Sunteți pe pagina 1din 9

TUGASAN 1: ULASAN KRITIKAL

1. PENDAHULUAN

Pada masa kini, profesion perguruan semakin mencabar apatah lagi menjelang abad
ke 21 ini. Perkara ini memberi impak besar kepada tugas guru kerana tuntutan daripada guru
lebih berbanding ibu bapa dan masyarakat dalam soal-soal pendidikan murid-murid di
sekolah. Semua ini belum lagi digabungkan dengan beban tugas di luar bidang pengajaran
bagi mengikuti arus perkembangan semasa pendidikan yang ditransformasikan secara
berperingkat. Oleh itu, untuk menjadi seorang guru dan pengurus pendidikan yang baik,
seorang guru harus peka dengan perkembangan terkini yang sentiasa mendatang juga
sanggup untuk menghadapi proses kepemimpinan, pengurusan, pengelolaan sumber dan
pencapaian matlamat pendidikan (Ibrahim Ahmad Bajunid, 1995). Maka, dengan pelaksanaan
pelbagai reformasi dalam pendidikan sudah pasti menjadikan peranan dan tanggungjawab
para guru menjadi lebih besar, mencabar dan kompleks. Dengan itu, ramai guru berasa amat
tertekan kerana tidak mampu menangani tugas dan harapan yang sentiasa berterusan
mengalami perubahan. Menurut Girdano (1979), individu tidak mungkin dapat berfungsi
dengan berkesan dan produktif jika ia dalam keadaan tertekan. Perasaan tertekan menjadikan
seseorang itu tidak rasional, cemas, tegang, tidak dapat memusatkan perhatian kepada kerja
dan gagal menikmati rasa gembira atau puas hati terhadap kerja yang dilakukan. Menurut
kajian yang dilakukan oleh Institute of Stress di New York, Amerika terdapat 90 peratus
daripada lelaki dewasa mengalami stress yang kuat sekurang-kurangnya dua kali seminggu,
manakala 25 peratus lagi mengalami stress setiap hari. Berikut merupakan rajah 1 yang
menunjukkan peratusan kadar stress mengikut pekerjaan:

Figure 1 Rajah peratusan kadar stres mengikut pekerjaan

1
Di Malaysia, persoalan mengenai tekanan di dalam kalangan guru bukan lagi setakat
dijadikan bahan kajian, malah sudah menjadi isu dalam media massa. Perkara ini juga
dilakukan kajian oleh Kongres Kesatuan Guru-guru Dalam Perkhidmatan Pendidikan
Malaysia (KONGRES) dimana majoriti guru mengeluh dengan tugas-tugas rutin seperti
menyediakan perancangan tahunan, pengal, mingguan dan harian (Muhamad, 1995).
Pelbagai alasan yang dilontarkan iaitu masalah peribadi, tawaran yang lebih baik, tidak mahu
berjauhan dengan keluarga, suasana kerja yang tidak kondusif serta beban tugas yang berat
dijadikan sandaran (Borneo Post, 1996). Tekanan kerja di kalangan guru telah menjadi satu
isu hingga terdapat banyak kajian dilakukan baik di dalam negeri dan juga luar negeri. Antara
kajian tersebut ialah Jolen (2001), Mahyuddin (2001), Jusoh (2001), dan Md Suandi (2008),
Flecher dan Payne (1982), Smilansky (1984), Payne dan Furnham (1987), Trendall (1989)
serta Naylor (2001). Dalam kajian ini turut menjelas bahawa guru kini dibebani dengan
perlakuan yang tidak profesional daripada pihak ibu bapa serta masyarakat yang hanya
pandai menunding jari kepada pihak guru semata-mata. Situasi ini akan menyebabkan
masyarakat yang bergelar pendidik mengalami tekanan emosi yang sukar ditafsirkan.

