Sunteți pe pagina 1din 48

RujukNota

Nota Untuk Pelajar IPTA/IPTS dan Guru Pelatih IPGM. Semoga Maklumat Di Sini Membantu Anda.

Monday, July 20, 2009


Falsafah Pendidikan Negara
Falsafah Pendidikan Negara digubal bagi melahirkan para pelajar yang bestari. Dengan merujuk kepada matlamat, objektif serta organisasi kandunganjelaskan pernyataan tersebut: Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) dulunya disebut Falsafah Pendidikan Negara (FPN) merupakan dasar kepada pendidikan di Malaysia. Hal ini bermakna, semua aktiviti pendidikan dan persekolahan di Malaysia mestilah selaras dengan FPK ini. Justeru setiap bakal guru di Malaysia diwajibkan membaca, memahami dan mengingati falsafah ini agar setiap tindakan mereka melalui proses pengajaran dan pembelajaran sentiasa berada dilandasan yang betul. Intipati utama dalam FTK ini ialah melahirkan insan seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelektual yang sering disebut oleh guru-guru sebagai JERI. Perlu diingat bahawa tidak ada yang lebih utama antara keempat-empat unsur tersebut, yakni tidak boleh dikatakan jasmani lebih penting daripada intelek atau sebaliknya. Berikut adalah teks lengkap Falsafah Pendidikan Kebangsaan. "Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia, bertanggungjawab, berketrampilan dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara."

Falsafah pendidikan yang menjadi panduan bagi semua aktiviti pendidikan di Malaysia dekenali sebagai FPK. Dengan adanya FPK, maka sistem pendidikan negara sebenarnya menganjakkan diri ke kedudukan terkehadapan dengan mengungkapkan secara jelas prinsip dan nilai asas yang mendasari dan membentuk sistem pendidikan Malaysia daripada peringkat yang paling rendah hingga kepada peringkat tertinggi iaitu universiti. FPK menjelaskan tujuan dan matlamat pendidikan untuk individu dan negara. Kedua-dua tujuan selaras, iaitu untuk melahirkan insan yang berilmu, berakhlak mulia dan bertanggungjawab yang juga akan menjadi seorang warganegara yang baik. Pendidikan merupakan proses asas dan utama untuk pembinaan insan yang baik, seimbang dan bersepadu yang secara langsung merupakan saluran utama dan yang paling penting untuk menjayakan hasrat dan cita-cita negara. Salah satu yang terkandung dalam FPK adalah falsafah tentang manusia yang berasaskan kepercayaan kepada Tuhan dan agama. Matlamat pendidikan adalah untuk membangunkan semua aspek diri manusia secara harmonis dan seimbang supaya kesepaduan fitrah diri manusia terpelihara. Berilmu dan berpendidikan harus menghasilkan budi pekerti yang baik dan akhlak yang mulia yang sekali gus menjadi cirri-ciri asasi seorang ahli keluarga, masyarakat dan warganegara yang baik dan terdidik. Satu konsep asas yang terkandung dalam FPK ialah tentang ilmu, nilai ilmu dan peranan ilmu dalam pembangunan insan dan masyarakat. Nilai ilmu terletak pada kebenaran kandungan yang berfungsi bukan sahaja untuk memaklumkan dan menerangkan kepada manusia akan sesuatu, tetapi lebih penting lagi ilmu mempengaruhi, mengubah dan membentuk diri serta masyarakat manusia. Fungsi ilmu yang boleh mengubah manusia dan masyarakat inilah yang menjadikan sesuatu yang amat tinggi nilainya. Pendidkan ialah satu proses dan aktiviti sepanjang hayat dan manusia sentiasa berada dalam keadaan memerlukan perluasan, pendalaman dan pengesahan kepada ilmu yang ada. Pengalaman bukan sahaja boleh memperkaya dan mengukuhkan ilmu tetapi juga mencabar dan mengubah ilmu yang sedia ada pada manusia. FPK juga melihat individu itu dalam beberapa lapisan pertalian atau perhubungan. Tujuan pendidikan bukan sahaja untuk pembangunan dan kesejahteraan diri individu

tetapi juga untuk pembangunan dan kesejahteraan setiap lapisan hubungan individu berkenaan bermula dengan keluarga, meluas kepada masyarakat dan negara. Berdasarkan FPK, jelas bahawa tujuan pendidikan tinggi bukan hanya setakat memperoleh segulung ijazah atau diploma, tetapi adalah untuk pembangunan diri manusia secara menyeluruh dan seimbang supaya menjadi seorang insan, ahli keluarga dan masyarakat dan warganegara yang berilmu, bertanggungjawab, berakhlak mulia, dan berbakti. Posted by lepat at 8:17 AM Email ThisBlogThis!Share to TwitterShare to Facebook Labels: FPN 1 comments:

Anonymous said... maklumat yang sangat berguna. terima kasih..... December 13, 2011 8:10 PM Post a Comment Newer Post Older Post Home Subscribe to: Post Comments (Atom)

Kategori Mata Pelajaran


anatomi (1) bahasa melayu (64) bahasa melayu akademik (16) bahasa melayu morfologi (3) bahasa melayu sejarah (9) Bahasa Melayu Semantik (3) bahasa melayu sosiolinguistik (3) Basic Mathematics (2) FPN (9) Jawi (1) kbkk (1) kemahiran belajar (1) kemahiran berfikir (2) kemahiran bertutur (9) KKE (1) Komunikasi (7) linguistik (2) MAB (4)

Nilai Murni (1) pedagogi (5) Pemulihan (6) Pendidikan Agama Islam (1) Pendidikan Alam Sekitar (2) Pendidikan Jasmani dan Kesihatan (21) Pendidikan Sivik (4) Pengajian Sosial (24) Pengajian Sosial Geografi (20) Pengajian Sosial Sejarah (9) pjk (2) PKK (34) praktikum (2) PSV (3) RPH (5) SDP (2) sekolah (2) TDP (6) TITAS (10) umum (20)

Followers Pertanyaan, Komen, Cadangan, Ucapan, Kutukan... Subscribe To


Posts Comments

Perhatian!
Segala isi kandungan di dalam blog ini tidak diedit dengan kemas oleh penulis blog. Jadi, aku nak mohon maaf sekiranya terdapat kesalahan atau memeningkan kepala korang untuk membaca nota yang terdapat di dalam blog ini. Apapun, aku halalkan segala nota yang terdapat di blog ini. Terima kasih yer sebab sudi jenguk blog ni. Hehehe... :) Jika terdapat kesalahan fakta dan bahan terpelihara (copyright), sila maklumkan kepada pihak kami untuk tindakan selanjutnya. Kami sedia memadam bahan yang mempunyai kesalahan atau mempunyai hak cipta terpelihara. Terima kasih.

Blog Archive

2012 (5)

2011 (83) 2010 (17) 2009 (153) o October (9) o September (24) o August (35) o July (53) Sistem Ekonomi dan sosial Masyarakat Melayu Tradis... Sistem Ekonomi dan Sosial Zaman Tradisional KOMUNIKASI DALAM P&P GURU PERLU KEMAHIRAN PUNCA MASALAH KOMUNIKASI DALAM BILIK DARJAH HALANGAN KOMUNIKASI BERKESAN Arah Komunikasi Fungsi Komunikasi APA DIA KOMUNIKASI BERKESAN? Komunikasi Sistem Ekonomi dan Sosial Masyarakat Melayu Tradis... Persatuan skuasy Malaysia. Sejarah, asal usul dan perkembangan sukan skuasy M... Sejarah, asal usul dan perkembangan sukan skuasy d... Konsep Dan Definisi Pendidikan Jasmani dan Kesihat... Objektif Pendidikan Jasmani dan Kesihatan Kata Terbitan Kata Akronim Falsafah Pendidikan Negara Format Menulis Laporan dan Susunan Kesimpulan Falsafah Pendidikan Timur dan Barat PERKEMBANGAN FIZIKAL DAN KOGNITIF SERTA TEORI YANG... FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PERKEMBANGAN Psikologi Perkembangan: Prinsip-Prinsip Perkembang... Psikologi Perkembangan: KONSEP PERKEMBANGAN KANAK-... Implikasi Teori Vygotsky ke atas pengajaran dan pe... Psikologi Perkembangan: Teori Perkembangan Kogniti... Psikologi Perkembangan: Peringkat-peringkat dalam ... Teori Perkembangan Kognitif Jean Piaget. Perkembangan Kognitif. Peringkat-peringkat Perkembangan fizikal dan impli... Peringkat-peringkat Perkembangan fizikal. Prinsip asas dalam perkembangan fizikal. Perkembangan Fizikal. Teori Perkembangan kanak-kanak. Sekolah Bestari. Smart School. -Artikel Sekolah Bestari. Konsep Dan Matlamat Peringkat-peringkat Perkembangan Kanak-kanak. Definisi Potensi Kecerdasan Pelbagai. Perbezaan Individu.

Teori Ekologi Bronfenbrenner. (1979,1989) Faktor-faktor yang mempengaruhi perkembangan. Prinsip Asas Perkembangan. Ciri-ciri Perkembangan. Perkembangan kanak-kanak. Definisi Wacana. Maksud Wacana Ciri-ciri Bahasa Melayu Klasik Definisi Bahasa Keutuhan Wacana Ciri-ciri Wacana Definisi Wacana. Maksud Wacana Pandangan Semesta Tamadun Melayu FALSAFAH PENDIDIKAN PELAHIR INSAN BERPARADIGMA DIN... June (32)

Bookmark Blog Ini!


