Sunteți pe pagina 1din 14

Pengenalan Kurikulum pendidikan merupakan satu wadah penting dalam menjana anjakan paradigma dalam diri setiap individu

dan ia juga memainkan peranan penting untuk melahirkan insan deduktif yang dinamik dalam semua aspek kehidupan (Mastura Badzis, 2008). Secara umumnya, pendidikan selalu dikaitkan dengan proses pengajaran dan pembelajaran sesuatu kemahiran, penyampaian ilmu dan juga penerapan nilai. Dalam bentuk yang praktikal, hasil pendidikan seharusnya dapat melahirkan insan yang mampu mengaplikasi ilmu yang dipelajari dan memanfaatkan kemahiran yang dimiliki dalam kehidupan seharian. Dalam konteks kanak-kanak, pendidikan perlu dilihat sebagai satu proses kognitif yang berterusan berkembang serentak dengan perkembangan individu seorang kanak-kanak yang mempelajari apa sahaja yang ada di persekitaran. Dengan adanya ilmu atau kemahiran yang diperoleh, ia akan diaplikasikan dalam konteks persekitaran yang pelbagai samada dalam kehidupan sehariannya di ketika itu ataupun sebagai persediaan untuk kehidupannya di masa akan datang (Department of Education and Science, 1990).

Definisi kurikulum oleh kementerian Pendidikan Malaysia ialah kurikulum merupakan segala rancangan pendidikan yang dikendalikan oleh sesebuah sekolah atau institusi pendidikan untuk mencapai matlamat pendidikan. Ia suatu rancangan yang meliputi segala ilmu pengetahuan, kemahiran, nilai- nilai dan norma, unsur- unsur kebudayaan dan kepercayaan masyarakat untuk diperturunkan kepada ahli- ahlinya. Semua pengalaman yang dirancang dan dikemukakan oleh pihak sekolah (Neagley & Evans, 1992). Semua pengalaman pembelajaran yang diorganisasikan untuk pelajar- pelajar pada setiap peringkat dalam institusi pendidikan. (Abdullah Mohd Noor & Ahmad Jaffin Hassan, 1992 dalam Zaini B. Abdullah, Falsafah dan Kurukulum Pendidikan). Terdapat juga pendapat daripada beberapa pakar yang menyatakan bahawa kurikulum sebagai usaha. Usaha menyeluruh yang dirancang oleh pihak sekolah untuk membimbing murid memperoleh hasil pembelajaran yang telah ditentukan. (Inlow, 1976). Menyampaikan prinsip dan unsur utama sesuatu usul pendidikan dalam keadaan yang terbuka kepada penelitian kritis dan boleh dikemukakan dengan berkesan secara praktik. (Stenhouse, 1975).

Terdapat juga pendapat dari sesetengah pakar yang mendefinisikan kurikulum sebagai rancangan di peringkat sekolah dan dalam bidang pendidikan. Kurikulum ialah semua pembelajaran yang dirancang dan dibimbing oleh sekolah. (Kerr, 1968 dalam Zaini B. Abdullah, Falsafah dan Kurikulum Pendidikan). Kurikulum ialah rancangan yang menyediakan kesempatan pembelajaran bagi memperoleh pelbagai tujuan menyeluruh dan objektif spesifik yang berkaitan dengannya. Rancangan ini di bina oleh pusat persekolahan untuk sesuatu populasi murid sekolah. (Saylor & Alexander, 1974). Selain itu, terdapat juga definisi yang menyatakan bahawa kurikulum sebagai unsur kebudayaan. Kurikulum ialah pilihan daripada berbagai- bagai unsur budaya yang terdiri daripada ciri sejagat, nilai am dan aspek khusus sesuatu budaya. (Burtonwood, 1986).

No

Alamat Laman Web & tarikh dilayari http://alex.state.al .us/specialed/curr iculum.html (25 Mac 2012) http://www.fldoe. org/bii/curriculu m/sss/ (25 Mac 2012)