2. ULASAN MENYELURUH

Dalam kajian yang dilakukan oleh Fadilah Binti Mohd mengenai isu “Stres Dalam
Kalangan Guru Sekolah Tunas Bakti Jerantut: Satu Kajian Kes” turut mengkaji bahawa
tekanan yang dihadapi oleh guru kian mencabar. Hal ini kerana tugas seorang guru bukan
hanya terlibat dalam mengajar kanak-kanak normal malah turut mendidik kanak-kanak
istimewa yang memerlukan kesabaran tinggi serta menjadi pengajar bagi pelajar yang
mempunyai masalah juvana. Kajian ini telah dilakukan di Sekolah Tunas Bakti yang
merupakan institusi pemulihan akhlak yang telah ditubuhkan di bawah Seksyen 65 (1) Akta
Kanak-Kanak 2001 bagi pemulihan dan jagaan bagi kanak-kanak yang terlibat dengan
jenayah dan kanak-kanak yang tidak terkawal. Sekolah Tunas Bakti juga menawarkan
pelbagai program dari aspek akademik, kokurikulum serta latihan kemahiran vokasional.
Program ini diharapkan dapat memberikan peluang kepada pelatih untuk mendapatkan ilmu
serta kemahiran yang berkaitan selepas tamat tempoh penahanan.

Menurut pengkaji juga, tekanan yang dihadapi oleh pihak guru di sekolah ini ialah
stress kerja guru dimana berlakunya permintaan yang diamanahkan kepada guru telah
menjadi ancaman terhadap harga diri dan kesejahteraan psikologi dan fizikalnya. Mo (1991)
mendapati bahawa guru yang mengalami lebih tekanan juga mempunyai tahap burnout yang
lebih tinggi. Oleh itu,elemen penting dalam definisi ini adalah persepsi guru terhadap ancaman
berdasarkan tiga aspek iaitu permintaan yang dilakukan ke atas seseorang yang bergelar

2
guru, kegagalannya untuk memenuhi permintaan tersebut atau menghadapi kesukaran dalam
memenuhi permintaan dan kegagalan ini akan mengancam kesihatan mental dan fizikalnya
(Kyriacou dan Sutcliffe, 1978). Berikut adalah antara stress yang dihadapi oleh guru di
Sekolah Tunas Bakti:

Peranan dalam
Pembentukan
mendidik pelajar Beban kerja
peribadi
yang bermasalah

Tahap pendidikan
pelatih yang
rendah

i. Peranan dalam mendidik pelajar yang bermasalah

Tugas sebagai seorang guru bukan senang seperti yang dipandang oleh masyarakat
setempat kerana tugas ini merupakan tugas untuk mencorak kehidupan murid sama ada
kea rah positif atau negatif. Tugas ini akan menjadi lebih berat sekiranya berhadapan
dengan murid yang bermasalah. Hal ini kerana sudah menjadi kebiasaan bahawa murid
yang bermasalah ini sukar dikawal oleh guru mahupun ibu bapa mereka. Perkara ini
menyumbang kepada tahap stres guru dalam mendidik mereka. Murid yang bermasalah
ini juga tidak begitu berminat dengan akademik serta tidak mempunyai motivasi untuk
cemerlang dalam kehidupan.

ii. Pembentukan peribadi

Dalam sekolah ini juga, guru-guru yang mengajar di Sekolah Tunas Bakti berperanan
dalam membentuk keperibadian pelajar di sekolah tersebut. Hal ini kerana pelajar di
sekolah ini mempunyai masalah juvana dan sedang menjalani hukuman. Pelajar-pelajar
ini juga sedang mengalami unjuran proses kematangan dan proses ini adalah sangat
mencabar meskipun dilakukan oleh ibu bapa. Kekangan peranan ini menyumbang kepada
stress negatif dalam diri guru yang terpaksa memikirkan cara untuk membaiki tingkah laku
pelajar ini. Guru perlu membahagikan masa dan bekerjasama dengan pihak pengurusan
sekolah unit Hal Ehwal Murid dalam membentuk kembali disiplin murid agar tidak
menimbulkan sebarang masalah negatif.

