Sunteți pe pagina 1din 13

1.

PENGENALAN

Air amatlah penting dalam kehidupan yang bernyawa. Kehidupan yang


bernyawa memerlukan air untuk meneruskan kehidupan. Untuk pengetahuan
umum, sebahagian besar daripada diri kita sebagai manusia juga adalah air. ¾
bahagian bumi merangkumi air dan begitu juga diri manusia yang memiliki
jumlah air yang serupa dalam tubuh badan manusia. Air mengandungi hydrogen
dan oksigen. Di dalam otak manusia air merangkumi sebanyak 74.5%, manakala
dalam darah pula sebanyak 82% dan tulang keras manusia juga mengandungi
22% air.

Air juga merupakan zat yang paling penting dalam kehidupan manusia
selepas udara. Sebagai manusia, kita boleh hidup tanpa makanan selama 8
minggu tetapi kita tidak mampu hidup tanpa air selama 4-5 hari. Air berguna
dalam kehidupan seharian, malahan industry turut memerlukan air dalam proses
menghasilkan sesuatu yang berguna. Selain itu, petani, dan penternak juga
memerlukan air untuk binatang ternakan mereka dan tanaman mereka.

Pencemaran air ialah perubahan yang berlaku kepada air dari segi
kandungan atau warna serta sifat-sifat kimia yang disebabkan oleh pelbagai
bahan pencemar dalam pelbagai bentuk seperti pepejal, cecair dan gas.
Pencemaran air merupakan suatu fenomena yang sudah sebati dengan penduduk
di bumi terutama sekali di Malaysia

1
2.TAHAP/SENARIO PENCEMARAN AIR

PENCEMARAN AIR DI SUNGAI KLANG


“Water Pollution in My Hometown”

 Sungai Klang merupakan nadi kepada pembangunan dan perkembangan


Bandar Klang yang mana muara sungai menjadi pintu keluar masuk utama
kawasan Lembah Klang kepada pedagang asing
 Sungai Klang merupakan pemangkin pembangunan Negeri Selangor dan
peranan serta kepentingannya akan memberi impak yang tinggi kepada
pembangunan

KUALITI AIR LEMBANGAN SUNGAI KLANG SEMASA

Data-data dari JAS menunjukkan Kualiti Air di Lembangan Sungai Klang


pada masa kini secara amnya berada di tahap yang kurang memuaskan. Sehingga
Mac 2009, sebanyak 14 buah lokasi persampelan untuk penilaian kualiti air
sungai telah ditetapkan di dalam Negeri Selangor (Rujuk Jadual 4.4). Melalui
maklumat-maklumat persampelan, JAS telah mengenalpasti purata pencemaran

2
sungai bagi Lembangan Sungai Klang berada di dalam kelas III – IV iaitu
sederhana tercemar dan tercemar.

Secara umumnya, didapati kualiti air berada di tahap bersih (kelas I dan II)
bagi kawasan hulu sungai iaitu di stesen Mimaland dan Zoo Negara. Aliran
sungai ke kawasan-kawasan lain menghala ke kawasan muara menunjukkan
tahap kualiti air berada di tahap sederhana tercemar dan tercemar iaitu kelas III
dan IV.

Jadual : Kualiti Air bagi Lembangan Sungai Klang di dalam Negeri Selangor Mac 2016

Bil Kod lokasi Lokasi Kuantiti air


1 1K01 Pelabuhan Klang Kelas IV
2 1K02 Bandar Klang Kelas IV
3 1K03 Connaught, Klang Kelas IV
4 1K04 Berhampiran Kilang Proton Kelas IV
5 1K05 Jln. HICOM-Toll Puchong Kelas III
6 1K10 Zoo Negara Kelas II
7 1K11 Bt.3 Berhampiran Stadium Kelas III
8 1K12 TTDI Jaya Kelas III
9 1K13 LTAB Subang Kelas III
10 1K14 KM. 13, Lebuhraya Persekutuan Kelas IV
11 1K20 Sek. Keb. Batu Kelas III
12 1K23 Kuala Ampang Kelas III

Indeks Kualiti Air (IKA)

