Sunteți pe pagina 1din 12

1.

PENGENALAN Sediakan payung sebelum hujan begitulah persamaan matlamat perlaksanaa Program

Sekolah Selamat. Murid-murid akan lebih cemerlang dalam pendidikan dan penguasaan ilmu pengetahuan, pembanguan rohaniah dan jasmaniah, jika keadaan persekitaran bebas daripada ketidakselamatan yang bermaksud murid-murid akan hidup bebas, aman dan harmoni. Sekolah Selamat didefinisikan sebagai persekitaran sekolah yang selamat di mana warga sekolah merasa selamat tanpa gangguan daripada mana-mana pihak sama ada dari dalam mahupun dari luar. Justeru itu, Program Sekolah Selamat dapat membantu mewujudkan budaya selamat di sekolah dan persekitaran secara berterusan dengan sokongan daripada pelbagai pihak komuniti setempat. Polisi sekolah selamat membawa pengertian yang mudah tetapi penting iaitu mewujudkan persekitaran sekolah yang aman, tenteram dan menyakinkan sesuai dengan tuntutan suasana pengajaran dan pembelajaran yang kondusif dalam memenuhi aspirasi, inspirasi dan potensi terkini dan masa hadapan.

Sekolah selamat merupakan tempat pelajar-pelajar dapat belajar dan guru dapat mengajar dalam suasana yang selesa dan bebas dari persekitaran yang menakutkan. Ia juga merupakan tempat di mana iklim pembelajaran dapat menggalakkan penerimaan semangat dan perlindungan bagi setiap kanak-kanak. Kunci sekolah yang selamat ialah wujudnya suasana yang mementingkan ramah mesra, persekitaran yang sentiasa memberi sokongan, wujudnya satu garis panduan yang jelas tentang tingkah laku yang bersesuaian dan ia hendaklah adil serta berterusan.

Antara objektif diwujudkan prosedur keselamatan dan tatacara penggunaan antaranya adalah untuk:a) Mewujudkan persekitaran sekolah yang sihat, selamat dan menyeronokkan. b) Memastikan hak setiap individu warga sekolah dipertahan dan dijaga. c) Meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran. d) Menyediakan panduan bagi setiap tindakan yang perlu diambil. e) Mewujudkan persekitaran untuk mental dan emosi yang sihat.

f) Meningkatkan tahap penumpuan kepada pelajaran dan kerja di kalangan warga sekolah. g) Menimbulkan rasa lebih mudah dan rela untuk menyumbang secara positif kepada sekolah. h) Meningkatkan kefahaman dan penghayatan terhadap keselamatan dalam perancangan dan perlaksanaan aktiviti-aktiviti sekolah. i) Meningkatkan kefahaman mengenai tatacara dalam menghadapi sebarang isu keselamatan, kecemasan, kemalangan dan mala petaka.

Menurut Quin Mary Magee et al. (1998) terdapat lapan prinsip bagi sekolah yang mempunyai persekitaran selamat dan pembelajaran yang efektif. Prinsip-prinsip tersebut ialah:

i. Sekolah selamat merupakan urusan semua warga sekolah Warga sekolah termasuklah para pentadbir, staf dan pelajar harus memahami peraturan dan akibatnya. Justeru, langkah pertama ke arah persekitaran yang selamat, bebas daripada dadah dan pembelajaran yang berkesan komitmen menyeluruh dalam sekolah terhadap tingkah laku yang baik dan mematuhi peraturan amatlah diperlukan.

ii. Sekolah selamat adalah sebuah keluarga Para pendidik dan para pelajar merupakan ahli sebuah keluarga. Disiplin dan sokongan terhadap tingkah laku positif dan aktiviti perlulah melibatkan semua kakitangan dan pelajar.

iii. Sekolah selamat merupakan sekolah yang perihatin terhadap nilai dan menghormati semua pelajar Sekolah selamat mewujudkan dan menyokong usaha untuk sentiasa prihatin dan mengenalpasti kepelbagaian keperluan semua pelajar.

