Sunteți pe pagina 1din 23

ISI KANDUNGAN

Perkara Halaman

PENGENALAN 2

1.0 KONSEP ASAS HUBUNGAN ETNIK DI MALAYSIA 5

2.0 CABARAN-CABARAN DALAM MENGERATKAN HUBUNGAN

ETNIK DI MALAYSIA 8

KESIMPULAN 21

RUJUKAN 22

1
PENGENALAN

Seperti mana yang kita sedia maklum bahawa negara kita merupakan salah sebuah
negara yang masyarakatnya terdiri daripada pelbagai keturunan, etnik, warna kulit,
agama, bahasa kebudayaan dan adat resam yang tersendiri. Ia merupakan satu-
satunya negara masyarakat plural yang paling berjaya di alaf baru ini dalam
mengekalkan keamanan dan perpaduan. Masyarakat majmuk mempunyai
konsepnya dan sejarah yang tersendiri di Malaysia. Malaysia pada hari ini didiami
oleh pelbagai bangsa, kaum dan etnik dari Perlis hingga ke Sabah. Kepelbagaian
kaum dan etnik inilah maka wujud pula kepelbagaian budaya, bahasa, agama dan
adat resam. Corak masyarakat Malaysia seperti ini berlaku disebabkan oleh
perubahan masa dan keadaan, seperti yang berlaku terhadap perubahan struktur
politiknya. Sebelum abad ke-18 dan ke-19, masyarakat Malaysia tidak begini
coraknya. Sebaliknya boleh dikatakan bahawa, semenanjung Tahan Melayu ketika
itu didiami oleh orang Melayu dan Orang Asli bersama sebilangan kecil bangsa atau
kaum lain. Tetapi kini coraknya telah berubah dan wujudlah pembentukan
masayarakat majmuk.

Mengikut Jabatan Perangkaan Negara (2006), komposisi jumlah penduduk di


Malaysia adalah seramai 26.46 juta orang. Daripada jumlah tersebut 24.8 juta orang
merupakan warga negara Malaysia manakala bakinya 1.84 juta merupakan bukan
warganegara Malaysia. Kaum melayu mewakili 54% daripada populasi penduduk
iaitu seramai 13.48 juta orang. Kaum bumiputera selain Melayu seramai 2.39 juta
orang yang mewakili 11.8%. Oleh itu kaum bumiputera mewakili 65.8% daripada
jumlah keseluruhan warganegara Malaysia. Kira-kira 25% daripada penduduk
Malaysia ialah kaum Cina iaitu seramai 6.22 juta orang. 7.5% terdiri daripada kaum
India seramai 1.86 juta orang, manakala kaum lain pula mewakili 1.7% iaitu seramai
318.9 ribu orang.

Masyarakat yang pelbagai etnik ini hidup dengan aman dan mengamalkan
kepercayaan dan budaya masing-masing secara bebas dan saling menghormati
antara satu sama lain. Menurut Faridah (2008) hubungan etnik yang merujuk kepada
interaksi antara etnik yang berbeza (intraetnik) atau interaksi dalam kumpulan etnik
yang sama (intraetnik), kepelbagaian kelompok etnik di Malaysia telah diterima oleh
semua rakyat dan ini merupakan sumber kekuatan perpaduan di Malaysia. Dari segi
sejarah, kerjasama dan ikatan perpaduan pelbagai bangsa dan kaum di Malaysia
bermula dengan apa yang dinamakan sebagai kontrak sosial antara etnik terbesar di

2
Malaysia. Kontrak sosial adalah satu persetujuan dalam kalangan masyarakat
berbilang kaum melalui proses muafakat dan musyawarah ke arah peralihan kuasa
pemerintahan sendiri daripada pihak Inggeris dan dimanifestasikan melalui
kemenangan Perikatan dalam pilihan raya 1955. Semangat kontrak sosial ini
berasaskan semangat kerjasama dan setia kawan serta perkongsian kuasa yang
kemudiaannya terjelma dalam perjuangan menunutut kemerdekaan dan
penggubalan Perlembagaan Persekutuan. (Anuar dan Nur Atiqah, 2008).

Malaysia juga telah menjadi salah satu negara yang maju seiring dengan
negara luar walaupun negara kita masih baru mencecah separuh abad usia
kemerdekaan. Ini mampu dicapai dengan wujudnya perpaduan dan adanya
hubungan yang baik antara semua etnik yang ada. Hubunga yang baik ini telah
terbentuk sejak dahulu lagi dimana kita telah melihat bahawa kemerdekaan kita
sendiri berjaya dicapai dengan adanya perpaduan dan tolak ansur antara semua
etnik. Kecemerlangan ini telah berlanjutan dengan membolehkan Malaysia terus
bangun dari peralihan zaman sehingga kini telah mencapai status negara
membangun yang mana semakin menghampiri kepada taraf status negara maju.

Dengan adanya perpaduan dan hubungan yang baik ini, pelbagai kejayaan
telah dicapai. Dengan kepesatan kemajuan dan pembangunan, peningkatan
pencapaian ekonomi, keamanan dan keharmonian yang bertunjangkan kepada
perpaduan etnik telah membawa Malaysia jauh lebih maju dihadapan berbanding
negara-negara serantau yang juga mempunyai etnik yang berbilang kaum. Menjadi
satu kebiasaan mendengar pujian dan kekaguman pelancong asing dan orang luar
terhadap keharmonian dan hubungan antara etnik-etnik di Malaysia di mana setiap
orang tanpa mengira kaum, agama, warna kulit dan budaya dapat duduk semeja
tanpa merasa terancam dari segala segi. Dengan keamanan inilah kita menjadi
sebuah negara bangsa yang berjaya dan dikagumi.

Namun begitu, dalam usaha-usaha yang dijalankan oleh negara kita untuk
mengeratkan hubungan etnik ini masih ada lagi keluhan dari berberapa pihak
yang menimbulkan isu tentang hubungan etnik. Yang pertama ialah golongan
yang pernah melalui era perpaduan dalam masyarakat dimana mereka
membesar, bermain, belajar, dan berkongsi sejarah dalam masyarakat
majmuk dengan kepelbagaian etnik, budaya, dan agama. Bahkan golongan
ini sering membuat perbandingan antara masyarakat sekarang dengan
masyarakat dulu dimana pada mata mereka masyarakat sekarang seperti

3
sudah hilang perpaduan. Mereka berpendapat hubungan etnik pada zaman
sekarang ini tidak lagi semurni zaman dahulu kerana telah dikotori oleh politik.

