Sunteți pe pagina 1din 5

SKRIP PENGACARAAN MAJLIS WATIKAH PELANTIKAN

PENGAWAS SEKOLAH,PENGAWAS PUSAT SUMBER,KETUA KELAS &


PENOLONG KETUA KELAS
23 JAN 2017
Bismillahhirahmanirahim,
i.

Yang Setia,Sarjan Izahar Bin Ibrahim,Sarjan Jenayah korporat


Kewangan, di Cawangan Jenayah Komersil,Ibu Pejabat Polis
Daerah Pontian.

ii.

Yang Berusaha En. Abdul Razif Bin Mohamad Nasir,Guru Besar


SK Seri Bukit Panjang

Barisan guru-guru penolong kanan, guru-guru serta anak didik yang


disayangi sekalian..
Assalamualaikum w.m.t
Beryukur ke hadrat Allah s.w.t. kerana dengan limpah dan kurnianya,kita dapat
bersama berkumpul pada pagi ini bagi meraikan Majlis Watikah Pelantikan
Pengawas Sekolah,Pengawas Pusat Sumber,Ketua Kelas dan penolong ketua
kelas SK Seri Bukit Panjang.
Pihak sekolah mengalu-alukan dan merakamkan jutaan terima kasih kepada
tetamu kehormat Sarjan Izahar Bin Ibrahim , atas kesudian hadir pada majlis
ini.
Bagi memberkati majlis pada pagi ini, majlis menjemput dan mempersilakan Tn
Haji Ishak Bin Khairon untuk mengetuai bacaan doa. Dipersilakan.
**bacaan doa**
Amin,amin rabba alamin....
Majlis merakamkan ucapan terima kasih atas bacaan doa sebentar tadi.

NYANYIAN LAGU
Majlis diteruskan dengan nyanyian Lagu Bangsa Johor dan Lagu Sekolah.Warga
dewan diminta bersedia.
................lagu sekolah dimainkan................
Semua hadirin dipersilakan duduk
Ucapan alu-aluan pengacara
Warga dewan sekalian,
Majlis Watikah Pelantikan SK Seri Bukit Panjang 2017 merupakan satu acara
kemuncak untuk meraikan murid-murid yang terpilih dan berketrampilan
menerajui Badan Kepimpinan Murid. Dengan pelantikan ini, barisan kepimpinan
murid diberi tanggungjawab yang amat besar untuk membantu pihak sekolah
bagi meningkatkan prestasi akademik dan sahsiah murid.
Bagi meneruskan majlis, dengan ini dijemput Yang Berusaha En.Abdul Razif
Bin Mohammad Nasir , guru besar sk seri bukit panjang
untuk menyampaikan ucapan. Majlis dengan sukacitanya mempersilakan.
-ucapan GBPihak Majlis merakamkan ucapan terima kasih atas ucapan Yang Berusaha
En. Abdul Razif Bin Mohammad Nasir sebentar tadi.

Warga dewan sekalian,


sebelum saya mempersilakan tetamu kita pada hari ini ,izinkan saya
memperkenalkan beliau terlebih dahulu.bak kata pepatah tak kenal maka x cinta.
Sarjan Izahar Bin Ibrahim berasal dari Kuala Lumpur dan dibesarkan di
Gemencheh, Negeri Sembilan,beliau menjawat Jawatan Sarjan Jenayah
Korporat Kewangan di cawangan jenayah komersil Ibupejabat Polis daerah
Pontian selama 3 tahun.Beliau juga telah berkahwin dan di kurniakan seorang
cahaya mata.

majlis dengan sukacitanya menjemput Yang Setia Sarjan Izahar Bin


Ibrahim,Sarjan Jenayah korporat Kewangan, di Cawangan Jenayah
Komersil,Ibu Pejabat Polis Daerah Pontian. untuk menyampaikan ceramah
berkaitan disiplin dan seterusnya merasmikan Majlis
Watikah Pelantikan
pengawas sekolah,pengawas pusat sumber,ketua kelas dan penolong ketua
kelas Sekolah Kebangsaan Seri Bukit Panjang bagi sesi 2017. Dengan segala
hormatnya dipersilakan.
-Ucapan Sarjan zahar
Majlis mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada Sarjan Izahar Bin
Ibrahim, atas kesudian menyampaikan ceramah dan

merasmikan Majlis

Watikah Pelantikan pengawas sekolah,pengawas pusat sumber,ketua kelas dan


penolong ketua kelas Sekolah Kebangsaan Seri Bukit Panjang 2017. Mudahmudahan segala amanat, pesanan dan pengharapan beliau mendapat perhatian
daripada semua yang hadir di majlis ini.