Kelas IKA Status


Kelas I > 92.7 Dalam keadaan semulajadi
Kelas II 76.6 – 92.7 Bersih
Kelas III 51.9 – 76.5 Sederhana Tercemar
Kelas IV 31.0 – 51.9 Tercemar
Kelas V 31.0 – 51.9 Tercemar Teruk

3
 Dengan adanya jadual skala pencemaran di beri, Pelabuhan Klang dalam
keadaan tercemar. Ini menunjukkan tahap pencemaran air di kawasan tersebut
dalam keadaan tidak selamat.
 Kadar sampah di Pelabuhan klang yang dicatatkan pada masa kini ialah
60,000 tan setahun dan kita menjangkakan dengan projek River of Life (RoL)
yang dilancarkan Julai tahun lepas, dapat mengurangkan lagi kadar ini iaitu
sebanyak 35,000 tan setahun melalui pelbagai langkah termasuk pemasangan
perangkap sampah selain program kesedaran awam.
 Kebanyakan sungai tercemar itu dilaporkan terjadi di kawasan bandar yang
berpunca daripada pembuangan sampah dan berlaku masalah aliran sisa
industri akibat pembangunan tidak terancang," katanya dalam ucapan
bersempena Seminar Keselamatan Sumber Air Dalam Konteks Pembangunan
Mapan (SDG) di sini hari ini

4
5
6
3.PUNCA PENCEMARAN AIR

Punca utama pencemaran air ialah pembuangan sampah dan bahan


buangan domestik dari kawasan perumahan di sepanjang sungai, tepi tasik dan
laut. Pembuangan bahan buangan seperti sampah, minyak, dan najis secara tidak
terkawal akan menyebabkan sifat air berubah dan seterusnya membawa kepada
pencemaran air. Bahan-bahan buangan domestik yang terdiri daripada sampah
sarap dan bahan kumbahan dibuang sewenang-wenangnya ke dalam sungai.
Bahan kumbahan disalirkan ke dalam parit dan sungai sebagai cara termudah
menanganinya. Sampah organik mereput dan diuraikan oleh bakteria dengan
oksigen yang terlarut di dalam air. Ini mengakibatkan kekurangan oksigen dalam
air yang menggugat kehidupan akuatik.. Sebagai contoh, Sungai Semenyih antara
sungai yang tercemar disebabkan oleh najis babi sekitar tahun 1980-an. Sungai
yang tercemar ini akan mengalir ke laut dan seterusnya membawa kepada
pencemaran laut.Berikut adalah gambaran pembuangan sampah di sungai:

7
Selain itu, sikap segelintir pengusaha kilang yang tidak bertanggungjawab
membuang sisa toksik ke dalam sungai atau laut juga mendorong kepada
pencemaran air. Pembuangan ini dianggap mudah kerana tidak memerlukan kos
pelupusan. Masalah timbul apabila cecair kimia dan bahan agrokimia yang
disalurkan ke dalam sungai tidak dirawat dan mengandungi bahan toksik yang
mencemarkan air sungai.

Selain itu, industri perlombongan juga tidak kurang penting dalam


mengakibatkan pencemaran air. Pengalian petroleum di dasar laut dan tumpahan
minyak adalah antara bukti nyata. Penggerudian perigi-perigi minyak dan letupan
tangki minyak menyumbang kepada gejala ini. Apabila minyak ini bercampur
dengan air laut atau sungai, ini akan mengakibatkan air tercemar. Ini memberi
kesan kepada kehidupan air seperti tumbuh-tumbuhan dan haiwan akuatik yang
seterusnya menjejaskan sumber protein manusia.

Akhir sekali,bahan-bahan buangan radioaktif dan ujian-ujian bom dan


nuklear di laut-laut juga menyumbang kepada pencemaran air. Banyak bahan
buangan radioaktif yang terhasil dani makmal-makmal dan buangan hospital
yang mengandungi sisa-sisa toksik larut dalam air serta mencemarkan air sungai
dan laut. Stesen-stesen nuklear juga menyalirkan bahan buangan ke dalam sungai
yang mengakibatkan sungai tercemar. Pencemaran air akan memberi kesan
kepada kesihatan menusia. Air yang tercemar mengandungi bahan kimia seperti
sodium, nitrat, merkuri dan sebagainya yang boleh memudaratkan kesihatan
manusia. Contohnya, sodium memberi implikasi kepada jantung, manakala
merkuri dan plumbum pula boleh menyebabkan masalah saraf. Terdapat pelbagai
penyakit yang berjangkit melalui air minuman dan air mandian sepertidisentri,
salmonela, cryptosporidium dan hepatitis.