Politik zaman sekarang kononnya tidak lagi benar-benar


memperjuangkan hak kepentingan rakyat namun lebih kepada mementingkan
ahli politik itu sendiri. Masalah inilah telah menimbulkan kepincangan dalam
hubungan antara etnik dimana yang menerima akibat dan dipermainkan oleh
mainan politik. Keluhan itu juga datangnya daripada golongan yang melihat
hubungan etnik sebagai sesuatu yang tidak relevan. Mereka hanya melihat
kepentingan sendiri, sama ada individu ataupun kelompok dalam segi
ekonomi atau politik pada masa sekarang atau masa depan sebagai sesuatu
yang lebih penting.

Usaha mencapai perpaduan yang dijalankan dilihat sebagai boleh


melemahkan secara sengaja atau tidak kepentingan dan kedudukan mereka
yang selalunya sangat fokus, kepada etnisiti, bahasa, budaya, ekonomi, serta
politik. Mereka melihat perpaduan dan toleransi ini sesuatu yang melemahkan
kedudukan mereka dari segala segi dimana menunjukkan seolah-olah
mereka tidak mempercayai konsep kesaksamaan. Perkara-perkara inilah
yang akan menjadi duri dalam daging dalam keamanaan dan keharmonian
hubungan etnik di negara kita. Namun dalam usaha untuk mengeratkan
hubungan etnik di negara kita terdapat cabaran-cabaran utama yang difikir
amat penting untuk diatasi supaya ianya tidak dapat menjejaskan usaha
negara kita ini. Maka dalam tugasan ini saya akan menjelaskan apakah
cabara-cabaran tersebut dalam usaha mengeratkan hubungan etnik di
Malaysia. Topik yang dibincangkan dalam tugasan ini seperti rajah di bawah :

4
1.0 KONSEP ASAS HUBUNGAN ETNIK DI MALAYSIA

Terdapat tiga konsep asas hubungan etnik di Malaysia iaitu masyarakat, budaya dan
perpaduan.

konsep Budaya

Konsep
Perpaduan dan
Integrasi
Konsep
Masyarakat

Konsep Asas
Hubungan
Etnik

i. Konsep Masyarakat

Menurut pada Kamus Dewan (2006), masyarakat adalah sekumpulan manusia yang
hidup bersama di sesuatu tempat dengan aturan dan cara hidup tertentu. Menurut
Musa Abu Hassan (2000), masyarakat adalah sekelompok manusia yang

5
mempunyai cara gaya hidup, norma, nilai, budaya, bahasa, sistem komunikasi dan
struktur tertentu. Setiap ahli dalam masyarakat mempunyai peranan serta fungsi
tertentu untuk meneruskan kewujudan kelompok tersebut dan ciri-ciri ini berbeza dari
kelompok ke kelompok lain. Umumnya, ciri-ciri masyarakat adalah seperti berikut:

Hidup berkelompok.
Mempunya budaya.
Mengalami perubahan.
Saling berinteraksi dalam dan luar kelompok.
Ada kepimpinan.
Mempunyai aturan sosial seperti susun lapis, kelas, status dan kasta

Menurut Shamsul Amri Baharuddin (2007), konsep masyarakat perlu


difahami atas beberapa sebab seperti berikut :

Memahami hakikat bahawa manusia, demi kelangsungan hidup, tiada


pilihan lain tetapi untuk bermasyarakat.
Manusia mesti memahami sebaik mungkin cara hidup bermasyarakat.
Memahami budaya masyarakat sendiri dan masyarakat lain.
Terus memupuk kerjasalam dalam masyarakat sendiri dan dengan
masyarakat lain. Sifat dan ciri-ciri masyarakat perlu diketahui dan
difahami kerana masyarakat adalah dinamik.

ii. Konsep Budaya

Perkataan budaya diambil daripada bahasa Sanskrit dan melayu iaitu daripada
perkataan budhi dan daya. Budhi bermaksud kecergasan fikiran dan akal. Daya pula
bermaksud kekuatan kuasa, tenaga dan pengaruh. Menurut Kamus Mutakhir Bahasa
Melayu (1992), budaya didefinisikan sebagai cara hidup sesuatu masyarakat hasil
kegiatan dan ciptaan akal manusia seperti kepercayaan, kesenian, adat istiadat dan
lain-lain lagi. Menurut Norazit Selat (1989), Leslie White berpendapat bahawa
Kebudayaan adalah satu orgnaisasi fenomena-perlakuan (pola-pola tingkah laku);
objek-objek (alat-alat bertukang dan barang-barang lain yang dibuat daripada alat-
alat tadi); idea-idea (kepercayaan dan ilmu pengetahuan); dan sentiment-sentimen
(sikap, nilai) yang bergantung kepada penggunaan simbol-simbol. Menurut Shamsul
Amri Baharuddin (2007), ciri-ciri budaya adalah seperti berikut:

6
Dipelajari.
Dikongsi.
Bersifat sejagat.
Diwarisi.
Berubah-ubah.
Mempunyai unsure simbolik.
Adanya worldview (pandangan semesta).

iii. Konsep Perpaduan dan Integrasi

Menurut Jayum A. Jawan (1997), perpaduan dan integrasi merupakan dua konsep
yang saling berkait rapat dan sering digunakan bersilih ganti. Perpaduan dan
integrasi adalah merujuk kepada proses menggbungkan bahagian-bahagian menjadi
satu unit. Menurut Shamsul Amri Baharuddin (2007), perpaduan adalah satu proses
menyatupadukan masyarakat dan engara supaya setiap anggota masyarakat dapat
membentuk satu identiti, nilai bersama, perasaan cinta dan bangga akan tanah air.
Integrasi pula adalah satu proses mewujudkan satu identiti nasional dalam kumpulan
terpisah dari segi kebudayaan, sosial dan lokasi dalam sesebuah unit politik.
Terdapat lima bentuk integrasi iaitu segregasi, akomodasi, akulturasi, asimilasi dan
amalgamasi seperti berikut:

Segregasi

Pemisahan atau pengasingan antara satu kumpulan etnik dengan kumpulan etnik
lain dalam sesebuah negara. Pemisahan berlaku dalam beberapa perkara seperti
tempat tinggal, sistem persekolahan dan pengangkutan serta kemudahan awam.
Segregasi wujud didasari oleh undang-undang atau sebaliknya.

