Sunteți pe pagina 1din 27

Kemahiran Penyoalan (Ee Ah Meng, 2004)

Kamahiran penyoalan merupakan suatu kemahiran yang amat kompleks. Sekiranya


kamahiran yang amat kompleks. Sekiranya kemahiran ini digunakan dengan berkesan,
tahap prestasi murid-murid akan menaik dan suasana pengajaran-pembelajaran bertambah
aktif dan lebih merangsangkan.
Prinsip-prinsip Panduan Penyoalan
Berikut ialah beberapa prinsip yang harus dipatuhi untuk menjayakan kemahiran penyoalan:
1. Soalan hendaklah sesuai dengan umur dan kebolehan murid yang berbeza di dalam
kelas.
2. Rancangkan jenis-jenis soalan yang akan dikemukakan.
3. Soalan dikemukakan terlebih dahulu sebelum menyebut nama murid tersebut. Ini
akan mendorong setiap murid memikirkan jawapan untuk soalan itu.
4. Taburkan soalan kepada seluruh kelas dan bukan sahaja kepada murid yang
mengangkat tangan.
5. Masa hendaklah diberi kepada murid-murid untuk memikirkan jawapan.
6. Elakkan daripada mengemukakan soalan yang membayangkan

jawapan.

Contohnya, Dua kali dua ialah empat, betulkah Bakar?


7. Murid tidak dipaksa untuk menjawab.
8. Sebutkan soalan sekali sahaja untuk menarik perhatian murid-murid.
9. Pastikan perkataan yang digunakan dalam soalan mudah difahami.
10. Bentuk soalan hendaklah diubah dari semasa ke semasa.
11. Susun soalan-soalan supaya pemikiran yang logis dapat diwujudkan.
12. Ketika mengemukakan soalan, pastikan suara adalah terang dan nada suara sedap
didengar.
13. Elakkan daripada menyoal mengikut susunan kedudukan murid untuk menarik
perhatian murid-murid setiap masa.
14. Elakkan daripada menyoal ketika murid sedang membuat latihan dan menjalankan
sesuatu kajian atau projek.
Penerimaan Jawapan Murid
Berikut ialah beberapa prinsip panduan ketika guru menerima jawapan murid:
1. Pujian, senyuman atau anggukan hendaklah diberi ketika menerima suatu jawapan
yang betul.
2. Elakkan daripada mengulangi jawapan murid. Ini boleh menyebabkan murid-murid
lain tidak mahu lagi memikirkan jawapan yang lebih baik. Jika sesuatu penegasan
hendak dibuat, murid lain boleh diminta untuk mengulangi jawapan itu.
3. Guru-guru hendaklah menambah maklumat-maklumat kepada jawapan yang kurang
lengkap.
4. Jika murid tidak dapat menjawab, guru hendaklah membantunya dengan mengubah
bentuk soalan dan memberinya petua-petua. Jika tidak dapat lagi menjawab, murid

lain diminta membantunya. Jawapan yang betul perlu diulangi oleh murid yang
pertama.
5. Jika jawapan murid adalah separuh betul, guru hendaklah membetulkannya supaya
menjadi jawapan yang lengkap.
6. Jawapan yang diberi secara beramai-ramai adalah tidak digalakkan.
7. Jika didapati murid lain kurang memberi perhatian kepada murid yang sedang
menjawab, murid itu diminta mengulangi jawapan yang telah diberikan. Amalan ini
adalah penting untuk mendorong murid-murid supaya sentiasa memberi perhatian.
8. Jangan selalu menerima jawapan yang pertama walaupun betul. Ini tidak akan
menggalakkan murid yang kedua dipanggil memikirkan secara mendalam jawapan
kepada satu-satu soalan.
9. Elakkan daripada mentertawakan murid yang memberi jawapan yang salah. Amalan
murid-murid yang mengejek murid yang memberi jawapan salah hendaklah
diberhentikan.
Objektif-objektif Penyoalan
Antara objektif-objektif penyoalan adalah seperti yang berikut:
1.
2.
3.
4.
5.
6.
7.
8.

Melibatkan murid-murid secara aktif dalam proses pengajaran-pembelajaran.


Menimbulkan minat dan rasa ingin tahu murid-murid.
Memusatkan perhatian murid-murid kepada satu konsep yang khusus.
Menggalakkan murid-murid menyoal.
Menolong perkembangan daya peikiran murid-murid.
Mengetahui pengetahuan sedia ada yang terdapat pada murid-murid.
Mengetahui sama ada murid-murid telah memahami satu-satu konsep.
Mengetahui sama ada murid-murid dapat mengaplikasikan pengetahuannya ketika

menjawab satu-satu soalan.


9. Membentuk perhubungan antara guru dengan murid-murid melalui interaksi yang
berlaku.
10. Meneguhkan lagi pembentukan satu-satu konsep yang baru jika penyoalan dilakukan
di peringkat akhir pengajaran.

Kesan Penyoalan ke atas Pengajaran & Pembelajaran


1.
2.
3.
4.

Murid bertambah aktif.


Minat murid-murid terhadap pelajaran dapat ditimbulkan.
Perhatian murid-murid dapat ditumpukan terhadap satu-satu konsep.
Daya pemikiran murid-murid dapat dikembangkan. Ini menolong menambahkan lagi

kefahaman mereka terhadap konsep-konsep dalam pelajaran.


5. Pengetahuan sedia ada murid dapat diketahui. Pelajaran yang disediakan boleh
diubahsuaikan dengan pengetahuan tersebut. Pembelajaran akan menjadi lebih
mudah dan bermakna.

6. Guru dapat menyemak sama ada murid-murid telah memahami satu-satu konsep.
Jika belum, aktiviti pemulihan perlu diadakan.
7. Guru dapat tahu sama ada murid-murid dapat menjalankan

pemindahan

pembelajaran. Jka tidak, sumber halangan akan dikesani dan langkah-langkah


mengatasinya diusahakan.
8. Perhubungan antara guru dengan murid-murid akan bertambah lebih baik.
9. Membantu murid-murid membuat ulang kaji tentang topik-topik yang disoal oleh
guru. Murid-murid lebih sedia menghadapi peperiksaan atau ujian.
10. Penyoalan membantu murid meneguhkan pembelajaran konsep-konsep yang baru
dipelajari.
Penyoalan Mudah atau Asas
Objektif-objektif penyoalan asas adalah seperti yang berikut:
1.
2.
3.
4.
5.

Melibatkan murid-murid secara aktif dalam pembelajaran.


Membangkitkan minat dan rasa ingin tahu mengenai satu-satu topik.
Menumpukan perhatian murid-murid kepada satu idea.
Menggalakkan murid-murid menyoal.
Mengembangkan daya pemikiran murid-murid.

Komponen-komponen Kemahiran Penyoalan Asas


Komponen-komponen kemahiran penyoalan asas terdiri daripada lapan faktor utama:
1. Pembentukan soalan. Guru perlu berusaha membentuk soalan-soalan yang ringkas,
tepat dan jelas serta mudah difahami murid-murid.
2. Fokus. Soalan-soalan yang dibentuk boleh menumpukan kepada satu idea. Contoh:
Berikan jenis iklim yang terdapat di Malaysia. Soalan boleh menumpukan kepada
lebih daripada satu idea. Contoh: berikan jenis iklim yang terdapat di Malaysia dan
nyatakan dua ciri utamanya.
3. Alih hala soalan. Setelah guru mendapat satu jawapan daripada seorang murid, dia
mengalihkan hala soalan yang sama kepada seluruh kelas.
4. Sebaran. Guru menyebarkan soalan kepada seluruh kelas.
5. Hentian. Setelah mengemukakan soalan, guru akan berhenti seketika untuk
memberikan peluang bagi murid-murid memikirkan jawapan.
6. Melayani jawapan murid. Setiap jawapan yang diberikan perlu dilayan dengan baik.
Sekiranya jawapan yang diberi itu kurang tepat, guru perlu cuba membaikinya dan
janganlah diketepikan sahaja. Kalaulah jawapan itu nyata salah, guru perlu
memberitahu murid dengan jelas.
7. Membantu dengan memberi petunjuk. Sekiranya didapati murid-murid tidak langsung
dapat memberitahu jawapan kepada soalan yang dikemukakan guru, guru boleh
membantu murid-murid memikirkan jawapan dengan cara memberi petua-petua
tanda saran.
8. Mencungkil. Komponen kemahiran ini digunakan apabila guru terus menyoal muridmuridnya sehingga satu jawapan yang lebih baik diperoleh.

