Sunteți pe pagina 1din 23

UNIVERSITI MALAYSIA SABAH SEMESTER II SESI 2012/2013 SEJARAH SOSIO-EKONOMI TANAH MELAYU (19001957) TAJUK TUGASAN 9: Bincangkan Impak

Pembangunan dan Kemajuan Pengangkutan Moden Terhadap Aspek Sosio-Ekonomi Masyarakat Tanah Melayu Pada Akhir Abad ke-19 dan Separuh Pertama Abad-20

NAMA PENSYARAH: PROF. MADYA DR. ABD. RAHMAN TANG NAMA TUTOR: EN. EDWARD GERANJA ELLIE NAMA COSMAS ANAK TABOH NO.MATRIK BA11110065

1.0

PENGENALAN

Tanah Melayu telah menerima banyak kesan daripada pemerintahan kolonial British semenjak abad ke 18 lagi. Dalam hal ini, banyak pembaharuan yang dilakukan oleh pihak British di kawasan Tanah Melayu sama ada daripada sudut politik, ekonomi dan sosial. Dalam aspek ekonomi, kita dapat melihat dengan jelas tentang pengenalan sistem ekonomi bebas dan eksploitasi sumber ekonomi di Tanah Melayu atas sebab kepentingan sumber bahan mentah di Eropah akibat daripada tercetusnya revolusi industri pada penghujung abad ke 18. Hal ini memberikan banyak kesan ke atas sistem ekonomi di Tanah Melayu. Selain daripada itu, aspek lain yang jelas kelihatan kesannya akibat daripada penjajahan pihak British ialah daripada aspek sosial. Dalam aspek ini, antara pembaharuan yang dilakukan oleh pihak British ke atas penduduk melalui pembangunan yang dilakukan oleh Barat dan pengenalan dan kemajuan teknologi moden terhadap aspek sosio-ekonomi masyarakat Tanah Melayu pada akhir abad ke-19 dan separuh pertama abad ke-20. Antara pembangunan dan kemajuan yang dapat dilihat kesan daripada penjajahan pihak British ialah melalui pembinaan sekolah-sekolah, pejabat pos, jalanraya dan jaringan jalan kereta api. Melalui kemajuan sistem pengangkutan di Tanah Melayu, pihak British juga telah memperkenalkan sistem pengangkutan moden seperti kereta api, kereta dan pengangkutan lain termasuklah

pengangkutan udara iaitu kapal terbang. Dalam tajuk ini, saya akan membincangkan dengan lebih lanjut tentang impak pembangunan dan kemajuan pengangkutan moden terhadap 2

aspek sosio-ekonomi masyarakat Tanah Melayu pada akhir abad ke-19 dan separuh pertama abad ke-20.

2.0

IMPAK PEMBANGUNAN TERHADAP SOSIO-EKONOMI TANAH MELAYU

2.1.

IMPAK POSITIF PEMBANGUNAN

2.1.1 SOSIAL 2.1.1.1 KEMAJUAN SISTEM KOMUNIKASI

Dari segi sistem komunikasi yang diperkenalkan oleh pihak Britsh, antara kemajuan yang diperkenalkan oleh pihak British di Tanah Melayu adalah bagi tujuan menghubungkan urusan perdagangan dan melicinkan lagi

pentadbiran British di Negeri-Negeri Selat (NNS), Negeri-Negeri Melayu Bersekutu(NNMB) dan Negeri-Negeri Melayu Tidak Bersekutu(NNMTB). Dalam yang yang sedemikian, perkembangan jaringan komunikasi seperti pejabat pos, telegraf dan telefon semakin berkembang apabila mencapai awal abad ke-20 setelah Tanah Melayu mengalami banyak kemajuan dari segi ekonomi di Tanah Melayu. Hal ini turut memudahkan kehidupan dan taraf sosial masyarakat di Tanah Melayu melalui kemajuan sistem

komunikasi yang diperkenalkan dan dimajukan oleh British pada zaman penjajahan British di Tanah Melayu. Jaringan telegraf yang pertama ialah yang digunakan untuk

menghubungkan Residen British di Kuala Kangsar dan Pejabat Penolong Residen di Taiping seterusnya ke Pejabat Majistret di Matang, Perak pada 16 3

April 1876. Pada 10 tahun kemudian iaitu pada 1886, perkhidmatan talian telegraf yang menghubungkan di antara Kuala Lumpur, Melaka, dan Singapura telah diperkenalkan oleh pihak British. Perkhidmatan telefon pula telah diperkenalkan pada akhir tahun 1891 dan menjelang tahun 1895, terdapat 21 buah telefon yang terdapat di Kuala Lumpur. 1

