Sunteți pe pagina 1din 13

INSTITUT LATIHAN JABATAN TENAGA MANUSIA KEMENTERIAN SUMBER MANUSIA MALAYSIA

KERTAS PENERANGAN
(B06 02- 04 LE2 IS1D)

TAJUK KEMAHIRAN DAN TAHAP No.DAN TAJUK MODUL No. DAN TAJUK PENGALAMAN PEMBELAJARAN

TEKNOLOGI TELEKOMUNIKASI -TAHAP 2 (SEMESTER 2)

M04 COMMUNICATION LINES & TEST EQUIPMENT LE 1 COMPILE INSTALLATION INFORMATION LE 2 TEST LINE LE3 PERFORM CAN EQUIPMENT

OBJEKTIF PRESTASI AKHIRAN / TERMINAL PERFORMANCE OBJECTIVE

PERFORM COMMUNICATION LINE USING WORK ORDER SUPPORTING DOCUMENT SITE PLANS, CHECKLIST, DATABASE, COMMUNICATION TOOLS, WORKPERMIT, REQUISITION FORMS SAFETY EQUIPMENT, TEST INSTRUMENT, FIELD PHONE, TRANSPORTATION, STAFF DUTY ROSTER SAFETY GEAR, CAN EQUIPMENT SO THAT: 1. RELEVANT INSTALLATION IS IDENTIFIED AND VERIFIED, COMPILED AND SUBMITTED TO RESPECTIVE PARTIES ACCORDING TO ESTABLISHED PROCEDURES. 2. THE CABLE IS IDENTIFIED AND CONNECTED, CONNECTOR FABRICATED, TERMINATION POINT IDENTIFIED AND CHECKED ACCORDING TO TECHNICAL AND CONNECTION IS RECORDED TO ESTABLISHED PROCEDURES. 3. THE EQUIPMENT SUPPORT IS IDENTIFIED, MOUNTED, CHECKED AND RECORDED ACCORDING TO SPECIFICATION AND ESTABLISHED PROSEDURES.

210

4. THE VOICE EQUIPMENT IS IDENTIFIED, INSTALLED, CONNECTED, TESTED AND DOCUMENTED ACCORDING TO SPECIFICATION AND ESTABLISHED PROSEDURES. 5. THE NON-VOICE EQUIPMENT AND CONNECTION IS IDENTIFIED, CONNECTED TESTED, CONNECTION TESTED AND RECORDED ACCORDING SPECIFICATION AND ESTABLISHED PROCEDURES.

211

ISI KANDUNGAN
LE 2 TEST LINE

TASK 02.03 Run telecommunication cable.


TASK 02.04 Connect cable to termination point TASK 02.05 Test lines

No. & TAJUK PENGALAMAN PEMBELAJARAN

LE 2 Test Line

212

No. & TAJUK TUGASAN


Code No. : B06-02-04-LE2-IS1D

TASK 02.05 - Test lines

Muka : 1 drp. 10

TAJUK : PENGENALAN KEPADA GENTIAN OPTIK TUJUAN : Kertas penerangan ini menerangkan tentang gentian optik yang perlu diketahui oleh pelajar-pelajar. Dengan mempelajari tentang gentian ini, pelajar akan didedahkan bagaimana cara mengenalpasti jenis-jenis gentian, kebaikan dan kegunaannya. PENERANGAN : 1.PENGENALAN 1.1 SEJARAH FIBER OPTIK Cahaya telah mula digunakan untuk perhubungan sejak lebih 100 tahun dahulu lagi. Claude Chappe telah membina telegrafi optik pada tahun 1790an di perancis. Pada tahun 1870, John Tyndall telah mengkaji dan menemukan kaedah pantulan cahaya dalam beberapa medium. Pada tahun 1962 semiconductor laser telah direka dan pada tahun 1970 Corning Glass Company telah membuat satu implementasi menggunakan pandu gelombang cahaya untuk penghantaran jarak dekat. AT&T dan GTE telah memasang sistem telefoni gentian optik yang membawa data dan maklumat komersial. Sehingga sekarang gentian optik telah digunakan secara meluas dalam pelbagai bidang termasuklah komunikasi, industri, pertahanan dan lain-lain. 1.2 GENTIAN OPTIK Gentian optik merupakan satu jalur yang nipis serta halus dimana ia membenarkan cahaya melaluinya, Gentian optik juga boleh dikatakan sebagai circular light pipe. Gentian optik berupaya membawa isyarat dan tenaga optik dan ia juga mempunyai beberapa kebaikan serta keburukan yang akan dibincangan kemudian. Gentian optik tidak membawa isyarat elektrik tetapi ia membawa isyarat cahaya yang sama dengan isyarat elektrik. Pada punca penghantar, isyarat elektrik akan ditukar kepada isyarat cahaya untuk dibawa melalui gentian optik dan pada punca penerima pula, isyarat cahaya akan ditukar kepada isyarat elektrik untuk proses yang selanjutnya. Pancaran cahaya dalam gentian optik adalah mematuhi Hukum Snell serta fenomena Total Internal Reflection (TIR) yang akan dibincangkan kemudian.

