Sunteți pe pagina 1din 14

FOKUS KEJAYAAN PERDAGANGAN

http://btvperdagangansmkserikota.blogspot.com

BAB 2 : INSURANS

Maksud: Bermaksud satu skim untuk memberi perlindungan kepada insured atau keluarganya jika berlaku kemalangan yang mengakibatkan kerugian, kecacatan, atau kehilangan nyawa. Konsep Insurans Merupakan satu rancangan pembahagian risiko yang menyediakan pembayaran ganti rugi kepada insured sekiranya berlaku risiko yang diinsuranskan Risiko yang dihadapi oleh individu atau organisasi akan dikumpulkan dan disebarkan antara mereka supaya risiko yang dihadapi oleh setiap pihak dapat diminimumkan Polisi insurans merupakan surat ikatan perjanjian atau kontrak antara insured ( pihak yang menyertai rancangan insurans ) dengan insurer ( syarikat yang menawarkan skim tersebut ) Dalam kontrak ini insured bersetuju membayar sejumlah wang yang dipanggil premium yang merupakan sumbangan ke dalam dana insurans Premium boleh dibayar setiap bulan, setiap tiga bulan, setiap enam bulan atau setiap tahun

Nilai yang diinsuranskan - lebih tinggi jumlah yang diinsuranskan,lebih tinggi premiumnya Keadaan risiko yang diinsurankan - lebih besar kemungkinan risiko itu berlaku,lebih tinggi premium Luas perlindungan yang dijanjikan oleh insurer lebih luas bidang risiko ditanggung oleh insurer,lebih tinggi premiumnya

Kadar Premium bergantung kepada

Tempoh kuat kuasa risiko lebih panjang jangkamasa perlindungan lebih tinggi premiumnya

FOKUS KEJAYAAN PERDAGANGAN

http://btvperdagangansmkserikota.blogspot.com

Jika risiko yang diinsuranskan berlaku, insured mempunyai hak untuk menerima pampas an atau gantirugi Pampasan yang diterima hanya memulihkan insured kepada keadaan asal Insurans mengamalkan konsep Orang yang bernasib baik menolong orang yang kurang bernasib baik Bermakna sebilangan orang menyumbangkan premium ke dalam dana untuk dibayar kepada sebilangan kecil sahaja yang benar-benar mengalami kerugian risiko dapat disebarkan

Jenis Risiko o Risiko merupakan kemungkinan menghadapi kerugian atau Tempoh kuat kuasa risikokemungkinan ditimpa kemalangan - lebih panjang jangkamasa o Terbahagi kepada Luas perlindungan yang dijanjikan oleh insurer
perlindungan lebih tinggi premiumnya lebih luas bidang risiko ditanggung oleh insurer,lebih tinggi premiumnya

i.

Risiko yang boleh diinsuranskan merupakan risiko yang kekerapan kejadiannya dapat diramalkan secara perangkaan atau statistic kerana terdapat nya rekod kekerapan kejadian masa lalu Risiko yang tidak boleh diinsuranskan - merupakan risiko yang kekerapan kejadiannya tidak dapat ditentukan secara perangkaan - insurer tidak mempunyai ststistik untuk membuat ramalan -seperti kejatuhan harga, perubahan cita rasa dan fesyen

ii.

Istilah Insurans

Insured

Borang Cadangan Polisi

Nota Lindungan

Insurer

Risiko

Polisi

Premium

Pampasan

A) Insured - pembeli insurans atau orang yang menyertai insurans B) Insurer - syarikat yang mengendalikan rancangan insurans C) Premium bayaran yang dikenakan oleh insurer kepada insured untuk memberi perlindungan terhadap risiko yang mungkin berlaku ke atas insured D) Pampasan bayaran ganti rugi terhadap risiko yang diinsuranskan

FOKUS KEJAYAAN PERDAGANGAN

http://btvperdagangansmkserikota.blogspot.com

E) Risiko - kemungkinan ditimpa kemalangan atau kerugian F) Polisi - kontrak atau ikatan perjanjian antara insured dengan insurer yang menyatakan jumlah premium yang akan dibayar oleh insured dan pampasan yang akan dibayar oleh insure G) Borang Cadangan - Borang permohonan yang dikemukakan oleh insured untuk mengambil insurans H) Nota Lindungan - Polisi sementara yang dikeluarkan oleh insurer untuk memberi perlindungan sementara kepada insured Peranan Insurans a. kepada individu ( memberi pampasan, menggalakan cara menyimpan duit,merancang masa depan) b. kepada peniaga ( dapat memberi tumpuan untuk mengembangkan perniagaan, melindungi daripada kerugian) c. kepada negara ( membangunkan emonomi,menyediakan peluang pekerjaan dan mengingkatkan taraf hidup ) Prinsip Insurans Polisi insurans menjadi sah apabila insured dan insurer menandatangani kontrak berdasarkan syarat yang telah dipersetujui. insured bersetuju dengan perlindungan yang ditawarkan oleh insurer insured bersetuju membayar premium untuk mendapat perlindungan

