Sunteți pe pagina 1din 14

TAJUK: KAEDAH PETA MINDA & SEJARAH.

PENDAHULUAN Sejarah merupakan salah satu subjek yang memerlukan fakta dan bukti yang kukuh serta pemahaman sesebuah peristiwa secara kronologi. Fakta dalam Sejarah boleh merujuk kepada nama tokoh, tempat, nama-nama peralatan kuno dan sebagainya. Oleh itu Sejarah merupakan subjek yang memerlukan daya ingatan yang tinggi dan minat yang memudahkan proses pembelajaran. Penggunaan teknik pembelajaran yang sesuai akan membantu proses pembelajaran dan pengajaran subjek ini di sekolah. Jadi, saya mencadangkan penggunaan kaedah peta minda dalam matapelajaran Sejarah sebagai satu inovasi gaya pengajaran di sekolah.

Sebelum mengenal pasti penggunaan kaedah pengajaran yang bersesuaian dengan subjek, kita harus meninjau dahulu kekanggan-kekanggan yang dihadapi oleh para pelajar dalam mempelajari subjek ini dan tidak lupa juga kepada para guru dalam mengajar subjek ini. Antara masalah-masalah yang diketahui ialah guru kurang berkaliber, gaya pembelajaran yang tidak efektif, budaya membaca yang sangat kurang dalam kalangan para pelajar, tahap kecerdasan minda yang berbezadan sebagainya.

2.1 GURU KURANG BERKALIBER Personaliti seseorang pendidik dalam mewujudkan suasana pembelajaran yang menyeronokan mempengaruhi minat pelajar-pelajar untuk mempelajari sesuatu subjek dan bukan hanya Sejarah. Guru yang digemari oleh pelajar lazimnya akan berminat untuk menerima pengajaran yang disampaikannya dengan lebih berkesan. Personaliti guru yang menarik seperti seorang yang bijak membuat jenaka, pandai menarik perhatian pelajar melalui bahasa badan, berjaya melibatkan pelajar dalam proses pengajaran dan pembelajaran merupakan petunjuk guru yang mempunyai personaliti yang menarik. Kita harus mengetahui bahawa faktor utama yang menggerakkan naluri seseorang pelajar untuk mempelajari sesuatu subjek ialah minat. Namun, faktor yang mempengaruhi personaliti seseorang guru juga harus diketahui. Antaranya ialah, pemilihan profession sebagai seorang guru adalah pilihan terakhir

mereka yang menyebabkan mereka tidak ikhlas dan bersungguh-sungguh dalam melaksanakan tanggungjawab, mempunyai personaliti diri yang introvert, latar belakang keluarga, pengalaman diri dan sebagainya turut menyumbang kepada perawakan seseorang guru semasa proses (P&P). Lazimnya terdapat tiga jenis personaliti iaitu ekstrovert, introvert dan ambivert. Ekstrovert merujuk kepada individu yang gemar kepada kegembiraan, keseronokan, relaks, aktif, suka bersosial. Introvert pula merupakan personaliti yang berlawanan dengan ekstrovert, mereka ini pendiam, pasif, terlampau banyak berfikir, kurang bertindak serta tindak tanduknya kurang mahu menanggung risiko. Ambivert pula merujuk kepada ciri personaliti yang dipunyai oleh seseorang yang kurang jelas, sama ada berpihak kepada ekstrovert ataupun introvert.1 Oleh itu, dikenalpasti bahawa guru yang mempunyai personaliti yang menarik (ekstrovert) akan lebih suka didampingi oleh pelajar lantas memupuk minat mereka terhadap subjek yang diajar oleh guru tersebut.2