3
iii. Beban kerja

Berdasarkan sistem pendidikan abad-21 ini, guru perlu merealisasikan hasrat


Kementerian Pelajaran Malaysia dengan mengamalkan budaya kerja yang cemerlang
dengan garisan panduan. Perkara ini memberi tekanan kepada guru kerana perlu
mengikut rentak orang atasan dimana mereka perlu merungkai segala topic isi kandungan
sukatan sebagai persediaan untuk menghadapi pengajaran dan pembelajaran bersama
pelajar. Guru juga perlu menyediakan senarai nama murid, melengkapkan profolio murid,
kehadiran lengkap serta rekod kebersihan dan keceriaan kelas. Peranan guru juga perlu
mewujudkan situasi pembelajaran yang kondusif,selamat dan selesa supaya murid
berasa seronok semasa menuntut ilmu. Perkara ini membebankan guru kerana perlu
membahagikan masa untuk urusan atau perjalanan kehidupan sehariannya.

iv. Tahap pendidikan pelatih yang rendah

Dalam kajian pengkaji menyatakan bahawa guru di sekolah Sekolah Tunas Bakti
mengalami kesukaran dan mengajar pelatih kerana mereka tidak memiliki motivasi untuk
cemerlang dalam akademik. Mengikut Mohd.Ludin (1990) yang menjalankan kajian
bahawa 60% sahaja yang menerima pelajaran tingkatan 1 hingga ke tingkatan 3
manakala yang tidak pernah bersekolah adalah 10% tidak pernah bersekolah serta 15%
menerima pendidikan tingkatan 4 hingga 5. Perkara ini menyebabkan guru mengalami
perubahan emosi kerana kejayaan pelajarnya adalah tanggungjawabnya. Namun dalam
keadaan pelajar yang bermasalah akademik bagi mereka tidak penting dan tidak akan
bersemangat untuk cemerlang.

3. PANDANGAN DAN CADANGAN

Pada pandangan saya, profesion guru kini merupakan satu bidang yang amat
mencabar. Hal ini kerana banyak kes yang dilaporkan oleh media massa berkaitan dengan
kerjaya seorang guru. Perkara ini banyak menggambarkan perkara yang negative
mengenai guru. Justeru itu, guru memang berisiko tinggi mengalami stress yang tinggi
ditambah lagi dengan beban kerja yang baru ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran
Malaysia.Guru kini perlu menyimpan rekod murid dan prestasi mereka menggunakan
teknologi yang kebanyakkan mereka baru pelajari di usia senja. Perkara ini menyumbang
kepada stres dalam melaksakan tugas mereka kerana kemahiran mereka kurang. Dalam
kajian kes di sebuah sekolah di Sabah dengan tajuk “Prestasi Kerja Guru dan
Hubungannya dengan Faktor Beban Tugas,Persekitaran Kerja dan Personal” yang kan
dilakukan oleh Siti Nur Fatihah Rusman dari Universiti Malaysia Sabah pada Januari 2018
turut mengatakan bahawa guru perlu memastikan objektif pengajaran dan pembelajaran
tercapai (Mohamad Johdi,2007).

4
Profesion perguruan adalah profesion yang tidak mempunyai pembahagian masa
yang jelas antara masa bekerja dan masa tidak bekerja. Menurut Noriah (1994) keadaan
sedemikian boleh mewujudkan tekanan kepada guru-guru. Selye (1956) menyatakan
bahawa tekanan yang berpanjangan boleh membawa kepada gangguan emosi di tahap
yang berbeza-beza daripada tahap rendah hingga ke tahap serius. Ini akan mewujudkan
emosi yang pelbagai seperti bosan, lesu, marah, kecewa dan benci (Muchinsky, 1997).
Tugas guru merupakan tugas yang kompleks dan mencabar. Mereka bukan sahaja perlu
mengajar, malah perlu melakukan kerja-kerja pengkeranian dan pentadbiran,
menjalankan aktiviti kokurikulum dan juga melibatkan diri secara aktif dalam Persatuan
Ibu-Bapa dan Guru (Noriah 1994). Disamping kerja-kerja yang dinyatakan, guru juga perlu
berinteraksi dengan pelajar-pelajar secara fizikal, dan emosi semasa proses pengajaran
dan pembelajaran (Mohd Najib 2000). Kenyataan ini disokong oleh Newton dan Newton
(2001) yang mengatakan guru perlu banyak berkomunikasi dan berinteraksi dengan
pelajar dalam kelas. Polloway, Patton dan Serna (2001) juga mengakui kepentingan
kemahiran sosial bagi guru yang mengajar dan juga melatih pelajar dalam kemahiran
sosial.Justeru, kebolehan guru berinteraksi dengan pelajar dipengaruhi oleh keadaan
emosi guru.