PRINSIP INSURANS

Kepentingan Boleh Insurans

Penuh Percaya Mutlak

Imdeniti

a -

Kepentingan Boleh Insurans melibatkan keadaan berikut o Individu yang membeli insurans mestilah mempunyai kepentingan ke atas nyawa atau harta yang dinsuranskan - Cthnya seorang yang pemilik rumah mempunyai kepentingan menginsuranskan rumahnya daripada risiko kebakaran kerana jika rumah nya terbakar di akan mengalami kerugian - Penyewa rumah tidak layak untuk menginsuranskan rumah yang diduduki

FOKUS KEJAYAAN PERDAGANGAN

http://btvperdagangansmkserikota.blogspot.com

o -

Insured mestilah mempunyai hubungan yang diakui sah oleh undang-undang Cth seseorang boleh menginsurankan nyawa suami atau isteri Peniaga juga mempunyai kepentingan menginsurans rakan kongsi setakat jumlah penglibatan kewangannya dalam perniagaan

b -

Penuh Percaya Mutlak Bermakna insured mesti memberi maklumat yang benar mengenai risiko yang hendak diinsuranskan semasa mengisi borang cadangan o Jika gagal memberitahu maklumat pihak insurer berhak membatalkanpolisi insurans o Insured mesti menyatakan semua syarat yang ditawarkan dengan jelas o Prinsip ini adalah untuk mengelakkan penipuan Indemniti ( Gantirugi ) - Ialah gantirugi yang dibayar oleh insurer kepada insured ke atas risiko yang diinsuranskan o Kerugian yang diganti adalah setakat untuk menggantikan kerugian yang dialami dan bukannya untuk menjadi kedudukan insured lebih baik daripada keadaannya yang asal.Bermakna insurans bukan untuk memberi keuntungan

Bentuk Ganti Rugi

Bentuk Gantirugi

Tunai cara yang paling mudah dan sesuai untuk menyelesaikan sebarang tuntutan

Menggantikan barang yang rosak atau hilang dengan barang yang sama dari segi nilai dan kualiti

Membayar kos membaiki

Prinsip Indemniti i) Sumbangan - insured tetap menerima jumlah gantirugi yang sama walaupun asset diinsuranskan dengan beberapa insurer - Cth. En.Ahmad membeli tiga polisi insurans untuk menginsuranskan rumahnya yang bernilai RM 300,000 daripada risiko kebakaran. Jika kebakaran berlaku setiap insurer hanya membayar 1/3 daripada kerugian ( RM 100.00)

FOKUS KEJAYAAN PERDAGANGAN

http://btvperdagangansmkserikota.blogspot.com

ii)

Subgrogasi - Insured tidak berhak membuat sebarang tuntutan daripada pihak lain sekiranya telah menerima bayaran gantirugi daripada insurer - Cth.Kereta En. Jamal telah remuk mengalami kemalangan jalan raya dan insured telah mengganti gantirugi.Kereta tersebut dijual dengan harga RM 5000 Insured tidak mempunyai hak ke atas kereta itu lagi.

iii)

Doktrin Punca Terdekat - gantirugi hanya akan dibayar kepada insured sekiranya kerugian atau kemalangan yang dialaminya adalah berpunca daripada risiko yang diinsuranskan - Cth.Syarikat Komputer menginsuranskan muatan computer daripada risiko kerosakan sekiranya berlaku kemalangan.Van tersebut terlibat dengan kemalangan.Semasa membuat laporan, computer tersebut telah dicuri. Gantirugi tidak akan dibayar kerana kecurian merupakan risiko yang tidak diinsuranskan

Insurans secara Islam dikenali Takaful - melibatkan semua prinsip insurans konvensional dan ditambah dengan prinsip insurans Islam iaitu i) bebas daripada unsur riba ii) bebas daripada unsur gharar ( ketidakpastian ) iii) bebas daripada unsur maisir ( perjudian ) Jenis Insurans

