Sunteți pe pagina 1din 13

Tugasan 1: Proses dan perkembangan pembelajaran bahasa dan 2M adalah satu proses yang berterusan (continuous.

Secara terperinci huraikan Perspektif Pendekatan Kaedah berikut:

a. Kaedah Gabungan Bunyi Kata (KGBK) b. Kaedah Seluruh Perkataan c. Kaedah Fonik

A) KAEDAH GABUNGAN BUNYI KATA (KGBK) KGBK bertolak daripada sistem ejaan bahasa Melayu yang berasaskan bunyi dan suku katanya jelas. Setiap huruf mewakili hanya satu bunyi, kecuali huruf e yang mewakili bunyi e pepet dan e taling (). Satu suku kata ditandai oleh satu vokal. Huruf vokal yang kerap digunakan ialah a, i, dan u.Selain itu,KGBK ini bermula dengan memperkenalkan huruf vokal kepada murid, diikuti dengan pengenalan huruf konsonan, pembentukan suku kata, dan pembentukan perkataan yang bermakna dalam satu atau dua pelajaran sahaja. Murid akan dapat membaca beberapa perkataan dengan cepat serta faham apa-apa yang dibaca oleh mereka.

Tiap-tiap

pelajaran

memperkembang

lagi

kemahiran

yang

lalu.

Guru

boleh

menggunakan bilangan pelajaran yang sesuai mengikut keadaan murid-muridnya. Kaedah Gabungan Bunyi-Kata (KGBK) bagi pengajaran awal Bahasa Melayu berbeza dengan pendekatan fonik/abjad atau seluruh perkataan dalam bahasa Inggeris. KGBK berasaskan kepada ciri-ciri istimewa yang terdapat dalam Bahasa Melayu, yang tidak terdapat dalam Bahasa Inggeris, Bahasa Arab atau Bahasa Cina.

a)

Ia mengambil kira sistem ejaan Bahasa Melayu yang sistematik dan fonemik: maksudnya, setiap huruf mewakili satu bunyi, kecuali huruf e, di mana terdapat dua bunyi. Misalnya, huruf a bunyinya aa, huruf b bunyinya bh, c bunyinya ch, d bunyinya dh, m bunyi mm dan sebagainya. Hanya e mempunyai dua bunyi, iaitu e taling seperti dalam perkataan emak, enam dan e pepet seperti dalam ekor dan elok. . Suku kata Bahasa Melayu jelas, misalnya ba tu,ka ki, ma kan, ka kak, i

b)

tu, i tik, se ko lah, jam ba tan, bu nga, ta nya pe nyu su ngai pan tai, kam pung, per ja la nan dan sebagainya.

c)

Tatabahasa Bahasa Melayu lebih mudah berbanding dengan tatabahasa

Bahasa Inggeris dan Bahasa Arab. Misalnya dalam Bahasa Melayu tidak ada perbezaan bentuk bagi gender (laki- laki atau perempuan) untuk menyatakan banyak (plural), untuk menyatakan perbezaan waktu (past tense, present tense) seperti dalam bahasa Inggeris.

Dengan itu pengajaran membaca Bahasa Melayu peringkat awal untuk kanak-kanak (atau kepada sesiapa saja yang mula belajar Bahasa Melayu) boleh dibuat dengan menggabungkan

a)

pengajaran bunyi asas (fonem) beberapa huruf vokal a i u dan bunyi satu atau

dua huruf konsonan, misalnya bunyi b, untuk membentuk bunyi suku kata ba bi bu, dan b) terus membaca perkataan mudah baba, bibi, bubu, ubi, ibu abu, dan frasa seperti bubu baba, ibu abu yang bermakna, dalam satu atau dua pelajaran saja.

Bila kita gabungkan bahagian (a) dan (b) di atas, iaitu mengabung bunyi dengan terus membentuk perkataan dan membacanya, kita sudah mengguna apa yang dipanggil kaedah Gabungan Bunyi-Kata (KGBK), Kaedah ini dinamakan Kaedah Gabungan Bunyi-Kata (KGBK), kerana dalam satu set pengajaran-pembelajaran, bunyi huruf dan suku kata terus digabung menjadi perkataan dan dibaca.

Dalam KGBK 1. murid tidak perlu diajar mengenal dan menghafal semua huruf abjad secara berturutan dari a, b, c sampai x, y, z seperti dalam kaedah abjad/fonik. Ini mengambil masa panjang (2, 3 bulan di setengah sekolah). Murid juga tidak perlu diajar semua suku kata terbua seperti ba bi bu be be bo, ca ci cu ce ce co, dsb yang mengambil masa sebulan lagi, sebelum murid boleh diajar membaca perkataan dan ayat.

