Sunteți pe pagina 1din 11

See

discussions, stats, and author profiles for this publication at: https://www.researchgate.net/publication/283299316

MASALAH PENGURUSAN KAWASAN LAPANG


OLEH PIHAK BERKUASA TEMPATAN DI
MALAYSIA

Conference Paper October 2015

CITATIONS READS

0 1,344

1 author:

Putri Haryati Ibrahim


International Islamic University Malaysia
11 PUBLICATIONS 5 CITATIONS

SEE PROFILE

All content following this page was uploaded by Putri Haryati Ibrahim on 29 October 2015.

The user has requested enhancement of the downloaded file.


PeKS 2015

MASALAH PENGURUSAN KAWASAN LAPANG OLEH PIHAK BERKUASA TEMPATAN DI


MALAYSIA

Oleh,
Putri Haryati Binti Ibrahim, PhD.
Pensyarah Kanan,
Jabatan Senibina Landskap, Kulliyyah Senibina dan Rekabentuk Alam Sekitar, Universiti Islam
Antarabangsa Malaysia. putri@iium.edu.my

Abstrak
Kajian ini dibuat untuk mengenalpasti dan memahami masalah yang dihadapi oleh pihak berkuasa tempatan
di dalam menguruskan kawasan lapang. Walaupun banyak kajian telah dibuat mengenai kepentingan
kawasan lapang kepada kehidupan manusia, sedikit perhatian telah diberikan terhadap isu pengurusan
kawasan lapang di peringkat kerajaan tempatan. Jabatan Perancangan Bandar dan Desa, Semenanjung
Malaysia (FDTCP) telah menghasilkan piawaian perancangan dan garis panduan untuk menyelia
pembangunan kawasan lapang di Semenanjung Malaysia. Malangnya, penyediaan kawasan lapang di dalam
pembangunan sering dilihat sebagai tidak penting. Kajian ini memberi tumpuan terhadap pengurusan
kawasan lapang oleh 98 pihak berkuasa tempatan di Semenanjung Malaysia yang termaktub di bawah Akta
Perancangan Bandar dan Desa 1976 (Akta 172). Sebanyak 240 responden (bersamaan dengan 52.6%) telah
menjawab borang soal selidik bagi membolehkan kajian mendapat maklumat berkenaan pengurusan
kawasan lapang yang melibatkan aspek penyediaan, pembangunan, penguatkuasaan polisi serta proses
pewartaan kawasan terbabit. Analisa kajian memberi tumpuan kepada masalah-masalah yang dihadapi
oleh pihak berkuasa tempatan di dalam menguruskan kawasan lapang di kawasan pentadbiran mereka.
Hasil kajian mendapati ketersediaan tanah lapang, kekurangan peruntukan, pematuhan polisi dan proses
pewartaan yang kurang efektif merupakan halangan utama yang sering dihadapi oleh pihak berkuasa
tempatan berkaitan dengan isu pengurusan kawasan lapang. Sebagai pelaksana dasar Kerajaan, pihak
berkuasa tempatan perlu mengatasi masalah-masalah ini bagi merealisasikan objektif pembangunan
mampan dan hijau untuk masa akan datang.

Keywords: Pengurusan Kawasan Lapang, Pihak Berkuasa Tempatan.

1.0 PENGENALAN
Menurut Zainuddin (1999), Melasutra (2003) dan Mohd Khir (2008), pembangunan bandar sering
kali dilihat memberikan banyak kesan yang negatif. Walaubagaimanapun, tidak dapat dinafikan bahawa
pembangunan bandar turut menyumbang ke arah kebaikan sekiranya pembangunan tersebut dirancang dan
dilaksana dengan sempurna. Kajian ini percaya bahawa sistem perancangan bersepadu dan pengurusan yang
berkesan amat perlu untuk memastikan kewujudan sebuah pembangunan yang memenuhi keperluan semasa
tanpa menjejaskan aspek-aspek lain seperti keperluan penduduk dan kelestarian alam sekitar. Oleh sebab itu,
langkah-langkah perlu diambil untuk memastikan pemuliharaan dan kelestarian kawasan lapang tidak akan
terjejas akibat daripada pembangunan yang pesat terutama di bandar-bandar besar. Tidak boleh dinafikan,
perancangan pembangunan terutamanya di bandar-bandar besar memerlukan perancangan yang
komprehensif untuk memastikan kejayaan dan kemampanan tercapai. Kajian Mohd Razali (1993) dan Mohd
Khir (2008) menegaskan bahawa objektif utama perancangan bandar adalah untuk menyediakan keselesaan,
persekitaran yang harmoni dan sejahtera kepada penduduk bandar. Ketenangan dan keharmonian di kalangan
masyarakat boleh dicapai melalui jumlah kawasan lapang yang mencukupi bagi semua penduduk bandar
untuk berekreasi dan berinteraksi antara satu sama lain (Melasutra, 1998; 2003). Atas sebab itulah selari
dengan objektif perancangan bandar yang disebut oleh Mohd Razali (1993) dan Mohd Khir (2008), semua
pihak yang terlibat di dalam pembangunan harus menyediakan persekitaran hidup yang selesa dan sempurna
kepada penduduk yang terlibat.

