Sunteți pe pagina 1din 21

Pendidikan Seni Visual 3111 2014

1.0 Pengenalan.

1.1 Maksud Pentaksiran ?

Pentaksiran atau penaksiran adalah berasal daripada perkataan Latin yang membawa
maksud duduk bersama dengan pelajar dan mengesahkan respon adalah sama
dengan apa yang dimaksudkan.Di samping itu , Pentaksiran juga boleh didefinisikan
sebagai satu proses pengumpulan data dengan tujuan untuk mengenal pasti dan
mengesan masalah pelajar serta membuat keputusan. (Salvia danYseldyke, 1978)
Pentaksiran juga dapat ditafsirkan sebagai satu proses mendapatkan maklumat dan
seterusnya membuat penghakiman tentang sesuatu produk .

Menurut Lembaga Peperiksaan Malaysia , 2000 , Pentaksiran didefinisikan sebagai


suatu proses pembelajaran yang merangkumi aktiviti menghurai, mengumpul, merekod,
memberi skor dan menterjemah maklumat tentang pembelajaran seseorang murid bagi
sesuatu tujuan tertentu.Bahkan, pentaksiran juga dijalankan bagi tujuan mendapatkan
maklumat tentang tahap kebolehcapaian seseorang murid apabila telah selesai
mengikuti satu-satu sesi pembelajaran.Pentaksiran merangkumi di dalamnya proses
pengujian,pengukuran dan penilaian. -

1.2 Konsep

. Menurut Kamus Dewan Edisi3 , Pentaksiran adalah berasal daripada kata dasar taksir.
Taksir membawa maksud kira ataupun menghitung. Pentaksiran adalah proses
pengumpulan maklumat tentang perkembangan dan kemajuan murid dengan
menggunakan pelbagai kaedah. Pentaksiran merupakan sebahagian daripada proses
pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan secara berterusan. Pentaksiran dapat
dilaksanakan secara tidak formal selaras dengan Seksyen 19 Akta Pendidikan 1996.
(Akta 550).

Pentaksiran merupakan proses yang melibatkan pemerolehan bukti melalui hasil soalan
khusus seperti ujian dan tinjauan, dan digunakan untuk menentukan kesimpulan
berdasarkan segala penemuan daripada kaedah tersebut,(Tabatha Rayment, 2006).

PSV3111 Page 1
Pendidikan Seni Visual 3111 2014
1.3 Tujuan pentaksiran

i. Proses mendapatkan gambaran tentang prestasi seseorang dalam pembelajaran


ii. Menilai aktiviti yang dijalankan semasa pengajaran dan pembelajaran
iii. Mendapatkan maklumat secara berterusan tentang pengajaran dan pembelajaran
iv. Memperbaiki pengajaran pembelajaran

1.4 Prinsip Prinsip Pentaksiran

Instrumen merupakan prinsip pentaksiran yang pertama. Ini disebabkan oleh,


pentaksiran tidak dapat dijalankan tanpa satu instrumen ataupun satu alat untuk
menguji pencapaian dan pemahaman murid. Instrumen yang digunakan dalam
pentaksiran Bahasa Melayu adalah satu set kertas soalan yang telah disediakan
berdasarkan kepada Jadual Spesifikasi Ujian (JSU) yang lengkap dan mencakupi
semua kemahiran yang hendak diuji.

Prinsip pentaksiran yang kedua ialah kumpulan yang ditaksir. Kumpulan yang ditaksir
merujuk kepada kumpulan murid-murid yang hendak diuji. Kumpulan yang ditaksir ini
perlu ditentukan dahulu dari segi tahun persekolahan mereka dan skop pengetahuan
mereka. Ini adalah sangat penting supaya instumen yang disediakan adalah relevan
dan menepati tujuan pentaksiran.

Prinsip pentaksiran yang ketiga ialah respons. Respons merujuk kepada hasil
pengujian iaitu jawapan-jawapan yang telah diberikan oleh murid-murid di dalam kertas
ujian mereka. Respons-respons murid memainkan peranan yang sangat penting di
dalam pentaksiran kerana respons-respons ini mengandungi data-data ataupun
maklumat-maklumat tentang pencapaian murid-murid untuk suatu tempoh
persekolahan; penguasaan murid-murid tentang satu-satu tajuk atau kemahiran; dan
juga keberkesanan strategi yang digunakan oleh guru.