2.1.1.2

PERKEMBANGAN PEMBANDARAN

Pembandaran di Tanah Melayu muncul dan berkembang selaras dengan perkembangan sistem ekonomi yang dibangunkan oleh pihak British terutamanya sistem ekonomi perlombongan bijih timah dan ekonomi perladangan. Kebanyakan bandar muncul di kawasan yang mempunyai kepadatan penduduk yang tinggi. Misalnya, bandar-bandar seperti Ipoh, Taiping, Kuala Lumpur dan Seremban pada asalnya adalah berkembang daripada sebuah kampung perlombongan bijih timah. Dalam lingkungan bandar-bandar tersebut, bandar George Town, Butterworth, Port

Sweetenham dan Melaka telah menjadi bandar besar kerana tempatnya yang sangat sesuai untuk menjadi pusat perlabuhan. Dalam hal yang demikian, peranan bandar-bandar awal yang dibangunkan oleh pihak British adalah untuk mengumpul, memproses bijih timah, kelapa kering, minyak kelapa sawit dan melaksanakan tugas pentadbiran. Kuala Lumpur misalnya, mempunyai tugas untuk memproses

http://www.arkib.gov.my/perkembangan-telekomunikasi-negara diakses pada 2 Mei 2013, pada jam 8.00 p.m.

barangan perkilangan, memperbaiki alatan pengangkutan, pusat kesihatan, pelajaran dan hiburan.2 2.1.2 EKONOMI 2.1.2.1 PERKEMBANGAN SISTEM EKONOMI PERLOMBONGAN DAN PERLADANGAN Setelah British melakukan pembangunan terhadap aspek ekonomi di Tanah Melayu, ternyata usaha British tersebut telah memberikan kesan positif terhadap perkembangan sistem ekonomi di Tanah melayu seperti sistem ekonomi perlombongan, tanaman getah, pertanian dan yang lain iaitu perikanan. Dalam sistem ekonomi perlombongan, British telah memperkenalkan dan membangunkan teknologi peralatan bagi meningkatkan hasil sumber bijih timah. Hal ini jelas apabila pengenalan kaedah pam dan lombong dedah bagi menggantikan sistem perlombongan melampan yang bercorak tradisional pada peringkat awal. Selain itu, penggunaan kapal korek telah memesatkan lagi perkembangan ekonomi perlombongan di Tanah Melayu seperti di Lembah Klang di Selangor dan Lembah Kinta di Perak. Sehingga tahun 1929, pengeluaran bijih timah di seluruh Tanah Melayu meningkat kepada 193, 600 tan disebabkan permintaan yang tinggi dari Eropah untuk mengetin makanan. Pada tahun 1939, Fermon menganggarkan jumlah pengeluaran bijih timah telah meningkat lebih kurang 1, 500, 000 tan. 3

Ooi Jin Bee,Bumi, Penduduk dan Ekonomi di Tanah Melayu , Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1968, hlm. 179. Ibid., hlm. 325.

Dalam sistem ekonomi pertanian seperti penanaman getah, ia meliput 60 peratus jumlah pendapatan eksport Tanah Melayu dan

kebanyakan kawasan tanaman getah ialah di kawasan-kawasan pantai dan kaki bukit kawasan barat Tanah Melayu dari Perlis sehingga ke Johor. Dalam aktiviti penanaman getah, terdapat dua kawasan penumpuan penanaman getah yang terbesar. Yang pertama ialah Kedah Tengah dan Kedah Selatan, Seberang Perai dan Perak Utara. Kawasan kedua ialah Selangor Selatan, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor Barat. Kawasan penanaman getah di Pantai Timur adalah lebih terpencil dan kecil. Kemunculan tanaman getah di Tanah Melayu mengakibatkan kemerosotan perusahaan tanaman lain seperti ubi kayu, tebu dan kopi. Sehingga tahun 1910, ladang-ladang hanyalah menanam tanaman getah sahaja, tetapi di antara tahun 1910 dan 1925 banyak ladang-ladang dibuka selain getah iaitu, ladang kelapa sawit, ladang kelapa, ladang nanas dan ladang teh dan jumlah keluasan tersebut semakin meningkat sehingga tahun 1950 dan semakin meningkat

menjelang tahun 1960. Jumlah keluasan ladang-ladang tersebut boleh dilihat dalam jadual 1.4 Jadual 1: Luas Kawasan yang Bertanam dengan Tanaman-Tanaman Ladang di Tanah Melayu sehingga 1960 Tanaman Getah Kelapa sawit Kelapa Nanas Teh JUMLAH Keluasan 1, 942, 000 135, 000 86, 000 15, 000 9, 000 2, 187, 000

Ibid., hlm. 197.

Berdasarkan kepada jadual 1, dapat disimpulkan bahawa tanaman getah merupakan tanaman yang penting sekali kepada sistem ekonomi

perladangan British di Tanah Melayu sehingga separuh pertama abad ke-20 selain daripada pertanian lain seperti kelapa sawit dan nanas.

