Sunteți pe pagina 1din 2

Bacaan dibaca 100 kali setiap hari pada bulan Ramadhan

Asyhadu al laa ilaaha illalLaah, astaghfirullaah. Nasalukal jannata


wa nauuzubika minan naar.

Aku naik saksi bahawasanya tiada Tuhan yang layak diibadahkan melainkan Allah, aku
bermohon keampunan kepada Allah. Kami memohon kepadaMu akan syurga dan kami
memohon perlindungan denganMu dari api neraka.

Keterangan:
Amalan ini berdasarkan hadith yang panjang dari Sayyiduna Salman al-Farisi yang mengatakan:
Rasulullah telah berkhutbah kepada kami pada hari terakhir dari bulan
Syaban..sehinggalah Baginda bersabda:

Perbanyakkanlah padanya (pada bulan Ramadhan) 4 perkara: 2 perkara yang menyenangkan Tuhanmu
dan 2 perkara yang kamu sangat memerlukannya. 2 perkara yang boleh menyenangkan Allah adalah
(i) syahadat (naik saksi) bahawasanya tiada Tuhan yang layak diibadahkan melainkan Allah dan (ii)
kamu bermohon keampunan (istighfar) kepadaNya. Dan adapun 2 perkara yang sangat kamu
memerlukannya adalah (i) kamu memohon Allah akan syurgaNya dan (ii) kamu memohon
perlindungan denganNya dari api nerakaNya. Dan sesiapa sahaja memberi minum kepada orang yang
berpuasa, Allah akan member minum kepadanya dari air kolamku yang dengan suatu minuman, dia
tidak akan dahaga sehinggalah dia masuk ke dalam syurga. (Riwayat Ibn Khuzaimah dalam Shahihnya,
Al-Baihaqi dan Ibn Hibban)

Semoga Allah menjadikan kita di kalangan mereka yang berpuasa dalamnya dan membangunkan malamnya dan
menjadikan kita di kalangan mereka yang diterima amal mereka, Amin

Silakan untuk disebar luaskan

Al-Faqir ilalLahil Qadir,


Muhadir bin Haji Joll Al-Faqir,
Sabru, 1 Ramadhan 1433H/ 21 Julai 2012M Ir.Hj.Ezwan
Petaling Jaya, Selangor www.rezeki.com.my
Perbanyakkan amal ibadah di Bulan Ramadhan Al-Mubarak, yang penuh keberkatan.

Salah satu ibadah adalah dengan mengingati Allah (zikrullah). Apabila kita ingat

kepada Allah, Dia akan ingat kepada kita.

Kerana itu, ingatlah kamu kepada-Ku, nescaya Aku ingat pula kepada mu dan

bersyukurlah kepada Ku dan janganlah kamu mengingkari nikmat-Ku.

(Al-Baqarah: 152)

Ingin kami kongsikan 5 AMALAN MENJEMPUT REZEKI TAK DISANGKA

SILA DAPATKAN DI LAMAN BERIKUT:

KLIK SINI>>> http://amalan.rezeki.com.my

S-ar putea să vă placă și