Sunteți pe pagina 1din 24

PENGERTIAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Rina Binti Abdurahman hb110464@uthm.edu.my Siti Sarah Binti Mustaffa hb110306@uthm.edu.my

ABSTRAK

Dalam pembelajaran Bab 2 ini, telah disentuh berkaitan pengertian pengajaran dan pembelajaran. Antara sub-sub topikyang dikupas adalah definisi pengajaran, pengertian pedagogi, pengertian andragogi, pengajaran sebagai sains, pengajaran sebagai seni dan pengertian pembelajaran. Setiap sub topik diberi penjelasan agar lebih mudah untuk difahami. Pengajaran ialah sesuatu tugasan dan aktiviti yang diusahakan bersama oleh guru dan muridnya. Pedagogi ialah kajian mengenai pengajaran, khususnya pengajaran dalam pendidikan formal. Andragogi merupakan seni dan sains untuk membantu orang dewasa belajar. Pengajaran merujuk kepada kaedah merancang secara terperinci untuk membentuk, melaksana dan menyelenggarakan situasi yang dapat menggalakkan pembelajaran bagi unit pembelajaran. Pengajaran sebagai sains disebabkan pengajaran satu siri aktiviti yang bercorak saintifik. Pengajaran merupakan suatu bidang seni, ia melibatkan emosi, nilai dan tingkah laku manusia. Pembelajaran adalah proses dalaman yang dialami oleh pelajar melalui pengalaman, pengetahuan dan kemahiran yang berkaitan.

1.1

Definisi Pengajaran dan pembelajaran

Apa dia pengajaran?

Pengajaran ialah sesuatu tugasan dan aktiviti yang diusahakan bersama oleh guru dan muridnya. Pengajaran ini adalah dirancangkan guru secara sistematik dan teliti untuk melaksanakannya dengan kaedah dan teknik mengajar yang sesuai, membimbing, menggalak dan memotivasikan murid supaya mengambil inisiatif untuk belajar, demi memperolehi ilmu pengetahuan dan menguasai kemahiran yang diperlukan.

o o o o o o o

Apakah ciri-ciri Pengajaran? Guru dan murid, Guru sebagai pengajar dan murid sebagai pembelajar, Hanya bermakna apabila ada pembelajaran, Melibatkan instruksi diikuti dengan latihan, indoktrinasi dan pelaziman, Melibatkan proses pemikiran dan penggunaan bahasa atau symbol, Ada kaitan dengan tugasan dan pencapaian, Boleh dijalankan dengan aktiviti berpusatkan guru, murid dan gabungan guru-murid serta berpusatkan sumber,

o o o

Meliputi rancangan mengajar, Proses yang melibatkan interaksi dua hala, Ada unsur sains dan seni.

1.2

Pengertian Pedagogi

Pedagogi ialah kajian mengenai pengajaran, khususnya pengajaran dalam pendidikan formal. Dengan kata lain, pedagogi ialah sains dan seni mengenai cara mengajar di sekolah. Secara umumnya pedagogi merupakan mata pelajaran yang wajib bagi mereka yang ingin menjadi guru di sekolah. Sebagai satu bidang kajian yang luas, pedagogi melibatkkan kajian mengenai proses pengajaran dan pembelajaran, pengurusan bilik darjah, organisasi sekolah dan juga interaksi guru-pelajar.

Gambar rajah 1 : Proses pembelajaran di dalam kelas.

Dari segi etimologinya, perkataan Pedagogi datangnya daripada bahasa Yunani paidagogos, hamba yang menghantar dan mengambil budak-budak pergi balik dari sekolah. Perkataan paida merujuk kepada kanak-kanak, yang menjadikan sebab kenapa sebahagian orang cenderung membezakan antara pedagogi (mengajar kanak-kanak) dan andragogi (mengajar orang dewasa). Perkataan Yunani untuk pedagogi, pendidikan, adalah digunakan dengan lebih meluas, dan seringkali kedua-duanya boleh ditukar guna. Pedagogi moden selalunya membahagikan fungsi pengajaran kepada tiga bidang, yakni apa yang dimaksudkan sebagai taksonomi Bloom. Menurut taksonomi bloom, pengajaran boleh terbahagi kepada:

Bidang Kognitif Berkenaan dengan aktiviti mental seperti kefahaman, pengetahuan dan analisa. Bidang Afektif Berkenaan dengan sikap dan sahsiah diri. Bidang Psikomotor Berkenaan dengan aktiviti fizikal seperti kemahiran hidup, pertukangan, dan sukan.

Ketiga-tiga bidang ini nampaknya begitu tersendiri sifatnya, tetapi dalam keadaan pengajaranpembelajaran semula jadi, pengasingan ketiga perkara ini selalunya tidak wujud. Contohnya, apabila seorang guru ingin mengajar seorang pelajar menulis, dia perlu mengajar pelajar itu cara memegang pencil (bidang psikomotor); bentuk huruf dan maknanya (bidang kognitif); dan juga harus memupuk minat untuk belajar menulis (bidang afektif).

