Sunteți pe pagina 1din 3

Amalan Hari Terakhir Tahun Hijrah dan

Awal 1 Muharram
Posted 25/11/2011 by Shafi-Q in AMALAN, BULAN ISLAM, DOA, Muharam, PUASA, Zulhijjah.
Tagged: Amalan Pada Akhir Tahun / Zulhijjah dan 1 Muharram, Amalan Pada Akhir Tahun dan 1
Muharram, Amalan Pada Awal Muharam dan 1 Muharram, Bacaan Doa Akhir Tahun dan Awal
Tahun Hijrah, Doa Awal Tahun Dan Akhir Tahun Hijrah, Fadhilat Bulan Muharam. 16 Comments

‫الرحيم الرحمن هللا بسم‬


‫محمد وآل محمد على صل اللهم‬

Bulan Muharam mempunyai seribu satu keberkatan bagi mereka yang tahu
menghargai dan menilai kelebihannya, melalui amalan yang dianjurkan untuk
dilaksanakan umat Islam sepanjang bulan ini.
.
.
.
Amalan Pada Akhir Tahun dan 1 Muharram
Amalan-amalan yang digalakkan pada hari terakhir bulan Zulhijjah sehingga 1
Muharam adalah:
.
1. Berpuasa pada hari terakhir Zulhijjah.
Abu Hurairah berkata, Rasulullah SAW telah bersabda: “Seutama-utama puasa
sesudah puasa Ramadhan ialah puasa Muharam dan seutama-utama solat
sesudah solat fardhu ialah solat malam.” (Sahih Muslim)
.
.
2. Berpuasa juga pada hari berikutnya iaitu hari pertama Muharam
Rasulullah SAW telah bersabda: “Sesiapa yang berpuasa pada hari akhir Zulhijah
dan awal Muharam, nescaya Allah ampunkan segala dosanya walau selama 50
tahun melakukannya.” (Hadis riwayat Ibni Abbas r.a.)
.
.
3. Membaca Doa Akhir Tahun sebelum waktu Maghrib.
Sesiapa yang membaca doa ini, syaitan berkata: “Sia-sialah kami sepanjang
tahun ini kerana dia telah memusnahkan usaha kami, hanya dengan
masa yang sebentar sahaja.”
.
Doa Akhir Tahun (Klik Di Sini)
.
.
4. Membaca Doa Awal Tahun selepas solat Maghrib atau pada
malamnya.
Sesiapa yang membaca doa ini, syaitan berkata: “Telah aman anak Adam ini
daripada godaan pada tahun ini kerana Allah mewakilkan dua
malaikat memeliharanya daripada fitnah syaitan.”
.
Sabda Rasulullah SAW: “Sesiapa yang membaca doa ini pada 1 Muharam, Allah
mewakilkan dua malikat memeliharanya pada tahun itu.” (Hadis riwayat Ibni
Abbas r.a.)
.
Doa Awal Tahun (Klik Di Sini)
.
.
5. Qiamullail:
a) Bersolat sunat – Solat Tahajjud, Solat Hajat, Solat Sunat Taubat.
b) Membaca Al-Quran.
c) Berzikir.
.
.
6. Selepas solat fardu Subuh pada 1 Muharram, bacalah
gabungan‘Bismillahirrahmaa-nirrahim’ dan ‘Ayat Kursi’ sebanyak 360 kali.
Sesiapa yang mengamalkannya, InsyaAllah akan diberikan keselamatan dan
terpelihara dari sebarang musibah dan kesempitan rezeki.
.
.
7. Doa Awal Muharam
.
Membaca doa awal tahun yang bersesuaian sebanyak 3 kali. Contohnya seperti
doa berikut:
a. Doa Pertama:
Doa Awal Muharram
(Klik Di Sini)
Al-Allamah Sayyid Ahmad ibn Zaini Dahlan al-Hasani, menyatakan; “Hendaklah
dibaca ‘Doa Awal Muharam’ ini sebanyak 3X pada setiap hari selama 10
hari pertama bulanMuharram, agar terpelihara daripada syaitan sepanjang
tahun itu.”
.
ATAU boleh juga di baca;
.
b. Doa Kedua:
“Ya Allah! Dikaulah selamanya didahulukan, pada tahun baru ini daku
bermohon kepadaMu semoga terpelihara daripada syaitan dan
pengaruhnya. Daku memohon pertolonganMu, peliharakan daku
daripada nafsu amarah dan jahat, dan perkara yang
membimbangkanku. Daku memohon akan perkara yang
menghampirkan daku denganMu, wahai Tuhan yang Maha Mulia!”
Jelas Ibni Abbas lagi; “Sesiapa yang membaca doa ini pada 1 Muharam, Allah
mewakilkan dua malikat memeliharanya pada tahun itu.”
.
Semoga kita sama-sama mendapat keberkatan dan keredhaan-
Nya dengan keikhlasanamalan yang dilakukan seperti di atas.
.
Wallahu A’lam bishowab
.
‫بركاته و هللا رحمة و علبكم والسالم‬

S-ar putea să vă placă și