Sunteți pe pagina 1din 14

1.

0 Pendahuluan

Pendidikan di Malaysia telah melalui banyak perubahan secara berperingkat-peringkat.

Pembaharuan demi pembaharuan telah dilakukan untuk memastikan sistem pendidikan dan

pentadbiran lebih berkesan dan berkualiti. Tidak dapat dinafikan bahawa sistem pendidikan

negara telah mengalami satu reformasi yang besar semenjak negara kita mencapai kemerdekaan.

Sehingga kini banyak pembaharuan dan penambahbaikan yang dapat dilihat terutamanya setelah

Wawasan 2020 dilancarkan oleh mantan Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Bin Mohammad.

Suatu ketika dahulu, Sistem pendidikan di Malaysia berbentuk berpusat, berperingkat dan

struktur pengurusannya adalah berhierarki (Sufean, 1996; A.L Ramaiah, 2003). Segala urusan di

sekolah dilaksanakan secara birokrasi dan arahan diberikan daripada pihak atasan ke peringkat

bawahan. Namun sistem birokrasi ini boleh menyekat inovasi dalam pendidikan serta

profesionalisme guru-guru. Hal ini akan menjadi bertambah buruk jika pengurus dan pentadbir

birokrasi terlalu menitikberatkan peraturan-peraturan dan prosedur-prosedur yang tidak lagi

sesuai dengan situasi semasa (Volansky, 2007) seperti dinyatakan oleh (Azizah Ismail, Abdul

Ghani Kamesan Abdullah, 2011)

Lantaran itu melalui Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) yang bermula pada

2006 hingga 2010 menunjukkan perubahan di mana sistem birokrasi mula dikurangkan.

Perubahan dan pembaharuan ini adalah selaras dengan perubahan yang berlaku di peringkat

global. Di Negara-negara maju, seperti Amerika, Kanada, New Sealand, United Kingdom,

Australia, dan Hong Kong lamam mengamalkan Pengurusan Berasaskan Sekolah

1
(School Based Management). Pengadaptasian tersebut memberikan autonomi dalam hal

pembuatan keputusan ( decision making ) kepada pihak sekolah bagi hal pentadbiran dan

pengurusan. Hal ini kerana, sekolah yang sudah sedia cemerlang memerlukan pendekatan

pengurusan baharu untuk terus melonjakkan kecemerlangannya.

1.1 Definisi Birokrasi

Menurut Weber (1924), birokrasi ialah struktur sosial yang mempunyai hierarki peranan-

peranan dan status yang ditetapkan oleh peraturan-peraturan, prosedur yang eksplisit,

berdasarkan pembahagian fungsi dan autoriti. Birokrasi mengandungi tiga jenis kuasa iaitu

autoriti atau kuasa tradisional, autoriti atau kuasa rasional-legal (perundangan rasional) dan

autoriti dan kuasa karismatik. Di antara ciri-ciri birokrasi ialah pengkhususan di dalam banyak

tugas iaitu pembahagian tenaga kerja, sistem kuasa berhierarki daripada peringkat rendah ke

peringkat tinggi, peraturan yang jelas dinyatakan dalam spesifikasi tugas, tidak memasukkan

pertimbangan peribadi dalam urusan rasmi, melayani pekerja bawahan dan pelanggan dengan

adil, mengisi perjawatan dengan tenaga pakar dan mewujudkan bidang kerjaya yang pelbagai.

Birokrasi ialah sebuah konsep sosiologi dan sains politik yang merujuk kepada cara

bagaimanapun pentadbiran melaksanakan dan menguatkuasakan peraturan-peraturan yang sah

secara sosial. Pengurusan ini disifatkan dengan tatacara piawai, pembahagian tanggungjawab

yang formal, hierarki, dan hubungan tidak peribadi.

2
1.2 Definisi Autonomi

Kamus Dewan edisi keempat, memberikan definisi autonomi sebagai pemerintahan

( pentadbiran,pengurusan) sendiri, hak menguruskan pemerintahan( pentadbiran dsb) sendiri

( tanpa penguasaan atau pengendalian oleh pihak lain )

Kamus dewan edisi keempat ,92

1.3 Definisi Status sekolah

Status Sekolah ialah status yang diberikan kepada sekolah-sekolah tertentu yang

mempunyai keistimewaan tertentu berdasarkan kecemerlangan tertentu. Contohnya Sekolah

Bestari, Sekolah Kluster Kecemerlangan, Sekolah Sukan, Sekolah Seni, Sekolah Berprestasi

Tinggi dan Sekolah Amanah.