2. murid tidak perlu diajar mengecam seluruh perkataan (pandang dan sebut perkataan) dan menghafal bentuknya, kemudian cerakin perkataan untuk

mengenal huruf dan bunyi huruf, seperti dalam kaedah seluruh perkataan. Dalam KGBK kanak-kanak terus membina dan membaca perkataan berdasarkan suku kata yang mereka belajar dalam satu pelajaran itu.

3. Perkembangan unit-unit pengajaran dan pembelajaran boleh dibuat secara sistematik berturutan (sequential) berkembang, di mana pelajaran yang lalu terus diguna untuk belajar membaca pelajaran yang baru.

Setiap unit baru berkembang berasaskan unit sebelumnya. Misalnya, setelah murid belajar membaca b dan ba bi bu dan perkataan-perkataan

daripada suku kata ini seperti ibu baba, ubi abu, murid boleh disambung berikutnya untuk belajar bunyi konsonan k pula; membentuk dan membunyikan suku kata ka ki ku dan terus membaca perkataan atau frasa kuku kaki aki. Jika dicantum pula dengan suku kata ba bi bu yang dipelajari sebelumnya, murid boleh membina dan membaca perkataan dan ayat seperti buku abu; abu buka buku.

Fasa pertama kanak-kanak menguasai membina dan membaca perktaan suku kata terbuka; fasa kedua membina perkataan suku kata tertutup (kv +kvk seperti ka sut, bu kit atau kvk+kv) seperti lam pu lembu dan sebagainya. Fasa berikutnya murid belajar jenis-jenis perkataan suku katanya diftong (seperti sungai, pulau) dan imbuhan seperti ber me, mem seperti berjalan, memberi, melawan dan sebagainya.

4. Murid juga terus membaca ayat mudah dalam sesuatu pelajaran itu.

Langkah-langkah asas dalam pengajaran membaca dan menulis KGBK.

1. Perkenalkan bunyi vokal mudah a i u, dan cara menulisnya 2. Perkenalkan bunyi konsonan mudah seperti b dan cara menulisnya 3. Bentuk suku kata terbuka (kv) darinya, supaya menjadi ba bi bu dan cara menulisnya. 4. Bina perkataan dari suku kata (kv + kv), seperti baba bibi bubu babu, ibu 5. Bina rangkai kata atau ayat, seperti ibu abu, babu baba 6. Murid menulis menyalin apa yang mereka baca: huruf, suku kata dan perkataan.

Pelajaran berikutnya 1. Ulang pelajaran unit yang lalu 2. Perkenalkan huruf konsonan baru, misalnya c 3. Bina suku kata ca ci cu 4. Bina perkataan kvkv seperti caca cucu cuci aci acu 5. Guna suku kata pelajaran yang lalu ba bi bu, untuk membina lagi perkataan seperti baca bucu cuba 6. Bina frasa atau ayat seperti cucu aci, ibu cuci ubi, dsb 7. Murid salin apa yang dibaca.

Kaedah ini dinamakan Kaedah Gabungan Bunyi-Kata, kerana dalam satu set pengajaran-pembelajaran, bunyi huruf dan suku kata terus digabung menjadi perkataan dan dibaca.

Pendekatan KGBK menyatakan bahawa tidak perlu dipisahkan sequence antara mengenal bunyi-huruf dengan membina-dan-membaca perkataan. Pendekatan

KGBK ini juga tidak memulakan pengajaran membaca dengan memperkenalkan perkataan (whole word) dahulu dan kemudian mencerakinkannya menjadi suku kata dan bunyi setiap huruf. Ini menyusahkan dan melambatkan kebolehan kanak-kanak membaca . Dalam kaedah abajd / fonik, murid perlu belajar dahulu nama huruf dan bunyi semua huruf a b csampai x y z sebelum mereka diajar membaca perkataan, frasa atau ayat. Ini juga melambatkan dan menyusahkan setengah murid dan mereka akan tercicir.

Ramai guru masih percaya kuat bahawa kalau murid tidak kenal huruf abjad, murid itu tidak boleh diajar membaca Bahasa Melayu. Begitu juga guru yang mengajar Bahasa Inggeris. Kepercayaan ini didasarkan kepada pengalaman mereka diajar dan belajar membaca di zaman kanak-kanak dahulu, iaitu mengenal huruf abjad a, b, c ..x, y, z dahulu sebelum membaca.

Ibu bapa juga percaya anak-anak hendaklah diajar a b c dahulu sebelum boleh diajar membaca. Maka kadang-kadang timbul konflik di antara guru tadika yang mengajar kanak-kanak membaca mengguna KGBK (dan kanak-kanak itu boleh membaca ), tetapi ibu bapa masih tidak puas hati dan mahu anak mereka diajar a b c. sampai.....x y z mengikut susunan dalam abjad.

2.0 KAEDAH SELURUH PERKATAAN

Kaedah seluruh kata sangat popular dalam mengajar bacaan dalam Bahasa Inggeris, namun guru boleh mencuba kaedah ini untuk mengajar membaca dalam bahasa Melayu. Kaedah ini juga disebut sebagai Kaedah Pandang dan Sebut.