iv. Sekolah selamat menetapkan piawaian akademik yang tinggi Pelajar yang belajar dengan baik akan berkelakuan baik. Kebanyakan masalah tingkah laku pelajar sebahagiannya berpunca daripada kekecewaan akibat gagal dalam pembelajarannya. Oleh itu jangkaan dan piawai akademik yang tinggi amat perlu dan sekolah juga perlu dan bersedia membantu pelajar mencapai piawaian tersebut.

v. Sekolah selamat menetapkan piawai tingkah laku yang tinggi Sekolah bukan sahaja menetapkan piawai tingkah laku yang tinggi tetapi juga sentiasa bersedia membantu pelajar mencapai piawaian tersebut. Guru-guru yang terlatih memainkan peranan dengan bantuan dan sokongan pentadbir akan menghasilkan persekitaran yang positif lalu mewujudkan tingkah laku yang bersesuaian dan membina.

vi. Sekolah selamat adalah mengamalkan pengurusan strategik Pihak pengurusan sekolah sentiasa membuat penilaian terhadap keperluan-keperluan, menyedia dan melaksanakan kajian berdasarkan strategi dan menyelaraskan perkhidmatan bagi mengenal pasti keperluan semua pelajar.

vii. Sekolah selamat menggabungkan tiga pendekatan pencegahan Pihak sekolah menjalankan usaha-usaha pencegahan secara menyeluruh kepada semua pelajar, program pencegahan awal kepada pelajar-pelajar yang dikenalpasti mempunyai risiko masalah tingkah laku dan pencegahan secara individu terhadap pelajar yang mengalami masalah tingkah laku yang serius.

Sekolah selamat mempersepsikan sekolah sebagai sebahagian daripada komuniti Sekolah melibatkan ibu bapa, pihak agensi kerajaan dan bukan kerajaan, ahli-ahli perniagaan, para remaja, pegawai kebajikan masyarakat dan lain-lain pihak untuk mewujudkan sekolah dan komuniti yang selamat.

Berikut adalah beberapa aspek yang ditekankan alam keselamatan:i. ii. iii. iv. v. Keselamatan diri. Keselamatan fizikal sekolah dan warganya. Keselamatan emosi. Keselamatan sosial. Keselamatan kesihatan.

1.1 Polisi Keselamatan Dan Tatacara Penggunaan Di Stor Sukan

1.1.1 Tatacara Penggunaan Am i. ii. Dilarang membawa makanan atau minuman ke dalam stor sukan Alatan dan barang-barang yang digunakan mestilah direkodkan di dalam buku rekod penggunaan dan mesti diletakkan di tempat asal. iii. Mengasingkan alatan yang rosak untuk dihapuskira dan perlu dimaklumkan kepada guru yang bertanggungjawab. iv. v. vi. vii. viii. Memastikan stor sukan dalam keadaan tersusun dan bersih. Memastikan semua alatan dilabel dan disusun dengan kemas dan teratur. Barangan hendaklah disusun ditempat yang telah dilabelkan. Sila pastikan stor sukan dikunci selepas digunakan. Peti pertolongan cemas mestilah disimpan ditempat yang mudah dilihat dan ianya mestilah lengkap. ix. Kunci stor sukan mestilah dipulangkan semula ke pejabat.

1.1.2 Tatacara Penggunaan Murid i. ii. iii. Memastikan tatacara penggunaan Am dipatuhi. Murid tidak dibenarkan memasuki stor sukan kecuali atas arahan guru. Murid perlu menggunakan peralatan yang terdapat di dalam stor sukan dengan cermat dan berhati-hati. iv. v. Penggunaan alatan yang berbahaya perlulah diawasi sepenuhnya oleh guru. Murid yang mengambil alatan perlu mengumpulkan semula alatan dan meletakkan semula ditempat asal peralatan tersebut. vi. Jika berlaku kerosakan atau kehilangan peralatan yang telah digunakan, murid yang bertangungjawab perlu memaklumkan kepada guru. vii. Laporkan kepada guru sekiranya terdapat alatan yang rosak atau rosak semasa digunakan.

