Sunteți pe pagina 1din 87

Institut Pendidikan Guru Kampus Raja Melewar, Jalan

Sikamat, 70400 Seremban, Negeri Sembilan Darul


Khusus.

KERJA KURSUS PENDEK BAHASA MELAYU


AKADEMIK 1

Oleh:

NAMA : MOHD AZZRIQ BIN ROHAIZAD

NO KP : 910202-12-5913

KUMPULAN/UNIT : PPISMP S1 (BM/PJ/KS)

SEMESTER : 1 (AMBILAN JULAI 2009)

KOD DAN MATA PELAJARAN : PM 131P4 – BAHASA MELAYU AKADEMIK 1

PENSYARAH PEMBIMBING :

 DR.KHAIRUDDIN BIN MOHAMAD

TARIKH MULA : 7 SEPTEMBER 2009

TARIKH HANTAR : 18 SEPTEMBER 2009


3.BIODATA

NAMA : MOHD AZZRIQ BIN ROHAIZAD

NO.KAD PENGENALAN : 910202-12-5913

NO. TELEFON : 017-2979424 / 013-3001127

ALAMAT : KG. JERAM TENGKEK, PADANG LEBAR, BATU


KIKIR, 72200 KUALA PILAH, NEGERI SEMBILAN.

INSTITUT : INSTITUT PERGURUAN RAJA MELEWAR,


JALAN SIKAMAT, 70400, SEREMBAN,
NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS

OPSYEN : BAHASA MELAYU / PENDIDIKAN JASMANI / KAJIAN


SOSIAL.

AMBILAN : JULAI 2009


4.PENGHARGAAN

Assalamualaikum w.b.t.

Bersyukur ke hadrat Ilahi atas limpah serta kurnianNya memberi saya umur yang
panjang dan kesihatan yang baik sepanjang melaksanakan tugasan kerja kursus
pendek (KKP) bahasa Melayu ini. Alhamdulillah, sepuluh jari saya tadahkan kerana
sepanjang saya melakukan tugasan ini segalanya telah berjalan dengan lancar.
Selain itu, saya juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada pensyarah
pembimbing kami, Dr. Khairuddin Bin Muhamad yang telah banyak memberi tunjuk ajar
sepanjang melakukan tugasan ini. Segala bimbingan dan nasihatnya telah sedaya
upaya saya terapkan dalam tugasan ini. Tanpa bimbingannya juga, sudah pasti tugasan
ini tidak berjaya dilaksanakan.
Tidak lupa kepada rakan-rakan saya yang selama ini memberi serta sanggup
meluangkan masa yang begitu berharga bagi membantu dan bekerjasama menjayakan
tugasan ini sehingga berjaya. Segala tunjuk ajar dan bimbingan rakan-rakan juga telah
sedikit sebanyak mengajar saya erti bekerjasama dan tolong menolong antara satu
sama lain.
Selain itu, saya berasa sangat gembira sepanjang melakukan tugasan ini kerana
dapat memperluaskan ilmu bahasa Melayu iaitu major mata pelajaran yang telah saya
ambil di institut perguruan ini. Ibarat bercinta, kita semestinya ingin mengetahui asal
usul, ciri-ciri seseorang itu dengan lebih mendalam ibarat pepatah “tidak kenal maka
tidak cinta”. Jadi, sebagai pejuang bahasa yang cinta akan bidangnya, kita mesti
mengetahui asal usul, ciri-ciri serta fungsi bahasa Melayu itu sendiri.
Dengan ini saya mengharapkan sesuatu yang optimis bahkan optimum agar
bahasa Melayu ini dapat diberi penghayatan yang mendalam mengenainya bagi
memastikan identiti Melayu selama ini diperkekalkan serta “tak lapok dek hujan tak
lekang dek panas”.
Sekian Terima Kasih.

5.PENGENALAN

Sebelum memperkatakan asal usul bahasa Melayu, ada baiknya dilihat dahulu
asal usul orang-orang Melayu itu sendiri kerana bahasa itu lahir bersama-sama dengan
bangsa yang menuturkannya. Asal-usul bangsa Melayu sehingga kini masih kabur
kerana sejarah kuno Asia Tenggara masih belum diselidiki dengan mendalam.Demikian
juga perkataan Melayu. Pelbagai teori telah dikaitkan bagi mengetahui asal usul
sebenar bahasa Melayu. Terdapat beberapa bukti sejarah yang mengaitkan asal-usul
bahasa Melayu . Kemajuan bahasa Melayu sejak 1957 bermula dengan tiga peringkat
utama perkembangan bahasa Melayu mengikut dekad iaitu dekad 50-60an,dekad tujuh
puluhan dan dekad lapan puluhan. Bermula dengan bahasa Melayu Kuno , selepas itu
beralih kepada bahasa Melayu Klasik dan peringkat seterusnya menjadi bahasa
Melayu Moden. Penemuan batu-batu bersurat adalah antara bukti yang dapat dikaitkan
dengan sejarah asal usul bahasa Melayu. Bahasa Melayu mempunyai ciri-ciri, fungsi
serta pengaruhnya tersendiri mengikut peredaran zaman.

Bahasa yang dihasilkan melalui alat artikulasi manusia disebut pertuturan,


kalimat atau ujaran, iaitu satu sistem bunyi yang teratur atau percantuman bunyi yang
hadir secara berurutan dan berulang-ulang. Bahasa Melayu mempunyai sistem bunyi
yang tersendiri dan untuk menguasai kemahiran bertutur dalam bahasa Melayu
dengan baik serta berkesan, seseorang pengguna bahasa perlulah mempunyai
pengetahuan yang mendalam tentangnya.Kajian bunyi lazimnya terbahagi kepada dua
bidang, iaitu fonetik dan fonologi. Fonetik mengkaji bunyi bahasa dari segi penyebutan
dan pendengaran atau sifatnya. Fonologi pula mengkaji bunyi-bunyi yang berfungsi
dalam sesuatu bahasa. Setiap alat artikulasi mempunyai fungsi dan kedudukan
daerahnyai. Hal ini merangkumi aspek penghasilan bunyi vokal, penghasilan bunyi
diftong serta penghasilan bunyi konsonan.
6.SENARAI KANDUNGAN
TAJUK MUKA SURAT

1. Kertas Tugasan i - iii


2. Prosedur Kerja iv - v
3. Biadota vi
4. Penghargaan vii
5. Pengenalan viii
6. Isi Kandungan ix - xii
7. Sejarah dan Perkembangan Bahasa Melayu 1-2
7.1 Asal Usul Bahasa Melayu 3
7.1.1 Peringkat Perkembangan Bahasa Melayu 4
7.1.1.1 Dekad 50-60an 4
7.1.1.2 Dekad Tujuh Puluhan 5
7.1.1.3 Dekad Lapan Puluhan 6
7.1.2 Rumpun Bahasa 7-8
7.1.3 Bahasa Melayu Kuno 9 - 10
7.1.4 Peralihan Bahasa Melayu Kuno Ke Bahasa Melayu Klasik 11
7.1.5 Bahasa Melayu Klasik 12
7.1.6 Bahasa Melayu Moden 13 -14
7.1.7 Penemuan Batu Bersurat 15
7.1.7.1 Batu Bersurat Kedukan Bukit 15
7.1.7.2 Batu Bersurat Talang Tuwo 15
7.1.7.3 Batu Bersurat Kota Kapur 15
7.1.7.4 Batu Bersurat Karang Berahi 16
7.1.8 Pengaruh Bahasa Melayu dalam Kerajaan Srivijaya 16
7.1.9 Pengaruh Bahasa Melayu dalam Kerajaan Melayu Melaka 17
7.1.10 Pengaruh Bahasa Melayu dalam Pemerintahan Inggeris 18
7.1.11 Pengaruh Bahasa Melayu dalam Zaman Baru 19

7.2 Ciri-ciri Bahasa Melayu 20


7.2.1 Bahasa sebagai satu sistem 21-22
7.2.2 Bahasa sebagai simbol 23
7.2.3 Bahasa bersifat arbitrari 24 -25
7.2.4 Bahasa sebagai komunikasi 26
7.2.5 Bahasa bersifat unik 26 - 27
7.2.6 Bahasa bersifat sejagat 28
7.2.7 Bahasa itu dinamis 28
7.2.8 Bahasa itu bervariasi 29
7.3 Fungsi Bahasa Melayu 30
7.3.1 Bahasa Kebangsaan 31 - 32
7.3.2 Bahasa Ilmu 32 - 33
7.3.3 Bahasa Rasmi 33
7.3.4 Bahasa Pengantar 33 -34
8.Sistem Bunyi Bahasa Melayu 35
8.1 Alat-alat Artikulasi 35
8.2 Fungsi Alat-alat Artikulasi dan kedudukan daerahnya 36
8.2.1 Lidah 36
8.2.2 Gigi 36
8.2.3 Bibir 37
8.2.4 Gusi 37
8.2.5 Lelangit 37
8.2.6 Rongga Hidung 38
8.2.7 Pita Suara 38
8.3 Jenis-jenis Bunyi 39
8.3.1 Bunyi vokal 39
8.3.2 Penghasilan Bunyi Vokal
39
8.3.2.1 Vokal Depan Sempit 39 - 40
8.3.2.2 Vokal Depan Separuh Sempit 40
8.3.2.3 Vokal Depan Separuh Luas 40 - 41
8.3.2.4 Vokal Depan Luas 41
8.3.2.5 Vokal Belakang Sempit 41
8.3.2.6 Vokal Belakang Separuh Sempit 42
8.3.2.7 Vokal Belakang Separuh Luas 42
8.3.2.8 Vokal Tengah 43
8.3.2.9 Bentuk Bibir 44
8.3.3 Diftong Bahasa Melayu
45 - 46
8.3.4 Bunyi Konsonan dan cara penghasilannya 47
8.3.4.1 Letupan 47 - 48
8.3.4.2 Letusan
49
8.3.4.3 Sengauan 50 - 51
8.3.4.4 Sisian 51 - 52
8.3.4.5 Geseran 52 - 53
8.3.4.6 Malaran 54
8.3.4.7 Getaran 54 - 55
8.3.4.8 Maklumat tambahan 55