Melalui kaedah ini, pengajaran membaca adalah berdasarkan perkataan-perkataan yang biasa diguna seharian yang membentuk kebanyakan pertuturan kita seperti saya, minum, kopi, sepak, bola emak, bapa, adik, abang, kawan, dan sebagainya.

Guru akan memperkenalkan beberapa perkataan dahulu dan menyebutnya berulangulang. Kebiasaannya perkataan tersebut disertakan gambar dan murid belajar

secara pandang (visual) dan mengecam perkataan. Kaedah ini tidak menggunakan aktiviti mengeja sama sekali.

Sekiranya

murid

tidak

dapat menyebut

perkataan

tertentu,

guru

digalakkan

menggunakan fonik atau bunyi huruf, iaitu menghubungkan satu huruf dengan satu bunyi untuk membantu murid menyebut perkataan tersebut. Misalnya bagi perkataan rumah, guru boleh membantu murid dengan menyebut bunyi huruf r, iaitu [ r ] dan kalau perlu membunyikan suku kata [ ru ]

Dasar kaedah ini ialah menggunakan perkataan dari mulanya tanpa mengenalkan dan menghafalkan huruf-huruf abjad terlebih dahulu. Perkataan-perkataan yang

diperkenalkan itu disertakan dengan gambar. Kaedah ini mementingkan bunyi perkataan atau rangkai kata berdasarkan pengalaman melalui gambar dan bunyi ayat atau cerita berdasarkan gambar.

Kanak-kanak dilatih melakukan dua kemahiran dalam satu masa, iaitu menyebut keseluruhan perkataan dan melakukan pengesanan terhadap rangsangan berbentuk gambar. Guru kerap kali menunjukkan seluruh perkataan seiring dengan gambar-

gambar yang dilambangkannya. Contohnya, perkataan bunga ditulis di tepi atau di bawah gambar bunga. Kadang-kadang ini boleh digunakan sebagai kad-kad imbasan.

3.0 KAEDAH FONIK

Fonik adalah satu kaedah pengajaran membaca yang sentiasa mendapat perhatian. Kaedah ini menekankan bunyi huruf.

Bunyi huruf konsonan ialah b c d f g h j k l m n p q r s t v w x y z. Manakala huruf vokal ialah a e i o u.

Fonik adalah siri peraturan di mana kanak-kanak mengingat dan menggunakannya apabila bertemu dengan perkataan-perkataan baru. Kanak-kanak didedahkan dengan peraturan tertentu seperti menyebut huruf u dengan bunyi u(muncungkan bibir) bukannya yu. Kemudian mereka diminta menyebut dan menulis u berulang kali sehingga dapat menggabungkan huruf dan bunyi serentak.

Kadangkala pengulangan bunyi perkataan tidak begitu menyeronokkan seperti ali lari cari ubi.Walau bagaimanapun ia membuatkan kanak-kanak berikhtiar untuk

mempraktikkan bacaan.

Masalah paling utama dalam kaedah fonik ialah kanak-kanak yang sedang belajar mengingat dengan pendekatan fonik tidak berupaya mengaplikasi kaedah berkenaan apabila membaca bahan bercetak.

Fonik

mesti

diajar

dalam

cara

yang

membenarkan

kanak-kanak

boleh

menggunakannya sebaik sahaja diperkenalkan kepada mereka. Setiap kali bunyi baru diajar, mereka patut diberi bahan bacaan terpilih sebagai pengukuhan.

Kanak-kanak tidak mampu membaca tanpa pengetahuan yang baik dalam fonik. Jika mereka tahu peraturan-peraturan fonik, sudah pasti mereka dapat membaca dengan lancar.

BIBLIOGRAFI

Abu Bakar Nordin & Ikhsan Othman (2003). Falsafah Pendidikan dan Kurikulum. Tanjung Malim: Quantum Books.

Azman Wan Chik (1979). Mengajar Bahasa Malaysia. Jilid 1: Perkaedahan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Chua Tee Tee & Koh Boh Boon (1992). Pendidikan Khas dan Pemulihan: Bacaan Asas. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Isahak Harun (2004). Laporan Kajian Awal Membaca Bahasa Melayu. Tanjung Malim: UPSI.

Isahak Harun (2006). Mudah Membaca Bahasa Melayu: Edisi Guru 1. Shah Alam: Penerbit Fajar Bakti.

Isahak Harun (2006). Mudah Membaca Bahasa Melayu: Edisi Guru 2. Shah Alam: Penerbit Fajar Bakti.

J.S. Farrant (1971). Principles and Practice of Education. London: Longman Group Limited

Wiley Blevins (1998). Phonics From A to Z: A Practical Guide. New York: Professional Books. Ehsan :Jamaluddin Bin Abdul Rahman