Aras-aras Penyoalan
Seseorang guru tidak seharusnya mengemukakan soalan-soalan yang berbentuk aras
kognitif yang rendah sahaja. Contohnya, berikan nama ibu negara Malaysia. Soalan seperti
ini adalah soalan aras rendah kerana murid hanya perlu mengingati kembali apa yang
dihafaz. Oleh itu, guru perlu mengubah aras soalan yang dikemukakan dari semasa ke
semasa.
Objektif-objektif Mengubah Aras Penyoalan
Guru mengubah atau mempelbagaikan aras penyoalan dengan harapan mencapai objektifobjektif membantu murid-murid memperoleh, mengatur, mengguna dan menilai penerangan
dan menolong murid-murid membentuk idea-idea berdasarkan pengetahuan sedia ada.
Komponen-komponen kemahiran ini adalah seperti yang berikut:
1. Ingatan kembali. Guru mengemukakan soalan yang hanya memerlukan murid
mengingati kembali satu-satu fakta yang dipelajari.
2. Kefahaman. Kefahaman murid tentang sesuatu diuji oleh soalan itu.
Contoh: Huraikan maksud polarisasi.
3. Aplikasi. Soalan atas ini memerlukan murid mengaplikasikan ilmu atau perkara yang
telah dipelajari.
4. Analisis. Soalan yang dikemukakan itu memerlukan murid-murid mengkaji buktibukti, menginterpretasikan hasil dan membuat huraian daripada hasil kajian.
5. Sintesis. Soalan yang dikemukakan itu memerlukan murid menjalankan aktiviti kreatif
seperti mengarang, menulis puisi, sajak atau cerita. Sintesis sebenarnya merujuk
kepada usaha menyatukan beberapa idea.
6. Penilaian. Soalan yang dikemukakan itu memerlukan murid memberi hujah-hujah
tentang sesuatu idea serta memberi bukti-bukti yang menyokong keputusan yang
dibuat.
Teknik Menemukakan Soalan-soalan Aras Tinggi
1. Mencungkil. Ini merujuk kepada cara guru mengemukakan soalan-soalan yang
membolehkan murid-murid memikirkan jawapan yang lebih baik daripada jawapan
yang telah diberikannya.
2. Penjelasan. Ini berlaku apabila guru meminta jawapan yang lebih jelas dan padat
daripada murid-muridnya.
3. Persetujuan. Guru meminta pendapat murid-murid tentang jawapan yang lampau
ketika dalam sesi perbincangannya. Contoh: Guru meminta murid memberikan
contoh-contoh untuk menjelaskan maksud jawapan yang telah diberikan.
Kemahiran Menyoal (Shahbuddin et.al, 2003)

Teknik penyoalan merupakan suatu teknik yang biasa dan kadang-kadang menjadi dominan
dalam sesuatu sesi pengajaran dan pembelajaran. Kajian menunjukkan terdapat
perhubungan positif yang signifikan antara penyoalan guru dengan pencapaian pelajar.
Menyoal semasa pengajaran dan pembelajaran mempunyai beberapa tujuan, antaranya
ialah:

Menjadikan murid aktif


Membangkitkan minat dan tumpuan murid
Memperkembangkan isi pelajaran
Meningkatkan perkembangan daya pemikiran murid.
Menilai kefahaman murid berkenaan isi pelajaran serta kemajuan murid.

Prinsip Menyoal

a.
b.
c.
d.
e.
f.

Soalan
Sesuai dengan peringkat umur dan kebolehan murid dalam bilik darjah.
Betul daripada segi tatabahasanya supaya maksudnya jelas.
Pendek, tidak terbelit-belit dan tidak berlaku redundant.
Relevan dan berkaitan dengan topik yang dibincangkan.
Dikhususkan supaya lebih jelas.
Pelbagai aras dan jenis soalan.

a.
b.
c.
d.
e.
f.

Cara menyoal
Terbuka kepada semua murid dalam bilik darjah.
Libatkan murid yang diam atau tidak bersedia menjawab.
Beri masa yang sesuai (3-5 saat) untuk murid memberi respons kepada soalan.
Kemukakan soalan dahulu, kemudian menyebut nama murid.
Melayan jawapan pelajar yang salah dengan baik.
Dorong dan cungkil jawapan daripada murid yang tidak mampu memberi respons

kepada soalan guru.


g. Elakkan daripada menjawab soalan sendiri atau menyusun semula jawapan pelajar
seolah-olah guru menjawab soalan sendiri.
h. Elakkan daripada mengulang-ulang jawapan pelajar.
i. Elakkan daripada guru bercakap terlalu banyak.
Tujuan Menyoal Mengikut Peringkat dalam Pengajaran
Paintal menjelaskan tujuan seseorang guru menyoal mengikut langkah-langkah pengajaran
seperti berikut:
Peringkat
Pengenalan

Penyampaian

Tujuan menyoal
membantu set induksi guru
mengetahui apa yang murid tahu
mengulang pelajaran lepas
mengemukakan masalah yang berkaitan dengan topik pengajaran
mengekalkan minat dan tumpuan murid
menggalakkan penaakulan dan pemikiran logik
mengetahui setakat mana kefahaman pelajar

Aplikasi

Penutup

fokus dan penjelasan


menghilangkan kesukaran dan membantu individu murid.
memimpin murid membuat pemerhatian dan inferen
mengulang isi utama
menguji kefahaman murid
mencadangkan masalah dan isu berkaitan

Kemahiran Pengukuhan
Kemahiran pengukuhan atau peneguhan merupakan satu teknik motivasi kepada
murid-murid yang berjaya menjawab soalan guru atau menunjukkan prestasi yang baik.
Peneguhan ini boleh diberi secara vebal atau non-vebal.Tingkah laku vebal merupakan
pujian secara lisan seperti baik, bagus manakala tingkah laku non-verbal pula merupakan
gerak geri positif seperti senyuman, angguk kepala dan sebagainya.
Konsep, Teori dan Model Kemahiran Pengukuhan
Teori Pelaziman Klasik Pavlov
Teori pelaziman klasik adalah tentang tingkah laku pembelajaran yang telah
dipelopori oleh Ivan Pavlov (1849-1936). Pada tahun 1980-an, Pavlov mengkaji fungsi
pencernaan pada anjing dengan melakukan pemerhatian pada kelenjar air liur. Dengan cara
itu, beliau dapat mengumpul, menyukat dan menganalisis air liur haiwan itu dan bagaimana
ia dapat diberikan makanan pada keadaan yang berbeza. Beliau sedar anjing akan
mengeluarkan air liur sebelum makanan sampai ke mulutnya dan mencari hubungan timbal
balik antara air liur dengan aktiviti perut. Pavlov hendak melihat rangsangan luar dapat
mempengaruhi proses ini. Oleh itu, contoh paling awal dan terkenal bagi pelaziman klasik
melibatkan pelaziman air liur pada anjing kajian Pavlov.
Seterusnya dalam eksperimen ini juga Pavlov membunyikan loceng terlebih dahulu
sebelum beliau memberikan makanan kepada anjing. Anjing itu tidak memberikan sebarang
gerak balas terhadap bunyi loceng. Kemudian Pavlov memberikan makanan kepada anjing
itu dan menghasilkan gerak balas rembesan air liur. Makanan ini disebut sebagai
rangsangan tak terlazim kerana menghasilkan gerak balas rembesan air liur secara
automatik. Perembesan air liur ini disebut sebagai gerak balas tak terlazim kerana ia berlaku
secara automatik. Tiada pembelajaran atau pelaziman terlebih dahulu menghubungkaitkan
makanan dengan perembesan. Bunyi loceng hanya satu rangsangan neutral kerana tidak
menghasilkan sebarang gerak balas. Oleh itu, eksperimen ini diulang berkali-kali iaitu loceng
dibunyikan terlebih dahulu sebelum anjing itu diberikan makanan. Akhirnya anjing itu

mengeluarkan air liur sebaik mendengar bunyi loceng walaupun belum lagi menerima
makanan. Oleh itu bunyi loceng disebut rangsangan terlazim kerana ia boleh menyebabkan
perembesan. Gerak balas terhadap bunyi disebut gerak balas terlazim kerana dapat
menghasilkan gerak balas yang sama seperti makanan. Selain itu, tindak balas emosi
manusia terhadap pelbagai situasi dipelajari melalui pelaziman klasik. Menurut Pavlov,
setiap rangsangan akan menimbulkan gerak balas. Gerak balas bermaksud apa-apa sahaja
tingkah laku yang timbul akibat sesuatu rangsangan. Rangsangan pula ialah apa-apa sahaja
bentuk tenaga yang menimbulkan gerak balas. Contohnya, kebanyakan guru apabila
mendengar loceng, akan keluar dari bilik guru atau kelas untuk mengawasi pelajar. Tingkah
laku ini terbawa-bawa hingga ke rumah, iaitu apabila guru mendengar bunyi loceng di
rumah, beliau akan keluar dari bilik dan memerhati ahli-ahli keluarganya. Daripada contoh
ini, bunyi loceng tersebut adalah rangsangan, manakala tindakan guru tersebut adalah
gerak balas. Hasil daripada kajiannya, Pavlov berpendapat bahawa pembelajaran boleh
berlaku akibat kaitan antara rangsangan dengan gerak balas. Pembelajaran yang berlaku
melalui perkaitan tersebut dinamakan pelaziman dan pembelajaran yang berlaku akibat
rangsangan ini dikenali sebagai pelaziman klasik.
Melalui eksperimen Pavlov terhadap seekor anjing, 3 peringkat pelaziman telah
dihasilkan iaitu (a) sebelum pelaziman, (b) semasa pelaziman dan (c) selepas pelaziman.
Hasil eksperimen Pavlov dapat dirumuskan dalam Jadual di bawah.

