Sunteți pe pagina 1din 7

DRESRBRSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSS

SSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSS
SSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSS
SSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSS
SSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSS
SSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSS
SSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSB

GHBBBBBBBDHGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGDRRTRYYYYYYYY
YYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYY
YYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYY
YYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYY
YYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYY
YYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYY
YYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYY
YYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYY
YYYYYYYYYYYYYYYYY

TEKS PENGACARAAN MAJLIS PELANTIKAN PENGAWAS


TEMPAT
TARIKH

: DATARAN SMKSA
: 28 FEBRUARI 2011

1 KETIBAAN TETAMU
Mengumumkan ketibaan Tetamu Kehormat Yang Setia ASP Kamariah bt
Jamaluddin, Pegawai Penyiasat Kanan Jenayah D11, Ibu Pejabat
Polis Daerah, Ipoh Perak
2 TETAMU DIPENTAS
-Majlis dimulakan dengan nyanyian Lagu NegaraKu dan Lagu Negeri
Perak. Hadirin diminta bersedia.
3 Bismillahhirahmanirahim,
Assalamualaikum w.m.t dan salam sejahtera kepada
i.

Yang Setia ASP Kamariah bt Jamaluddin, Pegawai


Penyiasat Kanan Jenayah D11, Ibu Pejabat Polis Daerah,
Ipoh Perak
ii.
Yang Berusaha En. Zokronain bin Abdullah, Pengetua SMK
Seri Ampang
iii.
Yang Dihormati En. Saipul Baharim bin Mohd Hashim, Yang
Dipertua PIBG SMK Seri Ampang
Barisan penolong kanan, guru-guru kanan, kaunselor, warga pendidik,
barisan kepimpinan pelajar dan rakan-rakan seperjuangan sekalian.
Syukur ke hadrat Allah s.w.t. kerana dengan limpah kurnianya jua kita
dapat bersama berkumpul pada pagi ini bagi meraikan Majlis Pelantikan
Badan Kepimpinan Pelajar SMK Seri Ampang.
Pihak Majlis mengalu-alukan dan merakamkan jutaan terima kasih kepada
tetamu kehormat ASP Kamariah bt Jamaluddin, atas kesudian hadir pada
majlis ini.

4 BACAAN DOA

Bagi memulakan majlis marilah kita bersama-sama menadah tangan


memohon restu limpah perkenan Ilahi agar majlis ini dan kehidupan kita
dilimpahi keberkatan. Majlis mempersilakan saudara MOHD SHAHIR BIN
ZULAKLI untuk memimpin bacaan doa. Dengan segala hormatnya
dipersilakan.
########################%%%%%%%%%%%################
Majlis merakamkan jutaan terima kasih kepada saudara MOHD SHAHIR
BIN ZULAKLI atas bacaan doa itu tadi.
Para pelajar diminta duduk.
5 Ucapan alu-aluan pengacara
Hadirin dan hadirat sekalian,
Majlis Pelantikan badan kepimpinan Pelajar SMK Seri Ampang 2011
merupakan satu acara kemuncak untuk meraikan pelajar-pelajar yang
terpilih dan berketrampilan menerajui Badan Kepimpinan Pelajar. Dengan
pelantikan ini, barisan kepimpinan pelajar diberi tanggungjawab yang
amat besar untuk membantu pihak sekolah meningkatkan prestasi
akademik dan sahsiah pelajar.
Bagi meneruskan majlis, dengan ini dijemput Yang Berusaha En.
Zokronain bin Abdullah, Pengetua SMK Seri Ampang
untuk menyampaikan ucapan. Majlis dengan segala sukacitanya
mempersilakan.
################%%%%%%%%%%%%%%%%%################

Pihak Majlis merakamkan ucapan terima kasih


Berusaha En. Zokronain bin Abdullah tadi.

Ada kata yang ingin diucap

atas ucapan Yang

Ada madah yang ingin diungkap


Ada puisi yang ingin disyair
Ada mimpi yang ingin ditafsir
Ada cita yang ingin diutara
Ada cerita yang ingin dikisah
Ada harapan yang ingin didamba
Ada pesan yang ingin dititip
Ada amanat yang ingin diwasiat
majlis dengan sukacitanya menjemput Yang Setia ASP Kamariah bt
Jamaluddin, Pegawai Penyiasat Kanan Jenayah D11, Ibu Pejabat
Polis Daerah, Ipoh Perak untuk menyampaikan ucapan ASPIRASI
PEMIMPIN dan seterusnya merasmikan dan menyempurnakan Upacara
Perasmian Majlis Pelantikan Badan Kepimpinan Pelajar SMK Seri
Ampang 2011. Dengan segala hormatnya dipersilakan.
################%%%%%%%%%%%%%%%%%################
Majlis mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada Yang Setia ASP
Kamariah bt Jamaluddin, atas kesudian menyampaikan ucapan dan
merasmikan Majlis Pelantikan Badan Kepimpinan Pelajar SMK Seri
Ampang 2011. Mudah-mudahan segala maklumat, amanat, pesanan dan
pengharapan beliau mendapat perhatian daripada semua yang hadir di
majlis ini.