8.3.5 Carta Konsonan Melayu 56

8.3.6 Konsonan Pinjaman 56 - 57

8.3.6.1 Geseran bibir gigi tak bersuara 57


8.3.6.2 Geseran bibir gigi bersuara 57
8.3.6.3 Geseran gigi tak bersuara 57
8.3.6.4 Geseran gigi bersuara 58
8.3.6.5 Geseran lelangit lembut tak bersuara 58
8.3.6.6 Geseran lelangit lembut bersuara 58
9. Kajian Petikan Prosa Klasik 59
9.1 Petikan prosa klasik 59 - 62
9.2 Analisis cara penghasilan bunyi vokal 63 - 65
9.3 Analisis cara penghasilan bunyi diftong 66
9.4 Analisis cara penghasilan bunyi konsonan Melayu 66 - 73
9.5 Analisis cara penghasilan bunyi konsonan pinjaman 73
10. Rumusan 74
11. Refleksi 75 - 76
12. Rujukan 77
13. Lampiran 78 - 130
14. Borang Kolaborasi 131

7.SEJARAH DAN PERKEMBANGAN


BAHASA MELAYU

Asal-usul, Rumpun, dan


Perkembangan Bahasa
Melayu

Asal-usul Bahasa Melayu Bahasa Melayu Kuno Bahasa Melayu Klasik

Melayu Proto Bahasa Sanskrit Tulisan Jawi


Melayu Deutro

Bahasa-bahasa Austris: Batu Bersurat: Batu Bersurat:


-Tibet-Cina -Kedudukan Bukit -Pagar Ruyung
-Austronesia -Talang Tuwo -Minye Tujuh
-Austoasia -Karang Brahi -Kuala Berang

Austronesia
-Nusantara
-Polinesia
-Melanesia
-Mikronesia
7.1 Secara umumnya, tempat asal lahirnya orang atau keturunan Melayu (asal usul)
adalah amat kabur kerana sejarah kuno Asia Tenggara masih belum diselidiki dengan
mendalam. Bagaimanapun terdapat beberapa bukti sejarah yang mengaitkan asal-usul
Bahasa Melayu seperti mana berikut.

 Catatan orang Cina yang menyatakan bahawa terdapat sebuah kerajaan Mo-lo-
yeu yang mempersembahkan hasil bumi kepada raja China sekitar tahun 644-
645 Masihi.
Dikatakan orang Mo-lo-yeu mengirimkan Utusan ke Negara China untuk
mempersembahkan hasil-hasil bumi kepada raja China.

 Ada juga yang mengatakan kerajaan Mo-lo-yeu ini berpusat di daerah Jambi,
Sumatera daripada sebatang sungai yang deras alirannya iaitu Sungai Melayu.

 Satu lagi catatan orang Cina ialah catatan rahib Buddha bernama I’tsing yang
menggunakan perkataan Mo-lo-yu terhadap dua buah kerajaan yang dilawatinya
sekitar 675 Masihi.

 Dalam bahasa Jawa kuno, perkataan ‘mlayu’ bermaksud berlari atau


mengembara. Hal ini boleh dikaitkan dengan orang-orang Indo-Melayu
(Austonesia) yang bergerak dari Yunan.
Asal Usul Bangsa Melayu

Ada pendapat yang mengatakan bahawa bahasa Melayu berasal dari Asia
Tengah. Menurut beberapa teori, penutur-penutur bahasa Melayu berasal daripada
golongan Austronesia yang datang sejak tahun 2500 Sebelum Masihi dari daerah
Yunan di negara China.Mereka mula berpindah dalam beberapa bentuk gelombang
pergerakan manusia ke Asia Tenggara.Golongan pertama dipanggil Melayu-Proto.
Mereka berpindah ke Asia Tenggara pada Zaman Batu Baru, iaitu kira-kira tahun 2500
Sebelum Masihi.Kumpulan mereka ialah orang Asli di Semenanjung Tanah Melayu,
Dayak di Sarawak dan Batak di Sumatera.

Kumpulan kedua dikenali sebagai Melayu Deutro. Berpindah ke Asia Tenggara


pada Zaman Logam kira-kira 1500 Sebelum Masihi. Keturunannya orang Melayu di
Malaysia. Sesetengah ahli sejarah berpendapat bahawa bahasa Melayu bukan berasal
dari Asia Tengah. Mereka mendakwa bahasa Melayu berasal dari Kepulauan Melayu
sendiri.Hal ini berdasarkan penemuan orang Jawa yang telah menghuni Kepulauan
Melayu sejak ribuan tahun dahulu. Dikatakan lebih bijak dan dan mahir daripada
Melayu Proto. Bijak dalam bidang astronomi, pelayaran dan bercucuk tanam. Bilangan
lebih banyak daripada Melayu Proto. Menduduki kawasan pantai dan lembah di Asia
Tenggara.

Kumpulan pertama (Melayu Proto) dan kedua (Melayu Deutro), dikenali sebagai
golongan Austronesia. Bahasa-bahasa yang terdapat di Nusantara sekarang berpunca
daripada bahasa Austronesia ini.
7.1.1 PERINGKAT PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU

Kemajuan bahasa Melayu sejak 1957, terdapat 3 peringkat utama mengikut dekad

7.1.1.1 Dekad 50-60an

Zaman ini merupakan tahap permulaan proses pemupukan bahasa Melayu.

Masalah utama ialah untuk menyakinkan keupayaan bahasa Melayu untuk mengambil
alih bahasa Inggeris serta menjalankan tugas-tugas dengan cekap .Sebahagian rakyat
berasa ragu-ragu terhadap bahasa Melayu dan mempersoalkan kebijaksanaan
menggantikan bahasa Inggeris.

Pengiran Othman Rauf, menteri tidak berfolio dalam jabatan perdana menteri
mengatakan dalam Utusan Malaysia (ms 12, 13 April 1979) bahawa masa itu, bahasa
Melayu sukar dilaksanakan mahkamah kerana kekurangan rujukan dan laporan kes
dibuat dalam bahasa Inggeris.

Dalam persidangan pegawai-pegawai kehakiman ke-6 pada 18 Julai 1979,Ketua Hakim


Negara terus terang menafikan keupayaan bahasa Melayu menjadi bahasa dalam
perbicaraan di mahkamah untuk tempoh beberapa tahun lagi.

‘Penggunaan Bahasa Melayu mahkamah tidak mungkin boleh dijadikan universal untuk
beberapa waktu , sudah tentu tidak semasa hayat saya- ada kira-kira 20 tahun lagi bagi
saya hidup dan tidak juga selepas beberapa lama saya mati’
Memandangkan bahawa kedua-dua kenyataan telah dibuat 22 tahun lagi selepas
pengisytiharan Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi Malaysia, keadaan keraguan
terhadap keupayaan Bahasa Melayu pada 1950 dan 1960 jauh lebih teruk.

7.1.1.2 Dekad tujuh puluhan

Pada awal peringkat ini, Bahasa Melayu digunakan sebagai pengantar di sekolah-
sekolah sebagai bahasa pentadbiran kerajaan dan bahasa dalam perhubungan awam.
Terdapat 2 kesan daripada gejala pengintensifan penggunaan bahasa Melayu:

1. Dalam masa yang singkat, melalui usaha-usaha yang gigih oleh semua
pihak , bahasa dahulu sebagai anak tiri telah mekar berkembang menjadi
sekuntum bunga yang harum.
2. Perkembangan ini membawa kesan-kesan negatif yang melibatkan
pencemaran bahasa.
7.1.1.3 Dekad Lapan Puluhan

Dalam perancangan bahasa kebangsaan tahun 1983, mempunyai implikasi penting


kerana tarikh ini, seorang kanak-kanak Malaysia menerima seluruh persekolahannya
dari darjah satu hingga ke peringkat universiti dalam bahasa Melayu.Dalam bidang-
bidang lain juga, pelaksanaan bahasa kebangsaan telah selesai.
Dapatlah dikatakan bahawa tahun-tahun 1980an, merupakan tahun kematangan
bahasa Melayu.

Jika pada tahun 1970-an, penutur-penuturnya masih meraba dalam gelap dan istilah-
istilah dan ungkapan masih baru dicari-cari maka pada tahun 1980-an boleh dianggap
sebagai zaman taraf kesempurnaan hampir tercapai. Istilah-istilah diperoleh dengan
mudah.Gaya bahasa dikembangkan membolehkan bahasa Melayu memperkatakan
sesuatu dengan tepat dan sempurna dalam bahasa Melayu.