Perancangan

Pelaksanaan

Penilaian

Amerika Utara - Kurikulum berbentuk Standard akademik di alabama Penilaian adalah jenis school based berpusat dan penekanan diberikan terbahagi kepada 4 iaitu: kepada pembelajaran berasaskan a. Matematik murid. b. Sains c. Sains sosial d. Bahasa inggeris Kurikulum berbentuk berpusat Subjek yg diperkenalkan ialah: Penilaian adalah jenis school based dan penekanan diberikan kepada pembelajaran berasaskan murid. a. Seni b. Bahasa Asing c. Kesihatan d. Sastera e. Matematik f. Pendidikan Jasmani g. Sains h. Pengajian Sosial
a. Kurikulum

http://education.s tate.mn.us/MDE/ EdExc/StanCurri/ index.html (25 Mac 2012) http://www.pdesa s.org/ (25 Mac 2012)

berbentuk Subjek yg diperkenalkan ialah: Penilaian adalah jenis school based penekanan a. Sastera Bahasa Inggeris kepada b. Matematik berasaskan c. Sains d. Pengajian Sosial e. Pendidikan Jasmani. Kurikulum berbentuk berpusat Subjek yang diajar di sekolah Penilaian adalah jenis school based dan penekanan diberikan kepada ialah: pembelajaran berasaskan murid. a. Kesenian dan Kemanusiaan b. Pendidikan kerjaya berpusat dan diberikan pembelajaran murid.

http://www.doe.s tate.la.us/lde/port als/curriculum.ht ml (25 Mac 2012)

- Kurikulum berbentuk berpusat dan penekanan diberikan kepada pembelajaran berasaskan murid.

http://www.educ ation.gov.uk/ (25 Mac 2012)

Kurikulum yang dirancang adalah berbentuk formal dan tidak formal Telah dirancang oleh kerajaan.

c. Sivik d. Ekonomi e. Alam Sekitar dan Ekologi f. Sains keluarga dan Pengguna g. Geografi h. Pendidikan Kesihatan, Keselamatan dan Fizikal i. Sejarah j. Matematik k. Sains & teknologi Subjek yang diajar di sekolah Penilaian adalah jenis school based ialah: a. Seni b. Bahasa Inggeris c. Matematik d. Sains, e. Kajian Sosial. Eropah - Semua sekolah diwajibkan Pelajar akan dinilai berdasarkan mengikuti kurikulum kebangsaan penilaian kebangsaan yang yang telah dirancang oleh kerajaan terbahagi kepada 4 iaitu: termasuk sekolah persendirian. a. Key-stage 1 National Subjek yang disediakan ialah: Curriculum tests yang a. Bahasa Inggeris diambil oleh pelajar akhir b. Rekabentuk & teknologi tahun 2 c. Geografi b. Key-stage 2 National d. Matematik Curriculum Tests e. Ict diambil oleh pelajar akhir f. Muzik tahun 6 g. Sains c. Key-stage 3 National h. Seni Curriculum test diambil i. Pendidikan jasmani oleh pelajar akhir tahun

j. Sejarah k. Bahasa 2 http://www.germ anway.com/educ.ht ml (25 Mac 2012) Kurikulum yang dirancang adalah berbentuk formal dan tidak formal - Telah dirancang oleh kerajaan. - Sistem dan silabus pendidikan membolehkan pelajar yang dilahirkan adalah berkualiti dari segi teori dan praktikal, menjurus kepada industri dan sekaligus memenuhi kehendak pasaran kerja. Sistem persekolahan di Jerman dimulai dengan Kindergarten (Tadika) iaitu bagi kanak-kanak berusia 3-5 tahun. Pendidikan ini dinamakan Vorschulische Einrichtungen, yang bermaksud Persediaan sebelum Pendidikan Pendidikan formal pada usia 6 tahun - perlu menghadiri sekolah dasar (Grundschule) dari Grade 1 hingga Grade 4, di mana subjek yang diajar adalah sama di semua sekolah. Tempoh ini dikenali sebagai Orienterungsstufe yang bermaksud Tahap Orientasi. Selepas Grade 4 pelajar dipecahkan menurut kemampuan akademik dan kehendak keluarga masing-masing sama ada untuk mengikuti salah satu daripada tiga jenis sekolah seperti berikut: Hauptschule (Grade 5-9), Realschule (Grade 5-10) atau Gymnasium (Grade 5-13). Subjek yang diajar ialah: a. Bahasa perancis b. Matematik c. Bahasa asing d. Seni/muzik/sejarah

11 d. A Level bagi pelajar tahun 12 & 13 - Pelajar akan mengambil peperiksaan khas pada akhir gred 4. - Pelajar yang mendapat keputusan yang cemerlang (1.0-2.5) akan terpilih mengikuti Gymnasium dan yang lain akan menyambung pelajaran di Hauptschule atau Realschule.

