Sunteți pe pagina 1din 16

Borang Pengakuan

Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang
tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya.

Nama

: __________________________________

No K/P

: __________________________________

Tandatangan : __________________________________
Tarikh

: __________________________________

PENGHARGAAN

Bersyukur ke atas ilahi dengan limpahan rahmat serta nikmat masa,nyawa tenaga
yang dianugerahkan kepada saya dapat juga saya menyiapkan tugasan ini dengan jayanya.

Pertamanya, saya ingin mendedikasikan ucapa penghargaan ini kepada pensyarah


saya , Dr. Norain Binti Mohd Noor kerana dengan tunjuk ajar serta bimbingan daripadanya
membuka ruang untuk saya menyiapkan tugasan ini dengan jayanya.

Ucapan penghargaan ini juga saya tujukan kepada rakan-rakan yang banyak
memberi peringatan terhadap setiap apa yang saya telah alpa. Mereka membantu saya
dengan menjawab setiap pertanyaan yang saya utarakan kepada mereka.

Akhir madah, saya mengucapkan terima kasih kepada mereka yang terlibat secara
lansung atau sebaliknya semasa melakukan kerja kursus ini. Terima kasih.

PENDAHULUAN

Guru memainkan peranan yang penting dalam sektor pendidikan. Peranan guru
bukan sahaja mencakupi proses pengajaran dan pembelajaran tetapi secara menyeluruh.
Oleh itu dalam tugasan Asas Kepimpinan dan Perkembangan Profesional Guru EDU 3083
menguji guru pelatih untuk mengenal pasti dan menganalisis peranan guru dalam konteks
profesion. Selain itu menghuraikan proses pembangunan diri dan kerjaya seorang guru
serta menerangkan akan keperluan dalam meningkatkan kualiti guru yang berkesan.
Tugasan ini juga turut membincangkan tanggungjawab guru dan negara dalam abad ke-21.

Tugasan ini turut membincangkan dengan kritis isu-isu etika dan intergriti guru
dengan merujuk kepada kod etika, akauntabiliti dan integriti guru.

Selain itu, ia juga

mengajar guru pelatih bagaimana cara menginterprestasi peranan guru sebagai pemimpin
yang

profesional

berdasarkan

peringkat-peringkat

menggunakan pelbagai sumber relevan.

perkembangan

guru

dengan

ESEI 1
BINCANGKAN SEJAUH MANA KEBERKESANAN PERANAN GURU DALAM BILIK
DARJAH. PENULISAN ANDA MESTILAH DIHUBUNGKAIT DENGAN KONSEP
AKAUNTABILITI BAGI MEMENUHI KEPERLUAN PENDIDIKAN ABAD KE-21

Guru yang baik mempunyai kuasa dan aura untuk mempengaruhi, memberi inspirasi serta
membentuk kehidupan anak-anak kecil ini menjadi lebih baik. Mereka adalah kunci kepada

perubahan sebenar dalam dunia ini. mendekati anak-anak kecil ini pada awal pendidikan
dengan memberikan sokongan tambahan dan peluang dalam kehidupan. Ia adalah satu
tanggungjawab yang luar biasa.
Putera William, 2016 (Putera Mahkota Britain) Ucapan
Anugerah Guru Global, Dubai UAE.
Kata-kata Putera William sempena Ucapan Anugerah Guru Global jelas menunjukkan
bahawa profesion perguruan bukanlah satu profesion yang hanya di atas kertas sahaja.
Profesion perguruan merupakan satu profesion yang dihormati sejak dahulu lagi.

Guru

memainkan peranan yang penting dalam menyampaikan ilmu kepada kanak-kanak agar
kehidupan mereka pada masa hadapan akan lebih terjamin. Pengurusan bilik darjah yang
kondusif merupakan peranan penting yang perlu digalas oleh seorang insan yang bernama
guru.

Field (2004) menyamakan peranan guru dengan peranan kapten sebuah kapal.