Code No. : B06-02-04-LE2-IS1D

Muka : 2 drp. 10

213

1.3 GAMBARAJAH BLOK SISTEM PERHUBUNGAN GENTIAN OPTIK Tx

Coder

Light Source

Repeater

Light Detector

Decoder

Rx
Gambarajah 1: Gambarajah Blok Sistem perhubungan Gentian Optik Pada bahagian Penghantar (Tx), isyarat analog seperti suara atau video akan ditukarkan dalam bentuk denyutdenyut digital. Denyut digital tadi digunakan untuk memancarkan sumber cahaya dengan pantas secara on dan off . Sumber cahaya adalah samada Light Emitting Diode (LED) ataupun Injection Laser Diode (ILD). Denyutdenyut cahaya tadi kemudiannya dipancarkan melalui sepanjang kabel optik pada jarak yang jauh. Pengulang ( Repeater ) merupakan satu alat untuk memastikan isyarat yang dihantar adalah lebih efisien dimana ianya menguatkan isyarat yang lemah antara stesyen. Pada bahagian Penerima (Rx), terdapat pengesan cahaya (light detector )ataupun photocell. Jenis pengesan cahaya, PIN diode ataupun APD ( avalanche photodiode ) adalah yang biasa digunakan. Pengesan cahaya bertindak sebagai elemen penerima dan menukarkan isyarat cahaya yang diterima kepada denyut-denyut arus elektrik. Denyut denyut elektrik tadi dikuatkan dan dijanakan balik dalam bentuk digital dan ditukarkan balik ke isyarat analog didalam decoder tadi dan isyarat asal dapat diterima pada bahagian penerima semula. 1.4 HUKUM SNELL Hukum Snell menyatakan bahawa kelajuan cahaya adalah berbeza dalam berlainan medium yang lutsinar ( transparent ). Cahaya bergerak perlahan dalam medium yang indek pembiasannya ( Refraction index) tinggi. Indek pembiasan n , merupakan perbandingan kelajuan cahaya dalam sesuatu medium dengan kelajuan cahaya didalam vacuum. nmedium = C/Vmedium
dimana c= kelajuan cahaya v = kelajuan cahaya dalam medium tersebut

Code No. : B06-02-04-LE2-IS1D

MUKA : 3 drp. 10

214

Contoh : nudara = 1.0003 , nair = 1.33 , nGlycerin =1.47 , nKaca =1.52. Hukum Snell menyatakan n1SinQ1 = n2SinQ2 dimana n1 adalah indeks pembiasan medium 1 Q1 adalah sudut tuju n2 adalah indeks pembiasan medium 2 Q2 adalah sudut biasan

Q2

Sinar biasan Sinar biasan sinar tuju pantulan Gambarajah 2 pantulan


sinar tuju

pantulan

sinar tuju Q1

Q2

a) Fenomena pembiasan dan pantulan

b) Fenomena Sudut Kritikal

c) Total Index Reflection

1.4.1 Analisis berkenaan dengan Hukum Snell. Jika cahaya bergerak dalam medium yang berindek biasan tinggi ke dalam medium yang berindek biasan rendah, sudut biasannya adalah jauh sedikit dari garisan normal dan begitu juga sebaliknya.