http://www.frenc hproperty.com/gui des/france/public -services/school-

Sistem pendidikan Perancis sangat berpusat, terancang, dan bercabang. - Terdapat 2 jenis sekolah iaitu sekolah awam dan sekolah swasta
-

- Terdapat 2 jenis penilaian iaitu penilaian berterusan dan berkala (tidak formal) - Ibu bapa akan menerima laporan pencapaian anak

education/primar y/curriculum/ (25 Mac 2012)

seni e. Sains & teknologi f. Pendidikan jasmani

http://www.takin gupresidence.co m/portugal/educa tion/structureandcurriculum.7.htm l (25 Mac 2012)

http://www.inca. org.uk/italy.html (25 Mac 2012)

Kurikulum yang dirancang adalah - Pendidikan pra-sekolah rendah berbentuk formal dan tidak adalah pilihan dari umur 3-5, dan formal disediakan dalam taska awam dan Sistem pendidikan terancang dan taska swasta. Peruntukan taska berpusat awam dikendalikan oleh kerajaan adalah percuma, yuran perlu dibayar untuk sekolah taska swasta. - Pendidikan asas berlangsung selama sembilan tahun yang dibahagikan kepada tiga peringkat empat, dua dan tiga tahun masingmasing. Peringkat masing-masing Bsico Ensino - 1 Ciclo; Ensino Bsico - 2 Ciclo dan Ensino Bsico - 3 Ciclo. - Pendidikan di Itali mencakup - Sistem persekolah bermula dengan semua tahap pendidikan iaitu pendidikan pra-sekolah (3-5 tahun) mulai dari pra sekolah, - Pada umur 6 tahun, kanak-kanak pendidikan rendah, pendidikan diwajibkan masuk ke sekolah menengah hingga pendidikan awam. Antara subjek yang diajar yang bertaraf antarabangsa. ialah membaca, menulis, Kurikulum yang dirancang adalah matematika, geografi Italia, bahasa berbentuk formal dan tidak Inggris, ilmu pengetahuan (Sains), formal musik, komputer, agama (pilihan), dan studi sosial. Anak-anak bersekolah selama lima tahun.

mereka 3 kali setahun - Pelajar boleh mengulang sekolah yang dipanggil le redoublement bagi pelajar yang lemah dan tidak layak untuk memasuki kolej. - Penilaian adalah jenis school based

- Setiap semester, pelajar diwajibkan mengambil ujian bertulis untuk semua mata pelajaran kecuali agama.

http://yudikustian a.wordpress.com/ 2011/05/27/siste m-pendidikan-disingapura/ (25 Mac 2012)

Kurikulum kebangsaan Singapura bertujuan untuk memupuk setiap kanak-kanak kepada potensi sepenuhnya, untuk mencari bakat beliau dan untuk membangunkan dia keghairahan untuk pembelajaran sepanjang hayat. Pelajar melalui pelbagai pengalaman untuk membangunkan kemahiran dan nilai-nilai yang mereka perlukan untuk hidup. Kurikulum yang menyeluruh bagi memberikan pelajar celik huruf, angka, bilingualisme, sains, kemanusiaan, estetika, pendidikan jasmani, sivik dan pendidikan moral dan Pendidikan Nasional.
-

- Pada umur 11 tahun, pelajar akan memasuki sekolah menengah. - Sekolah menengah atas wajib diikuti oleh pelajar berumur 15-19 tahun. Pelajar wajib mengikuti kelas umum selama 2 tahun dan kemudiannya mereka boleh memilih program pendidikan yang diingini dan bergantung kepada universiti yang akan dipilih . Asia - Kurikulum peringkat sekolah rendah adalah selama 6 tahun. Subjek yang diajar ialah: a. Bahasa inggeris b. Bahasa ibunda c. Matematik d. Sains e. Pengajian sosial f. Sivik & pendidikan moral g. Muzik h. Seni & pertukangan tangan i. Pendidikan kesihatan & jasmani - Kurikulum di peringkat sekolah menengah adalah selama 5 tahun. Terdapat 2 jenis subjek iaitu: a. Subjek teras (Bahasa Inggeris, Bahasa Ibunda, Matematik, Ilmu Kemanusiaan dan subjek Sains) b. Subjek elektif (subjek