Akomodasi

Akomodasi diwakili formula A+B+C = A+B+C. Dikatakan bahawa A, B dan C merujuk


kepada budaya. Akomodasi adalah proses yang menyebabkan setia kumpulan etnik
menyedari dan menghormati nilai-nilai kumpulan etnik lain serta mempertahankan

7
budaya masing-masing. Umpamanya, setiap kumpulan etnik mempunyai wakil dalam
pentadbiran negara.

Akulturasi

Akulturasi adalah satu proses penerimaan unsur kebudayaan dalam kalangan


individu atau kelompok dari suatu kebudayaan yang berbeza. Akulturasi tidak
menyebabkan kehilangan identiti asal sesuatu etnik.

Asimilasi

Asimilasi diwakili formula A+B+C = A. Dikatakan bahawa A adalah golongan etnik


dominan manakala B dan C adalah kumpulan etnik minoriti. Asimilasi adalah satu
proses percantuman dan penyatuan antara kumpulan etnik berlainan budaya
sehingga membentuk satu kelompok dengan kebudayaan dan identiti sama.

Amalgamasi

Amalgamasi diwakili formula A+B+C = D. Dikatakan bahawa A, B dan C adalah


golongan etnik berbeza dan D adalah satu kumpulan baru terhasil daripada
penyatuan A, B dan C. Amalgamasi adalah satu proses yang terjadi apabila budaya
atau ras bercampur untuk membentuk budaya dan ras baru.

2.0 CABARAN-CABARAN DALAM MENGERATKAN HUBUNGAN ETNIK DI


MALAYSIA

Di sebalik kejayaan negara kita dalam membentuk dan megeratkan perpaduan dan
hubungan yang baik dikalangan etnik yang menjadi rakyat Malaysia, masih terdapat
sedikit kepincangan dalam pembentukan dan pemeliharaan hubungan ini.
Keharmonian hubungan etnik masih perlu ditekankan kerana terdapat ancaman yang
mampu menjejaskan hubungan antara etnik dan perpaduan masyarakat majmuk di
Malaysia. Terdapat berberapa faktor yang menimbulkan konflik dan ancaman dalam
masyarakat kita. Faktor yang pertama ialah perbezaan unsur kebudayaan.
Perbezaan dari segi agama, bahasa dan adat ini sememangnya tidak dapat

8
dielakkan kerana setiap kaum mempunyai kebudayaan mereka sendri yang menjadi
identiti mereka.

Namun begitu, elemen ini akan menjadi ancaman jika sensitivitinya disentuh
dan dipersoalkan. Faktor yang kedua ialah dari segi jarak sosial yang wujud akibat
kurangnya interaksi. Faktor ini timbul akibat kekangan bahasa yang membataskan
interaksi bangsa yang berlainan bahasa. Ini wujud bukan sahaja kerana tidak
memahami bahasa lain, ia juga boleh menimbulkan salah sangka kerana kita tidak
memahami apa yang diperkatakan. Faktor yang seterusnya ialah perbezaan tempat
tinggal dan pekerjaan yang juga telah mengakibatkan kurangnya interaksi antara
kaum. Ini berlaku apabila tempat tinggal dan pekerjaan adalah mengikut kaum
dimana percaya atau tidak perkara ini masih lagi wujud. Faktor keempat ialah
wujudnya kekeliruan dan kesamaran tentang sesuatu isu dalam negara. Ini boleh
menimbulkan salah faham jika kerajaan tidak mengambil langkah segera untuk
menerangkan sasuatu isu. Ini bagi mengelakkan pihak tidak bertanggungjawab
mengambil peluang ini untuk mencemari minda dan pemikiran rakyat dan
masyarakat. Faktor kelima ialah keengganan membuka dunia sosial kepada
masyarakat lain. Mereka merasakan identiti bangsa mereka akan tercemar jika
memberi ruang kepada kaum lain dalam budaya mereka.

Faktor terakhir ialah dominisi kaum dalam sesuatu bidang sama ada dari segi
politik, perniagaan atau pembangunan. Setiap kaum akan cuba untuk mengekalkan
dominasi mereka dalam bidang mereka dan ini akan menyebabkan kaum lain tidak
dapat memecah masuk kedalam bidang tersebut. Dengan adanya konflik seperti
diatas, maka usaha untuk mengekalkan dan mengukuhkan hubungan etnik perlu
diteruskan. Namun begitu, usaha ini tidak mudah kerana adanya cabaran-cabaran
yang menjadi kekangan dan kepincangan yang nyata.

Terdapat enam cabaran utama yang menjadi duri dalam daging yang boleh
menjadikan usaha memupuk hubungan etnik menjadi sukar. Walaupun cabaran ini
mungkin nampak kecil dan sepertinya tidak mengganggu gugat keharmonian
megara, namun ia masih menjadi api dalam sekam yang mungkin secara sedikit
demi sedikit menghakis keamanan dan keharmonian hubungan di antara etnik-etnik
di Malaysia. Antara enanm cabaran tersebut iaitu

9
cabaran cabaran
dari segi dari segi
sosial Globalisasi.

cabaran cabaran
dari segi dari segi
ekonomi perpaduan

lima cabaran cabaran


cabaran
dalam dari segi
dari segi
mengeratkan kebudayaan
politik
hubungan etnik dan Agama

i. Cabaran dari segi politik

Dunia politik sememangnya penuh kontroversi dimana terdapat pelbagai individu


yang mempunyai pelbagai tujuan dan kepentingan. Parti-parti politik wujud demi
mempertahankan dan memperjuangkan hak rakyat dan demi Negara namun begitu
pada zaman sekarang , sebenarnya perkara ini tidak wujud dan jika benar-benar ada
sekalipun, amatlah jarang dan susah ditemui. Cabaran timbul kerana setiap kaum
diwakili oleh parti politik sendiri yang bertujuan untuk memelihara hak kaum,
meperjuangkan nasib dan menyuarakan pendapat mereka. Namun begitu, terdapat
pemimpin yang bermain taktir kotor dengan menghasut, meracuni pemikiran rakyat
dan mengapi-apikan sentiment perkauman demi kepentingan mereka sendiri. Hal ini
menyebabkan setiap kaum seolah-olah berdendam,bersangka buruk dan tidak mahu
berbaik-baik akibat termakan hasutan mereka.