8
9
10
4.CARA MENGATASI PENCEMARAN AIR

a) Menyediakan tangki takungan bawah tanah yang dirawat.

Untuk mengatasi masalah pelepasan air buangan domestik supaya tidak


dilepaskan terus ke dalam sistem perparitan maka adalah perlu disediakan tangki
takungan bawah tanah dan dirawat menggunakan bioteknologi selaras dengan
usaha negara menjadikan Malaysia sebagai pusat bioteknologi rawatan air
(Utusan Malaysia, 2006). Malah, pihak kerajaan seharusnya memperuntukkan
sejumlah wang supaya sistem perparitan daripada kawasan perumahan terutama
kawasan perindustrian dan juga pengusaha kedai makanan perlu dibina saluran
paip khas supaya air buangan dapat dikumpulkan di kolam takungan sebelum
disalirkan ke dalam sistem perparitan.

b) Menambah bilangan tong sampah di pusat pengumpulan sampah.

Hasil tinjauan juga mendapati bahawa pengurusan sampah yang lemah


bukan sahaja pada peringkat sekolah tetapi juga peringkat majlis perbandaran
yang menyebabkan sampah sarap bertaburan merata tempat.

Oleh itu, diperingkat sekolah pengurusan peletakan tong sampah perlu diambil
kira. Tong sampah perlu ditambah di tempat strategik sebagai pusat pengumpulan
sampah supaya sampah tidak melimpah.

11
c) Pemasangan perangkap sampah.

Untuk mengatasi sampah sarap dialirkan oleh air melalui longkang, adalah
perlu supaya perangkap sampah dipasang di tempat-tempat strategik di sepanjang
parit utama untuk memerangkap sampah sarap juga memudahkan pengurusan
penyelenggaraan.

d) Penyelenggaraan sistem perparitan berkala.

Untuk memastikan supaya sampah sarap tidak menyebabkan sistem


perparitan tidak tersumbat maka penyelenggaraan berkala seharusnya dijalankan
iaitu 1 atau 2 kali sebulan. Dengan cara ini, maka sampah sarap tidak akan
menyebabkan sekatan air sekali gus sampah tidak terlepas ke sistem saliran utama
di sungai.

e) Kempen kesedaran melalui iklan TV.

Untuk mengatasi masalah sikap kebanyakan penduduk yang bersikap


'tidak apa' perlu ditangani. kempen kesedaran melalui Iklan TV mengenai kesan
sikap individu yang membuang sampah tanpa memikirkan kesannya. Oleh itu,
adalah perlu setiap individu berubah kita seharusnya tidak mementingkan diri
sendiri. Kita harus fikirkan keadaan generasi akan datang yang terpaksa
menanggung hasil tindakan yang kita buat hari ini. Adalah menjadi harapan agar
individu mula mencerminkan diri. Sudah tiba masanya kita kembali siapa kita
sebenar yang memerlukan 'soul reawakening'.

12
5.KESIMPULAN

Kesimpulannya, pencemaran air merupakan masalah yang sangat serius


dan memerlukan kerjasama semua pihak untuk menangani masalah ini supaya
kita mendapat sumber air yang bersih dan dapat hidup dalam persekitaran yang
tiada pencemaran air. Langkah-langkah yang tertentu perlu dijalankan sepanjang
tahun supaya dapat mencapai tahap yang lebih efektif. Oleh itu,semua pihak
termasuk pihak individu ataupun pihak kerajaan,kita semua perlu berusaha
mengatasi masalah ini bersama dan seterunya mencapai Wawasan 2020 serta
memacu ke arah Transformasi Nasional 2050 (TN50) .

13

S-ar putea să vă placă și