Sunteți pe pagina 1din 13

PROSIDING NADWAH ULAMA NUSANTARA (NUN) IV, 25-26 NOVEMBER 2011

Prosiding Nadwah Ulama Nusantara (NUN) IV: Ulama Pemacu Transformasi Negara disunting oleh: Azmul Fahimi Kamaruzaman, Ezad Azraai Jamsari, Ermy Azziaty Rozali, Farid Mat Zain, Hakim Zainal, Izziah Suryani Mat Resad @ Arshad, Maheram Ahmad, Md Nor Abdullah, Napisah Karimah Ismail & Zamri Arifin Jabatan Pengajian Arab dan Tamadun Islam, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi, Selangor ISBN 978-983-9368-57-4 (2011), http://www.ukm.my/nun/prosiding%20atas%20talian.htm

Syaikh Muhammad Arsyad bin Abdullah al-Banjari: Allamah Unggul Rantau Melayu
Abdullah Zaidi Hassan Perpustakaan Islam Nur Az-Zahrah, Kota Bharu, Kelantan

PENGENALAN Apabila kita membicarakan tentang Syaikh Muhmmad Arsyad al-Banjari, ertinya kita membicarakan seorang tokoh unggul yang besar jasanya kepada ummah di rantau ini, kita membicarakan tokoh yang pengaruh ilmu serta fahamnya mendalam jangkau kesan pengaruhnya ke atas ummah rantau ini. Kita berbicara tentang seorang alim yang begitu lama bertungkus-lumus menuntut ilmu, seorang alim yang begitu gigih menyebar faham dan amal agama dalam masyarakatnya,seorang tokoh yang meninggalkan kesan yang mendalam ke atas stuktur pentadbiram masyarakatnya, seorang tokoh yang meninggalkan zuriat yang terus-menerus berkhidmat kepada agama dan seorang tokoh ulama yang menjadi rujukan kepada ulama Melayu yang datang kemudiannya. Seorang tokoh yang kita harapkan dapat menumpang berkat ilmu dan amalnya di dunia dan di akhirat kelak. Kelahiran: Syaikh Muhammad Arsyad Bin Abdullah dilahirkan di Kampong Lok Gabang, Martapura pada 15 Safar 1122H, bersamaan 19 Mac 1710M, (ada sarjana yang mengatakan beliau dilahirkan pada tahun 1707M). Ayahnya bernama Abdullah serta ibunya bernama Aminah, sebagaimana nama kedua ayah-bonda Rasulullah Sollalluhu alaihi wasallam. Mereka merupakan pasangan yang kuat berpegang kepada agama. Moyangnya Abu Bakar dikatakan adalah raja di Mindanao. Titihan keturunan beliau dikatakan dari hababib Hadramaut, dari keluarga Habib Abu Bakar as-Sakran as-Saggof dari Maula ad-Duwailah dari Faqih al-Muqaddam Muhammad bin Ali Baalawi sehingga kepada Imam al-Muhajir Ahmad bin Isa sete.rusnya kepada Sayyidina Ali Karramallahu wajhahu dan Saiyyidatina Fatimah binti Rasulullah.1 Beliau merupakan anak sulung kepada pasangan ini, selepas sekian lama mereka tidak mendapat zuriat, kelahiran Muhammad Arsyad kemudiannya diikuti dengan kelahiran adik-adiknya, Abidin, Zainal Abidin, Nurmein dan Nurul Amin.

Muhammad Arsyad membesar sebagai seorang anak yang cergas-pintar serta berkebolehan dalam melukis pemandangan menggunakan arang. Kepintaran dan kebolehannya ini telah menarik perhatian pemerentah ketika itu yang kebetulan melawat Lok Gabang, Sultan Tahlilullah (17001735) untuk mempelawa Muhammad Arsyad yang berumur 7 tahun serta keluarga untuk tinggal di dalam kawasan istana baginda di Martapura. Baginda menjanjikan yang Muhammad Arsyad akan diberi pendidikan sebaik mungkin. Muhammad Arsyad mendapat pendidikan sebagaimana yang dijanjikan oleh Sultan, sehingga mencapai umur 30 tahun. Sultan kemudiannya mengkahwinkan Muhammad Arsyad dengan perempuan bangsawan yang dikenali sebagai Tuan Bajut. Ketika Tuan Bajut sarat mengandung anak pertama, Muhammad Arsyad mengambil keputusan untuk menyambung belajar di Makkah. Pendidikan: Di Makkah, Syaikh Muhammad Arsyad menuntut ilmu kepada guru-guru di sana antaranya; Syaikh Ataillah bin Ahmad al-Misri, Syaikh Ahmad bin Abdul Mumin ad-Damanhuri, Syaikh Sayyid Muhammad Murtada az-Zabidi, Syaikh Hassan bin Ahmad al-Yamani, Syaikh Abdullah bin Hijazi ash-Syarqawi, Syaikh Salim bin Abdullah al-Basri, Syaikh Syaikh Abdul Rahman bin Abdul Aziz al-Maghribi, Syaikh Syed Abdul Rahman bin Sulaiman al-Ahdal, Syaikh Abdul Rahman Abdul Mubin al-Fatani (Pauh Bok), Syaikh Muhammad Zain bin Faqih Jalaluddin al-Asyi (pengarang kitab jawi Bidayatul al-Hidayah)2 dan lain-lainnya. Dikatakan keberadaan syaikh di Hejaz telah disokong biayanya oleh Sultan Tamjidullah dan kemudiannya Sultan Tahmidullah II. Selepas 30 tahun menuntut di Makkah, Syaikh telah menyambung belajar di Madinah, guru utamanya di Madinah ialah Syaikh Muhammad bin Sulaiman al-Kurdi dan Syaikh Muhammad bin Abdul Karim as-Sammani. Syaikh dikata sebenarnya berhasrat untuk menyambung belajar ke Masir tetapi dinasihati oleh Syaikh Muhammad Sulaiman alKurdi agar segera pulang ke tanahair untuk berkhidmat kepada agama di kalangan anak bangsa

28

PROSIDING NADWAH ULAMA NUSANTARA (NUN) IV, 25-26 NOVEMBER 2011

sendiri. Selama 5 tahun pengajian di Madinah ini, Syaikh juga telah mempelajari tasauf dan memasukki suluk di bawah pengawasan Syaikh Muhammad Abdul Karim as-Sammani. Di sinilah hubungan syaikh, Syaikh Abdul Samad alFalembani yang sama-sama menuntut di Makkah sebelumnya serta Syaikh Abdul Wahab Bugis dan Abdul Rahman al-Misri dari Betawi yang keduanya belajar di Masir sebelumnya menjadi sangat akrab. Keempat-empat ulama ini yang dikenali sebagai empat serangkai ulama jawi telah memperolihi ijazah dari Syaikh Muhammad Abdul Karim asSammani untuk mentalqin serta menyebarkan tariqah as-Sammaniyyah, yakni asasnya merupakan furu bagi tariqah al-Khalwatiyyah. Mereka berempat telah bersama pulang ke Nusantara, mereka singgah di Betawi. Ada pengkaji yang mengatakan mereka terlibat dalam perjuangan menentang pemerentahan Belanda ketika berada di sana. Syaikh telah mengunjungi beberapa buah masjid di Batawi untuk beribadat dan berdakwah, memanafaatkan ilmu falak yang dikuasainya, Syaikh telah membetulkan arah qiblat bagi masjid-masjid yang arah qiblatnya tidak tepat, seumpama Masjid Pekojan dan Masjid Luar Batang. Sementara di Masjid Jembatan Lima terdapat catitan dalam bahasa arab sehingga sekarang yang mengatakan yang arah qiblat masjid ini ditelah dipalingkan ke kanan sebanyak 25 darjah pada tahun 1186H (1772M) oleh Syaikh Muhammad Arsyad al-Banjari. Syaikh kemudiannya menyambung pelayarannya dari Betawi ke Martapura, dia ditemani oleh rakannya yang dijadikan menantunya iaitu Syaikh Abdul Wahab Bugis. Kepulangan Syaikh pada bulan Ramadan 1186H (1772M) setelah merantau menuntut ilmu selama 35 tahun telah disambut meriah oleh Sultan Tahmidullah II dan rakyat jelata. Sultan telah menganugerahi tanah di pinggir Sungai Martapura kepada Syaikh, dimanafaatkan kawasan ini sebagi perkampongan keluarganya, kawasan pertanian yang mempunyai sistem pengairan yang dikenali sebagai Sungai Tuan, juga menempatkan pondok pesantren. Kawasan ini dikenali sebagai Dalam Pagar. Para santri yang datang untuk menuntut ilmu di Pesantren Dalam Pagar juga didedahkan kepada aktiviti pertanian. Perkahwinan: Sekurang-kurangnya Syaikh telah berkahwin empat sebanyak kali, Tuan Bajut (mendapat 2 orang anak) dan Tuan Markida dari bubuhan orang kebanyakan, Tuan Guwat @Go Huat Nio (6 orang anak) dari bubuhan cina sementara Aminah binti Taha bin Sultan Tahmidullah (7 orang anak)dari bubuhan diraja. Dikatakan Syaikh juga mempunyai isteri selain yang empat ini seperti Tuan Baiduri (4 orang anak) mendapat dan Tuan Lipur (5 orang anak), begitu juga dengan Tuan Kadarmanik, Tuan Liuh, Tuan Dayi dan Tuan Palung (3 orang anak).3 29

Sebagaimana yang diketahui yang Syaikh mengkahwini Tuan Bajut sebelum belayar ke Makkah dan kembali ke Martapura selepas 35 tahun kemudiannya, pada ketika umur Syaikh hampir mencecah 65 tahun.(Sekiranya benar Syaikh belayar ke Makkah ketika berusia hampir 30 tahun dan telah menuntut di bumi Hejaz selama 35 tahun), agak sukar pada kebiasaan kita untuk membayangkan syaikh sempat berkahwin sekelian ramai isteri, walaupun Syaikh meninggal dunia pada usia yang luar biasa lanjut. Syaikh telah mempunyai 30 orang anak dari semua perkahwinan ini. Ramai daripada anakanaknya serta zuriatnya yang menjadi ulama dan ada yang memegang jawatan resmi seperti mufti (seramai 10 orang) dan qadi (seramai 25 orang). Dari perkahwinannya dengan Tuan Bujut, sebagai contoh telah melahirkan anak perempuan, Syarifah. Dari perkahwinan Syarifah dengan Othman mehirkan Muhammad Asad yang kemudiannnya menjadi mufti pertama Matrapura, perkahwinan kedua Syarifah dengan Syaikh Abdul Wahab Bugis melahirkan Fatimah, seorang alimah yang mengajar santri perempuan di Pesantran Dalam Pagar dan juga merupakan penulis yang berkebolehan4. Pembentukan Lembaga Kegamaan: Sekembalinya Syaikh dari Tanah Hejaz dengan persiapan ilmu yang sangat memadai dan penghormatan serta kepercayaan masyarakat terhadap beliau membolehkan Syaikh berperanan secara berkesan di dalam masyarakatnya.Sultan Tahmidullah telah meminta nasihat Syaikh tentang pembentukan lembaga keagamaan di Martapura. Dengan itu Sultan telah mewujudkan jawatan mufti, sebagai pegawai tertinggi dalam penyeliaan perlaksanaan hukum dan juga untuk mengeluarkan fatwa. Sultan juga melantik qadi untuk melaksanakan sistem perundangan Islam yang meliputi urusan perselisihan,pusaka, dan nikah cerai. Mufti pertama yang dilantik ialah Syaikh Muhammad Asad bin Othman, cucunya Syaikh sendiri sementara jawatan qadi dijawat oleh Syaikh Suud, anak Syaikh sendiri. Pembentukan lembaga keagamaan ini semakin mengukuhkan peranan Islam di Martapura, sehingga di atas usulan dari Syaikh, sultan juga memperkenankan perlaksanaan hukum jinayah seperti hukuman bunuh bagi orang yang murtad, potong tangan bagi yang mencuri, dera bagi yang berzina dan selainnya. Pengukuhan ini berlanjutan dan mencapai kemuncaknya pada zaman pemerentahan Sultan Adam yang yang memperlembagakan Undang-Undang Sultan Adam pada tahun 1835.5 Tariqah al-Sammaniyah: Syaikh sebagaimana juga menantunya, Syaikh Abdul Wahab Bugis merupakan khalifah kepada Syaikh Muhammad Abul Karim as-Sammani semenjak di Madinah lagi.