Menjelang abad dua puluh satu, jalan dilalui bahasa Melayu tidak berlainan dengan
jalan-jalan bahasa moden lain di dunia seperti bahasa Inggeris, Perancis, Rusia, Jepun,
Cina dan lain-lain. Bahasa adalah alat digunakan masyarakat sebagai saluran
menyatakan fikiran dan perasaan selagi masyarakat aktif dan berkembang, demikian
bahasanya. Sistem bunyinya, sistem pembentukan katanya, serta sistem frasa dan ayat
turut menyesuaikan diri dengan apa-apa perubahan yang berlaku pada masyarakat.
7.1.2 RUMPUN BAHASA

Austris

Austrasia Tibet-china Austronesia

Nusantara Mikronesia Polinesia Melanesia

Melayu

Sumatera

 Filipina Acheh
 Jawa Batak
 Kalimantan Minangkabau
 Bali-sasak Nias
Lampung
Orang Laut
 Menurut Nik Safiah Karim menerangkan bahawa bahasa Austronesia
ialah satu rumpun bahasa dalam filum bahasa Austris bersama-sama
dengan rumpun bahasa Austroasia dan Tibet-China (rujuk carta alir di
atas).

 Bahasa Melayu termasuk dalam bahasa-bahasa Golongan Sumatera


bersama-sama dengan bahasa-bahasa Acheh, Batak, Minangkabau,
Nias, Lampung dan Orang Laut. Rumpun bahasa Austronesia ini pula
terbahagi kepada empat kelompok yang lebih kecil :

1.       Bahasa-bahasa Kepulauan Melayu atau Bahasa Nusantara. Contoh : bahasa


Melayu, Aceh, Jawa, Sunda, Dayak, Tagalog, Solo, Roto, Sika dan lain-lain.

2.       Bahasa-bahasa Polinesia, Contoh : bahasa Hawaii, Tonga, Maori, Haiti. 

3.       Bahasa-bahasa Melanesia, Contoh : bahasa-bahasa di Kepulauan Fiji, Irian


and Kepulaun Caledonia.$

4.       Bahasa-bahasa Mikronesia, Contoh : bahasa-bahasa di Kepulauan Marianna,


Marshall, Carolina dan Gilbert.
7.1.3 Bahasa Melayu Kuno

 Merupakan keluarga bahasa Nusantara


 Kegemilangannya dari abad ke-7 hingga abad ke-13 pada zaman kerajaan
Sriwijaya, sebagai lingua franca dan bahasa pentadbiran.
 Penuturnya di Semenanjung, Kepulauan Riau dan Sumatera.
 Ia menjadi lingua franca dan sebagai bahasa pentadbiran kerana:

1. Bersifat sederhana dan mudah menerima pengaruh luar.


2. Tidak terikat kepada perbezaan susun lapis masyarakat.
3. Mempunyai sistem yang lebih mudah berbanding dengan bahasa Jawa.

 Banyak dipengaruhi oleh sistem bahasa Sanskrit. Bahasa Sanskrit kemudian


dikenal pasti menyumbang kepada pengkayaan kosa  kata dan ciri-ciri keilmuaan
(kesarjanaan) Bahasa Melayu.
 Bahasa Melayu mudah dipengaruhi Sanskrit kerana:

1. Pengaruh agama Hindu.


2. Bahasa Sanskrit terletak dalam kelas bangsawan, dan dikatakan mempunyai
hierarki yang tinggi.
3. Sifat bahasa Melayu yang mudah dilentur mengikut keadaan dan keperluan.

 Bahasa Melayu kuno pada batu-batu bersurat abad ke-7 yang ditulis dengan
huruf Pallawa:

1. Batu bersurat di Kedukan Bukit, Palembang (683 M).


2. Batu bersurat di Talang Ruwo, dekat Palembang (684 M).
3. Batu bersurat di Kota Kampur, Pulau Bangka (686 M).
4. Batu bersurat di Karang Brahi, Meringin, daerah Hulu Jambi (686 M).

 Bahasa Melayu kuno pada batu bersurat di Gandasuli, Jawa Tengah (832 M)
ditulis dalam huruf Nagiri.

 Ciri-ciri bahasa Melayu kuno:

1. Penuh dengan kata-kata pinjaman Sanskrit.


2. Susunan ayat bersifat Melayu.
3. Bunyi b ialah w dalam Melayu kuno (Contoh: bulan - wulan).
4. Bunyi e pepet tidak wujud (Contoh dengan - dngan atau dangan).
5. Awalan ber- ialah mar- dalam Melayu kuno (contoh: berlepas-marlapas).
6. Awalan di- ialah ni- dalam bahasa Melayu kuno (Contoh: diperbuat - niparwuat).
7. Ada bunyi konsonan yang diaspirasikan seperti bh, th, ph, dh, kh, h (Contoh:
sukhatshitta).
8. Huruf h hilang dalam bahasa moden (Contoh: semua-samuha, saya: sahaya).
7.1.4 Peralihan Bahasa Melayu Kuno Ke Bahasa Melayu Klasik

 Peralihan ini dikaitkan dengan pengaruh agama Islam yang semakin mantap di
Asia Tenggara pada abad ke-13.
 Selepas itu, bahasa Melayu mengalami banyak perubahan dari segi kosa kata,
struktur ayat dan tulisan.
 Terdapat tiga batu bersurat yang penting:

a. Batu bersurat di Pagar Ruyung, Minangkabau (1356)

1. Ditulis dalam huruf India.


2. Mengandungi prosa melayu kuno dan beberapa baris sajak Sanskrit.
3. Bahasanya berbeza sedikit daripada bahasa batu bersurat abad ke-7.

b. Batu bersurat di Minye Tujuh, Acheh (1380)

1. Masih memakai abjad India.


2. Buat pertama kalinya terdapat penggunaan kata-kata Arab seperti kalimat nabi,
Allah dan rahmat.

c. Batu bersurat di Kuala Berang, Terengganu (1303-1387)

1. Ditulis dalam tulisan Jawi.


2. Membuktikan tulisan Arab telah digunakan dalam bahasa Melayu pada abad itu.

 Ketiga-tiga batu bersurat ini merupakan bukti catatan terakhir perkembangan


bahasa Melayu kerana selepas abad ke-14, muncul kesusasteraan Melayu
dalam bentuk tulisan.
 

7.1.5 Bahasa Melayu Klasik

 Kegemilangannya boleh dibahagikan kepada tiga zaman penting:

1. Zaman kerajaan Melaka


2. Zaman kerajaan Acheh
3. Zaman kerajaan Johor-Riau

 Antara tokoh-tokoh penulis yang penting ialah Hamzah Fansuri, Syamsuddin al-
Sumaterani, Syeikh Nuruddin al-Raniri dan Abdul Rauf al-Singkel.

 Ciri-ciri bahasa klasik:

1. Ayatnya panjang,  berulang, berbelit-belit.


2. Banyak ayat pasif.
3. Menggunakan bahasa istana.
4. Kosa kata klasik: ratna mutu manikam, edan kesmaran (mabuk asmara), sahaya,
masyghul (bersedih).
5. Banyak menggunakan perdu perkataan (kata pangkal ayat): sebermula, alkisah,
hatta, adapun.
6. Ayat songsang.
7. Banyak menggunakan partikel ``pun'' dan `'lah''.
7.1.6 Bahasa Melayu Moden

 Bermula pada abad ke-19. Hasil karangan Munsyi Abdullah dianggap sebagai
permulaan zaman bahasa Melayu moden.
 Sebelum penjajahan Beritish, bahasa Melayu mencapai kedudukan yang tinggi,
berfungsi sebagai bahasa perantaraan, pentadbiran, kesusasteraan, dan bahasa
pengantar di pusat pendidikan Islam.
 Selepas Perang Dunia Kedua, British merubah dasar menjadikan bahasa
Inggeris sebagai pengantar dalam sistem pendidikan.
 Semasa Malaysia mencapai kemerdekaan, Perlembagaan Persekutuan Perkara
152 menetapkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan.
 Akta Bahasa Kebangsaan 1963/1967 menetapkan bahasa Melayu sebagai
bahasa rasmi negara. Laporan Razak 1956 mencadangkan bahasa Melayu
sebagai pengantar dalam sistem pendidikan Negara.
KONSEP
-Perkembangan bermula pada abad ke-19.
-Karya Munsyi Abdullah dianggap sebagai zaman permulaan.
-Banyak penciptaan perkataan dan ungkapan baru.

SEBELUM KEDATANGAN INGGERIS


-Bahasa perantaraan.
-Bahasa pentadbiran.
-Digunakan dalam urusan rasmi jabatan kerajaan.
-Menjadi syarat kelayakkan menjawat jawatan pegawai.

SELEPAS PERANG DUNIA KE-2


-Bahasa Melayu mula terancam.
-Pegawai tadbir Inggeris jahil terhadap Bahasa Melayu.
Bahasa
Melayu -Pengaruh Inggeris memberi tekanan.
Moden -Kedudukan Bahasa Melayu merosot.
-Bahasa Melayu hanya digunakan -bahasa pemgantar sekolah rendah.
-bahasa perhubungan golongan bawahan.

PERJUANGAN MENDAULATKAN BAHASA


-Melaungkan hasrat melalui akhbar.
-Pertubuhan bahasa dan sastera.

KEMERDEKAAN MALAYSIA
-Sebagai bahasa kebangsaan.
-Sebagai bahasa rasmi.
-Bahasa pentadbiran.
-Bahasa perhubungan awam.
-Bahasa ilmiah di sekolah dan universiti.