PSV3111 Page 2
Pendidikan Seni Visual 3111 2014
Prinsip pentaksiran yang keempat ialah kumpulan yang mentaksir. Kumpulan yang
mentaksir biasanya merujuk kepada guru-guru yang menyemak skrip jawapan dan juga
mereka yang menganalisis skrip jawapan ataupun respons-respons yang telah
diberikan oleh murid-murid. Sebaik-baiknya, kumpulan guru yang mentaksir skrip
jawapan ini terdiri daripada guru-guru neutral iaitu guru-guru yang tidak mengenali
kumpulan murid yang ditaksir. Dengan ini barulah skor yang diperolehi itu adalah lebih
tepat dan menggambarkan keupayaan dan tahap penguasaan murid-murid yang
sebenar.

Prinsip pentaksiran yang terakhir ialah skor. Skor merupakan data numerik yang
diperolehi daripada analisis respons-respons yang diberikan oleh murid-murid. Dengan
kata lain, hasil pentaksiran dinyatakan dalam bentuk skor. Daripada skor inilah guru
dapat mengetahui pencapaian dan tahap penguasaan murid terhadap satu-satu
kemahiran atau tajuk pelajaran. Skor ini juga digunakan oleh guru-guru untuk
menganalisis secara lebih terperinci tentang pencapaian dan tahap penguasaan murid-
murid.

Rajah 1 : Prinsip Pentaksiran

PSV3111 Page 3
Pendidikan Seni Visual 3111 2014

2.0 JENIS JENIS PENTAKSIRAN

PSV3111 Page 4
Pendidikan Seni Visual 3111 2014

Pentaksiran
Autentik

Pentaksiran
Pentaksiran
Perfomance
Kendiri
Based

Pentaksiran Pentaksiran
Berbantukan dan Hasil
Komputer Pembelajaran
JENIS-JENIS
PENTAKSIRAN

Pentaksiran
Pentaksiran
dan Tindakan
Pembentukan
Penambah
Watak
baikan

Pentaksiran
Pentaksiran
Aspek Nilai
dan Motivasi
dan Sahsiah

2.1 Pentaksiran Autentik

PSV3111 Page 5
Pendidikan Seni Visual 3111 2014
Ianya bermaksud mengevaluasi pengetahuan atau keahlian pelajar dalam konteks yang
mendekati dunia sebenar atau kehidupan nyata sedekat mungkin.Menurut Rudner dan
Boston (1994) Pentaksiran Autentik adalah proses yang memerlukan kanak-kanak
mendemonstrasikan pengetahuan , kemahiran dan strategi dengan memberi maklum
balas dan atau hasilan dalam konteks atau realiti yang bermakna.

Manakala menurut Hills(1993)Pentaksiran autentik ini meliputi pentaksiran dari pelbagai


aspek merangkumi pengetahuan pelajar, pemahaman mendalam, penyelesaian
masalah, kemahiran sosial, sikap terhadap persekitaran, dan simulasi terhadap situasi
dunia sebenar. Dalam erti kata lain, pentaksiran autentik ini juga merupakan suatu
proses yang melibatkan pelbagai bentuk pengukuran prestasi yang boleh mereflek tahap
pembelajaran pelajar, kejayaan, motivasi dan sikap pada aktiviti yang releven.

Menurut Grace, (1992), penilaian autentik ini merupakan amalan yang membabitkan
kanak-kanak secara realistik dalam menilai kemajuan mereka sendiri. Ia juga melibatkan
pentaksiran yang dilakukan secara berterusan. Realistik dan bermakna merupakan
terma yang sering digunakan dalam pentaksiran autentik. (Sumber: Buku Educational
Assessment of Students).