1.5 GEOMETRI GENTIAN

Core Cladding Coating

Gambarajah 3: Geometri Asas Gentian Optik

Code No. : B06-02-04-LE2-IS1D

Muka : 4 drp. 10

215

Bahagian tengah gentian dikenali sebagai teras ( core ). Pada bahagian inilah perambatan cahaya berlaku. Perlu diingatkan bahawa teras bukanlah merupakan satu tiub yang kosong, sebenarnya ia merupakan satu bahan yang diperbuat daripada campuran pelbagai bahan seperti silica,pasir ,kaca dan sebagainya untuk membentuk suatu gentian yang mempunyai indek biasan yang tinggi. Bahagian yang mengelilingi core adalah cladding dimana indek biasannya lebih rendah daripada indeks biasan teras bagi memastikan cahaya senantisa boleh merambat didalam teras tadi dan kedua-dua core dan cladding tadi di saluti dengan buffer ataupun coating sebagai pelindung. 1.5.1 Numerical Aperture (NA) NA merupakan keupayaan cahaya memasuki ruang di dalam sesuatu gentian optik. NA juga menentukan sudut tuju yang basar bagi pancaran cahaya yang memasuki gentian dimana ia juga membenarkan TIR bahagian corecladding. Dengan erti kata lain, NA juga boleh ditafsirkan sebagai sudut yang membenarkan gentian menerima kemasukan cahaya dan membenarkan ianya merambat dalam teras gentian. NA = SinQA NA yang besar merupakan sudut penerimaan cahaya yang lebih besar dan lebih baik manakala NA yang kecil memerlukan cahaya yang tinggi dalam satu arah sahaja.

NA boleh dinyatakan sebagai NA = SIN QA NA = n2core n2cladding


1.5.2 Mod Gentian Perambatan cahaya dalam gentian optic dengan sudut yang berbeza beza dikenali sebagai mod perambatan. Mod juga bergantung kepada sudut perambatan cahaya. Mod perambatan dalam gentian optic ditentukan dengan Normalized Frequency Parameter ( V number ). Parameter ini yang dgunakan meliputi diameter teras, panjang gelombang cahaya ( wavelength )yang digunakan juga bukaan numeric ( NA ) V= 2d ( NA ) / dimana d adalah diameter teras

Untuk Step Index fiber, N = V2 / 2 Dan Untuk Graded Index fiber, N = V2 /4

Code No. : B06-02-04-LE2-IS1D

Muka : 5 drp.10

216

NA boleh dinyatakan sebagai NA = SIN QA NA = n2core n2cladding 1.5.2 Mod Gentian Perambatan cahaya dalam gentian optic dengan sudut yang berbeza beza dikenali sebagai mod perambatan. Mod juga bergantung kepada sudut perambatan cahaya. Mod perambatan dalam gentian optic ditentukan dengan Normalized Frequency Parameter ( V number ). Parameter ini yang dgunakan meliputi diameter teras, panjang gelombang cahaya ( wavelength )yang digunakan juga bukaan numeric ( NA ) V= 2d ( NA ) / dimana d adalah diameter teras

Untuk Step Index fiber, N = V2 / 2 Dan Untuk Graded Index fiber, N = V2 /4 Perlu diingatkan, apabila V number bagi step index fiber mencapai 2.405 dengan panjang gelombang diberi, gentian tersebut hanya dapat menampung hanya untuk single mode. Untuk lebih jelas lagi, bila diameter teras dan NA terlalu kecil,hanya satu mod sahaja yang merambat dalam gentian tersebut. Mod tersebut adalah Single Mode Fiber

QA

ACCEPTANCE CONE

GENTIAN OPTIK

Gambarajah 4: Numerical Aperture (NA )

Code No. : B06-02-04-LE2-IS1D

Muka : 6 drp. 10

217

1.5.3 Jenis-Jenis Gentian Optik Gentian optik secara amnya diklasifikasikan bergantung kepada indek profail serta dimensinya. a) Multimode Step Index Gentian jenis ini banyak digunakan dalam komunikasi dan mempunyai diameter teras diantara 50-100m dengan indek biasan yang tetap disepanjang teras. Gentian jenis ini mempunyai NA yang besar dan lebih mahal serta diameter yang besar membolehkan ianya senang digunakan. Walaubagaimanapun, ia mempunyai lebarjalur yang terhad dan tidak sesuai untuk perhubungan jarak jauh.

b) Multimode Graded index. Gentian jenis ini juga mempunyai diameter teras antara 50-100m dan indek biasan berbeza-beza di sepanjang diameter. Gentian jenis ini mempunyai lebarjalur yang sederhana dan membenarkan perambatan dengan mod yang kurang dan ia mempunyai tahap pengecilan yang rendah.