2.0 Perubahan yang melibatkan birokrasi, autonomi dan status sekolah

Pada masa ini, semua pengetua/ guru besar di Malaysia mempunyai autonomi untuk

membentuk persekitaran pembelajaran di sekolah masing-masing. Walaupun pihak sekolah perlu

mengikuti kurikulum kebangsaan, pengetua/guru besar mempunyai kebebasan memilih aktiviti

kokurikulum dan mata pelajaran elektif, bergantung kepada permintaan murid dan ketersediaan

guru terlatih. Mereka juga diberi autonomi penjadualan waktu kelas mengikut keperluan sekolah

tanpa mengubah jumlah jam mengajar bagi setiap mata pelajaran. Namun terdapat sekolah yang

memperolehi lebih autonomi berdasarkan kecemerlangan.

3
Bagi sekolah-sekolah di Malaysia, terdapat tiga jenis autonomi dilaksanakan iaitu

autonomi umum, autonomi khusus dan autonomi terpimpin. Autonomi umum diberikan kepada

semua sekolah seperti kebebasan memilih mata pelajaran elektif, aktiviti kokurikulum. Autonomi

berbentuk khusus diberikan mengikut keperluan sekolah berlandaskan kepada jenis sekolah,

pengajian dan bidang khusus ( niche area). Selain itu, pemberian autonomi terpimpin iaitu yang

memerlukan sekolah mematuhi piawaian dalam mengamalkan autonomi yang diberikan iaitu :

a) akta pendidikan

b) Sistem Pendidikan Kebangsaan

c) Akta Tatacara Kewangan 1957, Pekeliling Perbendaharaan dan garis Panduan dan

surat- surat siaran

d) Standard Kualiti Pendidikan Malaysia (SKPM)

Desentralisasi kuasa daripada pusat ke sekolah-sekolah mula difikirkan perlu

dilaksanakan di Malaysia. Usaha menyahpusatkan kuasa dalam pengurusan sekolah sekolah di

Malaysia bermula dengan pelaksanaan Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) 2006-2010

yang bertujuan menyediakan pendidikan berkualiti di Malaysia. Pelan tersebut telah

menggariskan enam teras utama termasuklah Melonjakkan Kecemerlangan Institusi Pendidikan

di Malaysia. Melalui teras tersebut, beberapa sekolah cemerlang telah diberi pengiktirafan

sebagai sekolah kluster dan diberikan autonomi untuk melonjakkan kecemerlangan organisasi

masing-masing (Malaysia,2006).

Pengujudan status Sekolah Bestari, Sekolah Berprestasi Tinggi, Sekolah kluster ,Sekolah

Amanah, Sekolah Sukan dan Sekolah Seni adalah berasaskan proses desentralisasi yang

4
melibatkan pengupayaan sekolah menerusi pemberian autonomi. Melalui desentralisasi kuasa,

sekolah mempunyai autonomi untuk membuat keputusan seterusnya menguruskan sendiri

sekolah mereka. Menurut Caldwell (2005),

... the systematic decentralization to the school level of

authority and responsibility to make decisions on significant

matters related to school operations within a centrally

determined framework of goals, policies, curriculum,

standards and accountability (hlm. 1).

Status atau jenama sekolah ini wujud berdasarkan kecemerlangan serta keperluan semasa.

Contohnya Sekolah anugerah khas seperti Sekolah Berprestasi Tinggi ( SBT ) di perkenalkan

pada tahun 2010 di bawah ( NKRA ) bagi mengiktiraf sekolah terbaik di Malaysia. SBT secara

tekal menghasilkan murid yang cemerlang dalam bidng akademik dan bukan akademik,

mempunyai perwatakan yang dikagumi dan berupaya bersaing pada peringkat antarabangsa.

Sekolah ini diberikan autonomi tentang hal-hal khusus berkaitan pengambilan murid, pengurusan

kewangan dan pengurusan sumber manusia.

Sekolah Kluster adalah satu jenama yang diberikan kepada sekolah-sekolah di Malaysia

yang telah dikenal pasti cemerlang dalam klusternya dari aspek pengurusan sekolah dan

kemenjadian murid. Jenama ini diwujudkan dengan tujuan untuk melonjakkan kecemerlangan

sekolah dalam sistem pendidikan Malaysia dengan mengembangkan sepenuhnya potensi sekolah

dalam kluster kecemerlangannya agar boleh menjadi contoh kepada sekolah yang berada dalam

kluster yang sama serta sekolah lain di luar klusternya ( Kementerian Pelajaran Malaysia 2006b).