Rasa blog ini membantu anda? Bookmark terus. Nanti senang kalau nak cari lagi. Huhu.. Simple template. Powered by Blogger.

UTAMA IPG SELURUH MALAYSIA KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA JAWATANKUASA PERWAKILAN PELAJAR IPG BLOG ISLAMIK MUAT TURUN PROFIL PENULIS PERHUBUNGAN FAQ

10 April 2009
Peranan Sekolah Dalam Merealisasikan Falsafah Pendidikan Kebangsaan

PENGENALAN Pada amnya, perkataan falsafah boleh difahamkan sebagai pemikiran atau pandangan yang benar, rasional dan bernas. Pemikiran atau pandangan ini dihasilkan daripada usaha kajian ahli falsafah dengan cara yang saintifik, sistematik dan logikal. Tujuan falsafah ialah mencari serta membuktikan

kebenaran dan memberi arah tuju atau pedoman untuk perkara-perkara yang penting dalam kehidupan. Berdasarkan huraian di atas, falsafah pendidikan boleh diertikan sebagai pedoman, arah tuju atau pandangan terhadap perkara-perkara yang berkaitan dengan pendidikan. Maka, Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) adalah digubal daripada usaha berfikir yang rasional dan kritis berlandaskan daripada ideologi negara sebagaimana yang telah dimanifestasikan dalam Laporan dan Dasar Pendidikan, termasuk Rukun Negara. FPK ini akan menjadi suluh yang memberi pedoman dan hala kepada segala usaha pendidikan sama ada di dalam institusi pendidikan atau di luar institusi pendidikan. Sehubungan ini, FPK adalah digubal secara rapi dan teliti oleh pakar-pakar pendidikan yang mengambil kira seluruh aspek yang berkaitan dengan keperluan-keperluan individu, masyarakat dan negara. Berdasarkan kepada pertimbangan-pertimbangan atas Laporan dan Akta Pendidikan, Rukun Negara dan ciri-ciri kebudayaan masyarakat Malaysia, maka FPK yang dinyatakan berikut digubal dan diumumkan secara rasmi pada tahun 1988. Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang harmonis dan seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bertujuan melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia bertanggungjawab dan keupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara. Berlandaskan kepada FPK yang telah dihuraikan diatas, maka Matlamat Pendidikan Negara ialah bertujuan melahirkan insan yang baik dan sempurna supaya menjadi warganegara Malaysia yang berguna. Dengan perkataan lain, Matlamat Pendidikan Negara bertujuan melahirkan rakyat Malaysia yang sempurna dan memiliki serta menghayati ciri-ciri berikut: Percaya dan patuh kepada Tuhan. Berilmu pengetahuan. Berakhlak mulia. Bertanggungjawab kepada diri sendiri, masyarakat, agama dan negara. Memiliki sahsiah yang seimbang dan sepadu. Memupuk perpaduan di kalangan rakyat berbilang kaum.

PERANAN SEKOLAH DALAM MEREALISASIKAN FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN. Peranan sekolah begitu besar dalam melaksanakan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK). Sekolah merupakan institusi formal pertama di mana murid-murid memperoleh ilmu dan kemahiran asas. Sekolah juga adalah tempat pemupukan minat setiap murid untuk terus mencari ilmu dan

selanjutnya memberi sumbangan kepada khazanah ilmu yang sedia ada. Untuk merealisasikan hasrat FPK, aspek-aspek kepemimpinan, budaya sekolah, aktiviti ko-kurikulum, peranan guru dan disiplin murid perlu diberi perhatian dan diaktifkan secara menyeluruh. Aspek Kepemimpinan Aspek pertama yang perlu diambil perhatian ialah kepemimpinan. Pemimpin sekolah iaitu guru besar merupakan orang penting dalam memajukan institusi pelajaran di Malaysia. Mereka perlu berfikiran kreatif dalam pengurusan dan berhubungan dengan guru dan juga murid. Mereka bertanggungjawab menetapkan falsafah sekolah, membentuk wawasan sekolah, membentuk visi dan misi sekolah yang berlandaskan FPK. Selain itu, pihak sekolah juga perlu memastikan aspek-aspek seperti budaya sekolah, aktiviti kokurikulum, peranan guru dan juga disiplin murid diberi penekanan dan perhatian yang sewajarnya supaya hasrat FPK dapat direalisasikan. Perkembangan semasa memperlihatkan peningkatan peranan guru besar sebagai peneraju utama di sekolah-sekolah. Penyelidikan oleh Morrisson (2005) mendapati bahawa perubahan peranan pentadbir sekolah perlu berlaku dalam aspek-aspek tertentu seperti kepemimpinan, tuntutan kerja, orientasi perniagaan, tanggungjawab, pengurusan sumber manusia, membuat keputusan, komunikasi, kuasa, dan perancangan. Peranan guru besar merupakan antara faktor utama yang akan menentukan kejayaan dan kecemerlangan sesebuah sekolah. Guru besar yang berkesan mampu mengubah keadaan sesebuah sekolah menjadi cemerlang. Dalam melaksanakan amanah menyediakan sumber manusia menjelang tahun 2020, fungsi kepemimpinan, pengurusan, dan pentadbiran sekolah menjadi semakin mencabar. Peranan kepemimpinan di peringkat sekolah mestilah dalam bentuk instructional leader yang memainkan peranan tertentu pada tahap serta kedudukan masing-masing untuk melaksanakan sesuatu progam pendidikan. Kepemimpinan pendidikan juga haruslah berperanan sebagai transformational leader iaitu sebagai agen transformasi perubahan. Pemimpin sekolah yang proaktif akan sentiasa membuat jangkaan-jangkaan tentang perubahan yang sedang dan bakal berlaku agar sentiasa berada dalam keadaan bersedia. Pemimpin sekolah mestilah juga mampu dan berupaya membimbing guru-guru di bawah pengawasannya untuk menjadi lebih berkesan. Sekolah yang berkesan dapat dilihat berdasarkan stail kepemimpinan yang bukan sekadar mampu bertindak sebagai pemimpin pengajaran dan pembelajaran yang berkesan tetapi juga harus mampu membawa perubahan. Justeru itu, di mana-mana sekolah, guru besar merupakan individu yang paling berpengaruh dan bertanggungjawab terhadap sesuatu perubahan. Menurut kata Wilson dan Corcoran (1988), segala kejayaan dan kegagalan murid terletak kepada pihak sekolah, iaitu guru besar dan guru. Kepemimpinan guru besar pula dikenal pasti sebagai pemboleh ubah yang penting sekali, yang mempengaruhi kualiti dan kuantiti hasil sekolah walaupun

proses dalaman dan persekitaran sosial (iklim), atau budaya sekolah juga merupakan pemboleh ubah yang mempengaruhi dan menyebabkan perbezaan dalam pencapaian akademik murid (Rutter et al,1979). Aspek Budaya Sekolah Aspek kedua yang perlu diberi penekanan ialah budaya sekolah. Budaya sekolah, kadang kala dikenali sebagai iklim sekolah merupakan salah satu aspek yang penting dalam merealisasikan FPK. Iklim sekolah yang terbuka menggalakkan murid bebas berinteraksi di antara murid dengan murid, murid dengan guru serta bebas melibatkan diri dalam pelbagai aktiviti sekolah. Guru pula boleh bekerja dalam keadaan yang mesra, berasa tenteram serta melaksanakan tugas dengan adil, dedikasi, gembira dan sempurna. Iklim sekolah yang terbuka seperti ini merupakan iklim sekolah yang demokratik dan iklim ini akan dapat membantu sekolah mencapai aspirasinya seperti membentuk murid lebih berdedikasi, lebih berinisiatif, lebih rela bekerjasama, lebih ramah dan mesra, lebih spontan dan berkreativiti serta lebih tinggi motivasinya. Budaya sekolah atau iklim sekolah ini mengandungi empat aspek utama iaitu aspek fizikal, aspek sosial, aspek perkembangan intelek dan aspek penggunaan bahasa. Aspek fizikal merangkumi perkara-perkara seperti kebersihan kawasan sekolah, keselamatan anggota-anggota sekolah, kemudahan-kemudahan sekolah yang lengkap, keselesaan yang kondusif untuk pengajaran dan pembelajaran dan juga keindahan sekolah. Dari aspek sosial pula, ia merangkumi perkara-perkara yang berkaitan dengan keharmonian di antara anggota-anggota sekolah seperti budaya hormat-menghormati dan mengucap salam, kerjasama, rasa tanggungjawab, perpaduan, kemesraan dan keadilan. Seterusnya aspek perkembangan intelek. Ia merangkumi aspek budaya ilmu seperti semangat mahu belajar sama ada dalam bilik darjah atau di perpustakaan sekolah. Sebagai contoh, sekolah memainkan peranannya melalui penganjuran program-program akademik seperti Program NILAM dengan tujuan membudayakan aktiviti membaca dalam diri murid-muridnya. Program ini secara tidak langsung dapat mengembangkan daya pemikiran murid sama ada kritis atau kreatif. Menurut Ee (1994), tamadun atau bangsa hanya dapat dibina melalui masyarakat yang mengamalkan budaya ilmu. Cara utama membina budaya ilmu ialah melalui amalan tabiat membaca yang berterusan. Aspek yang terakhir ialah penggunaan bahasa. Aspek ini meliputi penggunaan bahasa secara betul dan jitu sama ada di dalam bilik darjah atau di luar bilik darjah. Untuk meningkatkan prestasi dalam aspek penggunaan bahasa, aktiviti pertandingan, perbahasan, syarahan dan pidato boleh dianjurkan oleh pihak sekolah sebagai galakan penggunaan bahasa. Penggunaan bahasa kedua Bahasa Inggeris juga perlu diberi perhatian sejajar dengan matlamat FPK yang ingin melahirkan modal insan yang mampu berdaya saing di peringkat global. Suasana sekolah yang ceria, kondusif dan meransang pembelajaran diwujudkan bertujuan menghasilkan murid-murid yang berkembang secara harmonis dan menyeluruh dari aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek.