PROSIDING NADWAH ULAMA NUSANTARA (NUN) IV, 25-26 NOVEMBER 2011

Mereka berperanan menyebarkan ajaran tasauf dan mengadakan majlis zikir serta menyelia murid-murid tertentu untuk menjalani suluk kerohanian. Penyebaran aliran sufi yang kuat berpaut kepada aqidah ahlu as-sunnah dan terikat kepada amalan feqah yang muktabar bertapak menjadi faham dan pembawaan tasauf yang meluas di kerajaan Martapura. Syaikh memang diakui sebagai perintis pada penyebaran Tariqah as-Sammaniyyah di Kalimantan Selatan. Pada zaman itu terdapat aliran tariqah yang tidak selari dengan ajaran Ahlu as-Sunnah, antara tokoh yang tertonjol ialah Dato Abulong, Syaikh Abdul Hamid. Dikatakan ketika Sultan menitahkan agar Abulong menghadap untuk dibicarakan dia menjawab: di sini tiada Haji Abdul Hamid,yang ada Tuhan. Lalu Sultan menyuruh pegawai baginda memanggil agar Tuhan datang ke istana, lalu dia menjawab Tuhan tidak bisa diperentah6. Akhirnya Sultan mejatuhkan hukum bunuh ke atas Abulong. Timbul polemik di antara pengkaji semada hukuman bunuh ke atas Syaikh Abdul Hamid itu di atas nasihat Syaikh Muhammad Arsyad atau tidak, juga apakah hukuman bunuh itu di atas kesalahan faham agama Abulong atau kerana sebagai usaha pengekalan kuasa oleh Sultan yang ketika itu terdapat usaha-usaha untuk menjatuhkan baginda dariapada takhta kekuasaan7. Pada itupun, kita membaca catitan tentang hubungan antara Syaikh dengan Datu Sanggul atau yang dikenali sebagi Datu Muning yang dikatakan berasal semada dari Acheh (ada yang menyebut dari Hadramaut atau Palembang), nama tubuhnya Syaikh Abdul Samad. Pengajaran tasauf yang dibawa oleh Syaikh bersifat dari langit ke bumi, bermula dari nas al-Quran, hadith serta athar dan perkataan ulama kepada pengamalan tasauf dan pengalaman kerohanian. Sedangkan pendekatan Datu Sanggul pula ialah dari bumi ke langit, bermula dengan pemerhatian, tafakkurnya terhadap unsur-unsur alam yang membimbangnya kepada pengesaan dan pengagungan Allah. Mereka saling memanafaat antara satu sama lain, Datu Sanggul meninggal selepas setahun syaikh kembali ke Martapura. Ketinggian kedudukan kerohanian Datu Sanggul hanya terkuak dan dimaklumi umum hanyalah selepas mendapat pengiktirafan dari Syaikh. Pertemuan dua tokoh dari dua kaedah suluk yang berlainan (satunya salik satunya majzub) inilah yang dikatakan melahirkan kitab misteri yang digelar kitab Berencong (sekiranya ianya benar-benar wujud; serta sekiranya didakwa sebagai kandungan kitab Berencong, maka kesahihannya hendaklah ditimbal balik dengan kandungan Kitab Tuhfatu arRaghibin). Bagaimanapun cerita-cerita ini memberi kita isyarat yang syaikh tidak menolak pengalaman kerohanian seseorang hanya kerana berlainan masyrab ataupun kaedah. Sikap sebegini memerlukan kepada ilmu yang cukup tajam dan

sikap lapang dada dalam menerima kerencaman wajah kebenaran. Kita juga dapat menyelusuri ketajaman pengamatan ilmu yang ada pada syaikh apabila beliau membahagikan wujudiyyah kepada dua8, bukannya memborong semuanya dalam suatu acuan. Syaikh menulis selepas beliau menyebut golongan yang sesat serta dihukumkannya sebagai itiqad yang kufur:
(syahadan) adalah wujudiyyah itu dua kaum (suatu) wujudiyyah yang muwahidun (kedua) wujudiyyah yang mulhidun (maka) wujudiyyah yang muwahidun itu iaitu segala ahlu as-sufi yang sebenarnya (dan) dinamakan mereka itu wujudiyyah (kerana) adalah bahath dan perkataan dan itiqad mereka itu pada wujud Allah Taala9

Syaikh menjelaskan kumpulan-kumpulan yang mendakwa sufi sangat merbahaya kepada agama, sehingga beliau menyenaraikan kumpulan-kumpulan mulhid yang bersufi dirinya sebagaimana yang disebut oleh Imam al-Ghazali, Syaikh Abu Najib Suharwardi, Imam Najmuddin Umar Nasafi dan lainnya, sehingga Syaikh mengatakan tiada sepatutnya mereka dinamakan sufi, hanya sepatutnya dinamakan kafir atau fasiq. Syaikh menyenaraikan 13 kumpulan daripada mereka. Syaikh menekankan kewajiban kita mengikut syariat yang dibawa oleh rasul:
Bahawasanya tiada diperolehi jalan mengenal hukum Allah Taala daripada suruh-Nya dan tegah-Nya (melainkan) daripada pihak pesuruh-Nya jua maka (barangsiapa) menyangka-nyangka bahawa diperolih jalan mengenal yang demikian itu lain daripada jalan yang pada pihak pesuruh-Nya (maka) iaitu kafir (kerana) disangkanya sampai kepada martabat nubuwwah (kata Imam alGhazali) jikalau menyangka seorang wali akan bahawasanyanya antaranya dan antara Allah Taala martabat dan hal yang menggugurkan wajib sembahyang (dan) menghalalkan minum arak (seperti) disangka oleh kaum yang bersufi-sufi dirinya (maka) tiadalah syak pada wajib membunuh dia Ikerana) murtadnya dan membunuh seorang orang itu terlebih baik daripada membunuh seratus kafir yang asli10

Usaha Islah: Syaikh juga telah berusaha untuk mengislahkan masyarakatnya daripada amalanamalan tradisi yang bertentangan dengan aqidah ahlu as-sunnah dan ketentuan syara. Dalam kitab Tuhfatu al-Raghibin, syaikh begitu ralik membincangkan amalan-amalan khurafat yang terdapat di dalam masyarakatnya, sehingga nisbah ruang yang digunakan untuk perkara tersebut jauh mengatasi ruang yang telah diberikan pada manamana faham aqidah sesat yang dibahaskannya. Beliau memulakannya:
(hubaya-hubaya) hendaklah engkau ketahui hai talib [penuntut] bahawasanya pekerjaan yang telah teradat pada setengah negeri di bawah angin [ rantau kita] (seperti) membuang pasilih dan menyanggar dan barang yang seumpamanya (iaitu) bidah pada perbuatan hamba yang bersalah-salahan dengan al-Quran dan hadith dan qaul [pendapat] sahabat dan ijma sekelian ulama (maka iaitu) bidah dolalah yang amat keji, wajib atas orang yang mengerjakan dia segera bertaubat daripadanya (dan) wajib atas segala raja-raja dan orang besar menghilangkan dia dikeranakan yang demikian itu daripada pekerjaan maksiat yang mengandung beberapa bagai daripada yang mungkar (dan) tiap-tiap pekerjaan

30

PROSIDING NADWAH ULAMA NUSANTARA (NUN) IV, 25-26 NOVEMBER 2011


yang mungkar itu wajib menegahkan dia dan menghilangkan dia dengan [dalil] suruh Allah Taala dan Rasul-Nya di dalam beberapa nas Quran dan hadith11

Syaikh membawa dalih-dalih yang digunakan oleh anggota masyarakat untuk membolehkan diadakan upacara-upacara tersebut12, lalu dibangkangnya satu demi satu secara yang bersungguh-sungguh. Syaikh bertegas sehingga dia menganggapkan:
(syahdan) bahawa telah terdahulu perkataan bahawa sanyanya pekerjaan sangkar dan berbuang pasilih itu bidah dan haram yang amat keji kerana mengandungi ia akan beberapa perkerjaan yang ijma sekelian ulama atas haramnya (maka) barangsiapa menghalalkan pekerjaan itu jadilah ia kafir murtad dengan tiada ikhtilaf semada dikerjakan pekerjaan itu atau tiada (dan) barang siapa mengerjakan itu dengan tiada dihalalkannya akan dia (tetapi) di itiqadkannya bahawa sangkar dan pasilah itu memberi bekas [kesan] ia dengan tabiatnya pada mengurusi [mengurangi] dan menolakkan bahaya (maka) orang itu jadi kafir dengan ittifaq sekelian ulama (dan barang siapa) mengitiqadkan yang demikian itu memberi bekas dengan kuat yang dijadikan Allah Taala di dalamnya (maka) orang itu jadi kafir (tetapi) dengan ikhtilaf mereka itu [ulama] dan jadi bidah fasiq dengan tiada ikhtilaf mereka itu (dan barang siapa) mengerjakan pekerjaan itu dengan tiada halalkannya akan dia dan tiada diitiqadkannya akan dia member bekas pada suatu juapun (maka) orang itu jadi bidah fasiq dengan perbuatannya yang demikian itu (maka) atas tiaptiap hal wajiblah atas orang yang menghalalkannya (dan) mengerjakan pekerjaan itu segera bertaubat daripadanya dan minta ampun daripada Allah dengan segala syaratnya 13

ini tidaklah menjadi pegangan, tetapi amalannya juga adalah bercanggah dengan ajaran agama, kerana kita ditegah dari menyerupai golongan yang sesat dalam kesesatan mereka. Syaikh juga memperingat ahli masyarakatnya kaedah berfikir yang perlu dalam menentukan kebenaran sesuatu amalan tradisi, antaranya:
(maka) tiap-tiap dakwa dengan tiada dalil itu tiada harus diperpegang dan dijadikan itiqad.18 Bahawa ceritra orang tuhatuha [tua] dan katanya hikayat itu tiada sah jadi dalil yang di atas itu dikerana ia semata-mata sangka dan waham dan jua tiada sertanya dalil yang menunjukkan kebenarannya 19