5
Sekolah Amanah telah diwujudkan pada tahun 2011 melalui bimbingan, bantuan dan

latihan Yayasan Amir. Autonomi yang diberikan kepada pihak pentadbiran dan pengurusan

Sekolah Amanah dalam membuat keputusan berkaitan kurikulum, kewangan dan sumber

manusia Berjaya mewujudkan satu budaya korporat di sekolah. Secara tidak langsung, sekolah

yang terlibat dalam program Sekolah Amanah ini dapat membentuk budaya korporat dalam

pentadbiran dan pengurusan dari aspek disiplin individu dan pekerja yang lebih positif,

pengurusan masa yang lebih tegas, sikap tanggungjawab yang tinggi terhadap hasil kerja dan

kesungguhan pihak sekolah untuk mencapai target atau sasaran ditetapkan menerusi projek ini

dalam tempoh 5 tahun yang diberikan.

Sekolah-sekolah berstatus seperti Sekolah Bestari, Sekolah Berprestasi Tinggi, Sekolah

Kluster Kecemerlangan, Sekolah Amanah, Sekolah Seni, Sekolah Sukan ini diberikan autonomi

khusus seperti :

a) Pemilihan 10 peratus daripada enrolmen murid baru berasaskan kebitaran sekolah

b) Pengambilan jurulatih dalam dan luar Negara mengikut kebitaraan

c) Mengikuti program dan peperiksaan tambahan seperti International Baccalaureate,

New South Wales Examination for science, ABRSM, LCCI, ACCA

d) Menggunakan pendekatan inovatif dan kreatif dan pedagogi seperti jadual wantu

anjal dan online study and research.

e) Mendapat peruntukan kewangan khusus mengikut jenis dan status

6
Seiring dengan pemberian autonomi kepada sekolah berautonomi, proses pemantauan

terhadap pengursan sekolah-sekolah berkenaan telah dilakukan dari semasa ke semasa bagi

memastikan akauntabiliti pemimpin sekolah berautonomi ini dilaksanakan. Konsep ini lebih

berkait rapat dengan pertanggungjawaban sesebuah institusi awam terhadap setiap sen yang

dibelanjakan oleh kerajaan agar pelaburan tersebut memberikan pulangan kepada awam.

3.0 Isu dan Masalah

Walaupun sekolah-sekolah diberikan autonomi, sama ada autonomi umum, autonomi

Khusus dan autonomi terpimpin , Namun sekolah tidak mendapat autonomi yang sepatutnya.

3.1 pemilihan pelajar

Kajian yang dijalankan oleh Aziah Ismail, Abdul Ghani Kanesan Abdullah :

2011, bertajuk Autonomi dan akauntabiliti dalam pengurusan Sekolah kluster di

Malaysia mendapati bahawa 5 daripada pentadbir Sekolah Kluster Kecemerlangan yang

ditemu bual menyatakan bahawa mereka tidak mendapat autonomi untuk pemilhan 10 %

enrolmen murid. Hanya Sekolah Kluster Kecemerlangan yang dikawal ketat

kemasukannya seperti Sekolah Kluster Kecemerlangan dalam kluster Sekolah Berasrama

Penuh sahaja yang berbuat demikian. Ekoran daripada itu,sekolah berautonomi sukar

untuk mengekalkan piawaian pencapaian sekolah khususnya pencapaian akademik.

7
3.2 Pemilihan guru, latihan serta Kepakaran

Mengikut garis panduan dan ketetapan yang diberikan, Sekolah berautonomi

diberikan kelonggaran untuk memilih tenaga pengajar dan staf sokongan. Namun

hakikatnya situasi ini tidak berlaku kerana masih bergantung kepada PPD dan JPN dalam

menguruskan sumber manusia.

3.3 Autonomi yang terhad dalam pengurusan sekolah

Walaupun sekolah diberikan autonomi dalam mempermudahkan urusan

pengurusan sekolah berkenaan, Namun tindakan atau aktiviti yang ingin dilaksanakan

oleh sekolah masih tertakluk kepada kebenaran dan persetujuan daripada Kementerian

Pendidikan Malaysia. Jabatan Pendidikan Negeri dan Pejabat Pendidikan daerah.

Kementerian Pendidikan Malaysia menetapkan Petunjuk Prestasi utama ( key

Performance Indicator - KPI ) yang perlu dipatuhi oleh pemimpin sekolah dalam bidang-

bidang tertentu termasuklah pengurusan sumber manusia dan fizikal, sumber kewangan,

pembangunan professional staf, program kurikulum dan kokurikulum berkesan dan

lulusan sekolah berkualiti dari aspek pencapaian akademik, kokurikulum dan sahsiah.