7.1.7 PENEMUAN BATU BERSURAT

 Batu-batu bersurat yang menggunakan Bahasa Melayu dipercayai ditulis


bermula pada akhir abad ke-7. Sebanyak empat batu bersurat telah dijumpai
yang mempunyai tarikh tersebut :

1. Batu Bersurat Kedukan Bukit (683 M) - Palembang


2. Batu Bersurat Talang Tuwo (684 M) – Palembang
3. Batu Bersurat Kota Kapor (686 M) – Pulau Bangka, Palembang
4. Batu Bersurat Karang Brahi (686 M) – Palembang

7.1.7.1 Batu Bersurat Kedukan Bukit

 Bertarikh 605 tahun Saka (683M).Dari keluarga Melayu di kampong


Kedukan Bukit pada 29 November 1920.Kampung di Tebang Sungai
Tatang dalam wilayah Musi di bahagian barat daya Palembang.Terdapat
10 baris ayat dan berbentuk bujur.

7.1.7.2 Batu Bersurat Talang Tuwo

 Bertarikh 606 tahun Saka (684M). Dijumpai oleh Residen Jambi, L.C
Westenek pada 17 November 1920.Di Talang Tuwo, bahagian barat daya
Bukit Siguntang.
Merupakan batu pasir yang ada 14 baris ayat yang di pahat.

7.1.7.3 Batu Bersurat Kota Kapur


 Bertarikh 608 tahun Saka (686M). Ditemui, J.K. Van Muelan pada 1892 di
kota kapur (sebuah pecan di Pulau Bangka).Berbentuk tiang batu.
 Dipercayai dibawa ke Pulau Bangka sebab tiada batu lain seperti di pulau
itu.

7.1.7.4 Batu Bersurat Karang Berahi

 Bertarikh 614 tahun Saka (692M). Dijumpai oleh Inspektor L. Berkhout.


 Semasa dijumpai, ia digunakan sebagai lapik basuh kaki di masjid, Jambi.
 Kajian K. Tom, teks Batu Bersurat Karang Berahi menyamai teks Batu
Bersurat Kota Kapur, cuma kurang dua baris.

7.1.8 PENGARUH BAHASA MELAYU DALAM KERAJAAN SRI VIJAYA

Berpandukan isinya, penulisan di batu bersurat tersebut dibuat atas arahan raja
Srivijaya, sebuah kerajaan yang mempunyai empayar meliputi Sumatera, Jawa,
Semenanjung Tanah Melayu, Segenting Kra dan Sri Lanka. Oleh itu, ini menunjukkan
bahawa Bahasa Melayu telah digunakan sebagai bahasa rasmi dan bahasa
pentadbiran kerajaan Srivijaya, sekaligus meluaskan penyebaran Bahasa Melayu ke
tanah jajahan takluknya . Walaupun bahasa pada batu bersurat itu masih berbahasa
Sanskrit, akan tetapi masih terdapat pengaruh Bahasa Melayu Kuno di dalamnya. 
Istilah “Melayu” timbul buat pertama kali dalam tulisan Cina pada tahun 644 dan 645
Masehi. Tulisan ini menyebut mengenai orang “Mo-Lo-Yue” yang mengirimkan utusan
ke Negeri China untuk  mempersembahkan hasil-hasil bumi kepada Raja China.
Letaknya kerajaan “Mo-Lo-Yue” ini tidak dapat dipastikan dengan tegas. Ada yang
mencatatkan di Semenanjung Tanah Melayu dan di Jambi, Sumatera. Selain daripada
empat batu bersurat yang disebutkan tadi, terdapat juga bahan-bahan lain yang
dihasilkan dalam zaman kerajaan Srivijaya pada abad ke-7 hingga ke-13 Masihi iaitu :
1.Batu Bersurat Gandasuli (832 M) – Gandasuli, Jawa Tengah,

2. Sebuah batu bersurat yang dijumpai di Bangkahulu bertarikh 1000 Masehi.

3. Sebuah patung gangsa yang dijumpai di Padang Lawas, Tapanuli bertarikh 1029 M
dengan tulisan pada kaki alasnya, 4. Sebuah patung di Padang Rocore, Batanghari
bertarikh 1286 M dengan catatan perkataan “Malaya” atau “Melayu” pada bahagian
belakangnya.

7.1.9 PENGARUH BAHASA MELAYU DALAM KERAJAAN MELAYU MELAKA

Abad ke –13 adalah waktu bermulanya zaman peralihan di Kepulauan Melayu


dengan berkembangnya agama Islam ke rantau ini. Ini telah mempengaruhi bangsa
dan bahasa di sini, terutamanya bangsa dan bahasa Melayu. Pengaruh India sedikit
demi sedikit mula digantikan dengan pengaruh Islam dan Arab. Zaman penting bagi
Bahasa Melayu ialah pada zaman Kerajaan Melayu Melaka. Perhubungan antara
rakyat juga menggunakan Bahasa Melayu, termasuk di pusat-pusat perniagaan seperti
Melaka. Kerajaan Melayu Melaka yang telah menerima Islam dan berjaya membina
empayar yang luas telah dapat meningkatkan kemajuan dan perkembangan Bahasa
Melayu di rantau ini. Bahasa Melayu telah digunakan dalam pentadbiran dan aktiviti
perdagangan serta menjadi “lingua franca” para pedagang. Bahasa Melayu juga telah
menjadi alat penyebaran agama Islam ke seluruh Kepulauan Melayu. Bahasa Melayu
telah mendapat bentuk tulisan baru iaitu tulisan Jawi. Perbendaharaan kata juga telah
bertambah dengan wujudnya keperluan untuk mengungkapkan idea-idea yang dibawa
oleh peradaban Islam. Keagungan Kesultanan Melaka jelas tergambar di dalam
“Sejarah Melayu” oleh Tun Seri Lanang, sebuah karya dalam Bahasa Melayu yang
sangat tinggi nilainya.Kedatangan orang-orang Eropah dan kejatuhan Kesultanan
Melaka ke tangan Portugis pada tahun1511 masehi tidak menamatkan pengaruh
Bahasa Melayu. Ramai di antara mereka yang menjalankan penyelidikan dan
menyimpan catatan mengenai bahasa dan kesusasteraan Melayu. Palembang dan
Acheh telah menggantikan Melaka sebagai pusat keintelektualan Melayu.
7.1.10 PENGARUH BAHASA MELAYU DALAM PEMERINTAHAN INGGERIS

Pada zaman penjajahan Inggeris di Tanah Melayu, khususnya ketika sebelum


berlaku Perang Dunia Kedua, Bahasa Melayu terus digunakan untuk tujuan urusan
rasmi di Negeri-Negeri Melayu Bersekutu dan Negeri-Negeri Melayu Tidak Bersekutu.
Pegawai-pegawai Inggeris yang bertugas di Negeri-Negeri Melayu sebelum Perang
Dunia Kedua dikehendaki mempelajari Bahasa Melayu dan mesti lulus dalam
peperiksaan Bahasa Melayu sebelum disahkan dalam jawatan. Sebahagian daripada
pegawai-pegawai itu terus menaruh minat yang tinggi terhadap Bahasa Melayu,
sehingga dikenali sebagai sarjana Bahasa Melayu. Antaranya ialah R.O. Winstedt, J.R.
Wilkinson, C.C. Brown, W.E. Maxwell, W. Marsden, W.G. Shellabear dan J. Crawford.
Hanya selepas Perang Dunia Kedua kedudukan serta peranan Bahasa Melayu mula
terancam. Pegawai-pegawai Inggeris baru yang jahil terhadap Bahasa Melayu
membawa tekanan kepada kehidupan rakyat di negara ini, menerusi nilai-nilai baru
yang diperkenalkan. Orang-orang Inggeris menjadi “tuan” dan segala yang
bersangkutan dengan cara hidup mereka diberi nilaian yang tinggi termasuk bahasa
mereka. Ini diperkukuhkan dengan dasar menggunakan bahasa Inggeris sebagai
bahasa pengantar dalam sistem persekolahan. Dalam keadaan Bahasa Melayu
menerima tekanan, kesusasteraan Melayu terus dihasilkan, bukan oleh cendiakawan
berpendidikan barat tetapi cerdik pandai lulusan sekolah Melayu atau Arab.
Kemerosotan Bahasa Melayu tidak berterusan.
7.1.11 PENGARUH BAHASA MELAYU DALAM ZAMAN BARU

Zaman baru membawa banyak perubahan kepada bahasa Melayu. Lebih banyak
istilah-istilah dihasilkan demi penakatan bahasa dalam era teknologi dan perindustrian.
Kini bahasa Melayu lebih bersifat keilmuan. Bidang-bidang sains, perubatan, mekanikal,
kejuruteraan, komputer, sains hayat dan kimia memaksa bahasa Melayu menyerap
istilah-istilah Inggeris ke dalam bahasa Melayu melalui satu proses peristilahan. Maka
lahirlah istilah-istilah seperti karbon dioksida, eksperimen, teori, kapital, mesin,
komputer, seks, biologi, aktiviti, organisasi, konsentrasi, embrio, kranium dan
vaksin.
Bahasa Melayu telah mengalami evolusi terpenting pada peringkat ini.
Modenisasi memankinkan kewujudan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu dalam
semua bidang yang terokai oleh manusia Melayu. Perkembangan sihat ini masih
diteruskan. Selain bahasa Inggeris yang diceduk terus ke dalam bahasa Melayu dan
disesuaikan dengan sebutan dan ejaan, ada juga yang diistilahkan sepenuhnya dalam
bahasa Melayu mahupun gabungan bahasa Inggeris dan bahasa Melayu seperti tiru
biak (cloning), kepekatan pukal (bulk concentration), rama-rama mata lembu (bull's
eye moth), malar hijau (evergreen), pengewapan/penyejatan (eveporation) dan kirim
balik (freight back).