Cabaran ini juga timbul apabila sesetengah kaum tidak mahu menerima
kepimpinan dari kaum lain yang mana pemimpinya sudah semestinya mempunyai
corak kepimpinanya sendiri. Mereka hanya akan berburuk snagka dan sentiasa
mencari salah agar dapat dijadikan bahan untuk menampakkan kepincangan
kepimpinan. Setiap individu mempuyai pegangan dan prinsip mereka sendiri dan
setiap parti dan pemimpin mempunyai agenda mereka sendiri, namun begitu

10
terdapat juga parti yang memelihara dan mementingkan perpaduan namun
kebanyakan etnik memilih untuk menyokong parti etnik mereka sahaja.

Selain itu, Politik juga boleh menimbulkan perasaan tidak senagng hati dan
mengukuhkan semangat perkauman jika penyuaraan kepentingan etnik tertentu
dibuat tanpa mengambil kira kepentingan semua pihak. Jika isu perkauman seperti
bahasa, kebudayaan, pendidikan, agama, kerakyatan, dan ekonomi diperalat oleh
sesuatu pihak untuk mendapat sokongan rakyat, tindakan ini akan tidak akan
menyumbang ke arah masyarakat yang bersatu padu.

ii. Cabaran dari segi ekonomi

Sejak zaman penjajahan lagi, masalah integrasi telah wujud terutamanya semasa
penjajahan British. Mereka menjalankan dasar divide and rule iatu dasar pecah dan
perintah agar dapat memerintah dan mengeksploitasi ekonomi negara. Dasar ini
jugalah yang memisahkan kaum-kaum utama negara ini mengikut bidang ekonomi
yang dijalankan. Masyarakat melayu mengendalikan pertanian dan ditempatkan di
kawasan luar Bandar iaitu di kampong-kampung. Masyarakat Cina ditempatkan
dilombong-lombong bijih timah dan bandar-bandar kerana aktiviti perlombongan dan
perdagangan yang dijalankan mereka. Manakala masyarakat India pula ditempatkan
di lading-ladang getah. Perubahan fungsi ini telah menyebabkan ketiga-tiga kaum ini
terpisah dan hubungan semakin terhada dan menjadi bertambah renggang.

Cabaran dari segi ekonomi yang paling nyata ialah perbezaan dari segi
pekerjaan di mana perbezaan ini diwujudkan oleh pihak British melalui pecah dan
perintah sepertimana dinyatakan sebelum ini. Masalah ini telah mewujudkan
perasaan curiga dan telah mewujudkan jurang ekonomi antara kaum-kaum terbabit.
Akaibat daripada dasar yang dicipta oleh British itu, kesannya masih lagi dapat dilihat
sampailah sekarang di mana sektor perniagaan masih lagi didominasi oleh orang
Cina dan kebanyakkan orang India masih lagi tinggal di lading-ladang. Perbezaan
pekerjaan ini telah membataskan interaksi sosial antara mereka kerana masa
banyak diluangkan ditempat kerja dan sekiranya rakan sekerja terdiri daripada kaum
atau etnik yang sama maka interaksi dan komunikasi hanya berlaku dan berada
dalam lingkungan kaum yang sama sahaja. Kesannya adalah di mana perasaan

11
prasangka dan perkauman akan menjadi semakin kuat dan menebal di antara
sesama kaum terbabit.

Ekonomi merupakan nadi bagi sesebuah negara dan menjadi penggerak


utama kemajuan. Jika kita lihat, sistem ekonomi kita sejak kita mencapai
kemerdekaan adalah tidak stabil dan sama. Kerajaan British telah memisahkan
kaum-kaum di tanah Melayu mengikut pekerjaan dan tempat tinggal mereka. Kaum
Melayu yang kebanyakannya tinggal di kawasan kampong dan luar Bandar sebagai
petani atau nelayan, orang india kebanyakan menjadi buruh di estet-estet dan lading-
ladang manakala orang cina pula berada di Bandar sebagai pelombong dan peniaga.

Ini telah menwujudkan perasaan curiga antara kaum dan telah menwujudkan
jurang ekonomi antara kaum serta polarisasi antara kaum. Akibat dari dasar itu
masih lagi dapat dilihat pada masa sekarang dimana sector perniagaan masih lagi di
dominasi oleh orang cina dan kebanyakan orang India masih lagi tinggal di lading-
ladang. Perbezaan pekerjaan ini telah membataskan interaksi sosial kerana mereka
hanya dapat meluangkan banyak masa ditempat kerja dengan berkomunikasi
dengan rakan sekerja. Jika rakan sekerja terdiri dari kaum sama, maka interaksi dan
komunikasi mereka berada dalam lingkungan kaum yang sama. Ini menyebabkan
perasaan perkauman dan kurangnya hubungan semakin menebal.

Dominasi kaum dalam satu-satu bidang juga adalah cabaran ke dua daripada
aspek ekonomi. Ini adalah kerana kaum-kaum lain tidak dapat menyelit atau masuk
ke dalam bidang tertentu yang didominasi oleh kaum-kaum tertenuu dan ini adalah
kerana kaum yang mendominasi itu mahu terus mengekalkan hak dan kuasa
dominasi mereka. Diantara contoh yang boleh dibawa di sini ialah dominasi di dalam
bidang perniagaan yang telah didominasi oleh kaum Cina sejak dahulu lagi dan
sehingga sekarang, masyarakat Cina masih lagi mendominasi bidang ini walaupun
kerajaan sentiasa menggalakkan mereka untuk menceburkan diri ke dalam bidang
lain juga seperti bekerja dengan pasukan beruniform (polis, askar) dan juga
perguruan. Kerajaan juga telah membuka peluang kepada mereka dalam sektor
perkhidmatan awam namun gagal dan kurang mendapat sambutan. Dr Ridhuan Tee
(2009) pernah menyatakan bahawa Mereka (kaum Cina) yang terlalu bangga
dengan tamadun mereka serta lebih suka berdikari dengan menceburkan diri dalam
bidang perniagaan yang menjadi darah daging mereka.