2.2

IMPAK NEGATIF PEMBANGUNAN

2.2.1 SOSIAL 2.2.1.1 PENGASINGAN PENDIDIKAN MENGIKUT KAUM

Di Tanah Melayu, British tidak menitikberatkan perpaduan dalam sistem pelajarannya disebabkan tujuan utama mereka memberikan pelajaran kepada segolongan rakyat di Tanah Melayu adalah bagi membolehkan sebahagian daripada mereka memenuhi keperluan tenaga kerja dan kepentingan ekonomi British. Namun, hanya terdapat segelintir sahaja mereka yang berkemampuan dan mendapat peluang pelajaran Inggeris dan memasuki perkhidmatan kerajaan dan profesion di taraf-taraf yang terhad dan bilangannya adalah amat kecil. Di Tanah Melayu, inggeris telah memberikan tumpuan besar kepada sistem pelajaran Inggeris berbanding sistem pendidikan Melayu. Sistem pendidikan Melayu diadakan Cuma pada peringkat rendah sahaja dimana skop pelajarannya adalah amat terhad. 5 Dalam hal ini juga, British juga mewujudkan lima jenis sistem persekolahan yang sama sekali terasing di antara setiap sekolah dengan yang lain iaitu Sekolah Inggeris, Sekolah Melayu, Sekolah Agama, Sekolah Cina dan
5

Mohd. Shahari bin Ahmad Jabar, et al, Negara Kita: Sejarah Pentadbiran dan Dasar Pembangunan, Kuala Lumpur: Institut Tabdbiran Awam Negara, 1983, hlm. 148.

Sekolah Tamil. Kelima-lima jenis sekolah tersebut mempunyai ciri-ciri pemisah yang besar yang menyebabkan sistem pendidikan di Tanah Melayu menjadi tidak sekata. Pertama, setiap sekolah itu adalah khusus kepada sesuatu kaum tertentu sahaja. Kedua, tiada dasar mengenai bahasa pengantar yang tunggal dan bahasa pengantar adalah mengikut sistem persekolahan masing-masing. Contohnya, Sekolah Inggeris menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar, dan begitulah yang berlaku di sekolah-sekolah yang lain seperti Sekolah Melayu, Sekolah Tamil dan Sekolah Cina. Ketiga, terdapat garis pemisah di antara setiap sekolah. Dalam hal ini, Sekolah Melayu adalah bertempat di kawasan desa, Sekolah Cina bertempat di kawasan perlombongan, dan Sekolah India ialah di kawasan ladang getah. Ciri yang seterusnya ialah, kurikulum di kelima-lima jenis sekolah ini adalah berbeza dan tidak sehala. Hal ini demikian kerana masing-masing

mempunyai sistem persekolahan yang tersendiri. Contohnya, sukatan pelajaran Inggeris adalah berdasarkan kepada sistem persekolahan di England. Sekolah Melayu pula menitikberatkan kemahiran 3M (membaca, menulis dan mengira), sistem Sekolah Cina berdasarkan kepada corak pelajaran di Cina dan Sekolah sistem Sekolah India adalah berdasarkan kepada corak pelajaran di India.6 Jika dibandingkan dengan sistem persekolahan Inggeris, British telah menitikberatkan Cambride akademik School bagi persediaan menghadapi peperiksaan yang

Overseas

Certificate .

Antara

matapelajaran

diperkenalkan oleh British ialah Sains, Ilmu Alam, Pendidikan Jasmani,


6

Ibid., hlm. 149.

Lukisan, Sejarah Eropah dan Sastera Inggeris. Dalam hal ini, corak pendidikan British ini lebih bercorak kepada Barat dan ini menyebabkan golongan orang Melayu sukar untuk mendapatkan pendidikan Inggeris sehinggalah kepada tahun 1930an dimana sekolah Special Malay Class.7

2.2.1.2

PENINGKATAN BILANGAN DAN KEPADATAN PENDUDUK

Newbold telah menganggarkan bahawa terdapat sekitar 200, 000 penduduk di Tanah Melayu tidak termasuk di Pulau Pinang, Singapura dan Melaka pada tahun 1830. Pertumbuhan penduduk mula kelihatan setelah

kemasukan dan pendudukan orang-orang China di Pulau Pinang dan Seberang Perai pada awal tahun 1800. Orang China mula terlibat dalam kegiatan perniagaan manakala orang India bekerja sebagai peniaga kecil, saudagar dan pertanian. Sebahagian daripada mereka ialah ' sepoi', yang bertanggungjawab untuk menjaga keamanan di Tanah Melayu dan terikat di bawah pengawasan pegawai British.
8

Misalnya, pada tahun 1812, terdapat

7000 orang penduduk India di Pulau Pinang dan di Seberang Perai daripada jumlah keseluruhan penduduk dan pada tahun 1820, seramai 8500 orang India di Pulau Pinang. Pada tahun yang sama, ada terdapat 8300 penduduk Cina yang turut mendiami kawasan Pulau Pinang, kemudian, bilangan penduduk China dan India semakin meningkat sehingga penghujung abad ke-19 dan terus meningkat sehingga separuh pertama abad ke-20. Dalam
7

Shahril et al., Isu Pendidikan di Malaysia, Kuala Lumpur: Utusan Publication & Distributors Sdn Bhd, 1999, hlm. 8.