Evolusi bahasa Melayu pada zaman ini berlaku atas dasar penakatan agar
masyarakat Melayu tidak terpinggir dengan perkembangan pesat dunia. Sesuai dengan
perkembangan dunia mencapai kemajuan hidup, bahasa Melayu juga terpaksa berubah
dan menyesuaikan diri dengan bahasa-bahasa yang maju agar dapat maju bersama.

Bahasa Bahasa itu


sebagai bervariasi
satu
sistem

Bahasa Bahasa itu


sebagai dinamis
simbol

7.2 CIRI-CIRI
BAHASA
MELAYU
Bahasa
Bahasa bersifat
bersifat sejagat
arbitrari

Bahasa
Bahasa bersifat
sebagai unik
komunikasi
7.2.1 BAHASA SEBAGAI SATU SISTEM

1. Semua bahasa mempunyai susunan tertentu, sama ada dalam bentuk bunyi-bunyi
perkataan, susunan perkataan, nahu atau sintaksis.

2. Dalam bahasa tersebut terdapat beberapa unit tertentu yang dicantumkan menjadi satu
susunan yang sempurna mengikut strukturnya.

3. Percantuman unit-unit itu pula terjadi menurut dasar-dasar tertentu.

4. Dari bilangan unit yang begitu banyak dalam sesuatu bahasa, percantuman tidak boleh
terjadi sembarangan tetapi dengan tatacara dan peraturan yang tertentu.

5. Percantuman menurut cara dan peraturan tertentu inilah yang menunjukkan bahasa
sebagai satu sistem.

6. Bahasa dikatakan mempunyai sistem sebab ia mempunyai aturan-aturan atau rumus-


rumus tertentu yang pasti dan beraturan.

7. Justeru, bahasa mempunyai sistem. Tanpa sistem pada bahasa, tentunya manusia
mengalami kesulitan untuk mempelajarinya.

8. Selain itu, bahasa juga tidak akan berkembang.

9. Dalam pertuturan terkandung bentuk-bentuk bahasa yang terdiri daripada kumpulan


bunyi yang berupa perkataan, rangkai kata dan ayat-ayat.

10. Tiap-tiap bahasa mempunyai set atau sistem tertentu yang menjadi asas kepada
pengguna untuk menuturnya. Setiap bentuk juga mempunyai sistem tingkahlaku yang
tersendiri.
Contohnya :

 Dalam bahasa Inggeris terdapat bunyi konsonan yang diwakili oleh lebih
daripada satu huruf dalam perkataan seperti wh pada perkataan ‘what’, ‘which’,
dan ‘who’. Bunyi-bunyi ini tiada dalam bahasa Melayu.

 Sebaliknya, bunyi konsonan ny dan ng dalam perkataan ‘nyamuk’, ‘nyanyi’,


‘nyanyuk’, ‘mengantuk’, ‘nganga’ dan ‘mengambil’ tidak pula terdapat dalam
bahasa Inggeris.

11. Bolinger D. Sears dalam bukunya ‘Aspect of Language’ berpendapat,

“Bahasa adalah satu sistem yang melibatkan pertuturan dan pendengaran hasil
interaksi dengan pengalaman pengguna-penggunanya dengan menggunakan simbol-
simbol yang konvensional yang terdiri daripada unit-unit bunyi bersifat arbitrari dan
disusun mengikut peraturan-peraturan yang telah ditetapkan”.

12. Penyataan ini cuba menerangkan bahawa tiap-tiap bahasa mempunyai sistem atau
peraturannya tersendiri, yang berupa set dan set ini menjadi asas kepada pengguna
untuk menuturkan bahasa tersebut.

 Contohnya – ayat buku itu, tiga buah buku kuning.

 Dalam bahasa Inggeris : ‘that book’ (buku itu) (itu buku). ‘three yellow books’
(tiga buah buku kuning) (tiga kuning buku).

 Dalam bahasa Mandarin – Na ben shu (buku itu), San ben huang se de shu (tiga
buah buku kuning.

13. Berdasarkan contoh di atas, membuktikan bahawa struktur bahasa berlainan dalam
sesuatu bahasa kerana sistemnya berbeza.
7.2.2 BAHASA SEBAGAI SATU SIMBOL

 Pertuturan seseorang mempunyai pertalian yang simbolik dengan objek atau


peristiwa tertentu, iaitu menggambarkan pelbagai pengalaman.

 Dalam pertuturan, dua keadaan terjadi, iaitu penanggapan bunyi, dan


mempertalikan bunyi yang ditanggap itu dengan makna.

 Simbol merupakan satu daripada tanda. Tanda yang lain ialah tanda, isyarat,
gejala, gerak isyarat, kod, indeks, dan ikon.

 Tanda dapat mewakili idea, fikiran, perasaan, benda dan tindakan secara langsung
dan alamiah. Misalnya: kemalangan jalan raya, keadaan selepas hujan…

 Simbol menandai sesuatu yang lain secara konvensional, tidak secara alamiah.
Misalnya: warna bendera, warna logo institusi…

 Tanda tidak bersifat arbitrari, sedangkan simbol bersifat arbitrari. Simbol amat erat
hubungannya dalam kegiatan manusia. Ini dicerminkan oleh bahasa, kerana bahasa
ialah simbol.

 Isyarat ialah tanda yang disengajakan supaya penerima bertindak balas. Misalnya:
isyarat dalam acara sukan, lalu lintas…

 Gerak isyarat (gesture) ialah tanda yang dilakukan dengan gerakan badan yang
mungkin berupa tanda atau lambang. Misalnya: gerakan manusia dan haiwan.

 Gejala (symptom) ialah tanda yang tidak disengajakan, tanpa maksud tertentu,
tetapi bersifat alamiah untuk menunjukkan bahawa sesuatu akan berlaku. Misalnya:
ramalan doktor terhadap pesakit.
 Ikon ialah tanda yang mirip dengan sesuatu yang diwakilinya. Misalnya: gambar
bangunan, patung… Ada waktunya ikon bermaksud lambang.

 Indeks ialah tanda kewujudan sesuatu yang lain seperti asap yang menunjukkan
wujudnya api, tanda penunjuk arah …

 Kod ialah tanda wujudnya sistem, sama ada berupa lambang, isyarat atau gerak
isyarat yang mewakili fikiran, perasaan, idea, benda dan tindakan. Misalnya: bahasa
rahsia.

7.2.3 BAHASA BERSIFAT ARBITRARI

1. Bunyi pertuturan dan makna tidak mempunyai hubungan falsafah yang sah dan mutlak,
iaitu tiada hubungan wajib antara lambang dengan konsep atau pengertian yang
dimaksudkan oleh lambang itu.

2. Kita tidak dapat menghuraikan mengapa cecair yang terbentuk daripada dua bahagian,
iaitu hidrogen dan oksigen dinamakan air, bukannya iar atau ria.

3. Kita juga tidak dapat menjelaskan mengapa dalam Bahasa Melayu disebut bunga,
bahasa Jawa kembang, bahasa Inggeris flower, bahasa Belanda bloem, bahasa Arab
shahrun, bahasa Jepun hana, dan bahasa Tagalog bulaklak.

4. Ini demikian kerana kearbitrarian lambang bunyi(penanda), dan konsep yang


dikandungnya (petanda). Penanda tidak memberi petunjuk terhadap konsep yang
diwakilinya.

5. Jika ada hubungan wajib antara penanda dengan petanda, tentulah tidak wujud jamak
bahasa. Perbezaan yang wujud jika ada, tidaklah terlalu banyak.

6. Konsep onomatopia memang wujud, seperti kata cicak yang berasal daripada bunyi cak,
cak, cak, cak, atau pipit yang berasal daripada kata pit, pit, pit, pit, namun bentuk seperti
itu amat terhad. Lagipun tidak persis antara satu bahasa dengan bahasa yang lain.
Contoh lain: kekek, wakwak, ngiau, dering, ngaum, ngembek, nguak, desir…
7. Bunyi ayam jantan berbeza mengikut tempat. Dalam bahasa Indonesia, ayam jantan
berbunyi kukuruyuk, bahasa Sunda berbunyi kongkorongok, bahasa Melayu berbunyi ?.
Demikianlah juga dengan bunyi letupan senjata api dan bunyi anjing.

8. Contoh bunyi anjing: bahasa Ingggeris wow-wow,wow, bahasa Melayu woo-woo-woo,


bahasa Perancis graf-graf-graf, bahasa Jepun wan-wan-wan, bahasa Irish amh-amh-
amh, bahasa Sebro Croation av-av-av, bahasa Cina wang-wang-wang…

9. Semua bunyi itu dianggap tepat dan betul kerana bahasa itu arbitrari. Ahli masyarakat
bahasa berkenaan mempunyai persefahaman untuk memberi makna sesuatu bunyi yang
didengar.

10. Lambang berubah sesuai dengan perubahan masa:

Tetuang udara Radio


Sakar Gula

11. Lambang tidak berubah, tetapi makna berubah: wisma , khalwat


12. Sama bunyi lambang, tetapi konsep yang didokongnya berlainan. Contoh:

KATA MAKNA BM BAKU MAKNA DIALEK


KELANTAN
Dan kata hubung sempat
loghat Dialek sibuk
Gaduh Kelahi sibuk
Kopek Koyak payu dara
Pelawak ahli lawak bohong
Selalu sentiasa masa itu juga
Teksi kereta sewa beca
7.2.4 BAHASA SEBAGAI ALAT KOMUNIKASI

1. Sesuatu bahasa bergantung pada struktur dan bentuk masyarakatnya. Masyarakat yang
tidak terdedah dengan sains dan teknologi tentulah berkurangan istilah dalam bidang
berkenaan.

