Sunteți pe pagina 1din 4

Kaedah tradisional yang biasa digunakan dalam bilik darjah menyediakan sumber

dan suasana yang tidak dapat menarik dan merangsang minat pelajar. Guru

menghadapi masalah kekurangan sumber dan masa untuk menggunakan alat bantu

mengajar dalam pengajaran dan pembelajaran. Penggunaan kapur dan papan hitam

atau radio memang sukar untuk menjelaskan sesuatu proses yang diajar. Keadaan

ini menggambarkan bahawa dalam pengajaran yang bersifat tradisional,

penyampaian maklumat kadang kala menjadi terbatas disebabkan kesukaran untuk

menjelaskan tentang proses yang berlaku. Penggunaan ICT dapat menjadikan

proses pengajaran dan pembelajaran lebih aktif serta mewujudkan suasana

pembelajaran yang menyeronokkan. Dengan adanya ICT guru dapat

mempelbagaikan kaedah pengajaran bukan hanya tertumpu kepada teknik

pengkuliahan sahaja bahkan dapat mempertingkatkan kualiti pengajaran dengan

menggunakan pelbagai kemudahan yang terdapat dalam ICT. Antaranya

penggunaan computer, laptop, LCD projector, cakera padat dan pelbagai alat ICT

lain dijadikan senagai bahan bantu mengajar yang dapat menarik dan

meningkatkan kecenderungan pelajar untuk menjalankan sesuatu aktiviti

pembelajaran. Dengan penggunaan ICT beberapa perubahan dan pendekatan

proses pengajaran dan pembelajaran berlaku. Antaranya ialah perubahan fokus

daripada pengajaran berpusatkan guru kepada pengajaran berpusatkan pelajar.

Dengan ini pelajar menjadi fokus kepada aktiviti pembelajaran yang berorintasikan

kepada proses penerokaan dan penemuan berdasarkan kepada teori

konstruktivisme. Bill Gates (1999), dalam bukunya Business @ The speed of

Thought yang menyatakan komputer peribadi dapat mengubah kaedah

pembelajaran tradisional yang memerlukan guru member arahan kepada

pendekatan hands on dan menggunakan sepenuhnya sifat inkuiri yang ada dalam
diri pelajar. Satu kajian (Bahrudin Mohamad Bilal & Muhammad Kasim 2001),

menunjukkan bahawa penggunaan ICT dapat membantu mengatasi kelemahan

pendidikan sains yang diajar secara tradisional.

Pencapaian yang rendah sering dikaitkan dengan pelajar lemah di mana secara

langsung mereka ini tidak dapat memenuhi hasrat pendidikan. Menurut sumber

Pembangunan Pendidikan 2001-2010, salah satu punca wujudnya masalah ini

adalah kerana majoriti guru masih menggunakan teknik pengajaran tradisional dan

kurang menggunakan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) untuk menarik

minat dan tidak mampu merangsang proses pembelajaran pelajar .(Kementerian

Pendidikan Malaysia 2001). Kajian yang dijalankan oleh Das dan Ojile (1995)

membuktikan bahawa pencapaian akademik pelajar-pelajar lemah semakin lemah

bermula pada tahap umur 13 tahun berbanding dengan pelajar-pelajar cemerlang.

Hal ini kerana isi kandungan pelajaran pada tahap ini lebih bertumpu kepada aspek

kognitif dan bahasa. Mereka mengalami masalah pembelajaran terutamanya pada

tahap rendah kerana kecekapan untuk mengingati fakta dan formula adalah kurang

dan bersikap pasif akibat daripada kelemahan dalam berkomunikasi.. Mengikut Eee

Ah Ming (1997), pengajaran tradisional bertunjangkan kepada kaedah kuliah dalam

bentuk penyampaian maklumat dan penerangan idea atau prinsip secara lisan dan

abstrak oleh guru kepada pelajar melalui komunikasi satu hala dan peranan pelajar