Menurut beliau, bilik darjah boleh disamakan dengan sebuah kapal di mana guru adalah juru
kemudi yang memimpin sekumpulan murid-murid yang mempunyai pelbagai personaliti.
Kejayaan kepimpinan guru akan menentukan kejayaan sesebuah organisasi kecil yang
dipimpinnya. Kejayaan seseorang murid sering dikaitkan dengan keberkesanan peranan
seorang guru dalam bilik darjah.

Menurut Hook dan Vass (2000), peranan kepimpinan

guru yang berkesan memerlukan guru yang memiliki kemahiran-kemahiran yang


merangkumi, boleh mengembangkan keupayaan untuk memahami dan mempunyai visi;
mempunyai kemahiran menghasilkan hubungan yang berkesan; memahami tingkah laku
dan keinginan murid-muridnya; memahami bilik darjah adalah satu sistem; dan
berkebolehan mencari penyelesaian dan menganalisis maklumat. Haliza Hamzah (2014)
menyatakan guru yang berkesan ialah guru yang mampu mengurus bilik darjah serta
membentuk suasana agar murid teransang dengan apa yang dipelajari dan berusaha
melakukan yang terbaik.

Keberkesanan Peranan guru dalam bilik darjah

Bilik darjah merupakan satu medan untuk murid menuntut ilmu.

Hal ini

menyebabkan keperluan tenaga pengajar diperlukan untuk menyampaikan ilmu kepada


para murid yang bakal menjadi pemangkin negara. Oleh itu, guru memainkan peranan yang
penting bukan sahaja di sekolah tetapi juga di dalam bilik darjah. Kamarol Baharen ( 2013)

menyatakan keberkesanan peranan guru di bilik darjah dipengaruhi oleh beberapa faktor
iaitu :
i)
ii)
iii)
iv)

Penguasaan ilmu pengetahuan yang luas


Jaminan faktor keselamatan dan keyakinan
Ktrampilan guru
Komunikasi

Guru berperanan memberi bimbingan kepada murid agar mencapai kecemerlangan dalam
aspek

akademik.

Guru yang prihatin dan baik akan menyedari akan perkembangan

akademik muridnya. Oleh itu, pembelajaran dalam bilik darjah hanya berkesan apabila guru
betul-betul memainkan peranannya dalam bilik darjah. Selain itu seorang guru yang baik
akan

menerapkan

elemen-elemen

pembelajaran

baru

bagi

mewujudkan

suasana

pengajaran dan pembelajaran yang baik di dalam kelas. Namun begitu, tanpa penguasaan
ilmu pengetahuan yang luas dan teknik yang betul maka peranan guru sebagai agen
penyampai ilmu tidak akan berkesan. Seorang guru yang mengajar sesuatu mata pelajaran
wajib menguasai pengetahuan yang mendalam dalam bidang tersebut untuk memastikan
proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan dengan lancar.

Apabila murid

mengemukakan soalan, guru dapat memberi respon yang positif dan memenuhi keperIuan
ingin tahu murid yang mana keyakinan diri murid dapat dipupukPeranan kepimpinan guru
dalam bilik darjah memerlukan kemahiran yang mana merangkumi dua aspek iaitu
kemahiran

intrapersonal

dan

interpersonal

serta

kemahiran

teknikal.

Kemahiran

intrapersonal dan interpersonal merupakan upaya meneka mood, tujuan, motivasi dan
perasaan murid sewaktu berdepan dengan mereka dalam proses pengajaran dan
pembelajaran. Guru yang mengguna dan menguasai kemahiran ini akan berjaya menguasai
murid serta suasana pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah. Selain itu, kaedah
mengajar juga perlulah sesuai dengan topik pengajaran yang diajar.

Guru harus

berperanan untuk menberi pendedahan kepada murid akan kaedah pengajaran yang baru
serta bersesuaian dengan keadaan pelajar agar tidak membosankan. Guru yang prihatin
dengan kepelbagaian kaedah pengajaran dan gaya pembelajaran pelajar sentiasa
memimpin pelajar untuk menerima pembelajaran mengikut kecenderungan dan minat
masing-masing tanpa terikat dengan cara pengajaran guru.