2.0 KAJIAN LAMPAU


Pihak berkuasa tempatan (PBT) bertanggungjawab untuk memberi khidmat dan memenuhi
keperluan awam kerana itu merupakan tugas utama mereka kepada pembayar cukai. Walaubagaimanapun, di
dalam usaha untuk memenuhi keperluan-keperluan tersebut terdapat beberapa halangan yang terpaksa
dihadapi oleh pihak PBT yang kadang kala menghalang mereka daripada memberikan perkhidmatan yang
lebih baik. Antara kajian lampu berhubung masalah yang dihadapi oleh PBT berkaitan isu pengurusan
kawasan lapang adalah kekurangan tanah (Bayliss, 1971; Carson, 1972), kekurangan peruntukan kewangan
(Melasutra, 1998; Phang, 2000; Nor Azian, 2008), kepatuhan pemaju terhadap polisi kawasan lapang

180
PeKS 2015

(Melasutra, 1998; Idris, 2010) serta kerenah birokrasi (Bengston et al., 2004; Idris, 2010). Kadang kala,
masalah-masalah ini tidak dapat diatasi dan dibiarkan berterusan menyebabkan PBT mendapat maklum balas
negatif daripada penduduk awam seterusnya dilabel tidak cekap. Sehubungan itu, kajian ini akan memberi
fokus kepada halangan yang dihadapi oleh pihak PBT di dalam pengurusan kawasan lapang di kawasan
pentadbiran mereka.
2.1 Kekurangan Tanah Sedia Ada
Menurut Bayliss (1971) selain daripada keupayaan pembinaan, ketersediaan tanah
merupakan perkara utama yang mendapat pertimbangkan di dalam skop dan bidang alam bina. Isu
utama yang dihadapi oleh kebanyakan bandar-bandar besar ialah kekurangan tanah akibat daripada
pembangunan berterusan untuk memenuhi keperluan penduduk bandar. Antara pembangunan yang
mendapat permintaan yang tinggi ialah kediaman, institusi, komersial dan juga pembangunan
perindustrian. Oleh kerana ketersediaan tanah di kawasan bandar merupakan masalah yang kritikal,
kajian Carson (1972) menunjukkan bahawa adalah sukar untuk mendapatkan tanah di kawasan
bandar yang boleh digunakan di lokasi yang tepat, pada masa yang sesuai, dalam kuantiti yang
mencukupi, dan setimpal dengan harga pembangunan yang diperlukan. Pertumbuhan pesat dan
berterusan telah menyebabkan kawasan bandar menjadi tepu kerana kekurangan tanah untuk
dibangunkan. Oleh sebab itu, kebanyakan PBT yang terletak di kawasan bandar menghadapi
masalah di dalam penyediaan kawasan lapang kerana menghadapi masalah ketersediaan tanah yang
bersesuaian untuk dijadikan kawasan rekreasi awam.

2.2 Kekurangan Peruntukan Kewangan


Kajian Melasutra (1998), Phang (2000), dan Nor Azian (2008) menunjukkan bahawa
kekangan kewangan merupakan salah satu masalah yang sering dihadapi oleh PBT di Malaysia.
Menurut Phang (2000) sumber kewangan PBT adalah sangat terhad kerana PBT bergantung
sepenuhnya kepada kutipan cukai taksiran yang perlu dibayar penduduk di kawasan pentadbiran
mereka untuk setiap tahun. Cukai yang dibayar digunakan untuk menyediakan perkhidmatan,
membangun dan menguruskan infrastruktur serta menjaga kebajikan penduduk. Perlu dinyatakan
bahawa tidak semua PBT mempunyai hasil cukai yang tinggi. Dalam beberapa kes, di dapati
terdapat sesetengah PBT mempunyai perbelanjaan melebihi kutipan cukai tahunan. Sehubungan itu,
Phang (2000) menegaskan bahawa kadang kala PBT terpaksa bergantung kepada peruntukan
daripada Kerajaan Persekutuan dan Negeri untuk membantu mengurangkan masalah kewangan yang
disebabkan oleh cukai yang terhad. Selain daripada menguatkuasa polisi kawasan lapang kepada
pemaju, adalah menjadi tanggungjawab PBT untuk menyediakan kawasan rekreasi bagi memenuhi
keperluan penduduk. Kajian Nor Azian (2008) mengesahkan bahawa PBT di Malaysia menerima
banyak permintaan untuk penyediaan kawasan lapang awam bagi tujuan rekreasi. PBT tidak boleh
bergantung semata-mata kepada penyediaan kawasan lapang oleh pemaju. Mereka perlu
menyediakan sedikit peruntukan kewangan daripada cukai yang dikutip bagi tujuan penyediaan dan
pembangunan kawasan lapang di kawasan pentadbiran mereka. Menurut Melasutra (1998), jumlah
dan kualiti kawasan lapang di Malaysia sangat rendah. Perkara ini berlaku disebabkan oleh masalah
kewangan yang dihadapi oleh pihak berkuasa yang bertanggungjawab menjalankan tugas ini.

2.3 Pematuhan Pemaju Terhadap Polisi Kawasan Lapang


Sebagai agen pelaksana dasar Kerajaan, PBT sangat bergantung kepada kakitangan mereka
untuk melaksana dan menguatkuasa polisi kawasan lapang dengan sebaik mungkin. Walau
bagaimanapun, kadang kala agak sukar untuk mendapat kerjasama daripada pemaju untuk
mematuhi syarat-syarat penyediaan kawasan lapang yang dikenakan mengikut polisi sedia ada.
Menurut Melasutra (1998), ia telah menjadi perkara biasa bagi pemaju untuk menyediakan SLOAP
(Space Left Over Selepas Perancangan) dan bukan kawasan lapang. SLOAP tidak boleh dikira
sebagai kawasan lapang kerana ia merupakan ruang-ruang hijau di tepi jalan yang disediakan bagi
tujuan landskap dan kawasan-kawasan lereng bukit. Salingaros (2005) pula menyatakan bahawa
kawasan lapang sering digunakan untuk tujuan menutupi kawasan-kawasan lebihan pada pelan. Ini
sering berlaku kerana mereka merasakan kawasan lapang tidak mempunyai kepentingan yang tinggi
di dalam aspek perancangan. PBT juga menghadapi masalah apabila kualiti kawasan lapang yang
disediakan hanyalah untuk memenuhi syarat-syarat kebenaran merancang (Idris, 2010).
Perancangan kawasan lapang kadang kala diletakkan di lokasi yang tidak sesuai seterusnya
menjadikan ia tidak kondusif dan tidak berfungsi. Amalan ini tidak boleh diguna pakai kerana
kawasan lapang mempunyai fungsi sebagai tempat untuk orang ramai bersosial dan berinteraksi.
Kawasan lapang sangat penting untuk dipelihara dan dikekalkan terutama di bandar kerana kawasan
ini merupakan satu-satunya tempat untuk penduduk bandar melepaskan tekanan menjalankan
aktiviti riadah. Atas sebab inilah PBT perlu melaksanakan perancang yang bersifat intuitif kerana

181
PeKS 2015

semasa pemprosesan pelan susun atur, adalah penting bagi PBT untuk memastikan bahawa bahawa
penyediaan kawasan lapang oleh pemaju memenuhi syarat-syarat yang dinyatakan di dalam polisi
kawasan lapang sedia ada.