PENGUMUMAN PELANTIKAN KETUA DAN EXCO


Majlis diteruskan lagi dengan pengumuman Pelantikan Ketua dan Exco
Badan Kepimpinan Pelajar Sekolah. Dijemput Puan Nurhaliza bt Din,
guru penasihat Badan Pengawas SMK Seri Ampang untuk
mengumumkan pelantikan Ketua dan Exco Badan Pengawas Sekolah.
Dipersilakan.
################%%%%%%%%%%%%%%%%%################
Terima kasih Puan Nurhaliza bt Din.
Seterusnya dijemput Pn. Asiah bt Moin, guru penasihat Pusat Sumber
Sekolah untuk mengumumkan pelantikan Ketua dan Exco Pusat Sumber
Sekolah. Dipersilakan.

################%%%%%%%%%%%%%%%%%################
Terima kasih Puan Asiah bt Moin.
Seterusnya dijemput Pn Samsiah bt Samsudin, guru penasihat Organisasi
Bilik Darjah untuk mengumumkan pelantikan Ketua dan Exco Organisasi
Bilik Darjah. Dipersilakan.
################%%%%%%%%%%%%%%%%%################
Terima kasih Pn Samsiah bt Samsudin.
----------------------------------------------ooooo------------------------------------------Seterusnya majlis menjemput sekali lagi, tetamu kehormat YANG SETIA
ASP KAMARIAH BT JAMALUDIN, untuk menyampaikan watikah
pelantikan kepada ketua setiap badan kepimpinan dengan diiringi EN.
ZOKRANAIN BIN ABDULLAH, Pengetua SMK Seri Ampang.
*tunggu sehingga pengetua dan tetamu berada ditempat sepatutnya. Dan
ketua telah berada di depan pentas.
Penyampaian watikah dimulakan dengan menjemput saudara HANNAN
BIN ABD.RAZAK selaku Ketua Umum SMK Seri Ampang untuk
menerima Watikah Pelantikan.
*tunggu pelajar naik dan turun pentas
Seterusnya dijemput saudara CHONG WAI LOON, Pengerusi Badan
Pengawas Pusat Sumber sekolah untuk menerima Watikah Pelantikan.
*tunggu pelajar naik dan turun pentas
Akhir sekali dijemput saudara MOHD HAFIZ BIN MOHD ISA Pengerusi
Organisasi Bilik Darjah untuk menerima Watikah Pelantikan.
Majlis mengucapkan jutaan terima kasih kepada YANG SETIA ASP
KAMARIAH BT JAMALUDIN kerana telah menyempurnakan upacara
penyampaian watikah pelantikan itu tadi.

BACAAN IKRAR
kalau intan terpendam bumi
keras intan kalah besi
tanda pahlawan tahan diuji
layak terpuji berani dikeji
kalau intan dibawa berenang
ikatkan intan ke sisi pinggang
walau pahlawan sakit berjuang
bara digenggam menjadi arang
begitulah semangat barisan kepimpinan pelajar SMK Seri Ampang
Kini tibalah saat kemuncak Majlis Pelantikan Badan Kepimpinan Pelajar
SMK Seri Ampang 2011, majlis dengan ini menjemput saudara HANNAN
BIN ABDUL RAZAK selaku Ketua Umum SMK Seri Ampang untuk
mengetuai pembacaan Ikrar Badan Kepimpinan Pelajar. Dipersilakan.

Limau manis dimakan manis


Manis sekali rasa isinya
Dilihat manis dipandang manis
Manis sekali hati budinya
Sebagai tanda penghargaan atas kesudian YANG SETIA ASP
KAMARIAH BT JAMALUDIN hadir bersama-sama meraikan serta
merasmikan Majlis Pelantikan Badan Kepimpinan Pelajar, dipersilakan
EN. ZOKRANAIN BIN ABDULLAH, Pengetua SMK Seri Ampang
menyampaikan cenderahati kenang-kenangan kepada tetamu kehormat
kita.
---------------------------------------00000----------------------------------------Majlis merakamkan ucapan Terima kasih kepada EN. ZOKRANAIN BIN
ABDULLAH.

Majlis diteruskan dengan nyaniyan lagu Sekolah. Para hadirin diminta


berdiri.
................lagu sekolah dimainkan................

hadirin dan hadirat sekalian,


Kok berkayuh dah sampai ke muara
Kok berenang dah sampai ke tepian
Kok berlari dah sampai ke garisan
Kok berjalan dah sampai ke penghujung
Dengan kata-kata ini maka selesailah sudah majlis kita pada hari ini.
Bagi pihak majlis saya sekali lagi mengucapkan jutaan terima kasih dan
penghargaan diatas kerjasama semua pihak dalam menjayakan Majlis
Pelantikan Badan Kepimpinan Pelajar SMK Seri Ampang 2011.
sekian moga bertemu lagi di masa akan datang.

S-ar putea să vă placă și