Sunteți pe pagina 1din 3

PENGENALAN STATISTIK

SEJARAH PENGGUNAAN STATISTIK

Perkataan statistik adalah terbitan dari perkataan Latin yang bermaksud state negeri atau negara. Penggunaan awal statistik adalah melibatkan pengumpulan data atau maklumat yang menerangkan beberapa aspek berkaitan dengan sesebuah negeri atau negara semenjak zaman Mesir, Greek dan Room. Ketika itu data yang dikumpul hanyalah untuk tujuan memudahkan pengutipan cukai dan kerahan tenaga. Selepas itu kerajaankerajaan Eropah Barat begitu berminat dengan data statistik ini sebab mereka bimbang kuasa politik dan tentera mereka tergugat jika berlakunya sesuatu wabak penyakit yang buruk dan boleh menyebabkan berubah saiz penduduk. Oleh itu mereka mengumpul data kelahiran, perkahwinan dan kematian. Dalam tahun 1662, Captain John Grant seorang ahli statistik dari England telah menerbitkan semula data mengenai kelahiran dan kematian disebabkan oleh penyakit-penyakit tertentu. Ini kemudiannya diikuti dengan kajian-kajian seperti kadar kelahiran mengikut jantina,saiz penduduk dan lain-lain lagi. Semenjak itu,pihak kerajaan,peniaga mahupun individu begitu bergantung kepada data statistik sebagai panduan. Pada masa kini, proses pengumpulan,pengkelasan, penyimpanan dan mendapatkan kembali data yang telah disimpan adalah suatu yang mudah dengan bantuan komputer. Contohnya,kadar pengangguran, kadar inflasi, indeks pengguna, kadar pertumbuhan ekonomi, sentiasa sahaja dikumpul dan dikemeskini kerana datya yang dihasilkan ini sangat diperlukan oleh pihak-pihak tertentu dalam membuat keputusan.

Definisi Statistik

Statistik merupakan himpunan fakta berangka atau data yang menerangkan sesuatu aspek. Statistik ialah satu bidang yang mengandungi pelbagai kaedah yang digunakan bagi memanfaatkan data dalam membuat kesimpulan dan keputusan. Statistik (atau perangkaan) adalah sains dan aplikasi dalam membangunkan pengetahuan manusia melalui penggunaan data empirikal. Statistik berasaskan teori statistik iaitu salah satu daripada cabang matematik. Dalam teori statistik, kerawakan dan ketidakpastian dimodelkan

berasaskan teori kebarangkalian. Statistik termasuk perancangan, meringkaskan, dan memahami pemerhatian yang tidak menentu. Tujuan statistik adalah menghasilkan maklumat "terbaik" daripada data yang ada, sesetengah orang menggolongkan statistik sebagai cabang teori

JENIS-JENIS STATISTIK

Terbahagi kepada 2 jenis iaitu:

a) Statistik Perihalan (Statistik deskriptif)

Statistik Perihalan adalah kaedah-kaedah yang digunakan untuk megumpul maklumat, menyusun ,mempersembah data dan pengolahan data/merihalkan data yang dikumpul termasuklah kaedah membina graf, carta dan jadual serta pengiraan beberapa ukuran perihalan seperti purata dan juga pengiraan ukuran serakan seperti peratus.

b) Statistik Inferens (Statistik induktif) Statistik Inferens merupakan bahagian terpenting daripada statistik yang berkaitan dengan pembuatan kesimpulan dan keputusan berdasarkan data yang telah dikumpul dan diolah. Tumpuan utama dalam statistik inferens ialah untuk mengetahui sesuatu keseluruhan ahli kumpulan (populasi) berdasarkan sebahagian yang dipilih (sampel) untuk dikaji. Contohnya ialah berdasarkan tinjauan ke atas 20 orang pelajar di Sekolah Kebangsaan Ru Rendang mengenai makanan di kantin sekolah , kita boleh membuat kesimpulan bahawa pelajar-pelajar SKRR berpuas hati dengan makanan yang disediakan.

LANGKAH-LANGKAH DI DALAM STATISTIK

1.Mengumpul 2.Memproses 3.Menganalisis 4.Mengintreptasi 5.Mempersembahkan 6.Keputusan

KEPENTINGAN-KEPENTINGAN STATISTIK Ada 2 sebab utama kenapa perlunya belajar statistik.

1. Perkembangan pengumpulan data berkaitan dengan operasi dalam perniagaan dan kerajaan adalah begitu pesat sekali. Oleh itu kita perlu tahu bagaimana menilai fakta-fakta yang bersifat angka ini yang begitu kerap diterbitkan sama ada ianya berkaitan dengan politik, ekonomi atau kajian sosial.

2. Membuat keputusan yang lebih berkesan. Contohnya dalam bidang perniagaan, dimana data dikumpul untul meramalkan jualan dan keuntungan. Dalam bidang kejuruteraan dan proses pembuatan dalam mengawasi mutu sesuatu produk.

S-ar putea să vă placă și