Sunteți pe pagina 1din 4

SEJARAH LARI PECUT

Larian pecut dalam sukan olahraga ditakrifkan sebagai larian yang terpantas dibandingkan
dengan larian-larian lain. Lari pecut ialah acara olahraga jarak dekat ( 100m, 200m, dan 400m )
yang memerlukan tenaga tinggi .Larian pantas ini bergantung pula kepada beberapa faktor
seperti kelajuan angin, permukaan balapan, jarak, jenis kejohanan dan taraf pelari yang
mengambil bahagian dan mungkin juga insentif yang ditawarkan. Lari pecut juga adalah aktiviti
yang memerlukan para pelajar membuat larian untuk satu jarak dengan sepantas yang terdaya.
Antara prinsip-prinsip asas acara lari pecut adalah seperti berikut:

 Berlari di atas hujung kaki, bukan di atas tapak kaki.


 Kaki belakang diluruskan setiap kali mengakhiri tolakan yang dibuat oleh kaki tersebut
 Tangan digerakkan dengan pantas.
 Leher dan bahu hendaklah dalam keadaan selesa (tidak ditegangkan)

Latihan yang teratur dan berjadual akan membolehkan seseorang menjadi pelari yang
baik .Terdapat dua faktor yang boleh dikuasai oleh pelari-pelari pecut yang mempunyai kesan
terhadap kelajuan kepecutannya, iaitu kelajuan kaki dan jarak langkah semasa berlari. Untuk
menguasai kelajuan kaki, pelari haruslah mempunyai kelenturan yang tinggi dan keupayaan
merehatkan diri atau badan semasa berlari. Bagi faktor jarak langkah pula ianya bergantung
kepada panjang kaki, kekuatan dan mobiliti semasa bergerak. Pelari biasanya mempunyai jarak
langkah 1.5 meter hingga 2 meter. Jarak langkah boleh ditingkatkan dengan latihan yang
menekankan kepada latihan pergelangan kaki, lutut dan sendi pinggang.

Terdapat beberapa peralatan yang diperlukan oleh seseorang pelari pecut seperti kasut
dan blog permulaan (starting bloks). Adalah baik jika dibiasakan penggunaan kasut berpaku
yang ringan (light sprinting-spikes). Walaupun penggunaan blok permulaan ini tidak
diwajibkan, namun dalam acara pecut, ianya amat perlu dan dalam banyak kes, telah membantu
pelari-pelari dalam meningkatkan larian mereka.

1
Lari pecut merupakan salah satu acara terawal dalam pertandingan olahraga yang pernah
dicatatkan. Pada zaman moden, pertandingan di kalangan pekerja serta orang suruhan bangsawan
merupakan antara yang terawal. Pada abad ke-19 lari pecut menjadi semakin popular. Acara
stade melibatkan jarak 192 meter adalah antara acara yang mula-mula dipertandingkan . Jarak ini
juga merupakan panjang stadium yang digunakan. Berikutan ini acara ulang alik yang
dinamakan dialos berjarak 384 (192 meter x 2 ) diadakan. Pada zaman olimpil kuno, larian
bermula dengan blok permulaan yang dibina melintang keluasan stadium berkenaan.
Blok permulaan diperbuat daripada ketulan batu marmar. Blok permulaan disediakan dengan
lubang saiz tapak kaki. Semua atlet menggunakan blok yang tetap walaupun saiz kaki mereka
berbeza. Pagar permulaan yang dinamakan husplex digunakan untuk memulakan perlumbaan.

Perkembangan lari pecut pada abad 19 terbatas kerana tiada undang-undang dan
peraturan-peraturan,prosedur permulaan dan penjagaan masa yang tepat. Perlbagai cara
permulaan digunakan, sehingga menjadi masalah mengenai cara mana yang patut digunakan.
Walaubagaimanapun persetujuan dibuat untuk mejadikan cara permulaan berdiri sebagai cara
permulaan yang paling baik dan diterima oleh semua pihak.
Pada tahun 1880an ramai jurulatih membuat percubaan cara memulakan sesuatu larian. Antara
permulaan awal ialah “pencil start”, dimana para atlet berlari 20 meter pertama dengan
memegang pensil. Permulaan dimulakan dengan persetujuan dan tembakan. Kemudian wujudlah
gaya dekam pada tahun 1884. Di Australia gaya ini dikenali sebagai kangaroo start.