Aspek Ko-kurikulum Aspek ketiga pula ialah ko-kurikulum. Untuk merealisasikan FPK, sekolah juga perlu memainkan peranan yang berkesan dalam melaksanakan gerak kerja ko-kurikulum. Gerak kerja ko-kurikulum merupakan gerak kerja bercorak pendidikan yang dijalankan di dalam dan di luar waktu sekolah. Gerak kerja merupakan aktiviti-aktiviti kumpulan secara informal. Gerak kerja ko-kurikulum berasaskan pembelajaran di bilik darjah adalah kesinambungan kurikulum yang dilaksanakan di sekolah. Walaupun aktiviti-aktiviti ko-kurikulum lebih bercorak informal, tetapi gerak kerja yang dijalankan adalah terancang. Gerak kerja ko-kurikulum dilaksanakan di sekolah diharapkan akan menyemai sifat-sifat kepemimpinan, kerjasama, tolong-menolong dan sedia berkhidmat di kalangan murid. Aktiviti kokurikulum juga perlu dirancang supaya semua murid mempunyai perseimbangan antara perkembangan mental dengan perkembangan sosial, jasmani dan rohani. Pelaksanaan ko-kurikulum cuba melihat minat dan bakat murid-murid. Melalui kegiatan kumpulan, semua murid boleh dididik dan mendidik diri sendiri. Sekolah ialah institusi yang bertanggungjawab dan boleh memainkan peranan dalam mendidik murid-murid untuk mengembangkan minat dan bakat. Begitu juga masyarakat yang bertanggungjawab boleh memainkan peranan mereka dalam mendidik murid-murid. Ini disebabkan alam masyarakat di luar sekolah sebenarnya amat kaya dengan ilmu pengetahuan yang boleh dimanfaatkan oleh murid-murid. Aktiviti-aktiviti yang boleh dilaksanakan dalam gerak kerja kokurikulum ialah pasukan unit beruniform, persatuan/kelab dan juga sukan. Pihak sekoalh perlu memastikan semua murid melibatkan diri dalam ko-kurikulum ini kerana gerak kerja ini dianggap sebagai sebahagian daripada kurikulum sekolah dan sebagai satu bidang pendidikan. Gerak kerja ko-kurikulum dilaksanakan di sekolah mempunyai beberapa matlamat penting yang merangkumi aspek pendidikan, aspek pembelajaran, dan aspek sosialisasi. Dari aspek pendidikan, pelaksanaan gerak kerja ko-kurikulum di sekolah diharap akan dapat membina dan menyuburkan sahsiah yang seimbang di kalangan murid; memupuk nilai-nilai ahklak dan pendidikan yang diingini; memajukan kemahiran, minat dan bakat murid; meningkatkan disiplin dan kepemimpinan diri; mengukuhkan dan memperkayakan lagi pengetahuan dan kemahiran; menjadi asas kerjaya pada masa akan datang dan mengisi masa lapang dengan aktiviti berfaedah dan menyeronokkan. Dari aspek pembelajaran pula, kegiatan ko-kurikulum bertujuan untuk mewujudkan dan mempertingkatkan suasana sekolah yang lebih menarik dan menggembirakan murid-murid. Selain itu, perhubungan antara guru dengan murid juga dapat diwujudkan. Dari aspek sosialisasi, gerak kerja ko-kurikulum ini dilihat mampu melahir dan membentuk muridmurid yang mempunyai semangat kekitaan dan kewarganegaraan serta mempunyai rasa dan tanggungjawab berkhidmat untuk masyarakat. Secara keseluruhannya, pihak sekolah perlu mempertingkatkan kualiti pengurusan ko-kurikulum dan

sukan dengan usaha memperkembangkan lagi potensi individu, membentuk sahsiah, membantu pertumbuhan jiwa bermasyarakat, meningkatkan mutu disiplin para murid bagi memperkukuhkan integrasi di kalangan mereka. Selain itu, pihak sekolah juga harus memberi peluang secukupnya kepada murid-murid untuk menyertai pelbagai aktiviti terancang bagi memperkembangkan minat, bakat serta kemahiran masing-masing.

Aspek Guru Aspek yang seterusnya ialah guru. Peranan guru amat penting dalam merealisasikan FPK. Guru bertanggungjawab memperkembangkan potensi murid secara menyeluruh dan bersepadu yakni insan yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Dengan pengenalan KBSR dan KBSM di negara kita, peranan guru di sekolah juga bertambah lebih kompleks. Guru mula memainkan peranan sebagai pengajar, pengurus, fasilitator, pembimbing, penggalak, penyelaras dan juga sebagai inovator, iaitu orang yang mendatangkan pembaharuan. Seseorang guru menjalankan seperti menggerakkan, mengatur dan menilai prestasi murid-murid. Sebelum memulakan satu-satu pelajaran, minat murid seharusnya ditimbulkan terlebih dahulu terhadap topik yang akan disampaikan. Proses pembelajaran berlaku dengan lebih cepat sekiranya murid-murid mempunyai minat terhadap pelajaran itu. Oleh itu, adalah penting bagi guru menggerakkan muridnya dengan berbagai-bagai cara seperti menggunakan pelbagai jenis alat bantu mengajar, mengadakan main peranan (role playing), mengadakan simulasi dan sebagainya. Selain itu, guru juga mengelolakan semua aktiviti yang dijalankan di dalam sesebuah bilik darjah. Dalam aktiviti pembelajaran mesti ada langkah pertama, langkah kedua, langkah ketiga dan seterusnya. Tiap-tiap langkah pembelajaran haruslah diatur supaya murid-murid mendapat faedah daripada setiap aktiviti pembelajaran. Gurulah yang menjalankan tugas mengatur setiap langkah pembelajaran. Dalam mengatur langkah-langkah pembelajaran, guru akan merancang terlebih dahulu. Apabila membuat sesuatu rancangan, keperluan-keperluan murid, objektif-objektif pelajaran, bahan-bahan dan alat-alat mengajar seharusnya dipertimbangkan. Pengajaran yang dirancangkan dengan baik akan membawa faedah yang besar kepada murid-murid. Guru juga membimbing murid-murid supaya mereka memahami topik yang diajar. Guru seharusnya mengaitkan tajuk yang diajar dengan pengalaman-pengalaman murid untuk membolehkan mereka memahami konsep-konsep dengan lebih mudah lagi. Perkataan-perkataan yang digunakan oleh guru sepatutnya mudah difahami dan penerangannya padat serta jelas. Penggunaan alat bantu mengajar seperti carta, gambar, perbandingan dan graf dapat menjelaskan lagi sesuatu konsep yang disampaikan. Guru juga menolong murid-murid mengatur fakta-fakta supaya menjadi konsep yang konkrit dan bermakna. Idea yang abstrak boleh dijadikan konkrit dengan menggunakan carta dan alat bantu mengajar lain.

Guru perlu juga menolong murid-murid mempraktikkan dan mengulangi aktiviti sehingga pembelajaran itu menjadi berkesan. Guru juga menilai murid-muridnya dengan menjalankan berbagai-bagai ujian. Penilaian ini akan dapat mengesani sejauh manakah objektif pengajaran dan pembelajaran telah tercapai. Ringkasnya, guru memikul amanah yang amat besar untuk melahirkan insan berilmu dan bersahsiah tinggi dan berperanan untuk merealisasikan matlamat kenegaraan yang akan menentukan jatuh bangun bangsa dan negara di masa hadapan. Aspek disiplin. Aspek yang terakhir ialah disiplin. Sekolah sebagai agen sosialisasi utama bertanggungjawab untuk membanteras masalah disiplin hingga ke peringkat akar umbi. Iklim dan persekitaran sekolah yang kondusif perlu diwujudkan bagi merangsang perkembangan murid dari aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek sejajar dengan FPK. Laporan Jawatankuasa Kabinet Mengkaji Pelaksanaan Dasar Pelajaran telah cuba mentakrifkan disiplin sebagai kesanggupan seseorang individu untuk menghormati dan mematuhi undang-undang, sama ada disiplin itu dikenakan dari luar atau dengan kerelaan sendiri; juga kesanggupan seseorang bekerja atau membuat sesuatu dengan cukup tertib, kesanggupan menghormati hak individu lain, mengamalkan tingkah laku hormat-menghormati di antara satu dengan lain dan mempunyai semangat tolong-menolong dan membaiki keadaan yang sedia ada menerusi usaha yang membina serta sanggup berkhidmat untuk masyarakat. Disiplin juga ada kaitannya dengan tatatertib, tatasusila, kesopanan dan ahklak. Dalam konteks pendidikan, sekolah merupakan institusi yang penting dalam membentuk disiplin murid-murid. Masalah disiplin murid akan menjejaskan tumpuan mereka terhadap pelajaran. Masalah disiplin ini seharusnya dikawal dengan kerjasama warga sekolah iaitu guru besar, guru disiplin, guru, pengawal keselamatan, masyarakat sekitar sekolah dan ibu bapa. Hal ini penting bagi memastikan kelancaran proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Pihak sekolah melalui Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) boleh menubuhkan sebuah jawatan kuasa menangani gejala disiplin murid peringkat sekolah dengan melantik beberapa ahli terdiri daripada kalangan mereka yang tinggal berhampiran dengan sekolah bagi memantau disiplin murid. Pihak sekolah juga hendaklah memantau kawasan sekolah yang terdapat masalah disiplin. Apa yang lebih penting, murid lemah dan berdisiplin memerlukan perhatian khas daripada pihak sekolah. Semua ini perlu dilakukan dengan bijak supaya tidak berlaku pengasingan dan perbezaan di antara mereka dengan murid lain di sekolah. Peranan guru bimbingan dan kaunseling penting dalam membentuk dan membina semula sahsiah dan disiplin murid yang bermasalah. Antara tugas utama guru bimbingan dan kaunseling ialah menjalankan bimbingan dan kaunseling dengan murid-murid yang mempunyai masalah disiplin dengan tujuan mewujudkan tingkah laku yang diingini. Selain itu, guru bimbingan dan kaunseling juga berfungsi untuk membina perhubungan dengan ibu bapa/ penjaga murid-murid yang mempunyai masalah disiplin, pegawai kebajikan masyarakat atau pihak polis.

