Documente Academic
Documente Profesional
Documente Cultură
Rajah 1 Model Guru yang Profesional (dipetik daripada Mohamad Sani, 1998)
Implikasi seterusnya adalah kepada masyarakat. Peranan guru bukanlah terbatas kepada
komuniti dan masyarakat dalam sekolah sahaja, tetapi guru yang juga sebagai agen perubahan
berperanan membawa perubahan dalam masyarakat. Menurut Syed Ismail dan Ahmad (2012),
sebagai agen perubahan guru perlu membawa ilmu pengetahuan dan mengajarkannya kepada
masyarakat. Guru yang berakauntabiliti terhadap masyarakat akan mengubah cara hidup
masyarakat dengan memberikan pelbagai ilmu pengetahuan yang boleh diadaptasi dan
diamalkan oleh masyarakat dalam kehidupan harian mereka.
1
Tugasan Projek EDU 3083
kecemerlangan sistem pendidikan. Hal ini disokong oleh artikel daripada Berita Harian bertarikh
13 Mac 2012, bertajuk Minda Pengarang: Menambahbaik Profesion Perguruan Mampu Tingkat
Sistem Pendidikan, menyatakan pelbagai usaha telah dilaksanakan oleh kerajaan bagi
memastikan mutu sistem pendidikan negara bertambah baik daripada semasa ke semasa.
Antara usaha tersebut ialah dengan memartabatkan profesion keguruan. Justeru, usaha
kerajaan ini haruslah disambut baik oleh para guru. Caranya dengan memahami, menghayati
dan melaksanakan peranan-peranannya yang tertentu selaku guru sebagaimana yang akan
dihuraikan dalam penulisan seterusnya.
Petikan akhbar Berita Harian, 1 Mei 2014 bertajuk Guru Kreatif Meningkatkan Pembelajaran
Murid telah menonjolkan situasi pengajaran dan pembelajaran (P&P) yang cemerlang hasil
daripada penerapan kreativiti dan inovasi yang juga merupakan ciri guru profesional. Namun
begitu, persoalan isunya di sini; adakah cukup sekadar elemen kreativiti dan inovasi mampu
menghasilkan P&P cemerlang? Adakah semudah itu, situasi P&P cemerlang dapat
direalisasikan tanpa memerlukan guru memainkan peranan lain? Persoalan-persoalan isu ini
terjawab dalam satu ucapan oleh Tan Sri Dato Hj Muhyiddin Hj Mohd Yassin (2012) yang
menyatakan guru berinovasi dan kreatif sememangnya merupakan antara kunci utama dalam
kejayaan proses P&P. Namun begitu, masih banyak lagi peranan lain yang perlu diambil cakna
para guru untuk digabung jalinkan bersama agar proses P&P tersebut bertambah mantap
seterusnya memacu kecemerlangan sistem pendidikan masa kini.
Berbalik kepada persoalan isu yang diutarakan di atas, penulis merumuskan bahawa selain
berusaha menjadi guru yang kreatif dan berinovasi, para guru juga hendaklah memahami dan
melaksanakan peranan-peranannya yang lain seperti berikut agar situasi P&P cemerlang dapat
direalisasikan.
2.1 GURU SEBAGAI PENGAMAL ILMU DAN KEMAHIRAN
2
Tugasan Projek EDU 3083
ilmu dan kemahiran Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) agar dapat memanipulasinya
secara kreatif dan berinovasi sebagai satu bentuk BBM. Contohnya dalam pengajaran subjek
Sejarah bagi tajuk Kesultanan Melayu Melaka, guru boleh menayangkan sedutan filem Hang
Tuah bagi memperlihatkan dengan jelas tentang bahasa pertuturan, pakaian dan budaya
masyarakat pada zaman itu kepada murid. Bantuan gambaran visual ini pastinya lebih baik
berbanding guru hanya bercerita sahaja yang belum tentu mampu dihayati oleh semua murid.
Justeru, impak pengamalan ilmu dan kemahiran TMK ini berjaya menjadikan pengalaman
pembelajaran murid lebih bermakna kerana mampu berimaginasi tentang satu zaman yang
sukar terjangkau olehnya. Kemahiran tayangan video ini hanyalah asas dalam kemahiran TMK,
masih banyak lagi kemahiran lain yang perlu dikuasai guru seperti penggunaan perisian power
point dan hot potatoes yang sangat membantu proses P&P.