Umumnya pentaksiran autentik merupakan satu sistem penilaian yang sesuai


untuk dicadangkan sebagai satu sistem yang bermakna dalam bidang pendidikan
seni visual dengan rasional lain seperti yang berikut:

a) Perlu ada sistem yang mentaksir secara autentik atau bermakna untuk perkembangan
kanak-kanak:

- Eisner (19 80) kanak-kanak membuat pengamatan, membuat tafsiran dan tanggapan
seterusnya melahirkan konsep.

PSV3111 Page 6
Pendidikan Seni Visual 3111 2014
- Brown (19 80) mendapati bahawa pengalaman kanak-kanak dalam memerhati ketika
melukis atau membuat lakaran mengembangkan pemikiran yang kritis.

b) Perlu diperkenalkan sistem pentaksiran yang telus untuk ibu bapa dan kanak-kanak

c) Perlu ada program jambatan di sekolah dengan program di sekolah dan


kesinambungan subjek.

Ciri-ciri Pentaksiran Autentik

Pentaksiran autentik adalah untuk pemahaman yang lebih jelas dalam menganalisis
keperluan kaedah penilaian ini dalam bidang pendidikan awal kanak-kanak.

Antara ciri-cirinya ialah:

i. Menilai pemahaman melalui penampilan tugasan yang dilaksanakan.


ii. Indikator profisensi melalui aktiviti melakukannya.
iii. Subjek menganalisis, mensintesis dan mengaplikasi.
iv. Subjek membina maksud yang tersirat.
v. Berpusatkan kanak-kanak.

Contoh-contoh pentaksiran autentik;

Persembahan tarian
Mempersembahkan karya tulis asli kepada rakan- rakan sebaya
Mendemostrasikan hasil karya dalam pameran seperti Science fair (pameran Sains) atau
Art show ( pertunjukan Seni)
Menunjukkan keterampilan yang dimiliki dalam bentuk pengumpulan portfolio.
Kebaikan kaedah penilaian autentik ini kepada pelajar ;

Dapat mengungkapkan secara total seberapa baik pemahaman akademik mereka.

PSV3111 Page 7
Pendidikan Seni Visual 3111 2014
Menghubungkan pembelajaran dengan pengalaman mereka sendiri, dunia mereka dan
masyarakat luas.
Mengungkapkan dan memperkuatkan penguasaan kompetensi mereka.
Menangani teknologi dan berfikir sistematik.

Kesimpulan Pentaksiran Autentik

Pentaksiran autentik yang disarankan dapat mengukur kemajuan kanak-kanak dari


pelbagai aspek perkembangan kanak-kanak. Kaedah pentaksiran ini juga akan dapat
memperbaiki penyediaan guru dalam proses pernbelajaran dan perkembangan kanak-
kanak untuk kesediaan ke alam persekolahan yang lebih tinggi.

Penilaian Autentik

Evaluasi pengetahuan
demontrasikan atau keahlian pelajar
Meliputi aspek pengetahuan, dalam konteks
kemahiran, dan strategi mendekati dunia
sebenar

Sikap terhadap
Pengetahuan Pelajar Pemahaman mendalam Penyelesaian Masalah Kemahiran Sosial Simulasi terhadap dunia
persekitaran

2.2 Pentaksiran Hasil Pembelajaran

PSV3111 Page 8
Pendidikan Seni Visual 3111 2014
Definisi kepada pentaksiran hasil pembelajaran adalah proses pengumpulan data yang
memberitahu sama ada aktiviti atau pengalaman yang disediakan telah memberi kesan
kepada mereka yang terlibat atau dalam kata lain, adakah hasil yang dipelajari mampu
memberi perubahan kepada individu yang terlibat.

Sekolah yang terlibat sebagai pihak yang menentukan hasil pembelajaran yang
diharapkan. Tidak hanya memilih matapelajaran yang tertentu sahaja. Keputusan yang
diperolehi mestilah berdasarkan nilai keberkesanan aktiviti yang dijalankan bukan
kepada sesorang individu sahaja. Pihak sekolah menggunakan maklumat yang
diperoleh untuk menentukan kaedah yang terbaik untuk membantu menangani masalah
yang dirasakan perlu. Penilaian yang diadakan mestilah bersifat berterusan. Pihak
penilai mestilah berakauntabiliti dan berkepimpinan dalam menjalankan penilaian.