2. Dalam
masyarakat bahasa yang sama juga terdapat perbezaannya. Misalnya bahasa
masyarakat bandar dengan bahasa masyarakat desa.

3. Leksikon
sesuatu bahasa akan ditentukan oleh keadaan masyarakat bahasa itu,
termasuklah pengaruh luar sama ada secara akulturasi atau sosialisasi pendidikan.

4. Kegagalankita mempelajari bahasa akan memberi kesan terhadap proses komunikasi


kerana unsur penting dalam komunikasi ialah maklumat, dan proses yang penting dalam
komunikasi ialah penggunaan bersama, iaitu melibatkan diri bersama orang lain dalam
pemikiran.

7.2.5 BAHASA BERSIFAT UNIK

Unik bermaksud ciri khusus yang spesifik yang tiada pada yang lain. Ciri khusus
menyangkut sistem bunyi, pembentukan kata, pembentukan ayat, dan sistem yang lain.

Antara ciri keunikan Bahasa Melayu ialah tekanan kata tidak bersifat morfemis, tetapi
bersifat sintaksis. Ini bermakna tekanan pada kata, tidak merubah makna kata tetapi
merubah seluruh ayat. Contoh:
* Orang itu menjolok buah
* Orang itu menjolok buah
* Orang itu menjolok buah

Bahasa lain pula bersifat morfemis, iaitu tekanan pada kata akan menyebabkan makna
kata berubah. Contoh:

Bahasa Batak :

‘bontar darah bon’tar putih


‘bagas rumah ba’gas dalam
‘hotang Rotan ho’tang keras
‘hunik kunyit hu’nik kuning

Bahasa Inggeris :

‘import import im’port mengimport


insult penghinaan in’sult menghina
Object Objek ob’ject berkeberatan
permit Izin Per’mit mengizinkan

Bagi bahasa Jawa, setiap kata yang dimulai konsonan / b /, / d /, / g /, / k /,

/ p / dan / t / akan didahului oleh konsonan nasal yang relevan. Contoh:

Bandung mbandung
Depok ndopek
lompat lo-mpat
Tending te-ndang
Gopek ngopek
 Tongkat to-ngkat
Ciri kelainan setiap bahasa, disebut ciri unik untuk bahasa itu, tetapi ciri kelainan yang
menjadi ciri sekelompok bahasa tidak disebut unik, tetapi ciri kelainan bahasa serumpun.

7.2.6 BAHASA BERSIFAT SEJAGAT

 Bahasa sejagat bermaksud ciri yang sama dimiliki oleh bahasa di dunia. Ciri yang
bersifat umum, dan dapat dikaitkan dengan ciri atau sifat bahasa lain.

 Antara ciri umum bahasa yang bersifat ujaran ialah kewujudan bunyi vokal dan
konsonan, walaupun jumlahnya tidak sama. Contoh:

bahasa Melayu: 6 vokal, 22 konsonan


bahasa Arab: 3 vokal pendek, 3 vokal panjang, 28 konsonan
bahasa Inggeris: 16 vokal (termasuk diftong), 24 konsonan

 Setiap bahasa juga mempunyai satuan yang bermakna, seperti satuan kata, frasa,
klausa, ayat dan wacana. Cara pembentukannya mungkin tidak sama

7.2.7 BAHASA BERSIFAT DINAMIS

Perubahan bahasa boleh juga terjadi dalam bentuk negatif sesuai dengan
perubahan masyarakat bahasa berkenaan. Pelbagai alasan sosial, politik dan ekonomi
menyebabkan orang meninggalkan bahasanya, dan menggunakan bahasa lain dalam
urusan kehidupannya.

Jika perubahan itu berterusan, maka bahasa berkenaan tiada lagi penuturnya, dan
menjadi bahasa dokumentasi sahaja untuk ditempatkan di muzium, seperti bahasa Latin
dan bahasa Sanskrit.
7.2.8 BAHASA BERSIFAT BERVARIASI

 Masyarakat sesuatu bahasa terdiri daripada pelbagai status sosial dan latar
belakang budaya. Oleh itu, bahasa yang digunakan bervariasi dan beragam.

 Variasi bahasa dicerminkan oleh ideolek, dialek dan ragam.

 Ideolek: variasi atau ragam bahasa yang bersifat individu.

 Dialek: variasi bahasa yang digunakan oleh sekelompok masyarakat pada tempat
dan waktu tertentu.

 Ragam: variasi bahasa yang digunakan dalam situasi tertentu, seperti ragam baku,
ragam lisan, ragam tulisan, ragam sastera.

Variasi Bahasa

tinggi rendah
Bahasa Yunani katherevusa dhimotiki
Bahasa Arab al-fusya d-darij
Bahasa Jerman-Swiss schriftsdrache schweizerdeutsch
Bahasa Melayu Baku Tidak baku
7.3 Fungsi bahasa Melayu

Bahasa Rasmi

Bahasa Bahasa
Kebangsaan Ilmu

7.3
Fungsi
Bahasa
Melayu

Bahasa Bahasa
Perpaduan Pengantar

Sejak mencapai kemerdekaan pada tahun 1957, bahasa Melayu telah berkembang
dengan pesat. Bahasa Melayu mengalami proses pemodenan daripada segi peristilahan,
pengekodan dan penye-ragaman. Ini memungkinkan bahasa Melayu dapat menjalankan
berbagai-bagai tugas baru sesuai dengan tarafnya sebagai bahasa kebangsaan, bahasa
pengantar, bahasa rasmi dan bahasa ilmu. Setelah hampir empat dekad berlalu, bahasa
Melayu kini dapat menjalankan berbagai-bagai fungsi. Antara fungsi itu ialah bahasa
kebangsaan.
7.3.1 Bahasa Kebangsaan

Bahasa Malaysia ialah bahasa kebangsaan Malaysia. Selepas tercapainya


kemerdekaan, PersekutuanTanah Melayu memilih bahasa Melayu sebagai bahasa
kebangsaan. Pemilihan satu bahasa kebangsaan bertujuan mencari suatu lambang
penyatuan. Tugas bahasa sebagai fungsi penyatuan akan disalurkan melalui sistem
pelajaran kebangsaan sebagaimana termaktub dalam bab permulaan Akta Pelajaran
1961 yang antara lain menegaskan peranan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar
utama di sekolah.

Sebelum 1969, bahasa kebangsaan ini dikenali sebagai bahasa Melayu tetapi
selepas peristiwa 13 Mei 1969, bahasa ini diberikan nama baru iaitu bahasa Malaysia.
Walaupun diberikan nama baru namun taraf bahasa itu tidak berubah seperti yang
termaktub dalam Artikel 152 Per-lembagaan Persekutuan Tanah Melayu yang
menyebut bahawa, "Bahasa kebangsaan negara ini adalah bahasa Melayu…..". Di
samping memenuhi keperluan sebagai lambang penyatuan, bahasa Melayu juga
diperlukan dalam negara Malaysia atas keperluan bagi kepentingan kebangsaan. Ini
bermaksud fungsi bahasa Melayu sebagai lambang kebebasan negara daripada
belenggu penjajahan.

Sebagai sebuah negara membangun, amat wajar sekali mempunyai satu bahasa
kebangsaan kerana kehadirannya akan memberikan sifat kesatuan.Sebagai sebuah
bahasa kebangsaan, penggunaan suatu bahasa baku dapat menjalankan beberapa
fungsi. Antaranya, fungsi penyatuan iaitu bahasa baku bertindak sebagai alat yang
meng-hubungkan penutur-penutur yang menuturkan berbagai-bagai dialek bahasa
yang sama dan dengan itu dapat menyatukan mereka ke dalam suatu masyarakat
pertuturan.
Di samping itu, suatu bahasa baku juga dapat menjalankan tugas prestij iaitu
kewujudan atau kepunyaan suatu bahasa baku menimbulkan perasaan kewujudan atau
kepunyaan dan bersifat megah bagi negara Malaysia.
Sebagai sebuah bahasa kebangsaan, bahasa Melayu dikehendaki memikul tugas baru.
Bahasa Melayu menjadi bahasa rasmi negara, bahasa pentadbiran, bahasa
perhubungan umum dan bahasa pengantar serta bahasa ilmiah di sekolah dan institusi
pengajian tinggi. Semua fungsi ini dijalankan oleh bahasa Melayu selepas 1957. Bagi
menjalankan pelbagai fungsi tersebut, usaha merancang, membina dan
mengembangkan bahasa Melayu perlu dijalankan bagi menjadikan ia sebuah bahasa
komunikasi yang lengkap, sempurna, sesuai dan berkeupayaan memperkatakan
pelbagai aspek baru dalam kehidupan manusia.

7.3.2 Bahasa Ilmu

Bahasa Melayu adalah bahasa pengantar ilmu di sekolah-sekolah termasuk di


maktab-maktab perguruan dan di universiti. Sebagai bahasa ilmu, bahasa yang
memperkatakan segala ilmu pengetahuan, bahasa Melayu seharusnya
diperkembangkan dan disesuaikan dengan kehendak-kehendak baru. Perbendaharaan
katanya perlu diperluaskan. Ia digunakan untuk menyampaikan ilmu pengetahuan
moden dalam berbagai-bagai bidang seperti bidang sains dan teknologi, undang-
undang, kedoktoran, kejuruteraan, sastera dan sebagainya. Dalam bidang perubatan
misalnya, pelbagai istilah telah diwujudkan dalam bahasa Melayu. Antaranya ialah
dalam bidang anatomi, mikrobiologi, fisiologi, biokimia, ginekologi dalam sebagainya.

