Sunteți pe pagina 1din 13

1.

0 SEJARAH TALI

Mengikut pendapat ada mengatakan orang Mesir adalah orang pertama menggunakan
tali.

Tali yang mereka gunakan diperbuat daripada rami yang halus, dahan kurma, bulu
unta dan akar kayu.

Penduduk Mesir menggunakkan tali lebih kurang 5000 tahun lepas (Syed Hasyim,
1983).

Pada asalnya tali diperbuat daripada kulit dan bulu binatang tertentu. Kemudian rotan
akar-akar kayu digunakan, setelah itu tali diperbuat pula daripada sabut, dawai, kapas,
rami, hemp dan bahan-bahan campuran (synthetic). Tali terdapat dalam pelbagai saiz
lilitannya dan digunakan untuk berbagai-bagai kegunaan.

2.0 PENGENALAN TALI


Ikatan dan simpulan memainkan peranan penting dalam sesuatu kerja menyelamat.
Penggunaan tali sebagai medium penyelamatan adalah satu perkara yang terbukti
efektif. Pembelajaran tentang ikatan dan simpulan dapat membantu penyelamat untuk
mencapai objektif iaitu menyelamat mangsa.

3.0 DEFINISI IKATAN SIMPULAN


1. SIMPULAN
Simpulan menggunakan tali yang kecil dan sederhana saiznya.Ia digunakan pada
benda-benda yang kecil dan sederhana.
2.IKATAN

Digunakan untuk mengikat kayu, buluh, tiang dan papan untuk membuat jambatan,
tiang bendera, menara dan sebagainya.

4.0 JENIS-JENIS IKATAN DAN SIMPULAN

Simpul mati
Buku Sila
Simpul Balak
Simpul kerusi
Simpul Setengah Belit
Simpul Manok
Simpul Angka Lapan
1 lengkar 2 belit
Ikatan Tindih Kasih
Bunga Geti

4.1 SIMPUL MATI


1. CARA CARA

Buat 1 lingkaran dan masukkan hujung tali melalui hujung tali yang lain.

2. KEGUNAAN

Sebagai ikatan sementara .


Diikat pada hujung tali untuk menahan hujung tali agar tidak terburai jika
hujung tali itu pecah atau tercabut dari Blok Takal.

3. KELEBIHAN

Cepat, ringkas dan senang untuk diingati tetapi sukar untuk dibuka

4.2 BUKU SILA


1. CARA CARA

Ambil kedua-dua hujung tali putih & merah.


Letak tali merah atas tali putih, silang. 3)Ambil tali putih & letak atas tali

merah dan silangkan.


Tarik kedua-dua bahagian tali merah dan putih.

2. KEGUNAAN

Ikat kain pembalut @ kain anduh @ segi tiga


Sambung dua tali yang sama saiz & matikan simpulan .

3. KELEBIHAN

Tegap

Mudah/ cepat dilucut .

4.3 TINDIH KASIH


1. CARA CARA

Lingkaran nombor 6 dibuat pada tali dibuat


Hujung tali dimasukkan melalui lengkuk yang telah dibuat.
Setelah itu, pusing tali yang menunggu dan masuk kembali ke dalam lengkuk..

2. KEGUNAAN

Dijadikan sebagai tali pandu keselamatan.


Sesuai digunakan untuk menaikkan atau menurunkan mangsa
.

3. KELEBIHAN

Ikatan tidak terjerut dihujungnya.

4.4 SIMPUL KERUSI


1. CARA CARA

Pastikan tali bersilang


Hujung tali pd tangan kanan disebelah atas & hujung tali pd tangan sebelah

kiri disebelah bawah iaitu dinamakanya loop.


Silang kedua-dua bahagian loop.

Matikan hujung tali pada kedua-dua loop dengan setengah belit.

2. KEGUNAAN
Guna -menyelamat kecemasan.
Hasil dgn cepat & cekap utuk jadi buaian (sling)turunkan mangsa .
Sokong tubuh manusia dibahagian dada dan kaki.
3. KELEBIHAN
Bertindak sebagai buaian dan sangat selesa

4.5 SIMPUL SETENGAH BELIT


1. CARA CARA

Satu lingkaran dibuat pada dibuat pada sekeliling kayu, tiang atau

pancang.
Selepas itu, dimatikan dengan satu kali setengah belit.

2. KEGUNAAN

Ianya digunakan untuk mengunci ikatan atau simpulan yang dibuat.

3. KELEBIHAN

Ikatan senang dibuka dan bersifat sementara

4.6 SIMPUL MANOK


1. CARA CARA
Pastikan tali anda bersilang seperti yang ditunjukkan dalam gambar.
Silangkan dua bahagian tersebut.
Masukkan kayu di tengah-tengah bulatan yang terhasil

2. KEGUNAAN
Dikat mangsa di usungan (ikatan awal dan akhir) & jadikan ikatan sauh
Buat ikatan dihujung atau ditengah-tengah tali

3. KELEBIHAN
Tidak mudah terburai

4.7 SIMPUL ANGKA 8


1. CARA CARA
Buat 1 lingkaran yang berbentuk lapan dan masukkan tali melalui lengkok
yang telah terbentuk

2. KEGUNAAN

Berfungsi sebagai ikatan sementara.


Bagi mengelakkan ataupun menahan hujung tali daripada terburai dari Blok
Takal.

3. KELEBIHAN

Mudah dibuka berbanding dengan simpul mati

4.8 1 LENGKAR 1 BELIT


1. CARA CARA

Satu lingkaran dibuat pada dibuat pada sekeliling kayu, tiang atau pancang.
Selepas itu, dimatikan dengan dua kali setengah belit.

2. KEGUNAAN

Bertujuan mengikat tali pada pancang, tiang atau kayu.

3. KELEBIHAN

Ikatan senang dibuka dan bersifat sementara

4.9 BUNGA GETI


1. CARA CARA

Buat bulatan pada tali besar.


Masuk tali kecil dari bawah bulatan tali besar melalui lubang lingkaran.
Pusing tali kecil ke bawah tali besar,pusing & bawa semula tali kecil ke atas
tali besar & selitkan dibawah tali kecil semula.

2. KEGUNAAN

Untuk sambung dua tali yang tidak sama saiz.


Ikat tali kesuatu tanjul

3. KELEBIHAN

Tegap @ Kukuh

4.10 SIMPUL BALAK


1. CARA CARA

Buat 2 lingkaran @ lengkuk kemudian dipusingkan ke atas standing end tali


seterusnya dibelit-belitkan pada hujung tali itu sendiri

2. KEGUNAAN

Sebagai ikatan sementara & guna angkat & turun barang dari tempat tinggi.
Ikat @ heret kayu @ balak.
Ikat hujung tali ke tiang @ pokok dengan mudah agar kayu tidak licin &
bergerak.

3. KELEBIHAN

Ikat hujung tali ke tiang @ pokok dengan muda dan tidak licin & mudah
digerakkan

NAMA

: NUR RASYIDAH BINTI OMAR BAKI

NO MATRIK

: 2014682342

TAJUK

: SIMPULAN DAN TALI

GROUP

: J4HBU1222B

NAMA JURULATIH

: SJN SAPURA BINTI ABD RAHMAN

S-ar putea să vă placă și