2.2 GAYA PEMBELAJARAN TIDAK EFEKTIF Gaya bererti sikap, kesukaan dan cara berkelakuan yang menjadi cirri seseorang. Pembelajaran pula bererti berusaha (berlatih dan sebagainya) untuk mendapat sesuatu (kepandaian dan lain-lain) (Kamus Dewan, 2005). Menurut Subahir (1992) dalam Lee (2001), gaya pembelajaran (learning style) merujuk kepada cara seseorang individu menerima, mengumpul, memproses, mengingat dan menerangkan semula maklumat.3 Kebanyakan guru-guru sejarah kini masih lagi menggunakan kaedah pembelajaran tradisional seperti menyalin nota yang panjang dengan kadar yang banyak dan membantu pelajar untuk membaca buku teks seolah-seolah pelajar-pelajar tersebut adalah buta huruf. Hal ini akan menyebabkan pelajar kebosanan dan hilang tumpuan dan minat untuk mempelajari sejarah. Impaknya pada guru ialah beliau akan gagal untuk memupuk aspek afektif pelajar-pelajarnya.

Suppiah Nachiapan, Kamarulzaman Kamaruddin, Abd.Aziz.Abd.Shukor et al,(2009), Pembelajaran dan perkembangan pelajar, Selangor, Oxford Fajar. Hlm (94) 2 Tin Lei Fen (2006). Persepsi pelajar terhadap personality guru satu tinjauan di Sekolah Menengah Teknik sekitar daerah Kuantan, Pahang. Diperoleh pada April 15, 2012 daripada http://www.fp.utm.my/epusatsumber/pdffail/ptkghdfwP/TINLEIFENAP030532D2006TTP.pdf
3

Zubaidah Begam bte Mohamed Zakaria (2007). Hubungan gaya pembelajaran dengan pencapaian akademik: satu tinjauan di kalangan pelajar-pelajar sarjana muda pendidikan tahun pertama, UTM, Skudai, Johor. Diperoleh pada 15 April, 2012 daripada eprints.utm.my/6470/1/ZubaidahBegamMFP.pdf

Guru harus memainkan peranan dalam meningkatkan afektif para pelajar untuk menjalankan ( P&P) yang berkesan. Oleh itu, untuk menangani keadaan ini, guru sejarah harus celik ICT dan mampu untuk mengetahui gaya pempembelajaran yang cenderung merangsang para pelajar semasa (P&P). Pengenalpastian kecenderungan gaya pembelajaran pelajar sedikit sebanyak akan membantu guru untuk memahami kognitif dan afektif pelajar terhadap subjek sejarah di sekolah. Antara gaya pembelajaran yang sering kali dikenalpasti ialah visual, auditori dan kinestetik. Gaya pembelajaran visual ialah pelajar yang banyak menggunakan deria mata untuk memahami sesuatu maklumat. Jadi adalah penting bagi guru menggunakan pendekatan gambar-gambar, penyusunan grafik, carta, peta minda untuk ditampal dan digunakan semasa proses (P&P). Ciri-ciri pelajar dengan gaya pembelajaran ini dapat mempelajari sesuatu dengan lebih baik sekiranya alat bantu mengajar (ABM) dalam bentuk grafik atau gambar digunakan, lebih gemar untuk membaca buku sendiri, cenderung menulis nota sendiri dan sebagainya. Gaya pembelajaran auditori pula merupakan kumpulan pelajar yang selesa memperoleh maklumat melalui mendengar dan bercakap.

Ciri-ciri pelajar jenis ini ialah mereka lebih gemar untuk berbincang berbanding daripada membaca, mudah terganggu oleh bunyi, seorang pencerita yang baik dan seterusnya. Kemudian, gaya pembelajaran kinestetik pula merujuk kepaada golongan pelajar yang belajar melalui pergerakan dan pengalaman. Kaedah hands-on. Ciri-ciri mereka ialah lebih mudah mengingati sesuatu yang dilakukan berbanding dengan sesuatu yang didengar dan dilihat. Mereka cenderung untuk melibatkan diri dalam sesuatu aktiviti daripada menjadi pemerhati, gemarkan stimulasi, drama dan aktiviti luar dan menunjukkan emosi melalui bahsa badan body language. Oleh itu, adalah penting bagi guru membuat soal selidik terdahulu sebelum merancang proses pembelajaran harian di sekolah. Namun, digalakkan untuk guru memperkenalkan lebih daripada satu gaya pembelajaran bagi mengelakkan kebosanan pelajar.4

