Documente Academic
Documente Profesional
Documente Cultură
Semalam adalah kenangan, hari ini adalah kenyataan, esok adalah harapan….. Iman
itu bukan hanya harapan, ia adalah apa yang terpancar di dalam hati dan dibuktikan
dengan amalan…
Setiap kita di dunia ini tidak mahu..memilih jalan yg derita ..hakikatnya tanpa usaha
keajiabpan tidak akan berlaku.
# Janganlah disamakan antara orang yang berjimat cermat dengan orang yang
kedekut. Orang berjimat selalunya memperhitungkan perbelanjaannya, masuk dan
keluarnya wang tersebut dengan tujuan membelanjakan menurut sepatutnya.
Sedangkan orang yang kedekut mengumpulkan harta dengan tujuan menambah
sebanyak-banyaknya. Orang yang berjimat mengatur hartanya dan yang kedekut
diatur oleh hartanya.
# Kata-kata yang paling agung dan mulia adalah Allah. Kata-kata yang paling lembut
adalah kasih sayang (ar-rahman-ar rahim). Kata-kata yang paling cepat adalah waktu
dan kata-kata yang paling panjang adalah kekal abadi.
# Wanita seperti sungai. Kalau dia tetap tinggal dirumahnya maka seluruh masalah
berjalan dengan wajar seperti halnya alur sungai. Jika dia keluar meninggalkan
rumahnya maka dia seperti air sungai yang meninggalkan alurnya dan mengancam
kerosakan.
# Iri hati dan dengki adalah suatu penyakit yang tidak nampak pada tubuh
penderitanya.
# Sabar dan tenang adalah dua kembar yang dilahirkan oleh jiwa besar.
Kata hukama
1. Jangan merasa puas hati bila mendengar pujian orang dihadapan mu, atau pun
merasa senang bila ditunjukkan rasa kemesraan dan muka manis terhadapmu, sebab
yang demikian itu belum tentu timbul dari hakikat batinnya.
2. Jangan sekali-kali mengadukan segala hal ehwalmu yang berupa kesusahan dan
sebagainya kepada orang lain, sebab dikhuatiri bahawa Allah s.w.t akan murka lalu
diserahkan semua urusan itu kepada orang itu.
3. Jangan harapkan orang lain akan bersikap sama terhadapmu bila berada di
belakangmu sebagaimana yang anda kenal kepada nya dimasa berdepan
denganmu.Harapan semacam itu adalah sia sia belaka dan tidak betul.
4. Jangan menentang orang lain sehingga terjadi permusuhan di antara kamu bersama,
melainkan jika anda melihat sesuatu kemungkaran dalam agama yang dilakukan oleh
orang itu, maka ketika itulah boleh anda menentang usaha-usaha kemungkaran yang
dilakukannya.
6. Jika anda mendengar bahawa orang itu pernah mencelamu atau membuat sesuatu
keburukan terhadap dirimu, maka sebaik-baik anda serahkan perkara itu kepada Allah
s.w.t serta anda ber lindung dengan Allah s.w.t daripada bahaya-bahayanya. Ingat lah,
jangan cuba memikirkan sesuatu rancang balas terhadap perbuatannya itu, sebab yang
demikian itu akan lebih membahayakan diri anda.
7. Jangan memandang kecil, rendah atau hina kepada sesiapapun samada yang masih
hidup mahupun yang telah mati, kerana bersikap demikian akan membinasakan anda.
Sebenarnya anda tiada mengetahui mungkin sekali orang itu lebih baik nasibnya dari
anda dibelakang hari.Sekalipun orang itu pada lahirnya fasik dan jahat, tidak mustahil
pula nasib yang semacam itu akan menimpa dirimu sendiri, sehingga anda mengakhiri
hayatmu dalam keadaan fasik
dan jahat, sedangkan ia mengakhiri hayatnya dalam keadaan baik dan soleh.