Mencegah lebih baik daripada merawat merupakan satu perkara yang perlu dilakukan
dalam mengatasi masalah stres dalam kalangan guru pada masa kini. Hal ini kerana guru
yang berkualiti dan bebas stress akan meningkatkan produktiviti yang dihasilkan oleh
mereka. Antara langkah yang boleh diambil ialah pada tahap pengurusan (perubahan
dalam persekitaran sekolah) atau pada peringkat individu (memperkuat resos guru untuk
mengawal stres). Banyak intervensi atau pencegahan awal yang boleh diambil dalam
sistem sekolah. Salah satunya adalah latihan atau sesi pengenduran yang dilaksanakan
untuk peserta meregangkan badan, membuat meditasi, membaca sesuatu yang
memberikan inspirasi atau menulis jurnal.

Di samping itu, bengkel mengenai pengurusan masa, program pementoran untuk guru
novis, pengurusan stres serta aktiviti peningkatan profesional perlu bagi mencegah guru
burnout. Dalam bengkel menguruskan stres bererti latihan untuk membolehkan individu
mengawal pemikiran diri, jadual persekitaran, emosi dan cara menangani masalah.
Matlamat terakhir adalah suatu kehidupan seimbang, mempunyai masa untuk bekerja,
hubungan dan rekreasi serta ketahanan untuk menangani tekanan dan menghadapi
cabaran masa depan. Seorang guru itu perlulah meningkatkan kecerdasan emosinya agar
mereka dapat mengurangkan stres dan mewujudkan suasana kerja yang kondusif. Guru
harus mempunyai kesedaran diri untuk mengenal pasti emosi diri dan impaknya semasa
menggunakan rasa hati untuk membimbingnya dalam membuat keputusan.

5
Keseimbangan emosi dan tingkah laku guru perlu untuk menyesuaikannya menghadapi
tertentu. Kesedaran sosial juga penting agar guru dapat memahami dan bertindak balas
positif terhadap emosi lain. Pengurusan hubungan juga amat penting untuk guru
merangsang, mempengaruhi dan berhubungan dengan orang lain selain mengurus konflik
dalam kalangan rakan sekerja.

Langkah seterusnya bagi menangani masalah tekanan di kalangan guru melibatkan


peranan pihak pentadbir. Misalnya, pihak pentadbir menganjurkan program berkaitan
pengurusan tekanan, sama ada dalam bentuk bengkel, kursus ataupun seminar perlu
memasukkan strategi berlandaskan agama dalam kandungan atau agenda program.
Seterusnya, mewujudkan suasana yang sihat dan harmoni iaitu perhubungan yang baik
antara staf, keputusan yang diambil perlulah berdasarkan perbincangan, polisi sekolah
yang lengkap dan teratur, guru-guru menerima tindak balas yang positif dan dihargai,
pengurangan tugas-tugas pentadbiran sebarang tugas tambahan adalah berdasarkan
kepada kemahiran guru tersebut, membina persekitaran kerja yang ceria dan kerjasama
yang baik untuk menyelesaikan sebarang masalah yang dihadapi.
Melalui pendekatan organisasi pula, pentadbir tentu boleh menentukan pemilihan dan
penempatan guru-guru. Perpindahan dan pertukaran guru-guru disokong sepenuhnya
supaya guru-guru yang ingin bertukar tidak tertekan. Pengetua juga mestilah ubah suai
tugas guru dan memberikan taklimat kerja yang mendalam terutama sekali sasaran
matlamat. Sebarang keputusan dan perancangan sekolah mestilah dilibatkan kerjasama
semua guru di sekolah. Proses menerima dan menapis pendapat dan pandangan guru
mungkin terlalu lambat, tetapi ia lebih mudah untuk diterima. Sehubungan itu juga,
pentadbir perlu mengubah gaya pentadbiran bersifat autokratik kepada gaya pentadbiran
yang lebih mengutamakan pendekatan humanistik atau demokratik.