2.4 Kerenah Birokrasi


Masalah terakhir yang berkaitan dengan pengurusan kawasan lapang yang dihadapi oleh
PBT ialah isu birokrasi. Kajian Bengston et al. (2004) menyatakan bahawa untuk menyediakan
perkhidmatan yang lebih baik kepada orang ramai, kerjasama yang baik antara setiap pembuat dasar
yang berbeza amat diperlukan. Begitu juga dengan isu pengurusan kawasan lapang. Sasaran
kerajaan untuk menyediakan dua hektar kawasan lapang bagi setiap 1000 orang penduduk bandar
menjelang tahun 2020 memerlukan kerjasama daripada banyak pihak. Kajian yang dijalankan oleh
Idris (2010) mengesahkan bahawa proses pewartaan kawasan lapang mengambil masa yang sangat
panjang kerana ia melibatkan pelbagai pihak. Setelah Sijil Kelayakan Menduduki (CFO) diberikan
kepada pemaju, kawasan lapang yang telah disediakan perlu diserahkan kepada PBT untuk diambil
alih dan diselenggara. Walau bagaimanapun, pemaju kadang kala mengabai atau sengaja melambat-
lambatkan proses penyerahan kawasan lapang kepada pihak PBT. Ini berlaku kerana menurut Idris
(2010), tidak ada peruntukan undang-undang yang jelas menyatakan bahawa pemaju mempunyai
tanggungjawab untuk menyerahkan kawasan tersebut kepada pihak PBT. Oleh sebab itu, PBT tidak
mempunyai kuasa untuk mengenakan apa-apa tindakan melalui proses undang-undang kepada
pemaju bagi mempercepatkan penyerahan kawasan lapang terbabit. Kajian juga merasakan bahawa
kerjasama yang lebih baik amat diperlukan daripada pihak PBT, Pejabat Tanah dan Daerah serta
Pejabat Tanah dan Galian supaya proses pewartaan kawasan lapang boleh dipercepatkan.

Berdasarkan masalah yang dinyatakan melalui kajian lampau oleh penyelidik terdahulu, kajian ini bertujuan
untuk memahami halangan yang dihadapi oleh PBT di dalam pengurusan kawasan lapang di kawasan
pentadbiran mereka. Walaupun agak sukar bagi PBT untuk menyelesaikan masalah tersebut secepat
mungkin, cadangan penyelesaian daripada kajian ini amat diperlukan. Di dalam mengenalpasti permasalahan
kajian dan pemahaman terhadap bagaimana masalah tersebut berlaku, sub-topik yang berikut akan
membincangkan langkah-langkah bagaimana untuk mengatasi masalah kajian yang dinyatakan di atas.

3.0 KAEDAH KAJIAN


Fokus kajian ini adalah mengenai pengurusan kawasan lapang oleh pembuat keputusan dan
perancangan di peringkat kerajaan tempatan. Responden yang terlibat dalam kajian ini merupakan Pegawai
Perancang Bandar (PPB) dan Penolong Pegawai Perancang (PPP) yang bekerja di PBT di Semenanjung
Malaysia. Borang soal selidik telah diedarkan untuk tempoh tiga bulan bermula 1 Januari 2011 dan berakhir
pada 31 Mac 2011 dengan menggunakan kaedah pos. Kaji selidik berjaya mendapatkan saiz sampel sebanyak
240 unit dengan kadar respons 52.6% daripada 98 PBT di Semenanjung Malaysia. Bahagian pertama kajian
ini melihat kepada maklumat peribadi responden seperti jantina, umur, jawatan dan status majlis (Majlis
Bandaraya, Majlis Perbandaran, Majlis Daerah). Seksyen 1 kaji selidik merangkumi soalan berkaitan
penyediaan kawasan lapang, Seksyen 2 membincangkan pelaksanaan polisi kawasan lapang. Akhir sekali,
Seksyen 3 akan membincangkan tentang isu pewartaan kawasan lapang.

Kajian ini telah memilih ujian independent sample t-test untuk membandingkan skor antara jawatan
responden iaitu Pegawai Perancang Bandar (PPB) dan Pembantu Pegawai Perancang (PPP) serta lokasi
(bandar dan luar bandar) tempat bekerja terhadap masalah-masalah yang dihadapi di dalam isu pengurusan
kawasan lapang. Tujuannya adalah untuk menyiasat sama ada PPB dan PPP yang bekerja di kawasan bandar
dan luar bandar mempunyai pendapat yang sama mengenai masalah yang dihadapi oleh organisasi mereka.
Selain daripada ujian independent sample t-test, kajian ini juga telah menggunapakai ujian ANOVA sehala
untuk meninjau kesan antara tiga kategori majlis iaitu Majlis Bandaraya, Majlis Perbandaran dan Majlis
Daerah terhadap pembolehubah bersandar yang berkaitan dengan masalah yang dihadapi oleh pihak PBT di
dalam isu pengurusan kawasan lapang di kawasan pentadbiran mereka.