Jadual : Eksperimen Pavlov


Beberapa konsep penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran dihasilkan
melalui prinsip pelaziman klasik yang dikemukan oleh Pavlov. Konsep tersebut ialah (a)
generalisasi, (b) diskriminasi dan (c) penghapusan.
(a) Generalisasi pelajaran (biologi).
Generalisasi bermaksud rangsangan yang sama akan menghasilkan tindak balas yang
sama. Contohnya, Ali menjadi risau setiap kali ujian kimia akan diadakan. Ali juga menjadi
risau setiap kali ujian biologi akan diadakan, kerana kedua mata pelajaran tersebut
mempunyai perkaitan antara satu sama lain. Jadi kerisauan dalam satu mata pelajaran
(kimia) telah digeneralisasikan kepada satu mata pelajaran lain.
(b) Diskriminasi
Dikriminasi berlaku apabila individu bertindak balas terhadap sesuatu rangsangan yang
tertentu sahaja dan tidak pada rangsangan yang lain. Dalam kajian terhadap anjing, didapati
anjing tersebut hanya bertindak balas apabila mendengar bunyi loceng sahaja, tetapi tidak
pada bunyi selain daripada loceng. Dalam kes Ali, Ali tidak akan menjadi risau jika
mengambil ujian bahasa Inggeris atau ujian sejarah, kerana kedua-dua mata pelajaran
tersebut amat berbeza dari mata pelajaran sains.
(c) Penghapusan
Penghapusan berlaku apabila rangsangan terlazim yang tidak disertai dengan rangsangan
tidak terlazim. Dalam kajian Pavlov, bunyi loceng tidak disertakan rangsangan tak terlazim
(daging). Dalam hal ini, lama-kelamaan bunyi loceng tadi tidak akan merangsang anjing
tersebut untuk mengeluarkan air liur. Tindak balas akhir akan terhapus dan prinsip ini
dikenali sebagai penghapusan.
Aplikasi Teori Pelaziman Klasik Pavlov dalam Kemahiran Pengukuhan
.

Seseorang guru sentiasa memarahi muridnya, maka kehadiran guru tersebut dapat

membangkitkan perasaan takut pada diri murid tersebut. Gerak balas terlazim ini timbul
disebabkan rangsangan neutral. Selain itu, gerak balas positif juga dapat dipupuk melalui
teori pelaziman klasik. Misalnya guru sentiasa memberi pujian kepada murid yang
menyiapkan tugasan, lama kelamaan murid tersebut akan bergerak balas positif walaupun
tanpa pujian. Oleh itu, keputusan yang diperoleh dari kajian pelaziman klasik ini mempunyai
implikasi dalam pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah iaitu pembelajaran boleh
berlaku dengan menggantikan satu rangsangan dengan rangsangan yang lain. Justeru, Ivan
Pavlov berpendapat bahawa pembelajaran berlaku akibat daripada rangsangan yang telah
diterima oleh seseorang. Setiap rangsangan yang diterima pula akan menimbulkan suatu
gerak balas.

Daripada teori ini, guru perlu sedar bahawa rangsangan dan gerak balas mempunyai
kaitan yang boleh dilazimkan atau dipelajari. Kaitan antara rangsangan dengan gerak balas
boleh diperkukuhkan melalui latihan. Semakin kerap rangsangan itu dikaitkan dengan
sesuatu gerak balas,semakin kukuh gerak balas terlazim itu. Sebagai contoh, apabila guru
memberi pujian (rangsangan) setiap kali murid membuat hasil kerja yang baik (gerak balas),
maka gerak balas tersebut (hasil kerja yang baik) akan dapat diteruskan walaupun tiada
pujian daripada guru.
Guru juga boleh memotivasikan muridnya dengan ganjaran yang sesuai supaya
dapat

mengawal

tingkah

laku

yang

dikehendaki

dalam

proses pengajaran

dan

pembelajarannya. Sebagai contoh, guru boleh memberi motivasi dalam bentuk pujian,
hadiah dan kata-kata perangsang untuk membentuk tingkah laku yang diingini. Guru juga
boleh meningkatkan motivasi murid-muridnya dengan menyediakan suasana pengajaran
dan pembelajaran yang menyeronokkan seperti memulakan pengajaran dan pembelajaran
dengan set induksi yang dapat menarik perhatian murid. Selain itu, guru juga perlu
melibatkan murid-murid dalam proses pengajarannya seperti penglibatan dalam aktiviti
berkumpulan, perbincangan, projek dan sebagainya. Melalui aktiviti seperti ini murid-murid
dapat belajar dengan lebih berkesan kerana pembelajaran boleh berlaku melalui latihan,
kebiasaan dan pengalaman. Dalam proses pembelajaran juga, generalisasi boleh berlaku di
mana murid dapat melakukan tingkah laku yang sama di dalam situasi yang berlainan.
Sebagai contoh, murid dapat mengaplikasikan konsep wang yang dipelajari di kelas ketika
proses jual beli di kantin atau di kedai buku sekolah.
Dalam pembelajaran juga, penghapusan boleh berlaku jika peneguhan tidak
diberikan. Ini bermakna, sekiranya sesuatu tingkah laku tidak diperkukuhkan melalui
ganjaran, tingkah laku itu mungkin akan terhapus begitu sahaja. Apabila seseorang guru
berhenti memberi ganjaran, prestasi muridnya mungkin akan merosot. Oleh itu, konsep
pemulihan serta merta dapat membantu seseorang guru meningkatkan keberkesanan
pengajarannya

dengan

memberikan

insentif

semula

kepada

murid-murid

dengan

mempelbagaikan hadiah, aktiviti, alat bantu mengajar dan projek bagi meningkatkan semula
semangat ingin belajar di kalangan murid-murid. Apabila seseorang guru tamat memberi
ganjaran, prestasi murid mungkin merosot. Dengan itu, guru boleh memperkenalkan sekali
lagi insentif-insentif bagi murid-muridnya seperti mempelbagaikan jenis hadiah, aktiviti, alat
bantu mengajar, projek dan sebagainya untuk meningkatkan semula semangat ingin belajar
murid-murid.
2.1.4 Teori Pelaziman Operan Skinner
B.F. Skinner bersependapat dengan Pavlov, tetapi menyatakan bahawa perlakuan
harus diperhatikan dalam jangka masa yang panjang dan membentuk perlakuan yang

kompleks daripada perlakuan yang mudah. Skinner banyak menjalankan kajian dengan
menggunakan binatang seperti tikus dan burung merpati. Beliau telah menghasilkan
Skinner Box di mana tingkah laku binatang dalam kotak tersebut boleh dikawal dan
gerakbalasnya boleh diperhatikan dan direkod/diukur. Kajian ini membawa beliau kepada
penggunaan teori pelaziman operan dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran dalam bilik
darjah. Menurut Skinner (1953), dalam teori pelaziman operan gerak balas boleh
diperkuatkan (diulangi) atau dihapuskan (tidak diulangi), jika diberikan peneguhan sebaik
sahaja gerak balas itu ditunjukkan. Peneguhan ialah perkara yang dilakukan untuk
mengalakkan sesuatu perlakuan itu diulangi. Menurut Rachlin (1991), peneguhan diberikan,
pertamanya untuk memuaskan kehendak individu; keduanya, untuk mengurangkan tekanan
dan merangsang otak. Skinner membahagikan peneguhan kepada dua jenis, iaitu
peneguhan positif dan peneguhan negatif. Terdapat lima jenis proses dalam teori pelaziman
operan Skinner, iaitu: peneguhan positif, peneguhan negatif, dendaan, prinsip Premack dan
pelupusan.
(a) Peneguhan Positif
Peneguhan positif ialah memberikan sesuatu ganjaran setelah perlakuan itu ditunjukkan,
yang menyebabkan perlakuan itu diulangi atau diperkuatkan lagi. Dalam bilik darjah,
peneguhan positif ini diberikan sebagai salah satu bentuk motivasi dalam aktiviti pengajaran
dan pembelajaran. Contoh-contoh peneguhan positif yang boleh diberikan dalam bilik darjah
ialah seperti memberikan kata-kata pujian selepas pelajar melakukan sesuatu kerja atau
menjawab soalan, memberikan senyuman, menepuk bahu pelajar, memberi hadiah dan
sebagainya. Jadual di bawah menunjukkan satu lagi contoh peneguhan positif.
Jadual : Peneguhan Positif
Tingkah laku
Kesan/akibat
Pelajar kemukakan soalan Curu memuji pelajar
dengan baik

Tingkah laku masa hadapan


Pelajar kemukakan lebih
banyak soalan yang baik.