Di Semenanjung Malaysia, Bumiputera memiliki 32.3 peratus daripada jumlah


pertubuhan perdagangan runcit, manakala kaum Cina sebanyak 60.8 peratus dan
kaum India sebanyak 6.3 peratus. Di Sabah dan Sarawak, pemilikan Bumiputera

12
adalah lebih rendah iaitu 17.4 peratus dan kaum Cina adalah 79.3 peratus. Bagi
pertubuhan perdagangan borong, pemili-kan kaum Cina adalah jauh lebih tinggi. Di
Semenanjung Malaysia, kaum Cina memiliki 85.2 peratus daripada jumlah
pertubuhan perdagangan borong berbanding dengan 10.2 peratus Bumiputera dan
2.9 peratus kaum India. Bagi Sabah dan Sarawak pula, pemilikan kaum Cina adalah
94.5 peratus dan Bumiputera sebanyak 3.8 peratus.Kaum melayu pula kekal engan
sektor pertanian,penjawat awam manakala kaum india juga masih lagi di estet dan
penjawat awam.

Keadaan ini telah menyebabkan ketidak seimbangan pendapatan dan


wujudnya jurang ekonomi yang besar dalam kalangan kaum. Walaupun kerajaan
telah menjalankan dasar-dasar, DEB dan RMK, kerajaan hanya mampu
mengurangkan jurang ini dan bukannya menghapuskannya.ini menyukarkan
pembentukan hubungan etnik lantaran wujudnya jurang-jurang ini kerana tidak ada
percampuran antara masyarakat yang berlainan taraf memandangkan mereka
terpisah dari dunia masing-masing. Golongan yang berpendapatan lebih tinggi
pastilah tinggal di kawasan elit dan mewah dan sekali gus memisahkan mereka dari
golongan yang lain.

Disamping itu dengan wujudnya jurang ini, semua etnik berusaha untuk
mengaut keuntungan secara maksimum dari apa yang telah tersedia. Masing-masing
mementingkan etnik sendiri terlebih dahulu dalam mengejar kekukuhan tapak dalam
sektor ekonomi. Ini dapat dilihat dalam sektor awam sendiri. Rujuk lampiran 2. Selain
itu, dalam perniagaan, etnik dan kaum sendiri diberikan peluang dan bukannya dari
etnik lain. Seperti terjadinya satu kes baru-baru ini dimana seorang Melayu telah
berkunjung ke sebuah restoran iaitu Old Town white coffe untuk memohon membuka
francais restoran itu. Namun maklum balas yang diterima ialah pihak Old Town tidak
memberi peluang ini untuk orang Melayu Islam. Ini jelas menunjukkan terdapatnya
unsur mementingkan kaum sendiri dalam membuka peluang perniagaan. Begitu juga
dalam member peluang pekerjaan dimana kebanyakannya memilih pekerja dari
bangsa sendiri untuk diambil bekerja. Ini bukan sahaja menghalang pembentukan
dinamika ekonomi, ia juga akan menggagalkan usaha untuk mengeratkan hubungan
etnik di Malaysia.

13
iii. Cabaran dari segi sosial

Dari segi juga terdapat cabaran yang menjadikan usaha pemupukan hubungan etnik
menjadi pincang. Ini berlaku apabila kurangnya percampuran dan interaksi sosial
antara kaum. Apabila perkara ini berlaku, tidak akan timbul rasa kepercayaan dan
kekitaan dalam diri setiap kaum dan etnik, apabila kepercayaan ini telah hilang maka
sesuatu hubungan yang baik sukar untuk dibentuk. Kekurangan ini terhasil daripada
pemisahan yang berlaku seperti di bawah

Pemisahan dari
segi pendidikan

Pemisahan dari
Kontrak Sosial
segi fizikal.

CABARAN
DARI SEGI
SOSIAL

a. Pemisahan dari segi fizikal.

Pemisahan fizikal ini berlaku pada asasnya akibat keadaan geografi yang
memisahkan etnik. Kedudukan yang jauh terpisah telah Ini di tambah lagi oleh dasar
pecah dan perintah yang mengasingkan pemerintahan dan penempatan dimana
orang melayu berada diluar Bandar untuk menjalankan kegiatan ekonomi bertani dan
ke laut. Orang India pula berada di estet dan ladang untuk bekerja disana sedangkan
orang cina berada di Bandar untuk melombong dan menjalankan perniagaan. Untuk
menyempurnakan dasar ini, British telah menyediakan segala kelengkapan termasuk
system pendidikan di tempat yang diasingkan ini. Akibat pemisahan ini, bukan sahaja
merenggangkan hubungan dan interaksi,tetapi juga menguatkan lagi etnosentrisme
dan menimbulkan prasangka antara kaum.

14
b. Pemisahan dari segi pendidikan

Pemisahan ini berlaku pada asalnya apabila kerajaan british memperkenalkan sistem
sekolah vernakular iaitu sekolah mengikut bahasa ibunda masing-masing dalam
menjalankan PdP. Ini kerana pada zaman penjajahan, Tanah Melayu langsung tidak
mempunyai dasar pendidikan yang jelas. Sewaktu zaman pemerintahan British,
mereka telah melaksanakan sistem pendidikan yang berteraskan pendidikan
Inggeris, di mana sekolah-sekolah aliran Inggeris ini mengajar mata pelajaran dalam
bahasa Inggeris.