Mantan Perdana Menteri Malaysia, Tun Mahathir Mohamad dalam satu ucapan
ketika majlis makan malam anjuran Akademi Sains Malaysia telah mencabar komuniti para
saintis di Malaysia agar dapat melahirkan seorang pemenang hadiah nobel di kalangan
rakyat Malaysia menjelang tahun 2020 (Sachi, 2004).

Beliau juga berpendapat bahawa

generasi pewaris yang hidup dalam abad ke-21 perlu berfikiran kreatif dan kritis di samping

bersifat kaya maklumat serta maju dalam bidang sains dan teknologi.

Menurut Ikhsan

danm Norila (2005) pula, usaha bagi menggalakkan para pelajar kearah berfikir secara
kreatif dan kritis mestilah dimulakan di peringkat sekolah rendah lagi kerana peringkat ini
dianggap sebagai masa yang paling sesuai untuk meletakkan batu asas bagi pelaksanaan
pendidikan seterusnya. Sesuai dengan seruan itu, maka pewujudan kemahiran abad-21
merupakan satu pembelajaran yang mempunyai banyak kaedah seriring dengan globalisasi
pada masa kini.

Kemahiran

abad-21 merupakan pembelajaran yang mempunyai kemahiran yang

sesuai untuk menyediakan warga Malaysia untuk bersaing pada peringkat antarabangsa.
Peranan guru ialah mengaplikasikan kemahiran yang terdapat dalam abad ke-21 dalam
pengajaran agar selari dengan hasrat negara dalam melahirkan murid yang seimbang,
berdaya tahan, bersemangat ingin tahu, berprinsip, bermaklumat, patriotik serta mempunyai
kemahiran berfkir, berkomunikasi dan bekerja secara berkumpulan. Metiri Group (2003),
menjelaskan tentang kemahiran abad ke-21 sebagai kemahiran yang sangat penting
diterapkan dalam diri pelajar di era ekonomi digital semata-mata untuk memenuhi tuntutan
perubahan pesat yang berlaku. Ia juga menyatakan bahawa kemahiran ini sangat penting
bagi melahirkan pelajar dan pekerja yang memenuhi kehendak industri. Anjakan paradigma
perlu segera dilaksanakan dalam sistem pendidikan bagi memastikan kemahiran tersebut
dikuasai oleh pendidik agar ia boleh disampaikan dengan lebih menyeluruh dan berterusan
kepada pelajar. Oleh yang demikian, sistem pendidikan perlu memahami dan menghayati
kemahiran abad ke-21 untuk diaplikasikan ke dalam konteks akademik secara menyeluruh.

Bagi mencapai matlamat ini, guru harus menguasai ilmu akan kemahiran-kemahiran yang
terdapat dalam pembelajaran abad ke-21 bagi menyesuaikannya dalam proses pengajaran
dan pembelajaran.

Sebagai contoh Pembelajaran melalui streaming video ialah

pembelajaran secara elektronik atau lebih dikenali sebagai E-pembelajaran. E-pembelajaran


merupakan satu proses penyampaian isi kandungan, interaksi atau pemudahcara bagi
pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan dengan menggunakan rangkaian elektronik
seperti LAN, WAN, atau Internet.

Melalui pengajaran seperti ini, murid bukan sahaja

didedahkan dengan penggunaan ICT tetapi pembelajaran akan menjadi mudah kerana Epembelajaran boleh menyediakan soalan akan sesuatu topik mengikut aras minda murid.
Selain itu, kemahiran seperti ini memberi pendedahan kepada murid cara untuk belajar
sendiri dan guru bertindak sebagai fasilitator. Asep (2005) menyatakan bahawa
pembelajaran secara tradisional menjadikan guru sebagai insan yang serba tahu dan

bertanggungjawab menyampaikan ilmu pengetahuan kepada pelajar. Berbeza pula dengan


E-pembelajaran yang lebih berpusatkan pelajar. Pelajar memainkan peranan penting dalam
pembelajaran mereka kerana persekitaran pembelajaran yang aktif memaksa pelajar
membuat perancangan dan mencari bahan pembelajaran hasil usaha dan inisiatif diri
sendiri.