Penghayatan Akidah yang Luhur: Penekanan syaikh kepada kefahaman dan penghayatan aqidah yang luhur sangat jelas. Kitabnya Tuhfatu alRaghibin jelas menunjukkan kesungguhan syaikh dalam bidang ini. Aqidah ahlu as-sunnah wajib diperpegang:
(hubaya-hubaya) hai saudaraku yang beriman wajib atasmu beritiqad dengan Itiqad Ahlu as-Sunnah wa al-Jamaah (kerana) iaitulah Jalan Nabi Allah dan sahabatnya dan segala mereka yang mengikut mereka itu hingga Hari Kiamat dan wajib atasmu menjauhi sekelian Itiqad bidah yang sesat.20

Syaikh menyebut ciri kesederhanaan manhaj Ahlu as-Sunnah:


(syahdan) adalah Jalan Ahlu as-Sunnah wa al-Jamaah itu antara mazhab Jabariyyah dan Qadariyyah, dan mazhab Tasybih dan Tatil, dan antara mazhab Khariji dan Rafidi (sekali) peristiwa ada ditanyai orang Imam radiyyallahu anhu daripada mazhab ahlu asSunnah wa al-Jamaah (maka) jawabnya bahawa mazhab ahlu asSunnah wa al-Jamaah itu tiada khariji dan tiada Rafidi, dan tiada Jabariyyah dan tiada Qadariyyah, dan tiada Tasybih dan tiada tatil21

Syaikh juga menyentuh tentang kepercayaan kepada perkataan orang yang menyarung(dirasuk makhluk halus)14 dan ruh manusia boleh memasukki tubuh orang lain (tahdiru al-arwah):
(dan setengah) mereka itu adalah itiqadnya bahawa ruh apabila keluar ia dari suatu badan (maka) masuk ia kepada lembaga yang lain (maka) itiqad itu kufur 15

Syaikh menerangkan biasanya yang merasuk manusia itu adalah jin, walaupun malaikat juga mempunyai upaya untuk memasukki jasad manusia:
(Dan demikian lagi) perkataannya orang kesarungan itu sekalikali itu tiada sah jadi dalil yang menunjukkan atas bahawa yang menyarung itu manusia [ruh manusia yang lain]m hanya adalah yang demikian itu jadi dalil yang menunjukkan atas bahawa sanya yang menyarung itu syaitan jua kerana beberapa nas Quran dan Hadith dan perkataan segala ulama yang menunjukkan atas bahawa yang boleh menyarung dan masuk ke dalam badan itu malaikat atau syaitan jua kerana malaikat dan syaitan itu dijadikan Allah kuasa atas mengerjakan yang sukar hingga dapat masuk ia ke dalam tubuh manusia (tetapi) perbezaannya bahawa sanya malaikat tiada menyeru ia (melainkan) kepada jalan petunjuk dan kebajikan dan syaitan tiada menyeru ia (melainkan) kepada jalan sesat dan kejahatan16

Syaikh membilang firqah-firqah yang tersesat serta menyebut ciri-ciri kesesatan mereka yang merosakkan iman22. Dimulainya:
(kata) segala ulama Ahlu as-Sunnah wa al-Jamaah radiyallahu anhum (bahawa) adalah kaum yang tujuh puluh dua kaum itu asalnya enam kaum jua (pertama) Rafidoh (kedua) kaum Kharijiyyah (ketiga) kaum Jabariyyah (keempat) kaum Qadariyyah (kelima) kaum Jahmiyyah (keenam)kaum Murjiah. (kemudian) maka jadi pula pada tiap-tiap suatu yang keenam [enam] kaum dua belas maka jadilah perhimpunan mereka itu tujuh puluh dua sekeliannya sesat daripada isi neraka23

Dalam syaikh menolak kesesatan kumpulankumpulan yang terseleweng, syaikh menyebut antara ciri-ciri kesesatan yang ada pada kumpulankumpulan itu, yang sebenarnya secara amalannya berlaku juga di dalam masyarakat seperti perbuatan tidak menutup aurat, melihat perempuan yang eluk parasnya, menari dan menyanyi disertakan dengan alat muzik seperti rebana, bangsi, mure, rebab dan kecapi, mengutamakan syair kerohanian daripada alQuran sehingga perbuatan zina17. Walaupun semua 31

Agaknya kerana syaikh juga adalah seorang pengamal tariqah, dia memandang berat tentang penyelewengan aqidah atas nama ajaran sufiyyah, maka munasabahlah beliau menyenaraikan 13 aliran yang sesat dari golongan yang bersufi-sufikan diri, walaupun ianya bukan daripada enam yang pokok. Perbincangan Syaikh tentang pegangan yang sesat yang ada pada firqah-firqah yang disebutnya masih sangat relevan di zaman kita ini. Perkataanperkataan dan sendaan yang mempermudahmudahkan agama tidak disedari ramai yang ianya merosakkan iman.Seumpama yang diperingatkan oleh Syaikh:
(dan barang siapa) berkata bagi orang yang mengucap ( bahawa) itu tidak mengenyang dari lapar (maka)

PROSIDING NADWAH ULAMA NUSANTARA (NUN) IV, 25-26 NOVEMBER 2011


jadi kafir (dan jikalau) diberi kafir yang baru masuk Islam akan harta zakat kerana menjinakkan dia (maka) berkata seorang Islam mudah-mudahan kiranya aku jadi kafir kemudian masuk Islam pula aku supaya diberi orang akan daku harta seperti orang itu jadi kafir (dan barang siapa) menjawab perkataan orang yang berkata aku pertaruhkan hartaku kepada Allah Taaladengan katanya engkau pertaruhkan hartamu akan yang tiada mengikat [menangkap] pencuri apabila curinya hartamu oleh pencuri, maka orang itu jadi kafir.

Syaikh juga menyentuh tentang mereka yang mempunyai sangka yang menyeleweng tentang keutamaan tafakkur:
(dan setengah) mereka itu adalah itiqadnya bahawa tafakkur itu terutama daripada berbuat ibadat (pada) hal mengambil dalil mereka itu dengan hadith ini ( ) yakni tafakkur seketika itu terlebih baik daripada berbuat ibadat tujuh puluh tahun (disangkanya) bahawa murad [maksud] daripada ibadat itu ibadat fardu jua (maka) yang demikian itu kufur (sebab) dilebihkannya sunnat daripada fardu (dan) murad[[maksud] daripada ibadat yang pada hadith itu iaitu ibadat sunnat jua (yakni) tafakkur saah yang hasil daripada makrifah dan taubah, (dan) ibarat terlebih baik daripada ibadat sunnah tujuh puluh tahun yang tiada di dalamnya demikian itu 29 (dan setengah) mereka itu adalah itiqadnya bahawa seorang hamba apabila sampai kepada martabat kesudah-sudahan kasih akan allah Taala (maka) gugurlah daripadanya segala ibadat yang (zahir) dan adalah ibadatnya adalah tafakkur jua (maka) itiqadnya yang demikian itu kufur (dan setengah) mereka itu adalah itiqadnya bahawa seorang hamba apabila sampai kepada martabat kesudah-sudahan kasih akan Allah Taala (maka) haruslah baginya segala perempuan yang lain dan sahaya orang (maka) itiqad yang demikian itu kufur 30

Syaikh juga menyebut tentang tergelincirnya aqidah golongan yang meringan-ringankan syariah di banyak tempat, antaranya:
(atau) di itiqadkannya Allah Taala memberi dia makanan dan minumannya dan digugurkan Allah daripadanya membezakan antara halal dan haram (dan) didakwanya bahawasanya dirinya sampai kepada Allah Taala dengan jalan yang lain daripada ubudiyyah (atau) didakwanya dirinya sampai kepada martabat yang gugur daripada taklif syara (maka) jadi kafir ia dengan yang tersebut itu 24 (apabila) adalah kamu suci daripada hawa nafsu lagi ikhlas kepada Allah ia itulah ia kesudah-sudahan segala maksud [maqasid?] (adapun) mengerjakan amal syariat itu maka iaitu mereka itu segala awam yang kurang [ilmu dan pengalaman kerohanian] lagi turut-turutan [taqlid?] (maka adalah) itiqad yang demikian itu kufur (iaitu) itiqad mulhid lagi zindiq25

Syaikh juga menyebut tentang tergelincirnya faham perrenial atau pluralism kebenaran pada agama-agama:
(dan barang siapa) tiada mengkafirkan akan orang yang beragama yang lain daripada agama Islam (seperti) agama Yahudi dan Nasrani atau syak ia pada mengkafirkan mereka itu atau disahkannya akan mazhabnya mereka itu [yang ada di dalam agama selain Islam] maka jadi kafir 26 (dan) setengah mereka itu adalah itiqadnya bahawa segaka Kitab Allah Taala yang diturunkan dari langit itu tiada mansukh maka wajib mengamalkan barang yang di dalamnya (maka)itiqad yang demikian itu kufur 27

Syaikh begitu memperincikan sebab-sebab yang membawa tergelincirnya aqidah dari jalan Ahlu as-Sunnah wa al-Jamaah, dalam kaitan inilah beliau menyebut persoalan bidah, yang asas nya merupakan lawan kepada sunnah:
(dan) dihikayatkan daripada Imam as-Syafie bahawa segala perkerjaan yang bersalahan dengan Quran dan hadith atau qaul sahabat atau ijma (maka) iaitu bidah dolalah (dan kata Syaikh Abu Syakur Salami qaddasallahu sirrahu) dalam kitab Tamhid bahawa adalah bidah itu lima perkara (pertama) bidaah pada Zat Allah (kedua) bidah pada Kalam Allah (ketiga) bidah pada Sifat Allah (keempat) bidah pada segala perbuatan hamba (kelima) bidah pada segala sahabat Rasulullah (adapun) bidah pada Zat Allah (dan) pada Afal Allah (dan) pada Kalam Allah (dan) pada segala sifat Allah dengan tiada sebenarnya (maka) iaitu kufur sekali-kali tiada ikhtilaf sekali-kali ulama pada mengatakan dia kufur (adapun) bidah pada segala perbuatan hamba atau pada segala sahabat Rasulullah ada ia bersalahan dengan Firman Allah Taala yang nyata atau hadith yang ittifaq segala pada sahnya (atau) bersalahan mereka itu padanya (maka) bidah yang demikian itu mewajibkan kufur jua sekali-kali [tiada?] bersalahsalahan ulama (dan) jika ada bidah itu bersalahan dengan qiyas atau hadith yang tiada ittifaq segala ulama pada sahihnya (atau) ada pada hadith itu takwil sekira-kira hasil syubhah (maka) bidah yang demikian itu tiada mewajibkan kufur (hanya) jadi bidah sayyiah jua (maka) iaitu maksiat yang amat keci wajiblah taubat daripadanya. 31

Syaikh juga menyentuh tentang tergelincirnya faham musyabbihah dan mujassimah:


(adapun kaum mujassimah) maka setengah daripada mereka itu itiqad bahawa Allah Taala itu jauhar yang maujud dan (setengah) mereka itu bahawa Allah Taala itu jisim tetapi tiada seperti jisim yang lain (dan setengah) mereka itu itiqadnya bahawa Allah Taala seperti rupa manusia dan (setengah) mereka itu itiqadnya bahawa ada bagi Allah daging dan darah dan anggota muka dan tangan dan kaki dan jari (dan) setengah mereka itu itiqadnya bahawa ada Allah Taala bagi-Nya rupa (tetapi) tiada kami mengetahui betapa rupa-Nya (dan) setengah mereka itu bahawa Allah Taala datang dan turun dengan Zat-Nya serta bergerak dan berpindah daripada suatu tempat kepada suatu tempat (dan setengah) mereka itu itiqadnya bahawa Allah duduk di atas Arasy (dan setengah) mereka itu itiqadnya bahawa Allah masuk pada Arasy dan Arash itulah tempat kediamanan-Nya (syahdan adalah) perpegangan setengah kaum mujassimah itu pada itiqadnya yang tersebut itu zahir (ayat) [ Quran secara bahasa langsung] dan hadith yang mutasybihah dan dinamakan pula kaum mujassimah itu musyabbihah (kata Imam Fakhruddin al-Razi) yang mujassimah itu musyabbihah dan yang musyabbihah itu kafir (kerana) diithbatkannya bagi hak Allah Taala berjisim dan akan jisim itulah yang disembahnya (dan barang siapa) menyembah jisim maka sanya jadi kafir (kerana) menyembah yang lain daripada Allah Taala (kata Imam Ahmad radiyyallahu anhu) barang siapa mentasybihkan Allah Taala dengan makhluk (maka) sanya jadi kafir 28

Syaikh membezakan bidah di dalam perkara pokok aqidah daripada bidah dari segi amalan:
(soal) apa murad [maksud] daripada bidah itu (jawab) bahawa murad daripada bidah itu mengadakan mengadakan dan membaharui sesuatu pekerjaan yang tiada daripada agama Nabi kita sollallahu alaihi wasallam samaada perkerjaan itu itiqad atau perbuatan (maka) pekerjaan yang diadakan itu jika tiada memberi maslahah pada agama (maka) iaitu ada kalanya haram dan ada kalanya makruh 9dan0 ada kalanya mubah (dan) jika ada ia memberi maslahah pada agama (maka) iaitu ada kalanya wajib dan ada kalanya sunnat (maka) dikerana inilah terbahagi pekerjaan bidah itu atas lima bahagi (seperti) yang diriwayatkan Imam Nawawi daripada Syaikh Izzudin ibn Abdul Salam32

Syaikh juga telah memberi contoh jenis-jenis bidah dari lima bahagian ini dengan cara yang jelas.

32

PROSIDING NADWAH ULAMA NUSANTARA (NUN) IV, 25-26 NOVEMBER 2011

Selepas menyenaraikan kegelinciran aqidah dan keterjerumusan dalam dalam amalan bidah, syaikh membentangkan hukum ke atas orang yang murtad dan cara taubat. Orang yang terjerumus dalam riddah serta thabit perkara itu dengan bayyinah atau iqrar maka wajib di suruh dia segera bertaubat tanpa tangguh, sekiranya dia bertaubat dengan segala syaratnya, maka pengakuan taubatnya diterima, sekiranya dia enggan maka dia dihukum bunuh.33 Hukuman bunuh itu adalah hak raja atau naibnya, sekiranya dibunuh oleh selainnya, maka pembunuh itu dihukum tazir.34 Ketika membicarakan tentang taubat syaikh menyenaraikan perbuatan dosa-dosa besar sebanyak empat puluh dua perkara mengikut sebagaimana yang disebut oleh Syaikh Ibnu al-Muqari dan Syaikh al-Islam IZakariyya al-Ansari. Sekiranya bermanafaat menyedut sedikit daripada catitan syaikh dalam bab ini:
(dan jika) ada maksiat itu mewajibkan had bagi Allah Taala (seperti) zina dan minum arak maka ditilik jika tiada berdiri dengan dia saksi dan tiada ia masyhur (maka) harus menyembunyikan yang demikian dan harus ia iqrar dengan dia supaya didirikan had atasnya tetapi menyembunyikan terafdal daripada iqrar (dan) jika telah berdiri saksi dengan dia dan telah masyhur ia maka sunnatlah baginya datang kepada raja-raja atau naibnya pada hal iqrar dengan dia supaya didirikan had atasnya (maka) jika tiada didirikan had atasnya sahlah taubatnya (tetapi) dosa atas raja sebab meninggalkan had.35

Hubungan semua bentuk perbuatanmu kepada dirimu hanya merupakan hubungan kasbiyyah [usaha] sedang hubungan kepada allah adalah hubungan Khalqiyyah [penciptaan]. Allah yang mencipta dan engkaulah yang mengusahakan, kerana itulah diberi pahala atau dosa. Kalau engkau telah mampu mengeluarkan dirimu dari pandangan yang demikian itu [yang engkau mempunyai kuasa menjadikan], niscaya dibukakan (kesedara) bagimu [yang sesungguhnya] Allah jua yang menjadikan segala yang maujud, bukan engkau

Syaikh melanjutkan:
Manakala engkau telah memperolihi salah satu dari tiga macam tauhid tadi [Tauhid az-Zat, Tauhid as-Sifat dan Tauhid al-Afal], maka akan nyatalah bagi engkau lawannya ialah syirik, ialah setiap yang dihubungkan kepada makhluk, yang seperti ini dinamakan maqam al-farq Kerana itu perbaharuilah dan kuatkanlah tauhid mu pada setiap saat dan waktu bahkan setiap nafas yang keluar diisi dengan tauhid bahawa yang menjadikan segala yang maujud adalah Allah dengan keyakinan yang sungguh-sungguh sampai ke tingkat yang sempurna. Dan manakala imanmu telah meningkat dari maqam al-farq kepada maqam al-jama, niscaya tauhid dan imanmu juga akan meningkat.

Syaikh menyebut keasyikan terhadap usaha zahir ibadat semata-mata mungkin mampu menghijabkan kita daripada Mabud (Allah):
Orang seperti ini terpedaya kerana hanya memandang kepada ibadat kepada maqam dan mukasyafah, terperosoklah ia kerana cintanya kepadanya. Orang yang seperti ini diisyaratkan dalam ungkapannya. Wahai orang yang menjadi hamba [bagi] syahwat dan ibadah [yang zahir semata-mata], wahai orang yag menjadi tawanan [bagi]maqam dan kasyaf. Engkau adalah orang yang terjatuh [direbahkan] oleh angan-angan dan khayal yang menyebabkan engkau disibukkanoleh dirimu sendiri sehingga terjauh daripada Allah. Siapa yang lebih baik, [antara] orang yang disibukkan kerana dirinya sendiri [berbanding] dengan orang yang sibuk menghadapi hatinya kepada Allah. Dan orang yang sibuk menghadapi dirinya keadaannya seperti orang yang ditawan oleh orang lain. Setiap orang yang mencintai sesuatu ia menjadi tawanan barang yang dicintainya.

Pemahaman Ahlis Sufi tentang Aspek Ketuhanan: Syaikh menulis risalah pendek bagi menjelaskan pemahaman ahli sufi tentang aspek ketuhanan serta huraian berkaitan Wahdatu alWujud dalam kitabnya Fathu al-Rahman bi Syarhi Risalah Wali al-Ruslan36. Syaikh memulai dengan menyatakan tuntutan agar kita bertauhid kepada Allah serta menjauhi syirik, semada syirik jali (zahir) dan juga syirik khafi (batin). Imam al-Ghazali serta imam-imam yang lain telah banyak membicarakan tentang syirik zahir, syaikh menyebut syirik batin:
Yang dinamakan syirik yang tersembunyi seperti keinginan nafsu manusia untuk menguasai dan mencintai akwan (sesama kejadianNya).Kerana saking cintanya kepada akwan lupa kepada yang menjadikannya iaitu Allah, hal inilah yang menyebabkan terhalang menerima pertolongan Allah

Syaikh menyebut tentang yang sepatutnya pandangan hati yang jilah terhadap ibadat:
Orang yang melakukan mujahadah dengan mengerjakan syariat memandang semua macam ibadat yang dilakukannya adalah kurniaan Allah, dan orang yang menganggap mereka berbuat [ibadat] kerana kurniaan Allah adalah mereka yang melaksanakan hak Tuhan, tidak memandang kepada perbuatan [amal ibadatnya] kerana fananya kepada selain Allah, kerana fananya pada Allah.

Untuk menolak syirik khafi ini, Syaikh menyebut:


Syaikh Wali Al-Ruslan berkata: seluruh kejadianmu wahai hamba Allah, baik jasad, sifat mahupun afal dinamakan syirik khafi [sekiranya menghalangmu dari Allah], kerana terbitnya dari angan-angan dan khayal, kedua itulah [angan-angan dan khayal] yang memalingkannya ke bentuk lain seperti [daripada?] martabat dan maqamat, kerana angan-angan dan khayal inilah ia menolak martabat dan maqamat yang baik, sekalipun dari dirinya sendiri seperti pandangan batinnya terhadap wujud dieinya hanya wujud majazi sedang wujud Allah adalah wujud hakiki. Kerana wujud selain Allah didahului oleh tiada atau akan kembali menjadi tiada, kerana itulah seoalh-olah tiada ada wujudnya.

Syaikh menyatakan keterbatasan akal dalam perjalanan kerohanian untuk sampai mengenal Allah:
Kerana itu kalau ingin mengenal Allah hanya melalui akal jasmani, manusia akan menemui kesesatan kerana makrifahnya tidak akan sampai kepada allah dan demikian juga kalau menuntut akhirat melalui nafsu keinginan seperti yang telah disebut tidak akan mencapainya [kebahagian di akhirat]

Syaikh menjelaskan lagi:

Syaikh turut membincangkan istilah-istilah tasauf dengan tingkatannya seperti kasyaf, yaqin., maqam orang salik, maqam fana, khawatir serta lainlain istilah secara yang dikira rumit bagi kita sebagai orang awam untuk mengerti maksud-maksud yang tersirat, apa lagi bagi mendakwa telah merasai apa yang telah dicatitkan oleh syaikh di dalam risalah 33