4.0 DAPATAN KAJIAN


Dapatan kajian menunjukkan responden lelaki membentuk majoriti (59.6%) daripada respon; baki
40.4% merupakan responden perempuan. Purata umur responden adalah 35 tahun. Pegawai Perancang
Bandar (PPB) merupakan majoriti kumpulan responden dengan 57.5% manakala baki 42.5% adalah terdiri
daripada Pembantu Pegawai Perancang (PPP). Responden yang terlibat di dalam soal selidik meliputi tiga
kategori majlis iaitu Majlis Bandaraya, Majlis Perbandaran dan Majlis Daerah. Majoriti daripada responden
bekerja di Majlis Perbandaran (43.9%); diikuti dengan Majlis Daerah (43.1%) dan 13% daripada responden
bekerja di Majlis Bandaraya. Dapatan kajian akan membincangkan masalah yang dihadapi oleh PBT di

182
PeKS 2015

dalam pengurusan kawasan lapang di kawasan pentadbiran masing-masing. Sebagai kakitangan Jabatan
Perancangan PBT, majoriti responden mempunyai pengalaman yang luas yang melibatkan penyediaan dan
pelaksanaan polisi kawasan lapang terutamanya perkara yang berkaitan dengan kelulusan kebenaran
merancang. Melalui borang soal selidik, responden diminta untuk mengetengah dan berkongsi masalah yang
dihadapi berkaitan dengan penyediaan dan pelaksanaan polisi kawasan lapang di tempat mereka bekerja.
Berikut adalah masalah-masalah yang sering dihadapi pihak PBT di dalam penyediaan dan pelaksanaan
polisi kawasan lapang.

4.1 Penyediaan Kawasan Lapang oleh PBT


Tanah merupakan salah satu contoh sumber semula jadi yang mempunyai nilai yang tinggi
dan akan meningkat dari masa ke semasa. Oleh sebab itu, bagi kawasan-kawasan yang menghadapi
masalah kekurangan tanah akibat daripada pembangunan yang pesat, kawasan lapang dan kawasan
rekreasi dianggap sangat berharga terutama di kawasan bandar. Bagi menentukan sama ada andaian
bahawa; kawasan bandar mempunyai kurang kawasan lapang berbanding dengan kawasan luar
bandar, kajian ini telah menjalankan ujian independent sample t-test bagi pemboleh ubah lokasi
tempat bekerja responden terhadap ketersediaan kawasan lapang sedia ada di kawasan pentadbiran
Majlis.

Jadual 4.1: Ketersediaan kawasan lapang sedia ada di antara kawasan bandar dan luar bandar
Levene's Test for Equality
t-test for Equality of Means
of Variances
Sig.
F Sig. t df Mean Difference
(2-tailed)
Equal variances
0.443 0.506 0.525 235 0.600 0.153
assumed

Hasil ujian independent sample t-test menunjukkan bahawa output Levene bagi kesamaan ujian
varians menunjukkan bahawa data telah sedikit melanggar andaian kehomogenan varians dengan
nilai p=0.506. Walaubagaimanapun, anehnya tidak ada perbezaan yang signifikan di dalam skor min
bagi ketersediaan kawasan lapang bagi kawasan bandar (min: 2.52; sd: 2,228) dan kawasan luar
bandar (min: 2.36; sd: 2,172) seperti yang ditunjukkan di dalam Jadual 4.1. Ini menunjukkan
bahawa kedua-dua kumpulan responden mempunyai pendapat yang sama bahawa bilangan kawasan
lapang awam sedia ada yang terdapat di kawasan tempat mereka bekerja tidak mencukupi. Selain
daripada ketersediaan kawasan lapang di kawasan pentadbiran PBT, kajian ini juga berminat untuk
mengetahui sama ada pihak PBT menghadapi masalah untuk menampung permintaan daripada
orang ramai bagi penyediaan lebih banyak kawasan lapang awam. Statistik deskriptif di dalam
Jadual 4.2 menunjukkan bahawa hampir tiga perempat daripada responden (73.0%) bersetuju
bahawa PBT menerima banyak permintaan daripada orang ramai bagi penyediaan lebih banyak
kawasan lapang awam.

Jadual 4.2: Penyediaan lebih banyak kawasan lapang awam


PBT menerima permintaan yang tinggi bagi
Jumlah Responden %
penyediaan kawasan lapang awam
Setuju 162 73.0
Tidak Pasti 14 6.3
Tidak Bersetuju 46 20.7
JUMLAH 222 100

Ujian independent sample t-test juga telah yang dijalankan berhubung isu ini. Walaubagaimanapun,
dapatan kajian menunjukkan bahawa skor min bagi responden yang bekerja di kawasan bandar dan
luar bandar adalah tidak signifikan berhubung isu permintaan penyediaan kawasan lapang. Ini
bermakna kedua-dua kumpulan responden (PP dan PPP) mengesahkan bahawa organisasi tempat
mereka bekerja menghadapi masalah yang sama iaitu penyediaan kawasan lapang awam yang
mencukupi seperti yang dituntut oleh orang ramai. Oleh itu boleh dikatakan bahawa lokasi tempat
responden bekerja merupakan faktor yang tidak penting. PBT berhadapan dengan masalah
permintaan yang tinggi sama ada di bandar mahupun kawasan luar bandar bagi penyediaan lebih
banyak kawasan lapang awam di kawasan pentadbiran masing-masing.

183
PeKS 2015

Jadual 4.3: Keperluan untuk mendapatkan tanah sebagai kawasan lapang


PBT perlu membeli tanah yang sesuai untuk
Jumlah Responden %
menyediakan kawasan lapang kegunaan awam
Setuju 138 58.0
Tidak Pasti 57 23.9
Tidak Bersetuju 43 18.1
JUMLAH 238 100

Memandangkan pihak PBT banyak menerima permintaan bagi penyediaan kawasan lapang untuk
kegunaan orang ramai, kajian ini berpendapat mungkin sudah tiba masa bagi pihak PBT untuk
mencari alternatif lain untuk mengatasi masalah ini. Salah satu cara adalah dengan mengenal pasti
tanah-tanah yang berpotensi untuk ditukarguna sebagai kawasan lapang. Kajian ini cuba untuk
mendapatkan pandangan responden mengenai persoalan sama ada mereka fikir sudah tiba masa bagi
pihak PBT untuk mencari atau membeli tanah (persendirian) sebagai alternatif untuk menyelesaikan
masalah kekurangan tanah sedia ada bagi penyediakan kawasan lapang awam. Keputusan dalam
Jadual 4.3 menunjukkan statistik deskriptif bahawa lebih separuh daripada responden (58.0%)
bersetuju bahawa PBT perlu bertindak untuk memperoleh atau membeli tanah yang sesuai sebagai
alternatif untuk menyediakan kawasan lapang untuk kegunaan awam.