1.3

Pengertian Andragogi

Salah satu aspek penting dalam pendidikan pada masa ini ialah konsep pendidikan untuk orang dewasa. Jika sebelum ini kita sering membincangkan akan kepentingan pendidikan untuk kanak-kanak pendidikan untuk orang dewasa juga tidak kurang pentingnya memandangkan pendidikan adalah untuk semua. Maka adalah menjadi tanggungjawab untuk memastikan orang dewasa juga memperolehi pendidikan yang sewajarnya untuk pembangunan diri mereka..

Pembelajaran dewasa atau lebih dikenali sebagai andragogi agak sukar didefinisikan kerana maksudnya yang agak luas dan ramai tokoh yang memberikan pandangan yang berbeza-beza. Antara tokoh terkenal di dalam pendidikan andragogi adalah Malcolm Knowles, Edward Lindeman, Tough dan sebagainya. Menurut Knowles, sebelum wujudnya andragogi, pedagogi sudah muncul. Pedagogi adalah seni dan kebudayaan bagi pembelajaran kanak-kanak. Manakala kata lawannya pula muncul sebagai andragogi iaitu pembelajaran bagi orang dewasa. Andragogi merupakan konsep yang dipopularkan oleh Malcolm Knowels yang telah menulis buku mengenai andragogi pada tahun 1970. Bukunya bertajuk The Modern Practise of Adult

Education. Menurutnya andragogi merupakan seni dan sains untuk membantu orang dewasa belajar. Perkataan andragogi berasal dari bahasa Yunani aner ertinya orang dewasa atau adult, dan agogos ertinya memimpin atau leader. Secara lebih tepat lagi andragogi boleh dinyatakan sebagai seni dan sains untuk pembelajaran bagi orang dewasa.

Teori Andragogi

Teori andragogi oleh Kowles adalah suatu percubaan untuk mengembangkan satu teori yang khas tentang pembelajaran orang dewasa. Knowles menegaskan orang dewasa adalah terarah diri dan dijangka bertanggungjawab atas keputusannya. Program pembelajaran orang dewasa seharusnya menampung aspek asas ini. Andragogi membuat andaian-andaian berikut tentang rekabentuk pembelajaran: 1) Orang dewasa perlu mengetahui sebab ia dikehendaki mempelajari sesuatu 2) Orang dewasa perlu belajar secara eksperimen 3) Orang dewasa menganggap pembelajaran sebagai penyelesaian masalah, dan 4) Pembelajaran orang dewasa paling berkesan jika topik pelajarannya mempunyai nilai segera. Secara praktiknya, andragogi bermakna instruksi untuk orang dewasa perlu berfokuskan lebih kepada proses daripada isi kandungan yang diajar. Strategi-strategi seperti kajian kes, main peranan, simulasi, dan penilaian kendiri adalah paling berguna. Pengajar memainkan peranan sebagai fasilitator atau kakitangan sumber dan kurang sebagai pensyarah atau penilai. 1. Skop/Aplikasi: Andragogi diaplikasikan kepada sebarang bentuk pembelajaran orang dewasa dan telah digunakan dengan meluasnya dalam rekabentuk program latihan organisasi (pembangunan pengurusan). Contoh: Knowles memberi satu contoh aplikasi prinsip-prinsip andragogi dalam rekabentuk latihan komputer peribadi:

Perlunya menjelaskan sebab sesuatu diajar (misalannya, arahan tertentu, fungsi, operasi dll) Instruksi perlu berorientasikan tugasan dan bukan hafalan - aktiviti pembelajaran harus dalam konteks di mana tugas-tugas dilakukan.

Instruksi perlu mengambil kira pelbagai latar belakang pelajar; bahan dan aktiviti pembelajaran hendaklah disesuaikan dengan jenis/tahap pengalaman penggunaan komputer yang berbeza. Oleh kerana orang dewasa adalah terarah diri, instruksi haruslah membenarkan pelajar dewasa melakukan penemuan sendiri, dan memberi bimbingan dan bantuan jika kesilapan berlaku. Marzano dan Arredondo mengutarakan teknik pemprosesan mendalam Deep Processing yang menegaskan komponen-komponen pemikiran iaitu imej, sensasi, emosi dan linguistik. Untuk mengingati sesuatu perkara dengan baik, keempat-empat komponen dibangkitkan. Prinsip-prinsip: I. Orang dewasa perlu dilibatkan dalam perancangan dan penilaian instruksinya. II. Pengalaman (termasuk kesilapan) menjadi asas untuk aktiviti pembelajaran. III. Orang dewasa paling berminat mempelajari subjek yang mempunyai hubungan yang segera dengan pekerjaan atau kehidupan peribadinya. IV. Pembelajaran orang dewasa adalah berpusatkan masalah dan bukan berorientasi isi kandungan. 2. Andaian Andragogi Knowles menganggap orang dewasa berupaya bertindak ke arah kendiri atau self-directedness dan orang dewasa akan bertanggungjawab terhadap keputusan yang diambil. Program pembelajaran dewasa perlu bersesuaian dengan aspek-aspek asas ini. Oleh itu, terdapat beberapa andaian andragogi yang diberikan oleh Knowles (1980) iaitu: Orang dewasa perlu tahu mengapa mereka perlu belajar.Orang dewasa ingin dan berkecenderungan bertindak ke arah kendiri apabila mereka semakin matang walaupun ada masanya mereka bergantung pada orang lain.