PROSIDING NADWAH ULAMA NUSANTARA (NUN) IV, 25-26 NOVEMBER 2011

ini, kerana yang disebut oleh syaikh adalah perjalanan, pengalaman dan kesaksian kerohanian. Kaedah Berzikir: Kita dapat mengikuti kaedah berzikir bagi yang bersuluk secara bertariqah yang telah dianjurkan oleh Syaikh dalam risalah kecilnya Kanzu al-Maarif, kitab ini seakan berbentuk buku panduan (manual) bagi salik, sedangkan kitab Fathu ar-Rahman lebih bersifat penjelasan tentang konsep dan kefahaman tentang paradigm sufi (atau worldview) dalam pendakian mereka menuju Allah. Syaikh menyebut tentang kepentingan pembentukan orientasi dalaman: mengenal asal kejadian, mati sebelum mati, memfanakan diri dalam Qudrah, Iradah dan Ilmu Allah, lalu Syaikh menyatakan:
Kita wajib mengikut amar (perentah) Nabi Sollallahu alaihi wa sallam dan menjauhi segala nahi (larangan), supaya masuk ke dalam kandungan makna abdullah (hamba Allah) yang kamil pada sifat kehambaannya. Setelah itu hendaklah memantapkan musyahadah terhadap keesaan Allah, muraqabah dan muhadarah, serta selalu mengucap:

lanjutan (secondary discussion) bagi perkara utama. Kita tidak mempunyai upaya serta ruang untuk mendatangkan perkara-perkara yang terdapat dalam mana-mana kitab feqah jawi yang ada, hanya kita berhasrat mendatangkan naqalan dari perbincangan lanjutan yang menarik yang terdapat dalam kitab ini. Antaranya ketika membincang Bab Najasah, Syaikh membincangkan tentang madu:
(faedah) bermula madu yang keluar ia daripada waci ([ )lebah] itu suci ia lagi halal memakan dia dengan nas, dan ikhtilaf ulama pada menyatakan tempat keluarnya daripada waci, kata setengah mereka itu keluar madu itu daripada mulut waci, maka iaitu diisthisnakan daripada muntah, dan kata setengah mereka itu keluar ia daripada duburnya, maka iaitu di-isthisna ia daripada tahi, dan kata setengah mereka itu keluar ia daripada lubang di bawah sayapnya, maka di-istishnakan daripada najis laban [susu] haiwan yang tiada dimakan, jika ada ia seperti laban, dan kata setengah mereka itu tiada diketahui hakikat tempat keluarnya daripada waci, kerana barang yang telah diriwayatkan bahawa Nabi Allah Sulaiman alaihi a-salam adalah ia menghendaki mengenal hakikat tempat keluar madu dari waci, maka diperbuatkannya baginya tempat daripada kaca dan dimasukkan sekelian waci itu ke dalam kaca supaya dilihatnya dan diketahuinya betapa keluar madu daripada waci, maka tiba-tiba dilipakan [meliputkan/menutupkan] oleh waci akan sekelian keliling kaca dengan tanah hingga tiadalah kelihatan barang yang di dalamnya, maka jadi tiada diketahui oleh Nabi Allah Sulaiman akan hakikat yang demikian itu.37

Syaikh menerangkan adab-adab zikir seperti menghadirkan makna lafaz yang disebut, sebelum berzikir di dahului dengan mandi dan berwudu, beristighfar, memakai pakaian yang putih, mengambil tempat yang sunyi, mengerjakan solat dua rakaat, memohon taufiq dan hidayah serta duduk bersila dengan sopan dalam keadaan menghadap Qiblat. Kemudian dibincangkan tingkatan lafaz zikir dari ( ) kepada ( )kepada ( )dengan tumpuan hati yang khusus bagi setiap tingkatan lafaz zikir tersebut. Ianya pula untuk tingkatan pendakian dan kesedaran kerohanain yang berbeza-beza. Disiplin seumpama ini juga telah dibincangkan oleh Syaikh Daud bin Abdullah al-Fatani dlam kitabnya Diya al-Murid dan Syaikh Abdul Samad alFalembani dalam kitabnya Sairu as-Salikin. Pemahaman Amalan Feqah: Syaikh memberi kesan yang besar kepada pemahaman dan pengamalan feqah bagi ummah di rantau kita. Walaupun kitab Sabilu al-Mubtadi sahaja kitab yang dikarang oleh Syaikh yang tersebar luas sebagai bahan rujukan dan bahan pembelajaran di kalangan guru dan penuntut di rantau kita, pengaruh Syaikh juga kuat berakar umbi di kalangan ummah melalui kitab karangan anaknya (Syaikh Jamaluddin) atau cucunya (Syaikhah Fatimah) iaitu kitab Perukunan. Perukunan merupakan kitab rujukan terasas yang dianggap muktabar oleh anggota masyarakat Nusantara. (Insyaallah, akan dibincangkan tentang Perukunan secara khusus) Sabilu al- Mubtadi seumpama kitab-kitab feqah yang lain dalam rubu ibadat; susunan tajuk dan perbicaraannya tidak menyalahi kitab-kitab feqah muktabar di dalam mazhab, begitupun ianya mempunyai beberapa keistimewaannya yang tidak terdapat dalam kebanyakan kitab-kitab feqah berbahasa jawi yang lain; yakni pada perbincangan 34

Syaikh juga telah membincangkan tentang najis atau tidaknya makanan seumpama kopi luwak (kitab feqah yang lain juga menyebut perkara yang sama):
(masaalah) jikalau memakan binatang akan biji-bijian kemudian maka dimuntahkannya atau diberakkannya akan dia, maka ditilik kepada biji itu, jika ada ia keras sekira-kira jika ditanam niscaya tumbuh ia, maka iaitu suci dengan dibasuh dan halal dimakan, dan jika tiada ia seperti demikian itu maka iaitu najis.38

Terserlah kepakaran syaikh dalam ilmu falaq ketika membincangkan masuk waktu sembahyang, salah suatu daripada syarat sah sembahyang, yakni menghadao qiblat dan ketika membincangkan penentuan awal puasa dan hari raya. Syaikh membincangkan tentang dalil untuk ijtihad dalam menentu arah qiblat, serta pendapat Imam Ibnu Hajar yang terkuat dalilnya secara zahir dan mahsus [yang boleh dirasai oleh pancaindera] adalah bintang Kutub Utara, lalu Syaikh membincangkan tentang bintang Kutub Utara:
(syahdan) adalah Bintang Qutb Syamali [Kutub Utara]itu tiada kelihatan ia pada tiap-tiap negeri yang ada ia pada Khatu al-Istiwa dan pada tiap-tiap negeri yang ada ia pada pihak junub yakni selatan seperti negeri Banjar dan negeri Jawa, maka tiada dapat dalam negeri itu mengambil dalil atas qiblat dengan bintang kutubinah dan kerana tiada kelihatan ia melainkan dengan wasitah baitu al-ibrah yakni pedoman [kompas] atau barang sebagainya kerana hujung jarum pedoman yang berhadap kepada pihak utara itu berbetulan ia dengan bintang kutub (dan) kelihatan bintang Kutub pada tiap-tiap negeri yang pihak syamali yakni utara seperti negeri Makkah dan Madinah dan Negeri Acheh dan kebanyakan negeri Melayu, dan adalah tinggi bintang itu dari tepi langit dengan kadar jauh negeri itu daripada khatu al-istiwa, maka tinggi Bintang Kutub di Negeri Makkah dua puluh satu darjah kerana jauh Makkah daripada Khatu al-istiwa seperti demikian itu, dan tinggi di Madinah dua puluh empat darjah majburah kerana jauh Madinah daripada Khatu al-istiwa seperti demikian

PROSIDING NADWAH ULAMA NUSANTARA (NUN) IV, 25-26 NOVEMBER 2011


itu (maka jika) adalah jauh negeri daripada Khat al-Istiwa Sembilan puluh darjah niscaya adalah tinggi bintang itu Sembilan puluh darjah iaitu berbetulan dengan atas kepala isi negeri itu, maka dlam negeri itu tiada dapat mengambil dalil dengan Bintang Kutub kerana tiada baginya dilalah atas qiblat.39 jika dihukumkan qadi mukhalif (?) ertinya yang menyalahi mazhabnya seperti Hanafi umpamanya dengan thabit bulan pada negeri jauh yang tiada melihat bulan, maka tatkala itu wajib atas kita Syafieyyah mengamalkan hukumnya wajib puasa 43

Kemudian Syaikh membincang enam dalil qiblat:


(pertama) taul [garis longitude] yakni jauh negeri atau tempat daripada Laut Khalidat di Maghrib (kedua) arad yakni kadar jauhnya daripada Khatu al-istiwa serta daerah handasiyyah atau yang lain daripada asykal handasiyyah (ketiga)bintang Kutub dan kaukab (keempat) matahari (kelima)bulan (keenam) angin.40

Syaikh membincang dengan panjang lebar tentang kedudukan Makkah yang taul-nya 67 darjah dan arad-nya 21 darjah berbanding dengan negeri yang mempunyai semada darjah taul yang lebih atau kurang daripada Makkah, begitu juga dengan garisan ard yang menentukan darjah serong kiblat bagi setiap negeri. Syaikh sangat mengambil berat tentang dalil-dalil arah kiblat ini sehingga membuat catitan:
(dan) barang siapa dapat akan dia belajar dalil kiblat wajiblah atasnya belajar ia seperti belajar wudu dan seumpamanya, maka belajar dia itu fardu ain atas orang yang menghendaki pergipergian yang sedikit dalamnya orang yang tahu akan dalil kiblat dan fardu kifayah atas orang yang di dalam negeri atau yang menghendaki pergi-pergian yang banyak di dalamnya orang yang tahu akan dalil kiblat, maka barang siapa fardu ain atasnya belajar dalil kiblat derhakalah ia sebab meninggalkan belajar dia dan haram atasnya taqlid jika pihak waktu daripada belajar dia sembahyanglah ia kepada barang jihah [arah] yang dikehendakinya menghadap dia dan wajib atasnya mengkembalikan sembahyang, dan barang siapa fardu kifayah atasnya belajar dalil kiblat tiada durhaka ia sebab meninggalkan dia dan harus baginya taqlid dan tiada dikembalikannya akan sembahyang yang dengan taqlid41

Diikuti dengan perbahasan yang panjang tentang yang dimaksudkan persamaan pada matali; Syaikh nampaknya bersetuju yang dua negeri di dalam lingkungan yang tidak melebehi 8 darjah di kira muafakat pada matali, kerana 8 darjah itu adalah sekurang-kurang masa yang didobitkan () sebagai perhentian bulan di tepi langit kemudian daripada masuk matahari. Syaikh mendatangkan contoh perkiraan bagi menjelaskan penetapannya ini. Syaikh akhiri kitab besarnya Sabilu al-Mubtadi dengan Kitab al-Atimah ( ,) awalawalnya Syaikh mengatakan:
(bermula) mengenal yang halal dan yang haram daripada makanan itu wajib, naka iaitu setengah daripada selebih-lebih muaakad yang mafhum daripada agama kerana adalah memakan atau meminum yang haram itu janji siksa yang amat sangat yang telah mengisyaratkan kepada setengahnya sabda Nabi sollallahu alaihi wasallam.44

Syaikh menyebut tentang tugas mendapatkan mata pencarian yang halal:


(syahdan) sunnat bagi manusia bahawa berusaha pada menghasilkan nafkah dan belanja bagi dirinya dan isi rumahnya barang sedapatnya, maka [sekiranya] lemah ia daripadanya maka hendaklah dihasilkannya nafkah dan belanja dirinya jua, dan tiada haram berjual-beli dengan orang yang kebanyakan daripada hartanya itu haram dan tiada haram memakan daripada hartanya (bermula) usaha yang terafdal itu berhuma [bertani] kerana bahaw sanya manafaatnya itu terlebih umum dan yang mengerjakannya terlebih hampir kepada tawakkal dan terlebih sejahtera dari perdaya dan khianat, dan yang mengiringi berhuma itu berusaha dengan kepandaian dirinya seperti menjahit atau menyurat atau bertukang atau barang sebagainya kerana bahawa sanya pada yang demikian itu lelah pada menuntut yang halal terbanyak dan yang mengiringi berniaga45