4.2 Penyelenggaraan Kawasan Lapang


Umum sedia maklum bahawa cukai taksiran adalah sumber utama pendapatan bagi semua
PBT. Oleh itu, bagi PBT yang memperolehi jumlah kutipan cukai taksiran yang rendah akan
menghadapi masalah untuk mengekalkan kawasan lapang. Ini kerana hasil cukai yang dikumpul
akan digunakan untuk membangunkan infrastruktur seperti jalan raya, pengurusan sisa pepejal serta
perkhidmatan pembersihan di kawasan pentadbiran mereka. Dapatan kajian di dalam Jadual 4.4
menunjukkan bahawa 81.1% responden bersetuju bahawa penyediaan dan penyelenggaraan
kawasan lapang awam merupakan satu masalah yang besar sekiranya PBT tidak mempunyai sumber
kewangan yang mencukupi. Walaupun Jadual 4.4 menunjukkan bahawa PBT mendapat permintaan
yang tinggi bagi penyediaan lebih banyak kawasan lapang, responden berpendapat bahawa
peruntukan kewangan adalah amat penting kerana bajet yang mencukupi akan memastikan kawasan
lapang yang mencukupi dapat disediakan. Selain itu peruntukan yang tinggi juga amat diperlukan
bagi menjamin kemampanan kawasan lapang yang telah disediakan.

Jadual 4.4: Kekurangan peruntukan menyedia dan menyeleggara kawasan lapang


PBT menghadapi masalah untuk menyedia dan
Jumlah Responden %
menyelenggara kawasan lapang
Setuju 193 81.1
Tidak Pasti 36 15.1
Tidak Bersetuju 9 3.8
JUMLAH 238 100

4.3 Perlaksanaan Polisi Kawasan Lapang.


Daripada semua masalah yang dinyatakan oleh responden, masalah yang paling biasa yang
dihadapi oleh PBT berkaitan dengan pelaksanaan polisi kawasan lapang adalah untuk memastikan
pemaju mematuhi kesemua syarat yang telah ditetapkan di dalam polisi yang dinyatakan. Selalunya
terdapat dua isu biasa yang timbul apabila membincangkan mengenai pemaju dan kawasan lapang.
Pertama adalah mengenai isu pematuhan pemaju dengan syarat penyediaan kawasan lapang. Kedua
adalah mengenai langkah-langkah yang sering digunakan pemaju untuk mengelakkan daripada perlu
menyediakan kawasan lapang di peringkat permohonan kebenaran merancang.

Soalan berikut telah direka untuk mengkaji pendapat responden berhubung, sama ada mereka
bersetuju bahawa pematuhan kepada polisi kawasan lapang oleh pemaju adalah hanya di peringkat
kelulusan kebenaran merancang. Ujian independent sample t-test menunjukkan bahawa terdapat
perbezaan statistik yang signifikan bagi skor PP (min: 5.55; sd: 1,445) dan PPP (min: 6.05; sd:
0,906) (t = -3,275, p = 0.001). Jadual 4.5 mempamerkan output Levene bagi persamaan varians
ujian juga menunjukkan bahawa data telah sedikit melanggar andaian varians yang sama dengan
nilai p 0.000. Ini menunjukkan bahawa PP dan PPP mempunyai pandangan yang sedikit berbeza
dari segi pematuhan pemaju terhadap polisi kawasan lapang.

184
PeKS 2015

Jadual 4.5: Pendapat antara PP dan PPP terhadap pematuhan pemaju ke atas polisi kawasan lapang
Levene's Test for Equality
t-test for Equality of Means
of Variances
Sig.
F Sig. t df Mean Difference
(2-tailed)
Equal variances not
15.707 0.000 -3.275 228.941 0.001 -.504
assumed

Statistik deskriptif yang dijalankan telah menunjukkan bahawa 89.5% responden bersetuju bahawa
tahap pematuhan kepada dasar kawasan lapang semasa oleh pemaju adalah sangat rendah. Hasil
ujian independent sample t-test mendapati skor min yang lebih tinggi telah diperolehi bagi PPP
berbanding PP berkaitan dengan pematuhan pemaju terhadap polisi kawasan lapang sedia ada. PPP
didapati lebih kerap perlu berurusan dengan pemaju yang ingkar untuk menyediakan kawasan
lapang berbanding PP. Kajian percaya ini terjadi kerana PPP merupakan individu pertama yang
bertanggungjawab untuk menyemak setiap permohonan perancangan dengan teliti sebelum
menyerahkan kepada ketua mereka iaitu PP. Sebelum kebenaran merancang diberikan, PPP
dikehendaki membuat lawatan ke tapak projek yang dicadangkan, mengadakan perjumpaan dan
perbincangan lebih kerap dengan pemaju mengenai isu penyediaan kawasan lapang bagi
pembangunan yang dipohon.

Seterusnya, ujian ANOVA sehala telah dijalankan untuk meninjau sama ada status Majlis memberi
kesan atau tidak terhadap isu pematuhan pemaju di dalam penyediaan kawasan lapang. Subjek
dibahagikan kepada tiga kumpulan mengikut kategori Majlis iaitu Majlis Bandaraya, Majlis
Perbandaran Dan Majlis Daerah.