Sebelum tahun 1921 kebanyakan pertandingan hanya untuk lelaki sahaja, pertandingan
pertama untuk wanita telah diperkenalkan pada tahun 1921 di Monte Carlo.
Dalam acara 100 meter, rekod rasmi lelaki yang pertama dilakukan oleh Harald Andersson dari
Switzerland pada tahun 1890 dengan catatan 11.0, Marlies Gohr dari Jerman pula adalah
pemegang rekod pertama dengan 10.88 saat yang dibuat pada Sukan Olimpik tahun 1928. Dalam
acara 200 meter, rekod larian sebelum olimpik moden dibayangi oleh larian yang dibuat pada
jarak lurus tanpa selekoh. Charles Wood merupakan orang pertama yang mencatat 22 saat. Bagi
wanita acara 200 meter diperkenalkan dalam Sukan Olimpik 1948, Wilma Rudolph dari Amerika
Syarikat adalah pemegang rekod pada tahun tersebut dengan masa 22.9. Dalam acara 400 meter,

2
Maxie Long adalah orang pertama yang berjaya mencatat masa 47.8 saat dan dipecahkan oleh
Lee Evans pada tahun 1968 dengan masa 43.86 saat. Marlene Mathews dari Australia telah
mencatat masa 57.0 saat bagi wanita dan masa ini telah diperbaharui iaitu di bawah 50 saat oleh
Irena Szewinska dari Poland dengan catatan masa 49.9 saat pada tahun 1974. Marita Koch dari
Jerman pula telah berjaya mencatat masa 48.94 saat pada tahun 1978.
.
100 meter
Pelari 100 meter adalah antara pelari yang sangat mementingkan letupan pistol,
pemecutan daripada blok permulaan dan mengekalkan kepantasan tertinggi sepanjang larian. Ia
akan menumpukan seluruh perhatiannya terhadap letupan pistol tetapi sepatutnya ia dapat
mengekalkan penumpuan walaupun berlaku beberapa permulaan yang salah. Seorang pelari 100
meter juga seharusnya dapat bertindak dengan cekap terhadap pelepas yang cepat ataupun yang
lambat. Dalam acara lari pecut 100 meter seorang pelari hanya memerlukan kekuatan dan
kepantasan.

200 meter
Pelari dalam acara 200 meter perlulah mempunyai kekuatan dan kepantasan tetapi juga
memerlukan kawalan dan keseimbangan badan.Mengikut Radford larian 200 meter mempunyai
4 fasa iaitu fasa pertama melalui permulaan dalam lorong yang lurus. Manakala fasa kedua
melalui berlari di selekoh dimana di samping mengekalkan kepantasan, pelari juga terpaksa
berlari di selekoh. Kaki kanan disokong oleh kaki kiri semasa mengambil selekoh. Selepas
selekoh dan apabila tiba di lorong lurus, dia perlu mengimbangi semula badannya supaya supaya
keseimbangan tengah badan dapat dicapai. Ini adalah suatu situasi yang sukar kerana gaya larian
terpaksa diubahsuaikan. Semasa di selekoh pelumba perlukan cadence yang kuat, manakala pada
lorong lurus dia memerlukan kekuatan pada gerakan kaki. Ini dinamakan fasa ketiga. Bahagian
lorong lurus 200 meter merupakan fasa terakhir iaitu fasa keempat dimana adalah bahagian yang
memerlukan ketahanan dan kemantapan atau kekuatan mental di mana pelari perlu mengekalkan
bentuk larian asalnya mencapai kepantasan tertinggi semasa menghampiri garisan penamat.

3
400 meter
Sungguh pun acara 400 meter termasuk dalam larian pecut, sesetengah ahli sukan
menganggapnya sebagai larian jarak sederhana. Tetapi 400 meter telah diterima umum sebagai
satu lagi acara lari pecut.Acara ini adalah khusus bagi pelari terlatih kerana seorang pelari 400
meter harus tahu mengawal penggunaan tenaga supaya dia boleh berlari dengan optimum
sepanjang perlumbaan. Jika larian 400 meter dibahagikan kepada dua bahagian, itu 200 meter
pertama dan 200 meter kedua, maka larian 25 saat pada 200 meter pertama dan kedua adalah
lebih baik daripada larian 200 meter pertama dalam 23 saat. Kebiasaan, seorang pelari 400 meter
akan cuba memperolehi satu permulaan dan larian pada selekoh pertama yang baik, larian selesa
pada lorong lurus yang pertama, berusaha kuat pada selekoh akhir dan mengekalkan kepantasan
sehingga tamat. Seorang pelari 400 meter yang baik dapat mengekalkan lariannya dalam keadaan
tidak tertekan walaupun pelari gemar menggunakan bahagian tapak kaki untuk berlari.

Kesimpulannya, berlari merupakan suatu aktiviti yang sihat lagi menyeronokkan. Semua
individu digalakkan untuk melibatkan diri di dalam aktiviti ini. Tetapi untuk berlari dengan
pantas ia memerlukan kemahiran, kebolehan dan yang lebih penting ialah kebolehan semula jadi.
Ini bermakna kualiti-kualiti penting yang perlu ada pada seseorang pelari pecut biasanya
diturunkan kepadanya daripada ibu bapanya, sungguhpun latihan yang sistematik membolehkan
diri seorang mengendali potensi yang sedia wujud pada dirinya. Dengan adanya semua ini,
dapatlah seseorang itu menjadi seorang pelari pecut yang berjaya.

S-ar putea să vă placă și