Orang dewasa perlu belajar melalui pengalaman di mana pengalaman bagi orang dewasa adalah satu sumber pembelajaran yang penting. Pembelajaran mereka lebih berkesan melalui teknik-

teknik yang dilakukan berasaskan pengalaman yang pernah dilalui mereka seperti perbincangan dan penyelesaian masalah.

Orang dewasa belajar berdasarkan pemusatan masalah. Ini kerana mereka sedar akan keperluan pembelajaran secara khusus melalui masalah-masalah kehidupan sebenar. Oleh itu, programprogram pendidikan dewasa sepatutnya dirancang mengikut keperluan hidup dan disusun mengikut kesediaan dan keupayaan untuk belajar.

Orang dewasa belajar dengan lebih berkesan apabila topik itu bernilai.Orang dewasa belajar bersungguh-sungguh bagi menguasai suatu pengetahuan ataupun kemahiran bagi keperluan hidup. Oleh itu, pembelajaran orang dewasa adalah berpusatkan pencapaian. Kesungguhan orang dewasa menguasai suatu kemahiran ataupun pengetahuan adalah untuk keperluan hidup ataupun semasa.

3. Model Andragogi Model andragogi telah dibentuk berdasarkan andaian-andaian di atas: a. Keperluan bagi memenuhi rasa ingin tahu/ke arah kendiri Orang dewasa perlu tahu mengapa mereka perlu belajar, Tough (1979) mendapati apabila orang dewasa berkemampuan untuk belajar dan memperoleh faedah daripada pembelajarannya dan juga mengambil kira keburukan apabila tidak mempelajarinya. Peranan fasilitator di sini adalah untuk menyedarkan pelajar tentang keperluan untuk memenuhi rasa ingin tahu, need to know. b. Keperluan menyempurnakan kendiri Orang dewasa mempunyai kesempurnaan kendiri dan mampu menilai sendiri keputusan dan menentukan hidup mereka sendiri, orang dewasa membangunkan keperluan psikologi mereka bagi mendapatkan perhatian dan penghargaan daripada orang lain. c. Peranan pengalaman Orang dewasa memiliki pelbagai pengalaman yang diperoleh dari zaman remaja. Pengalaman yang dimiliki ini berbeza-beza mengikut latar belakang, cara pembelajaran, keperluan,

pencapaian dan minat. Kaedah pembelajaran yang sering digunakan adalah perbincangan kumpulan, penyelesaian masalah dan bertukar-tukar pengalaman. d. Kesediaan belajar Orang dewasa bersedia untuk belajar perkara yang perlu diketahui dan dipelajari oleh mereka dan mengaitkan apa yang dipelajari dengan realiti kehidupan. Kesediaan belajar ini penting bagi membangunkan kendiri. e. Orientasi pembelajaran Orang dewasa belajar berdasarkan berpusatkan kehidupan dan ia begitu berbeza dengan kanakkanak yang tertumpu pada pelajaran atau berpusatkan subjek. Setiap perkara yang dipelajari adalah berkaitan dengan hidup mereka. f. Peranan motivasi Orang dewasa mendapat motivasi daripada pendorong luaran (seperti kenaikan pangkat, gaji tinggi) tetapi pendorong dalaman adalah lebih berpengaruh (seperti kualiti kehidupan, penghargaan). Tough (1979) mendapati orang dewasa sentiasa mendapat motivasi untuk pertumbuhan dan pembangunan diri tetapi motivasi ini sering kali gagal kerana wujudnya konsep negatif pada diri pelajar, masa terhad dan program yang disertai tidak menepati prinsipprinsip pembelajaran dewasa.

Prinsip-prinsip Andragogi

A. Malcolm Knowles (1980) telah menyatakan beberapa prinsip andragogi iaitu: Orang dewasa perlu terlibat dalam merancang dan membuat taksiran semua kerja mereka. Pelajar mesti diberikan matlamat sejauh mana pencapaian matlamatnya. Pengalaman adalah asas aktiviti pembelajaran. Menjadi tanggungjawab pelajar menerima pengalaman sebagai suatu yang bermakna. Pelajar lebih berminat mempelajari perkara-perkara yang berkaitan secara langsung dengan kerja dan kehidupan mereka. Pembelajaran adalah tertumpu pada masalah (problem-centered). Masalah memberi tenaga, arah dan menggalakkan daya belajar dan ia perlu dimotivasikan. B. Gibb (1960) telah menyatakan beberapa prinsip andragogi iaitu:

Pembelajaran adalah berdasarkan problem-centered. Pemusatan pengalaman menjadi asas pembelajaran. Pengalaman yang dimiliki mesti bermakna kepada pelajar. Matlamat ditentukan oleh pelajar itu sendiri. C. Miller (1904) telah menyatakan beberapa prinsip andragogi iaitu: Pelajar perlu diberikan motivasi bagi mengubah tingkah laku. Pelajar perlu sedar tingkah laku yang tidak diingini dan mempunyai gambaran jelas berkenaan dengan tingkah laku yang diingini. Pelajar mempunyai peluang mencuba tingkah laku yang baru. Pelajar memperoleh bahan-bahan pembelajaran yang bersesuaian yang dapat membantunya. Berdasarkan ringkasan prinsip-prinsip yang diberikan oleh beberapa tokoh di atas, dapat disimpulkan bahawa prinsip andragogi adalah: Pembelajaran merupakan satu proses yang berterusan. Orang dewasa merasakan keperluan dalam pelbagai bidang kemahiran dan pengalaman yang dimiliki adalah penting bagi masa depan mereka.