Jadual 4.6: Pematuhan pemaju terhadap polisi kawasan lapang sedia ada
Sum of Squares df Mean Square F Sig.
Between Groups 9.485 2 4.743 3.034 .050
Within Groups 367.338 235 1.563
Total 376.824 237

Jadual 4.6 menunjukkan keputusan ujian ANOVA sehala bagi pematuhan pemaju terhadap polisi
penyediaan kawasan lapang mengikut taraf majlis. Hasil kajian telah menunjukkan bahawa terdapat
perbezaan yang signifikan antara tiga kumpulan majlis [F (2,235) = 3,034, p = 0.050]. Analisis
statistik deskriptif menunjukkan terdapat perbezaan di antara skor min. Majlis Daerah mempunyai
skor min yang paling tinggi diikuti oleh Majlis Perbandaran dan Majlis Bandaraya. Output Levene
untuk persamaan varians ujian adalah 0.002 yang menunjukkan bahawa data telah melanggar
andaian varians. Walaupun mencapai statistik yang signifikan, saiz kesan yang dikira menggunakan
eta kuasa dua hanyalah 0.025. Menurut Cohen (1988), nilai eta kuasa dua bagi 0.025 dianggap kecil.
Ini bermakna hanya 2.5% daripada varians dalam pematuhan terhadap polisi kawasan lapang
dijelaskan oleh perbezaan antara taraf atau kategori sesebuah Majlis.

Jadual 4.7: Perbezaan pelbagai antara kepatuhan pemaju terhadap polisi kawasan lapang sedia ada
95% Confidence
Interval
(I) Status Majlis (J) Status Majlis
Perbezaan Lower Upper
Min (I-J) Std. Error Sig. Bound Bound
Majlis Bandaraya Majlis Perbandaran -.399 .256 .266 -1.00 .20
*
Majlis Daerah -.619 .256 .043 -1.22 -.02
Majlis Perbandaran Majlis Bandaraya .399 .256 .266 -.20 1.00
Majlis Daerah -.221 .174 .414 -.63 .19
*
Majlis Daerah Majlis Bandaraya .619 .256 .043 .02 1.22
Majlis Perbandaran .221 .174 .414 -.19 .63
*. Perbezaan min adalah signifikan pada aras 0.05.

185
PeKS 2015

Seterusnya, kajian telah membuat perbandingan Post Hoc menggunakan ujian Tukey untuk
mengetahui kumpulan yang mempunyai perbezaan yang paling ketara. Hasil ujian ANOVA sehala
menunjukkan bahawa perbezaan antara kumpulan Majlis Bandaraya dan Majlis Perbandaran dan
kumpulan Majlis Perbandaran dan Majlis Bandaraya tidak ketara secara statistik. Walau
bagaimanapun, seperti yang ditunjukkan dalam Jadual 4.7 perbezaan min adalah signifikan antara
kumpulan Majlis Bandaraya dan Majlis Daerah (p = 0.043). Ini menunjukkan bahawa pematuhan
pemaju bagi penyediaan kawasan lapang mempunyai perbezaan kumpulan yang besar mengikut
tempat responden bekerja iaitu antara Majlis Bandaraya dan Majlis Daerah.

Selain daripada meneliti pandangan responden terhadap pematuhan penyediaan kawasan lapang
oleh pihak pemaju, kajian ini juga berminat untuk menyiasat kaedah yang biasa digunapakai pemaju
untuk mengelak daripada perlu menyediakan kawasan lapang di dalam cadangan pembangunan
yang dipohon. Ujian independent sample t-test telah dijalankan untuk membandingkan skor PP dan
PPP berkaitan isu kecenderungan pemaju untuk membahagikan lot tanah asal cadangan
pembangunan kepada saiz yang lebih kecil bagi mengelakkan daripada dikenakan syarat penyediaan
kawasan lapang. Hasil ujian independent sample t-test menunjukkan tidak ada perbezaan skor yang
signifikan antara respondent yang bekerja di bandar mahupun di luar bandar. Ini bermakna jawatan
yang disandang responden tidak mempengaruhi pandangan mereka tentang isu tersebut. Walau
bagaimanapun, keadaan yang berbeza berlaku apabila ujian independent sample t-test dijalankan
mengikut lokasi tempat responden bekerja bagi isu kecenderungan pemaju untuk membahagikan lot
tanah kepada saiz yang lebih kecil bagi mengelak dikenakan syarat penyediaan kawasan lapang.

Jadual 4.8: Kecenderungan pemaju untuk membahagikan tanah di antara kawasan bandar dan luar bandar
Levene's Test for Equality
t-test for Equality of Means
of Variances
Sig.
F Sig. t df Mean Difference
(2-tailed)
Equal variances not
6.884 0.009 -2.823 232.596 0.005 -0.405
assumed

Jadual 4.8 menunjukkan keputusan pandangan responden apabila isu tersebut diketengahkan.Satu
perbezaan yang signifikan antara skor responden yang bekerja di kawasan bandar (min: 5.73; sd:
1,259) dan responden yang bekerja di kawasan luar bandar (min: 6.14; sd: 0,947); (t = -2,823, p =
0.005). Output Levene bagi kesamaan ujian varians menunjukkan bahawa data telah sedikit
melanggar andaian kehomogenan varians dengan nilai p = 0.009. Keputusan menunjukkan bahawa
responden yang bekerja di kawasan luar bandar mempunyai skor min yang lebih tinggi (6.14
daripada 7.0) ke arah 'sangat setuju' dengan soalan adakah anda bersetuju bahawa pemaju
mempunyai kecenderungan untuk membahagikan lot tanah kepada saiz minimum bagi mengelak
dikenakan syarat penyediaan kawasan lapang. Ini kemungkinan berlaku kerana responden yang
bekerja di kawasan luar bandar sering berhadapan dengan permasalahan ini berbanding responden
yang bekerja di kawasan bandar.

4.4 Pewartaan Kawasan Lapang


Di dalam isu penyediaan dan pelaksanaan polisi kawasan lapang, PBT hanya boleh
melaksanakan tanggungjawab mereka bagi perkara-perkara yang terletak di bawah bidang kuasa
mereka. Perkara-perkara yang berada di luar daripada bidang kuasa pentadbiran PBT seperti
pewartaan kawasan lapang adalah di bawah tugas agensi lain. Pihak Berkuasa Negeri (PBN)
merupakan agensi yang bertanggungjawab di dalam perkara pewartaan. Jadual 4.9 menunjukkan
53.8% daripada responden menyatakan bahawa PBN adalah agensi yang paling bertanggungjawab
dalam proses pewartaan kawasan lapang.

