Sunteți pe pagina 1din 2

Hidup Berumahtangga Dalam Islam ada mengajar kita tentang hidup berumah tangga.

Antara sifat yang patut ada dalam sebuah Institusi Rumahtangga ialah: 1. Sabar, 2. Ikhlas, 3. Syukur, 4. Mahabbah.

1. Sabar Di dalam melayari kehidupan berumahtangga sikap tabah dan sabar perlu ada di dalam diri setiap insan. Ini kerana kehidupan berumahtangga amat berbeza jika dibandingkan dengan kehidupan semasa bujang dahulu. Suami atau isteri juga perlu bersabar dengan kelemahan dan kekurangan pasangan masing-masing dan sentiasa berikan sokongan antara satu sama lain. hakikat sabar dalam rumah tangga adalah menahan sehingga melahirkan ketenangan dan kedamaian. Memberi makna dalam setiap ujian dengan saling bekerjasama dan mengambil hikmah dalam setiap gegaran ata krisis yang terjadi dalam berumahtangga. Ia merupakan antara saat-saat manis dalam sesebuah perkahwinan

2. Ikhlas Ikhlas, dalam berumah tangga keikhlasan pada dasarnya adalah menerima. Sifat ikhlas akan terpancar keluar dari dalam diri kita. Wajah yang masih tersenyum walaupun sedang dirundung masalah, perkataan yang tetap terjaga dalam keadaan yang bagaimana susah pun, rela berkorban demi kebahagiaan keluarga.

3. Syukur Sifat bersykur perlu ada dalam diri seseorang yang telah berumahtangga. Ini adalah kerana Allah taala telah mempertemukan kita dengan pasangan yang sememangnya telah ditetapkan oleh-Nya. Sentiasa menghargai perhubungan tersebut
1|Akhlak dan Tasawuf - Hidup Berumahtangga.

dengan niat mendapatkan keredhaan Allah SWT. Melakukan tugas-tugas seharian secara bekerjasama menunjukkan rasa bersyukur kita. Ini adalah kerana tidak akan hilang kehormatan seorang suami sekiranya membantu isteri melakukan kerja-kerja seharian, malah menaikkan lagi kehormatannya.

4. Mahabbah Allah SWT berfirman dalam Surah Ar Rum : 21 "Dan diantara tanda-tanda kekuasaanNya ialah ia menciptakan untukmu dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung merasa tenteram kepadanya, dan dijadikanNya di antaramu rasa kasih dan sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar benar terdapat tanda tanda bagi kaum yang berfikir." Jelas sekali di sini dengan memiliki rasa kasih dan sayang adalah fitrah manusia. Dan hati kita hanya boleh tenang apabila kita berada dekat dengan orang yang kita sayangi. Walaubagaimanapun, tidak semua kisah cinta berakhir sebagaimana yang kita harapkan, sehingga kita perlu berusaha dan berikhtiar mencari penyelesaian atas masalah mahabbah yang kita hadapi.

Kesimpulan Sebagai seorang muslim, penerapan sifat-sifat di atas amatlah diharapkan. Ini adalah bagi memastikan rumahtangga yang dibina tidak akan mudah roboh dalam sekelip mata. Banyak lagi sifat-sifat yang perlu kita terapkan. Tapi antara yang terpenting adalah sifat-sifat di atas. Oleh yang demikian, marilah kita sama-sama dalam melakukan sesuatu yang diredhai Allah dan menjauhi perkara yang dibenci oleh-Nya.

2|Akhlak dan Tasawuf - Hidup Berumahtangga.

S-ar putea să vă placă și