4. RUMUSAN

Kesimpulannya, dapatlah dirumuskan bahawa kerjaya dan tugas seorang guru itu
adalah amat berat. Tugas dan tanggungjawab guru pada masa yang serba canggih dan
mencabar ini bukan hanya sekadar menyampaikan ilmu pengetahuan malah gurulah yang
menjadi penjana dan nadi kepada kecemerlangan generasi yang akan datang. Secara
mudahnya, tekanan-tekanan yang dialami oleh guru tidak boleh dipandang remeh kerana
ianya boleh membawa kesan yang jauh lebih dahsyat kepada kemajuan pendidikan
negara amnya dan kepada pembangunan pelajar khasnya kerana mereka bakal menjadi
pemimpin pada masa depan. Ternyata, tekanan kerja sememangnya akan mengganggu
gaya hidup dan kesejahteraan hidup seseorang insan bergelar guru. Ini seterusnya akan
mengganggu prestasi kerja dan outputnya dalam bidang pendidikan yang diceburinya.

6
Oleh yang demikian, setiap individu yang bergelar guru juga perlulah sentiasa
mempersiapkan diri dengan sentiasa meningkatkan ilmu pengetahuan yang ada mengikut
perubahan semasa. Selain itu, seorang guru juga perlulah bijak menangani dan
menguruskan setiap bebanan dan masalah yang dihadapi di alam pekerjaan dengan
bijaksana agar setiap permasalahan dan bebanan tersebut tidak mengundang kepada
masalah tekanan atau stres. Akhir kata, ingatlah bahawa setiap permasalahan itu pasti
ada jalan penyelesaiannya. Begitu juga dengan masalah tekanan atau stres yang dialami
oleh guru-guru pada masa kini, walaupun kadangkala penyelesaian itu memerlukan
pengorbanan. Oleh itu, setiap pihak juga harus memberi sokongan dan membantu
mengurangkan beban stres yang dihadapi oleh guru ini dalam menjalani perjalanan
pendidik.

Masalah yang disebabkan tekanan emosi sangat ketara di sekolah akibat desakan
komitmen yang tinggi daripada guru untuk melaksanakan pelbagai agenda pendidikan
setiap hari. Dengan modenisasi, tanggungjawab guru lebih mencabar dan peranan guru
juga berubah. Hal ini menyebabkan para guru menghadapi tekanan emosi dan segelintir
guru tidak dapat menangani tekanan kerja dengan sebaik mungkin. Ini menunjukkan
elemen kecerdasan emosi sangat penting dan boleh memberi kesan yang besar terhadap
tekanan dalam kerjaya perguruan. Pengaruh ini secara langsung akan mempengaruhi niat
berhenti kerja di kalangan para guru yang merupakan reaksi akhir terhadap bidang kerjaya
mereka.Kesimpulannya, guru perlu mengenal pasti kehendak dan kemampuan diri sendiri
serta bijak untuk memilih langkah terbaik agar dapat menangani tekanan emosi dengan
berkesan. Ini kerana guru adalah individu utama yang dapat memainkan peranan penting
untuk meningkatkan keberkesanan dalam melahirkan modal insan dan hasil kerja
berkualiti bagi institusi berkenaan.

7
5. RUJUKAN

Bibliography
Azizi Hj. Yahaya Nik Diana Hartika Binti Nik Husain . (2006). Tahap Stres Dan Faktor-Faktor yang
Mempengaruhi Di Guru Sekolah Di Negeri Johor,. 1-11.

BAKAR, N. H. (2012). Guru lebih stres. Kuala Lumpur: Utusan Online.

Harian, W. S. (2017). Usaha KPM arah tiada pengasingan kelas disambut baik..dapatlah kurangkan
stres guru ajar kelas lemah. Kuala Langat: Sinar Harian.

Mohd, F. B. (2016). stress dalam kalangan guru sekolah tunas bakti jerantut. 44-68.

NOOR, F. M. (2011). FAKTOR-FAKTOR PENENTU STRES DALAM KALANGAN GURU-GURU:, 88-105.

Sipon, S. (2008). Stres Kerja Guru: Punca, kesan dan Strategi Daya Tindak. 55.

YuWanjing. (2017, August Thursday). Punca Isu Stres GuRU. Retrieved from
http://yuwanjing.blogspot.my/2017/08/punca-punca-isu-stres-guru.html

8
9

S-ar putea să vă placă și