Sunteți pe pagina 1din 8

Gerhana

Gerhana merupakan fenomena yang jarang berlaku. Namun sejak


kebalangan ini, fenomena gerhana mula berubah dan sering berlaku. Bagi
tahun 2014 contohnya, telah berlaku dua kali fenomena gerhana bulan
merah(berdarah) dan yang terbaru adalah pada 8 Oktober 2014 .
Seringkali berlaku kekeliruan pada masyarakat kita hari ini mengenai
perkara yang sering dilakukan apabila berlakunya gerhana samaada
gerhana matahari atau gerhana bulan.

Kita juga mengetahui bahawa bumi mengelilingi matahari sebagai


paksi manakala bumi yang kita huni memiliki satelit iaitu bulan. Bumi dan
bulan bersama-sama mengelilingi matahari dan satu ketika kesan
daripada bumi dan bulan yang beredar akan berlaku akibatnya bulan
kadang-kadang akan berada di antara bumi dan matahari. Dan pada
ketika lain bumi pula yang akan berada di antara bulan dan matahari.
Ketika bulan berada di antara bumi dan matahari, ketiga-tiganya belum
tentu kedudukannya segaris. Bulan mungkin berada lebih rendah,
mungkin pula lebih tinggi antara matahari dan bumi. Pada waktu lain pula,
bulan pula akan akan berada tepat segaris di antara matahari dan bulan.
Pada waktu ini, bulan akan menghalangi cahaya matahari yang menuju
beberapa daerah di permukaan bumi.

Di dalam ajaran agama Islam, gerhana adalah fenomena biasa yang


berlaku dan tidak dikaitkan dengan mitos atau kepercayaan tertentu yang
boleh memesongkan akidah dan kepercayaan kita sebagai umat islam.

Gerhana dalam bahasa arab adalah kusuf atau khusuf. Pada asalnya
perkataan kusuf atau khusuf digunakan untuk gerhana matahari ataupun
bulan. Perkataan kusuf biasanya digunakan untuk kejadian gerhana
matahari manakala khusuf pula adalah untuk kejadian gerhana bulan.
(Muhammad Jayusman: Fenomena Gerhana Dalam Wacana Hukum Islam
dan Astronomi 2011). Dalam bahasa Inggeris pula gerhana dikenali
sebagai eclipse; blocking of light from one heavenly body by another; loss
of brilliance or power.(Joyce M. Hawkins: Kamus Dwibahasa Oxford Fajar
Edisi ketiga).

Dalam ilmu astronomi gerhana samaada gerhana matahari atau


gerhana bulan sering kali berlaku. Terdapat dua jenis gerhana yang
berlaku, iaitu gerhana matahari dan gerhana bulan. Terdapat pula
pecahan bagi gerhana matahari yang sering berlaku iaitu :

1. Gerhana Matahari total/GMT (Total Solar Eclipsel/Kusuf Kulli).

2. Gerhana Matahari Cincin/ GMC (Annual Solar Eclipsel/Kusuf Halqi).

3. Gerhana Matahari Sebahagian/ Parsial (Partial Solar Eclipsel/Kusuf


Badhi).

Bagi gerhana bulan terdapat dua pecahannya iaitu ;

1. Gerhana Bulan Total (Total Lunar Eclipse/ Khusuf Kulli)

2. Gerhana Bulan Sebahagian (Partial Lunar Eclipse/ Khusuf Badhi)

GERHANA MATAHARI

Matahari merupakan satu daripada berjuta-juta bintang di angkasa


raya. Matahari terletak sejauh kira-kira 150 juta km (93 juta batu) dari kita
yang berjuta-juta kali lebih dekat berbanding dengan kebanyakan bintang-
bintang yang lain. Kita beranggapan bahawa matahari mengelilingi bumi,
namun yang sebenarnya bumi yang berputar di nagkasa lepas setiap hari.
Bumi juga bergerak mengelilingi matahari setiap 365.25 hari dengan
istilah lain satu tahun.(Sains abad ke-21 angkasa lepas,Robin
Kerrod,DBP2010).