JENIS INSURANS

Insurans Am

Insurans Hayat

a) Insurans Am o Insurans kemalangan o Insurans kebakaran o Insurans marin/penerbangan o Insurans lain b) Insurans Hayat o Insurans hayat seumur hidup o Insurans hayat sementara o Insurans Endowmen

INSURANS AM

FOKUS KEJAYAAN PERDAGANGAN

http://btvperdagangansmkserikota.blogspot.com

INSURANS KEMALANGAN - Merupakan insurans yang penting kerana memberi ganti rugi terhadap kemalangan yang mungkin menimpa sesorang - Terbahagi kepada i. Insurans Motor ii. Insurans kemalangan peribadi iii. Insurans liabiliti majikan iv. Insurans liabiliti am I ) Insurans Motor - Semua kenderaan bermotor mesti mempunyai insurans. - Tujuan untuk melindungi insured daripada tuntutan pihak ketiga - Terdapat dua jenis insurans Jenis Insurans

i) insurans motor komprehensif

i ) Insurans motor pihak ketiga

i. Insurans Motor Komprehensif - memberi perlindungan kpd insured ke atas kecederaan ,kematian, dan kerosakan kenderaannya - memberi perlindungan yang sama ke atas pihak ketiga ( pihak lain yang terlibat dengan kemalangan jalanraya) - premium yang dikenakan lebih tinggi berbanding dengan insurans motor pihak ketiga ii. Insurans Motor Pihak Ketiga - Premium lebih rendah daripada insurans motor komprehensif - Memberi perlindungan kepada pihak ketiga sahaja II ) Insurans kemalangan peribadi - Melindungi insured terhadap kerugian daripada kecederaan atau kematian yang disebabkan kemalangan yang berlaku dalam perjalanan. Serangan, keracunan, permainan dll. - Pampasan akan dibayar apabila inusured meninggal dunia atau mengalami kecederaan dalam kemalangan sahaja. - Kadar premium adalah bergantung kepada i ) Jumlah yang diinsuranskan ii ) Umur insured iii) Pekerjaan - Jumlah pampasan bergantung pada jumlah yang diinsuranskan dan tahap kecederaan yang dialami III ) Insurans Liabiliti Majikan - Melindungi pihak majikan daripada tuntutan pekerja - Undang-undang mewajibkan para majikan untuk menginsuranskan para pekerja supaya pekerja atau waris dapat pampasan sekiranya pekerja tersebut mandapat kecederaan atau mati - Akta Kemalangan Sosial Pekerja 1992 mewajibkan semua majikan mendaftar dengan PERKESO

FOKUS KEJAYAAN PERDAGANGAN

http://btvperdagangansmkserikota.blogspot.com

Dua jenis skim insurans pekerja i ) Skim Bencana Pekerjaan - melindungi risiko kematian, kecacatan anggota,dan kecederaan akibat sesuatu kemalangan di tempat kerja atau dalam perjalanan ke tempat kerja ii) Skim Pencen Ilat memberi perlindungan 24 jam kepada pekerja terhadap keilatan atau kematian disebabkan sebab berkaitan atau tidak berkaitan dengan pekerjaan - Terdapat dua jenis sumbangan i) Sumbangan dibayar oleh majikan dan pekerja untuk Skim Bencana Pekerjaan dan Skim Pencen Ilat ii) Sumbangan dibayar oleh majikan sahaja untuk memberi perlindungan di bawah Skim Bencana pekerjaan. -untuk pekrja yang tidak layak dilindungi di bawag Skim Pencen Ilat kerana telah mencapai umur 55 tahun IV ) Insurans Liabiliti Am i ) Diambil oleh pemilik perniagaan dan pemilik premis -Bertujuan melindungi diri daripada tuntuan orang awam yang tercedera atau meninggal dunia semasa berada di dalam premis mereka -Cth pelanggan di pusat membeli belah mendapat kemalangan ii) Insurans liability yang melindungi pengeluar terhadap tuntutan pengguna yang cedera atau sakit akibat penggunaan produk iii) Insurans Liabiliti professional yang melindungi golongan professional daripada tuntutan pelanggan akibat kecuaian dalam pelaksanaan tugas seperti doctor tersalah beri ubat INSURANS KEBAKARAN - melindungi kerugian yang diakibatkan oleh kebakaran - melindungi stok, wang tunai, mesin ,kenderaan dan premis semasa kebakaran - tidak melindungi kerugian dlm kebakaran akibat peperangan, rusuhan dan bencana alam - boleh diambil oleh rumah perseindirian,pejabat kerajaan, sekolah dan sebagainya - gantirugi akan dibayar oleh insured tetapi tidak melebihi jumlah sebenar kerugian INSURANS MARIN membayar pampasan sekiranya berlaku risiko risiko yang diambilkira ialah pelanggaran , diserang lanun, kebakaran, kebocoran, kapal tenggelam dan segala kemusnahan disebabkan ribut Insurans boleh diambil untuk memberi perlindungan kepada: i) rangka dan enjin kapal ii) kargo iii) pemilik kapal daripada tuntutan pihak tertentu seperti anak kapal, penumpang dan liability terhadap kemusnahan kehidupan laut disebabkan oleh kapal amat penting untuk melindungi syarikat pengeksport terhadap kerugian kerana kapal terdedah kepada banyk risiko semasa di laut tempoh insurans biasanya untuk seluruh pelayaran.