Dalam bidang kejuruteraan pula, terhasil berbagai-bagai istilah baru terutama


dalam bidang kejuruteraan awam, mekanikal, kimia, elektrik, kejuruteraan teknologi
maklumat, kejuruteraan angkasa lepas dan sebagainya.
Bahasa Melayu boleh menjadi bahasa ilmu kerana mempunyai ciri-ciri
keintelektualan bahasa. Keintelektualan bahasa bermaksud keupayaan bahasa dalam
menyampaikan buah fikiran, hujah, pendapat dan sebagainya dengan tepat.
Keintelektualan bahasa ini dapat dicapai melalui pengembangan kosa kata ataupun
penukaran bentuk kata.

Bahasa Melayu juga boleh menjadi bahasa ilmu kerana mempunyai ciri-ciri
kesempurnaan bahasa. Ciri-ciri kesempurnaan bahasa Melayu yang pertama ialah
kestabilan. Ini bermaksud bahasa yang mempunyai sistem dan peraturan. Antaranya
ialah sistem ejaan, sebutan, pemakaian, tatabahasa dan lain-lain lagi. Yang kedua ialah
kelenturan. Ciri ini bermaksud bahasa Melayu mudah menyesuaikan diri dengan
persekitaran dan perubahan yang berlaku daripada semasa ke semasa.

7.3.3 Bahasa Rasmi

Sesudah dipilih sebagai bahasa kebangsaan, bahasa Melayu juga berfungsi


sebagai bahasa rasmi negara kita. Ini bermaksud, bahasa ini digunakan bagi
menjadikannya sebagai bahasa utama dalam apa-apa sahaja acara yang bersifat
rasmi. Ini termasuklah mesyuarat-mesyuarat persekutuan dan negeri, di persidangan-
persidangan dan seminar-seminar, dalam pidato-pidato, di parlimen dan dalam
perbicaraan di mahkamah. Penggunaan bahasa selain bahasa Melayu menyalahi
Artikel 152, Perlembagaan Malaysia.

7.3.4 Bahasa Pengantar

Oleh kerana Malaysia mempunyai masyarakat yang berbilang bangsa, dasar


pendidikan negara Malaysia berusaha menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa
pengantar utama di pusat-pusat pengajian. Dasar Pelajaran Kebangsaan, sebagaimana
yang termaktub dalam Penyata Razak telah dilaksanakan pada tahun 1957, dan dasar
ini disokong pula oleh Penyata Rahman Talib pada tahun 1961.
Antara tahap-tahap penting dalam proses pelaksanaan ini ialah penubuhan
sekolah-sekolah yang menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar (1963),
pelaksanaan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar bagi mata pelajaran khusus di
sekolah-sekolah rendah jenis kebangsaan (1968) dan permulaan pelaksanaan
berperingkat bahasa Melayu (BM) sebagai bahasa pengantar tunggal di sekolah-
sekolah rendah jenis kebangsaan (1971).

Pada peringkat sekolah menengah, Bahasa Melayu menjadi satu mata


pelajaran pada tahun 1957 dan tidak lama kemudian menjadi satu mata pelajaran
dalam Sijil Peperiksaan Seberang Laut. Pada tahun 1970, dengan pengambilalihan Sijil
Seberang Laut oleh Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Bahasa Melayu dijadikan mata
pelajaran wajib bagi semua calon yang mengambil peperiksaan tersebut

Selain fungsi di atas, bahasa Melayu juga berfungsi sebagai penggambar akal
budi masyarakat Melayu. Ini kerana terdapat pelbagai unsur dalam bahasa Melayu
yang dapat menggambarkan dengan jelas kehidupan masyarakat Melayu. Antara unsur
itu ialah pantun Melayu dan pepatah Melayu. Antara pantun yang terkenal ialah:

Pulau Pandan jauh ke tengah,


Gunung Daik bercabang tiga,
Hancur badan di kandung tanah,
Budi yang baik dikenang jua.

Pisang emas dibawa belayar,


Masak sebiji di atas peti,
Hutang emas boleh dibayar,
Hutang budi dibawa mati.

Pantun di atas menggambarkan dalam masyarakat Melayu, budi pekerti adalah aspek
yang amat ditekankan. Sejak kecil sehingga dewasa, anak-anak diasuh agar
mengenang budi dan jasa orang.
8.Sistem bunyi bahasa Melayu
Kajian bunyi lazimnya terbahagi kepada dua bidang :

1. Fonetik -Fonetik mengkaji bunyi bahasa dari segi penyebutan dan


pendengaran atau sifatnya.
2. Fonologi -Fonologi pula mengkaji bunyi-bunyi yang berfungsi  dalam sesuatu
bahasa.

8.1 ALAT PERTUTURAN (Alat artikulasi)

1. Hidung 11. Tengah lidah


2. Bibir bawah 12. Belakang lidah
3. Gigi atas 13. Akar lidah
4. Gigi bawah 14. Epiglotis
5. Gusi 15. Pita suara
6. Lelangit keras 16. Rongga tekak
7. Lelangit lembut 17. Rongga Hidung
8. Anak tekak 18. Rongga mulut
9. Hujung lidah 19. Rahang
10. Hadapan lidah 20. Tenggorok
8.2 FUNGSI ALAT-ALAT ARTIKULASI DAN KEDUDUKAN DAERAHNYA

8.2.1 Lidah

 Lidah ialah alat artikulasi yang terpenting dan paling aktif dalam pengeluaran
bunyi bahasa.
 Lidah terbahagi kepada  empat bahagian:

1. hujung lidah
2. tengah lidah
3. hadapan lidah 
4. belakang lidah.

 Pembahagian ini membolehkan lidah membuat deskripsi pelbagai jenis


penghasilan bunyi. Bahagian hadapan lidah, tengah lidah dan belakang lidah
penting dalam pengeluaran bunyi-bunyi vokal, iaitu bunyi vokal hadapan, tengah
dan belakang. Hujung lidah merupakan bahagian paling aktif dan boleh
digerakkan ke mana-mana bahagian mulut untuk membuat penyekatan.  

  

8.2.2 Gigi

 Gigi juga berperanan dalam penghasilan bunyi bahasa tetapi peranannya


tidaklah aktif.
 Kedudukannya yang statik dan sentiasa digunakan sebagai penampan aliran
udara dalam penghasilan bunyi.

 Penampan aliran udara inilah yang menghasilkan bunyi. 


8.2.3 Bibir

 Bibir adalah alat artikulasi yang terletak pada bahagian luar rongga mulut. Bibir
terdiri daripada otot-otot kenyal yang boleh dihamparkan dan dibundarkan dan
berperanan  mengeluarkan bunyi yang berbagai-bagai.
 Bibir juga menjadi sempadan paling luar daripada rongga mulut.

 Bibir juga berfungsi membuat sekatan kepada udara yang keluar daripada
rongga mulut. 

8.2.4 Gusi

 Gusi merupakan bahagian yang embung dan menurun dari gigi ke bahagian
dalam rongga mulut.
 Organ ini digunakan sebagai daerah sebutan dengan bantuan hujung lidah yang
berfungsi membuat penyekatan. 

8.2.5 Lelangit
  

 Lelangit dapat dibahagikan kepada dua bahagian:

1.lelangit keras.

2. lelangit lembut. 

 Lelangit lembut menganjur dari sempadan lelangit keras hingga ke akhir rongga
mulut. Lelangit keras bermula dari sempadan gusi di bahagian hadapan atas
rongga mulut dapat diturunnaikkan untuk menutup atau membuka saluran
rongga tekak terus ke rongga hidung. Apabila dinaikkan, rongga mulut akan
terbuka dan udara akan keluar melalui rongga mulut dan apabila diturunkkan,
rongga mulut akan tertutup dan udara terpaksa keluar melalui rongga hidung.  
8.2.6 Rongga hidung

 Terletak di atas rongga mulut yang dipisahkan oleh lelangit. Rongga hidung
boleh dibuka atau ditutup, bergantung kepada keadaan sama ada anak tekak
dan lelangit lembut dinaikkan atau tidak.

8.2.7 Pita suara

 Pita suara terletak dalam ruang tenggorok (halkum) dan amat penting dalam
penghasilan bunyi. Proses pengeluaran suara berlaku dengan cara memperluas
dan mempersempit lubang yang terdapat di antara dua keping selaput nipis
berkenaan.

Rajah di bawah menunjukkan keadaan pita suara bagin setiap situasi-

 
8.3 JENIS-JENIS BUNYI

8.3.1 BUNYI VOKAL

 Bunyi vokal terhasil apabila udara keluar daripada rongga mulut tidak
mengalami sekatan atau himpitan.  Bunyi vokal juga dipengaruhi oleh  pengaruh
lidah, keadaan rongga mulut dan bentuk bibir.   
 Kedudukan vokal-vokal dapat dilihat seperti berikut:

8.3.2 PENGHASILAN BUNYI VOKAL 

8.3.2.1 Vokal Depan Sempit   (i) 

 Untuk mengeluarkan bunyi vokal ini, depan lidah dinaikkan hingga hampir
menyentuh lelangit keras, sementara hujung lidah didekatkan pada gusi.
 Lelangit lembut diangkat untuk menutup rongga hidung. Udara dari paru-paru
melalui rongga mulut sambil menggetarkan pita suara tanpa sekatan, halangan
atau himpitan yang boleh menyebabkan geseran kedengaran. Bibir berada
dalam keadaan terhampat. 

Contoh: bilik, titik, ipar, jari, cari 


Rajah di bawah menunjukkan kedudukan alat artikulasi semasa mengeluarkan bunyi
vokal depan sempit.