Dalam pelaksanaan tugas di dalam bilik darjah, guru tertakluk pada satu kod etika
sebagai garis panduan. Garis panduan ini merupakan rujukan guru-guru melaksanakan
tugas yang sesuai dengan tatasusila profesion.

Seorang guru yang baik akan

melaksanakan tugasnya sebaik mungkin dalam membentuk insan yang berakhlak mulia dan
minda kelas pertama.

Guru akan mengutamakan kebajikan dan keselamatan murid

daripada hal-hal lain. Kebajikan dan keselamatan guru merupakan salah satu peranan guru
dalam bilik darjah.

Guru harus memerhatikan sebarang perubahan atau tindakan yang

dilakukan oleh murid. Hal ini kerana keperihatinan guru dalam bilik darjah dapat menarik
minat murid dalam sesuatu suasana pengajaran dan pembelajaran.

Mohd Hasani Dali

(2011) dalam kajiannya menyatakan guru yang prihatin dan menjaga kebajikan murid
membantu mengeratkan lagi hubungan dengan pelajar sekaligus dapat membantu guru
mengawal bilik darjahnya dengan baik dan cekap.

Keberkesanan akan sesuatu peranan

guru dalam memberi jaminan faktor keselamatan dan keyakinan murid akan terbukti melalui
perhubungan murid dan gurunya.

Dr.Norain Mohd Nor ( 2014) menyatakan salah satu

peranan guru dalam bilik darjah ialah pembimbing.

Dalam sesebuah bilik darjah guru bukan sahaja menyampaikan ilmu dengan keadah
yang sesuai, namun keberkesanan sesuatu peranan guru itu juga dilihat cara pengendalian
guru dalam bilik darjah. Selain membimbing dan menyokong masalah pembelajaran dan
menyelesaikan masalah pelajar, guru juga berperanan dalam membantu murid yang
menghadapi masalah sosio-emosi seperti takut, bosan, kecewa dan kemurungan.

Guru

yang prihatin juga akan mendidik pelajar menjadi insan yang sihat, positif dan dapat
memberikan sumbangan kepada masyarakat.

Seorang guru hendaklah mengetahui dan

memahami prinsip-prinsip pengurusan bilik darjah. Prinsip-prinsip ini merupakan gabungan


daripada sikap guru, rutin dan peraturan ( Keratan Akhbar, utusan Borneo, 2012). Semasa
proses pengajaran dan pembelajaran, kita perlu menekankan peraturan-peraturan yang
mesti dipatuhi oleh murid bagi memastikan proses pengajaran dan pembelajran berjalan
seperti yang dirancangkan. Guru mesti membezakan antara peraturan dan rutin. Peraturan
pertama, memastikan guru dapat mengajar dan murid dapat belajar dalam suasana yang

kondusif. Disini tanggungjawab peranan kepimpinan guru akan memberikan taklimat tentang
peraturan dalam pertemuan pertama dengan murid murid yang menyentuh perkaraperkara mengenai; peraturan bercakap/berbisik, respons kepada soalan, guru keluar kelas,
agihan buku dan bahan mengajar, permulaan pelajaran dan akhir pelajaran, bagi
memastikan mereka akur dan patuh pada pra-peraturan yang diberikan. Kedua,
menetapkan bahawa akan jaminan keselamatan fizikal dan psikologikal harta sekolah.
Ketiga, untuk menjaga hak dari segi kehormatan dan kemuliaan. Ketiga-tiga peraturan
adalah satu panduan untuk guru bagi memastikan murid memahami serta mematuhi
kehendak peraturan yang telah diwartakan oleh sekolah. Rutin berbeza dengan peraturan
kerana rutin mengutamakan aspek pentadbiran dan prosedur yang diperlukan supaya
suasana bilik darjah terurus dengan baik. Rutin merupakan satu set perilaku yang perlu
dilaksanakan untuk membantu kejayaan murid. Selain itu, rutin bilik darjah merujuk kepada
aktiviti-aktiviti bilik darjah seperti menanda jadual kedatangan murid, menyemak keadaan
fizikal bilik darjah atau makmal, mengedar alat bantu mengajar, mengutip dan memulangkan
buku latihan dan sebagainya. Kelonggaran atau kelemahan melaksanakan peraturan rutin
ini akan mengurangkan rasa hormat pelajar kepada guru.