1.1.3 Tatacara Penggunaan Guru. i. ii. Memastikan tatacara penggunaan Am dipatuhi sepenuhnya. Merekodkan penggunaan peralatan dan barang-barang di dalam buku rekod penggunaan. iii. Memastikan guru mesti berada di dalam stor sukan ketika murid mengambil alatan agar murid tidak bermain-main di dalam stor sukan. iv. Memantau dan melaporkan kepada pihak pentadbir sekiranya berlaku kerosakan pada alatan atau barang-barang yang diambil dari stor sukan. v. Memastikan peralatan disimpan dengan kemas dan teratur selepas

menggunakannya. Peralatan yang berterabur di atas lantai boleh menyebabkan kecederaan. vi. vii. Pastikan semua suis lampu dan kipas, tingkap, telah ditutup selepas digunakan. Memastikan pintu dan grill stor sukan dikunci sekiranya guru tersebut merupakan individu terakhir yang menggunakan stor sukan tersebut.

1.2 Prosedur Keselamatan Dan Tatacara Penggunaan Kantin

1.2.1 Tatacara penggunaan Am i. Pemantauan perlu dilakukan secara kerap untuk memastikan pengusaha kantin mematuhi peraturan dan Pekeliling Kementerian Pendidikan dan Kesihatan. ii. Memastikan makanan dan minuman yang dijual mengikut syarat perjanjian dan senarai harga hendaklah dipamerkan agar tidak berlaku ketidak puasan hati mengenai harga berlaku. iii. Memastikan pengusaha menyediakan keadaan dan persekitaran dalamam dan luar kantin yang bersih, kemas dan ceria. iv. Memastikan peralatan yang digunakan bersih, selamat serta penjual menggunakan penyepit untuk mengambil makanan. v. Pihak pentadbir perlu memastikan pekerja kantin menjalani pemeriksaan kesihatan dan memiliki kad kesihatan yang sah serta telah menerima suntikan.

vi. vii. viii.

Memastikan semua makanan yang dihidangkan ditutup dengan rapi. Memastikan makanan yang disediakan untuk harian mencukupi. Memastikan pelajar dan guru mempunyai tempat duduk yang mencukupi, selamat dan selesa.

ix. x.

Membuat laporan mingguan dalam buku laporan kantin. Mengadakan mesyuarat Jawatankuasa Kantin 3 kali setahun dan perbincangan dari semasa ke semasa.

xi.

Memastikan pekerja kantin menggunakan pakaian yang bersesuaian, kemas dan bersih seperti alas kepala atau cap, apron dan lain-lain.

xii.

Memastikan pengusaha kantin menjual makanan dan minuman yang HALAL, SUCI dan BERSIH.

xiii.

Memastikan pengusaha kantin mematuhi jadual masa operasi.

1.2.2 Tatacara Penggunaan Murid i. Murid diwajibkan beratur untuk membeli makanan di kantin dan tidak berebutrebut. ii. iii. Membasuh tangan dengan betul sebelum menikmati makanan. Memastikan pinggan dan cawan yang digunakan diletakkan ditempat yang telah disediakan selepas makan. iv. v. Ketika makan atau minum, murid mestilah duduk dengan betul. Murid dilarang berlari dan berjalan sambil makan di dala dan di luar kawsan kantin. vi. Melaporkan kepada guru bertugas sekiranya terdapat pencemaran pada makanan seperti terdapat lalat, rambut dan sebagainya. vii. Membuang sisa makanan ke dalam tong sampah yang disediakan.

viii.

Jika berasa sakit perut atau muntah-muntah selepas makan di kantin, sila berjumpa dengan guru yang bertugas.

1.2.3 Tatacara Penggunaan Guru i. ii. Memastikan murid beratur ketika membeli makanan. Memaklumkan kepada pihak kantin sekiranya pinggan atau gelas yang digunakan tidak bersih iii. iv. Memastikan makanan yang disediakan ditutup agar tidak dihinggapi lalat. Memastikan pihak kantin tidak menjual makanan yang tidak dibenarkan oleh Kementerian Kesihatan seperti makanan ringan. v. vi. Guru bertugas perlu memastikan murid duduk ketika makan atau minum. Guru perlu memaklumkan pihak kantin sekiranya makanan yang disediakan telah dicemari oleh benda asing seperti lalat, telur lalat, rambut dan sebagainya. vii. Sekiranya terdapat aduan murid yang mengalami simtom keracunan makanan, guru perlu bertindak mengikut carta aliran tindakan dengan segera. viii. Guru bertugas perlu memastikan sekitar kawasan kantin selamat, bersih dan ceria.