Suppiah Nachiapan,Kamarulzaman Kamaruddin, Abd. Aziz Abd. Shukor et al (2009). Pembelajaran dan perkembangan pelajar. Hlm ( 73-75)

2.3 KAPASITI MINDA PELAJAR YANG BERBEZA. Semua aktiviti manusia dikawal oleh minda. Berat otak manusia adalah dalam lingkungan 1400 gram atau dua peratus berat badan kita. Namun harus diketahui bahawa tiada hubungan langsung antara berat otak dan saiz kepala seseorang dengan tingkat kecerdasan mindanya.5 Saiz otak manusia akan meningkat, tetapi tetap berada dalam tengkorak sehingga semakin lama, semakin berlekuk-lekuk. Semakin dalam lekukan, maka semakin banyaklah informasi yang disimpan oleh pemilik. Otak boleh dibahagikan kepada otak kiri dan otak kanan. Otak kiri lebih berfungsi terhadap unsur-unsur logika manakala otak kanan lebih kepada aspek-aspek kesenian. Keupayaan minda pelajar yang berlainan membezakan prestasi akademik mereka dalam matapelajaran Sejarah. Secara umumnya prestasi pelajar boleh dikategorikan kepada tiga peringkat iaitu cemerlang, sederhana dan lemah. Masalah utama yang dihadapi oleh pelajar yang mengambil matapelajaran ini ialah kesukaran untuk mengingat fakta dan menghurainya.6 Hal ini terjadi kerana mungkin pelajar tidak menggunakan fungsi otak secara keseluruhannya semasa proses P&P, iaitu pelajar lebih cenderung kepada penggunaan sebelah bahagian minda sahaja tanpa disedari, dan mempercayai mitos yang menyatakan kepintaran diwarisi secara genetik dan peningkatan usia. Kajian mendapati bahawa memang tidak dapat dinafikan bahawa pengaruh faktor genetik mempengaruhi kecerdasan minda seseorang tetapi hanya sebanyak 50% sahaja itupun dalam jangkaan potensi sahaja dan 50% lagi dipengaruhi oleh faktor rangsangan. 7 Misalnya, dalam keadaan sekiranya, kita mempunyai bapa yang genius dalam matematik, kita mempunyai potensi untuk sangat cerdas dalam matematik, tetapi jika kita tidak didedahkan kepada rangsangan-rangsangan tertentu, maka kecerdasan matematik itu hanya akan mencapai tahap sederhana, iaitu lebih rendah daripada mereka yang mempunyai bapa yang mahir secara sederhana dalam subjek tersebut. Kesimpulannya, kecerdasan minda pelajar lebih

dipengaruhi oleh faktor nutrisi, pendidikan dan rangsangan yang menentukan fungsi minda pelajar. Oleh itu, guru memainkan peranan dalam merangsang minda pelajar agar dapat meningkatkan prestasi pembelajaran mereka dengan andaian bahawa pelajar

BM Wara Kushartani (2003). Perkembangan aplikasi neurosains dalam pembelajaran di TK. Diperolehi pada April 15, 2012 daripada http://staff.uny.ac.id/sites/default/files/tmp/Neurosains%20dan%20Pembelajaran.pdf 6 Tor Geok Hwa (2004). Masalah Pembelajaran sejarah: satu kajian tindakan. Diperolehi pada April, 15, 2012 daripada http://www.psb1.uum.edu.my/TESIS/Penyelidikan%20Print/2005/TOR%20GEOK%20HWA.pdf 7 Jalaludin Rakhmat,(2007),Belajar Cerdas: Belajar berbasiskan otak,Bandung,Perpustakaan Nasional. Hlm (37)

merupakanseorang yang normal dan tidak menghadapi sebarang masalah pembelajaran seperti disleksia, epilepsi, kecelaruan tingkah laku dan lain-lain lagi.