Peneguhan positif yang diberikan oleh guru dapat mendorong pelajar menghasilkan kerja
yang bermutu tinggi. Peneguhan yang diberi juga mestilah jelas dan bersistematik. Hanya
tingkah laku yang spesifik sahaja yang perlu diberi peneguhan. Guru juga mestilah ikhlas
ketika memberi peneguhan. Menurut Brophy (1981), ciri-ciri pujian (peneguhan positif) yang
memberi kesan ialah (a) memuji secara ikhlas, (b) memuji dengan cepat, (c) memuji tanpa
pilih kasih, (d) memuji usaha dan cuba jaya, (e) memuji tingkah laku yang spesifik dan (f)
memuji jawapan atau respons yang spontan.
(b) Peneguhan Negatif

Peneguhan negatif ialah rangsangan serta merta yang tidak selesa atau menyakitkan yang
diberikan selepas sesuatu tingkah laku ditunjukkan. Contohnya, seorang bapa memarahi
anaknya kerana tidak membuat kerja rumah yang diberikan oleh guru. Oleh kerana jemu
dengan leteran bapanya, maka si anak tadi pun menyiapkan kerja sekolahnya. Tindakan
anak (membuat kerja rumah) dapat mengelak daripada rangsangan yang tidak diingini
(leteran bapa).Jadual di bawah menunjukkan satu lagi contoh peneguhan negatif

Jadual Peneguhan Negatif


Tingkah laku

Kesan/akibat

Pelajar tidak
menyiapkan tugasan
tepat pada waktunya

guru menegur pelajar

Tingkah laku masa hadapan

Pelajar akan
menyiapkan tugasan
yang seterusnya tepat
pada waktunya
Peneguhan boleh dilaksanakan secara berterusan atau berkala.

(c) Dendaan
Dendaan adalah satu proses atau tatacara untuk melemahkan atau mengurangkan
berulangnya tingkah laku yang tidak diingini. Tegasnya, dendaan adalah kesan negative
yang membawa kepada pengurangan dalam kekerapan berlakunya tingkah laku tersebut.
Jadual dibawah menunjukkan satu lagi contoh dendaan.
Jadual : Dendaan
Tingkah laku
Pelajar membuat bising

Kesan/akibat
Gurumemberi amaran

Tingkah laku masa hadapan


Pelajar berhenti membuat

dalam kelas

kepada pelajar

bising dalam kelas

(jenis I) dan kedua dendaan penyingkiran (Jenis II).


Dendaan Persembahan
Dendaan persembahan (presentation punishment) berlaku apabila sesuatu rangsangan
menyebabkan berlakunya perubahan dalam tingkah laku diri pelajar tersebut. Dendaan
bentuk ini tidak melibatkan fizikal, tetapi dapat menakutkan pelajar. Contohnya, larian
padang, system demerit, guru memberi kerja tambahan.
Dendaan Penyingkiran
Dendaan penyingkiran (removal punishment) berkaitan dengan penyingkiran rangsangan.
Contohnya, ibu bapa atau guru-guru tidak memberi kemudahan apabila seseorang pelajar
tidak berkelakuan betul. Contoh mengenakan dendaan penyingkiran ialah seperti tidak

membenarkan mereka menonton televisyen dalam tempoh seminggu, sebab mereka tidak
membuat kerja rumah Matematik.
Untuk menjadikan dendaan lebih efektif, beberapa peringkatan perlu diambil kira. Antaranya
ialah
i.

Dendaan

dilakukan

segera,

sebaik

sahaja

perlakuan

tidak

diingini

ii.
iii.

dipamerkan.
Orang yang menerima dendaan mesti tahu mengapa dia dihukum.
Dendaan hendaklah diberi atas dasar untuk mengubah kelakuan dan bukan

iv.

sebagai balasan perlakuannya.


Dendaan dikenakan hendaklah tekal. Kalau si A dikenakan 3 rotan untuk
kesalahan yang dilakukan, maka si B juga mesti dikenakan 3 rotan untuk
kesalahan yang sama. Ada pendapat yang mengatakan bahawa dendaan
boleh menghasilkan gangguan emosi yang berpanjangan dan ia juga boleh
membawa kepada persoalan etika. Dendaan yang keterlaluan boleh
dianggap sebagai suatu deraan dan dendaan yang dikenakan secara
berterusan boleh membentuk tingkah laku yang negatif, seperti pengasingan
diri, rasa rendah diri dan menggangu perkembangan emosi dalam jangka
masa yang panjang.

(d) Prinsip Premack


Konsep utama prinsip Premack ialah mengaitkan aktiviti yang kurang diminati
dengan aktiviti yang lebih diminati untuk mengukuhkan tingkah laku terhadap aktiviti yang
kurang diminati. Prinsip Premack juga dikenali sebagai Grandmas Rule yang berasaskan
kenyataan kamu boleh keluar bermain selepas kamu habis memakan sayur-sayuran ini.
Sebagai guru, kita boleh menyelang selikan aktiviti yang menarik dengan aktiviti yang
kurang

menarik

dalam

bilik

darjah

untuk

meningkatkan

kadar

pembelajaran

murid.Contohnya, selepas mengakhiri mata pelajaran matematik, satu aktiviti bermain


computer akan diadakan.
(e) Pelupusan
Pelupusan bermaksud perlakuan yang tidak diberi peneguhan akan lupus dengan
sendirinya. Keadaan ini dapat di atasi jika:
Peneguhan untuk sesuatu perlakuan itu dapat dikenal pasti.
Peneguhan itu tidak lagi digunakan.
Guru sanggup bersabar dalam menghadapi proses pelupusan, kerana hasilnya tidak
datang dengan serta merta.
TEORI PELAZIMAN OPERAN THORNDIKE

Teori Pelaziman Operan adalah sedikit berbeza berbanding teori Pelaziman Klasik
kerana dalam teori Pelaziman Klasik, organisma akan memberikan gerak balas terhadap
setiap ransangan yang diberikan, manakala bagi teori Pelaziman Operan pula, sesuatu
organisma membuat gerak balas diingini dan kemudian akan diberikan ganjaran.
Pembelajaran Pelaziman Operan juga ialah suatu bentuk pembelajaran seseorang yang
menggunakan sesuatu gerak balas yang kukuh dan tetap dipilih daripada beberapa gerak
balasnya.
Secara asasnya, Teori Pelaziman Operan Thorndike adalah kajian pelaziman operan
tahap primer atau primary instrumental conditioning, iaitu penghasilan gerak balas terlazim
adalah berdasarkan peneguhan ransangan tak terlazim yang berkaitan. Pada awalnya teori
ini dikenali sebagai Teori Ransangan gerak Balas dan kajiannya pula dinamakan sebagai
Pembelajaran Cuba-Ralat atau cuba jaya. Namun begitu, telah dikenalpasti bahawa gerak
balas individu yang dipelajari dalam situasi eksperimen ini menunjukkan tingkah laku operan
(instrumental behavior) yang mengandungi ciri-ciri spontan. Hal yang demikian, kajian
pembelajaran Thorndike dapat dijadikan sebagai pelopor kepada pembelajaran pelaziman
operan. Oleh itu, kajian Thorndike telah dikenali sebagai kajian pelaziman operan tahap
primer oleh ahli-ahli psikologi.
PRINSIP TEORI PELAZIMAN OPERAN THORNDIKE
Beliau berpendapat bahawa pembelajaran merupakan proses cuba-ralat (trial and
error) atau memilih dan menghubungkait (selecting and connecting). Proses cuba-ralat ini
juga dikenali sebagai proses juba jaya. Latihan yang dilakukan secara berulang-ulang akan
menyebabkan gerak balas yang dihasilkan pada peringkat permulaan akan semakin
berkurangan. Manakala perhubungan antara ransangan dan gerak balas akan semakin
kukuh. Gerak balas operan berlaku secara sendiri dan jika mendapat hasil yang berkesan,
ia akan dikukuhkan dan dikekalkan. Gerak balas ini tidak sama dengan gerak balas yang
dihasilkan daripada ransangan berdasarkan Teori Pelaziman Klasik. Beliau menggunakan
kotak

ajaib

dalam

eksperimennya

yang

berfungsi

berasaskan

prinsip

pelaziman

instrumental. Maksudnya disini ialah apabila ganjaran diberi, gerak balas yang terhasil akan
berulang kerana sudah berlakunya proses pembelajaran. Tetapi, jika ganjaran tidak
diberikan, gerak balas tersebut akan hilang secara perlahan-lahan.
HUKUM PEMBELAJARAN THORNDIKE
Hukum pembelajaran Thorndike terbahagi kepada tiga iaitu hukum kesediaan,
hukum latihan dan juga hukum kesan. Thorndike amat menyarankan bahawa ketiga-tiga
hukum tersebut digunakan dalam mengawal pembelajaran manusia kerana beliau percaya