- Pelajar akan dinilai berdasarkan peperiksaan awam iaitu: a. Primary School Leaving Examination (PSLE) bagi pelajar akhir tahun enam b. Singapore-Cambridge GCE O-Level examination bagi pelajar akhir gred 5

kemanusiaan, subjek sains dan sastera dalam bahasa Cina) - Di sekolah menengah, pelajar boleh mengambil subjek bahasa asing

http://www.ibe.u nesco.org/curricu lum/Asia %20Networkpdf/ ndrepph.pdf (25 Mac 2012)

Tujuan umum dan matlamat pendidikan di Filipina telah dicatatkan di dalam perlembagaan negara Seksyen 3 (2), Perkara XIV Perlembagaan yang menyatakan bahawa: semua institusi pendidikan hendaklah menyemai semangat patriotisme dan nasionalisme, mencintai nilai kemanusiaan, menghormati hak manusia, menghargai peranan wira-wira negara dalam sejarah perkembangan negara, mengajar hak dan tugas kewarganegaraan, mengukuhkan nilai-nilai etika dan kerohanian, membangunkan akhlak dan disiplin diri, menggalakkan berfikir secara kritis dan kreatif, meluaskan saintifik dan pengetahuan teknologi dan menggalakkan kecekapan vokasional.
-

Pendidikan pra di Filipina adalah percuma. Sistem sekolah rendah di Filipina terdiri daripada enam tahun, empat tahun di menengah rendah dan 2 tahun di menengah atas. Subjek yang diajar ialah: a. Matematik b. Sains c. Bahasa inggeris d. Bahasa filipina e. Makabayan (pendidikan sains sosial, pendidikan nilai dan pendidikan kehidupan)

Penilaian adalah berdasarkan peperiksaan awam iaitu: a. National Elementary Achievement Test (NEAT) bagi pelajar sekolah rendah b. National Secondary Achievement Test (NSAT) bagi pelajar sekolah menengah

http://en.wikipedi a.org/wiki/Educa tion_in_Indonesi a (25 Mac 2012)

http://www.sriuta ma.edu.my/curric ulum-m/sekolahsri-utama-ssucurriculum-m (25 Mac 2012)

Wawasan pendidikan Kurikulum pendidikan rendah (asas) Penilaian adalah jenis school Indonesia adalah kesedaran dan menengah termasuk: based sistem pendidikan sebagai sebuah a. pendidikan agama institusi sosial yang kukuh dan b. kewarganegaraan berwibawa untuk memberi kuasa c. bahasa kepada rakyat Indonesia untuk d. matematik menjadi orang pintar yang boleh e. sains semula jadi dan proaktif untuk berdiri f. sains sosial menghadapi cabaran yang g. seni dan budaya sentiasa berubah era. h. pendidikan jasmani dan sukan - Mereka adalah terang (rohani, i. kemahiran pendidikan emosi, sosial, intelek, dan vokasional kinesthetically) dan warga yang kompetitif. - Kurikulum pendidikan merangkumi semua bentuk, jenis, dan tahap pendidikan: formal, tidak formal dan formal. - Kurikulum di Malaysia juga - Matapelajaran sekolah- Penilaian berasaskan sekolah dan dapat dibahagikan kepada dua sekolah di Malaysia mengikut penilaian peringkat kebangsaan reka bentuk kurikulum iaitu reka standard KSSR, KBSR dan iaitu UPSR, PMR, SPM dan bentuk kurikulum yang KBSM STPM. berasaskan standard dan kurikulum berbentuk modular. - Kurikulum yang berbentuk standard adalah berasaskan standard kandungan dan standard pembelajaran yang perlu dicapai oleh murid - kurikulum yang berbentuk modular mengandungi kandungan yang telah diorganisasi dan disampaikan dalam bentuk
-

http://www.ibe.u nesco.org/curricu lum/Asia %20Networkpdf/ THAILAND.pdf (25 Mac 2012)

bahagian atau unit dan bahagian unit inilah yang dinamakan modul. Kurikulum yang dirancang adalah Initipati kurikulum dalam sistem berbentuk formal dan tidak pembelajaran ialah: formal a. Bahasa Thai, Sistem pendidikan terancang dan b. Matematik, berpusat c. Sains, d. Sains sosial, e. Agama dan Kebudayaan, f. Bahasa Asing,

Terdapat 2 jenis ujian yang perlu diambil iaitu: a. O-NET (Ordinary National Educational Test) b. A-NET (Advanced National Educational Test).

