Documente Academic
Documente Profesional
Documente Cultură
Hasil Pembelajaran
2.0 Pengenalan
Kod Etika Profesion merupakan peraturan untuk membantu para guru yang
profesional mematuhi prinsip-prinsip yang termaktub supaya menjaga imej
baik profesionnya. Hal ini bertujuan memastikan para guru tidak melakukan
sesuatu yang tidak diingini serta mencemarkan imej profesion keguruan.
Terdapat tiga aspek yang merupakan fungsi utama Kod Etika Profesion:
Kod Etika Profesion memberikan pedoman bagi setiap ahli dalam
profesion mengenai prinsip profesionalisme yang dirangkakan. Hal ini
bermakna setiap ahli dalam profesion sedia maklum tentang perkara yang
boleh dilakukan dan yang mana tidak boleh dilakukan.
Kod Etika Profesion merupakan kawalan sosial untuk masyarakat atas
profesion yang berkaitan. Hal ini membawa maksud bahawa etika
profesion dapat menyediakan pengetahuan kepada masyarakat supaya
mereka lebih memahami kepentingan suatu profesion sehingga
memungkinkan kawalan mereka terhadap para profesional dalam bidang
kerjaya mereka.
Kod Etika Profesion membantu para profesional mencegah campur tangan
pihak di luar organisasi profesion tentang hubungan etika dalam
keanggotaan profesion.
Kami, guru-guru Malaysia, yakin bahawa tujuan utama pen- didikan ialah
berusaha menuju ke arah pembentukan warganegara yang berilmu, yang
taat setia, yang bertanggungjawab dan berkebolehan, yang menyedari
betapa pentingnya usaha menuju ke arah kebenaran dan ke arah pencapaian
hasrat yang gemilang dan yang percaya kepada demokrasi, kebebasan
perseorangan dan prinsip-prinsip Rukun Negara.
Sebagai model untuk diteladani oleh pelajar dan masyarakat, guru perlu
memupuk sikap dan nilai dalam diri setiap pelajar supaya dapat
membimbing dan membentuk mereka menjadi warganegara yang setia,
bertanggungjawab, menghormati semua orang daripada pelbagai budaya,
keturunan dan agama serta mempunyai tahap moraliti yang tinggi. Di
samping itu, guru hendaklah menghormati masyarakat di tempat guru
berkhidmat dan memenuhi tanggungjawab sebagai ahli masyarakat. Guru
juga digalakkan menjalinkan hubungan erat dan bekerjasama dengan ibu
bapa dan masyarakat. Guru perlu menyesuaikan diri serta mengamalkan
sikap kesopanan semasa melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti sosial
dalam komuniti tempat bertugas agar dapat mewujudkan suasana
harmoni antara sekolah dengan masyarakat.
Guru perlu mempunyai akauntabiliti terhadap profesionnya dan hal ini akan
dapat meningkatkan tahap profesionalisme keguruan. Jika guru menghayati
segala yang diamanahkan, maka semua warga guru dapat menjalankan
tanggungjawab dan tugas-tugasnya dengan penuh komitmen. Akauntabiliti
atau tanggungjawab seorang guru merangkumi akuantabilitinya terhadap
diri sendiri, pelajar, ibu bapa dan profesion keguruan akan dapat
ditingkatkan sekiranya seseorang guru itu benar-benar menjalankan
tanggungjawabnya sebagai seorang pendidik dengan berkesan.
Aktiviti bersama
Berdasarkan pengalaman di sekolah, imbas kembali salah seorang guru yang
anda sanjung sebagai guru yang berintegriti. Senaraikan ciri-ciri guru pilihan
anda yang dapat menyokong pandangan anda bahawa guru berkenaan
berintegriti.
Rujukan