Begitu juga kenyataan tentang perbezaan waktu sembahyang dari suatu tempat dari suatu tempat:
(tanbih) telah menyebut oleh ulama bahawa sanya sekelian waktu bersalah-salahan ia sebab bersalahan-salahan wada [kedudukan] matahari dengan nisbah kepada kurrah [globe] dunia, maka tiada jua ada pada satu darjah daripada segala darajat falak yang ada matahari di dalamnya melainkan adalah matahari itu terbit ia dengan nisbah kepada satu negeri dan masuk ia dengan nisbah kepada negeri yang lain dan rembang ia dengan nisbah kepada negeri yang lain dan dalam waktu asar dengan nisbah kepada negeri yang lain dan di dalam waktu isya dengan nisbah kepada negeri yang lain dan di dalam waktu subuh dengan nisbah kepada negeri yang lain, demikianlah tersebut di dalam Tuhfah.42

Syaikh menyebut tentang kehormatan diri yang begitu tinggi sehingga berbanding dengan keselamatan nyawa sekalipun:
(dan jikalau)sangat hajat seorang perempuan kepada makanan dan enggan seorang laki-laki yang ada baginya makanan daripada memberikan dia melainkan dengan zina ia dengan dia, niscaya tiadalah harus [haram] bagi perempuan itu zina kerana bahawa sanya menggagahi atas zina dengan bunuh umpamanya [masih] tiadamengharuskan ia akan zina 46

Syaikh mengikuti pendapat masyhur di dalam mazhab yang awal bulan Ramadan tidak boleh ditentu secara hisab atau kiraan astronomy, hasilan daripada hisab itu hanya boleh diamalkan oleh yang melakukan hisaban, sementara masyarakat luas menentukan permulaan Ramadan dengan melihat anak bulan. Syaikh menyebut tentang melihat anak bulan:
Dan apabila dilihat anak bulan pada suatu negeri wajiblah puasa atas isi negeri yang hampir dengan dia iaitu yang muafakat pada matali( )mereka itu dengan dengan matali isi negeri yang melihat bulan dan tiada wajib puasa atas isi negeri yang jauh iaitu yang bersalahan matali mereka itu dengan matali negeri yang melihat bulan kerana melihat bulan itu bersalah-salahan sebab bersalahan matali dan bersalahan jauh negeri dari khatu istiwa,

Meninggal Dunia: Syaikh telah mengisi hayatnya yang panjang dengan belbagai kebajikan, sebagai pakar rujuk yang sangat dihormati oleh pemerentah, sebagai ulama yang memimpin pesantren di Dalam Pagar, sebagai ketua keluarga yang demikian besar sehinggalah menjelang 5 Rajab 1224H Syaikh membawa ahli keluarganya ke Kalampayan untuk ke kebun dan melawat kubur kedua ibu bapanya. Syaikh tinggal di Kalampayan sehinggalah 29 Jamadi al-Akhir 1225H apabila Syaikh bermusafir ke Pingaran untuk menziarahi sahabatnya, barang ditaqdirkan Allah di dalam perjalanan syaikh sakit dengan tiba-tiba dan lumpuh di sebelah kiri 35

PROSIDING NADWAH ULAMA NUSANTARA (NUN) IV, 25-26 NOVEMBER 2011

badannnya. Syaikh telah dibawa balik oleh keluarga ke rumahnya di Dalam Pagar pada 4 Jamadi alAwwal 1226 dalam keadaan yang sakit. Beliau berpesan kepada anak cucunya sekiranya beliau meninggal di musim kemarau, kebumikan di Karangtangah bersebelahan kubur-kubur isteri dan menantunya, sekiranya beliau meninggal di musim hujan, kebumikan di Kelampayan, hampir kepada surau beliau di dalam kebunnnya. Syaikh menghembuskan nafas terakhirnya di antara waktu maghrib dan isya 6 Syawal 1227H (13 Oktober 1812)47. Syaikh dikebumikan di Kelampayan sebagai mana wasiatnya, kuburnya sehingga kini di ziarahi orang ramai.48 Karya: Syaikh telah menulis beberapa kitab: (1) Sabilu al-Muhtadi lil Tafaqquhi fi Amri adDin: Kitab ini merupakan di antara kitab feqah terpenting di rantau kita. Ianya ditulis di atas permintaan Sultan Tahmidullah bin Sultan Tamjidullah49 pada tahun 1193H. Kitab ini ditulis sebagai lanjutan [bukan syarh] bagi kitab Siratu alMustaqim tulisan Syaikh Nuruddin ar-Raniri yang dianggap oleh Syaikh sebagai sebaik-baik kitab yang dibahasakan dengan bahasa jawi. Bagaimanapun kitab Siratu al-Mustaqim itu mengandungi beberapa perkatan Acheh yang tidak difahami oleh golongan lain serta terdapat perubahan pada naskhah-naskhah salinan bagi kitab tersebut. Untuk tujuan itulah Syaikh telah mengarang Sabilu al-Mubtadi, sebuah karangan yang jauh lebih lengkap perbicaraannya dan mengekalkan susunan bab-bab dan uslub perbicaraan sebagaimana yang telah dilakukan oleh Syaikh Nuruddin dan fuqaha yang lainnya. Kitab ini merupakan kitab jawi yang pertama dicetak dengan izin Sultan Uthmaniyyah, Sultan Abdul Hamid II di Istanbul atas dayausaha Syaikh Ahmad bin Muhammad Zain al-Fatani. Syaikh Ahmad menyebut tentang Syaikh Muhammad Arsyad dan kitabnya yang ini:
Ialah yang mempunyai kelebihan yang nyata dan kebuktian yang limpah lagi rata yang tiada dapat diadu-adukan kemulian dan ketinggiannya dan tiada boleh dikira-kirakan kebajikan dan kebudiannya [ ] ialah Kiyai yang mempunyai bijaksana dan kepetahan yang amat sempurna ialah yang pada segala sifat kepujian itu ketunggalan ialah yang mempunyai taqwa dan amal yang soleh yang berkekalan kelebihan itu seperti barang yang engkau ketahui sangat masyhur, adakah diingkarkan matahari yang pada ketika rembangnya yang bersangatan zuhur memadalah akan dikau bahawa jika lihatkan kitab ini dan engkau ketahuikan bicaraan niscaya engkau dapatkan ia laut ilmu yang indah-indah mutiaranya dan laut marifah yang berhiasan segala matahari dan bulan dan bintangnya, maka ceracalah kamu segala masaalah yang payah dengan cahaya dan cemerlangnya, betapa padahal Tuhfah dan Nihayah di dalam kandungannya demikian Mughni dan irsyad dan lainnya, maka sayugialah bagi tiap-tiap yang mempunyai ketinggian hemmah dan gemar hendak mengetahuikan segala rasia ilmu feqah yang lepas dengan dia daripada sesat dan samar bahawa bersegeralah ia mendapati akan ini kitab yang nafis yang terjemahlah dengan dia pada bahasa Melayu MazhabImam Muhammad bin Idris., telah mudahlah sekarang ini wihamdulillah mendapati dia kemudian daripada

adalah ia sangat payah dan mahal harganya atas segala yang menuntuti dia 50

Kitab ini dicetak pada tahun 1300 H di Makkah pada bulan Syaaban. di masir pada akhir bulan Zu al-Qadah dan di Istanbul pada bulan Syawal 1302H. Kemudiannya ia diulang cetak di merata tempat sehingga sekarang51 Kitab ini telah dijadikan rujukan kepada ulama Melayu yang datang kemudiannya, dan yang sempat saya temui secara pasti dengan menyebut nama kitab ini, Syaikh Daud bin Abdullah dalam kitabnya Bughyatu at-Tullab, Syaikh Muhammad Husein bin Abdul Latif (Tok Kelaba) dalam kitabnya Hada-iqu as-Solawat fi al-Khalawati wa al-Jalawat - dan kitabnya Hidayatu alSaili fi Bayani al-Masail. {beliau juga menyalin kitab Luqtatu al-Ajlan karangan Syaikh (2) Tuhfatu al-Raghibin: Terdapat tiga ulama Melayu yang dikaitkan dengan kitab Tuhfatu alRaghibin; Syaikh, Syaikh Abdul Samad alFalembani dan Syaikh Daud al-Fatani. Bagaimanapun terdapat pertikaian Tuhfatu alRaghibin semada di tulis oleh Syaikh Muhammad Arsyad atau sahabatnya Syaikh Abdul Samad.
Tuhfatu al-Raghibin ditulis pada 1188H kerana memenuhi tuntutan oleh: seorang yang tiada boleh akan daku menyalahi dia daripada segala orang besar pada masa ini, barang diterangkan Allah Taala kiranya akan hatiku dan hatinya dengan cahaya tauhid dan makrifah.

Ianya menyebut istilah yang agak khusus bagi masyarakat Banjar, seumpama menyanggar banua dan membuang pasilih. Menyanggar benua dikaitkan dengan dogeng Datu Taruna yang tidak pulangpulang ke desa Barikin selepas memerangi perompak telah dicari isterinya Mayang Sari. Selepas kembalinya Datuk Taruna ke desanya, dia pula yang mencari isterinya yang telah bertukar menjadi orang ghaib. Sebelum beliau keluar dari desanya untuk mencari isterinya, dia berpesan agar dijalankan upacara menyanggar banua pada setiap tahun di desa Barikin. Upacara menyanggar banua menjadi suatu upacara berwarna-warni, diiringi muzik gamelan dan menyembahkan makanan serta ada yang kesurupan (dimasukki makhluk halus). Sementara membuang pasilih pula merupakan upacara mandi-mandian yang juga dikenali sebagai badudus, biasanya dilaukan pada bulan Muharam atau pertengahan Jamadi al-akhir. Ianya dilakukan oleh mereka yang mengaku keturunan raja-raja Banjar dahulu-kala yang tinggal di Amuntai, ianya melibatkan permainan muzik dan penyeruan makhluk ghaib dari keturunan raja-raja Banjar di zaman Hindu. Asalnya dikatakan sebahagian daripada upacara dalam majlis penobatan raja-raja di zaman Hindu52 Pada kulit kitab ini yang merupakan cetakan kedua Matbaah al-Ahmadiyyah Singapura pada tahun 1347H yang terdapat catitan: ini kitab sudah di 36