Pada zaman penjajahan ini, dasar pendidikan tidak menghasilkan


keberkesanan yang positif, terutama untuk perpaduan dan pelaksanaannya
mempunyai banyak kelemahan keranan British pada masa itu hanya mementingkan
kepentingan ekonomi dan kedudukan sendiri sahaja. Pihak Inggeris juga telah
mewujudkan sekolah vernakular Melayu, vernakular Cina dan vernakular Tamil yang
sudah pasti ianya telah menyebabkan masyarakat Melayu, Cina dan India
dipisahkan mengikut sistem persekolahan dan hubungan antara mereka menjadi
semakin renggang. Sekolah-sekolah vernakular ini mempunyai kepentingan
tersendiri bagi setiap kaum atau etnik tersebut. Masalah untuk membentuk
perpaduan menjadi bertambah rumit apabila pihak British tidak memainkan peranan
dengan adil, terutama dari segi layanan yang setaraf kepada semua bangsa atau
kaum.

Selepas Merdeka 1957, Malaysia merupakan sebuah negara baru dan


memulakan zaman untuk mengukuhkan semula pendidikan negara supaya selari
dengan matlamat perpaduan nasional. Akta Pelajaran 1961 merupakan bukti usaha
murni yang dilakukan oleh kerajaan Malaysia bagi mengembalikan semula
kepercayaan rakyat supaya mereka memahami dasar pendidikan yang dilaksanakan
kerajaan adalah demi kepentingan masyarakat Malaysia yang majmuk. Menurut Abu
Bakar Nordin (1994), Laporan Razak 1956 boleh dijadikan sebagai batu loncatan ke
atas dasar dan sistem pendidikan kebangsaan yang mempunyai perubahan positif,
terutama membentuk dan memupuk perpaduan negara. Perpaduan antara
masyarakat majmuk merupakan asas utama yang diberikan oleh kerajaan Malaysia
ketika menggubal dasar pendidikan selepas negara mencapai kemerdekaan pada
tahun 1957.

kesan daripada peristiwa berdarah 13 Mei 1969 telah mengubah landskap


politik, ekonomi dan sosial masyarkat Malaysia di mana selepas peristiwa itu berlaku,

15
pihak kerajaan telah mewujudkan Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang bermatlamat
mencapai perpaduan negara dan integrasi nasional. Peristiwa berdarah ini turut
memberi impak yang besar kepada dasar pendidikan.

Maka, berrmula tahun 2010, sistem pendidikan di Malaysia telah bergerak


seiring dengan keperluan semasa keranan masyarakat juga turut berubah
disebabkan oleh arus permodenan dan globalisasi. Sehingga kini, Malaysia masih
meneruskan kesinambungan sistem persekolah lama dengan mengekalkan sekolah
kebangsaan, sekolah jenis kebangsaan Cina dan sekolah jenis kebangsaan Tamil.
Isu-isu ini telah kerap kali dibincang dan diperdebatkan namun akhirnya tiada jalan
penyelesaian yang dilakukan bagi mengubah kepada sistem persekolahan yang
baru. Isu-isu ini sebenarnya merupkan isu yang sensitif bagi masyarakat Malaysia
yang berbilang bangsa, kerana bukan sesuatu yang mudah untuk mendapatkan
persetujuan daripada masyarkat yang mempunyai pandangan, pendapat dan
kepentingan yang berbeza.

Kewujudan sekolah yang pelbagai aliran ini telah menjejaskan perpaduan


kaum di Malaysia. Kini ianya sudah tidak relevan untuk digunapakai kerana
sekiranya ia masih diteruskan, maka hubungan antara masyarakat Malaysia akan
menjadi semakin pudar dan renggang. Ini kerana sekolah merupakan tempat mula-
mula masyarakat Malaysia yang berbilang bangsa bertemu untuk saling kenal
mengenali.

Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak pernah mengatakan
bahawa beliau bersedia menimbangkan untuk mewujudkan hanya satu sistem
sekolah sahaja yang diguna pakai sekiranya rakyat Malaysia bersetuju untuk
mengikut sistem tersebut. Memang kita tidak dapat nafikan, di dalam usaha
melaksanakan satu-satu dasar baru, kerajaan perlu mengambil kira kehendak rakyat
kerana ingin menggelakkan timbulnya perbalahan dan kesan buruknya akan balik
kepada rakyat dan juga negara. Sehingga kini, masyarakat Malaysia masih belum
bersetuju dan mencapai kata sepakat di dalam menggunakan satu sistem sekolah
sahaja. Masyarakat Cina dan India dilihat masih mahu menggunakan sistem sekolah
pelbagai aliran yang dianggap dapat menjaga bahasa ibunda mereka dan menjamin
hak-hak mereka.

16
Namun pada pendapat saya, idea menubuhkan satu aliran sistem
persekolahan perlu dilaksanakan kerana melaluinya semangat perpaduan di
kalangan rakyat akan dapat dipupuk. Pelaksanaan sistem ini tidak akan
menyebabkan kehilangan identity kaum-kaum tertentu, malah ia akan terus
menyemai semangat perpaduan yang kukuh di kalangan masyarkat Malaysia.
Masyarakat Cina, India dan semua kaum masih boleh mengekalkan penggunaan
bahasa ibunda mereka, walaupun mereka belajar di sekolah yang sama aliran.

c. Kontrak sosial

Kontrak sosial adalah persetujuan yang dicapai sebelum merdeka di kalangan para
pemimpin Melayu, Cina dan India dan parti-parti yang mereka wakili, UMNO, MCA
dan MIC. Kontrak ini diwujudkan idengan tujunan untuk menyelesaikan perbezaan
kepentingan diri atau kelompok masing masing. Ia juga bagi memastikan
kepentingan majoriti dan minoriti di ambil kira tanpa menjejaskan hak dan
kepentingan masing-masing.

Kontrak ini juga akan memastikan persetujuan yang dicapai kekal dan
diwarisi turun-temurun kerana persetujuan dianggap memenuhi kepentingan yang
berpanjangan dan mesti kekal selama-lamanya demi keamanan dan kemakmiran
negara. Ia juga memastikan memastikan setiap pihak yang bersetuju mematuhi dan
menyampaikan kepada generasi seterusnya agar ia tidak bercanggah di masa depan
dan seterusnya akan menimbulkan isu yang dapat menggugat hubungan yang
terbina. Antara isi kandungan kontrak ini ialah yang pertama, Orang Melayu akan
menerima dan mengiktiraf orang Cina dan India sebagai warganegara dimana
seperti yang dicadangkan oleh prinsip Jus Soli dan orang Cina dan India harus
mengiktiraf Bahasa Melayu sebagai bahasa persekutuan. Mereka juga harus
mengiktiraf agama Islam sebagai agama persekutuan serta kedaulatan Raja Raja
Melayu. Orang Cina dan India juga mesti mengiktiraf dan menerima hak
keistimewaan pertuanan orang Melayu.