Orang dewasa belajar dengan lebih baik apabila secara personelnya mereka terlibat dalam proses merancang, menilai dan melaksanakan persekitaran mereka tanpa mengganggu tahap keselamatan dalam diri mereka sendiri.

Orang dewasa memilih dan suka belajar bagi memudahkan mereka mengetahui tahap kebolehan dan kemahiran yang dimiliki dalam semua situasi pembelajaran.

Orang dewasa belajar dengan baik apabila mereka mempunyai motivasi untuk berubah, selfdiscovered atau mempunyai kemahiran dan strategi spesifik. Menurut Knowles terdapat empat definisi dewasa iaitu: Daripada aspek biologi: Individu itu mencapai tahap dewasa apabila mencapai peringkat umur tertentu dan mampu melahirkan anak. Daripada aspek undang-undang: Individu itu dianggap dewasa apabila mencapai syarat yang tertakluk dalam undang-undang dan membolehkan dia terlibat dalam mengundi, memiliki lesen memandu dan berkahwin.

Daripada aspek sosial: Individu itu dianggap dewasa apabila dia dapat memainkan peranan sebagai orang dewasa, bekerja sepenuh masa dan berumah tangga. Daripada aspek psikologi: Individu itu dianggap dewasa apabila dia mencapai tahap kesempurnaan kendiri di mana dia mampu menguruskan hidupnya sendiri. Maka, individu itu dikatakan dewasa apabila dia sudah melalui zaman kanak-kanak dan remaja serta dipengaruhi oleh aktiviti sosial yang disertai semasa berada dalam alam persekolahan. Self-concept dan self-directedness hanya diperoleh apabila individu itu menamatkan zaman persekolahannya, mempunyai kerja sepenuh masa dan berkeluarga. Berbanding dengan kanakkanak dan remaja, orang dewasa mempunyai tujuan sebagai seorang pelajar. Pembelajaran dewasa adalah bidang baru dan Knowles mempelopori bidang ini dan menyenaraikan beberapa kriteria tentang pelajar dewasa iaitu:

Kriteria pelajar dewasa - Orang dewasa adalah bebas dan bertindak ke arah kendiri. - Orang dewasa perlu bebas untuk bertindak. Fasilitator perlu melibatkan pelajar dalam proses pembelajaran dan bertindak sebagai fasilitator semasa sesi pengajaran. Contohnya, fasilitator perlu mendapatkan pandangan dan idea pelajar berkenaan dengan topik yang diajar. Sebagai pemudah cara, fasilitator membimbing pelajar berdasarkan pengetahuan yang dimiliki oleh pelajar itu sendiri. - Orang dewasa mempunyai pengalaman - Orang dewasa berpengalaman dan berpengetahuan dalam hal-hal yang merangkumi aktiviti kerja, tanggungjawab dalam keluarga dan pendidikan masa lampau. - Orang dewasa mengaitkan pembelajaran mereka dengan pengalaman yang dimiliki. - Orang dewasa mempunyai matlamat. Sebelum menyertai kursus, orang dewasa tahu matlamat yang perlu dicapai. Fasilitator membantu pelajar mencapai matlamat mereka. Matlamat dan objektif kursus dibuat pada permulaan kursus. - Orang dewasa adalah berpusatkan objektif - Orang dewasa tahu tujuan mereka belajar. Pembelajaran itu diaplikasikan dalam kerja dan memberi nilai kepada mereka. Oleh itu, penting bagi fasilitator mengenal pasti objektif pelajar sebelum kursus itu bermula. - Orang dewasa adalah praktikal

- Orang dewasa berminat dengan pengetahuan dan kemahiran yang memberi kebaikan pada dirinya. Oleh itu, fasilitator perlu menyatakan dengan jelas bagaimana pembelajaran itu berguna dalam kerjaya dan kehidupan mereka. - Orang dewasa perlu dihormati Fasilitator perlu menghargai pengalaman yang dimiliki oleh pelajar. Pelajar perlu diberi peluang sama rata untuk menyalurkan pendapat berkaitan dengan pengalaman dan pengetahuan yang dimiliki.