Disamping itu, penampilan guru juga merupakan salah satu faktor terhadap
keberkesanan guru dalam bilik darjah. Stewart (2005) mendefinisikan penampilan sebagai
tret-tret perwatakan dan personaliti yang dianggap perlu untuk kejayaan sebagai seorang
guru. Hal ini kerana terdapat banyak kajian yang menunjukkan sikap, nilai dan kepercayaan
guru membawa kesan kepada pembelajaran dan perkembangan pelajar.

Dalam Kod Etika

Perguruan Malaysia seorang guru perlu menunjukkan cara pakaian, pertuturan dan tingkah
laku yang dapat memberikan contoh baik kepada pelajar. Hal ini kerana murid secara
langsung akan terus menilai guru yang akan mengajar mereka. Bagi mereka guru tersebut
merupakan individu yang begitu asing buat mereka dan mereka akan meneliti setiap gerakgeri guru tersebut sebelum mereka menunjukkan tingkah laku mereka yang sebenar.
Kronowitz (2004) mengatakan penampilan yang kemas dan profesional pada hari pertama
seorang guru melangkahkan kaki ke sekolah akan membantu guru tersebut untuk lebih
berkeyakinan untuk berhadapan dengan realiti di sekolah.

Penampilan guru merupakan

salah satu isu yang sering dipertikaikan oleh masyarakat. Hal ini kerana terdapat guru yang
tidak mengikuti pekeliling yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.
Sebagai contoh , guru lelaki tidak memakai tali leher dengan kemas serta memakai kemeja
berlengan pendek manakala guru wanita memakai pakaian yang menjolok mata seperti baju
kebaya yang sendat. Hal sedemikian mendatangkan pandangan yang kurang elok di mata
masyarakat sekeliling.

Ramli basri et al ( 2011) menyatakan penampilan yang sesuai akan


menyerlahkan keyakinan dan keterampilan seseorang guru dan seterusnya menimbulkan
perasaan hormat murid kepada guru. Perasaan hormat itu akan membantu guru dalam
pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah. Murid tidak akan mempertikaikan kelemahankelemahan yang terdapat dalam diri seorang guru, hal ini akan memudahkan peranan guru
dalam menyampaikan ilmu dengan selesa dan rasa terhormat di dalam kelas.

Akhir sekali, komunikasi di antara guru dan murid sangat penting bagi
keberlangsungan akan sesuatu proses pengajaran dan pembelajaran. Komunikasi yang
berkesan akan memberi impak yang besar dalam keberkesanan peranan guru dalam bilik
darjah. Guru yang mempunyai cara komunikasi yang baik mampu memimpin kelas dengan
teratur dan memahami keperluan murid mereka.

Khairul Anuar (2012) menyatakan

Komunikasi didefinisikan sebagai suatu proses interaksi antara manusia yang melibatkan
maklumat melalui pergerakan isyarat simbol. Dapatan kajian mendapati bahawa guru yang
berkesan lebih banyak bergerak dalam kelas , mempunyai gerak tubuh yang betul serta
pengekalan konteks mata lebih lama dengan pelajar.

Kemahiran komunikasi juga penting untuk meramal persepsi guru berkesan.


