Sunteți pe pagina 1din 2

RAINBOW CAKE(gerenti Sedap punya)

Oleh:Sharifah Alkaf
Like:www.facebook.com/bukuresepi
3 cwn tepung gandum
4 sdk baking powder
1/2 sdk garam
1 cwn butter ~ suhu bilik
2 cwn gula castor ~ kurangkan sebab manis
5 biji putih telor ~ suhu bilik
2 sdk esen vanila
1 1/2 cawan susu segar ~ suhu bilik
pewarna - oren, merah, kuning, biru, ungu dan hijau
Sediakan loyang 8 inc ~ kalau boleh 3 loyang
Sapu loyang dengan butter dan alas dasar loyang dengan baking paper.
sapukan juga baking paper dengan butter
Panaskan oven pada suhu 170C
Ayakkan tepung, baking pwder dan garam ~ ketepikan
Dalam bekas mixer pukul butter dan gula sampai kembang dan gebu atau butter bertukar
warna putih .
Masukkan telur putih dan pukul lagi sampai gebu dan ringan
Masukkan esen vanila
Kemudian slowkan yang paling perlahan sekali, mixer, masukkan tepung berselang seli
dengan susu segar
Boleh juga guna spatula dan guna kaedah kaup balik.
*Tepung kena berselang seli dengan susu. Mulai dengan tepung dan akhiri dengan tepung
juga.
Kemudian bahagikan adunan sama banyak dalam 6 bekas berasingan
*timbang setiap adunan supaya dia sama tebal bila dah siap di bakar
Letakkan pewarna dalam setia bekas dan gaul rata
Masukkan dalam loyang
Bakar adunan tadi satu persatu dalam oven pada suhu 170C letrak pada rak bawah
menggunakan api atas dan bawah dan bakar selama 15 ~ 20 minit atau sehingga kek
benar-benar masak.
Jangan tindih2 kan kek bersama kerana kek mudah melekat dan nanti kek nampak comot
dan tak cantik bila dia bertindih dan melekat antara satu sama lain.
Nanti lapis kek tu dengan krim,, apa2 krim pun boleh,,( butter cream, cheese cream,
Selamat mencuba,,, seronok buat kek ni tapi mesti sabar la