Disiplin yang baik membawa beberapa faedah kepada guru dan murid. Faedah-faedah tersebut adalah seperti berikut:

Pengajaran dapat dijalankan dengan licin dan teratur. Pembelajaran dapat dilaksanakan dalam suasana yang tenang serta teratur. Keberkesanan pengajaran-pembelajaran akan dapat ditingkatkan lagi. Murid-murid menjadi lebih produktif jika mereka berdisiplin. Keselamatan murid-murid dapat dijamin kerana setiap murid dapat mematuhi peraturan-peraturan sekolah. Kemalangan yang berlaku di makmal atau bilik darjah dapat dikurangkan. Segala tugasan dapat disiapkan dalam tempoh masa yang lebih singkat. Masalah disiplin perlu ditangani dengan sebaik mungkin. Sesungguhnya persekitaran sekolah yang kondusif dan selamat amat penting dalam membentuk imej dan keyakinan diri murid ke arah kecemerlangan dan kegemilangan, selaras dengan hasrat negara yang menekankan usaha pembentukan modal insan yang cemerlang,gemilang dan terbilang.

KESIMPULAN Kesimpulannya, berdasarkan kepada semua huraian diatas, maka ternyatalah bahawa kejayaan sesebuah sekolah dalam merealisasikan FPK adalah bergantung kepada aspek-aspek kepemimpinan, budaya sekolah, ko-kurikulum, guru dan juga disiplin. Semua aspek ini akan menentukan modal insan yang bakal dihasilkan sama ada memenuhi hasrat FPK atau tidak. Kejayaan sekolah dalam merealisasikan FPK juga secara tidak langsung mampu menjana dan membina modal insan yang berkualiti. Merujuk kepada PIPP (2006), negara kita berhasrat untuk menghasilkan modal insan yang mempunyai jati diri yang kukuh, berketerampilan, berperibadi mulia, berpengetahuan dan berkemahiran tinggi perlu mampu untuk berfikir secara kritis dan kreatif, berkemahiran menyelesaikan masalah, berkeupayaan mencipta peluang-peluang baru, mempunyai ketahanan serta berkebolehan untuk berhadapan dengan persekitaran dunia global yang sering berubah-ubah. Sekali lagi dinyatakan bahawa, peranan sekolah amat penting dalam menyahut cabaran yang terkandung di dalam FPK untuk melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia bertanggungjawab dan keupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara.

Posted by pak long at 3:44 PM

Labels: Nota FPK Newer Post Older Post Home

LinkWithin

JUMLAH PENGUNJUNG SEJAK 11 FEBRUARI 2009


620323

Tamadun Islam Dan Tamadun Asia Gambar hiasan 1.0 PENGENALAN Perkataan tamadun berasal daripada bahasa Arab, iaitu daripada perkataan mudun dan madain. Satu lagi perkataa...

Peranan Sekolah Dalam Merealisasikan Falsafah Pendidikan Kebangsaan PENGENALAN Pada amnya, perkataan falsafah boleh difahamkan sebagai pemikiran atau pandangan yang benar, rasional dan bernas. Pemikiran at...

Sumber Pengajaran dan Pembelajaran dalam Pengajian Sosial 1.0 Pengenalan Dalam psikologi dan pendidikan, pembelajaran umumnya ditakrifkan sebagai suatu proses yang menyatukan kognitif, emosiona...

Konsep dan Prinsip Perkembangan Kanak-kanak 2.0 KONSEP PERKEMBANGAN KANAK-KANAK. Setiap yang hidup mengalami perubahan mengikut proses pertumbuhan dan perkembangan. Pertumbuhan adal...

2D Tessellation Design Definition of Tessellation A tessellation is created when a shape is repeated over and over again covering a plane without any gaps or o...

Definisi Perlembagaan Perlembagaan merupakan undang-undang tertinggi yang menjadi asas kepada pembentukan sesebuah kerajaan. Professor A. V. Dicey menya...

17 lirik lagu kanak-kanak Gambar Hiasan Lirik 1 "Bangun Pagi" Bangun Pagi Gosok Gigi, Cuci Muka Terus Mandi, Pakai Baju Minum Susu, Salam Ayah Dan Ibu, Pergi Seko...

Model ASSURE Model ASSURE bertujuan menyediakan panduan merancang dan mengendalikan pengajaran yang memerlukan penggunaan media. Model ASSURE mengandung...

Falsafah Pendidikan Barat Tradisional Falsafah pendidikan barat terbahagi kepada dua iaitu: Tradisional Moden Falsafah pendidikan barat tradisional Menekankan aspek-aspek per...

Latihan Murid Dan Alam Belajar

Nak study M.A.B? tapi TAK ADA buku? tak apa.. jangan risau anda klik je link kat bawah ni :) saye nak baca nota m.a.b anda rajin? K...

Perpustakaan Ilmu notapismp.blogspot.com


Artikel Budaya dan Pembelajaran EDU3106 Etika dan Moral Dalam Pengajian Sosial Hubungan Etnik Iklan Ilmu Pendidikan INTEL Isu Semasa Jadual Exam Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu SR Lagu Pendidikan Lain-lain Maths Motivasi My Presentation Nasyid Nilai dan Etika Dalam Pengajian Sosial Nota Bimbingan dan Kaunseling Nota BM Nota English Nota Environment Sustainable Development (ESD) Nota FPK Nota Kajian Tindakan Nota KS Nota Literasi Bahasa

Nota Murid Dan Alam Belajar Nota Muzik Nota Pengurusan Bilik Darjah Nota Pengurusan Sukan Nota Penilaian dan Pentaksiran Nota PJ Nota PKK Nota Politik dan Kerajaan Nota Seni Dalam Pendidikan Nota TITAS Pendidikan Seni Pengumuman Pentaksiran Bahasa Melayu Permainan Kelas Ganti Pertumbuhan dan Pembangunan Ekonomi PSS 3112 Praktikum Seni dalam pembelajaran Tazkirah Teknologi Dalam Pendidikan The beautiful word from FB

GUNAKAN MOZILLA FIREFOX UNTUK PAPARAN TERBAIK

Makluman dan Perhatian


Hak cipta terpelihara. Setiap artikel yang tersiar di notapismp.blogspot dihasilkan untuk tujuan pendidikan dan bersifat nonkomersil. Pembaca bebas menyalin dan menyebarkan artikel yang terdapat di sini, namun alamat notapismp.blogspot hendaklah disertakan bersama untuk memudahkan proses rujukan. Manakala untuk penerbitan semula dan berorientasikan komersil, setiap bahagian daripada artikel ini tidak boleh diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran atau dipindahkan dalam bentuk lain, sama ada dengan cara bercetak, elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman dan sebagainya, tanpa izin notapismp.blogspot terlebih dahulu.

SUARA KITA
<a href="http://www4.shoutmix.com/?somesouls">View shoutbox</a> ShoutMix chat widget

KONGSI NOTA ANDA DI SINI


Blog ini dibina untuk memuatkan nota, artikel, rencana atau apa sahaja jenis bahan bacaan yang sesuai dengan Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan di Institut Pendidikan Guru (IPG) Kementerian Pelajaran Malaysia. Tujuannya ialah untuk membantu para guru pelatih mencari maklumat dan membuat rujukan. Penulis mempelawa mereka yang berminat untuk berkongsi bahan bacaan atau hasil tulisan yang sesuai untuk dimuatkan ke dalam blog ini.