Jadual 4.9: Agensi bertanggungjawab untuk proses pewartaan


Agensi bertanggungjawab proses Jumlah
%
pewartaan kawasan lapang Responden
1. Pihak Berkuasa Negeri 120 53.8
Pihak Berkuasa Tempatan 57 25.6
2. Pemaju 46 20.6
JUMLAH 223 100

186
PeKS 2015

Ini benar kerana di peringkat PBT, Jabatan Perancang akan memohon proses pewartaan kawasan
lapang setelah kawasan tersebut diserahkan oleh pemaju selepas tamat tempoh pembinaan dan
penyelenggaraan. Sebaik sahaja permohonan itu dikemukakan kepada Pejabat Tanah (yang berada
di bawah PBN), kakitangan Pejabat Tanah perlu memeriksa dan mewartakan kawasan lapang
tersebut. Kajian ini seterusnya ingin mengetahui pendapat responden berkenaan proses pewartaan
kawasan lapang. Responden diminta menyatakan persetujuan dengan soalan adakah mereka
bersetuju bahawa kelestarian kawasan lapang awam boleh terjejas akibat daripada proses
pewartaan tidak berkesan.

Jadual 4.10: Proses pewartaan yang tidak efektif


Proses pewartaan yang sangat lama menjejaskan Jumlah
%
kelestarian kawasan lapang Responden
Setuju 180 75.6
Tidak Pasti 31 13.0
Tidak Bersetuju 27 11.3
JUMLAH 238 100

Keputusan dalam Jadual 4.10 menunjukkan bahawa lebih daripada tiga perempat daripada
responden (75.6%) bersetuju bahawa prosedur pewartaan kawasan lapang yang amat lama boleh
menjejeskan kelestarian kawasan lapang kerana kawasan tersebut masih boleh dibangunkan untuk
lain-lain jenis pembangunan di masa akan datang. Oleh itu adalah jelas bahawa untuk mengekalkan
kemampanan kawasan lapang yang amat berharga ini, proses pewartaan perlu dipercepatkan.
Menurut JBPD (2009) masa yang diambil untuk proses pewartaan adalah 3 tahun yang boleh
dianggap sangat tidak produktif. Oleh itu, kajian ini percaya bahawa PBN perlu mengambil tindakan
segera untuk menyelesaikan masalah pewartaan kawasan lapang ini.

5.0 PERBINCANGAN
Dapatan kajian telah membuktikan andaian bahawa; kawasan luar bandar mempunyai lebih banyak
kawasan lapang adalah salah. Ini adalah kerana kadua-dua kumpulan responden bersetuju bahawa PBT
tempat mereka bekerja mangalami masalah kekurangan kawasan lapang awam. Secara dasarnya, memang
benar kawasan luar bandar mempunyai lebih banyak tanah yang masih belum dibangunkan. Akan tetapi,
keindahan kawasan hijau itu hanya boleh dinikmati dengan pemandangan sahaja. Kawasan lapang bagi
tujuan rekreasi perlulah kondusif dan dilengkapi dengan kemudahan rekreasi yang secukupnya. Atas sebab
itulah PBT di kawasan luar bandar tetap menerima permohonan penyediaan kawasan lapang awam yang
tinggi. Kajian ini meramalkan peningkatan bilangan terhadap penyediaan kawasan lapang adalah disebabkan
oleh kesedaran tinggi tentang kepentingan mengamalkan gaya hidup sihat. Kebanyakkan penduduk bandar
pula menghargai kawasan lapang awam kerana mereka menyedari bahawa kawasan yang mereka diami
dikelilingi hutan bandar dan kekurangan kawasan hijau akibat daripada pembangunan pesat. Kawasan
lapang telah menjadi satu khazanah berharga kerana tanah semakin sukar didapati di kawasan-kawasan
bandar. Selain itu, dapatan kajian juga menunjukkan majoriti responden bersetuju bahawa salah satu cara
untuk memenuhi permintaan orang ramai bagi penyediaan lebih banyak kawasan lapang adalah dengan cara
PBT perlu mencari tanah-tanah yang berpotensi, membeli (sekiranya ia milik persendirian) dan seterusnya
menukar status tanah tersebut kepada kawasan rekreasi. Cadangan ini nampak mudah untuk dilaksanakan
tetapi masalah utama yang dihadapi oleh pihak PBT adalah peruntukan dana untuk melaksanakan agenda
tersebut. Selain daripada peruntukan kewangan bagi pembelian tanah, PBT juga perlu menyediakan kos
untuk membina dan mengekalkan kawasan lapang tersebut.

Bagi masalah kekurangan peruntukan untuk menyedia dan menyelenggara kawasan lapang, kajian ini
berpendapat bahawa PBT boleh memohon geran daripada Kerajaan Persekutuan untuk bagi menampung kos
penyediaan dan pembangunan kawasan lapang awam. Walaubagaimanapun, kos penyelenggaraan masih
perlu ditanggung oleh pihak PBT kerana mereka tidak boleh bergantung sepenuhnya kepada penyaluran
bantuan geran semata-mata. PBT perlu mengamalkan perbelanjaan berhemah di dalam menguruskan hasil
cukai taksiran yang diperolehi setiap tahun. Kajian juga berpendapat sekiranya penyediaan taman rekreasi
berskala besar tidak dapat disediakan atas sebab kos yang tinggi, PBT perlu mengubah fokus ke arah
penyediaan kawasan lapang bersaiz kecil (pocket park). Pembangunan poket park yang bersaiz kecil
memerlukan kos yang tidak begitu tinggi berbanding kos sebuah taman rekreasi. Oleh kerana kawasan
bandar mengalami masalah kekurangan ruang dan tanah, penyediaan lebih banyak kawasan hijau
berkonsepkan pocket park di dalam kawasan bandar boleh menjadi penyelesaian dilema bagi penyediaan
taman awam yang besar.