Antaranya ialah kebolehan guru untuk mendapatkan maklumat menghuraikan pandangan,
menyebut dengan jelas, memujuk menggunakan ekspresi muka dan tona suara yang baik
(Mok Song Sang 2006) . Maka keberkesanan seorang guru dalam bilik darjah boleh ditukar
daripada cara komunikasi di dalam bilik darjah. Selain itu, dalam komunikasi, penggunaan
bahasa yang betul memainkan peranan yang penting. Penggunaan bahasa yang tidak jelas
tidak dapat memberi kefahaman kepada pelajar.

Seseorang guru yang baik boleh

menjelaskan sesuatu perkara dengan baik akan membolehkan pelajar untuk belajar lebih
banyak.

Penggunaan mata sewaktu komunikasi juga penting kepada seseorang guru. Hal ini
bertujuan untuk menimbulkan suasana pengajaran dan pembelajaran.

Contohnya, ketika

guru sedang mendengar soalan atau jawapan yang disampaikan oleh pelajar, mata guru
perlu memandang ke arah pelajar tersebut. hal ini kerana apabila seseorang guru sedang
menerangkan sesuatu kepada sekumpulan pelajar yang ramai. Penggunaan imbasan mata

selama lima saat kepada setiap orang sangat penting. Hal ini kerana kita dapat melihat
seseorang pelajar dalam lima saat maka pelajar lain dapat merasakan seolah-olah
diperhatikan. Guru yang mampu membawa pelajar untuk belajar dalam suasana yang ceria
merupakan salah satu bukti keberkesanan peranan guru dalam bilik darjah.

Proses

pengajaran dan pembelajaran merupakan satu proses yang menyebabkan mental menjadi
penat.

Maka adalah tugas seorang guru untuk menyuntik elemen kecindan dalam

pengajarannya akan menjadikan suasana bilik darjah lebih menggembirakan dan dapat
mempertingkatkan proses penerimaan ilmu dan menjadikan seseorang guru itu pendidik
yang berkesan. Majoriti pelajar menyukai guru yang boleh berjenaka atau membuat mereka
geli hati (Mohd Salleh, 2002).

Rumusan
Tuntasnya, keberkesanan akan peranan seorang guru dalam bilik darjah dapat
diukur melalui faktor-faktor ini. Pada masa kini, guru-guru mempunyai faktor-faktor ini dalam
pengajaran mereka. Hal ini membuktikan bahawa keberkesanan seseorang guru dalam
bilik darjah itu tidak hanya indah khabar dari rupa. Faktor-faktor keberkesanan ini pastinya
akan meningkatkan mutu pendidikan di negara kita dan dapat menghasilkan enam ciri
utama murid yang dihasratkan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM)
iaitu berpengetahuan, mempunyai kemahiran berfikir, kemahiran memimpin, kemahiran
dwibahasa, etika dan kerohanian serta identiti nasional.

Guru yang berkesan dan

mempunyai akauntabiliti dalam menjalankan tugas merupakan aset negara. Guru haruslah
memainkan peranan yang penting bukan sahaja dalam bilik darjah tetapi juga dalam
profesion perguruan.

ESEI 2
SEDIAKAN RUMUSAN FAKTOR GURU MERUPAKAN PENYUMBANG KEPADA
KEJAYAAN SESEBUAH ORGANISASI SEKOLAH BERDASARKAN JURNAL
BERWASIT ANTARABANGSA YANG ANDA PILIH.

Pendidikan merupakan asas pembangunan insan dan tamadun, wadah keamanan,


kesejahteraan dan kemakmuran. Pendidikan juga adalah satu bidang yang dinamik dan
penuh cabaran. Ia menuntut perancangan strategik yang teliti dan pragmatik, perbelanjaan
yang besar serta jentera pelaksanaan yang cekap. Salah satu jentera pelaksananya ialah

guru. Hakikatnya guru merupakan faktor utama yang menyumbang dalam merealisasikan
kejayaan sistem pendidikan.

Dalam merealisasikan kejayaan sistem pendidikan.ia haruslah bermula daripada


sekolah terlebih dahulu.