sebagai penerima adalah pasif. Keadaan ini akan menyebabkan pelajar merasa

bosan dan jemu untuk belajar dan akhirnya menyebabkan pencapaian akademik

pelajar merosot. Jika kita mengkaji sejarah penggunaan kaedah pengajaran di

sekolah-sekolah di Malaysia, pada mulanya kaedah pengajaran berpandukan

kepada buku teks semata-mata dan guru menjadi tumpuan pelajar-pelajar tanpa

penglibatan aktif mereka. Dengan kemajuan dan perkembangan teknologi


maklumat yang wujud sekarang ini, maka kaedah pengajaran telah berubah supaya

bersesuaian dengan keperluan semasa. Secara amnya teknologi maklumat

diserapkan ke dalam sistem pendidikan dengan tujuan untuk memperbaiki mutu

pengajaran dan pembelajaran dengan memilih ICT sebagai alat bantu mengajar.

Penggunaan ICT dalam proses pengajaran & pembelajaran dapat meningkatkan

kecekapan dan keberkesanan hasil pembelajaran. Hal ini kerana guru dapat

membuat persiapan dan bersedia lebih awal bagi menjalankan proses pengajaran &

pembelajran. Melalui cara ini guru dapat mencari bahan pelajaran dan dapat

menjalankan proses pengajaran & pembelajaran dengan lebih berkesan.

Penggunaan alat ICT sebagai alat bantu mengajar maka proses pengajaran &

pembelajaran akan lebih menarik dab berkesan contohnya menggunakan alat

seperti power point,flash, video , visual dan mereka hanya perlu mengaplikasikan

alatan tersebut ke dalam proses pengajaran & pembelajaran. Melalui cara ini proses

pengajaran & pembelajaran dapat dijalankan dengan lebih mudah, ringkas dan

padat kerana pelajar akan didedahkan dengan gambaran dan persembahan

menarik serta mudah untuk di fahami. Justeru itu pelajar tidak akan mudah merasa

jemu dan bosan dalam menjalani proses pengajaran & pembelajaran kerana tertarik

dengan gaya penyampaian.

Malah penggunaan kaedah tradisional juga menjadi punca para pelajar lemah

akademik serta menjadi kurang bermotivasi terhadap pelajaran yang diajar.

(Zaidatol Akmaliah 2005). Apabila pelajar mempunyai motivasi yang rendah

Pembelajaran yang menyeronokkan adalah sangat penting bagi pelajar mempunyai


motivasi belajar yang rendah. Pembelajaran yang menyeronokkan akan menjadikan

pelajar lebih seronok untuk belajar dengan cara atau gaya pembelajaran mereka

sendiri Penggunaan gambar, animasi dan bunyi boleh membantu pelajar belajar

dengan lebih seronok tentang domain pengetahuan yang baru. Pengajaran

berasaskan ICT boleh membantu pelajar lebih bermotivasi dalam pembelajarannya.

Sebaliknya, pelajar yang bermotivasi tinggi tidak semestinya memerlukan bantuan

elemen ICT bagi membantu mereka belajar dengan lebih seronok tetapi cukup

sekadar pengajaran yang membolehkan mereka memahami sesuatu domain

pengetahuan yang baru walaupun pengajaran yang diberikan adalah dalam bentuk

teks sahaja. Penggunaan ICT dalam proses pengajaran & pembelajaran dapat

memberi peluang pembelajaran yang sama kepada semua pelajar yang pelbagai

keupayaan. Di dalam sesebuah bilik darjah tidak semua pelajar mempunyai

kebolehan yang sama dalam memahami sesuatu yang diajar oleh guru. Oleh itu,

melalui penggunaan ICT murid-murid dapat menghayati apa yang diajar oleh guru

dengan lebih jelas kerana proses pengajaran & pembelajaran akan lebih menarik

serat berkesan hasil daripada penggunaan alatan ICT tersebut. Contohnya

penggunaan alat seperti power point, grafik, audio, video dan sebagainya maka

murid-murid akan lebih memahami setiap apa yang diajar oleh guru kerana diberi

gambaran dan persembahan yang lebih mudah untuk difahami berbanding denagn

proses pengajaran & pembelajaran yang berbentuk pengkuliahan.

S-ar putea să vă placă și