Untuk berkongsi hasil tulisan anda dengan rakan-rakan IPG yang lain dan untuk sebarang pertanyaan, sila e-mel ke notapismp@yahoo.com

Koleksi

2012 (8) 2011 (71) 2010 (122) 2009 (109) o Nov (9) o Oct (9) o Sep (11) o Aug (13) o Jul (26) o May (1) o Apr (10) Antropologi Pengenalan Sosiologi Theory of Social Evolution Tamadun Islam Dan Tamadun Asia Technology in Education Konsep dan Prinsip Perkembangan Kanak-kanak Peranan Sekolah Dalam Merealisasikan Falsafah Pend... Masyarakat Majmuk - satu perubahan struktur Budaya - Perayaan Masyarakat Majmuk di Malaysia Pengenalan Kepada Kebudayaan o Feb (30)

Cari maksud perkataan

Pusat Rujukan Persuratan Melayu

Jawatankuasa Perwakilan Pelajar IPG

JPP IPG Kampus Ilmu Khas

2012 : Tiada Pembuangan Undi untuk Pilih JPP dan selamat sejahtera kepada semua warga kampus.. Pilihanraya Kampus atau lebih dikenali se... 1 week ago

JPP IPG Kampus Tuanku Bainun

TAHNIAH PELAJAR 1 PISMP DAN SELAMAT DATANG PELAJAR BAHARU DPLI DAN PPISMP Pada 4 Januari dan 5 Januari 2012, telah berlangsung miggu orientasi untuk pelajar yang telah berjaya melanjutkan pengajian ke program PISMP. Tahniah diuca... 1 month ago

JPP IPG Kampus Pendidikan Islam Peperiksaan Akhir Semester... - Assalamu'alaikum wrbt...kami dari saf pimpinan JPP IPG KPI 2011/2012...ingin mengucapkan selamat menempuh peperiksaan akhir semester yang bermula pada ming... 3 months ago

JPP IPG Kampus T. Ampuan Afzan

MAJLIS SAPAAN MESRA PENGARAH IPGKTAA - *Majlis Sapaan Mesra Pengarah IPGKTAA, En. Jaafar Bin Idris akan diadakan pada *: *Tarikh : 09 Mei 2011 (Isnin) Masa : 8.00 - 12.00 Tengahari Tempat : De... 9 months ago

JPP IPG Kampus Pulau Pinang

Aduan - Makluman kepada pelatih-pelatih yang ingin mengemukan aduan atau cadangan boleh tulis di sini, atau email ke jppconnect2u@yahoo.com.my .Kami harapkan kerja... 11 months ago

JPP IPG Kampus Perempuan Melayu

MPPB KPLI SR & JQAF AMBILAN JAN 2011 - Pada 24 hingga 27 Januari yang lalu telah berlangsung Minggu Pengurusan Pelajar Baharu untuk guru pelatih KPLI SR dan JQAF ambilan Januari 2011. Pendaftara... 1 year ago

JPP IPG Kampus Pendidikan Teknik

Proses Peralihan Tugas - Untuk makluman semua, blog ini akan diserahkan daripada Jawatankuasa Perwakilan Pelajar 2010/2011 kepada kepimpinan Jawatankuasa Perwakilan Pelajar 2011/... 1 year ago

JPP IPG Kampus Dato Razali Ismail PEMBETULAN - PERUBAHAN TARIKH Sesi 'Kenali IPG' bersama PKIM dan KESTAR adalah seperti ketetapan berikut; Tarikh: 5 Februari 2011 Hari: Sabtu Masa: 8.30 pagi Tempat: Dew... 1 year ago

JPP IPG Kampus Kota Bharu

Peralihan kuasa dan hala tuju blog - kepimpinan JPP ipg kampus kota bharu kini beralih tangan setelah pilihan raya belangsung dan majlis watikah .Dengan itu blog ini akan berfungsi sebagai bl... 1 year ago

JPP IPG Kampus Kent Ria Raya Kent 2010! - Majlis Ria Raya Kent yang telah menjadi sambutan tradisi warga Kent telah berjaya dijalankan pada 24 September 2010 bersamaan hari Jumaat. Majlis ini diada... 1 year ago

JPP IPG Kampus Rajang

Happy Chinese New Year 2010 : Year Of Tiger - *Istimewa buat seluruh warga IPG Kampus Rajang yang berbangsa Cina,* * * *Selamat Menyambut Tahun Baru Cina 2010. *Semoga kedatangan Tahun Harimau ini aka... 2 years ago

JPP IPG Kampus Batu Lintang Ramah Tamah Aidilfitri 2009 - Aktiviti ini telah diadakan bersempena sambutan Hari Raya Aidilfitri bagi peringkat Kampus Batu Lintang. Smabutan ini telah dirasmikan oleh Pengarah En. Ab... 2 years ago

JPP IPG Kampus Tun Abdul Razak

Pelancaran Kemerdekaan ke -52 - Majlis Pelancaran Bulan Kemerdekaan ke-52 Peringkat IPGM KTAR Pihak Penganjur JPP, PPISMP708SN dan PPISMP709SN Logo 1Malaysia yang agak besar di atas ... 2 years ago

Rangkaian Pengajian Sosial

PISMP KS IPG KDRI Ambilan Januari 2011

SeMiNaR BuDaYa IPG - Assalamualaikum w.b.t, salam sejahtera & salam 1dunia kepada semua pengunjung Teratak Terindah PISMP Kajian Sosial Sem 3/2012 ini. Semoga semuanya sihat wa... 1 day ago

Kajian Sosial 2 IPGM Kampus Sultan Mizan Ambilan Januari 2010 REBRANDING! - Assalamu'alaikum w.b.t Sonyap ja blog kita.moh la kita hidup kan nya kembali sementara tinggal lagi setahun kat maktab ni..setahun setengah lagi... moh me... 1 week ago

PISMP PENGAJIAN SOSIAL

Tahun 4 semester 7 - Salam perpaduan, salam kerinduan, salam tahun baru dan salam 1Malaysia buat rakan-rakan semua. Nampaknya lama sudah ditinggalkan laman blog ni tidak di kem... 1 month ago

PISMP Kajian Sosial IP Tawau

Little story of us. - Okei. here we are. want to share the moments...... First: we hve been to Sandakan last year. wlpun da bangas sedikit tp tetap jugak hendak share. hehe. a... 1 year ago

Suara Blogger IPG

BADAN KEBAJIKAN SURAU

Kehadiran Alim Ulama' Yang Dinanti - Alhamdulillah bumi Bainun sekali lagi akan menerima kehadiran seorang alim ulama' yang tidak asing lagi iaitu Sheikh Muhammad Nuruddin AlBanjari Al-Makk... 3 weeks ago

HALAQAH IPG

Sekitar Pilihanraya Kampus - Oleh : Halaqah IPG *SATU PANDANGAN UMUM* Fenomena kini di setiap bumi IPG di seluruh Negara , sibuk membicarakan berkenaan pilihanraya kampus. Hal ini ... 1 month ago

|CARE| IPGM Kampus Tuanku Bainun Salam 2012! - Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua pembaca blog CARE! Selamat menyambut tahun baru 2012. Semoga dengan kehadiran angka baru dalam kehidupan kit... 1 month ago

PISMP2 IPBA KUALA LUMPUR Ulang kaji kata pendek - Ulang kaji kata pendek : SKM - Sekolah Kurang Murid GPS - Gred Purata Sekolah (Peperiksaan) GPMP - Gred Purata Mata Pelajaran (Peperiksaan) SKPM Standa... 2 months ago

Warkah Pantai Puri - widgeo.net [image: widgeo.net] 6 months ago

kajian sosial cohort 5 The very first day - Assalamualaikum~ ahaa~ its our very first day kann.. haha~ penuh dengan pelbagai kejutan. Pagi2 lagi lecturer kesayangan kita dah tunggu dalam kelas. terba... 1 year ago

PISMP-IPGM PSV

5 Tahun Bersama..... 1 year ago

LAMAN SOSIAL |

Into The New World - Salam cikgu.. pada tahun ini kita telah melangkah ke suatu dunia baru, dunia mahasiswa!! jika sebelum ini kita masih boleh bersantai-santai menikmati hidup ... 2 years ago

KOLEKSI SURAT KHABAR


Utusan Malaysia Sinar Harian myMetro The Star Online Kosmo! Online Berita Nasional Malaysia Berita Harian

Lalu Lintas bLOg Laman Web EBook Terbaik


BOOKYARDS EBOOK.COM EBOOKLOBBY FREE E-BOOK.NET FREEBOOKSPOT FREECOMPUTERBOOKS GLOBUSZ KNOWFREE MANYBOOK THE EBOOK DIRECTORY

Persatuan Sains Sosial 2011. Simple template. Template images by 5ugarless. Powered by Blogger.

Peranan guru juga merupakan aspek yang penting dalam memainkan peranan sekolah untuk merealisasikan hasrat FPK. Guru seharusnya berusaha mendekati murid dan menjalin hubungan yang erat dan mesra dengan murid agar murid berasa selesa untuk berhadapan dengan guru. Guru merupakan insan yang perlu dihormati selepas ibu bapa. Martabat seorang guru diangkat dengan begitu tinggi kerana peranan guru amat besar untuk membentuk nilai dan sahsiah seseorang murid. Tugas guru bukanlah sekadar mengajar, bahkan juga sebagai pengurus, fasilitator, pembimbing, penggalak, penyelaras dan inovator. Tuntasnya, guru bertanggungjawab untuk mengembangkan bakat dan potensi murid secara menyeluruh dan bersepadu iaitu insan yang seimbang cemerlang dari segi intelek, rohani, emosi, jasmani dan sosial. Kesimpulannya, hasrat FPK pasti akan dapat dicapai seandainya semua pihak memainkan peranan dan tugas masing-masing dengan baik. Posted by hana syakira at 10:23 PM

0 comments: Post a Comment Links to this post Create a Link


Newer Post Older Post Home Subscribe to: Post Comments (Atom)

Glitter Text Maker

Followers ALLAHU RABBI

ALWAQTU KA AS-SAIF

PENAWAR HATI

AURAT SAYA MARUAH SAYA!

usrati

i love this moment so much! i love all of u forever....muah2

suka suki

my classmate~~kepoyooan yg jelas kelihatan...hehe

suka suki

serius...poyo....

suka suki

i love books so much! insya-Allah, bila dh ada rumah, akan buat mini library di rumah nanti...