Ooi Jin Bee, op cit., hlm. 112.

tahun 1971, bilangan kemasukan pendatang luar telah meningkat secara drastik iaitu sebagaimana yang ditunjukkan dalam jadual 2. 9 Jadual 2: Jumlah Orang Dagang dan Penduduk Melayu di Negeri-Negeri Selat pada tahun 1871 Bangsa China India Eropah Nasrani lain-lain Jumlah penduduk dagang Jumlah penduduk Melayu Jumlah besar 133, 230 97, 111 77, 756 308, 097 75, 216 26, 141 58, 096 159, 453 Pulau Pinang 36, 561 18, 661 433 dan 2, 409 58, 014 Singapura 54, 572 11, 501 1, 946 2, 951 70, 970 Melaka 13, 482 3, 278 50 2, 850 19, 660 Jumlah 104, 615 33, 390 2, 429 8, 210 148, 644

Berdasarkan kepada jumlah penduduk di atas, sebilangan golongan pedagang telah mengatasi jumlah penduduk tempatan iaitu di Singapura. Hal ini turut menyebabkan berlakunya masalah sosial di mana wujud kekacauan oleh pendatang luar di Tanah Melayu. Umpamanya, kedatangan beramai-ramai orang Cina dan membuka lombong di Lembah Kinta dan beberapa lombong lain di Negeri Sembilan dan Sungai Ujong telah menimbulkan huru-hara apabila kumpulan-kumpulan orang China berbalah dan bergaduh sesama mereka dan bergaduh dengan penghulu tentang isu pemilikan tanah lombong, serta bergaduh tentang monopoli candu dan
9

Ibid., hlm. 114.

10

minuman keras. Hal ini semakin berlarutan sehinggalah kepada tahun 1901, di mana bilangan penduduk China adalah menjadi semakin ramai dan melebihi jumlah orang Melayu iaitu hampir sama dengan jumlah orang Melayu di Negeri-Negeri Melayu Bersekutu, iaitu sebanyak 301, 463 orang China berbanding dengan 313, 205 orang Melayu. Sehingga tahun 1930, seramai 2, 317, 941 orang China telah datang ke Tanah Melayu. Seramai 1, 937, 941 mereka kemudiannya telah balik ke negara China dan seramai 380, 000 daripada mereka terus tinggal di Tanah Melayu yang mendorong kepada kepadatan dan wujudnya masalah sosial di Tanah Melayu. 10

2.2.2 EKONOMI 2.2.2.1 EKSPLOITASI SUMBER EKONOMI SECARA BESAR-

BESARAN OLEH BRITISH Daripada sudut perkembangan ekonomi di Tanah Melayu, pembangunan ini berkembang infrastruktur selaras dengan perkembangan teknologi peralatan dan

di Tanah Melayu pada zaman pentdbiran British sehingga

menyebabkan perusahaan aktiviti perlombongan semakin maju seterusnya meningkatkan hasil pengeluaran bijih timah di Tanah Melayu. Misalnya, pengeluaran bijih timah sebanyak 40, 000 tan pada tahun 1898 telah meningkat lebih daripada 50, 000 tan pada tahun 1913 menyebabkan orang Eropah semakin ramai yang melabur di Tanah Melayu pada akhir abad ke19. Hal ini turut dirancakkan lagi oleh peranan dan monopoli pelombongpelombong Cina dalam perusahaan bijih timah pada masa itu. Namun,
10

Ibid., hlm. 119.

11

monopoli pelombong-pelombong Cina semakin merosot dan perusahan bijih timah mula didominasi oleh orang Eropah. Misalnya, pada tahun 1910, 78 peratus jumlah pengeluaran bijih timah adalah datang daripada lombonglombong orang Cina. Namun, pada tahun 1930, lombong-lombong orang