Gambar Struktur Otak Manusia

Fungsi otak kanan dan kiri

2.4 BUDAYA MEMBACA YANG KURANG DALAM KALANGAN PELAJAR

Gejala ini semakin menjadi-jadi dalam kalangan masyarakat dan khususnya para pelajar. Buku-buku ilmiah tidak menjadi pilihan malah kadang-kala buku teks pun tidak dipedulikan. Mengapa wujud penyakit ini dalam kalangan pelajar kita? Walaupun kini lambakan teknologi berlaku seperti television, telefon bimbit, media massa, laman-laman sosial seperti facebook, twitter dan blog, pembacaan menggunakan buku seharusnya masih menjadi pegangan kerana kebanyakan ilmu diabadikan dalam bentuk penulisan. Menurut Staufer (1969), aktiviti membaca tidak lain dan tidak bukan adalah aktiviti berfikir. Jika tidak berfikir semasa membaca seseorang itu sebenarnya tidak membaca. Membaca dengan meluas dan kritis dengan sendirinya dapat meningkatkan keupayaan seseorang untuk berfikir8. Jadi guru harus memperkenalkan kepada pelajar serta menyakinkan mereka keistimewaan membaca. Antaranya ialah dapat menimba sebanyak ilmu yang mungkin, penguasaan bahasa yang baik, pemikiran yang lebih kreatif, matang dan sebagainya.. Namun, sekiranya seseorang pelajar mengaitkan pembacaan buku setaraf dengan kebosanan pembelajaran di dalam kelas, maka pelajar tersebut tidak akan melakukan pembacaan atas inisiatifnya sendiri. Fenemona inilah yang melanda pelajar di Malaysia khusunya bagi matapelajaran Sejarah.

Akibatnya, pelajar tidak akan bersedia untuk menerima pengajaran yang ingin disampaikan oleh guru kerana persediaan diri seperti membaca sebelum memasuki kelas tiada. Wujud rasionalnya, pelajar wajib membaca buku teks sebelum memasuki kelas agar pelajar dapat mengaitkan dan memahami pengajaran yang telah disampaikan dan yang akan disampaikan oleh guru. Namun, tidak wajar sekiranya pelajar sahaja dipersalahkan dalam hal ini. Ibu bapa dan masyarakat turut memainkan peranan yang penting dalam membentuk budaya membaca dalam kalangan pelajar. Hal ini demikian kerana pelajar merupakan golongan remaja yang suka meniru tingkah laku dan perwatakan golongan dewasa. Sikap yang ditunjukkan oleh masyarakat dan ibu bapa akan dijadikan teladan oleh remaja.

Abd Wahab bin Mat (1995). Hubungan minat membaca di kalangan pelajar-pelajar SMKA di Seberang Perai dengan latarbelakang keluarga dan persekitaran. Diperoleh pada April 15, 2012 daripada http://etd.uum.edu.my/582/1/ABD_WAHAB_BIN_MAT.pdf

3.0 KAEDAH PETA MINDA Kaedah ini bukanlah sesuatu yang baharu tetapi jarang dipraktikan di sekolah oleh ramai guru. Peta minda atau peta konsep merupakan suatu pembinaan yang di buat di atas sehelai kertas, idea penting diletakkan di tengah-tengah sebagai pusat utama dan idea lain yang berkaitan dikembangkan di luar idea utama dengan menggunakan pusat kecil, garisan, bongkh geometri, warna dan sebagainya yang dibangunkan oleh Tony Buzan. Sejarah merupakan subjek yang memerlukan minat dan penghafalan fakta bagi membolehkan seseorang pelajar memperoleh keputusan yang cemerlang di samping memahami sesuatu peristiwa bersejarah dengan berkesan bermaksud boleh menyusun mengikut kronologi. Pelajar kita sering merungut apabila mereka perlu menghafal fakta-fakta sejarah, mereka sering kali lupa akan perkara yang dibaca. Antara faktor-faktor yang dikenalpasti menjadi penyebab kepada masalah atau tabiat lupaini ialah pemikiran pelajar melayang ketika mereka membaca buku, kurang menumpukan perhatian ketika membaca, kurang penelitian terhadap fakta-fakta yang penting, kurang berminat untuk membaca, pelajar tidak melakukan ulang kaji untuk tempoh masa yang panjang maka maklumat yang diterima oleh otak akan menjadi tidak sempurna dan pelajar cenderung untuk tidak mengingati sesuatu maklumat.9 Namun, ada kalanya, melupai sesuatu maklumat itu adalah baik kerana kuasa daya ingatan mempunyai had tertentu. Sekiranya kita mengingati terlalu banyak maklumat ia akan menyebabkan kelumpuhan otak.