PROSIDING NADWAH ULAMA NUSANTARA (NUN) IV, 25-26 NOVEMBER 2011

cap dari negeri Istanbul fi Matbaah al-Haj Muharram Afandi terdapat catitan talif al-Alim al-Allamah as-Syaikh Muhammad Arsyad alBanjari. Ianya juga memuatkan kenyataan: telah ditashihkan risalah oleh seorang daripada zuriat mualif-nya sendiri Abdul Rahman Siddiq bin Muhammad Afif bagi khat mualif sendiri.53 Syaikh Daud bin Abdullah al-Fatani di dalam kitabnya Manhalu as-Sufi menyebut: maka disebut oleh empunya karangan Tuhfatu ar-Raghibin fi Bayani haqiqati imani al-Mukmin bagi alim al-Fadil alAllamah Syaikh Muhammad Arsyad54 (3) Luqtatu al-Ajlan fi al-Haidi wa al-Istihadati wa an-Nifasi: Pernah dicetak oleh zuriatnya Syaikh pada tahun 1992M. Kitab ini membicarakan hukum bersuci dan jenis-jenis darah yang keluar daripada perempuan.Ianya siap ditulis pada tahun 1192H. (3) Qauli al-Mukhtasar fi al-Mahdi al-Muntazar: Membicarakan tentang peristiwa akhir zaman terutamanya tentang Imam Mahdi.Karangan Syaikh Daud bin Abdullah al-Fatani sangat menyerupai tulisan ini. Ianya siap ditulis 1196H (4) Kanzu al-Maarif fi Bayani al-Haqiqati (5) Fathu ar-Rahman (6) Mazhab Ahli as-Sunnah wa al-Jamaah, Qadariyyah dan Jabariyyah. Kitab-kitab (dari no.2 sehingga no.7 kecuali no.3) telah dirumikan dan dikemaskinikan bahasanya oleh Prof H.M Asywadie Syukur sebagai yang termuat dalam PemikiranPemikiran Syeh Muhammad Arsyad al-Banjari [m/s 213-219]. Lain-lain kitab yang ditulis oleh syaikh ialah: Kitab al-Faraid Kitab an-Nikah Kitab Tuhfatu al- Ahbab. Kitab al-Arkan li Talimi as-Sibyan

al-Banjari Mufti Banjar. Dikatakan juga yang ianya sebenarnya dikarang oleh Syaikhah Fatimah binti Abdul Wahab al-Bugisi, cucunya Syaikh. Memandangkan masyarakat ketika itu masih kekok untuk menerima kitab agama tulisan seorang perempuan, maka dinisbahkan karangan itu kepada Syaikh Jamaluddin, bapa saudara Syaikhah Fatimah. Versi ini dicetak di Mesir, sebelum ianya dicetak di rantau kita. Satu lagi versi Perukunan Sembahyang (Besar) telah disusun oleh Syaikh Abdul Rashid al-Banjari,56 pada muka depannya dicatit: Diambil daripada setengah karangan Syaikh Muhammad Arsyad Banjar. Kandungan kedua Perukunan ini hampir sama, kedua-duanya bersumberkan pengajaran dari Syaikh. Hanyalah Perukunan Haji Abdul Rashid telah memuatkan beberapa tambahan seperti Ratib Haddad, doa-doa dan wirid, terutama wirid selepas sembahyang dan ibadat Haji. Ianya juga mempunyai perbincangan khas tentang haidh (pada m/s 21-22). Ianya memuatkan kaifiat sembahyang terawih serta terjemahan bacaan-bacaan penting di dalam sembahyang juga khutbah jumaat dan khutbah nikah. Sekiranya kita amati, kita akan dapati susunan amalan wirid selepas sembahyang kita, kaifiat sembahyang terawih, sembahyang hadiah (atau sembahyng teman) serta banyak lagi amalan-amalan keagamaan dalam masyarakat kita dibina dari huraian kedua kitab Perukunan ini. Kitab-kitab yang datang kemudian turut memperkukuhkan amalanamalan yang terdapat di dalam kitab Perukunan. Keilmuan di Kedah: Tanah Melayu, khususnya Negeri Kedah telah mendapat sekian banyak manafaat selain dari warisan ilmu dari Syaikh juga daripada ulama dari keturunan Syaikh. Anaknya Syaikh dengan isterinya Tuan Baiduri, Qadi Abu Suud bin Muhammad Arsyad al-Banjari dalam perjalanan pulang dari Makkah telah melalui perairan Kuala Kedah. Beliau dan rombongan telah ditangkap oleh tentera Sultan Kedah kerana disangka yang kapal mereka itu sebagai kapal tentera Siam. Sultan Kedah kemudiannya telah memohon agar Syaikh Abu Suud agar menetap dan mengembangkan ilmu agama di Kedah. Beliau berkahwin dengan perempuan dari kerabat diraja Kedah dan menetap di Titi Gajah. Salah seorang daripada anak dari perkahwinan ini dinamakan Masud (beliau menemui syahid-nya ketika berjihad melawan serangan Siam pada tahun 1821)yang merupakan ayah kepada ulama besar Kedah Syaikh Muhammad Taib. Syaikh Muhammad Taib telah membuka pondok sekitar 1870an di Titi Gajah, disamping dilantik mejadi mufti kedah dan penasihat kepada SultanTajuddin Mukarram Shah (18531879). Beliau juga telah menghasilkan beberapa buah kitab. Cucu kepada Syaikh Muhammad Taib yang awlanya mendapat pendidikan di pondok Titi Gajah adalah ulama kedah yang terkenal, Tuan 37

Dan beberapa lagi sebagaimana pernah diiklankan dalam lampiran cetakan Tuhfatu alRaghibin Singapura 1928. Dikatakan manuskrip kitab-kitab yang disenaraikan tersimpan pada Kiyai Haji Abdul rahman al-Banjari, Inderagiri, Sumatra.55 Kitab Perukunan Sembahyang: Agaknya bermanafaat untuk kita sentuh tentang dua versi kitab Perukunan Sembahyang yang terdapat dalam masyarakat kita, memandangkan dari segi amalinya kitab Perukunan merupakan antara kitab yang sangat memberi kesan kepada rupa-bentuk amalan ibadat kita. Perukunan merupakan manual untuk beramal, ianya mudah dan praktikal. Salah satu dari Perukunan adalah karangan bagi al-alim al-allamah Mufti Jamaluddin ibn Almarhum al-Fadil as-Syaikh Muhammad Arsyad

PROSIDING NADWAH ULAMA NUSANTARA (NUN) IV, 25-26 NOVEMBER 2011

Hussein Kedah. Beliau ini telah membuka enam pondok di tempat yang berbeza serta telah meninggalkan sekelian banyak karangan kitab57. Kebelakangan ini, Kedah masih terus mendapat keberkatan dari ulama Banjar dengan kehadiran Syaikh Ahmad Fahmi Bin Zamzam al-Banjari serta guru kami, Syaikhuna Nuruddin Marbu al-Banjari. KESIMPULAN Kita dapat perhatikan kehidupan Syaikh mengambarkan bagaiman hampir semua doa-doa yang kita panjatkan telah dimakbukan Tuhan kepada Syaikh dengan limpah rahmat-Nya. Lanjut usia dalam ketaatan, sihat dan afiat, ilmu yang dimanafaatkan manusia, harta yang bermanafaat, dimuliakan oleh anggota masyarakat, zuriat yang 58 soleh, zikirullah yang berterusan dan kefahaman di dalam urusan agama. Semoga Allah memberi kita manafaat dari khazanah ilmu dan amalan Syaikh Muhammad Arsyad Bin Abdullah al-Banjari serta kita dikira-kira di sisi Allah sebagai penerima pusaka ilmu, amal dan kebijaksanaan dari Syaikh sehingga Allah kiranya memberi anugerah kepada kira sebagaimana Allah telah memberi anugerah-Nya kepada Syaikh dan golongan solihin muqarrabin yang lainnya, amin bi jahi Saiyyidina al-Awwalin wa al-Akhirin. NOTA HUJUNG
1

Terdapat sedikit perbezaan pada nama-nama isteri syaikh dalam tulisan-tulisan pengkaji, Mungkin begitu juga pada bilangan anak bagi setiap isterinya. Buku Maulana Syeikh Muhammad Arsyad al Banjari (Tuan Haji Besar) tulisan Abu Daudi mengupas dengan begitu terperinci keturunan Syaikh sehingga dari m/s100 sehingga m/s492 hanya membincang teantang perkara itu. Tebal buku itu ialah 492 m/s. Undang-undang ini mempunyai 38 pasal sebagaimana yang telah diterbitkan oleh A.M Joekes dalam majallah Indusche Gids pada 1891, selain itu ianya juga diterbitkan oleh Helderman, penolong Residen di Amuntai pada tahun 1910. Kedua penerbitan ini sama dari pasal 1 hingga 30. Dan berbeza pada pasal-pasal yang kemudiannya. Pada muqaddimahnya disebut: Pada Hijrah Sanah 1251 pada hari khamis yang ke 15 haribulan al-Muharram jam pukul 9 pada ketika itulah aku Sultan Adam membuat undangundang pada sekelian rakyatku supaya sempurna agama rakyatku dan itiqad mereka itu supaya jangan jadi banyak perbantahan mereka itu dan supaya jadi kemudahan segala hakim menghukumkan mereka itu, aku harap juga bahawa dijadikan baik sekelian hal mereka itu dengan sebab undang-undang ini, maka adalah undang-undang ini maka undang-undang ku beberapa perkara.
Perkara 1 menyebut: Adapun perkara yang pertama aku suruhkan sekelian rakyatku laki-laki dan bini-bini beritiqad dalal al-Sunnah wa al-Jamaah dan jangan ada seorang beritiqad dengan Itiqad ahli al-bidah, maka siapa-siapa yang terdengar orang yang beritiqad lain daripada Itiqad Sunnah wa al-Jamaah ku suruh bapada [bawa] kepada hakimnya, lamun [sekiranya] salah Itiqadnya itu ku suruh hakim itu menobatkan dan mengajari Itiqad yang betul, lamun [sekiranya] enggan ianya dari pada taubat, bapadah [bawa] hakim itu kajah di aku [kepadaku]

Salsilah keturunan Syaikh ini telah disebut secara terperincinya oleh Ustaz Wan Muhammad Saghir dalam buku kecil Penyebaran Islam & Silsilah Ulama Jilid 8 m/s 28. Ianya kemudiannya dipetik oleh M.Rusydi dalam kertsanya The Influence of Muhammad Arsyad al-Banjari On The Religiosity Of Banjarese Society dan lain-lain tulisan pengkaji yang lain. Syaikh ini juga merupakan guru kepada Syaikh Abdul Samad al-Palembani, saya terjumpa catitan sanad kitab Bidayatu al-Hidayah yang bertulisan tangan oleh seorang penuntut ilmu asal Pattani: faqir ijazahkan haza al-Kitab Bidayatu al-Hidayah an Syaikhu Wan Ismail bin Wan Abdul Qadir an ammihi Pak Cik Wan Muhammad Daud bin Mustafa Fatani an syaikhihi Ahmad bin Muhammad Zain al-Fatani daripada syaikhihi Muhammad Nur bin Muhammad Fatani daripada syaikhihi Muhammad bin Ismail daripada syaikhihi Muhammad Zainu al-Abidin bin Muhammad Fatani dan syaikhihi Uthman bin Syihabuddin Funtianaq daripada syaikhihi Muhammad Daud bin Abdullah al-Fatani darupada syaikhihi Abdul Samad bin Abdul Rahman al-Falembani darupada mualif Syaikh Muhammad Zain ibn Faqih Jalaluddin

Undang-undang ini menyentuh tentang nikah kahwin dan penceraian, tanggung-jawab orang tua membina langgar, kesepakatn antara rakyat, pendakwaan dan urusan mahkmah, urusan pentadbiran tanah dan lain-lainnya. Ianya memelukan kajian yang khusus serta ianya tersangat sebagai dokumen undang-undang yang perlu dicontohi. Terdapat versi-versi yang berbeza tentang dialog Abulong dengan pegawa-pegawai Sultan sebelum membawa beliau untuk dibicarakan, juga perbezaan cerita tentang bagaimana saatsaat kematian Abulong. Kita tidak dapat pastikan, kita serahkan kepada Allah yang Maha Mengetahui Ada pengkaji yang menyalahkan Syaikh kerana seakan memihak kepada Sultan Tahmidullah II, yang naik takhta apabila Sultan sebelumnya

