Sunteți pe pagina 1din 6

NAMA

NURFATIN FARHANAH BINTI HAMDAN


NURSYAZWANI BT ROZALLI
NURUL AMIRA BT MANAP
NURUL ATIRAH BT MOHD ZAKI
NURUL AZIAN BT CHE AZIZ
NURUL HAZARAH BT AMRAN
NURUL HAZIRA LIYANA BT ABDUL
RAHMAN
NURUL HIDAYATUSSYUHADA BT RAMLI
NURUL IZATI BT SANI
NURUL SYAIEDAH BT ZULKEFLI

NO MATRIK
BJ 2014 1397
BJ 2014 1398
BJ 2014 1399
BJ 2014 1400
BJ 2014 1401
BJ 2014 1402
BJ 2014 1403
BJ 2014 1404
BJ 2014 1405
BJ 2014 1407

TUGASAN NMNE 3112

KUMPULAN 6

1. Samy,berusia 24 tahun dimasukkan ke wad dengan aduan serangan sawan dua episod.
a.Nyatakan lima (5) etiologi sawan

1. Keturunan - jika ibu atau bapa mengalami sawan anaknya boleh mendapatkanya.

2. Jangkitan virus di saluran pernafasan atas seperti: tonsiliti,sinusitis,faringitis atau otitis


media.

3. Jangkitan bakteria di paru seperti: pneumonia dan bronchopneumonia

4. Jangkitan di sistem saraf seperti:meningitis dan meningoensefalitis

5. Jangkitan di sistem kencing seperti:cyctitis

6. Jangkitan di sistem penghadaman:gastroenteritis

Selepas pemeriksaan , doktor mengarahkan electroencephlography untuk samy

b.Terangkan persediaan electroencephlography untuk samy (5m)

1. Memberi penerangan yang jelas kepada pesakit untuk mengurangkan kebimbangan iaitu
electrode dilekatkan di kulit kepala untuk merekodkan aktiviti elektrikal dari otaknya.1721 electrode akan diletakkan pada bahagian-bahagian tertentu di kulit kepala.

2. Mencuci rambut pesakit pada pagi prosedur supaya mendapat kontak yang bagus di
antara electrode dan kulit kepala.

3. Periksa bersama doktor jika terapi anticonvulsant perlu dihentikan seketika semasa
pesakit menjalani ujian EEG.ubat-ubatan lain boleh diberikan.

4. Beritahu pesakit supaya tidak mengambil minuman yang mengandungi kafein sekurangkurangnya 12 jam sebelum EEG dilakukan.

5. Pesakit tidak boleh diberi sedation pada malam sebelum prosedur kerana ini boleh
memberikan informasi yang salah dalam rekod EEG.

6. Pesakit disuruh supaya jangan bergerak semasa EEG dilakukan kerana pergerakan akan
menganggu recording.

Selepas pemeriksaan dan penyelidikan,samy didiagnos epilepsy dan dipreskripsikan dengan


dilantin.
c.Nyatakan tanggungjawab dalam pemberian ubat dilantin.(4m)
1. Terangkan kepada pesakit tujuan pemberian ubat dilatin iaitu untuk menghalang ledakan
aktiviti elektrik yang berlebihan melalui neuron.
2. Amalkan prinsip 7R iaitu right dose, right patient,right to refuse,right time,right
documentation,right drug dan right route dalam pemberian ubatan bagi mengelakkan
medico legal.
3. Lakukan pemerhatian ke atas vital sign seperti nadi,pernafasan,tekanan darah dan tahap
kesedaran pesakit.
4. Beritahu pesakit mengenai kesan sampingan ubatan Dilantin iaitu keliru,ataksia dan
pening.
5. Beritahu pesakit untuk meneruskan pengambilan ubatan dan menerangkan bahayanya
jika pengambilan ubatan diberhentikan secara tiba-tiba.

Keadaan samy semakin stabil & dibenarkan pulang.Satu aspek penting ialah pendidikan
kesihatan untuk mengelakkan kejadian sawan berulang.
d.Terangkan pendidikan kesihatan yang perlu diberikan kepada samy dan ibunya bagi
mengelakkan kejadian sawan berulang.(6m)
1. Memberitahu pesakit bahawa penyakit ini tidak sembuh dengan sepenuhnya tetapi boleh
dikawal dengan pengambilan ubatan yang tetap dan betul.

2. Meneruskan pengambilan ubatan dan menerangkan bahayanya jika pengambilan ubatan


dihentikan secara tiba-tiba.

3. Pesakit dinasihatkan jangan mengambil alcohol yang berlebihan atau mengambil ubatan
tanpa arahan doktor.

4. Dilarang berenang seorang diri kerana pesakit boleh mati lemas sekiranya serangan
sawan berlaku semasa berenang.

5. Datang ke klinik susulan mengikut tarikh yang diberikan untuk mengetahui kemajuan
penyakit disamping doktor boleh menukar atau menambah dos ubatan jika perlu.

6. Berjumpa doktor dengan segera jika ada sebarang jangkitan kerana boleh menyebabkan
serangan sawan berulang.

7. Berikan nasihat kepada keluarga tentang proses kejadian penyakit,manifestasi klinikal


serta langkah-langkah yang perlu diambil semasa serangan berlaku di rumah.

8. Elakkan melakukan kerja-kerja yang boleh mendatangkan bahaya kepada pesakit jika
sawan berlaku ketika pesakit berseorangan seperti menggunakan barang
elektrik,peralatan tajam,memandu kereta dan jentera berat.

9. Elakkan ketegangan emosi atau fizikal seperti keletihan,kemarahan yang mana aktiviti
fizikal yang berlebihan boleh merangsang serangan sawan.

S-ar putea să vă placă și