suka suki

~cinta antara kita~

bUdAk cOMoseeL
anak sape la ni ek?hehe

FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN

Bahawasanya negara kita Malaysia mendukung cita-cita hendak: Mencapai perpaduan yang lebih erat di kalangan seluruh masyarakatnya Memelihara cara hidup demokratik Mencipta satu masyarakat yang adil di mana kemakmuran negara akan dapat dinikmati secara adil dan saksama Menjamin satu cara liberal terhadap tradisi-tradisi kebudayaannya yang kaya dan berbagai-bagai corak Membina satu masyarakat progresif yang akan menggunakan sains dan teknologi moden: Ikrar

Maka kami rakyat Malaysia berikrar akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk mencapai cita-cita tersebut berdasarkan atas prinsip-prinsip yang berikut: Kepercayaan kepada Tuhan Kesetiaan kepada Raja dan Negara Keluhuran Perlembagaan

Kedaulatan Undang-undang Kesopanan dan Kesusilaan

1.0 PENGENALAN Pelbagai perubahan telah berlaku dengan sepat di dunia hari ini. Ahli-ahli psikologi dan sosiologi telah banyak memberi sumbangan kepada pembaharuan dalam amalan pengajaran yang menghasilkan mutu pendidikan yang lebih tinggi. Di Malaysia, beberapa perubahan baru telah berlaku dalam arena pendidikan.Berdasarkan syor-syor yang terkandung dalam Laporan Jawatankuasa Kabinet Mengkaji Perlaksanaan Dasar Pelajaran (1979), Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) telah dilaksanakan di semua sekolah rendah mulai tahun 1983. Berikutan itu, Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) turut dilaksanakan di sekolah- sekolah menengah mulai tahun 1989. KBSR menitik beratkan penguasaan kemahiran membaca, menulis dan mengira serta perkembangan individu secara menyeluruh iaitu dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani secara menyeluruh dan bersepadu. Dengan cara inilah, individu-individu yang berilmu pengetahuan, berketrampilan dan berakhlak mulia akan dihasilkan.

1.1 Konsep Falsafah Pendidikan Pada amnya, perkataan falsafah boleh difahamkan sebagai pemikiran atau pandangan yang benar, rasional dan bernas. Pemikiran atau pandangan ini dihasilkan daripada usaha kajian ahli falsafah dengan cara yang saintifik, sistematik dan logikal. Tujuan falsafah ialah mencari serta membukti kebenaran dan memberi arah tuju atau pedoman untuk perkara-perkara yang penting dalam kehidupan. Berdasarkan huraian di atas, falsafah pendidikan boleh diertikan sebagai pedoman, arah tuju atau pandangan terhadap perkaraperkara yang berkaitan dengan pendidikan.

1.2 Latar belakang Falsafah Pendidikan Kebangsaan

Sepertimana yang kita sedia maklum, negara kita Malaysia adalah sebuah negara yang sedang membangun. Justeru, agak penting bagi kita mempunyai falsafah pendidikan tersendiri. Menyedari hakikat tersebut, maka pada tahun 1998, Falsafah Pendidikan Negara (FPN) telah digubal berdasarkan dokumen-dokumen dasar dan ideologi negara. Kini FPN dikenali sebagai Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK). FPK yang dinyatakan berikut akan menentukan arah haluan, asas dan sumber inspirasi kepada semua usaha dan rancangan dalam bidang pendidikan. Dari sudut sejarah, falsafah pendidikan negara lahir daripada proses yang agak panjang iaitu satu proses pembinaan bangsa dan negara Malaysia semenjak merdeka lagi.

2.0 KONSEP DAN MATLAMAT FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN (FPK)

Umum mengetahui bahawa falsafah pendidikan negara yang dirumuskan pada tahun 1988 dan disebut dalam Akta Pendidikan 1996 berbunyi:

Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang harmonis dan seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan.

Usaha ini adalah bertujuan melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara. 2.1 Konsep Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) Falsafah Pendidikan Kebangsaan adalah bersifat eklektisisme iaitu gabungan antara falsafah tradisional dan falsafah progresif. 1 Falsafah pendidikan negara merangkumi falsafah aliran epistemologi, metafizik dan aksiologi yang juga secara langsung meliputi falsafah dealisme, realisme, perenilaisme, progresivisme dan eksistensialisme. 2 Falsafah Pendidikan Kebangsaan adalah digubal daripada usaha berfikir yang rasional dan kritis, berlandaskan daripada ideologi negara sebagaimana yang telah dimanifestasikan dalam Laporan dan Dasar Pendidikan, termasuk Rukun Negara.

Falsafah Pendidikan Kebangsaan ini mengambil inspirasi daripada proses pembangunan bangsa dan negara yang agak panjang. Apa yang digariskan dalam falsafah ini juga amat berkait rapat dengan perkembangan dunia Islam dan pembangunan negara Malaysia. Perbandingan falsafah ini dengan resolusi atau konsensus sedunia Persidangan Dunia mengenai Pendidikan Muslim Pertama yang diadakan di Jeddah, dari 31 Mac hingga 8 April 1977 tidak jauh berbeza. Satu petikan ulasan oleh Mohd Kamal Hassan (1988) dalam bukunya Pendidikan dan Pembangunan: Satu Perspektif Bersepadu mengatakan pengisytiharan Makkah mengenai matlamat pendidikan adalah meliputi perkembangan yang seimbang dalam keseluruhan peribadi insan melalui latihan rohaniahnya, intelek, rasional, perasaan dan indera. Sumber kepada pendidikan berkenaan adalah sumber wahyu dan akal sebagaimana yang diutarakan dalam konsensus Persidangan tersebut. Faktor keseimbangan dan kesepaduan dalam resolusi ini dapat dimanifestasikan dalam falsafah pendidikan negara yang dirumuskan 11 tahun kemudian. Falsafah Pendidikan Kebangsaan menggariskan segala istilah, pemikiran dan prinsip berkaitan dengan bidang pendidikan di negara kita. Dengan kata lain, ia menggabungkan matlamat, dasar-dasar dan amalan-amalan pendidikan sebagai satu identiti keseluruhan yang tekal, jelas dan logik. 2.2 Matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) Berlandaskan kepada FPK yang telah dinyatakan, maka Matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan ialah bertujuan untuk menjelaskan secara rasional amalan-amalan pendidikan terkini serta membimbing tindakan dan tren pendidikan masa depan (Kementerian Pendidikan Malaysia, 1982). Ini adalah kesinambungan daripada Matlamat Pendidikan Negara iaitu melahirkan insan yang baik dan sempurna supaya menjadi warganegara Malaysia yang baik dan berguna. Dengan perkataan lain, Matlamat Pendidikan Negara bertujuan melahirkan rakyat Malaysia yang sempurna dan memiliki serta menghayati ciri-ciri berikut:

percaya dan patuh kepada Tuhan; berilmu pengetahuan; berakhlak mulia;

bertanggungjawab kepada diri, masyarakat, agama dan negara; memilik sahsiah yang seimbang dan bersepadu; dan memupuk perpaduan dalam kalangan rakyat berbilang kaum.

Selain daripada perkembangan potensi individu secara menyeluruh dan seimbang, adalah diharapkan juga, melalui proses pendidikan, Malaysia dapat mencapai matlamat pendidikannya seperti:

- melahirkan rakyat yang bertanggungjawab dan boleh memenuhi kewajibannya sebagai seorang warganegara; - menghasilkan rakyat yang progresif, mahir serta cekap supaya membolehkannya melaksanakan tugas secara produktif serta sempurna, demi memberikan sumbangan terhadap kemajuan dan pembangunan; - melahirkan rakyat yang boleh memahami dan menerima serta mengamalkan prinsip-prinsip dan cita-cita demokrasi mengikut Perlembagaan; - melahirkan rakyat yang taat setia kepada Raja dan cinta kepada negara; - melahirkan rakyat yang memahami serta mengamalkan prinsip-prinsip Rukun Negara, dan bersikap toleransi, agar dapat mewujudkan perpaduan rakyat berbilang kaum; dan - mengurangkan jurang perbezaan di antara kaum dengan membekalkan kemudahan-kemudahan asas pendidikan kepada golongan yang kurang berada.

Falsafah pendidikan mengandungi idea dan pandangan yang rasional terhadap pendidikan. Fungsi asas falsafah pendidikan ialah memberi panduan dan haluan kepada pakar pendidikan untuk merancang atau mereformasikan sistem pendidikan berlandaskan idea, konsep dan matlamat pendidikan negara.

Sehubungan ini, Falsafah Pendidikan Kebangsaan adalah digubal secara rapi dan teliti oleh pakar-pakar pendidikan dengan mengambil kira seluruh aspek berkaitan dengan keperluan-keperluan individu, masyarakat dan negara. 2.3 Peranan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) Dalam sistem pendidikan Malaysia, Falsafah Pendidikan Kebangsaan memainkan peranan yang penting seperti:

- sebagai suluh yang memberi panduan dan arah tuju kepada segala usaha mengembangkan dan memajukan pendidikan menjadi dasar dan pertimbangan asas untuk menentukan Matlamat Pendidikan Negara; - sebagai rujukan untuk membantu para pendidik memahami sistem pendidikan negara; - sebagai bimbingan untuk para pendidik semasa mereka melaksanakan tugas-tugas pendidikan; - sebagai dasar dan pertimbangan asas untuk menentukan kurikulum, bahan-bahan pelajaran dan strategi pengajaran dan pembelajaran; - sebagai pengawal ke atas aktiviti penyelewengan daripada dasar pendidikan; dan - menghilangkan salah faham, keraguan atau pertelingkahan dalam sebarang usaha melaksanakan tugas ataupun aktiviti pendidikan.