Pendektan yang yang dikemukan dikemukan oleh oleh MONTGOMERY tentang


pentaksiran berasaskan berasaskan hasil pembelajaran;

Kesimpulan

Pentaksiran ini mempertingkatkan pembelajaran berdasarkan penilaian yang


sistematik. Murid akan cuba menguasai hasil pembelajaran yang spesifik. Pentaksiran
ini memacu sekolah ke arah yang lebih cemerlang. Pembelajaran yang berterusan akan
berlaku kerana penilaian bersifat berterusan. Pentaksiran lebih terarah kepada
program yang afektif bukan bebentuk individu.

2.3 Pentaksiran Performance Based

PSV3111 Page 9
Pendidikan Seni Visual 3111 2014
Definisi kepada Pentasiran Performaced Based ialah proses yang menggunakan subjek
penglibatan murid dalam sesuatu aktiviti yang dijalankan. Kaedah ini
mengkhendaki pelajar menggunakan pengetahuan dengan bermakna
juga menghendaki pelajar mahir menggunakan pelbagai kemahiran (contohnya,
penulisan, penyelidikan, perdebatan, kemahiran komunikasi dan kemahiran berfikir
secara kritis). Memberi pelajar peluang untuk memperbaiki dan melakukan
penambahbaikan melalui pemikiran kritis dari masa ke semasa dalam memperoleh
kejayaaan pada masa hadapan. Merangsang pelajar menggunakan kombinasi
kemahiran, pengetahuan, kemampuan yang ada dalam dunia sebenar.

Jenis- jenisnya
1. Portfolio (dapatan hasil kerja)

Kaedah ini selalu digunakan untuk menilai pencapaian individu murid dari semasa ke
semasa. Ianya juga suatu cara yang membolehkan penilaian terhadap murid dibuat
secara keseluruhannya.

2. Kaedah pentaksiran berpusat (simulasi berdasarkan situasi


sebenar).

Pentaksiran akan dibuat berdasarkan kepada penglibatan murid dan keberkesanan


penyelesaian masalah
dalam sesuatu situasi yang diberikan.

3. Mengukur berdasarkan keupayaan.


Pentaksiran ini dapat dinilaikan seperti bahan contoh daripada murid seperti :-
- Bahan penulisan
- Persembahan
- Gerak kerja projek

PSV3111 Page 10
Pendidikan Seni Visual 3111 2014

2.4 Pentaksiran dan Motivasi

Suatu variabel perantara yang digunakan untuk menerangkan faktor-faktor dalam diri
individu, yang dapat membangkitkan, mempertahankan dan menyalurkan tingkah laku ke
arah suatu tujuan tertentu. Motivasi tidak dapat terlihat dari luar. Motivasi dapat
menggerakkan manusia untuk menampilkan suatu tingkah laku kearah pencapaian suatu
tujuan.

Motivasi berhubungan dengan kekuatan (dorongan) yang berada di dalam diri manusia.
Tingkah laku dapat dilandasi oleh berbagai macam motivasi;

sesuatu yang menggerak dan mengarahtuju seseorang dalam tindakannya


sama ada secara negatif atau positif

Pengarah Tujudan Penggerak Tindakan

Darjah Kesungguhan

Stimulator / semangat

PSV3111 Page 11
Pendidikan Seni Visual 3111 2014

Tiga Kategori Motivasi

i. Motif Primer :
Dibawa sejak lahir & bukan hasil proses belajar

Faali/psikologis

Keinginan untuk makan & minum

ii. Motif Umum:


Dibawa sejak lahir & bukan hasil proses belajar

Tidak berhubungan dengan proses faali tubuh manusia

Kebutuhan kasih sayang, rasa ingin tahu & diperhatikan

iii. Motif Sekunder:


Tumbuh sebagai hasil proses belajar

Tidak berhubungan dengan proses faali

Kebutuhan berprestasi & berkuasa

2.5 Pentaksiran Konsep kendiri

Konsep kendiri merupakan penilaian seseorang terhadap dirinya atau cara dia
menganggap tentang dirinya secara positif atau negatif. Untuk membina konsep kendiri
seseorang juga menerima penilaian daripada orang lain. Hal ini meliputi persepsi tentang
diri dan alam sekelilingnya melalui dirinya dan juga perasaan tentang kebolehannya
meliputi keyakinan dan harga dirinya.