Gerhana matahari terjadi apabila tertutupnya cahaya daripada


menyinari bumi oleh bulan sebahagian atau keseluruhannya. Ia terjadi
apabila kedudukan bulan selari antara bumi dan matahari. walaupun bulan
lebih kecil ukurannya dari bumi, namun bulan dapat melindungi sinar matahari sepenuhnya
karana jarak bulan ke bumi rata-rata berjarak 384.400 kilometer, lebih dekat jika
dibandingkan Matahari yang memiliki jarak kurang lebih 149.680.000 Kilometer(150juta
km).

Gerhana matahari terbhagi kepada 3 bahagian iaitu

1. Gerhana Matahari total/GMT (Total Solar Eclipsel/Kusuf Kulli).

2. Gerhana Matahari Cincin/ GMC (Annual Solar Eclipsel/Kusuf Halqi).

3. Gerhana Matahari Sebahagian/ Parsial (Partial Solar Eclipsel/Kusuf


Badhi).

Gerhana matahari total/GMT ialah apabila seluruh bulatan matahari lilitupi


atau ditutup oleh bulan. Pada waktu ini sesetengah kawasan dibumi akan
mengalami waktu gelap seperti waktu malam. Pada masa ini juga gerhana
matahari dikatakan sebagai gerhana total apabila masa puncak gerhana,
piringan matahari ditutup sepenuhnya oleh piring bulan. waktu itu, piring
bulan sama besar atau lebih besar dari piringan matahari. Ukuran piringan
Matahari dan piringan Bulan sendiri berubah-ubah tergantung pada
masing-masing jarak bumi-bulan dan bumi-matahari.

(gambar kedudukan bulan semasa terjadinya gerhana matahari penuh)

Gerhana Matahari Cincin/ GMC (Annual Solar Eclipsel/Kusuf Halqi).

Gerhana matahari cincin pula terjadi apabila bulatan bulan (semasa


puncak gerhana) hanya menutup sebagian dari bulatan matahari.
Gerhana jenis ini terjadi bila ukuran bulatanbulan lebih kecil dari bulatan
matahari. Sehingga ketika bulatan bulan berada di depan bulatan
matahari, tidak seluruh bulatan matahari akan tertutup oleh bulatan
bulan. Sebahagian dari bulatan matahari yang tidak tertutup oleh bulatan
bulan, berada di sekeliling bulatan bulan dan terlihat seperti cincin yang
bercahaya.

(contoh gerhana matahari cincin)

Gerhana Matahari Sebahagian/ Parsial (Partial Solar Eclipsel/Kusuf Badhi).

Gerhana matahari sebahagian pula terjadi apabila bulatan


bulan(semasa puncak gerhana) hanya menutup sebagian dari bulatan
matahari. semasa gerhana ininberlaku, biasanya ada bahagian dari
bulatan matahari yang tidak tertutup oleh bulatan bulan.

Gerhana bulan.
Gerhana bulan pula terjadi apabila sebahagian atau keseluruhan
bulan tertutup atau dilindungi oleh bayangan bumi. Ia terjadi apabila
kedudukan bumi sejajar dengan kedudukan matahari dan bulan. Sebuah
gerhana bulan terjadi ketika bulan melalui / berada di belakang bumi,
sehingga bumi menghalangi sinar matahari dari bulan. Hal ini terjadi
hanya ketika matahari, bumi, dan bulan berada dalam kedudukan sejajar
atau selari sehingga kedudukan bumi berada di tengah.

Oleh kerana itu, gerhana bulan hanya dapat terjadi pada malam
bulan purnama. Jenis dan panjang suatu gerhana tergantung pada lokasi
bulan relatif terhadap node orbitnya. Gerhana bulan terbaru terjadi pada
15 Jun 2011; itu adalah gerhana sentral, sapat dilihat dari Eropah dan
Amerika selatan setelah matahari terbenam, di atas Afrika dan sebagian
Asia, dan Australia sebelum matahari terbit.