187
PeKS 2015

Seperti yang telah dinyatakan di atas, kawasan luar bandar mempunyai lebih banyak tanah yang boleh
dibangunkan berbanding kawasan bandar. Atas sebab itu, pemaju yang mempunyai tanah yang luas untuk
dibangunkan di kawasan luar bandar akan mempunyai kecenderungan untuk membahagikan lot tanah mereka
kepada saiz yang lebih kecil atau saiz minimum untuk mengelak daripada dikenakan syarat penyediaan
kawasan lapang sewaktu memohon kebenaran merancang. Majoriti daripada responden berpendapat
penyediaan kawasan lapang yang dibuat oleh pemaju adalah semata-mata untuk mendapatkan kebenaran
merancang daripada pihak PBT. Sekiranya perkara ini benar, ini menunjukkan bahawa pemaju sebenarnya
tidak mengambil berat terhadap kepentingan penyediaan kawasan lapang dalam pembangunan. Dapatan
kajian menunjukkan keadaan pembangunan kawasan pentadbiran sesebuah Majlis menyumbang kepada
perbezaan pematuhan pemaju terhadap penyediaan kawasan lapang. Pemaju didapati lebih taat dan akur di
dalam memenuhi syarat penyediaan kawasan lapang bagi kawasan Majlis Bandaraya kerana masalah
kekurangan tanah. Sebaliknya, pemaju bersikap sambil lewa berkaitan penyediaan kawasan lapang jika
kawasan pembangunan yang dicadangkan itu terletak di dalam kawasan Majlis Daerah.

Selain daripada itu, kadang-kadang faktor seperti konflik kepentingan di pihak pengurusan atasan
menyebabkan masalah pewartaan kawasan lapang mengambil masa yang sangat lama untuk diselesaikan.
Konflik dalam membuat keputusan antara pihak PBT dan pengurusan atasan sering mencetuskan persepsi
orang ramai mengenai keikhlasan mereka dalam membuat keputusan. Kajian berpendapat kerjasama antara
pihak PBT dan Pejabat Tanah amat penting bagi mempercepatkan proses pewartaan kawasan lapang kerana
kawasan lapang merupakan aspek penting di dalam setiap pembangunan yang dicadangkan. PBT perlu
mempunyai perancangan yang teliti di peringkat awal bagi memastikan aspek penyediaan, pengurusan dan
pemilikan kawasan lapang dapat ditangani dengan lebih teratur seterusnya memastikan kelestarian kawasan
lapang awam lebih terjamin.

6.0 RUMUSAN
Berdasarkan analisa yang telah dijalankan, kajian ini berjaya mengetengahkan beberapa masalah
yang dihadapi oleh pihak PBT yang berkaitan dengan pengurusan kawasan lapang selari dengan kajian
lampau yang telah dibuat oleh penyelidik terdahulu. Pembangunan yang pesat di kawasan bandar
menyebabkan kesukaran untuk mengenakan syarat penyediaan kawasan lapang kepada pemaju antara lain
ialah penyumbang kepada kesukaran bagi pihak PBT untuk memenuhi permintaan penduduk untuk
menyediakan kawasan untuk berekreasi. Selain itu, kekangan kewangan untuk menyediakan, mengurus dan
menyelenggara kawasan lapang merupakan masalah utama yang sering dihadapi PBT berkaitan dengan isu
pengurusan kawasan lapang. Sehubungan itu, diharapkan cadangan yang diketengahkan kajian ini boleh
diperhalusi dan digunapakai PBT untuk mengatasi masalah yang mereka hadapi untuk pelaksanaan yang
lebih baik di peringkat tempatan.

7.0 RUJUKAN

Bayliss, D. (1971). Britain in the year 2000: some issues for planners. Long Range Planning. April: 65-69.

Bengston, D. N., Fletcher, J. O. & Nelson, K. C. (2004). "Public policies for managing urban growth and
protecting open space: policy instruments and lessons learned in the United States." Landscape and
Urban Planning 69(2-3): 271-286.

Carson, J. (1972). A national urban growth policy: meaning & measures for its implementation, presented
paper to the 54th Annual Conference of the American Institute of Planners held in San Francisco,
October 1971. Publish in Urban Land. February: 3-10.

Idris, Mokhtar (2010). Pewartaan kawasan lapang di bawah Seksyen 62 Kanun Tanah Negara. Kajian kes:
kawasan pentadbiran Majlis Daerah Pontian. Unpublish Master thesis. Universiti Teknologi Malaysia.

Melasutra, Md Dali. (1998). Persepsi terhadap kawasan lapang dan relevansinya dalam masyarakat kini in
Mohd. Razali, A. and Fashbir, N. S. (eds.). Pembangunan sosial dan ekonomi di Malaysia. Jabatan
Antropologi dan Sosiologi, Universiti Malaya, Kuala Lumpur: pp 180-189.

Melasutra, Md Dali. (2003). "Development of Kuala Lumpur urban parks: the past and it's present." Journal
of the Department of History University Malaya 11: 105-121

Mohd Khir, M. F. (2008). Planning for Sustainability Harmonious Cities. Celebration of World Planning and
World Habitat Day, PICC.

188
PeKS 2015

Mohd Razali, Agus. (1993). Orang melayu, perancangan bandar dan pembangunan negara. Journal of the
Academy of Malay Studies Vol. 1 (1). Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya. pp 111-133.

Nor Azian, Mohd Hanafiah. (2008). Amalan pengurusan landskap yang efektif : kajian kes projek taman
rekreasi oleh pihak berkuasa tempatan negeri Perak. Unpublished Master Thesis. Universiti Sains
Malaysia.

Phang, Siew Nooi (2000). Financial challenges for local government in the new millennium and the way
forward. Habitat Malaysia. No. 3: September, pp. 76-80

Salingaros, N.A. (2005). Principles of Urban Structure. Amsterdam: Techne Press.

Zainuddin, Muhammad. (1999). Planning for man and his environment: towards the achievement of better
quality of life. Habitat Malaysia Human Settlements Journal of Malaysia Vol. 2. Federal Department
of Town and Country Planning, Ministry of Housing and Local Government. Malaysia.pp 1-22

189

View publication stats

S-ar putea să vă placă și