Sunteți pe pagina 1din 2

Amalan gaya hidup sihat memang penting kepada manusia.

Dengan mengamalkan gaya hidup


sihat, seseorang akan sentiasa sihat, cergas dan bertenaga. Di negara kita, isu kesihatan di
kalangan orang dewasa semakin meningkat. Oleh itu, tindakan yang sewajarnya perlu diambil
untuk mengatasi masalah ini.

Terdapat beberapa cabaran yang dihadapi oleh golongan dewasa dalam menguruskan gaya
hidup yang sihat. Antaranya cabaran yang dihadapi adalah kekangan masa. Bagi golongan
dewasa yang bekerja, kebanyakan daripada mereka bekerja melebihi 8 jam. Masa yang
diperoleh adalah tidak mengizinkan mereka untuk menjalankan aktiviti yang lain. Setelah penat
bekerja seharian, rehat adalah diperlukan setelah waktu lepas kerja. Oleh itu, gaya hidup bagi
golongan ini adalah tidak sihat. Langkah-langkah yang perlu diambil untuk mengatasi masalah ini
adalah susun aturkan masa dengan baik. Kita perlulah rancang masa terlebih dahulu sebelum
menetapkan jadual waktu harian. Menurut Mohd Yusof Hj. Othman (2002), pengurusan masa
juga boleh diertikan sebagai ilmu yang berkaitan dengan teknik dan cara seseorang itu
mengurus, membahagi dan mengaturkan masa hariannya supaya dapat dimanfaatkan dengan
sebaik-baiknya. Pengurusan masa yang berkesan dapat memanfaatkan penggunaan masa
dengan maksima.

Cabaran kedua yang dihadapi oleh golongan dewasa adalah kebanyakan daripada mereka
suka makan makanan segera ataupun di kedai makan. Makanan segera seperti ayam goreng,
pizza dan burger telah menjadi pilihan utama mereka. Hal ini adalah kerana mereka yang terlalu
sibuk dengan kerja atau kesibukan yang berpunca daripada rentak kehidupan masyarakat
moden mendorong mereka mencari jalan pintas dengan mengambil makanan segera. Secara
tidak langsung, ia telah menjadi satu budaya di kalangan mereka. Kebanyakan makanan segera
mengandungi lemak, garam, bahan pengawet yang berlebihan, ini akan membawa mudarat
kepada kesihatan dan menyebabkan penyakit-penyakit seperti obesiti, tekanan darah tinggi,
diabetis dan sebagainya. Menurut kajian Palmer mendapati bahawa ayam goreng dan burger
merupakan makanan segera yang memberi sumbangan paling banyak dalam kes obesiti dan
diabetis ini. Langkah-langkah yang perlu diambil adalah mengamalkan pengambilan makanan
seimbang dalam seharian. Makanan yang dimasak sendiri didapati lebih berkhasiat. Apabila kita
memasak sendiri, kita boleh menentukan kadar penggunaan gula, garam dan minyak dalam
masakan.

Cabaran yang berikut yang dihadapi adalah kebanyakan daripada golongan ini tidak
mengamalkan amalan senaman. Hal ini adalah tiada motivasi untuk memulakan atau
mengekalkan tabiat bersenam. Selain itu, perasaan susah untuk melakukan aktiviti senaman dan
tidak dapat menahan kesakitan selepas bersenam. Dengan tiadanya amalan senaman,
peratusan untuk menghidapi penyakit kronik akan meningkat. Contohnya penyakit-penyakit
seperti sakit jantung, tekanan darah tinggi, diabetes dan lain-lain. Menurut kajian Kementerian
Kesihatan Malaysia yang menganggarkan 2.6 juta rakyat Malaysia menghidap diabetes, 5.8 juta
tekanan darah tinggi, 6.2 juta peningkatan kolesterol. Ini menunjukkan rakyat Malaysia masih
jauh ketinggalan dalam amalan gaya hidup sihat. Langkah-langkah yang perlu diambil iaitu
tetapkan masa untuk bersenam. Dengan adanya pengurusan masa yang baik halangan untuk
bersenam dapat diatasi. Selain itu, kita boleh memilih aktiviti senaman yang kita sukai. Aktiviti
sukan yang kita berminat dapat memberi keseronokan pada diri sendiri. Selain itu , dengan
adanya teman untuk bersenam, ia boleh menjadi satu faktor penguat tabiat bersenam,
seterusnya memastikan ianya kekal dilakukan.

Kesimpulannya, demi kesihatan kita ,kita haruslah mengamalkan gaya hidup yang sihat.
Pengamalan hidup sihat dapat menghasilkan sebuah negara yang maju kerana rakyatnya hidup
dengan ceria berdasarkan amalan gaya hidup sihat.

S-ar putea să vă placă și