jika hukum-hukum tersebut dipatuhi, maka pembelajaran akan menjadi mudah dan
berkesan.
Hukum yang pertama ialah hukum kesediaan. Hukum ini adalah perkara yang
paling penting dan asas sebelum seseorang murid memulakan pembelajaran. Seseorang
murid hendaklah mempunyai persiapan yang rapi sebelum menghadapi sesi pembelajaran
di dalam kelas. Selain itu, penekanan terhadap ganjaran hanya akan berkesan jika murid
mahu menerima ganjaran tersebut. Sebagai contoh, ganjaran tidak semestinya berkesan
untuk memujuk murid jika dia tidak bersedia untuk menjalankan aktiviti tersebut. Seterusnya,
murid juga perlu dalam mempersiapkan diri dari segi kognitif, psikomotor dan efektif. Jika
murid bersedia sepenuhnya untuk menjalani aktiviti pembelajaran, kesannya, pembelajaran
yang mereka dapati bukan sahaja berkesan malahan mereka juga akan berasa seronok
disepanjang proses pembelajaran tersebut.
Hukum latihan yang kedua ialah hukum latihan. Menurut Thorndike, persepsi
perhubungan antara ransangan dengan gerak balas adalah mewakili konsep pembelajaran.
Hal yang demikian, untuk meningkatkan perhubungan antara ransangan dan gerak balas,
seseorang murid hendaklah diberi latihan yang banyak untuk mendapat kesan yang baik.
Kesimpulannya, semakin banyak latihan yang diberi semakin kukuh ikatan antara
ransangan dengan gerak balas seseorang murid. Contohnya, jika seseorang murid diberi
latihan matematik dengan banyak, tempoh masa untuk murid tersebut menyelesaikan
soalan matematik tersebut semakin singkat.
Hukum latihan yang ketiga ialah hukum kesan. Maksudnya di sini ialah sekiranya
seseorang murid itu mendapat kesan pengalaman yang memuaskan daripada gerak balas
yang dihasilkan, maka ikatan antara ransangan dan gerak balas akan semakin kukuh.
Namun begitu, jika seseorang murid mendapat kesan pengalaman yang menyakitkan, gerak
balas tersebut akan semakin menghilang. Perkara ini juga boleh dikaitkan dengan ganjaran
dan denda yang diberikan berdasarkan gerak balas yang dihasilkan.
IMPLIKASI

TEORI

PELAZIMAN

OPERAN

THORHDIKE

TERHADAP

PROSES

PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN


Implikasi yang pertama ialah untuk mempelajari tingkah laku, rangsangan perlu
diwujudkan. Guru perlu menyediakan pelbagai sumber pengajaran dan pembelajaran yang
menarik dan mengagumkan agar proses pembelajaran yang berkesan boleh berlaku.
Contohnya dengan menggunakan ICT dan juga audio atau video yang menarik agar murid
dapat menjalani proses pembelajaran dengan berkesan.
Implikasi yang kedua ialah konsep hukum kesediaan boleh diperluas untuk
digunakan di dalam bilik darjah. Seseorang murid perlu bersedia dari segi mental, minat dan

sikap serta psikomotor sebelum pembelajaran berkesan dapat berlaku tetapi jika murid
tersebut dipaksa belajar, pembelajaran tidak akan berkesan.
Implikasi yang ketiga ialah latihan dan pengulangan akan meningkatkan keberkesanan
pembelajaran. Ia juga boleh meningkatkan kemahiran dan ingatan murid. Contohnya
dengan memberi latih tubi, kuiz atau soal jawab yang kerap kepada murid.
ANALISIS TEORI PELAZIMAN OPERAN THORNDIKE MENGIKUT TEKNIK SWOT
1.

KEKUATAN (STRENGTH)
Kekuatan yang terdapat dalam Teori Pelaziman Operan Thorndike ialah teori ini
menggunakan kaedah cuba-ralat atau cuba jaya (trial and error) semasa proses
pembelajaran berlaku. Proses memilih dan menghubungkait juga digunakan dalam teori ini.
Berdasarkan eksperimen Thorndike, kucing tersebut telah menggunakan kaedah cuba-ralat
untuk keluar daripada kotak ajaib tersebut pada situasi yang terdesak. Kaedah tersebut
telah membolehkan kucing tersebut keluar daripada kotak tersebut dan makan makanan
yang terdapat di luar kotak sebagai ganjaran.
Selain itu, kekuatan yang terdapat pada teori Pelaziman Operan Thorndike ialah
gerak balas yang dihasilkan pada peringkat permulaan akan semakin berkurangan
berdasarkan peneguhan dan latihan yang dilakukan secara berulang-ulang. Perkara ini telah
membuktikan bahawa perhubungan antara ransangan dengan gerak balas bertambah
kukuh kerana masa yang diperlukan oleh kucing untuk keluar daripada kotak ajaib semakin
singkat dan cepat berikutan latihan dan peneguhan yang telah diberikan kepada kucing
tersebut.
Tambahan pula, kekuatan lain pada teori Pelaziman Operan Thorndike ini ialah
sesuatu pembelajaran akan berjalan lancar jika murid mematuhi hukum pembelajaran
Thorndike iaitu hukum kesediaan, hukum latihan dan hukum kesan. Apabila seorang murid
bersedia untuk belajar, pembelajaran yang dijalankan akan menghasilkan kepuasan tetapi
jika sebaliknya dan murid itu dipaksa belajar, ia akan menghasilkan perasaan kecewa atau
kesakitan. Pemberian ganjaran yang sesuai dengan murid juga akan mendorong mereka
lebih bersedia untuk menjalani proses pembelajaran.

2.

KELEMAHAN (WEAKNESS)
Terdapat beberapa kelemahan yang terdapat pada teori ini. Pertama, teori ini hanya
menekan pada satu kaedah sahaja iaitu mesti menggunakan kaedah cuba jaya iaitu cubaralat atau memilih dan menghubungkait untuk menyelesaikan sesuatu masalah. Sekiranya
seseorang murid itu tidak mempunyai keazaman yang kuat untuk mencuba kaedah ini,
maka, gerak balas positif tidak mungkin akan terhasil. Kaedah ini hanya akan digunakan
sekiranya murid tersebut berada dalam keadaan terdesak.

Selain itu, antara kelemahan lain yang terdapat pada teori ini ialah sesuatu
pembelajaran tidak akan berjalan lancar jika murid tidak mengikut hukum pembelajaran
Thorndike. Sebagai contoh, apabila seorang seseorang murid tidak bersedia untuk belajar
dan dipaksa untuk belajar, ia akan menghasilkan parasaan kecewa atau kesakitan. Di
samping itu, jika tidak banyak latihan dan peneguhan diberikan kepada murid maka gerak
balas yang dihasilkan akan semakin menghilang.
Tambahan pula, pembelajaran tidak akan berkesan jika murid tidak bersedia dan
dipaksa untuk belajar iaitu pada erti kata lain juga tiada ransangan yang diberikan kepada
murid tersebut. Sememangnya gerak balas yang diberikan oleh murid akan bertambah baik
sekiranya murid tersebut diberikan ganjaran yang bersesuaian. Namun begitu sekiranya
ganjaran tersebut diberikan secara berlebihan, kesan gerak balas yang negatif mungkin
akan terhasil. Sebagai contoh, murid akan bersifat riak dan bangga diri sekiranya mereka
mendapat pujian yang berlebihan.
3.

PELUANG (OPPORTUNITY)
Terdapat beberapa peluang yang ditonjolkan melalui teori Pelaziman operan
Thorndike ini lebih-lebih lagi terhadap proses pengajaran dan pembelajaran. Antara
peluangnya ialah guru boleh menggunakan motivasi yang sesuai untuk meningkatkan
kesediaan murid untuk belajar. Kesediaan murid untuk belajar adalah perkara yang paling
utama kerana jika mereka bersedia, maka gerak balas yang positif akan dihasilkan. Motivasi
yang diberikan adalah sebagai satu ransangan yang baik untuk meningkatkan semangat
murid untuk belajar.
Selain itu, guru juga perlu memainkan peranan dengan menjalankan aktiviti yang
lebih menarik dan menyeronokkan untuk menguatkan hubungan antara ransangan dan
gerak balas bagi seseorang murid. Disebabkan oleh teori ini memberi penekanan terhadap
tingkah laku kanak-kanak, maka aktiviti yang menarik akan mendorong murid untuk terlibat
aktif dalam aktiviti-aktiviti tersebut.
Tambahan pula, guru juga perlu memberikan ganjaran yang sesuai supaya gerak
balas yang dihasilkan oleh murid tidak lenyap. Pelbagai bentuk ganjaran boleh diberikan
kepada murid seperti puji-pujian, token, lawatan, hadiah dan sebagainya. Ganjaran ini juga
dapat memujuk murid untuk membuat latihan yang banyak supaya gerak balas yang
dihasilkan adalah positif.
Di samping itu, guru juga boleh memberikan peluang kepada murid untuk menikmati
kejayaan yang diperolehi dalam pembelajaran mereka. Guru tidak bolehlah memandang
rendah dengan kejayaan yang telah dicapai oleh murid malah guru perlu memberikan
sokongan yang padu supaya mereka tidak mudah putus asa dan akan terus mencuba untuk
mencapai kejayaan yang mereka ingini.

4.