Eropah telah mengatasi peratusan pengeluaran daripada lombong-lombong orang Cina iaitu mengeluarkan sebanyak 63 peratus dan selebihnya ialah pengeluaran daripada lombong orang Cina. Semenjak daripada hal itu, orang-orang Eropah terus-menerus memegang teraju perusahaan

perlombongan di Tanah Melayu dan mengeluarkan kira-kira 66 peratus bijih timah di Tanah Melayu pada akhir tahun 1950an. Hal ini berlaku kerana memandangkan bijih timah sudah lama menjadi sumber terbesar untuk kerajaan British mendapatkan hasil keuntungan mereka di Tanah Melayu. 11 Selain daripada eksploitasi terhadap sumber perlombongan,

eksploitasi terhadap sumber pertanian padi turut berlaku semasa era penjajahan British di Tanah Melayu. Selain daripada mendapatkan eksport beras daripada Burma, ekspoitasi sumber makanan padi di Tanah Melayu turut berleluasa pada zaman penjajahan British sehinggalah pada tahun 1918. Lim Teck Ghee (1971: 118-144) telah menetapkan masa di antara tahun 1913 sehingga tahun 1941 sebagai tempoh "kekurangan beras di Tanah Melayu". Hal yang demikian menyebabkan pihak British mula berasa bimbang akan kadar penyusutan sumber bahan makanan di Tanah Melayu ditambah lagi dengan kos penjualan padi menjadi semakin meningkat. Oleh hal yang demikian, pihak British mula memperkenalkan pengawalan beras
11

Ibid., hlm. 313.

12

pada pertengahan tahun 1919 sehingga pada tahun 1921. Sehingga pada tahun 1922, kadar import beras mula menjadi murah menyebabkannya berlakunya kemerosotan pengeluaran padi tempatan. 12 Jadual 3

menunjukkan keluasan kawasan penanaman padi di Tanah Melayu pada tahun 1930 sehingga 1945.13 Jadual 3: kawasan penanaman padi di Tanah Melayu pada tahun 1930-1945 Tahun Perak Selangor Negeri sembilan Pahang Melaka Pulau pinang dan seberang perai Akhir tahun 1930an (ekar) 99 000 21 500 33 000 40 000 32 000 37 200 1945 (ekar) 110 000 47 000 36 000 50 000 33 294 45 000

3.0

IMPAK KEMAJUAN PENGANGKUTAN MODEN TERHADAP SOSIO-

EKONOMI TANAH MELAYU 3.1 IMPAK POSITIF KEMAJUAN PENGANGKUTAN MODEN

3.1.1 SOSIAL 3.1.1.1 PERKEMBANGAN PETEMPATAN

12

Shamsulbahriah

Ku

Ahmad,

Pembangunan

Ekonomi

dan

Kelas

Sosial

di

Semenanjung Malaysia, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1988, hlm. 71.
13

Ruslan Zainuddin, Sejarah Malaysia, edisi kedua, Selangor: FajarBakti, 2003, hlm. 523.

13

Pembinaan

kemudahan

perhubungan

seperti

jalan

raya

dan

juga

kemudahan pengangkutan moden seperti kereta api telah menjadikan kawasan pedalaman mempunyai jalan perhubungan sebagai kawasan tumpuan untuk mendirikan penempatan. Sebelumnya, masyarakat Melayu tertumpu di pinggir-pinggir sungai untuk dijadikan penempatan kerana masih belum mempunyai Oleh kemajuan dari segi perhubungan zaman dan

pengangkutan.

kerana

pengangkutan

pada

dahulu

menggunakan sungai sebagai laluan perhubungan, maka kawasan persisir dan sesetengah kawasan di pinggir sungai yang besar di Tanah Melayu menjadi pusat pengelompokan masyarakat Melayu tradisional. Kawasan tersebut juga menjadi sumber nadi ekonomi mereka sejak berabad lamanya. Setelah berlakunya perkembangan dalam sistem perhubungan dan pengangkutan, kawasan yang tinggal di pesisir pantai atau sungai telah berpindah ke kawasan pendalaman. Pembinaan jalan raya yang merentasi daerah-daerah di pendalaman dan menghubungkan kawasan bandar baru yang muncul menyebabkan ianaya menjadi tumpuan baru kepada

masyarakat di Tanah Melayu ketika itu. Orang Cina biasanya membina rumah kedai di pinggir jalan terutamanya di kawasan bandar seperti Kuala Lumpur, Taiping, Ipoh dan Seremban.14

3.1.1.2

PENINGKATAN MOBILITI PENDUDUK

14

Fisher Charles, The Railway Geography of British of British Malaya : Kuala Lumpur, 1946,

hlm. 123.