Kaedah Pengajaran Andragogi Dalam konteks pendidikan andragogi, peranan guru, pengajar atau pembimbing yang juga kadangkala dikenali sebagai dengan fasilitator adalah pemotivasi bagi mereka untuk mendorong dan melibatkan diri secara aktif dalam pembelajaran, yang kemudiannya dikembangkan melalui penglibatan para pelajar dalam proses pembelajaran yang melibatkan elemen-elemen seperti : - Keadaan iklim dan suasana kondusif . - Mewujudkan mekanisme dan kaedah yang sesuai untuk penglibatan bersama - Diagnosis keinginan atau keperluan pelajar. - Membuat rumusan bagi sesuatu pengajaran yang diajar. - Merekodkan pola pengalaman pelajar. - Melakukan dan menggunakan pengalaman belajar ini dengan cara dan teknik yang memadai. - Membuat refleksi dengan apa yang telah dipelajari dan membuat kesimpulan daripada pembelajaran. Oleh yang demikian pengajaran bagi orang dewasa dalam memproses interaksi belajar bukanlah asasnya memindahkan pengetahuan dan ketrampilan kepada pelajar. Peranan dan fungsi pengajar adalah mendorong dan melibatkan pelajar dalam proses interaksi belajar kendiri, iaitu proses belajar untuk memahami permasalahan nyata yang dihadapinya, memahami keperluan diri sendiri, dapat merumuskan tujuan belajar, dan merefleksi kembali apa yang telah dipelajari. Selain itu pengajar juga boleh menggunapakai beberapa proses yang bersesuaian dengan suasana pembelajaran para

pelajar di dalam kelas. Proses yang ketara dalam pengajaran andragogi termasuklah : a. sikap tidak preskriftif (nonprescriptive attitude) b. isu-pemusatan (issue-centered curricula) c. mengemukakan permasalahan (problem posing ) d. rundingan berterusan (continuous negotiation) f. berkongsi tanggungjawab dalam belajar (shared responsibility for learning) g. menilai proses pembelajaran (valuing process) h. berdialog (dialogue) i. persamaan (equality) j. bersikap terbuka (openness) k. saling menghormati (mutual respect) l. menjana idea dalam pembelajaran (integrated thinking and learning) Manakala teknik pengajaran andragogi yang boleh digunakan oleh pengajar adalah seperti : - Kajian kes (case studies ) :role playing - Kaedah (simulations ) :self-evaluation Dalam mempraktikan pengajaran andragogi, pelajar dewasa ini perlu lebih memberi tumpuan atau fokus kepada proses dan mengurangkan kandungan apa yang dipelajari agar lebih mudah memahami bukan menghafal atau menerima sahaja pengajaran pengajar.

1.4

Pengajaran Sebagai Sains

Pengajaran merujuk kepada kaedah merancang secara terperinci untuk membentuk, melaksana dan menyelenggarakan situasi yang dapat menggalakkan pembelajaran bagi unit pembelajaran. Reka Bentuk Pengajaran menurut Yusup Hashim (1998), merupakan satu proses untuk menentukan ciri-ciri dan keperluan untuk pembelajaran. Mok Soon Sang, 2002 mengatakan pengajaran sebagai sains disebabkan pengajaran satu siri aktiviti yang bercorak saintifik. Ini kerana pengajaran berkesan hanya berlaku apabila atas penggunaan prinsip-prinsip dan kaedah-keadah yang telah dikaji oleh pakar-pakar pendidik berlandaskan kajian mereka atas psikologi perkembangan murid dari segi intelek dan emosi mereka.

1.5

Pengajaran Sebagai Seni

Kerana pengajaran merupakan suatu bidang seni, ia melibatkan emosi, nilai dan tingkah laku manusia (Highet, G, 1968). Ini kerana setiap individu mempunyai potensi intelek, emosi, nilai dan jasmani tersendiri. Untuk mengajar, guru perlu mempunyai bakat atau seni untuk mengajar seperti mengubah model dan teori pembelajaran mengikut kesesuaian pelajar.

1.6

Pengertian Pembelajaran

Menurut Esah Sulaiman, (2004) menyatakan pembelajaran adalah proses dalaman yang dialami oleh pelajar melalui pengalaman, pengetahuan dan kemahiran yang berkaitan. Mengikut Mohamad Amin, S. (2004) pembelajaran secara amnya diertikan sebagai proses memperolehi ilmu pengetahuan ataupun kemahiran. Pada kebiasaanya, pembelajaran dapat di ukur dengan adanya perubahan daripada segi kemahiran-kemahiran yang tertentu yang menjadi pengajaran dan pembelajaran di dalam sebuah kelas. Umumnya pembelajaran merupakan proses memperolehi ilmu pengetahuan atau kemahiran. Mengikut Robert M. Gagne (1970) dalam The Condition of Learning, pembelajaran merupakan perubahan tingkahlaku atau kebolehan seseorang yang dapat dikekalkan, tidak termasuk perubahan yang disebabkan proses pertumbuhan. Mengikut Woolfolk (2004) dalam Educational Psychology, pembelajaran adalah proses di mana pengalaman menyebabkan perubahan dalam pengetahuan dan tingkahlaku yang kekal.

Klasifikasi Pembelajaran

Proses pembelajaran melibatkan aspek mental, fizikal, emosi dan social. Secara umumnya pembelajaran boleh dikelaskan kepada 3 jenis iaitu: 1. Pembelajaran Formal 2. 3. Pembelajaran Informal (Tidak Formal) Pembelajaran Non-Formal (Bukan Formal)

Pembelajaran Formal: Pembelajaran formal diterima di institusi seperti Universiti, Politeknik, Maktab, Kolej dan Sekolah. Pendidikan ini disusun dan dilembagakan secara berperingkat mengikut umur. Pembelajaran Tidak Formal: Berlaku dalam keadaan tidak sedar. Individu memperoleh pengetahuan dan kemahiran daripada pengalaman dengan alam sekitarnya.