ANCAMAN (THREAT)

Walaupun pada teori ini terdapat peluang-peluang yang boleh digunakan, namun
begitu, teori ini juga mempunyai ancaman-ancaman yang boleh menjadi penghalang
terhadap penghasilan gerak balas yang positif oleh murid-murid. Ancaman yang pertama
ialah sikap dan keinginan pelajar itu sendiri iaitu untuk menerima atau menggunakan
kaedah cuba jaya atau tidak. Jika murid itu mempunyai sikap mudah berputus asa, maka
teori yang dikemukakan ini tidak akan menjadi.
Di samping itu, apabila murid berhadapan dengan pengalaman yang menyakitkan
hasil daripada gerak balas yang mereka berikan, maka, gerak balas tersebut akan semakin
menghilang dan lenyap. Sebagai contoh, jika murid dikenakan denda walaupun dia sudah
berusaha bersungguh-sungguh, kesannya, murid tersebut tidak akan meneruskan usaha
untuk memberikan tindak balas yang lebih baik. Hal yang demikian, guru perlulah
memberikan sokongan dan motivasi supaya murid dapat menghasilkan gerak balas yang
diingini.
Menurut Mahmood Nazar Mohamed (1990), peneguhan positif ialah ransangan yang
diberi kepada organisma selepas berlakunya sesuatu tingkah laku yang dapat meningkatkan
kebarangkalian berlakunya tingkah laku yang dikehendaki. Manakala menurut Mok Soon
Sang (2003), menyatakan bahawa peneguhan positif merupakan stimuli yang boleh
menambah kebarangkalian berulangnya sesuatu tingkah laku operan. Berdasarkan takrifantakrifan yang diberikan dapat kita simpulkan bahawa peneguhan positif ini merupakan suatu
ransangan yang boleh menyebabkan berulangnya sesuatu tingkah laku yang dikehendaki.
Peneguhan (reinforcement) adalah perkara yang dilakukan untuk menggalakkan sesuatu
perlakuan itu diulangi. Peneguhan (reinforcement) terbahagi kepada dua iaitu peneguhan
positif dan peneguhan negatif. Peneguhan positif adalah seperti ganjaran, hadiah dan juga
pujian yang diberikan bagi menggalakkan seseorang itu melakukan pekerjaan secara
berulang-ulang. Peneguhan ini dianggap oleh Skinner sebagai asas dalam proses
pembelajaran. Peneguhan berlaku apabila lakuan itu diberi balasan dengan hadiah.
Keinginan mendapat balasan hadiah ini menimbulkan keinginan supaya berbuat demikian
untuk mendapa hadiah yang sama. Oleh itu, lakuan itu akan diulang. Pengulangan yang
kerap dilakukan akan mengukuhkan proses pembelajaran.Peneguhan negatif pula ialah
sesuatu yang menyakitkan dan ingin dielakkan oleh individu (Mohamad Saleh Lebar, 1999).
Sebagai contoh, seorang murid akan membersihkan papan hitam bagi mengelakkan
dimarahi oleh gurunya dan bukan untuk mendapatkan pujian.
Hukuman adalah sesuatu tingkah laku negatif jika dipamerkan, boleh menghasilkan
sesuatu yang menyakitkan atau yang boleh menyebabkan kurang selesa (Roediger dalam
Suppiah Nachiappan, Ramlah Jantan & Abdul Aziz Abdul Shukor, 2008). Hukuman

dibahagikan kepada hukuman persembahan (presentation punishment) dan hukuman


penyingkiran (removal punishment).
Menurut Mok Soon Sang, ( 2008) bahawa dalam kajian B.F.Skinner peneguhan
positif ialah stimuli yang boleh menambahkan kebarangkalian berulangnya sesuatu tingkah
laku operan, seperti memberi pujian, penghargaan, hadiah dan sebagainya sebaik sahaja
tingkah laku operan yang sesuai itu berlaku. Peneguhan negatif ialah stimuli yang
dipindahkan atau dihapuskan dengan tujuan menguatkan tingkah laku positif supaya ia
dapat diteruskan. Sesuatu kemahiran yang telah dikuasai dan tidak dipraktikkan dalam satu
tempoh yang agak lama akan dilupakan. Terdapat dua cara yang biasa digunakan oleh
seseorang untuk mengelakkannya dari sebarang peneguhan negatif yang kurang seronok
ialah dengar cara pelepasan dan cara pengelakan. ( Mok Soon Sang, 2008)
Menurut Stone (2007), kalau tingkah laku boleh dipelajari maka sudah tentu ia boleh
diubah atau diubahsuai. Oleh itu, saya juga percaya bahawa tingkah laku negatif yang ada
pada murid-murid saya dapat diubah dengan menggunakan Kaedah Ganjaran dan
Hukuman yang bakal saya laksanakan.
Kaedah Ganjaran dan Hukuman ini merupakan sebuah kaedah yang diolah dari
Teori Pelaziman Operan Skinner. B. F. Skinner (1958) mempercayai bahawa sesuatu
tingkah laku itu dipengaruhi oleh faktor peneguhan sama ada ganjaran atau dendaan.
Dengan adanya ganjaran dan hukuman yang sesuai, maka tingkah laku positif dapat
dikekalkan manakala tingkah laku yang negatif murid-murid akan diubah. Menurut Skinner,
pelaziman operan terdiri daripada empat konsep utama iaitu, peneguhan, denda, prinsip
premack dan pelupusan.
Dendaan/hukuman adalah satu proses atau tatacara untuk melemahkan atau
mengurangkan berulangnya tingkah laku yang tidak diingini. Tegasnya, dendaan adalah
kesan negatif yang membawa kepada pengurangan dalam kekerapan berlakunya tingkah
laku tersebut. Ia juga bertujuan untuk menghentikan sesuatu tingkah laku yang tidak diingini.
Menurut Charles (2008), pada tahun 1960an, banyak guru-guru sekolah rendah
mengaplikasikan Teori Operasi Operan dalam kawalan kelas mereka, memberi ganjaran
kepada murid-murid yang menunjukkan tingkah laku baik dan tidak menghiraukan mereka
yang menunjukkan tingkah laku yang tidak diingini.
APLIKASI TEORI SKINNER DALAM KEMAHIRAN PENGUKUHAN DI BILIK DARJAH
Teori pembelajaran Skinner boleh diaplikasikan dalam proses pengajaranpembelajaran dalam bilik darjah berasaskan kepada prinsip-prinsip berikut iaitu pemberian
peneguhan positif apabila pelajar melakukan sesuatu tingkah laku yang diingini hendaklah
secara bersistematik. Selain itu, ganjaran yang diberi haruslah bersesuaian dengan umur

pelajar. Guru mesti menyediakan ganjaran mengikut kadar kepayahan tingkah laku yang
diingini. Kajian yang telah dilakukan menunjukkan bahawa pemberian ganjaran merupakan
pembentuk tingkah laku yang sangat berkesan (Wolery, Baily & Sugai 1988). Di samping itu,
guru perlu herhati-hati apabila memberi peneguhan negatif kepada pelajar kerana dia
mungkin akan dianggap sebagai hukuman. Untuk jangka masa yang panjang, dendaan
tidak akan memberi kesan kepada pelajar yang terlibat (Skinner 1968). Dendaan seperti
merotan, berdiri atas kerusi dan lain-lain lagi hanya membawa kepada perasaan tidak puas
hati, dendam dan ingin memberontak (Khalim 2004).Gerak balas yang diperoleh hasil dari
rangsangan haruslah dikukuhkan untuk membentuk pelaziman. Akhir sekali, guru perlu
memberikan keutamaan kepada latihan dan gerak balas yang berulang-ulang. Guru hurus
mengaitkan pengalaman positif dengan tugasan pembelajaran. Guru haruslah memberi
bimbing murid dengan menggunakan kemahiran untuk membuat generasi dengan tepat.
Semua tingkah laku boleh dipelajari melalui proses pelaziaman. Oleh itu, murid hendaklah
belajar perhubungan gerak balas secara sistematik. Untuk mengukuhkan apa yang telah
dipelajari dalam ingatan, latihan hendaklah dijalankan secara kerap kali. Untuk
meningkatkan tahap kesediaan belajar, guru harus menggunakan motivasi yang sesuai.
Selain itu guru haruslah memberi banyak latihan kepada murid agar dapat mengukuhkan
petalian antara rangsangan dan gerak balas murid. Sesuatu kemahiran atau teknik yang
baru dipelajari hendaklah diberi peneguhan secara berterusan dan diikuti secara berkala
supaya kemahiran atau teknik itu dapat dikukuh dan dikekalkan.
Teori Pembelajaran Albert Bandura
Teori pembelajaran Albert Bandura juga dikenali sebagai teori peniruan. Terdapat
empat unsur utama dalam proses pembelajaran Bandura melalui pemerhatian atau
permodelan, iaitu perhatian (attention) bermakna pembelajaran hanya berlaku jika ada
tumpuan perhatian , mengingat (retention) bermakna pemerhati harus berupaya
mengekalkan tingkah laku yang diperhatikan dalam ingatan, reproduksi (reproduction)
bermakna pemerhati harus berupaya melakukan semula tingkah laku yang ditirunya, dan
peneguhan (reinforcement)/motivasi (motivation) bermakna pemerhati mungkin tidak akan
melakukan semula tingkah laku sekiranya didenda atau ditegur . (Dr. Ragbir Kaur Joginder
Singh, 2012)
Implikasi Teori Pembelajaran Albert Bandura dalam Kemahiran Pengukuhan
Guru haruslah mengguna kaedah demonstrasi dengan contoh-contoh yang sesuai. Selain
itu, guru haruslah menyediakan situasi pembelajaran tanpa gangguan. Guru haruslah
menyediakan pengajaran dan pembelajaran yang kreatif untuk menarik perhatian pelajar
dengan motivasi yang sesuai. Mengekalkan ingatan pelajar dengan mendemonstrasikan

langkah-langkah secara sistematik. Akhirnya,memberi peneguhan yang positif selepas


reproduksi.
Prinsip-prinsip Kemahiran Pengukuhan
Bentuk pengukuhan harus berubah-ubah supaya lebih berkesan dan menarik. Guru
harus memberi pengukuhan sebaik sahaja selepas aktiviti positif. Selain itu, guru harus
mengelakkan pengukuhan negatif. Jenis pengukuhan dan bentuk pengukuhan harus
sepadan dengan sumbangan. Cara memberi pengukuhan harus serius, ikhlas dan jujur.

