dengan meletakkan alat pemantauan atau kamera bagi memastikan mungkar yang tertutup itu.

": " " ... "

Maksudnya;
Inilah yang didalilkan daripada lafaz hadis man ra a minkum mungkaran fal yughayyirhu (barangsiapa melihat
kemungkaran, maka hendaklah diubahkannya) .. sesungguhnya dimaksudkan dengan mengubah mungkar itu
dengan melihat mungkar itu dengan mata kepala sendiri. Ianya tidak dimaksudkan dengan mendengar mungkar itu
dari
orang
lain.

.
Maksudnya;
Ini kerana, islam tidak akan melaksanakan hukuman terhadap orang yang melakukan mungkar dalam keadaan
tersembunyi, juga tidak membisingkan kemungkaran yang dilakukannya. Terserah kepada Allah yang akan
menghisabnya di akhirat nanti. Bahkan, Allah tidak memberi peluang kepada seorang pun di dunia ini melainkan
mungkar
itu
berlaku
secara
nyata.


( :
.
Maksudnya;
Hinggakan, pembalasan ilahi akan dikurangkan terhadap mereka yang menyembunyikan, serta tidak menzahirkan
maksiat tersebut, seperti yang tersebut dalam hadis soheh setiap umatku akan dimaafkan melainkan mereka yang
mujahirin

Ulasan : Mujahirin ada dua maksud : (1) orang yang membuka maksiat yang dia sendiri lakukan (2) orang yang
membuka
maksiat
yang
orang
lain
lakukan



..

Maksudnya;
dengan sebab itulah, seorang pun tidak ada kuasa terhadap mungkar yang tersembunyi. Bermula dari maksiat
hati, daripada riya, nifaq, takabbur, dengki, kedekut dan seumpamanya.. walaupun semua ini dikira dalam agama
sebagai dosa-dosa besar, selama ianya tidak terzahir dari amalan nyata. Ini kerana, kita disuruh berhukum dengan
perkara
zahir
sahaja,
dan
kita
serahkan
kepada
Allah
segala
perkara
rahsia-rahsia.



" :" " " :
( :
: : )

(281 : ) ( ( : )21 :) ( :
.) 12 : ) (
.
7
/
1218

..
Maksudnya,

Realiti sebenar dari kejadian ini adalah dengan apa yang berlaku kepada Amir Mukminin, Omar bin Al-Khattab
yang kisahnya disebut oleh Imam Al-Ghazali dalam perbincangan Al-Amr bi Al-Maruf wa An-Nahy An AlMungkar dalam kitab ihya ulum Ad-Din: Sesungguhnya Omar telah memanjat rumah seorang lelaki, lalu
dilihatnya dalam keadaan yang tidak disenangi, lalu diingkarinya. Lalu berkata (lelaki): wahai Amir Al-mukminin,
sekiranya aku melakukan maksiat kepada Allah, aku hanya melakukan satu dosa sahaja. Adapun kamu, telah
melakukan maksiat dari TIGA dosa. berkata (Omar); apa dia? Berkata (lelaki): (1) Firman Allah : jangan kamu
selidik menyelidik (al-hujurat:12) sedangkan kamu selidik menyelidiki. (2) Firman Allah: masuklah rumah dari
pintunya (al-baqarah:189) sedangkan kamu masuk melalui bumbung (3) Firman Allah : jangan kamu masuk
rumah bukan rumah kamu hinggalah kamu minta izin dan memberi salam kepada ahlinya (an-nur:27) sedangkan
kamu tidak memberi salam. Mendengar itu, Omar pun melepaskan lelaki itu dan mensyaratkan kepadanya agar
bertaubat
WaLlahu
Sumber: Qaradawi.net

'Alam