Di Malaysia, sekolah cemerlang diberikan beberapa gelaran

antaranya Sekolah berprestasi Tinggi dan Sekolah Kluster Kecemerlangan. Sekolah Kluster
Kecemerlangan merupakan sekolah yang cemerlang dalam kelompoknya yang dapat
melahirkan murid yang holistik dalam aspek akademik, kokurikulum, sahsiah serta
penampilan diri.

Sekolah Berprestasi Tinggi pula merupakan sekolah yang ditakrifkan

mempunyai etos, watak, identiti tersendiri dan unik serta menyerlah dalam semua aspek
pendidikan. Sekolah ini mempunyai tradisi budaya kerja yang sangat tinggi dan cemerlang
dengan modal insan nasional yang berkembang secara holistik dan berterusan serta
mampu berdaya saing di persada antarabangsa dan menjadi Sekolah pilihan masyarakat.

Dr.Norasmah Othman (2012) menyatakan bahawa dalam mejadikan sesebuah


sekolah itu cemerlang peranan guru dan pihak pengurusan sangat penting. Hal ini kerana
mereka bertindak sebagai koodinator, pengawal, perancang dan pelaksana. Gunter (2001)
pula menyatakan penglibatan guru-guru dalam kepimpinan sekolah dapat meningkatkan
kecemerlangan pencapaian murid-murid. Dalam jurnal yang dikaji, terdapat beberapa faktor
yang menjelaskan akan ciri-ciri guru yang mampu memberi kecemerlangan kepada sekolah.

Faktor guru sebagai penyumbang kepada kejayaan sesebuah organisasi sekolah


ialah mereka kompeten dalam profesion yang diceburi.

Seseorang guru yang mampu

mempamerkan hasil kerja yang baik tidak kira dari segi akademik atau kerja-kerja
pengorganisasian akan meningkatkan mutu kejayaan sesuatu pengurusan. Hal ini kerana
guru mempunyai akauntabiliti bukan sahaja kepada pelajar tetapi juga terhadap sekolah.
Selain itu, dalam organisasi sesebuah sekolah, guru mempunyai tugas untuk membuat
perancangan pengajaran dan pembelajaran serta mengajar.

Guru yang menghasilkan

pengajaran yang berkualiti merupakan faktor sesebuah organisasi sekolah itu berjaya. Hal
ini kerana, pengajaran yang berkualiti akan memberi kesan terhadap pembelajaran murid
sekali gus sewaktu peperiksaan murid akan mencapai kecemerlangan dan menyebabkan
nama sekolah terkenal dan cemerlang dari segi akademik.

Sebagai contoh, guru

memahami tahap kebolehan muridnya dan membuat penilaian terhadap setiap aktiviti yang

dijalankan sewaktu di bilik darjah serta mengambil tindakan-tindakan yang sepatutnya.


Berdasarkan pengalaman selama tiga bulan praktikum dan sebulan intership, saya
mendapati guru-guru bertungkus lumus memastikan kecemerlangan setiap murid mereka.
Mereka mempelbagaikan corak pengajaran berdasarkan kebolehan murid mereka dan saya
mendapati cara pengajaran mereka sangat berkesan. Hal ini menunjukkan kesungguhan
guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran merupakan faktor kejayaan sesebuah
organisasi di sekolah.

Seterusnya, guru yang berkualiti dalam melaksanakan tugas-tugas lain selain


pengajaran juga merupakan faktor dalam kejayaan sesebuah organisasi sekolah. Carver
(2009) menyatakan seseorang guru yang mempunyai kualiti dalam melakukan kerja di
sekolah selain pengajaran dalam bilik darjah seperti mengendalikan tugas rasmi lain akan
mewujudkan hubungan kerja yang baik. Hubungan kerja yang baik membolehkan setiap
orang yang bekerja dalam sesebuah organisasi dapat bekerjasama dengan baik dan dapat
merancang aktiviti yang boleh meningkatkan kecemerlangan dan kejayaan akan sesebuah
sekolah.