1.3 Tatacara Penggunaan Dewan Sekolah

1.3.1 Tatacara Penggunaan Am i. Memastikan dewan dalam keadaan bersih dan tiada sampah atau alatan yang tidak sepatutnya berada di dalm dewan. ii. Memastikan dewan berada dalam keadaan bersih sebelum dan selepas digunakan. iii. Melaporkan dengan kadar segera sebarang kerosakan yang berlaku kepada pihak pentadbir. iv. Peralatan yang di bawa masuk ke dalam dewan perlulah diambil semula bagi memastikan dewan sentiasa bersih dan kemas.

v. vi. vii.

Memastikan semua suis di matikan sebelum meninggalkan dewan. Memastikan kebersihan tandas yang terdapat di dalam dewan. Memastikan kain rentang atau tulisan yang telah digunakan untuk sesuatu majlis ditanggalkan selepas majlis berakhir.

viii.

Susun semula semua kerusi dan meja ditempat yang sepatutnya selepas digunakan.

1.3.2 Tatacara Penggunaan Murid i. ii. Memastikan tatacara penggunaan Am dipatuhi. Murid mestilah dalam keadaan yang teratur dalam barisan sebelum masuk dan keluar dewan. iii. iv. Murid tidak dibenarkan membuang sampah di dalam dewan. Murid mestilah menggunakan peralatan yang terdapat di dalam dewan dengan cermat dan berhati-hati. v. Murid hanya dibenarkan masuk ke dalam dewan sekiranya terdapat arahan daripada guru atau pihak pentadbir. vi. Jika berlaku kecemasan, jangan panik dan beredar dengan kadar segera dari dewan. vii. Murid diminta menyusun semula kerusi dan meja yang digunakan selepas tamat sesuatu majlis. viii. ix. x. xi. Dewan tidak dibenarkan diguna sewaktu peperiksaan dijalankan. Murid dilarang menghisap rokok di dalam dewan. Dilarang membuat bising di dalam dewan. Murid tidak dibenarkan merosakkan segala perabot serta alatan yang terdapat di dalam dewan.

1.3.3 Tatacara Penggunaan Guru. i. ii. iii. Memastikan tatacara penggunaan Am dipatuhi. Merekodkan penggunaan dewan dalam buku rekod penggunaan. Guru mesti berada di dalam dewan bersama-sama murid ketika sesuatu majlis diadakan.

iv.

Memantau dan melaporkan kepada pihak pentadbir sekiranya berlaku kerosakan.

v. vi. vii. viii. ix.

Memastikan murid berada dalam keadaan selamat ketika berada di dewan. Bertindak segera sekiranya berlaku kecemasan. Memastikan kerusi dan meja disusun lebih awal sewaktu perhimpunan rasmi. Memastikan kesemua suis ditutup. Memastikan murid beratur semasa meninggalkan dewan.

1.4 Prosedur keselamatan dan tatacara penggunaan Bilik Komputer.

1.4.1 Tatacara Penggunaan Am i. Beratur di luar bilik komputer dan masuk ke dalam bilik komputer apabila diarahkan. ii. iii. Merekod ke dalam buku penggunaan sebelum menggunakan bilik komputer. Dilarang membawa makanan, minuman atau peralatan yang boleh mengotorkan atau merosakkan peralatan komputer. iv. v. vi. vii. viii. ix. x. xi. Dilarang membuag sampah di dalam bilik komputer. Dilarang membuat bising di dalam bilik komputer. Dilarang menyentuh sebarang pendawaian dan suis dalam bilik komputer. Pastikan kerusi telah disusun dengan kemas selepas tamat kelas komputer. Tidak digalakkan menggunakan komputer ketika hujan lebat dan kilat. Dilarang membawa pendrive, cd, vcd atau dvd ke dalam bilik komputer. Mematuhi arahan penggunaan komputer dengan betul. Sekiranya berlaku kecemasan, jangan panik. Keluar daripada bilik komputer dengan kadar segera.