Code No. : B06-02-04-LE2-IS1D

Muka : 7 drp. 10

218

c) Single Mode Fiber. Gentian jenis ini hanya membenarkan hanya satu jenis perambatan dengan panjang gelombang yang ditetapkan untuk ianya beroperasi. Saiz diameter adalah kecil diantara 4-8m. Ia mempunya lebar jalur yang terbaik dan penyerakan yang rendah. Gentian jenis ini adalah paling popular digunakan untuk perhubungan rangkaian jarak jauh. Size diameter yang kecil serta fleksibel membolehkan ianya digunakan secara meluas didalam beberapa aplikasi pengesan gentian optik.

JENIS-JENIS KABEL OPTIK

Code No. : B06-02-04-LE2-IS1D

Muka : 8 drp. 10

219

1.6 KEBAIKAN KABEL GENTIAN OPTIK a) Lebarjalur yang besar Dengan lebarjalur yang besar maka lebih banyak kapasiti maklumat boleh dibawa. Tambahan pula sekarang ini, kebanyakan syarikat telekomunikasi sedang menambah penggunaan perghantaran maklumat secara digital dan dengan lebarjalur yang besar maka ianya membenarkan bit rate yang tinggi dan lebih banyak saluran boleh dibawa dalam satu kabel.

b) Kadar kehilangan (loss ) yang rendah


Dengan kadar kehilangan dan penyerakan yang rendah maka penempatan stesyen pengulang amatlah menjimatkan dimana penggunaan pengulang menelan kos yang tinggi. c) Size yang kecil dan ringan Mudah untuk dibuat penyelenggaraan dan kelihatan kemas semasa proses pengkabelan seperti didalm pesawat, bangunan, kenderaan dan sebagainya. d) Tiada kesan elektromagnet (EMI) Oleh kerana tiada pengaliran arus elektrik dalam gentian optik maka tidak ada kesan pancaran electromagnet dan boleh melalui kawasan- kawasan bervoltan tinggi.

e) Lebih selamat ( security )


Kabel tidak boleh di tap oleh individu-individu yang tidak bertanggungjawab. f) Fleksibel Boleh dilaksanakan secara berperingkat-peringkat jika ada penambahbaikan. 1.6.1 Penggunaan Gentian Optik i. Studio TV digital, yang menggunakan data yang boleh dibawa oleh fiber optik sangat sesuai dengan keperluan TV digital yang membolehkan ia membawa jutaan bit dalam setiap detiknya. ii. Jalur bawah laut - Aplikasi dalam bidang ini telah dilakukan dengan menghubungkan Amerika dan Eropah dengan fiber optik yang berada dibawah laut. iii. Pengganti satelit - Hal ini dilakukan kerana fiber optik lebih baik dalam menghadapi gangguangangguan dibandingkan komunikasi satelit, yang mempunyai masalah dengan gangguan pada atmosfera.

iv.

Bidang kesihatan, teknologi fiber optik boleh digunakan dalam jenis tertentu dalam menggunakan operasi laser.

Code No. : B06-02-04-LE2-IS1D

Muka : 9 drp. 10

220

v.

LAN yang efesien dan berkapasiti tinggi dan besar pada syarikat, hospital, sekolah dan organisasi lainnya yang menggunakan fiber optik secara khusus. Hal ini digunakan untuk mendapatkan data-data komputer seperti video dan suara, yang relatif besar.

1.6.2

3 jenis kedupleksan dalam telekomunikasi ialah vi. vii. Simpleks Penghantaran berlaku dalam satu arah sahaja Half dupleks Penghantaran data berlaku pada kedua dua arah tetapi hanya satu arah sahaja boleh berlaku pada satu masa. viii. Dupleks Penghantaran data berlaku pada kedua dua arah dan boleh berlaku pada masa yang sama

Code No. : B06-02-04-LE2-IS1D

Muka : 10 drp. 10

221

SOALAN 1. Gentian optik _____________________ isyarat elektrik tetapi ia membawa isyarat cahaya yang sama dengan isyarat elektrik. 2. Nyatakan jenis-jenis gentian optik . 3. Berikan 3 kebaikan gentian optik.

RUJUKAN 1. Nota Fiber Optik , Kolej Latihan Telekom, 2001 2. Nota Fiber Optik, In-House Training Adtec Kulim, 2006

222

S-ar putea să vă placă și