Isu berkaitan kurikulum dan cara mengatasi

Kurikulum adalah rancangan pendidikan yang sentiasa mengalami perubahan. Dalam konteks pendidikan di Malaysia, perancangan dan pembentukan kurikulum ( khususnya KBSR dan KBSM ) adalah didasari oleh falsafah dan matlamat pendidikan negara yang menentukan arah haluan, asas dan sumber inspirasi kepada semua usaha dan rancangan dalam bidang pendidikan. Kurikulum atau pun skop kandungan sesuatu pelajaran adalah asas penting dalam sistem pendidikan sesebuah negara. Sebagai sebuah negara yang sedang pesat membangun, Malaysia memerlukan suatu kurikulum yang kemas dan sesuai untuk mewujudkan sistem pendidikan yang dinamik serta selaras dengan cita-cita dan kehendak negara ( Kamaruddin Haji Hussin, 1994 ) Perkembangan kurikulum tidak berlaku dengan sendiri tanpa sebab yang

mempengaruhinya. Ia berlaku sejajar dengan kemajuan masyarakat dan negara dan ia dianggap sebagai satu proses yang dinamik dan seimbang. Walau bagaimanapun, isu-isu berkaitan kelemahan kurikulum pendidikan telah dibangkitkan sejak kebelakangan ini. Antara isu yang sering disebut mengenai kelemahan kurikulum pendidikan ialah faktor jumlah pelajar dalam bilik darjah di sekolah-sekolah. Rata-rata masalah di sekolah, terutamanya sekolah di bandar mempunyai jumlah pelajar yang ramai bagi sesuatu bilik darjah. Jumlah pelajar yang ramai ini akan menjadikan guru tidak dapat memberikan tumpuan yang sepenuhnya kepada setiap individu pelajar, terutamanya pelajar yang perlu kepada tumpuan yang khusus. Jumlah pelajar yang ramai ini juga menjadikan suasana pembelajaran di bilik darjah kurang selesa. Interaksi antara guru-pelajar dan pelajar-pelajar yang amat perlu bagi suasana pembelajaran yang berkesan tidak dapat dilaksanakan oleh guru dengan mudah. Pergerakan pelajar bagi bilik darjah yang terlalu ramai akan mengganggu persekitaran pembelajaran yang sepatutnya kondusif dan tenang. Masalah ini menjadikan sesetengah pelajar yang lemah dan kurang berkeupayaan mengawal daya pembelajaran mereka terus tercicir berbanding rakan mereka yang lain.

Permasalahan ini boleh diatasi sekiranya guru boleh memperuntukkan masa tertentu di luar waktu pengajaran biasa bagi sekumpulan kecil pelajar yang agak tertinggal dalam proses P&P

biasa. Masa yang khusus ini boleh digunakan guru bagi membimbing pelajar yang tercicir tersebut dengan lebih mudah dan menjelaskan dengan lebih mendalam bahagian pelajaran yang masih sukar difahami oleh sekumpulan kecil pelajar ini. Sesi ini juga boleh kenali sebagai sesi tutorial bagi institusi pengajian tinggi, yang sering digunakan oleh pensyarah untuk memperkukuhkan pengajarannya dalam sesi kuliah biasa. Konsep ini boleh dipindahkan ke sekolah, khususnya bagi membantu pelajar yang lemah atau pelajar yang menghadapi masalah dalam proses pembelajaran biasa. Masalah kedua ialah masa yang diperuntukkan bagi sesuatu mata pelajaran di sekolah. Masa pembelajaran yang pendek dan terhad juga merupakan satu faktor yang boleh mengakibatkan ada pelajar yang lemah terus tercicir dalam proses pembelajaran di bilik darjah. Biasanya sesuatu mata pelajaran akan diperuntukkan lebih kurang 30 hingga 40 minit setiap kali dan beberapa kali seminggu bergantung pada keperluan kurikulum. Masa bagi guru melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran dalam tempoh 30 atau 40 minit ini sebenarnya amat terhad. Ditambah pula masa pengajaran tersebut terkena pada masa selepas perhimpunan, selepas rehat, atau sebelum loceng untuk pulang ke rumah. Sekurang-kurang lima hingga lima belas minit akan terbuang bagi menenangkan para pelajar dalam bilik darjah pada waktu-waktu tersebut. Masa yang sebenar bagi pelaksanaan pengajaran hanya tidak lebih dua puluh atau dua puluh lima minit sahaja. Guru pula terpaksa mengejar masa yang sedikit ini bagi menamatkan sukatan yang telah dirancangkan untuk masa tersebut. Dalam hal yang demikian ini, maka tidak semua aktiviti yang dirancangkan dapat dilaksanakan. Kesannya ialah tidak semua objektif pengajaran pada hari tersebut akan tercapai. Bagi mengatasi masalah ini, guru boleh membuat kelas tuisyen atau kelas tambahan yang agak lebih panjang daripada kelas biasa dan kurangnya gangguan daripada elemen yang lain dalam waktu persekolahan biasa. Kelas ini akan dapat membantu guru memberikan tumpuan yang lebih kepada pelajar yang lemah ini. Di samping jumlah pelajar yang lebih kecil dalam sesebuah kelas tuisyen membolehkan guru menjalankan langkah-langkah pengukuhan dan pengayaan bagi membantu pelajar lemah memahami konsep atau menguasai kemahiran yang perlu dalam masa yang lebih sesuai.