Objektif Kemahiran Pengukuhan


Kemahiran Pengukuhan bertujuan memotivasikan murid dalam pembelajaran.
Melalui Kemahiran Pengukuhan guru dapat memperkukuh sesuatu konsep, idea dan fakta
pengajaran dan pembelajaran dan memupuk semangat keyakinan murid-murid dalam
pembelajaran. Di samping itu, kemahiran pengukuhan juga dapat mengawal disiplin kelas
dan membina sifat dan tingkah laku murid. Selain itu, kemahiran pengukuhan juga dapat
menarik murid-murid lain turut serta dalam aktiviti kerana pujian guru.
Komponen Kemahiran Pengukuhan
Lisan Positif
Pengukuhan ini adalah bentuk kata-kata positif seperti baik, bagus, satu cubaan yang
baik, ya, betul itu cadangan yang baik dan sebagainya.
Gerakan isyarat positif
Guru menunjukkan senyuman, anggukan kepala, tepuk tangan dan lain-lain
Sentuhan guru
Guru pergi dan berdiri di tepi murid dengan sentuhan bahu ke bahu guru menyentuh kepala
murid, bahu, bahagian belakang tubuh badan murid lelaki yang telah memberi jawapan yang
betul. Selain itu, guru juga boleh memasuki kumpulan dan duduk berbual dengan murid
Dampingan guru
Guru boleh menunjukkan minat terhadap pencapaian muridnya dengan mendekati, berdiri di
sebelah atau duduk di sisi murid sebagai satu cara pengukuhan.
Lisan negatif
Guru mengeluarkan kata-kata yang negatif seperti buruk, bukan, salah atau menyindir.

Gerak isyarat negatif


Gerak isyarat negatif ini jelas dilihat apabila guru menggeleng-gelengkan kepalanya atau
merenung secara marah ke arah murid yang melakukan kesalahan.
Tiada Pengukuhan
Guru tidak menggunakan sebarang pengukuhan walaupun masanya sesuai untuk
digunakan pengukuhan.

Model Kemahiran Menerang


Model Pengajaran Ekspositori (Ausubel)
Perkataan ekspositori bermaksud penerangan yang jelas dan terperinci.

Dalam

konteks pengajaran, ekspositori merupakan penyampaian maklumat atau isi kandungan


pelajaran secara langsung kepada murid-murid di dalam kelas. Oleh itu, kaedah ekspositori
ialah cara penyampaian pelajaran melalui penerangan, bercerita atau demonstrasi dengan
tujuan mengajar sesuatu. Dalam model ekspositori ini, guru memberi penerangan terlebih
dahulu dan pelajar mendengar dengan teliti hingga mereka mamahami dan mengingatinya
atau merekodkan isi penting dalam buku rekod mereka.
Pengenalan
dan
penerangan
isi pelajaran

Pelajar-pelajar
mengingat dan
merekod isi
penting

Pelajar-pelajar
mendengar
penerangan

Ini bermakna model ini amat sesuai untuk menerangkan, konsep, fakta, prinsip atau
hukum dan idea, dimana ianya dipersembahkan dan difahami, bukan ditemukan.
Pengajaran ekspositori menekankan pembelajaran verbal yang bermakna, bukannya
pembelajaran hafalan.

Pembelajaran bermakna berlaku jika perkaitan-perkaitan dibuat

antara pengetahuan baharu dengan pengetahuan sedia ada.


Dalam bilik darjah, guru menyampaikan maklumat lengkap dalam susunan yang
teratur supaya murid dapat menerimanya dengan baik.

Maklumat yang diberikan akan

diterima dan diasimilasikan dalam struktur kognitif pelajar dan pelajaran sebegini boleh
dilaksanakan melalui kuliah dan ceramah.

Pendekatan yang digunakan adalah secara

deduktif dan secara umumnya, pelajaran sebegini adalah serupa dengan teori pembelajaran
Ausubel yang menggunakan penyusun awal (advance organizers) untuk memperkenalkan
suatu pelajaran baru. Penyusun Awal (advance organizers) merujuk kepada maklumat yang
dipersembahkan sebelum pembelajaran dan ini digunakan untuk menyusun dan
menginterpretasi maklumat baharu. Penyusun awal bertujuan untuk mengaitkan idea baru

dengan idea yang lama serta menggerakkan struktur kognitif pelajar supaya proses asimilasi
maklumat baharu lebih mudah dan berkesan (Boon dan Ragbir, 1997).
Terdapat dua jenis penyusun awal, iaitu penyusun awal perbandingan dan penyusun
awal ekspositori. Penyusun awal perbandingan digunakan apabila maklumat baharu hampir
sama dan bertujuan untuk mentakrifkan pengetahuan sedia ada, di mana pelajar mengingat
kembali maklumat yang telah wujud dalam pemikiran.

Penyusun awal ekspositori pula

digunakan apabila pengetahuan yang akan diajar adalah baharu.

Penyusun awal

ekspositori menyediakan pengetahuan baharu yang perlu diketahui pelajar sebelum pelajar
mengikuti pembelajaran topik baru.
Tiga fasa utama dalam pengajaran ekspositori:

Penyusun awal dikemukakan


menghubungkaitkan maklumat baharu dengan skema-skema sedia ada
dan dikemukakan kepada pelajar.

Tugasan pembelajaran atau bahan dikemukakan


bahan baharu disampaikan melalui kuliah, perbincangan, filem atau tugasan
pelajar.

Pengukuhan organisasi kognitif


mengaitkan maklumat baharu ke dalam struktur yang digambarkan dalam
penyusun awal (advance organizers)

Implikasi model pengajaran ekspositori terhadap pengajaran dan pembelajaran


Guru harus memastikan pelajar perlu menguasai fakta dan konsep asas terlebih
dahulu tentang sesuatu topik pelajaran yang hendak diajar dengan menggunakan kaedah
ekspositori. Bahan pembelajaran (input) harus disusun atur dengan baik. Perlu bermula
dengan penyusun awal. Idea dan konsep baharu harus bermakna kepada pelajar. Guru
digalakkan menyusun isi pelajaran secara berperingkat.

Pelajar juga dilibatkan dalam

proses pembelajaran seperti mengumpul maklumat, analisis, sintesis dan membuat


kesimpulan. Guru perlu mengaitkan input baharu dengan pengetahuan sedia ada agar
pelajar dapat menyimpan dalam skema secara tersusun. Pembelajaran deduktif diamalkan
dimana guru akan memberikan prinsip- prinsip am sebelum memberikan contoh-contoh
spesifik.

Kemahiran Menerang
Kemahiran menerang merupakan salah satu daripada komponen dalam kemahiran
makropengajaran.