17
iv. Cabaran dari segi Globalisasi.

Globalisasi merujuk kepada dunia tanpa sempadan dimana perhubungan menjadi


semakin pantas dan cepat. Kita boleh mengetahui keadaan dunia luar dengan
pantas dan cepat dan segala maklumat boleh disalurkan tanpa ada sekatan.
Globalisasi membawa masuk pengaruh dari Barat dari segi ideologi, budaya
hedonism dan nilai negatif, ekonomi bebas, sains dan teknologi yang memusnahkan
dan sistem politik yang dianggap terbaik bagi semua manusia.

Melalui globalisasi, kuasa Barat mengeksport segala macam keburukan yang


merosakkan negara dan alam sekitar, budaya hiburan dan pengeksplotasian sumber
manusia dan bahan mentah. Gejala ini mengakibatkan lenyapnya nilai luhur dan
pemikiran barat diterima secara senang ke dalam masyarakat. Kejayaan mereka ini
dibantu oleh masyarakat tempatan yang menganggap segala yang datang dari barat
adalah baik dan moden. Keadaan ini akan memberi kesan kepada hubungan etnik,
intergrasi, perpaduan, mudah terjadinya konflik dan lebih parah lagi mengundang
rusuhan kaum. Secara tidak langsung, keadaan ini akan memburukan lagi hubungan
etnik di Malaysia

Cabaran globalisasi ini boleh kita rumuskan sebagai satu anasir luar yang
mampu untuk memecahbelahkan perpaduan dalam negara kita. Cabaran globalisasi
ini boleh terdiri dari bermacam-macam perkara, antaranya secara fizikal iaitu
ketenteraan atau serangan, seterusnya serangan pemikiran atau doktrin, dan juga
wujudnya hasutan supaya berpaling tadah terhadap negara sendiri. Antara ketiga-
tiga perkara ini, serangan pemikiran paling banyak sekali berlaku. Hal ini kerana,
kebanyakkan dari kita lebih suka berfikiran berkiblatkan barat. Contoh yang paling
ketara sekali adalah dari segi pemakaian, genre lagu dan fesyen-fesyen rambut.

Disamping itu juga, rakyat negara ini suka terikut-ikut tanpa mempelajari
dengan lebih dalam tentang sesuatu perkara. Contohnya, dalam budaya Punk yang
dibawa oleh barat sebenarnya wujud satu falsafah yang boleh kita adaptasi bagi
meningkatkan semangan patriotik, akan tetapi menyedihkan bagi rakyat Malaysia
terutamanya golongan muda, mereka hanya mengikut penampilan Punk itu sahaja
tanpa mengikuti falsafah dalam Punk itu sendiri. Bak kata pepatah, yang baik jadikan
teladan, yang buruk jadikan sempadan. Tidak salah kita menjadikan barat sebagai
rujukan kita, namun perlulah melihat kepada aspek yang berkait dengan nilai-nilai
murni bangsa Malaysia.

18
v. cabaran dari segi perpaduan

Cabaran seterusnya dalam membentuk dan memelihara hubungan etnik di Malaysia


adalah dari segi perpaduan. Perpaduan merupakan matlamat yang amat penting
bagi semua negara yang merdeka. Hal ini kerana perpaduan adalah satu jaminan
yang terpenting bagi keutuhan sesebuah negara dan pentadbirannya. Di Malaysia,
masalah perpaduan berlaku disebabkan tiadanya persefahaman antara rakyat yang
terdiri dari pelbagai bangsa (2000:288-289).

Hal ini kerana, masyarakat yang pelbagai di Malaysia masih lagi berpegang
teguh kepada peranan tradisional dan nilai-nilai yang terbatas dalam kalangan kaum
itu sendiri. Dalam pada itu, dasar-dasar British pada zaman kolonial juga merupakan
penyumbang kepada berlakunya masalah ini. Pada zaman penjajahan British, tidak
ada satu pun dasar yang tegas untuk menyatukan masyarakat pelbagai kaum ini,
bahkan British bertindak mengasingkan kaum-kaum ini mengikut jenis pekerjaan dan
asas ekonomi yang berbeza. Tindakan British ini mengakibatkan timbul syak
wasangka dan sikap curiga antara satu sama lain dalam kalangan orang Melayu,
orang Cina dan orang India seterusnya mewujudkan jurang pemisah serta
membantutkan proses perpaduan antara etnik-etnik ini.

Selain daripada perpaduan, pembentukan jati diri bangsa juga merupakan


satu daripada cabaran yang dihadapi dalam isu hubungan etnik di Malaysia. Menurut
Kamus Dewan Edisi Keempat, jati diri diertikan sebagai sifat atau ciri yang unik dan
istimewa dari segi adat, bahasa, budaya dan agama yang menjadi teras dan
lambang keperibadian sesuatu bangsa (2010:613) atau dalam bahasa mudahnya jati
diri adalah identiti sesuatu bangsa. Dalam konteks ini, jati diri bangsa ini boleh kita
terjemahkan sebagai jati diri bangsa Malaysia. Antara cabaran dalam memupuk dan
membina jati diri bangsa Malaysia ini adalah berlakunya peristiwa 13 Mei 1969.
Peristiwa ini telah mencerminkan bahawasanya rakyat Malaysia pada masa itu
masih belum memiliki budaya atau jati diri nasional dalam diri mereka. Justeru,
adalah menjadi cabaran buat semua untuk menyemai jati diri bangsa Malaysia dalam
memelihara serta mengekalkan keharmonian hubungan etnik di Malaysia.

19
vi. Cabaran Dari segi keagamaan dan kebudayaan

Perbezaan nilai dan agama setiap kumpulan etnik mempunyai agama, kebudayaan
dan bahasa yang berbeza. Orang Melayu, China dan India terus dengan sistem
hidup yang berteraskan kebudayaan dan tradisi mereka. Setiap kumpulan etnik
mempertahankan kebudayaan dan adat resam mereka, mengutamakan etnik
mereka dan mungkin juga menganggap kebudayaan mereka sahaja yang terbaik.
Selain daripada itu kewujudan akhbar yang pelbagai bahasa dengan mengutamakan
kelompok etnik mereka akan memperkukuhkan lagi perasaan kumpulan etnik
masing-masing.