Pembelajaran Bukan Formal: Tambahan kepada pelajaran formal. Aktiviti dirancang secara sistematik dan dikelolakan oleh pakar pendidik di sesuatu institusi, kelab dan persatuan yang mana kursus jangka pendek, seminar dan ceramah dianjurakan.

Jenis Pembelajaran Bloom

Dari pengertian pembelajaran yang telah diberikan oleh beberapa ahli psikologi pendidikan, jelaslah pada kita bahawa pembelajaran bukan sahaja berlaku dari segi mental, malah ia boleh berlaku dari segi fizikal, emosi dan juga sosial. Taksonomi bloom mula diperkenalkan oleh Benjamin Bloom pada tahun 1956. Taksonomi bloom mengkategoikan kemahiran dan objektif yang ingin dicapai oleh pelajar kepada 3 domain iaitu kognitif, afektif dan psikomotor. Domain kognitif digunakan untuk mengukur kemahiran intelektual. Manakala domain afektif digunakan untuk mengukur kemahiran generik, yang telah diterapkan kepada pelajar melalui penglibatan pelajar dalam persatuanpersatuan dan juga dalam pelbagai perbincangan secara berkumpulan seperti dalam kursus rekabentuk system dan sebagainya. Domain psikomotor pula bertujuan mengukur kemahiran praktikal dan teknikal.

Jadual 1:Taksonomi Kognitif Bloom (1956) Tahap Pengetahuan: Ingat kembali mengenai idea, fakta asas, definisi, teori, hukum, tarikh,peristiwa dan lain-lain daripada pembelajaran yang lepas. Kefahaman: Mengubah kefahaman daripada satu bentuk kepada bentuk yang lain, menyatakan idea-idea utama dalam ayat sendiri, menterjemah, memberi contoh kepada konsep, menterjemah draf. Aplikasi: Menggunakan maklumat dalam situasi yang baru, termasuk menyelesaikan masalah menggunakan prinsip, kaedah, hukum, teori, formula. Bina graf daripada data dan lain-lain. Analisis: Selesaikan, ramalkan, cari, kesilapan, bina alat. Bezakan, pasti, Istilah Nyatakan, terangkan, namakan, labelkan Pilih, terangkan, tulis semula

Suatu yang kompleks dipecahkan kepada kecil, bezakan fakta daripada pendapat, kaitan kenal diantara bahagian, kenali struktur organisasi Sintesis: Menyepadu, mencantum idea menjadi satu, usaha tersendiri menyelesaikan masalah, membuat ramalan, membuat klasifikasi. Penilaian: dan luaran, menafsir dan mengkritik.

pilih Bina, hasilkan, susun, kembangkan Pilih, berikan, buktikan.

Membuat pertimbangan, termasuk memeberi rasional atas alasan dalaman alasan, kririkan,

Jadual 2: Taksonomi Afektif (Krathwohl, 1964 dan Grondlund, 1970) Tahap Penerimaan: Kesanggupan menghadiri, memberi perhatian, mengesan sesuatu perkara wujud. Bertindak balas: Bertindak balas dengan sukarela, berminat untuk melakukan sesuatu, menyertai perbincangan melakukan lebih aktiviti daripada yang dikehendaki. Menghargai: Memberi nilai kepada objek atau peristiwa, idea, konsep, proses dan lailain. Bukti tentang ciri harga dalaman, kehendak untuk memperbaiki, inisiatif, bertanggungjawab, menjadi ahli persatuan dan lain-lain. Organisasi: Penyatuan nilai yang berlainan, penyelesaian konflik nilai dan membina satu set nilai,bertanggungjawab kepada perbuatan sendiri, membuat keputusan berdasarkan etika, rancang kerjaya berdasarkan kekuatan/kelemahan sendiri, serta debat dan lain-lain. Perwatakan: Mempunyai satu set nilai yang boleh mempengaruhi sebahagian besar gaya hidup, tingkahlaku kekal dan boleh diramalkan. Istilah Dengar, perhatian, Tanya, pilih, tegur Tolong, jawab, kerjasama, laporkan, bincangkan, lakukan Jemput, arah, cadangan, kaji, tunjukkan, mempengaruhi Banding, susun, tahankan, mengelola, jelaskan, habiskan, hukumkan. Timbang, ubah suai, soal

Jadual 3: Taksonomi Psikomotor Simpson Tahap Pengamatan: Sedar kewujudan sesuatu melalui pancaindera, menerima dan bertindak balas. Persediaan: Kesediaan bertindak balas daripada segi mental, fizikal dan emosi. Pergerakkan Terkawal: Pergerakkan ditiru, cuba jaya. Mekanisme: Pergerakan automatic, yakin dan melakukan pergerakkan. Pergerakkan Khusus: Pergerakkan kompleks secara pantas, licin dan tepat. Pergerakkan berkoordinasi. Penyesuaian: Menyesuaikan pergerakkan kepada kehendak tertentu. Keaslian: Suaikan pergerakkan kepada situasi baru. Berdaya cipta. suai Susun, cipta Bergerak, mula Sukat, lakar Atur, bina, sukat Atur, bina Istilah Kesan, kait, asing

Teori-teori Pembelajaran

Teori pembelajaran ialah hipotesis-hipotesis oleh ahli-ahli Psikologi tentang maksud pembelajaran, bagaimana ia berlaku dan faktor-faktor yang mempengaruhi proses pembelajaran.