8
3.4 Beban tugas guru di sekolah-sekolah berautonomi

Kebanyakkan guru di sekolah-sekolah berautonomi menghadapi beban tugas yang

banyak berbanding dengan sekolah harian biasa. Mereka bukan sahaja bertanggungjawab

mengajar semata-mata tetapi terpaksa bekerja keras bagi memastikan pencapaian sekolah

berada di tahap maksimum di samping merancang aktiviti kebitaraan yang ditentukan.

Menurut pemerhatian dan soal selidik yang dijalankan kebanyakan guru di sekolah

berautonomi merasa terbeban dengan tugas yang mencabar ini.

4.0 Cadangan Penambahbaikan

Berdasarkan isu dan permasalahan yang dapat dikesan, beberapa cadangan

penambahbaikan perlu disarankan. Adalah lebih baik jika sekolah berautonomi diberikan

autonomi memilih pelajarnya seperti mana yang dibenarkan kerana sekolah berautonomi

mempunyai tanggungjawab untuk mengekalkan kecemerlangan prestasi akademik di

samping memastikan kecemerlangan di dalam bidang kebitaraan masing- masing.

Di samping itu, autonomi yang diberikan kepada pengetua/ guru besar untuk

memilih guru dan kakitangan sokongan diberikan sepenuhnya. Latihan dan kepakaran

dalam bidang tertentu juga wajar diberikan kepada guru-guru di sekolah berautonomi

sebagai usaha untuk melonjakkan kecemerlangan mengikut bidang masing-masing.

9
Selain daripada itu, sekolah berautonomi perlu diberikan ruang yang lebih luas

dalam menggunakan sumber kewangan, pengurusan sumber manusia dan fizikal,

pembangunan staf, program kurikulum dan kokurikulum ke arah pencapaian akademik,

kokurikulum dan sahsiah yang cemerlang.

Guru-guru dan staf di sekolah-sekolah berautonomi juga perlu diberikan latihan

yang secukupnya serta bilangan staf yang lebih ramai bagi mengurangkan beban tugas

mereka. Ganjaran juga boleh diberikan kepada mereka yang telah berusaha dan Berjaya

meningkatkan kecemerlangan dalam kebitaraan masing-masing.

5.0 Rumusan

Pembaharuan amat penting untuk peningkatan kemajuan, namun pembaharuan itu biarlah

selari dan bersesuai serta telus dan adil agar tiada yang merasa tersisih dan terpinggir. Adalah

disarankan agar pembaharuan yang dibuat adalah secara menyeluruh dan holistik supaya semua

peringkat mendapat manafaatnya. Pengwujudan sekolah berautonomi di Malaysia mempunyai

rasional tertentu. Namun berdasarkan pelan-pelan rancangan pembangunan pendidikan yang

dirangka oleh pihak kerajaan, pengwujudan sekolah-sekolah jenama ini adalah sebagai strategi

untuk menjadikan Malaysia sebagai pusat kecemerlangan pendidikan serantau. Walaupun

sekolah-sekolah berautonomi dinyatakan sebagai organisasi yang mendapat autonomi, namun

automoni yang diperolehi masih lagi tertakluk kelulusan Kementerian Pendidikan Malaysia.

10
6.0 Refleksi

Alhamdulilah bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah dan kurnia-Nya, saya

dapat menyiapkan tugasan kerja kursus ini. Melalui tugasan Kerja Kursus PPP6034

( Pengurusan sumber Manusia ) saya dapat menambah ilmu pengetahuan dalam bidang ini.

Tajuk tugasan saya ialah Education reform and school governance- perubahan yang melibatkan

birokrasi, autonomi dan status sekolah.

Sesungguhnya tugasan ini memberi peluang kepada saya untuk memperhalusi tentang

perubahan pendidikan yang melibatkan pembaharuan pendidikan dan pentadbiran sekolah

berkaitan birokrasi dan autonomi serta status sekolah. Tajuk tugasan ini mempunyai perkaitan

dengan saya yang bertugas sebagai penolong kanan pentadbiran di sebuah Sekolah kluster

Kecemerlangan.

Namun tugasan ini agak mencabar kerana kurangnya sumber rujukan berkaitan tajuk ini

Saya cuba mendapatkan bahan rujukan daripada Guru Besar di sekolah yang mempunyai

pengetahuan berkaitan dengan autonomi di sekolah berautonomi ini. Saya juga mendapatkan

maklumat daripada guru besar di Sekolah berprestasi tinggi berhampiran dengan rumah saya

untuk mendapatkan maklumat tambahan. Alhamdulillah guru besar di kedua-dua sekolah ini

memberikan kerjasama yang sangat baik untuk saya mendapatkan maklumat.