3.0 FAKTOR-FAKTOR PEMBENTUKAN FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN (FPK) Sebagaimana yang telah dijelaskan, Falsafah Pendidikan Kebangsaan merupakan suluh yang memberi pedoman dan arah tuju kepada segala usaha pendidikan, maka adalah penting bagi guru dan pendidik khasnya, meneliti dan mentafsir kandungannya serta memahami secara mendalam hasrat dan cita yang terkandung di dalamnya. Kandungan, hasrat dan cita yang dinyatakan dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan boleh ditafsirkan dari segi faktor-faktor yang mempengaruhi

pertimbangan- pertimbangan semasa penggubalan dan unsur-unsur yang terkandung di dalamnya. Untuk menggubal Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang boleh memberi panduan dan bimbingan dan manfaat kepada segala usaha pendidikan, beberapa faktor yang berkaitan hendaklah dipertimbangkan terlebih dahulu. Di antara faktor-faktor yang mempengaruhi pertimbangan asas semasa menggubal Falsafah Pendidikan Kebangsaan ialah: i) Faktor agama yang dianuti oleh rakyat negara. (ii) Faktor sosial yang meliputi struktur masyarakat dan kebudayaannya. (iii) Faktor politik yang menentukan ideologi negara, dan seterusnya mempengaruhi dasar pendidikan. (iv) Faktor ekonomi yang mempengaruhi matlamat pendidikan dalam usaha membawa pembangunan dan kemajuan negara. (v) Faktor individu yang berkaitan dengan keperluan-keperluan asas seperti keselamatan, perkembangan potensi dan penyempurnaan kendiri. (vi) Faktor sejagat yang berkaitan dengan pandangan dan visi sedunia, perkembangan pendidikan antarabangsa dan berkeupayaan warganegara memberi sumbangan ke arah yang dapat membawa persefahaman antarabangsa. Pengaruh faktor-faktor tersebut dapat dikesan daripada pernyataan Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang dihuraikan seperti berikut: Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang harmonis dan seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bertujuan melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara. (i) Faktor agama: Agama Islam ialah agama rasmi bagi negara Malaysia. Di samping itu, Agama Kristian, Agama Buddha, Agama Hindu dan sebagainya juga bebas dianuti mengikut undang-undang negara. Agama-agama ini, khasnya agama Islam merupakan faktor-faktor yang penting sebagai pertimbangan asas dalam proses penggubalan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Unsur agama ini dapat dihayati daripada pernyataannya, iaitu mewujudkan insan yang harmonis dan seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan...

(ii) Faktor sosial: Masyarakat Malaysia terdiri daripada berbilang kaum.

Keharmonian dan kemakmuran negara bergantung kepada amalan sikap toleransi, bekerjasama dan hormat-menghormati antara satu sama lain. Sikap yang positif ini adalah amat penting dalam usaha mencapai perpaduan kaum yang merupakan kriteria yang paling penting untuk mewujudkan keadaan sosial yang stabil. Tujuan mencapai perpaduan kaum telah menjadi salah satu matlamat pendidikan yang dinyatakan dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan, iaitu:....melahirkan rakyat Malaysia....memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara. (iii) Faktor politik: Sebagaimana yang diketahui umum, Falsafah Pendidikan Kebangsaan digubah berlandaskan kepada iedologi negara yang dicerminkan dalam dokumen-dokumen rasmi seperti Laporan Pendidikan, Rancangan Malaysia dan Rukun Negara. Di dalam usaha membentuk ideologi negara, pengaruh politik memainkan peranan penting dalam penentuan dasar pendidikan negara. Sehubungan ini, matlamat pencapaian perpaduan kaum menjadi pertimbangan asas dalam penggubalan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Matlamat ini dapat diperlihatkan daripada pernyataan Falsafah Pendidikan Kebangsaan, sebagaimana yang telah dihuraikan dalam pengaruh faktor sosial tersebut di atas. (iv) Faktor ekonomi: Rakyat Malaysia yang terlatih dalam pelbagai kemahiran dapat membantu negara memperkembangkan ekonomi dengan meningkatkan daya pengeluarannya. Tujuan ini dapat dicapai dengan melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap kemakmuran negara. Cita-cita memperkembangkan ekonomi Malaysia telah menjadi salah satu matlamat pendidikan negara yang dinyatakan dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

v) Faktor individu: Potensi individu dapat dikembangkan melalui proses pendidikan. Potensi individu ini meliputi aspek-aspek intelek, rohani, emosi dan jasmani. Perkembangan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu akan menjadi insan yang seimbang dan harmonis. Insan yang seimbang dan harmonis sentiasa mengamalkan sikap bersyukur, sentiasa menikmati ketenteraman jiwa serta bersedia menghadapi cabaran hidup dengan tenang. Cita-cita melahirkan individu yang seimbang dan harmonis merupakan pernyataan utama dalam kandungan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. (vi) Faktor sejagat: Penggubalan Falsafah Pendidikan Kebangsaan pula tidak terpisah daripada pengaruh perkembangan sistem pendidikan antarabangsa. Sehubungan ini, idea-idea yang dihasilkan daripada seminar pendidikan antarabangsa pula membawa pengaruhnya ke atas Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Misalnya, program pendemokrasian pendidikan, pensarwajagatan

pendidikan dan pendidikan seumur hidup dirancangkan oleh UNESCO dalam tahun 1980-an telah dimanifestasikan dalam pernyataan Falsafah Pendidikan Kebangsaan sebagaiPendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan....... . Ini jelaslah mencerminkan konsep pendidikan seumur hidup.

Perkembangan, kemajuan serta pembangunan negara Malaysia bergantung kepada kerjasama negara-negara antarabangsa. Malaysia sejak awal pembentukannya pernah memainkan peranannya di arena antarabangsa dalam usaha menjamin keamanan, keadilan dan kesejahteraan untuk negara sendiri dan sejagat. Usaha kerjasama sejagat ini akan terus dipikul oleh generasi-generasi mendatang. Sehubungan ini, program pendidikan negara hendaklah merangkumi aspek sejagat yang boleh melahirkan warganegara yang berilmu pengetahuan, berketrampilan dan berakhlak mulia, bukan sahaja berupaya berkhidmat dan memberi sumbangan kepada negara, tetapi juga berupaya memberi jasa ke arah kemajuan, keamanan dan kestabilan antarabangsa.

4.0 ELEMEN-ELEMEN DALAM FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN (FPK) Falsafah Pendidikan Kebangsaan boleh diteliti dengan lebih terperinci melalui analisis yang merujuk kepada beberapa elemen. Berikut pula adalah elemen-elemen penting yang terkandung dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan: Elemen-elemen FPK Implikasi pendidikan suatu usaha berterusan Pendidikan adalah suatu proses pemerolehan dan pemindahan ilmu, kemahiran dan nilai murni; Proses pemerolehan dan pemindahan berlangsung secara berterusan bermula dari kecil sehingga ke akhir hayat; Pendidikan awal kanak-kanak amat penting untuk membentuk asas sahsiah kanak-kanak yang berada dalam lingkungan umur antarasatu hingga enam tahun; Sahsiah yang dibentuk akan terus berkembang sepanjang tempoh

persekolahan; Setelah tamat persekolahan, setiap individu masih terus meningkatkan ilmu, kemahiran dan akhlak mereka; Proses pendidikan yang berterusan bagi membantu individu menyesuaikan diri dengan pelbagai perubahan. perkembang potensi individu Setiap individu telah diberkati Tuhan dengan bakat, potensi dan kebolehan yang mungkin terpendam; Bakat, potensi dan kebolehan seelok-eloknya dicungkil, dipupuk, dikembangkan dan dipertingkatkan Bakat, potensi dan kebolehan akan terjelma melalui interaksi sosial dengan orang lain dan alam sekeliling; Pendidikan seharusnya memberi peluang individu untuk berkembang bakat, potensi dan kebolehan mereka. perkembangan individu secara Bakat, potensi dan kebolehan tidak boleh menyeluruh dan bersepadu dikembangkan secara berasingan; sebaliknya dihubungkaitkan iaitu diselaraskan bagi mengelakkan pertentangan antara satu sama lain; Perkembangan dan peningkatan seelok-eloknya merangkumi empat aspek, iaitu intelek, rohani, emosi dan jasmani. insan yang seimbang dan harmonis

Amat penting bagi individu memiliki ilmu (intelek), sahsiah yang baik (emosi), percaya kepada Tuhan serta mempunyai akhlak yang baik (rohani) dan kesihatan diri yang baik (jasmani);

Keseimbangan antara keempat-empat aspek di atas akan menghasilkan individu yangmampu hidup secara harmonis dengan diri dan orang lain;

Individu sedemikian memiliki ketahanan untuk menghadapi segala cabaran

hidup serta sanggup berhadapan dengan apa jua masalah yang timbul.

unsur intelek Mempunyai kemahiran asas 3M: membaca,menulis dan mengira; Sering berusaha untuk memperoleh dan mengembang ilmu yang benar; Berkemahiran untuk berfikir secara kreatif kritikal dan reflektif; Sanggup untuk berkongsi ilmu dengan orang lain dan persekitaran (menyebarluaskan ilmu).

unsur rohani Menyedari dan percaya kepada Tuhan; Bersyukur dengan pemberian Tuhan; Berakhlak mulia dan berpegang kepada nilai-nilai murni.

unsur emosi Mempunyai emosi yang matang dan stabil; Memiliki dan memupuk perasaan kasih sayang; Mempunyai sifat kekitaan dan perpaduan.