Tidak seperti terjadinya gerhana matahari, yang hanya dapat dilihat


dari kawasan tertentu yang relatif kecil tertentu di dunia, gerhana bulan
dapat dilihat dari mana saja di sisi malam bumi. Sebuah gerhana bulan
berlangsung selama beberapa jam, sedangkan gerhana matahari total
hanya berlangsung selama beberapa minit di setiap tempat tertentu.
Bayangan bumi dapat dibahagi menjadi dua bahagian yang berbeza
dengan umbra dan penumbra.

Dalam umbra, tidak ada radiasi matahari langsung. Namun, bila


akibat dari besarnya sudut ukuran matahari, pencahayaan sinarnya hanya
sebahagian dihalang di bahagian luar bayangan bumi, diberi nama
penumbra. Sebuah gerhana penumbra terjadi ketika bulan melalui
penumbra Bumi. Penumbra menyebabkan penggelapan halus di
permukaan Bulan. Jenis khusus dari gerhana penumbra adalah gerhana
penumbra penuh, di mana bulan terletak secara eksklusif dalam
penumbra bumi. Gerhana penumbra total langka, dan ketika ia terjadi,
bahagian bulan yang paling dekat dengan umbra akan muncul agak lebih
gelap dari sisa bulan.
(gambarajah terjadinya gerhana bulan)

Penutup.

Daripada hasil kajian ini, kami mendapati bahawa al-quran mukjizat


agung Nabi Muhammad s.a.w telah menceritakan tentang kejadian alam
semester seperti bulan,matahari dan lain-lain. Hal ini tidak dapat
disangkal dengan bukti yang kukuh yang telah buat oleh pengkaji-
pengkaji sains. Melalui ayat-ayat al-quran telah dicerikan bagaimana
proses kejadian alam. Kita seharusnya mengakui kehebatan Allah taala
melalui penciptaan alam semester. Walau sehebat manapon ahli sains
mengkaji, mereka tidak dapat menafikan hasil-hasil kajian mereka yang
telah tercatat didalam al-quran. Ini terbukti apabila ramai ahli sains telah
memeluk agama islam setelah melihat kajian yang mereka lakukan
terkandung didalam al-quran seperti saintis dari Perancis Prof. Dr. Maurice
Bucaille, Dr. Arthur J Alison Ketua Jabatan Kejuruteraan Elektronik dan
Elecktrikal Universiti di Britain (University of London), Mr Jacques Yves
Cousteau Pakar Laut Dalam , Prof. Tejatat Tejasen, bekas Ketua Jabatan
Anatomi dan Embriologi Universiti Chiang Mai dan Dr Gary Miller pakar
matematik dan teologi.

Sepatutnya pelajaran sains perlu diajar kepada murid seawal darjah


satu lagi. Ini kerana, mata pelajaran sains sangat penting kerana
terkandung bermacam-macam rahsia alam yang kita tidak ketahui.
Pelajaran sains ramai dipelopori oleh orang kafir dibarat kerana mereka
ingin mengetahui dan mendalami alam. Murid-murid juga seharusnya
dibawa ketempat-tempat yang banyak memberikan ilmu seperti Pusat
Sains Negara. Minat meraka seharusnya telah dipupuk sejak mereka kecil
agar terus berkembang.

Selain dari itu, anak-anak perlu diasuh dengan cara yang


terkandung didalam al-quran. Sejak kecil mereka perlu diterapkan dan
dipupuk supaya menjadikan al-quran sebagai bacaan harian mereka.
Anak-anak juga perlu diajar untuk meminati dan memahami isi kandungan
al-quran supaya mereka tidak jemu dan mendalami isi kandungannya.

Konklusinya disini, kita sebagai hamba Allah perlulah kembali


kepada fitrah kejadian manusia dan alam semester. Kita wajib mentaati
perintah Allah dan beribadat kepada pencipta kita iaitu Allah taala.
Sehebat-hebat ciptaan manusi, kita tidak dapat menandingi kekuasaan
dan kebesan pencipta kita. Seharusnya kita terus menggandakan ibadat
kepada Allah dan menjauhkan diri dari perkara-perkara yang mensyirikkan
Allah.

S-ar putea să vă placă și