14

Kemajuan pengangkutan moden ternyata dapat meningkatkan mobiliti peduduk. Hal ini kerana, penduduk dapat bergerak dari satu destinasi ke destinasi yang lain dengan cepat pada bila-bila masa sahaja. Hal ini dapat meningkatkan darjah kesampaian penduduk dari satu tempat ke tempat yang lain berbangding sebelumnya di mana mereka bergerak dengan hanya berjalan kaki atau menggunakan sungai sebagai laluan perjalanan mereka. Masa perjalanan juga dapat dikurangkan apabila terbinanya jalan raya yang menghubungkan beberapa kawasan. Contohnya, menjelang tahun 1930, sudah terdapat satu laluan yang sempurna bagi menghubungkan Kangar di utara sehingga ke Johor Baharu di selatan. Pada 1890, kereta api ringan Muar yang perkhidmatannya dari Jalan Sulaiman Bandar Maharani ke Parit Jawa dan pada 1910-1931, landasan kereta api dari Perai ke Padang Besar dan dari Gemas ke Rantau Panjang Kelantan telah memberi kemudahan kepada penduduk pada masa itu itu bergerak dan ini akan meningkatkan kadar komunikasi antara masyarakat pada masa itu.15 Perkembangan pengangkutan moden juga telah mewujudkan kemudahan infrastruktur di tanah melayu. Contohnya, perkhidmatan bas diwujudkan di kawasan yang terletak berhampiran bandar besar sebagai pengangkutan alternative untuk berulang-alik antara Kuala Lumpur dengan Ampang. Kereta api Muar telah memberi perkhidmatan percuma kepada pelajar-pelajar Melayu yang berulang-alik belajar di Sekolah Inggeris Bandar Maharani. 16

15 16

J. Kennedy, A History of Malaya, A.D. 1400-1959, London: MacMillan, 1962, hlm 25. Abdul Hamid Abdul Majid, Analisa Rangkaian Jalan Raya dan Kaitannya dengan Selangor: Institut Teknologi Mara, 1980, hlm. 4.

Pembangunan Ekonomi,

15

3.1.2 EKONOMI 3.1.2.1 TIMAH Landasan kereta api yang pertama dibina adalah pada tahun 1885 yang telah menghubungkan Taiping dengan Port Weld pada bulan Jun 1885 sejauh 8.25 batu. Jalan kereta api ini telah dibina oleh Sir Hugh Low yang merupakan Residen Perak pada masa itu. Pembinaan jalan kereta api ini adalah untuk menyediakan kemudahan perkhidmatan bagi perindustrian bijih timah di larut.17 Stesen kereta api Taiping ini terletak di padang Sekolah King Edrward VII. Kuala Sepetang dinamakan sebagai Port Weld oleh British dan merupakan stesen kereta api yang pertama. Pada tahun 1890 pula, sebuah jalan kereta api yang menghubungkan Seremban dengan Port Dickson telah dibina sepanjang 16 batu. Perkhidmatan kereta api Selangor dikendalikan oleh Selangor Government Railway (SGR). 18 Ini diikuti pada tahun 1893 apabila sebuah lagi jalan kereta api dari Ipoh ke Batu Gajah dan Teluk Anson ke Tapah Road siap dibina. Pembinaan jalan kereta api pada fasa pertama ini jelas membuktikan kepentingan perlombongan bijih timah menjadi faktor utama kepada kewujudan sistem perhubungan dan pengangkutan tersebut. MEMPERCEPATKAN URUSAN PENGHANTARAN BIJIH

17

P. Sivarajan & S.M. Arasi, Sejarah Sosio Ekonomi Tanah Melayu Tahun 1970 , Selangor: Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd. hlm 30.

18

Abdul Halim bin Halid & Syed Danial Haris bin Syed Husin, Perkhidmatan Pengangkutan Awam Relbas, Selangor: Institut Teknologi Mara, 1990, hlm 82.

16

Fasa kedua pula berlaku antara tahun 1877 hingga 1909. Pada peringkat ini, pembinaan jalan kereta api adalah untuk menghubungkan antara bahagian utara dengan bahagian selatan Semenanjung. 19 Selepas pembentukan Negeri-Negeri Melayu Bersekutu, jalan-jalan kereta api yang sedia wujud mula disambungkan atas inisiatif Sir Frank Swettenham dan dikendalikan oleh Sistem Kereta api Negeri-Negeri Bersekutu. Pada tahun 1903 misalnya, Perai telah disambungkan dengan Seremban dan Gemas dan terus dipanjangjan hingga ke Johor Bharu pada 1909 dan akhirnya Singapura pada 1923.20 Di utara pula, Prai telah disambungkan ke Padang Besar pada 1918 dan seterusnya ke Thailand manakala dari Gemas telah dipanjangkan hingga ke Tumpat melalui Kuala Lipis dan terus ke Sungai Golok.21 Fasa ketiga pula melibatkan pembinaan jalan kereta api antara tahun 1910 hingga 1931. Pembinaan ini telah juga meliputi negeri Kedah, Perlis, Johor, Kelantan dan Terengganu. Setiap negeri di Semenanjung telah dihubungkan dengan jalan kereta api meliputi timur dan barat, utara dan selatan. Kerja-kerja untuk membina jalan kereta api dari Gemas dengan Tumpat mengambil masa yang agak lama kerana sebahagian besar negeri Pahang masih diliputi hutan yang tebal. 22 Kemajuan dalam bidang

pengangkutan dalam dilihat dilihat selepas penubuhan Persekutuan Tanah


19

Ibid., hlm. 31.

20

Ruslan Zainuddin, Sejarah Malaysia, edisi kedua, Selangor: Fajar Bakti, 2003, hlm. 794.