PSV3111 Page 12
Pendidikan Seni Visual 3111 2014
Dalam proses pengajaran dan pembelajaran, pelajar merupakan penilai terbaik terhadap
pembelajaran mereka. Guru tidak mungkin akan mengetahui apa yang pelajar benar-
benar tahu atau berupaya mengetahui. Namun, kadang-kadang pelajar sendiri juga tidak
mengenal keupayaan sendiri tanpa membuat refleksi, pertimbangan dan penilaian.
Penilaian kendiri membolehkan pelajar menilai, dan seterusnya mengenal diri
sendiri. Carl Rogers (1950), mendefinisikan konsep kendiri sebagai suatu gambaran
persepsi seseorang tentang ciri-ciri dan kebolehannya, persepsi dan konsep kendiri
berbanding dengan orang lain dan persekitarannya. Terdapat juga kajian yang dilakukan
mengenai cara memahami konsep kendiri.

Dari segi psikologi, Hall dan Landsay seperti yang dipetik oleh Staats (1963),
berpendapat konsep kendiri boleh dilihat dalam 2 cara, iaitu:

tanggapan diri seseorang individu


proses yang menentukan tingkah laku seseorang individu

Syarifah Alawiah (1987), pula menyatakan kendiri merupakan suatu organisasi, peribadi
bagi seseorang individu yang unik dan dinamik lahir daripada interaksinya dengan
persekitaran. Hal tersebut seterusnya akan menentukan ciri tingkah laku perasaan dan
fikiran.

Fungsi
Dalam pembelajaran, baik di dalam mahupun di luar bilik darjah, penilaian kendiri;

membolehkan pelajar secara individu, mengukur dan membuat refleksi terhadap


kekuatan dan kelemahan kendiri dalam penguasaan sesuatu kemahiran atau disiplin
ilmu;
memberi panduan kepada pelajar tentang dari mana dia harus memulakan perancangan
bagi pembelajaran seterusnya;

PSV3111 Page 13
Pendidikan Seni Visual 3111 2014
memberi keyakinan kepada pelajar tentang peranannya dalam menilai perkembangan
diri dan pencapaiannya;
mengurangkan kebergantungan pelajar pada guru dalam kelebihan dan
kekurangan/kekuatan dan kelemahannya dalam sesuatu bidang/kemahiran, dan
membolehkan pelajar sentiasa bersikap kritis terhadap kerjanya.

Kaedah:

1. Bagi memastikan penilaian kendiri dilaksanakan dengan berkesan dan menepati


matlamatnya guru hendaklah
meyakinkan pelajar tentang kepentingan penilaian kendiri dalam proses pembelajaran
mengemukakan soalan-soalan yang boleh membantu pelajar membuat penilaian kendiri.
melatih pelajar menilai setiap langkah atau pembelajaran mereka berpandukan instrumen
seperti senarai semak atau alat rubrik
membimbing pelajar melaporkan dapatan penilaian masingmasing, dan kesannya
terhadap proses pembelajaran seterusnya;

2. Penialian kendiri boleh juga dibuat dengan pelajar yang berkenaan menstruktur
sendiri segala butiran yang hendak dinilai dan kriteria yang hendak dicapai, sama ada
dalam bentuk senarai semak atau sebagainya, kemudian meminta kerjasama rakan
sebayanya (individu/kumpulan) membuat penilaian terhadap dirinya. Dapatan itu
kemudian dikumpul dan dianalisis sendiri oleh pelajar tersebut.

Proses menganalisis dan membuat refleksi terhadap penilian mengenai dirinya sendiri
itulah menjadi penilaian kendiri

Konsep Kendiri Positif

Seseorang itu percaya dan yakin kepada diri sendiri secara lebih sihat, mempunyai

PSV3111 Page 14
Pendidikan Seni Visual 3111 2014
minat yang baik dan objektif serta tidak terlalu sensitif. Ia juga meliputi sikap terbuka
dan memberi pendangan jika wujud keadaan yang tidak baik dan stabil.