Isu seterusnya ialah faktor guru itu sendiri. Sememangnya guru kadang-kala dipersalahkan sekiranya pelajar tidak berkeupayaan dalam mencapai sesuatu kemahiran atau mencapai matlamat pengajaran. Antara banyak kajian yang dilakukan mendapati bahawa kelemahan pelajar mencapai matlamat pengajaran ialah akibat kelemahan guru dalam menyampaikan pengajaran tersebut. Dapatan kajian juga menunjukkan pelajar yang lemah biasanya adalah akibat daripada guru yang banyak membuang masa untuk menyampaikan kandung pengajaran. Bukti yang diperolehi daripada kajian menunjukkan guru yang terlalu banyak terlibat dalam tugas yang tidak berkaitan pengajaran akan menyebabkan lebih ramai pelajarnya ketinggalan dalam pelajaran. Guru yang baik biasanya guru yang banyak membaca dan lebih mendalami kandungan mata pelajaran yang diajarnya. Oleh yang demikian jelas bahawa faktor guru memang kuat mempengaruhi pencapaian pelajar. Masalah ini boleh diatasi melalui pemilihan guru yang sesuai bagi sesebuah kelas dimana ianya dapat mengatasi masalah guru yang masih kurang mahir dalam kaedah dan teknik pengajaran yang sesuai bagi membantu pelajar yang lemah. Kita perlu ingat bahawa pembelajaran di sekolah adalah bertujuan untuk memperkukuh atau memperkayakan keupayaan pelajar memahami sesuatu konsep atau menguasai sesuatu kemahiran sahaja. Pemilihan guru yang khusus, terutamanya guru yang mendapat latihan khusus perlu bagi P&P di dalam kelas agar mereka dapat melaksanakan konsep pengukuhan dan pengayaan ini dengan lebih berkesan.

Rujukan Burtonwood, N. (1986). The Culture Concept in Educational Studies. Wisdor: NFER- Nelson

Department of Education and Sciences (DES) (1990), Starting with Quality, London, HMSO. Inlow, G.M (1966). The Emergent In Curriculum. New York: Wiley Kamaruddin Hj. Husin.(1994). Asas Pendidikan III: Perkembangan dan Perlaksanaan Kurikulum. Kuala Lumpur: Longman. Mohamed Nor(1990). Asas-Asas Pendidikan: Satu Pengenalan. Kuala Lumpur: Flo Enterprise. Mohd. Daud Hamzah(1995). Perkembangan Kurikulum Sekolah. Kuala Lumpur: DBP. Mastura Bazdis (2008), Pendidikan Anak-anak di Peringkat Awal Umur Berasaskan Binaan Kurikulum yang Integratif. Jurnal Pusat Penyelidikan Perkembangan Kanak-kanak Negara (NCDRC). Universiti Pendidikan Sultan Idris. Malaysia. Neagley, R.L Dan N.D. Evans. (1967). Handbook For Effective Curicculum Development. Englewood Cliffs: Prentice Hall. Stenhouse, L. (1975). Heinemannn. An Introduction to Curriculum Research and Development. London:

Saylor, J.G dan W.M. Alexander (1974). Planning Curriculum for Schools. New York: Holt. Zaini B. Abdullah (2002). Falsafah Dan Kurikulum Pendidikan. Petaling Jaya: Prentice Hall.

S-ar putea să vă placă și