11
Melalui tugasan ini, saya mendapat pelbagai maklumat baharu. Pada pendapat saya,

sekiranya tidak ada kursus seumpama ini mungkin saya tidak akan menimba pengetahuan bak

mutiara ini, dan saya mungkin tidak berpeluang untuk mengecapi nikmat ilmu tersebut.

Untuk keseluruhan, saya berasa gembira mempelajari kursus PPP6034 Pengurusan

sumber Manusia . Hal ini kerana, saya dapat menimba ilmu baharu yang tidak saya ketahui

sebelum ini.

Akhir kalam, saya akui bahawa setiap insan tidak sempurna. Namun ada kelebihannya

tersendiri yang memerlukan diri kita sendiri untuk terokainya,begitu jua dengan hasil tugasan

yang telah saya laksanakan. Bagi saya, saya telah memberi sepenuh komitmen serta idea bagi

melaksanakan tugasan ini. Tetapi setiap orang mempunyai pandangan dan tafsiran yang berbeza.

Namun begitu, saya berharap agar hasilan saya dapat memuaskan hati pensyarah Profesor Dr

Marinah binti Awang. Di samping saya memperoleh pelbagai faedah serta maklumat baharu

melalui tugasan ini. Maklumat sedemikian amat berguna bagi saya aplikasikan dalam alam

kehidupan saya sebagai insan guru yang perlu sentiasa dinamik dengan ilmu-ilmu.

Saya berharap, ilmu yang saya perolehi ini, dapat saya gunakan untuk masa-masa akan

datang. Akhir kata, saya memohon maaf kepada semua pihak sekiranya terdapat salah dan silap

semasa saya menyiapkan tugasan ini. Sesungguhnya yang baik itu datang dari tuhan dan yang

buruk itu datang dari kelemahan saya sendiri. Sekian wasaalam.

12
7.0 Bibliografi

A.L. Ramaiah, (2003). Kepimpinan Pendidikan : Cabaran Masa Kini. Petaling Jaya

Selangor : IBS Buku

Aziah binti Ismail, Abdul Ghani Abdullah(2010), Amalan Pengurusan Berasaskan

Sekolah Di Sebuah Sekolah Kluster Malaysia. Universiti Sains Malaysia :

Pengurusan Pendidikan.

Aziah Ismail, Abdul Gahni Kanesan Abdullah, (2012). Amalan Autonomi Dan

Akauntabiliti Dalam Pengurusan Sekolah Kluster Di Malaysia. Universiti Sains

Malaysia : Pusat pengajian Ilmu Pendidikan.

Aziah Ismail, Abdul Ghani Kanesan Abdullah, ( 2014). Amalan Autonomi Dan

Akauantabiliti Di Sekolah Berautonomi Dan Impaknya Terhadap Kesediaan

Guru. Universiti Sains Malaysia : Pusat pengajian Ilmu Pendidikan.

Bill & Melinda Gates Foundation (2010), Empowering effective Teachers : Readiness

For Reform Seattle : Bill & Melinda Gates Foundation

Caldwell B.J. (2005). School- Based Management. IIEP : International Academy of

Education.

13
Kamus dewan edisi keempat, (2010). Kuala Lumpur : Dewan Bahasa Dan Pustaka

Kementerian Pelajaran Malaysia (2006a). Pelan induk Pembangunan(PIPP)2006-2010

Pendidikan.Putrajaya : Kementeria Pelajaran Malaysia.

Kementerian Pelajaran Malaysia, (2006b). Pelan induk Pembangunan(PIPP)2006-2010

Pendidikan.Putrajaya : Kementeria Pelajaran Malaysia.

Kementerian Pendidikan Malaysia, (2014) NKRA Pendidikan. Diakses daripada

http://www.moe.gov.my/v/nkra-pendidikan

Kementerian Pendidikan Malaysia, (2013). Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia

2013-2025. Putrajaya : kementerian Pendidikan Malaysia

PEMANDU (2010). Government Transformational Plan. Putrajaya : Jabatan Perdana

Menteri.

Shahril @ Charil Marzuki et al (2014), Perancangan pendidikan memacu transformasi

pendidikan negara. Perak : Tanjong Malim, Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Volansky,A (2007). School Autonomy For School Effectiveness And Improvement: The

Case Of Israel, In Townsend, T (Ed). International Handbook Of school

Effectiveness And Improvement. New York : Springer Pub : 351-362

14

S-ar putea să vă placă și