Ciri-ciri Konsep Kendiri Positif

Menghargai
Memuji orang lain
Puas hati dengan pencapaian
Murah hati
Mudah berkawan
Puas hati dengan dirinya
Berpuas hati dengan bahan-bahan kepunyaannya
Peramah

Ciri-ciri Konsep Kendiri Negatif

Cenderung untuk merasa salah


Takut kepada kegagalan
Sering merasa bimbang
Cepat berkecil hati walaupun melibatkah masalah kecil
Pencapaian akademik yang rendah
Tidak gemar kerja mencabar
Kurang keyakinan pada diri sendiri
Kurang berminat untuk mendapatkan maklum balas
Melihat diri sebagai kurang menarik dari segi personality

PSV3111 Page 15
Pendidikan Seni Visual 3111 2014
PERATURAN MEMBERI MARKAH PENDIDIKAN SENI VISUAL

1.PEMARKAHAN HOLISTIK

-Skema yang disediakan secara umum sebagai panduan untuk member markah
kepada jawapan pelajar.
-Sesuai untuk esei.

1. Memerlukan pemeriksa membaca terlebih dahulu jawapan secara keseluruhan.

2. Mengelas pencapaian mengikut kelompok pencapaian.

3. Menganggar markah keseluruhan bagi sesuatu soalan.

-Pelajar bebas memberi jawapan asalkan tidak menyeleweng daripada kehendak


soalan.
-Memerlukan pemeriksa yang berpengalaman dan benar-benar menguasai
bidang atau mata pelajaran berkenaan.
-Boleh dikelaskan kepada 6 kriteria berdasarkan markah 0 sehingga 5.

Markah Kriteria
5 Cemerlang menguasai semua objektif serta dapat berhujah dengan baik
dan berkesan
4 Baik menguasai kebanyakan objektif dan dapat memberikan hujah
dengan berkesan
3 Memuaskan hampir sebahagian objektif dan memberikan hujah dengan
memuaskan
2 Lemah menguasai sebahagian kecil objektif dan hujah adalah lemah
1 Kurang memuaskan belum menguasai sebarang objektif dan hujah
adalah lemah
0 Gagal gagal memberikan sebarang jawapan dan hujah amat lemah

LANGKAH-LANGKAH YANG TERLIBAT :

1. Pemeriksa menentukan bilangan kategori gred atau prestasi yang hendak digunakan
dalam pemarkahan.

2. Menghuraikan kriteria yang menentukan tahap kualiti bagi setiap kategori atau gred
tersebut.

3. Baca setiap kertas jawapan dengan cepat dan berdasarkan criteria yang ditetapkan
itu pemeriksa akan mendapat gambaran keseluruhan kualiti jawapan pelajar.

PSV3111 Page 16
Pendidikan Seni Visual 3111 2014
4. Letakkan jawapan pada kategori prestasi (gred) yang sepadan dengan kualiti kertas
jawapan.

5. Selepas semua kertas jawapan telah diperiksa, baca semula kertas jawapan yang
diletak dalam setiap kategori prestasi untuk memastikan kedudukan jawapan tersebut
dalam kategori prestasi yang betul.

6. Kertas jawapan yang salah dikategorikan hendaklah dipindah ke kategori prestasi


yang betul.

KAEDAH PEMARKAHAN HOLISTIK

Kaedah lazim yang digunakan untuk pemarkahan holistik ialah kaedah ordinal dan
nominal.

A. Kaedah Ordinal:

Sekiranya pemarkahan secara holistik dibuat menggunakan kaedah ordinal,


pemeriksa perlu mengikuti langkah-langkah berikut :

1. Memeriksa setiap skrip jawapan pelajar secara keseluruhan.


2. Menyusun skrip-skrip jawapan pelajar mengikut prestasi terbaik di bahagian
paling atas dan prestasi terburuk diletakkan di bahagian paling bawah.
3. Menentukan berapa peratus pelajar yang sepatutnya diberi gred A, B, C, D, dan E
4. Memberikan gred kepada skrip jawapan mengikut kumpulan berdasarkan
peratusan pelajar yang telah dipertimbangkan untuk setiap gred.