Fungsi-fungsi teori pembelajaran

1) Mendorong kaji selidik dan pemikiran saintifik.

- Pendekatan kepada satu bidang pengetahuan, memberi panduan kepada: apa yang harus dikaji pemboleh ubah yang terlibat teknik kajian cara menghuraikan hasil kajian. 2) Menghuraikan perkara-perkara yang berkaitan dengan hukum-hukum pembelajaran dengan seberapa mudah dan ringkas. 3) Menghurai dan memberi kesimpulan tentang erti pembelajaran, bagaimana ia berlaku dan faktor-faktor yang mempengaruhinya.

Teori Behaviorisme/perlakuan.

Teori Behaviorisme mendefinisikan frasa tersebut. Pembelajaran sebagai perubahan tingkah laku kekal yang dihasilkan daripada pengalaman atau latihan (Williams & Anandam,1973). Teori pembelajaran Behaviorisme mengatakan bahawa pembelajaran merupakan satu proses pelaziman, dimana hubungan antara rangsangan luar dengan tindak balas individu dapat dibinauntuk menghasilkan perubahan tingkah laku yang tekal.Dari perspektif behaviorisme, pembelajaran hanya bermula apabila wujudnya tindakbalas terhadap suatu rangsangan yang diberi. Proses pembelajaran akan diteruskan jika terdapat motivasi ekstrinsik yang sesuai (sama ada peneguhan positif atau negatif) sementara pembelajaran dikatakan berakhir apabila perubahan tingkah laku dapat dibentuk dan dikekalkan.

Teori Kognitif.

Ahli psikologi kognitif, Bruner (1973) pula memberi definisi pembelajaran adalah satu proses aktif dimana pelajar membina idea baru atau konsep-konsep yang berasaskan pengetahuan dahulu dan semasa mereka.Menurut teori pembelajaran kognitif, pembelajaran merupakan satu

proses pembentukan struktur kognitif dan perwakilan minda yang aktif. Pembelajaran kognitif menekankan cara belajar seperti pemikiran celik akal, kaedah penyelesaian masalah, penemuan, kategori membelajaran dan resepsi. Ilmu pengetahuan yang diperoleh bukan berhasil daripada latih-tubi dan peneguhan, tetapi lebih merujuk kepada proses interaksi antara skema minda, pengalaman sedia ada dan keadaan baru, yang juga melibatkan pengharapan seseorang individu tersebut. Dengan perkataan lain, sekiranya seseorang tidak dapat mengenal pasti hubungan perkara dan ertinya yang dipelajari, pembelajaran tidak akan berlaku walaupun diberikan latihan berulang-ulang.

Pembelajaran Dalam Islam.

Teori pembelajaran dalam islam juga menerangkan tentang kedudukan hati dan akal. Pada peringkat awal pendidikan, yang diutamakan adalah mendidik hati dengan menghafal ayat-ayat suci. Peringkat seterusnya pula ialah diutamakan hati dan akal. Mendidik hati dan akal sangat penting dalam islam kerana hati yang baik menjadikan seseorang itu baik. Manakala akal pula digunakan untuk memahami kejadian dan memilih perkara-perkara yang benar dan yang membawa kepada kebaikan dunia dan akhirat. Antara sumber-sumber ilmu dalam islam. Penerapan tuntutan Al Quran dan sunnah Rasulullah amat penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

1.7

Penutup

Andragogi atau pembelajaran dewasa adalah proses pembelajaran berterusan dalam jangka masa panjang di mana melibatkan orang dewasa yang sudah matang daripada segi pemikiran. Walaupun pelbagai definisi dilontarkan oleh pelopor-pelopor pembelajaran dewasa, namun ia memberikan kesimpulan yang sama. Andragogi diaplikasikan dalam semua bentuk pembelajaran orang dewasa dengan meluaskan skop-skop latihan, pembangunan, pendidikan dan sebagainya. Fungsi yang nyata dalam konsep andragogi adalah bertentangan dengan prinsip pedagogi. Ia berbeza kerana pedagogi meluaskan pengaruhnya dalam pendidikan formal yang merangkumi pendidikan sekolah rendah, menengah dan institusi-institusi pendidikan tinggi. Orang dewasa tidak lagi bergantung harap dengan orang lain kerana mereka bertindak ke arah kendiri. Ia dianggap bersepadan dengan pemikiran dan pengalaman yang dimiliki oleh orang dewasa. Pengalaman yang dimiliki oleh orang dewasa dianggap sebagai sumber pembelajaran yang penting dalam meningkatkan keupayaan orang dewasa dalam meneruskan proses pembelajaran. Pembelajaran merupakan segala perubahan tingkah laku yang agak kekal, akibat dari perubahan dalaman dan pengalaman, tetapi bukan semata-mata disebabkan oleh pertumbuhan atau kematangan, ataupun disebabkan oleh kesan sementara seperti dadah dan penyakit. Prinsip pembelajaran ialah suatu garis panduan mengenai bagaimana pembelajaran berlaku dan faktorfaktor yang mempengaruhi pembelajaran. Dengan itu guru boleh merancang dengan lebih sempurna untuk melaksanakan pengajarannya supaya lebih berkesan.