Peta minda merupakan salah satu kaedah pembelajaran subjek sejarah secara efektif kerana penggunaan peta minda boleh meningkatkan ingatan minda pelajar sebanyak 50%. Peta minda juga membolehkan pelajar mencatat nota dengan mudah dan mengingat fakta dengan mudah disamping menggabungkan dan menyeimbangkan kegunaan otak kanan dan kiri semasa belajar. Kepentingan penggunaan kaedah ini dalam sejarah ialah minda pelajar dapat mengimbas kembali sesuatu fakta dengan lebih mudah berbanding nota berciri linear. Hal ini demikian kerana minda mengingati kata kunci dan imej serta bukannya ayat. Peta minda juga membenarkan pelajar mencatat kata kunci yang mudah dilihat secara visual dengan berkesan. Selain itu, pelajar juga bebas mencetuskan idea mengikut kegemaran dan kreativiti masing

Noraini Ahmad (1957). Menguatkan ingatan. Selangor. Loh Print Sdn.Bhd.

masing tanpa perlu terikat kepada penyalinan nota mengikut cara linear atau mengikut arahan guru.10

3.1 CARA-CARA MENGHASILKAN PETA MINDA Peta minda boleh dihasilan melalui dua cara iaitu melalui cara manual dan elektronik. Penggunaan cara elektronik mengharuskan kita memuat turun dahulu program Mindjet Mind Manager 2012 manakala langkah-langkah penghasilan peta minda mengikut cara manual ialah: 1) Pertama pelajar harus menyediakan kertas kosong dan pelbagai warna disamping telah membuat keputusan, topik yang ingin dipelajari. 2) Kata kunci yang boleh menggambarkan keseluruhan topik harus dipilih. Misalnya, anda ingin memilih tajuk kemerdekaan Malaysia, maka kata kunci yang sesuai ialah Merdeka. Namun, pemilihan kata kunci adalah berbeza mengikut kehendak masingmasing. 3) Letakkan kata kunci tersebut di tengah-tengah muka surat dan anda boleh menggunakan kreativiti dengan menggunakan bentuk-bentuk geometri seperti bulatan malah gambar berwarna juga boleh dilukis sekitar kata kunci tersebut mengikut kreativiti 4) Bahan grafik seperti garisan anak panah dan pelbagai untuk membentuk jaringan. Nasihat saya jangan gunakan garisan yang lurus untuk memulakan jaringan. Otak kanan kita suka pada seni dan kreativiti, jadi kalau boleh gunakan garisan bersahaja dan tidak terlalu lurus. Garisan lurus seolah olah statik dan tidak menarik.

5) Anda perlu mencampurkan gambar gambar bewarna yang berkaitan bertujuan untuk memperkukuhkan fakta yang hendak diingat. Buat sahaja gambar mengikut kefahaman anda sendiri. 6) Dari cabang utama anda sudah boleh membentuk beberapa cabang lain yang diisi dengan perkataan atau perkara yang bersangkutan dengan cabang utama.

7) Gunakan warna yang terang dan pelbagai.