FOKUS KEJAYAAN PERDAGANGAN

http://btvperdagangansmkserikota.blogspot.com

INSURANS PENERBANGAN memberi perlindungan terhadap kerugian atau kemusnahan disebabkan kemalangan di udara, semasa mendarat, atau berlepas Pampasan akan dibayar sekiranya i. Kemusnahan atau kerosakan yang berlaku rangka kapal terbang dan enjinnya ii. Kemusnahan atau kerosakan yang berlaku di lapangan terbang atau tempat awam yang disbabkan kemalangan kapalterbang iii. Tuntutan keluarga anak kapal dan penumpang kapal terbang yang terkorban atau mengalami kecederaan atau hilang upaya akibat kemalangan INSURANS LAIN i. Insurans kecurian Memberi perlindungan terhadap kerugian yang disebabkan oleh kecurian dan pecah rumah terhadap rumah kediaman,kedai ataupun syarikat yang diinsuranskan Pemilik perniagaan juga menginsuranskan stok dan alatan pejabat.Stok tersebut perlu disenaraikan dan dinilaikan dan diserahkan kepada insurer untuk menentukan kadar premium Insurer juga melindungi kerugian kerosakan akibat percubaan untuk melakukan kecurian ii ) iii) Insurans jaminan setia Bertujuan melindungi majikan daripada kerugian yang diakibatkan oleh pecah amanah, penipuan, atau ketidakjujuran oleh pekerja Insurans Kesihatan Berfungsi seperti insurans hayat Bayaran kos rawatan (yang diambil daripada kumpulan wang yang disumbangkan) akan diberikan kepada individu yang membuat tuntutan rawatan perubatan Insured mesti mempunyai kepentingan boleh insurans tehadap seseorang cth ibubapa terhadap anak-anak Popular pada masa kini disebabkan i. Kos rawatan semakin meningkat ii. Peningkatan peratusan penyakit kronik iii. Kenaikan peratusan bilangan warga tua disbabakan taraf kehidupan yang baik iv. Membolehkan pemegang polisi mendapat bantuan perubatan 24jam Boleh diambil untuk melindungi insured bagi sesuatu tempoh tertentu

iv)

Insurans Gadaian Melindungi keluarga insured sekiranya dia insured meninggal dunia sebelum menjelaskan hutang Penting untuk individu yang mengambil pinjaman kewangan untuk membeli asset Hak milik ke atas asset akan dipindah milik kepada penama

INSURANS HAYAT

FOKUS KEJAYAAN PERDAGANGAN

http://btvperdagangansmkserikota.blogspot.com

- Menginsuranskan satu risiko yang pasti akan berlaku - Memberi perlindungan kepada keluarga seseorang pada masa akan datang ( dari segi kewangan )

JENIS INSURANS HAYAT

Insurans Hayat Seumur Hidup

Insurans Endowmen

Insurans Hayat Sementara

- Terdapat tiga jenis insurans i ) Insurans hayat seumur hidup ii) Insurans endowmen iii) Insurans hayat sementara i) Insurans hayat seumur hidup Pembayaran boleh dilakukan dengan dua cara I ) membayar secara seumur hidup -sewaktu membeli polisi sehinggalah meninggal dunia II) membayar premium untuk satu tempoh yang dipersetujui -seperti 10 tahun, 15 tahun atau 20 tahun( dikenali insurans seumur hidup bayaran terhad ) Jumlah wang diinsuranskan hanya akan dibayar kepada waris atau penama setelah insured meninggal dunia Sesuai untuk ketua keluarga ii) Insurans endowmen Insured akan menginsuranskan nyawanya untuk satu tempoh yang tertentu seperti 10, 20 atau 30 tahun. Sekiranya insured meninggal dunia sebelum tempoh matang, jumlah yang diinsuranskan akan dibayar kepada waris walaupun premium belum habis dibayar Jika insured masih hidup sehingga tempoh matang seluruh jumlah yang telah diinsurankan akan diberi kepadanya Bertujuan i) memberi perlindungan kepada keluarganya kerana pampasan akan dibayar kepada penama sekiranya insured mati ii) insured akan dapat menyimpan wang untuk dirinya