21

Abdul Halim bin Halid & Syed Danial Syed Husin, Op cit., hlm 85. Ruslan Zainuddin, Op cit., hlm 786.

22

17

Melayu pada tahun 1948. Nama kereta api Negeri-Negeri Melayu Bersekutu telah ditukar kepada Kereta api Tanah Melayu (KTM). Pada peringkat awal, perkhidmatan kereta api dilihat hanya untuk menghubungkan pelabuhan dengan pusat bandar. Ini lebih berperanan untuk menagngkut hasil bumi seperti bijih timah, arang batu, balak dan beras ke negeri-negeri lain serta ke pelabuhan.23 Kereta api telah memainkan peranan penting dalam perkembangan ekonomi di Tanah Melayu khususnya terhadap bijih timah dan getah.24 Penerokaan kawasan-kawasan baru bijih timah dan getah dapat ditemui dengan terbinanya landasan kereta api. Selepas pembinaan landasan kereta api itu, terdapat banyak lading-ladang getah telah dibuka sepanjang jalan kereta api. Bagi pihak British, pengangkutan moden ini sangat memberi manfaat kepada mereka. Hal ini kerana, pengangkutan dan penghantaran bijih timah ke pelabuhan-pelabuhan akan menjadi lebih cepat dan cekap. Hal ini dapat dilihat pada tahun 1885 di mana pihak British telah membina empat landasan kereta api yang bertujuan untuk menghubungkan pelabuhan Weld dengan Taiping yang menjadi pusat perlombongan kawasan Larut. Di Selangor pula, pengangkutan utama bijih timah ke Pelabuhan Kelang melalui Sungai Kelang. Jadi, kewujudan pengangkutan moden ini ternyata memberi manfaat kepada kedua-dua belah pihak iaitu masyarakat di tanah melayu dan juga pihak British. Selain itu juga, dengan adanya kemudahan ini, sistem penghantaran hasil bijih timah menjadi lebih cekap. Hal ini kerana, hasil bijih timah dapat diangkut dengan jumlah yang banyak dan ini akan meningkatkan lagi kadar pengeluarannya. Hasil bijih
23

Ibid.,hlm. 787.

24

Zainal Abidin bin Abdul Wahid et al., Warisan Dan Perkembangan, Kuala Lumpur: Dewan Pustaka, 1992,hlm 165.

Bahasa dan

18

timah

yang

diangkut

menggunakan

kereta

api

juga

dijamin

akan

keselamatannya.

3.2

IMPAK NEGATIF KEMAJUAN PENGANGKUTAN MODEN

3.2.1 SOSIAL 3.2.1.1 MEWUJUDKAN MASALAH KEPADATAN PENDUDUK

Walaupun kemajuan dari segi pembangunan dan pengangkutan moden dilihat memberi kesan yang positif terhadap sosial masyarakat ketika itu, tidak dinafikan juga terdapat impak yang negatif yang wujud hasil daripada perkembangan ini. Hal ini kerana kemajuan tersebut menyebabkan populasi penduduk semakin bertambah dan menggalakkan kemasukan buruh asing. Hal ini kerana, pembinaan jalan kereta api dan jalan raya memerlukan buruh yang ramai dan mempunyai kemahiran kejuruteraan bagi

menyempurnakan perlaksanaan ini dalam tempoh yang singkat. 25 Para sejarawan bersetuju bahawa kemajuan teknologi perhubungan dan pengangkutan telah memperkembangkan lagi aktiviti perlombongan bijih timah dan perladangan getah. Perkembangan yang begitu dalam kedua-dua aktiviti ini telah menyebabkan munculnya bandar-bandar baru di sekitar Tanah Melayu. Bandar-bandar baru yang muncul adalah seperti Kuala Lumpur, Taiping, Seremban dan Lukut. Perkembangan bandar ini juga dikatakan akibat daripada lambakan golongan migran yang datang kesan daripada kemajuan pengangkutan moden yang dianjurkan oleh British.
25

P. Sivarajan & S.M. Arasi, op cit., hlm. 30.

19

Jumlah penduduk meningkat dengan begitu ketara iaitu kira-kira setengah juta penduduk pada tahun 1870 kepada kira-kira 3.3 juta orang pada 1921. Hal ini mewujudkan pola penduduk yang tidak seragam apabila majoriti golongan imigran Cina dan India tinggal di kawasan bandar manakala orang Melayu tinggal di kawasan luar bandar. Hal ini telah mewujudkan keadaan dwi-ekonomi di tanah Melayu.