Sebagai contoh, Baharom (2001)

menyifatkan guru-guru yang mewujudkan

kerjasama dan koloborasi kerja dengan semua warga sekolah menunjukkan mereka
mempunyai kepimpinan yang berjaya. Kemahiran guru dapat mempengaruhi persekitaran
dan pihak berkepentingan bagi menghasilkan persekitaran yang lebih kondusif. Melalui
pengalaman yang telah diperolehi di sekolah sewaktu berpraktikum saya mendapati bahawa
guru-guru yang sedia untuk menggembeleng idea dan menyumbangkan tenaga serta usaha
ke arah pengurusan sekolah yang cemerlang merupakan salah satu faktor akan kejayaan
organisasi di sekolah. Hal ini kerana sekolah yang giat melakukan amalan kerja berpasukan
dapat meningkatkan prestasi sekolah.

Faktor yang seterusnya ialah guru prihatin akan kebajikan dan keselamatan murid.
dalam jurnal yang dikaji menyatakan pengetahuan, kepakaran dan pemikiran akan sesuatu
kualiti pengajaran sememangnya penting. Hal seperti memahami perkembangan manusia
juga penting.

Dalam sesuatu pengajaran dalam bilik darjah, guru yang mewujudkan

suasana ceria dan kondusif serta mengendalikan kes-kes disiplin, keselamatan dan
kebajikan pelajar akan membawa kejayaan kepada organisasi sekolah. Hal ini kerana guru
mempunyai tanggungjawab dalam menjaga disiplin pelajar.

Tanggungjawab ini bukan

sekadar dipikul oleh guru disiplin di sekolah tetapi juga semua sekolah.

Melalui analisis

yang saya temui, saya mendapati guru-guru yang mempunyai sifat keprihatinan terhadap
situasi sekolah merupakan faktor kejayaan organisasi di sekolah.

Hal ini kerana guru

menyedari akan tugasnya dalam bilik darjah dan luar bilik darjah serta memastikan setiap
murid mengikut peraturan yang ditetapkan agar memudahkan pengurusan sesebuah
sekolah.

Tuntasnya, guru merupakan salah satu faktor akan kejayaan dalam sesebuah
organisasi sekolah. Peranan yang dibawa oleh seorang guru bukanlah satu peranan yang
mudah.

Sekolah sebagai sebuah organisasi pembelajaran penting dalam proses

pembinaan keperibadian insan yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani.
Oleh itu, guru memainkan peranan yang penting untuk merealisasikan matlamat organisasi
sekolah.

RUJUKAN

Abdul Aziz. (2000). Perubahan dan kepimpinan. Sintok: UUM

Adnan Khamis (1986). Pertalian Sikap Pelajar Dan Perkaitannya Dengan Pencapaian
Akademik. Jurnal Pendidikan (10 dan 11), 17-30.
Ikhsan, O., & Norila, M.S. (2005). Kurikulum & Pengajaran Sekolah Rendah, Aspek-aspek
yang Berkaitan. Tanjong Malim: Quantum Books.
Kamarol Baharen Mohd Rom. (2013). PERANAN KEPIMPINAN GURU MEMPENGARUHI
KEBERKESANAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SEJARAH DALAM IKLIM
BILIK DARJAH. UITM
Mohd Sani bin Ibrahim (1985). Pendidkan Mengenai Falsafah Pendiidikan Guru Di
Malaysia. Jurnal Pendidikan bahagian Pendidikan Guru. Kementerian Pendidikan
Malaysia. Jilid 1. Januari.P 1-24.
Mustafa Kamal Ayub (1995). Langkah-langkah Yang Perlu Diambil Bagi Menjamin Suasana
Persekolahan Yang Sihat Dalam Penerapan Nilai-Nilai Islam. Jurnal.
Omar Mohd Hashim. (1991). Pengisian Misi Pendidikan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa &
Pustaka.

S-ar putea să vă placă și