iii) Insurans hayat sementara melindungi insured untuk suatu tempoh yang matang seperti 1, 5 atau 10 tahun

FOKUS KEJAYAAN PERDAGANGAN

http://btvperdagangansmkserikota.blogspot.com

premium paling rendah penama atau waris akan menerima pampasan jika insured mati dalam tempoh yang diinsuranskan jika insured meninggal dunia selepas tamat tempoh matang tiada sebarang bayaran akan dibuat skim ini bukan cara penyimpanan seperti insurans endowmen

TAKAFUL - Merupakan insurans secara Islam - Mengikut tafsiran syarak ialah pakatan satu kumpulan untuk jamin-menjamin dan tolong menolong antara satu sama lain - Syarikat Takaful Malaysia Berhad ditubuhkan pada tahun 1985 PRINSIP TAKAFUL - Berlandaskan tiga prinsip insurans konvensional tetapi perlaksanaanya mengikut hukum syarak - Berdasarkan hukum syarak takaful tidak membenarkan unsur Gharar ( ketidakpastian ) Ialah unsur yang tidak memberi kepastian atau penjelasan yang tepat mengenai perjanjian atau perjanjian syarikat Sebaliknya syarikat takaful perlu menjelaskan bagaimana wang sumbangan dikendalikan serta pelaburan yang dibuat Keterangan berkaitan gantirugi perlu dijelaskan dalam perjanjian ii) Maisir ( perjudian ) Unsur perjudian dielakkan kerana perjudian bertentangan dengan hukum syariah iii) Riba ( faedah ) Syarikat takaful tidak megamalkan faedah atau riba Tidak membayar atau menerima faedah Berlandaskan konsep Mudharabah iaitu akad perjanjian antara syarikat takaful ( Mudharib atau pengusaha )dengan peserta ( Pemodal ) - Pemodal memberi sumbangan dan pengusaha melaburkan sumbangan untuk mendapat keuntungan Keuntungan daripada pelaburan akan dibahagikan mengikut nisbah yang dipersetujui Prinsip Mudharabah Pembahagian keuntungan antara syarikat takaful dengan peserta Cara syarikat takaful menggunakan wang pesertanya Hak serta syarat yang diberikan kepada syarikat Manfaat yang diperoleh peserta daripada pelan takaful - Tabarruk bererti membuat kebajikan atau derma bersyarat dengan reda yang dilakukan secara sedar dengan niat untuk saling bantu membantu - Melalui tabarruk risiko kemalangan dipikul oleh semua peserta dan bukannya syarikat - Rumusannya segala penerimaan dan pembayaran berdasarkan konsep perkongsian untung rugi i.

FOKUS KEJAYAAN PERDAGANGAN

http://btvperdagangansmkserikota.blogspot.com

PRODUK TAKAFUL

Takaful Am

Takaful Keluarga

Melindungi peserta dengan sejumlah wang kepada warisnya apabila meninggal dunia Menyediakan simpanan wang bagi peserta sekiranya hilang upaya bekerja atau pencen Kaedah

Peserta membayar sumbangan berdasarkan kemampuan dan jumlah minimum

Akaun Peserta

Akaun Khas Peserta

Akaun Peserta - digunakan untuk simpanan dan pelaburan dimana keuntungan dibahagi antara syarikat dan peserta mengikut nisbah yang dipersetujui Akaun Khas Peserta - wang sumbangan dalam Akaun ini digunakan untuk membayar gantirugi atau pampasan - kerugian tidak berdasarkan jumlah yang diinsuranskan tapi bergantung pada jumlah yang terkumpul pada kedua-dua akaun - tidak dibayar gantirugi yang banyak atas sumbangan yang sedikit (menghapuskan unsur maisir )

