Sunteți pe pagina 1din 3

Minit Mesyuarat AJK 3 K Sekolah

Tarikh : 20 FEBRUARI 2012

Hari : Isnin

Masa : 2.00- 3.00 ptg

Tempat : Bilik Gerakan

Kehadiran

Agenda :
1. Kata kata aluan:
1.1 En. Ahmad ,PK HEM telah mengucapkan terimakasih kepada guru-guru kerana
hadir ke mesyuarat 3K kali pertama dengannya. Beliau memohon kerjasama dari
semua pihak dalam menjayakan program 3K .Program 3K wajib dilaksanakan
disekolah seperti Garis panduan yang di arahkan oleh KPM
1.2. Mesyuarat ini adalah untuk berbincang rancangan-rancangan yang telah dirancang
oleh AJK Keselamatan, Kesihatan dan Kebersihan serta Panitia- panitia dan
Kelab-kelab yang terlibat sempena minggu 3 K . Mesyuarat ini melibatkan
banyak unit dan kelab yang berkaitan dengan program minggu 3 K yang akan kita
adakan . Mesyuarat juga bertujuan menyelaras program yang dirancangkan
supaya kita dapat mengadakan program yang di sepadukan untuk menjimatkan
kos.
1.3 Tarikh yang ditetapkan adalah dari 9 hb April 2012 13 April 2012.
1.4 Nama Kempen 3K ini ialah : 3 K: kebersihan, keselamatan dan kesihatan
adalah tanggungjawab kita bersama.

2. Aktiviti Program Minggu 3 K :

2.1. Pada 9 April 2012 ( Isnin )akan diadakan Pelancaran minggu 3 K


ditapak perhimpunan yang akan dilancarkan oleh Pengetua . Urusetia diminta
menyedikan buku program dan banner perasmian ditapak pelancaran Minggu
kesedaran 3K
Tindakan : Ketua Penyelaras 3K dan Panitia Sivik

2.2. Pada 10 April ( Selasa ) akan diadakan Pameran dan ceramah berkaitan dengan
alam sekitar .Penyelaras Kelab Pencita Alam diminata menghubungi agensi yang
berkaitan untuk menyampaikan ceramah dan pameran. Pelajar yang terlibat Ting
4 dan 5 jam 9.00 Pagi . Pameran semua pelajar akan dijemput untuk melawat
mengikut jadual.
Tindakan : Kelab Pencinta Alam

2.3 Pada 11 April 2012 (rabu) : Pameran dan ceramah oleh LPPKN dan
Keselamatan Trafik .Ceramah LPPKN untuk pelajar perempuan Tingkatan 2 dan
3 .Manakala pelajar lelaki akan mengikuti ceramah trafik.LPPKN di dewan blok
C dan Trafik di kantin masa 9.00 pagi. Jawatankuasa diminta menghubungi
agensi terlibat untuk tempahan tarikh

Tindakan : AJK Kesihatan dan BSMM

2.4. Pada 12 April 2012 ( Khamis ) akan diadakan : Latihan kebakaran untuk semua
terlibat masa lepas rehat dan ceramah bomba untuk Tingkatan 1 sahaja
Tindakan : AJK Keselamatan

2.5. Pada 13 April 2012 ( Jumaat) : Pidato tentang keselamatan/kesihatan/kebersihan


Panitia pilih seorang pelajar untuk menyampaikan pidato di tapak perhimpunan
selama 3 -4 minit bercerita tentang kepentingan 3K
Tindakan : Panitia B. Melayu

2.6. Pada 16 April ( Isnin) akan diadakan penyampaian hadiah dan cenderahati
kepada Jawatankuasa terlibat semasa perhimpunan pagi
Tindakan : Urusetia 3K

2.7. Di samping itu, juga akan diadakan pertandingan mencari jentik jentik yang
melibatkan pelajar-pelajar Peralihan . bersama itu, akan menjalankan satu
pertandingan personaliti terbaik sempena minggu 3 K.
Tindakan : AJK Kesihatan,BSMM dan Panitia Moral.

3. Pertandingan Kebersihan antara kelas

3.1 Aktiviti aktiviti yang melibatkan pertandingan kebesihan kelas akan bermula
selepas perlancaran minggu 3 K. Pertandingan ini adalah sepanjang 2012 dan Pn
Hasliza selaku Guru Majlis Ketua Tingkatan akan mengumumkan pemenang
kelas terbersih dan terbaik setiap 3 bulan sekali. Sila maklumkan kepada Pengetua
juga semasa pelancaran minggu 3 K itu juga dilancarkan pertandingan kebersihan
antara kelas. Pn.Hasliza Guru Penyelaras Tingkatan akab berjumpa Ketua Kelas
dan Penolong Ketua Kelas untuk menerangkan program ini secara berasingan.

3.2 Format pertandingan tahun ini berlainan sedikit kerana ia tidak akan
di adakan pada setiap bulan seperti biasa tetapi di adakan 3 bulan sekali penilaia
Persediaan 1 bulan dan penilaian 1 bualan. Hadiah berupa wang ringgit akan
disampaikan Johan RM 150.00 Naib Johan RM 100.00 dan Ketiga RM50.00
.Kelas yang tercorot akan dikenakan kerja social seperti kutip sampah

Tindakan:Guru Penyelaras Tingkatan

3.2 Semua guru-guru yang terlibat mesti mengemukakan kertas kerja yang ringkas
dan juga mendapatkan sumbangan supaya aktiviti mereka berjaya.

3.3. Mesyuarat bersetuju bayaran ceramah RM100.00 dan ada hadiah iringan
.Jawatankuasa juga diminta menyedikan hadiah iringan yang lebih untuk tetamu
jemputan yang datang

Tindakan :Urusetia Program 3K

Mesyuarat ditangguhkan pada 3.15 ptg

Disediakan oleh : Disemak oleh :

(Pn. Michele Geraldine Carvalho ) (En. Ahmad Ismail )


Ketua penyelaras 3K SMKSK P.K. HEM SMKSK

S-ar putea să vă placă și