B. Kaedah Nominal:

Dalam pemarkahan yang menggunakan kaedah nominal, pemeriksa perlu mengikut


langkah-langkah yang berikut:

1. Menentukan skema pemarkahan terlebih dahulu sama ada menggunakan markah


atau gred. Misalnya, gred A = Cemerlang, B = Kepujian, C = Lulus, D = Gagal.
Gred berdasarkan kriteria kandungan, kriteria pengolahan, dan kriteria proses.

o Kriteria kandungan : penguasaan pengetahuan


o Kriteria pengolahan : kemahiran menghuraikan idea secara logik dan
matang serta penguasaan bahasa yang tepat
o Kriteria proses :aspek

ketetapan,kemunasabahan,kelengkapan,ketekalan,keaslian dan kreativiti.

PSV3111 Page 17
Pendidikan Seni Visual 3111 2014
2. Para pemeriksa juga dikehendaki membaca skrip jawapan pelajar secra sekali lau
bagi mendapatan gambaran sejauk mana tahap jawapan pelajar berpandukan
criteria kandungan ,pengolahan dan proses.
3. Setelah itu para pemerisa juga dikehendaki membaca skrip but kali kedua bagi
menetapan gred yang difiiran sesuai diberian kepada skrip itu berpandukan
skema pemarkahan yang disediakan.
4. Pembacaan skrip kali ketiga diperlukan untuk membuat pengubahsuaian jika ada.

KELEBIHAN PEMARKAHAN HOLISTIK

Pelajar bebas memberikan jawapan asalkan tidak menyeleweng daripada


kehendak jawapan.

Waktu bagi pemeriksaan tidak memerlukan masa yang panjang.

Pemeriksaan bagi skrip jawapan boleh dibuat oleh lebih daripada seorang
pemeriksa.

Pemarkahan dibandingkan antara pemeriksa dalam kumpulan (pastikan setiap


pemeriksa member markah yang sama)

Dapat menilai jawapan secara keseluruhan dalam aspek penguasaan


pengetahuan serta dapat menilai kemahiran lain seperti kemahiran aras tinggi.

Pemeriksa mengiktiraf dan memberikan ganjaran kepada jawapan pelajar yang


member jawapan secara kreatif dan inovatif.

KELEMAHAN PEMARKAHAN HOLISTIK

Pemeriksa yang berpengalaman dan benar-benar menguasai bidang atau mata


pelajaran diperlukan bagi dilantik sebagai pemeriksa.

Pemarkahan secara umum tanpa memberikan perhatian kepada aspek khusus


penulisan seperti isi, tatabahasa, gaya dan lain-lain.

Terdapat kemungkinan percanggahan dalam memberikan markah di antara


pemeriksa.

Pemeriksaan ini juga kurang objektif iaitu pemeriksa mudah dipengaruhi oleh
factor lain yang tidak berkaitan seperti bentuk tulisan dan kekemasan jawapan.

Kesan halo dan kesan horn akan terjadi apabila pemeriksa dipengaruhi
pengetahuannya latar belakang pelajar.

PSV3111 Page 18
Pendidikan Seni Visual 3111 2014
* Kesan Halo Pemeriksa memberikan markah tinggi untuk satu jawapan yang
sederhana atau kurang baik kerana calon dikenalinya sebagai pelajar yang cergas.

* Kesan Horn Keadaan satu jawapan baik diberi markah yang rendah kerana
jawapan itu datangnya daripada calon yang kurang berkebolehan.

2. PEMARKAHAN ANALITIK

Pemarkahan analitik merupakan pemberian markah secara point iaitu memerlukan


skema permarkahan yang terperinci iaitu setiap unit jawapan diberi perhatian dan
pemberatan.

Perhatian bukan sahaja diberi kepada unsure isi atau idea utama bahkan juga
organisasi dan kespaduan unsur-unsur berkenaan. Permarkahan cara ini paling sesuai
digunakan untuk solan esei jawapan terhad.