- peserta membayar sumbangan bergantung kepada skim takaful yang disertainya - tempoh matang perlindungan ialah setahun - takaful ini boleh disertai oleh individu, syarikat,pertubuhan atau perbadanan - memberi perlindungan untuk menghadapi risiko ke atas harta benda atau asset - Cth: Skim Takaful Kebakaran @ memberi perlindungan terhadap kebakaran Skim Takaful Kenderaan @ memberi perlindungan terhadap kerosakan dan kemalangan Skim Takaful Liabiliti Majikan@ melindungi majikan daripada tuntutan pekerja

FOKUS KEJAYAAN PERDAGANGAN

http://btvperdagangansmkserikota.blogspot.com

Skim Takaful Liabiliti Awam @ melindungi pihak peniaga terhadap tuntutan daripada orang awam PERSAMAAN ANTARA INSURANS KONVENSIONAL DAN TAKAFUL i) Dari segi tujuan - Kedua-duanya menyediakan perkhidmatan yang memberi bantuan apabila insured menghadapi kesusahan apabila berlakunya risiko ii) Dari segi objektif - Kedua-duanya membantu golongan yang tidak bernasib baik melalui pemindahan risiko dan amalan bantu membantu dengan menggunakan prinsip asas iaitu kepentingan boleh insurans, penuh percaya mutlak dan indemnity PERBEZAAN ANTARA INSURANS KONVENSIONAL DAN TAKAFUL Dari aspek 1. Prinsip insurans Insurans konvensional Berlandaskan tiga prinsip utama Takaful Berlandaskan prinsip Mudharabah serta tiga prinsip utama ins. Konvensional diubahsuai mengikut landas syariah Tidak mempunyai unsur gharar Menjelaskan cara sumbangan dikumpulkan dan dilaburkan Pelaburan adalah halal di sisi Islam Keuntungan dibahagikan antara peserta dan syarikat mengikut nisbah yang dipersetujui Tidak mempunyai unsur maisir Wang premium dimasukkan ke dalam dua akaun iaitu Akaun Peserta dan Akaun Khas Peserta Peserta akan dibayar pampasan mengikut jumlah yang terkumpul dalam kedua-dua akaun Tidak mempunyai unsur riba Peserta akan menerima bayaran berdasarkan jumlah sumbangan dalam akaun peserta dan ditambah dengan keuntungan pelaburan Pelaburan tidak mempunyai unsur faedah

2. Unsur gharar

Mempunyai unsur gharar dan ketidakpastian dalam perjanjian dan operasi syarikat Hanya menjelaskan cara premium dikumpul tetapi tidak menjelaskan cara premium dilaburkan Tidak menjelaskan bagaimana gantirugi yang dijanji diperoleh Mempunyai unsur maisir peserta dibayar pampasan yang besar dengan premium yang sedikit

3.Unsur maisir ( perjudian )

4.Unsur riba (faedah )

Mempunyai unsur riba Menerima dan memberi riba Pelaburan dibuat dalam bentuk bon dan debenture yang membayar faedah

FOKUS KEJAYAAN PERDAGANGAN

http://btvperdagangansmkserikota.blogspot.com

PROSEDUR MEMBELI POLISI INSURANS

hubungi ejen insurans

Dapatkan maklumat tentang polisi

melengkapkan borang cadangan mengikut prinsip penuh percaya mutlak

membayar premium pertama

mendapatkan nota lindung (polisi sementara )

mendapatkan polisi sebenar dlm masa dua minggu

1) Mendapatkan maklumat mengenalpasti risiko yang hendak diinsuranskan syarat perlindungan yang ditawarkan jumlah premium yang perlu dibayar

2) Mendapatkan Borang Cadangan daripada insurer atau ejen insurans mengisi maklumat dengan betul 3) Kembalikan Borang Cadangan selepas kembalikan borang perlu membayar sumbangan dapatkan resit ddan nota lindungan ( bersifat sementara) 4) Dapatkan polisi nota lindung akan terbatal polisi penting semasa buat tuntutan

FOKUS KEJAYAAN PERDAGANGAN

http://btvperdagangansmkserikota.blogspot.com

PROSES MEMBUAT TUNTUTAN GANTIRUGI

melaporkan kepad insurer dan polis / bomba / hospital

Dapatkan borang tuntutan dari insurer. Isikan butir bila, bagaimana berlaku,jumlah kerugian

Hantar borang kepada insurer berserta polisi dokumen hak milik ,geran ,dokumen bukti - gambar jika ada

Insurer buat siasatan

Jika tuntutan sah dan benar, pampasan dibayar

S-ar putea să vă placă și