1.4.2 Tatacara Penggunaan Murid i. Murid perlu beratur sebelum memasuki bilik komputer dan tunggu sehingga guru bertugas sampai.

ii.

Murid tidak dibenarkan membawa keluar sebarang cakera, buku dan lain-lain barang yang terdapat di dalam bilik komputer.

iii. iv. v. vi.

Murid dilarang memasuki bilik komputer tanpa arahan daripada guru. Mengikut arahan guru atau juruteknik komputer ketika menggunakan komputer. Murid dilarang melayari laman sesawang lucah. Memaklumkan kepada guru sekiranya berlaku kerosakan pada komputer atau sistem pendawaian.

vii.

Memastikan komputer ditutup dengan cara yang betul dan pastikan suis utama ditutup.

viii.

Sekiranya berlaku kecemasan, jangan panik. Keluar daripada bilik komputer dengan kadar segera.

1.4.3 Tatacara Penggunaan Guru i. ii. Memastikan murid beratur sebelum masuk ke bilik komputer. Memastikan murid tidak membawa makanan dan minuman serta barang-barang yang boleh mengotorkan serta merosakkan peralatan komputer. iii. Memastikan murid tidak membawa cd,vcd, dvd dan pendrive sendiri kerana dikhuatiri membawa virus ke dalam komputer. iv. v. vi. vii. Memastikan murid tidak dibawa ke bilik komputer ketika hujan lebat dan kilat. Memberi arahan dengan jelas penggunaan komputer dengan betul. Membuat laporan kerosakan dan memaklumkan kepada juruteknik yang bertugas. Sentiasa memantau pergerakan murid supaya murid tidak melayari laman sesawang lucah atau bermain permainan di dalam intenet. viii. ix. Memastikan murid melakukan tugasan yang diarahkan sahaja. Memastikan murid tidak menyalahgunakan talian internet dengan melawati laan sesawang lucah. x. Memastikan murid tidak membuat bising di dalam bilik komputer.

Rumusan Kementerian Pelajaran Malaysia dalam Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.6/2000 pula menghuraikan sekolah yang selamat sebagai Sekolah sentiasa selamat dan bebas daripada insiden-insiden yang tidak diingini seperti murid diugut, diculik, diperkosa, penglibatan dalam dadah, perlakuan ala-gengster dan melibatkan diri dalam kegiatan gangster serta buli. Sekolah belum cukup selamat sekiranya aspek peraturan dan undang-undang tidak diambil kira. Sesebuah institusi yang di dalamnya terdapat ahli-ahli yang perlukan perlindungan, keselesaan dan keselamatan, kawalan dari aspek perundangan tidak harus diabaikan. Justeru, sekolah yang selamat ialah sekolah yang sentiasa berusaha memastikan warganya terhindar daripada segala bahaya dan ancaman yang bersifat fizikal, mental, emosi, dan psikologikal yang boleh menggugat keberkesanan proses pendidikan di sekolah. Aspek keselamatan ini pula meliputi struktur fizikal, trafik, makanan, bangunan, padang, kesihatan, disiplin, dan tingkah laku. Kesedaran mengenai keselamatan warga yang berada di dalam kawasan sekolah amat penting bagi memastikan warga sekolah berada dalam keadaan yang kondusif untuk melaksanakan sesi pengajaran dan pembelajaran serta langkah kesiapsiagaan yang telah diambil akan dapat mengurangkan risiko serta mampu mengelakkan sebarang kecelakaan daripada berlaku.

Rujukan Haslina Hassan (2000). Gejala Gangsterisme di Kalangan Pelajar: Fenomena yang Meresahkan.Dewan Masyarakat. Jun 2000. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Halaman 14-16. Hussein Mahmood (1993). Kepemimpinan dan Keberkesanan Sekolah. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka.

Kementerian Pendidikan Malaysia. Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.6/2000. Quin, Mary Magee.et al. (1998). Safe, Drug-Free and Effective Schools for All Students: What Works!

S-ar putea să vă placă și