3.2.2 EKONOMI 3.2.2.1 KETIDAKSAMARATAAN TABURAN DAN PERKEMBANGAN

EKONOMI TANAH MELAYU Kemajuan jalan raya dan kereta api telah memberi impak yang besar dalam aspek ekonomi. Semasa penguasaan British di Tanah Melayu, mereka lebih memberi tumpuan untuk memajukan ekonomi di kawasan pantai Barat Semenanjung berbanding di Pantai Timur. Hal ini kerana, kekayaan sumber ekonomi di kawasan tersebut seperti sumber bijih timah dan getah. Oleh itu, kemajuan pengangkutan moden lebih tertumpu di kawasan- kawasan sebelah pantai barat dan mengakibatkan proses pembangunan dan pengangkutan moden di pantai timur agak lembap. Secara tidak langsung, menyebabkan sektor ekonomi moden berkembang sangat pesat di pantai barat semenanjung seiring dengan kemudahan jalan raya dan sistem pengangkutan yang baik. Berbeza pula bagi masyarakat di pantai timur yang masih mengamalkan kegiatan ekonomi tradisional sara diri seperti pertanian dan perikanan.26
26

Ruslan Zainuddin, op cit., hlm. 523.

20

Kesannya, masyarakat Melayu yang majoritinya berada di kawasan pendalaman seperti di pantai timur tidak berkembang dari segi ekonomi. Hal ini juga menyebabkan orang Cina dan orang Eropah tergolong dalam kategori pertama iaitu sektor ekonomi moden manakala para petani Melayu menduduki kategori kedua iaitu sektor ekonomi tradisional. 27

4.0

ANALISIS DAN PENILAIAN

Berdasarkan kepada pembentangan, saya bersetuju bahawa pembangunanpembangunan yang telah berlaku pada penghujung abad ke-19 dan separuh pertama abad ke-20 dan perkembangan teknologi pengangkutan samaada iaitu pengangkutan telah mendatangkan banyak impak kepada kehidupan sosial dan corak ekonomi masyarakat di Tanah Melayu samaada daripada aspek positif mahupun aspek negatif. Melalui aspek pembangunan oleh British di Tanah Melayu, antara contoh impak positif daripada aspek sosial yang kita dapat lihat daripada pengenalan sistem komunikasi dan perkembangan pembandaran. Daripada aspek ekonomi masyarakat Tanah Melayu, impak positif yang berlaku akibat daripada pembangunan ialah perkembangan sistem perladangan dan perlombongan. Namun, perkembangan pembangunan ini berlaku adalah bagi menjamin perkembangan ekonomi dan kelangsungan sistem

pentadbiran British di Tanah Melayu.

27

Ibid.,hlm. 524.

21

Selain itu, aspek negatif yang berlaku akibat pembangunan yang berlaku di Tanah Melayu terhadap sosio-ekonomi Tanah Melayu ialah berlakunya masalah pengasingan sistem pendidikan mengikut kaum

tertentu, peningkatan kadar dan kepadatan penduduk yang mencetuskan masalah sosial di Tanah Melayu dan kewujudan masalah dari sudut eksploitasi sumber ekonomi secara besar-besaran oleh pihak British. Melalui impak kemajuan pengangkutan moden terhadap sosioekonomi penduduk Tanah Melayu, antara kesan positifnya ialah

perkembangan petempatan dan memudahkan urusan penghantaran hasil bijih. Melalui impak negatif daripada kemajuan pengangkutan moden ke atas sosio-ekonomi penduduk Tanah Melayu, dapat dilihat melalui

ketidaksamarataan taburan dan kemajuan ekonomi di Tanah Melayu. Melalui kesan-kesan akibat pembangunan dan kemajuan pengangkutan moden terhadap sosio-ekonomi masyarakat Tanah Melayu pada akhir abad ke-19 dan separuh pertama abad ke-20, dapat dilihat bahawa ia adalah usaha oleh British untuk mengukuhkan kepentingan ekonomi mereka di Tanah Melayu. Dapat dikatakan di sini bahawa mereka lebih mengutamakan kepentingan revolusi perindustrian di Eropah melalui usaha dan ekspoitasi mereka terhadap seluruh sumber ekonomi di Tanah Melayu terutamanya sumber bijih timah.

5.0

KESIMPULAN

22

Kesimpulannya, pembangunan dan kemajuan pengangkutan moden telah memberikan banyak kesan positif dan kesan negatif terhadap sosioekonomi masyarakat Tanah Melayu pada akhir abad ke-19 dan separuh pertama abad ke-20. Kedua-dua pembangunan dan kemajuan

pengangkutan moden ini adalah berlaku secara berperingkat-peringkat. Dalam hal yang demikian, pembangunan dan kemajuan pengangkutan moden ini telah membawa banyak kesan positif terhadap sosio-ekonomi di Tanah Melayu. Namun, kita juga tidak dapat menafikan juga bahawa

pembangunan dan kemajuan pengangkutan moden turut memberikan kesan negatif terhadap sosio-ekonomi masyarakat Tanah Melayu sehingga separuh pertama abad ke-20.

23

S-ar putea să vă placă și