Rujukan Ahmad Johari Sihes (2010). Bab 10, Konsep Pembelajaran. Ahmad Johari Sihes (2010). Bab 11, Teori Pembelajaran. Anita Woolfolk. (2004). Educational Psychology. 9th Edition. Englewood Cliffs, New Jersey : Prentice-Hall, Inc. Bloom, B.S. (1956). Taxonomy of Educational Objectives, Handbook I: The Cognitive Domain. New York: David McKay Co Inc. Bloom, B.S. (1976). Human Characteristics And School Learning. New York: Wiley. Knowles, M. (1975). Self-Directed Learning. Chicago: Follet. Knowles,M. (1984). The Adult Learner: A Neglected Species (3rd Ed.). Houston, TX: Gulf Publishing. Knowles, M. (1984). Andragogy in Action. San Francisco: Jossey-Bass. Krathwohl, D.R. ed. Et al. (1964), Taxonomy of Educational Objectives: Handbook II, Affectives Domain. New York: David Mc Kay. Mohamad Amin, S. (2004). Hubungan Antara Kompetensi Pekerja dan Prestasi kerja Di Kalangan Agensi kerajaan Elektronik. Kedah Darul aman: Universiti Utara Malaysia. Robert M. Gagne (1970). The Condition of Learning. Zolkofle, M.N (2011), Tahap Penguasaan Pembelajaran Subjek Perekabentuk CAD/CAM Dalam Domain Kognitif, Psikomotor dan Afektif di Adtec. Universiti Tun Hussein Onn Malaysia. http://sarinapraktikum.blogspot.com/2009/07/definisi-pengajaran-dan-pembelajaran.html http://pomizipedagogy.wordpress.com/about/pengertian-pedagogi/

http://www.scribd.com/doc/86908693/20/Pengertian-Pedagogi http://www.teachersrock.net/T_andragogi.htm

LAMPIRAN

psikomotor aktif pedagogi

dalaman afektif taksonomi-bloom

kognitif tidak formal andragogi

Mook Soon Sang kaedah formal

Jawab soalan dibawah dengan mengisi tempat kosong yang disediakan. Pilih satu jawapan dari dalam kotak yang disediakan. 1. Pengajaran adalah aktiviti yang dirancang oleh guru secara sistematik dan teliti untuk melaksanakannya dengan_______________dan teknik mengajar yang sesuai, membimbing, menggalak dan memotivasikan murid supaya mengambil inisiatif untuk belajar, demi memperolehi ilmu pengetahuan dan menguasai kemahiran yang diperlukan. 2. Sebagai satu bidang kajian yang luas,________________melibatkkan kajian mengenai proses pengajaran dan pembelajaran, pengurusan bilik darjah, organisasi sekolah dan juga interaksi guru-pelajar. 3. Pedagogi moden selalunya membahagikan fungsi pengajaran kepada tiga bidang, yakni apa yang dimaksudkan sebagai_______________________. 4. Menurut Malcolm Knowels__________________merupakan seni dan sains untuk membantu orang dewasa belajar. 5. Fungsi yang nyata dalam konsep andragogi adalah bertentangan dengan prinsip pedagogi. Ia berbeza kerana pedagogi meluaskan pengaruhnya dalam pendidikan______________yang merangkumi pendidikan sekolah rendah, menengah dan institusi-institusi pendidikan tinggi.

6. Taksonomi Bloom mula diperkenalkan oleh Benjamin Bloom pada tahun 1956. Taksonomi Bloom mengkategorikan kemahiran dan objektif yang ingin di capai oleh pelajar kepada tiga

domain iaitu__________________(emosi & rohani),__________________(praktikal & teknikal) dan ______________________(intelektual & pengetahuan). 7. Menurut Esah Sulaiman 2004, pembelajaran ialah proses_________________ yang dialami oleh pelajar melalui pengalaman, pengetahuan dan kemahiran yang diberikan dan membawa perubahan kognitif dan tingkah laku pelajar secara kekal. 8. _____________________, 2002 mengatakan pengajaran sebagai sains disebabkan pengajaran satu siri aktiviti yang bercorak saintifik. 9. Menurut Lorenzen 2002, pembelajaran________________ialah peranan guru adalah mengurangkan penerangan atau kuliah sebaliknya menggalakkan pelajar menemui sendiri bahan pembelajaran sambil bekerjasama dengan pelajar lain untuk memahaminya. 10. Pembelajaran _____________________berlaku dalam keadaan tidak sedar. Individu memperoleh pengetahuan dankemahiran daripada pengalaman dengan alam sekitar.

S-ar putea să vă placă și