Kemahiran menerang ialah satu kemahiran untuk menceritakan,

menjelaskan, menggambarkan, memindahkan sesuatu perkara yang diketahui kepada


orang lain. Kemahiran ini tidak berasaskan kepada sesuatu teori dan teknik yang tertentu,
sebaliknya bergantung kepada kebijaksanaan guru mengendalikannya dan mengenal pasti
sejauhmana pencapaian murid. Kemahiran ini digunakan di peringkat perkembangan sama
ada untuk menyampaikan maklumat, konsep atau isi kandungan pelajaran kepada murid.
Oleh itu, kemahiran menerang bertujuan untuk menyampaikan maklumat kepada murid
dengan cara yang berkesan, membina pengetahuan dan kefahaman murid serta dapat
mengikut arahan dengan jelas.
Objektif penggunaan kemahiran menerang ialah guru dapat menyampaikan
maklumat atau menjelaskan isi pelajaran kepada murid dalam masa yang singkat.
Kesannya, murid dapat memahami konsep atau isi pelajaran dengan lebih cepat, mudah
dan tepat. Ia dapat memudahkan murid memahami konsep atau isi pelajaran dengan jelas
serta ia mampu menghuraikan sesuatu proses seperti langkah-langkah menjalankan projek,
ujikaji atau masalah. Malah, kemahiran menerang mampu menjelaskan sebab-sebab
berlakunya sesuatu peristiwa atau meramalkan kemungkinan berlakunya peristiwa tertentu.
Jenis-jenis Kemahiran Menerang
Kemahiran menerang terbahagi kepada 3 jenis iaitu:
1. Penaakulan
2. Interpretatif dan
3. Deskriptif
Menerang secara penaakulan ialah menggunakan proses logik untuk menjawab
soalan dan menstruktur semula konsep atau idea. Sebagai contoh, guru menunjukkan
gambar salji. Murid memberitahu guru bahawa gambar tersebut ialah air salji. Guru bertanya
di mana murid nampak air salji. Murid menjawab mereka nampak di televisyen. Guru
bertanya lagi, adakah kamu pernah pegang air salji. Murid menjawab tidak pernah.
Kemudian, guru menerangkan bahawa kita tidak pernah memegang air salji kerana salji
tidak terdapat di negara kita. Oleh itu, contoh sumber mesti mencukupi supaya guru akan
memberikan input dengan menyeluruh dan disertakan bahan bukti kepada murid.
Manakala, menerang secara interpretatif ialah menghuraikan maksud sesuatu
istilah atau penyataan, idea, konsep, prinsip, atau teori. Contohnya, guru menerangkan alat
yang tidak boleh digunakan untuk bersuci. Guru menunjukkan plastik dan menerangkan
kepada murid sebab plastik tidak boleh digunakan untuk bersuci kerana permukaannya licin.
Penerangan yang disampaikan oleh guru haruslah berdasarkan pengetahuan sedia ada
murid yang lepas supaya mereka dapat mengikutinya dengan mudah dan bermakna.
Akhir sekali menerang secara deskriptif pula ialah menghuraikan proses, struktur,
dan prosedur. Sebagai contoh, guru menerangkan kepada murid bahawa kita boleh bersuci
tanpa menggunakan air. Oleh itu, guru tersebut menerangkan kepada murid mengenai alat-

alat yang boleh digunakan untuk bersuci iaitu daun-daun kering, tisu, batu dan air mutlak.
Batu yang boleh digunakan untuk bersuci mempunyai struktur atau bentuk bersegi dan tidak
berbentuk bulat. Penerangan ini membantu murid faham dengan jelas sesuatu maksud,
konsep, fakta, isi pelajaran dan sebagainya dengan ringkas dan padat.
Prinsip- Prinsip Kemahiran Menerang
Terdapat empat prinsip utama yang perlu ditonjolkan dalam kemahiran menerang iaitu:
a) Gunakan kejelasan
Guru harus menumpukan kepada aspek yang spesifik seperti gunakan contoh,
ilustrasi dan media yang relevan dan menarik, fokus semula dengan membuat ringkasan,
gunakan bahasa mudah serta sesuai dengan murid, elak kekaburan dan penggunaan ayat
tidak relevan. Sebagai contoh, guru menggunakan ilustrasi dengan menunjukkan kad
bergambar pelbagai jenis air iaitu air laut, air embun, air sungai, air hujan dan air salji.
Penggunaan ilustrasi kad bergambar dapat memberi penerangan yang sangat jelas kepada
murid dalam memahami isi pembelajaran tersebut. Melalui contoh-contoh, ilustrasi dan alat
bantu mengajar ia akan dapat membantu merangsang pelbagai jenis deria murid serta
memudahkan kefahaman dan memperkukuhkannya dalam ingatan mereka. Oleh itu,
contoh-contoh ilustrasi atau sumber pengajaran hendaklah ditentukan dan disediakan
terlebih dahulu oleh guru sebelum sesi pembelajaran dilaksanakan.
b) Gunakan Penegasan
Penggunaan variasi intonasi guru semasa di bilik darjah amat penting. Hal ini dapat
membezakan guru sedang marah, tegas dan bersikap lembut. Oleh itu, guru harus
menunjukkan beza penunjuk atau penyerlah pergerakan dan gerak isyarat. Dalam video
tersebut, variasi intonasi yang digunakan oleh guru berjaya menunjukkan murid tekun dan
dapat memberikan seratus peratus perhatian terhadap sesi pembelajaran yang sedang
dilaksanakan. Penegasan intonasi amat penting dalam satu proses pembelajaran kerana
guru dapat memastikan proses pembelajaran berjalan dalam keadaan yang lancar dan
kondusif.

c) Urutan dan kesinambungan


Urutan atau kesinambungan ialah menggunakan pendekatan induktif atau deduktif.
Kaedah induktif merupakan salah satu kaedah mengajar yang sesuai digunakan dalam
pengajaran pelbagai mata pelajaran, khususnya Matematik, Sains dan Bahasa (Mok Soon
Sang, 2001). Pengajaran berasaskan gaya induktif adalah satu pendekatan mengajar yang
melibatkan satu proses penaakulan yang tinggi di mana melibatkan aktiviti mengumpul dan

mentafsir

maklumat-maklumat,

kemudian

membuat

generalisasi

atau

kesimpulan

(Kamarudin Husin & Siti Hajar Abdul Aziz, 2004)


Pengajaran berasaskan gaya pemikiran deduktif adalah satu pendekatan mengajar
yang mengasaskan pengajaran berdasarkan keseluruhan konsep. Konsep deduktif boleh
ditakrifkan sebagai sesuatu pendekatan mengajar yang bermula daripada sesuatu atau
beberapa rumus, prinsip, hukum, teorem atau peraturan yang diikuti dengan aplikasinya ke
atas contoh-contoh yang khusus (Mok Soon Sang, 2003).
Melalui prinsip ini, guru juga boleh membantu murid untuk mengingati sesuatu
perkara (prompts). Oleh itu, guru harus menggunakan variasi atau kata penghubung dalam
penyampaian di samping pelbagaikan kelajuan penyampaian. Keadaan ini dapat
mengalakkan sesuatu proses pengajaran dan pembelajaran menjadi kaku dan bosan.
Kesannya, murid dapat menumpukan perhatian terhadap aktiviti pengajaran guru semasa di
dalam bilik darjah jika penerangan yang diberikan menarik dan bermakna.
d) Dapatkan maklum balas pelajar
Dalam proses mendapatkan maklum balas, berlakunya interaksi dua hala antara
guru dan murid. Guru mesti melibatkan murid dengan melihat reaksi dan tingkah laku murid.
Sekiranya murid sterkawal dan menunjukkan perhatian kepada guru, ini menunjukkan murid
seronok dan berminat untuk mengikuti sesi pembelajaran. Malah, guru perlu mewujudkan
peluang kepada murid untuk menunjukkan kefahaman, minat dan sikap mereka terhadap
proses pembelajaran tersebut.

Komponen Kemahiran Menerang dengan cara yang betul

Rajah 1: Komponen penting yang terdapat dalam kemahiran menerang


Penggunaan dan Impak Kemahiran Menerang
Untuk menggunakan kemahiran menerang dengan berkesan, guru hendaklah memahami
dan mematuhi beberapa prinsip iaitu guru hendaklah merancang aktiviti pengajaran dengan
memilih cara dan bentuk penerangan yang sesuai. Masa untuk menggunakan kemahiran
menerang hendaklah singkat. Murid mudah bosan jika mereka disuruh duduk diam untuk
mendengar penerangan guru dalam tempoh masa yang lama tanpa sebarang aktiviti lain.
Untuk mengekalkan minat pelajar terhadap penerangan guru, kemahiran variasi rangsangan
hendaklah digunakan, terutama bagi penerangan yang memerlukan masa yang melebihi
satu minit. Oleh itu, dalam video ini guru tersebut menerangkan sambil menggalakkan murid
menulis isi penting di papan putih di hadapan kelas. Selepas aktiviti perancangan, guru
hendaklah menggalakkan murid untuk bertanya kepada guru mengenai perkara yang
kurang difahami oleh mereka sepanjang proses pembelajaran dilaksanakan.

Antara impak penggunaan kemahiran menerang dalam proses pengajaran dan


pembelajaran ialah:
1. murid dapat memahami konsep fakta dan bahan pengajaran guru akan menjadi jelas
iaitu isi pelajaran dapat difahami dengan lebih cepat, mudah, tepat dan bermakna.
2. Murid juga dapat memahami sesuatu proses atau prosedur secara terperinci dan
teratur.
3. Pelajar dapat menaakul sebab musabab berlakunya sesuatu kejadian dengan lebih
jelas jika penerangannya menarik dan bermakna.
4. Contoh- contoh ilustrasi dan bahan pelajaran yang digunakan bukan sahaja dapat
merangsangkan pelbagai deria pelajar, tetapi juga memudahkan kefahaman konsep
dengan tepat serta mengukuhkan apa yang diterangkan dalam ingatan mereka.
5. Penggunaan masa aktiviti pengajaran guru dapat dijimatkan kerana murid dapat
memahami dengan cepat dan ini boleh digunakan untuk menambahkan aktiviti
pembelajaran yang lain kepada murid.

S-ar putea să vă placă și