Selain itu, guru perlu berperanan sebagai pembimbing untuk merealisasikan P&P
cemerlang. Secara amnya, peranan guru biasa dalam konteks bimbingan boleh dilihat dari segi
memberikan nasihat, panduan, pengajaran dan pertolongan kepada pelajar yang
memerlukannya agar berupaya berkembang menjadi lebih positif. Mohamad dan Nasruddin
(2010) dalam jurnal mereka berkongsi dapatan kajian yang dijalankan oleh Niu dan Sternberg
(2003) melibatkan 96 orang pelajar di sebuah Sekolah Tinggi di Beijing, China. Persoalan
utama dalam kajian tersebut ialah sejauh manakah benarnya kenyataan bahawa kreativiti para
pelajar boleh dipertingkatkan dalam bilik darjah melalui bimbingan guru?
Dalam kajian tersebut, para pelajar ini telah diminta untuk menghasilkan satu hasil seni
iaitu kolaj. Para pelajar telah dibahagikan kepada tiga kumpulan iaitu kumpulan pertama tidak
menerima sebarang arahan supaya menjadi kreatif apabila menghasilkan kolaj, kumpulan
3
Tugasan Projek EDU 3083
kedua telah menerima arahan supaya menjadi kreatif apabila menghasilkan kolaj dan kumpulan
ketiga pula telah diajar secara terperinci bagaimana menghasilkan kolaj yang kreatif. Kolaj yang
dihasilkan oleh para pelajar tersebut telah diadili secara subjektif dan objektif. Hasil kajian ini
mendapati bahawa para pelajar yang telah diminta menjadi kreatif telah menghasilkan kolaj
yang kreatif berbanding dengan rakan-rakan mereka yang tidak menerima sebarang arahan
supaya menjadi kreatif. Kajian juga mendapati bahawa pelajar yang diajar secara terperinci
bagaimana menghasilkan kolaj yang kreatif telah menghasilkan kolaj yang paling kreatif.
Dapatan kajian ini menunjukkan kepada kita bahawa kreativiti pelajar boleh ditingkatkan dalam
bilik darjah melalui arahan-arahan dan bimbingan yang jelas oleh guru kepada para pelajarnya.
Kesimpulannya, dapatan kajian ini telah membuktikan betapa pentingnya peranan guru selaku
pembimbing terutama melalui arahan-arahan yang disampaikan dalam meningkatkan kreativiti
pelajar sekaligus menjayakan P&P cemerlang.
Guru sebagai pengamal reflektif harus sentiasa mempersoalkan amalan kendirinya dan
tidak hanya bertindak atas tabiat dan mengikut arahan semata-mata. Guru yang reflektif akan
akan merancang dan bertindak dengan penuh kesedaran berasaskan teori dan prinsip P&P.
(Noriati et.al., 2010: 73). Abd Yusof (2007) melihat amalan reflektif sebagai satu proses ingin
tahu terhadap sesuatu secara mendalam dan sentiasa menambah nilai baik terhadapnya. Guru
yang berjaya adalah guru yang menjadikan amalan reflektif sebahagian amalan hariannya. Nor
Hasnida dan Effandi (2012) dalam kertas konsepnya turut menyenaraikan salah satu strategi
perkembangan profesionalisme guru ialah pihak pentadbir sekolah perlu menggalakkan amalan
reflektif di kalangan guru di sekolah.
4
Tugasan Projek EDU 3083
Menyedari hal ini, guru perlulah berperanan sebagai pengamal reflektif agar dapat mengubah
situasi P&P daripada ketinggalan ke arah kecemerlangan.
Seperti mana yang ditunjukkan dalam Rajah 2, refleksi bermula dengan usaha guru untuk
menerangkan situasi atau mengenal pasti permasalahan yang timbul, kemudian cuba
menjelaskan perasaannya terhadap situasi tersebut berdasarkan tanggapan dan nilai kendiri.
Pada peringkat penilaian, guru meneroka kemungkinan punca masalah serta kekuatan dan
kelemahan situasi tersebut. Kesan daripadanya, guru itu akan berusaha mencari ikhtiar untuk
mengatasi bidang kelemahannya. Proses menganalisis situasi merupakan usaha pengamal
untuk melihat situasi tersebut daripada sudut berbeza dan menimbangkan kemungkinan
tindakan alternatif. Dalam proses membuat kesimpulan, guru menetapkan keputusan pilihan
tindakan terbaik. Lingkaran terakhir dalam proses reflektif merupakan pemikiran tentang
rancangan tindakan masa depan (pelan tindakan) jika peristiwa yang sama berulang lagi.
(Noriati et.al., 2010: 74).
5
Tugasan Projek EDU 3083
DISKRIPSI
PELAN
PERASAAN
TINDAKAN
KESIMPULAN PENILAIAN
ANALISIS
3.0 KESIMPULAN
6
Tugasan Projek EDU 3083