PENYAMPAIAN WATIKAH
Warga dewan sekalian, untuk menyempurnakan majlis penyampaian watikah
pelantikan

pengawas

sekolah,pengawas

pusat

sumber,ketua

kelas dan

penolong ketua kelas, majlis menjemput dan mempersilakan En. Abdul Razif
Bin Mohammad Nasir,Guru Besar Sk Seri Bukit Panjang mengiringi Sarjan
Izahar Bin Ibrahim untuk menyerahkan watikah pelantikan. Dengan penuh
takzimnya, dipersilakan.
Bagi pENGAWAS SEKOLAH
.Dijemput
Bagi Pengawas pusat sumber
Dijemput
Bagi Ketua kelas dan penolong ketua kelas
Dijemput

BACAAN IKRAR
Majlis diteruskan lagi dengan Bacaan Ikrar yang akan disampaikan oleh
Pengawas Sekolah,Pengawas Pusat Sumber Sekolah,Ketua kelas dan penolong
ketua kelas sebagai tanda kesungguhan mereka bagi melaksana dan memikul
amanah yang diberikan dalam membantu pengurusan sekolah.
Dengan ini, dipersilakan Adik Norsyamel Azri Bin Mustaqim,ketua pengawas
sekolah bagi mengetuai bacaan ikrar.
Dipersilakan.
Seterusnya ialah Bacaan Ikrar Murid. Untuk itu murid-murid dipohon untuk
berdiri dan bersedia bagi mengikuti ikrar yang akan dibacakan sebentar lagi.
Murid-murid diminta bersedia.
Majlis mengucapkan terima kasih kepada Adik Norsyamel Azri Bin Mustaqim
kerana mengetuai bacaan ikrar itu tadi
PENYAMPAIAN CENDERAMATA
Tenang-tenang air dilaut,
Sampan kolek mudik ketanjung,
Hati terkenang mulut menyebut,
Budi tuan rasa nak junjung.
Warga dewan sekalian, sebagai tanda kenang-kenangan kepada , warga
sekolah telah menyediakan sedikit cenderahati.Bagi menyempurnakan upacara
penyampaian cenderahati kepada Sarjan Izahar Bin Ibrahim, majlis menjemput
dan mempersilakan Yang Berusaha En Abdul Razif Bin Mohamad Nasir untuk
menjemput dan mempersilakan Sarjan Izahar Bin Ibrahim bagi menerima
cenderahati daripada warga sekolah.

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Yang Berusaha En Abdul Razif
Bin Mohammad Nasir dan Sarjan Izahar Bin Ibrahim atas kesudian
meyempurnakan upacara sebentar tadi.
Majlis diteruskan dengan nyanyian lagu Negaraku. Warga dewan diminta berdiri.
................lagu sekolah dimainkan................
BERSURAI
Dengan berakhirnya nyanyian itu tadi maka berakhirlah majlis Penyerahan
Watikah dan Pelantikan Pengawas Sekolah,Pengawas Pusat Sumber
Sekolah,Ketua kelas dan Penolong ketua kelas bagi sesi persekolahan 2017
Semoga dengan pelantikan ini akan dapat memotivasikan para pengawas
sekolah,pengawas pusat sumber,ketua kelas dan penolong ketua kelas untuk
melaksana dan menjalankan tugas yang diamanahkan
Majlis merakamkan berbanyak terima kasih kepada pihak Guru Besar, guru-guru
Penolong Kanan , guru-guru serta murid-murid sekalian atas kerjasama dan
sokongan dalam menjayakan majlis ini.
Kalau ada sumur di ladang,
Boleh kita menumpang mandi;
Kalau ada umur yang panjang,
Boleh kita berjumpa lagi
sekian moga bertemu lagi di masa akan datang.

S-ar putea să vă placă și