Pemarkahan analitik memerlukan penyediaan skema pemarkahan seperti berikut:


a. Kaedah penyediaan satu garis panduan / senarai unsur utama sebagai jawapan
yang paling baik bagi soalan itu serta kaedah penentuan bilangan point yang
akan diberi untuk setiap unsur utama.
b. Jawapan pelajar yang menepati pemarkahan akan diberi markah penuh
manakala jawapan yang tersasar tidak diberi sebarang markah.
c. Sebahagian markah akan diberi sekiranya jawapan tidak tepat sepenuhnya.
d. Keobjetifan pemarkahan dapat ditingkatkan dengan menentukan berapakah
markah yang perlu diberi kepada jenis jawapan yang kurang tepat.

KELEBIHAN PEMARKAHAN ANALITIK

Boleh diperiksa oleh pemeriksa baru yang kurang berpengalaman dan tidak
begitu menguasai bidang berkenaan.

Pemarkahan diberi berdasarkan kepada skrip jawapan yang disediakan.

Pemeriksa tidak perlu mengambil masa yang lama untuk menimbang jawapan
pelajar sama ada tepat, kurang tepat atau tidak betul.

Skrip jawapan diperiksa sekali sahaja oleh pemeriksa.

Cara pemarkahan ini dapat menjelaskan mengapa pencapaian pelajar tinggi


atau rendah.

Guru dapat mengenal pasti kekuatan dan kelemahan prestasi pelajar dan
menyampaikan maklumat ini kepada pelajar.

PSV3111 Page 19
Pendidikan Seni Visual 3111 2014
Pelajar juga akan dapat melihat serta menilai di mana dan apa kelemahan
merekan dengan jelas.

Lebih objektif dan ketekalannya dapat dikekalkan sekiranya pemeriksa


menjalankan tugas dengan teliti.

KELEMAHAN PERMARKAHAN ANALITIK

Pengambilan masa yang agak lama untuk memeriksa setiap skrip jawapan
terutamanya apabila bilangan calon terlalu ramai.

Memerlukan pemeriksa untuk membandingkan jawapan pelajar dengan skrip


jawapan satu persatu.

Memerlukan pemeriksaan yang dilakukan secara fakta dan kurang member


penekanan pada kemahiran penulisan.

Apabila penekanan hanya diberikan kepada fakta semata-mata, secara tidak


langsung akan menyebabkan pelajar hanya terlalu bergantung kepada skema
jawapan dalam mengulangkaji pelajaran.

Mereka tidak mengambil kira aspek kemahiran apabila menjawab soalan


berbentuk asei.

Pemeriksaan boleh bersifat negatif kerana apabila pelajar membuat kesilapan


dalam sesuatu aspek, maka markah yang diperuntukkan untuk aspek tersebut
ditolak.

Pelajar cenderung untuk mendapat skor yang rendah bagi soalan sesi atau
subjektif.

PSV3111 Page 20
Pendidikan Seni Visual 3111 2014

PERBEZAAN PEMARKAHAN ANTARA HOLISTIK DAN ANALITIK

PERKARA HOLISTIK ANALITIK


SKEMA Sangat subjektif Terperinci berdasaran unsure-
PEMARKAHAN unsur yang terdapat dalam
jawapan
KRITERIA Guru berpengalaman dan Semua guru mampu
PEMERIKSA menguasai bidang berkenaan menggunakan teknik ini
UNSUR-UNSUR Apa sahaja aspek baik yang Kandungan , pengolahan dan
PENTING terdapat dalam jawapan proses
DALAM
JAWAPAN
PENYELARASAN Perlukan mesyuarat Skema permarkahan dihurai
PEMARKAHAN penyelarasan antara ketua secara terperinci dan boleh
pemeriksa dan pemeriksa disediakan secara bertulis
BENTUK Soalan karangan dan esei berstruktur
SOALAN
BENTUK Jawapan tidak semestinya Dijawab secara terperinci ,
JAWAPAN seragam seperti skema yang seragam dan berstruktur
diadakan.
BENTUK A,B,C,D,E atau pangkat 1-5 Secara pecahan : contoh 8/10
MARKAH ( cemerlang gagal )
MASA Bergantung kepada tahap panjang
kemahiran pemeriksa

PSV3111 Page 21

S-ar putea să vă placă și