Faktor cabaran ini merupakan satu faktor yang tidak dapat dielakkan kerana
semua kaum mempunyai kepercayaan,budaya dan agama mereka yang tersendiri.
Setiap kaum mempunyai semangat yang menebal terhadap kebudayaan mereka dan
bahasa mereka. Mereka hanya ingin menggunakan bahasa mereka dan tidak mahu
membuka dunia budaya mereka kerana beranggapan jika terdapat yang lain selain
bangsa mereka. Identity bangsa mereka akan hilang dan tiada lagi keistimewaannya.
Disamping itu,terdapat juga juga batasan dan peraturan sosial yang perlu diambil
kira kerana perbezaan budaya. Ini kerana apabila terdapatnya perbezaan ini, kita
tidak tahu apa yang diperkatakan dan apa yang menjadi dalam kalangan bangsa
lain.

20
KESIMPULAN

Secara kesimpulan, populasi etnik di Malaysia sehingga kini meliputi tiga etnik
terbesar iaitu Melayu, Cina dan India. Pelbagai usaha diambil untuk meneruskan
agenda nasional dan secara tidak langsung memupuk ke arah hubungan etnik yang
harmoni dan bersatu padu. Diantaranya adalah pelaksanaan Wawasan 2020,
pelaksanaan pelan pembangunan lima tahun, Dasar Pelajaran Kebangsaan, Dasar
Kebudayaan Kebangsaan dan sebagainya. Usaha untuk memupuk perhubungan
etnik di negara ini tidak akan mencapai matlamatnya tanpa adanya kerjasama
daripada semua pihak. Dalam era globalisasi terdapat banyak cabaran yang mampu
menggugat perpaduan di kalangan etnik di negara ini. Isu-isu internal dan external
menyumbang kepada kegoyahan hubungan etnik jika tidak ditangani dengan bijak.
Kestabilan ekonomi dan politik merupakan asas kepada perpaduan hubungan etnik.
Perpaduan yang dikecapi pada hari ini perlu dihargai agar terus dirasai oleh generasi
akan datang. Kegagalan mengekalkan perpaduan memudahkan dominasi negara-
negara lain untuk menakluki negara kita. Semua etnik tanpa mengira batas agama,
budaya dan adat perlu belajar daripada sejarah agar sejarah penjajahan yang telah
berlangsung lebih dari seratus tahun tidak akan berulang. Cabaran era globalisasi
hadir tanpa mampu dielak oleh sesebuah negara. Justeru itu, sesebuah negara perlu
bijak dalam membuat perancangan agar dapat mengharungi cabaran yang datang.
Keupayaan sesebuah negara mengharungi cabaran-cabaran dengan baik mampu
menjadikan negara berkenaan sebaris dengan negara-negara maju yang lain.

Oleh itu, usaha untuk mencapai perpaduan dan integrasi kaum di negara ini
bukanlah suatu tugas yang mudah. Proses untuk mencapai perpaduan dan integrasi
mengambil masa yang lama serta memerlukan perancangan yang teliti, tepat dan
bijaksana. Jika dilhat bidang pendidikan adalah merupakan salah satu bidang yang
paling penting dan sesuai untuk mencapai hasrat kerajaan untuk mengeratkan
menyatupadukan serta mengintegrasikan pelbagai kaum. Setiap dasar yang
dilaksanakan oleh kerajaan telah menghadapi tentangan dan cabaran yang berbeza
daripada pelbagai kaum di negara ini. Seringkali faktor sikap mementingkan kaum
sendiri melebihi kepentingan negara menjadi penghalang kejayaan sesuatu dasar.
Justeru itu, untuk mencapai perpaduan kaum secara mutlak semua pihak perlu
meletakkan kepentingan negara melebihi kepentingan diri dan kaumnya. Sekiranya
sikap ini tidak dapat dipraktikkan oleh semua kaum, hasrat untuk mencapai
perpaduan dan integrasi di negara ini hanya menjadi angan-angan yang tidak
mungkin dapat dicapai.

21
RUJUKAN

Harliana Halim. ( ). Hubungan Etnik Di Era Penjajahan Hingga Kemerdekaan.


http://www.scribd.com/doc/13377066/Hubungan-Etnik-Di-Era-Penjajahan-
Hingga-Kemerdekaan-H Di petik pada 01 oktober 2014.

Mohd. Mahadee. (2007). Isu-Isu Kontemporari: Politik dan Media. Titas. Penerbit
Universit Putra Malaysia. Serdang.

Nazaruddin Mohd. Jadi et. Al. (1996). Kenegaraan Malaysia. Sejarah Awal,
Kemerdekaan & Pembentukan Malaysia. Kuala Lumpur. Kumpulan
Budiman Sdn. Bhd.

Nurdeng Deuraseh. (2007). Isu-Isu Kontemporari: Hegemoni Barat dan Globalisasi.


Titas. Penerbit Universiti Putra Malaysia. Serdang.

Marof Redzuan, Mohamad Shatar Sabran & Zahid Emby. (2001). Pengantar
Sosiologi dan Antropologi Sosial. Penerbit Universiti Putra Malaysia.
Serdang.

Modul HNS2013 Kenegaraan Pendidikan Jarak Jauh.(2011). Unit 10 Isu-isu Dan


Cabaran Negara. Tanjung Malim Perak: Universiti Perguruan Sultan Idris.

Mohamad Rodzi Abd Razak, . (2009). Pembinaan negara bangsa Malaysia :Peranan
pendidikan sejarah dan dasar pendidikan kebangsaan. pp. 90-106. ISSN
2180-0251.

Mohd Ridhuan Tee Abdullah.(2010). Cabaran integrasi antara kaum di Malaysia :


perspektif sejarah, keluarga dan pendidikan. Jurnal Hadhari, 2 (1). pp. 61-
84. ISSN 1985-6830.

22
23

S-ar putea să vă placă și