10

Tee Tze Kiong et al (2006). Kepentingan peta minda sebagai alat berfikir dalam mengambil nota kuliah. Diperoleh pada April 15, 2012 daripada http://eprints.uthm.edu.my/609/1/Jailani_(ICE_2010).pdf

CONTOH GAMBAR PETA MINDA

4.0 KESIMPULAN Konklusinya, penggunaan peta minda merupaka salah satu teknik pengajaran sejarah yang sangat berkesan serta boleh membantu meningkatkan pencapaian pelajar dalam matapelajaran sejarah mengikut kajian yang telah dijalankan oleh pelbagai pihak.11 Pencapaian pelajar yang mempunyai keputusan yang sederhana dan lemah dapat dibaiki sekiranya guru membantu mendedahkan kepada mereka cara pembelajaran yang berkesan serta berjaya memupuk minat pelajar terhadap subjek sejarah. Para guru sejarah hendaklah kreatif dan inovatif dalam menjalankan tanggungjawab mereka sebagai pendidik seiring dengan era globalisasi. Selain dari gaya pembelajaran yang efektif dan bersesuaian guru juga harus menumpukan perhatian terhadap aspek-aspek lain yang boleh menyumbang kepada (P&P) yang berkesan. Antarnya ialah perkaitan emosi dalam pembelajaran, aspek afektif, psikomotor dan kognitif, persekitaran, penggunaan alat bantu mengajar (ABM), dan sebagainya. Peta minda hanya merupakan sekadar cadangan sahaja tetapi mungkin masih ada kaedah-kaedah lain yang lebih berkesan dapat difikirkan oleh pendidik-pendidik sejarah. Misalnya, seperti penggunaan muzik, kaedah inquiry iaitu guru boleh melontarkan soalan dan meminta respon dari pelajar, bermain kuiz di kelas, teka silang kata dan cara-cara lain yang dapat menanam minat yang mendalam dalam sanubari pelajar.

11

Sumber dipetik dari http://www.ukm.my/jurfpend/journal/vol%2034%202009/pdf/BAB[1].pdf

BIBLIOGRAFI

Abd Wahab bin Mat (1995). Hubungan minat membaca di kalangan pelajar-pelajar SMKA di Seberang Perai dengan latarbelakang keluarga dan persekitaran. Diperoleh pada April 15, 2012 daripada http://etd.uum.edu.my/582/1/ABD_WAHAB_BIN_MAT.pdf BM Wara Kushartani (2003). Perkembangan aplikasi neurosains dalam pembelajaran di TK. Diperolehi pada April 15, 2012 daripada http://staff.uny.ac.id/sites/default/files/tmp/Neurosains%20dan%20Pembelajaran.pdf Jalaludin Rakhmat,(2007),Belajar Cerdas: Belajar berbasiskan otak,Bandung,Perpustakaan Nasional. Hlm (37) Noraini Ahmad (1957). Menguatkan ingatan. Selangor. Loh Print Sdn.Bhd Sumber dipetik dari http://www.ukm.my/jurfpend/journal/vol%2034%202009/pdf/BAB[1].pdf Suppiah Nachiapan,Kamarulzaman Kamaruddin, Abd. Aziz Abd. Shukor et al (2009). Pembelajaran dan perkembangan pelajar. Hlm ( 73-75) Tin Lei Fen (2006). Persepsi pelajar terhadap personality guru satu tinjauan di Sekolah Menengah Teknik sekitar daerah Kuantan, Pahang. Diperoleh pada April 15, 2012 daripada http://www.fp.utm.my/epusatsumber/pdffail/ptkghdfwP/TINLEIFENAP030532D2006TTP.p df Tee Tze Kiong et al (2006). Kepentingan peta minda sebagai alat berfikir dalam mengambil nota kuliah. Diperoleh pada April 15, 2012 daripada http://eprints.uthm.edu.my/609/1/Jailani_(ICE_2010).pdf Tor Geok Hwa (2004). Masalah Pembelajaran sejarah: satu kajian tindakan. Diperolehi pada April, 15, 2012 daripada http://www.psb1.uum.edu.my/TESIS/Penyelidikan%20Print/2005/TOR%20GEOK%20HWA .pdf Zubaidah Begam bte Mohamed Zakaria (2007). Hubungan gaya pembelajaran dengan pencapaian akademik: satu tinjauan di kalangan pelajar-pelajar sarjana muda pendidikan tahun pertama, UTM, Skudai, Johor. Diperoleh pada 15 April, 2012 daripada eprints.utm.my/6470/1/ZubaidahBegamMFP.pdf

S-ar putea să vă placă și