unsur jasmani Menyedari tentang kepentingan kesihatan fizikal; Mengembangkan bakat dan kemahiran teknikal, manipulatif dan sosial;

Menggunakan kemahiran kecergasan fizikal untuk memanfaatkan masyarakat. kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan Mengakui tentang kewujudan Tuhan; Mengakui Tuhan sebagai Pencipta manusia dan alam; Menyedari bahawa hukum dan fenomena alam merupakan peraturan yang ditetapkan oleh Tuhan; Menyedari bahawa individu bertanggungjawab sepenuhnya ke atas segala perbuatan dan tindakannya; Mengamalkan segala ajaran agama yang dianuti.rakyat Malaysia yang berilmu Cintai ilmu pengetahuan; pengetahuan Berusaha memupuk budaya ilmu dan budaya membaca; Mempunyai fikiran yang luas dan terbuka.rakyat Malaysia yang berketrampilan Mempunyai kecekapan dan kompetensi diri; Berkebolehan untuk menjalankan tugas dengan sempurna; Berpandangan jauh dan berinisiatif; Memupuk pembawaan diri yang baik. rakyat Malaysia yang berakhlak mulia Mempunyai perwatakan diri yang baik; Berpegang kepada nilai-nilai murni dan moral sebagai prinsip hidup. rakyat Malaysia yang bertanggungjawab Boleh dipercayai;

Menyedari bahawa setiap tugas dan tanggungjawab merupakan amanah dan harus dilaksanakan dengan baik; Menjalankan tugas dengan amanah, bersih dan cekap; Mematuhi peraturan dan undang-undang negara; Berusaha untuk meningkatkan diri, keluarga, masyarakat, agama, bangsa dan negara. rakyat Malaysia yang berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri Berfikiran waras dan berjiwa tenang; Mempunyai daya ketahanan yang kuat untuk menghadapi cabaran hidup. rakyat Malaysia yang dapat berusaha untuk memupuk perpaduan rakyat memberi sumbangan terhadap melalui sifat toleransi, bertimbang rasa, keharmonian dan kemakmuran kekitaan, hormat-menghormati dan masyarakat dan negara sebagainya; Mempertahankan maruah diri, pragama, bangsa dan negara. proofesion, berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri Mempunyai daya tahan fizikal dan yang tinggi; Berkebolehan untuk mengharungi hidup.mental liku-liku sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara Menjadikan Rukunegara sebagai hidup; Memupuk persefahaman keluarga; Mematuhi norma masyarakat; Cintakan negara. Amalan

5.0 PERANAN SEKOLAH DALAM MEREALISASIKAN FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN (FPK) 5.1 Peranan pihak pentadbiran sekolah

Pihak pentadbiran sekolah perlu menerapkan budaya-budaya yang positif dalam diri setiap murid-muridnya di samping memastikan dasar-dasar pendidikan negara dijalankan dengan baik. Budaya sekolah, kadang kala dikenali sebagai iklim sekolah, mengandungi empat aspek utama, iaitu aspek fizikal, aspek sosial, aspek perkembangan intelek dan aspek penggunaan bahasa.

Aspek fizikal merangkumi perkara-perkara berikut:

Kebersihan bilik darjah, kantin, tandas dan kawasan sekolah serta anggota-anggota sekolah Keselamatan anggota-anggota sekolah dilindungi dengan peraturan sekolah, alatan dan kemudahan, keselamatan yang lengkap termasukmengadakan perkhidmatan keselamatan seperti pertolongan cemas dan kawalan keselamatan lalu lintas;

Kemudahan-kemudahan sekolah cukup dan lengkap serta digunakan dengan baik dan cermat;

Keselesaan seperti ruang untuk bergerak mencukupi, peredaran udara segar dan menyenangkan, suasana tenang dan kondusif untuk pengajaran dan pembelajaran; dan

Keindahan sekolah dengan tumbuh-tumbuhan, bunga, pokok serta perhiasan-perhiasan yang merangsangkan suasana keselesaan.

Aspek sosial merangkumi perkara-perkara berikut:

Hormat-menghormati di antara anggota-anggota sekolah serta mematuhi

peraturan-peraturan sekolah;

Rasa tanggungjawab terhadap diri, anggota sekolah lain serta sekolahnya; dan

Bekerjasama di antara anggota-anggota sekolah, bersedia untuk bantu membantu dan rela menjalankan tugas masing-masing tanpa rungutan.

Semua aspek budaya sekolah ini perlu diterapkan dalam diri setiap murid agar dapat melahirkan insan yang harmonis serta seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. 5.2 Peranan guru Sewajarnya, guru memainkan peranan penting dalam merealisasikan Matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan misi membangunkan sistem pendidikan bertaraf dunia serta menjadi pusat kecemerlangan pendidikan di serantau.

Sehubungan dengan itu, usaha guru dalam merealisasikan Falsafah Pendidikan Kebangsaan adalah ditumpukan kepada penekanan-penekanan berikut:

Pelaksanaan kurikulum dan kokurikulum yang dapat berjaya memperkembangkan potensi murid dari aspek intelek, jasmani, emosi, dan rohani secara keseluruhan dan bersepadu.

Pelaksanaan pengurusan dan pentadbiran dengan penyelenggaraan prasarana supaya kemudahan pengajaran dan pembelajaran dapat digunakan secara licin dan optimum, serta dalam keadaan yang baik dan selamat.

Pelaksanaan perhubungan dengan masyarakat dengan mewujudkan perkongsian pintar (smart partnership) di antara sekolah dengan masyarakat supaya melahirkan semangat kerjasama demi dapat membantu pembangunan sekolah, baik dalam sumber kewangan mahu pun tenaga yang diperlukan.

Sesungguhnya, misi Kementerian Pelajaran Malaysia ialah memperkembangkan potensi pelajar secara menyeluruh dan bersepadu, serta membangunkan sistem pendidikan negara supaya menjadi pusat kecemerlangan pendidikan serantau dan bertaraf dunia. Pencapaian misi dan matlamat pembentukan sistem pendidikan bertaraf dunia meliputi komponen-komponen berikut:

Prasarana yang berkualiti; Aplikasi teknologi yang canggih (ICT); Warga pendidikan yang proaktif; Kurikulum yang kemas kini dan bersesuaian dengan perkembangan kini; Peluang diadakan untuk Penyelidikan dan Pembangunan (R&D); dan Ada Dasar Pendidikan terbuka.

6.0 IMPLIKASI FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN (FPK) TERHADAP SISTEM PENDIDIKAN NEGARA

6.1 Pengenalan

FPK

merupakan

dokumentasi

rasmi

yang

mencerminkan

sistem

pendidikannegara Malaysia. Para guru perlulah berpegang kepada FPK tika menjalaskantanggungjawab profesional mereka agar matlamat pendidikan negara menjadisuatu kenyataan. Ini memerulan penghayatan, pemahaman dan keprihatinanpara pendidik demi merealisasikan tujuan dan cita yang tersisip dalamkandungannya.

FPK menyumbang implikasi terhadap sistem pendidikan negara ini;umpamanya kurikulum, pendidik dan institusi pendidikan yang

merujukperhubungan di antara manusia dengan manusia, manusia dengan alam (ilmusains) dan manusia dengan Tuhan (ilmu teologi). Falsafah ini menjadi tunjangkepada sistem pendidikan negara di Malaysia. Maka, semua perancangan danaktiviti pendidikan memancarkan pancaran nilai dan barisan prinsip yang terkandung dalam FPK

Pertama, FPK menyumbang implikasi terhadap kurikulum sekolah selaras dengan cita dan tujuan FPN. Implikasi ini meliputi perubahan silibus berorientasiprogram bersepadu, perubahan input pelajaran yang mengutamakanpenyerapan nilai murni, perubahan program pendidikan berorientasi pelahiranyang seimbang dan harmonis, reformasi pendidikan berorientasi pendidikanumum dan perubahan silibus yang sesuai untuk melatih kemahiran pelajar dalambidang vokasional dan teknologi.

Kedua, FPK menekankan perubahan sikap pendidik dan professional ketika menjalankan tugas sejajar tujuan dan dasar FPK. Item ini melibatkanperubahan sikap peribadi pendidik dengan pandangan dan visi yang positif sertaperubahan profesional menerusi pengubahan strategi dan teknik Pengajaran danPembelajaran (P&P) yang diterima audiens (para pelajar).

Ketiga,

FPK

menyumbang

implikasi

kepada

institusi

pendidikan.Perubahan struktur dan organisasi sekolah ke arah pewujudan situasi yangsesuai. Kenyataan ini meliputi perubahan infrastruktur supaya para pelajarberpeluang mengembangkan potensi secara menyeluruh dan bersepadu,perubahan aktiviti budaya sekolah yang kondusif demi

pemupukan nilai-nilaimurni dalam jiwa pelajar dan perubahan iklim sekolah yang kondusif demipelahiran pelajar yang cintakan ilmu lantas membentuk budaya membaca dalamkalangan mereka.

Jelaslah

terbukti

bahawa

FPK

menggariskan

norma-norma

yangseharusnya diamalkan demi pelaksanaan sistem pendidikan yang cemerlang,gemilang dan terbilang. Falsafah ini penting dalam penghasilan individu yangdihasratkan negara Malaysia. Namun, sejauh manakah pelasanaan FPKdiaplikasi terhadap pembangunan dan perjalanan sesebuah sekolah?

Dibina pada Julai 10 dan dikemaskini pada 07/12/2010 11:02 PM oleh Pengendali@2006

S-ar putea să vă placă și