38

PROSIDING NADWAH ULAMA NUSANTARA (NUN) IV, 25-26 NOVEMBER 2011

Tahmidullah I mangkat, kerana putera mahkotanya, Pengeran Abdullah masih kecil. Dikatakan apabila Pengeran Abdullah dewasa, baginda dibunuh oleh Sultan Tahmidullah II, Abulong telah menyokong saudara kepada Pengeran Abdullah, Pengeran Amir yang telah berjuang menentang sultan untuk menuntut takhta. (lihat The Influence Of Muhammad Arsyad al-Banjari On The Religiosity of Banjarese Soceity oleh M.Rusydi). Sekiranya ianya benar sekalipun, agaknya kita hendaklah memahami pola pemikiran Syaikh yang sangat berdasarkan kerangka huraian usuluddin dan feqah. Apabila seseorang itu telah ditabalkan sebagai seorang sultan (penguasa), maka baginda hanya dapat dilucut dengan sebab-sebab yang diiktiraf oleh syara, dan ini dilakukan oleh ahlu al-hal wa al-aqdi, ianya bukan perkara sembarangan. Atau Syaikh tidak mencampuri urusan percaturan kuasa, beliau hanya menumpukan kepada usaha pengislaman kerajaan dan masyarakat tanpa sangat mengira siapa yang berkuasa. (bandingkan dengan sikap Mujaddid Alif athThani dalam usaha dakwahnya terhadap kuasa dan pemerentahan di India Mughul). Sekiranya Abulong yang dikatakan mempunyai keganjilan dalam dakwanya (mungkin juga aqidahnya dan amalannya) memihak kepada Pengeran Amir dalam menentang Sultan, maka sangatlah munasabah bagi syaikh untuk cenderung kepada pihak yang bersedia menjadi pelaksana kepada tersebarnya aqidah dan amalan ahlu as-Sunnah di dalam masyarakat (lihat sikap Syaikh Nuruddin arRaniri sebelumnya dalam kisah perebutan takhta di Acheh). Siyasah seorang ulama ialah untuk menegakkan ajaran agama yang luhur di dalam masyarakat serta melestarikan kesejahteraan ummah, tidak sangat dipacu oleh permainan caturan kuasa antara yang merebut. Syaikh telah berhujjah dengan pandangan Imam Ibnu Arabi dari kitabnya Futuhat al-Makiyyah, pemuka ahli sufi aliran Wahdatu al-Wujud tentang bahayanya amalan bersahabat dengan jin. Syaikh menyebut Ibn Arabi sebagai Syaikh Muhyuddin pada tiga tempat di m/s 24 Tuhfatu al-Raghibin. Ini menunjukkan syaikh menerima huraian Ibnu Arabi dan mengiktiraf kewibawaannya dalam bidang kesufian. Tidak timbul syaikh menolak semua faham yang dinisbahkan sebagai wujudiyyah. Insyaallah hal ini akan di sentuh kemuidannya dalam kertas ini. Tuhfatu al-Raghibin m/s:17. Ahlu as-Sufi dari kalangan ahlu as-Sunnah tidak membincangakan Wahdatu al-Wujud pada bahagian aqidah dalam tulisan mereka, mereka bincangkannya pada bahagian pengalaman dan penyaksian kerohanian

10 11 12

13 14 15 16 17 18 19 20 21 22

mereka. Sudah tentu implikasi dari sikap dan faham ini sangat berbeza daripada sikap dan faham golongan yang menjadikan wahdatu alwujud sebagai doktrin aqidah mereka, walaupun lafaznya seruapa ataupun seiras antara keduanya. Itulah yang syaikh membezakan penyataan wujudiyyah golongan sufi golongan ahlu asSunnah daripada penyataan wujudiyyah golongan yang sesat dan zindiq. Tuhfatu al-Raghibin m/s;16 Tuhfatu al-Raghibin m/s:18-19. Upacara berbuang pasilih, menyanggar banua dan beranyung itu belum ditemui maksudnya yang muktamad, terdapat perbezaan takrifan dalam tulisan yang berbeza. Tetapi yang jelas terdapat dalam Tuhfatu al-Raghibin yyang ianya upacara-upacara yang disediakan makanan berwarna warni dihiasi sebagai persembahan, diletakkan pada sesuatu tempat (atau dilepaskan) dengan tertib bertujuan untuk menghindar bahaya, memohon keselamatan dan berubat. Persembahan makanan itu seakan ditujukan semada kepada syaitan. jin (penunggu), atau rajaraja terdahulu atau orang-orang tua yang dianggap telah menjadi orang-orang gahib (rijalu al-ghaib?). Catitan Arti Kata oleh Abu Daudi dalam Transliterasi Kitab Tuhfatu ar-Raghibin sangat menolong kita dalam hal ini, atau secara terperincinya pada Ensklopedia Muzik Tari Daerah Kalimantan Selatan, Proyek Penelitian Dan Pencatatan Kebudayaan Daerah yang dipetik kemudiannya oleh Asywadie Syukur dalam buku Pemikiran-Pemikiran Syeh Muhammad Arsyad. Ibid m/s:22-23 Ibid m/s:21 Ibid m/s:9 Ibid m/s:21 Ibid m/s:15-16 Ibid m/s:21 ibid Tuhfatu al-Raghibin m/s 9 ibid Kertas Ustazuna Muhammad Uthman elMuhammady Pendidikan Dan Dakwah Oleh Syaikh Muhammad Arsyad al-Banjari telah menyentuh subjek ini dengan cara yang agak detail. Sementara Irina Katkova merumikan dan menterjemahkan ke dalam bahasa Inggeris sebahagian kandungan kitab ini (bahagian kumpulan sufi yang sesat) di dalam kertasnya Sufism in Indonesia, Studying Malay Manuscript From Collection Of The St,Petersburg Of Oriental Studies [kandungannya sama dengan naskhah yang sya gunakan, tetapi dinisbahkan kepada Syaikh Abdul Samad al-Falembani. Ini akan kita bincangkan, Insyaallah apabila mnyentuh kitab-

39

PROSIDING NADWAH ULAMA NUSANTARA (NUN) IV, 25-26 NOVEMBER 2011

23 24 25 26 27 28 29 30 31 32 33

34 35 36

37 38 39 40 41

kitab tinggalan Syaikh]. Sementara dari Martapura sendiri, pencatit ini mendapat dua trasliterasi kitab ini, satunya yang diusahakan oleh Abu Daudi dan satu laginya diusahakan ole h Prof H.M Asywadie Syukur. Tuhfatu al-Raghibun m/s:9 Tuhfatu al-Raghibin m/s:8 Ibid m/s:16 Ibid m/s:7 Ibid m/s:13 Tuhfatu al-Raghibin m/s:17 Tuhfatu al-Raghibin m/s:11 Ibid m/s:15 Ibid m/s:18 ibid Tokoh-tokoh dunia Islam yang sezaman dengan Syaikh adalah Syaikh Muhammad bin Abdul Wahab (1703-1792) di Najd Semenanjung Arab, Syah Waliyullah (1703-1762) di India serta Shehu Uthman Dan Fodio (1754-1817) di Negeria. Kesemua tokoh ini telah berusaha untuk meluruskan fahaman dan amalan ummah di rantau masing-masing memerangi penyelewengan aqidah dan bidah. Terdapat persamaan antara 3 tokoh; Syaikh, Syah Waliyullah dan Shehu Uthman Dan Fodio, kesemuanya beraqidah Asyairah, beramal dengan tariqah Sufiyyah, Shah Waliyullah Naqsyabandi, Shehu Uthman Dan Fodio Qadiriyyah, Syaikh dengan Khalwatiyyah. Mereka meninggalkan tulisan yang menyentuh beberapa aspek di dalam agama, dari aqidah, kepada feqah seterusnya tasauf. Berlainan pula Syaikh Muhammad Abdul Wahab yang tersangat ketat dan sempit dalam perbincangan aqidah, yang menumpukan kepada mengkafirkan muslim yang bertawassul, tanpa menyentuh perkara yang lain sepatutnya ada dalam perbincangan aqidah. Tuhfatu al-Raghibin m/s:25 Ibid m/s:28 Saya manafaatkan transliterasi yang diusahakan oleh Prof H.M Asywadie Syukur dalam bukunya Pemikiran-Pemikiran Ayeh Muhammad Arsyad al-Banjari Dalam Bidang Tauhid dan Tassauf. Bermula m/s 165 sehingga 211. Sulam al-Mubtadi, juzu awal m/s:37. Ibid m/s 34 Sabilu al-Muhtadi.Jilid 1 m/s:180 Ibid m/s:181 Ibid m/s:182

42 43 44 45 46 47

48

49

50 51

52

53

54

55

56

57

Sabilu al-Mubtadi Jilid 1 m/s:147 Ibid jilid 2 m/s:125 Ibid m/s:241 Sabilu al- Mubtadi Jilid 2 m/s: 246 Ibid m/s:247 Tuan Guru Hj Hashim Pasir Tumbuh meninggal pada 1 Syawwal 1432 yang jatuh pada hari selasa, ketika hayatnya beliau memang memberitahu kenalan yang beliau mahu meninggal pada hari selasa, saya telah bertanya seorang sahabat tentang apakah sebabnya Tuan Guru mahu meninggal pada hari selasa. Sahabat saya ini menjawab yang Rasulullah sollallahu alaihi wasallam dikuburkan pada hari selasa, guru kami Ustaz Hj Musa juga meninggal pada malam selasa dan sempat dikebumikan pada esuknya (tengah hari selasa). Maulana Syekh Muhammad Arsyad al Banjari m/s:98, 443-446 Syaikh menyifatkan Sultan Tahmidullah seorang raja yang amat besar hemmahnya lagi yang mempunyai cerdik dan bicara yang sempurna lagi suci zihin lagi banyak faham, ialah mempunyai tadbir atas sekelian isi daerah Banjar lagi yang berdiri dengan memperbaiki segala pekerjaan agama dan pekerjaan dunia iaitu persandaran kita yang dibesarkan dan ikutan kita yang dimuliakan Sabilu al- Mubtasi Jilid 1 m/s:3 Ismail Che Daud Syaikh Muhammad Arsyad Banjar Pengasuh: Julai Ogos 1990 m/s:27-28 Pemikiran-pemikiran Syeh Muhammad Arsyad al-Banjari m/s:10-16 Sebagaimana yang terdapat pada rakaman foto kulit kitab ini yang disertakan di dalam Tulisan Ismail Che Daud Syaikh Muhammad Arsyad Banjar Pengasuh Julai-Ogos 1990. Petikan ini didatangkan oleh W.Mohd Saghir dalam Penyebaran Islam & Silsilah Ulama Jilid 8.m/s 34. Manhalu as-Sufi yang ada di dalam simpanan saya tidak diketemui ketika menyiapkan catitan ini. Ismail Che Daud Syaikh Muhammas Arsyad alBanjari Pengasuh Julai-Ogos 1990 m/s:30 Kitab Perukunan Sembahyang Besar Bagi Haji Abdul Rashid Banjar Singapura Jawi press 1356H (1937M) Matlumat ini bersumberkan kertas Sumbangan Ulama Banjar di Kedah oleh suhanim binti Abdullah

40

S-ar putea să vă placă și