8.3.2.2 Vokal Depan Separuh Sempit  (e) 

 Untuk menghasilkan bunyi ini depan lidah dinaikkan, tetapi tidaklah setinggi
membunyikan vokal (i). 

Contoh: kole, tauge, bendi, elok

Rajah di bawah menunjukkan kedudukan alat artikulasi semasa mengeluarkan bunyi


vokal depan separuh sempit.

8.3.2.3 Vokal Depan Separuh Luas (ε)

 Untuk mengeluarkan  vokal ini depan lidah diturunkan sepertiga dari kedudukan
untuk mengeluarkan vokal ( e ). Kedudukan alat pertuturan adalah sama  seperti
semasa mengeluarkan bunyi  vokal (i) dan (e). 

Contoh: tauke, gelek, gesek, gerek


Rajah di bawah menunjukkan kedudukan alat artikulasi semasa mengeluarkan bunyi
vokal depan separuh luas.

8.3.2.4 Vokal Depan Luas ( a) 

 Untuk mengeluarkan bunyi vokal ini,  depan lidah diturunkan serendah-


rendahnya. Lelangit lembut berkeadaan terangkat rapat ke belakang tekak dan
menutup rongga hidung.  Kedudukan alat pertuturan lain adalah sama seperti
menghasilkan vokal (i), dan (e). 

Contoh:  anak,  pandai, landai, anting, siapa, takat

Rajah di bawah menunjukkan kedudukan alat artikulasi semasa mengeluarkan bunyi


vokal depan luas.

8.3.2.5 Vokal Belakang Sempit (u) 

 Dihasilkan dengan mengangkat belakang lidah setinggi mungkin ke atas, tetapi


tidak menutup ruang aliran udara. Bentuk bibir dibundarkan. 

Contoh: ubat, ulat, undang, udang, ulang 


8.3.2.6 Vokal Belakang Separuh Sempit ( o ) 

 Dihasilkan dengan menurunkan belakang lidah 1/3 di antara tempat yang paling
tinggi dan tempat yang paling rendah. Keadaan bibir pula dibundarkan. 

Contoh: obor, solo, polo, toko, orang 

Rajah di bawah menunjukkan kedudukan alat artikulasi semasa mengeluarkan bunyi


vokal belakang separuh sempit.

8.3.2.7 Vokal Belakang Separuh Luas (‫) כּ‬

 Dihasilkan apabila belakang lidah diturunkan 1/3 daripada kedudukan separuh


sempit dan bentuk bibir turut dibundarkan. Vokal ini tidak terdapat dalam bahasa
Melayu.

Rajah di bawah menunjukkan kedudukan alat artikulasi semasa mengeluarkan bunyi


vokal belakang separuh luas.
8.3.2.8 Vokal Tengah (ə)

Dihasilkan dengan meletakkan lidah seperti biasa di lantai rongga mulut. Bahagian tepi
lidah dilengkungkan sedikit, manakala rongga mulut berkeadaan sederhana luasnya. 
Contoh: enam, empat, kenduri, gerai

Rajah di bawah menunjukkan kedudukan alat artikulasi semasa mengeluarkan bunyi


vokal tengah.
8.3.2.9 BENTUK BIBIR

8.3.3 DIFTONG   

Sempit [i] Sempit [u]

Separuh sempit [e] [oi] Separuh sempit [o]


[ai] [au]

 Menurut Ab. Rahman, Yap, dan Ab. Rahim diftong ialah rentetan dua vokal
yang dihasilkan dengan satu hembusan nafas sahaja dan mempunyai satu
puncak kelantangan. Diftong bertindak sebagai satu fonem dan dilambangkan
dengan dua lambang vokal.

 Menurut Kamus pula diftong bermaksud gabungan dua bunyi vokal yang
disebut dalam satu suku kata akibat perubahan kedudukan lidah.

 Menurut Nor Hashimah ,Bunyi diftong melibatkan dua rentetan vokal yang hadir
serentak. Bunyi diftong terhasil apabila bunyi vokal yang hadir selepas bunyi
vokal yang satu lagi menggeluncur ke arah vokal yang mulamula hadir tanpa
menunjukkan sebarang puncak kelantangan. Ketiadaan puncak kelantangan
semasa penghasilan bunyi diftong menjadikan bunyi tersebut sebagai satu suku
kata sahaja.

 Kesimpulannya, gabungan bunyi vokal dinamakan diftong. Diftong terbentuk


apabila berlaku pengeluncuran bunyi-bunyi vokal. Satu vokal mengeluncur dari
satu vokal kepada vokal yang lain. Terdapat 3 jenis diftong iaitu: 

a. (ai):     sampai, salai, gulai, sungai, cuai, landai

b. (au):    lampau, silau, garau, surau, pukau

c. (oi):     amboi, dodoi,  adoi, sepoi, boikot.


8.3.4 FONETIK BAHASA MELAYU: KONSONAN

 Konsonan ialah bunyi yang dihasilkan dengan melakukan sekatan terhadap arus
udara yang dilepaskan melalui paru-paru. Sekatan itu dapat dilakukan dalam
bentuk hentian sepenuhnya, hentian sebahagian atau hentian sekejap-sekejap.
 Bunyi konsonan dapat dihuraikan berdasarkan cara penghasilannya, sama ada
letupan, letusan, sengauan, geseran dan sebagainya, serta titik artikulasi atau
daerah sebutannya,seperti dua bibir, gigi-gusi,lelangit keras, lelangit lembut,anak
tekak dan lainlain.

8.3.4.1 Letupan merupakan hentian sepenuhnya dapat menghasilkan bunyi letupan


(plosif). Udara yang dilepaskan daripada paru-paru akan mengalami sekatan
sepenuhnya sama ada di bahagian bibir, lelangit keras, lelangit lembut atau pita suara.
Kemudian udara akan dilepaskan serta-merta dan akan terhasillah bunyi letupan.

Contoh Bunyi Letupan

Fon Awal Akhir

[p] [pulau] [atap]


[rəbab]
[b] [bumi]
[liat]
[t] [talam]

[d] [datu ] [kad]

[k] [kata] *

[g] [garau] [bεg] ‘beg’

[?] ** [ana?]
*bunyi [k] tidak dapat hadir pada akhir suku kata dalam bahasa Melayu.
**bunyi [? ] adalah variasi kepada bunyi [k] dan hadir pada akhir suku kata dalam
bahasa Melayu.

Rajah di bawah menunjukkan kedudukan alat artikulasi semasa mengeluarkan bunyi


letupan.

Konsonan_p_b

Konsonan_t_d

Konsonan_k_g
8.3.4.2 Letusan merupakan sekatan sepenuhnya dapat menghasilkan bunyi letusan
(afrikat). Bunyi ini dihasilkan dengan cara menyekat arus udara sepenuhnya yang
dilepaskan oleh paru-paru. Kemudian arus udara itu dilepaskan perlahan-lahan. Ada
juga pendapat yang menyatakan bunyi afrikat ini adalah hasil gabungan dua bunyi, iaitu
bunyi [t] digabungkan dengan bunyi [š] untuk menghasilkan bunyi [č], manakala bunyi
[d] pula digabungkan dengan bunyi [ž] untuk mendapatkan bunyi [j].

Contoh Bunyi Letusan

Fon Awal Akhir

[mač]
[č] [cawan]

[caj]
[j] [jam]

Rajah di bawah menunjukkan kedudukan alat artikulasi semasa mengeluarkan bunyi


letusan.

Konsonan_c_j
8.3.4.3 Sengauan adalah satu lagi bentuk sekatan yang dilakukan sepenuhnya akan
mengeluarkan bunyi sengauan (nasal) yang dihasilkan dengan cara menurunkan anak
tekak (uvula) untuk menutup rongga mulut (oral). Ini menyebabkan udara yang
dilepaskan dari paru-paru akan melalui rongga hidung dan terhasillah bunyi nasal [m],
[n], [ŋ], dan [‫]ת‬.

Contoh Bunyi Sengauan

Fon Awal Akhir

[cium]
[m] [muda]

[n] [niat] [jalan]

[bujaŋ]
[ŋ] [ŋaŋa]

*
[‫]ת‬ [‫ת‬a‫ת‬i]

*Bunyi [‫ ]ת‬tidak dapat hadir pada akhir suku kata.

Rajah di bawah menunjukkan kedudukan alat artikulasi semasa mengeluarkan bunyi


sengauan.

Konsonan_m
Konsonan_n

Konsonan_ng

Konsonan_ny

8.3.4.4 Sisian merupakan hentian sebahagian akan menghasilkan bunyi sisian,


geseran (frikatif) dan malaran. Bunyi sisian dalam bahasa Melayu dihasilkan dengan
melakukan penyekatan terhadap arus udara yang dilepaskan oleh paru-paru di
bahagian lelangit keras oleh hujung lidah menyebabkan udara hanya melalui kawasan
sisi di kiri dan kanan rongga mulut. Ini menghasilkan bunyi [l].
Contoh Bunyi Sisian

Fon Awal Akhir

[awal]
[l] [lalu]

Rajah di bawah menunjukkan kedudukan alat artikulasi semasa mengeluarkan bunyi


sisian.

Konsonan_l

8.3.4.5 Geseran adalah bunyi yang dihasilkan dengan menyempitkan saluran udara
supaya udara yang melaluinya bergeser dan kedengaran bunyi berdesis. Bunyi geseran
dalam bahasa Melayu ialah [f], [v], [s], [z], [š], dan [h].
Contoh Bunyi Geseran

Fon Awal Akhir

[alaf]
[faseh]
[f]
*
[v] [vεn]
[awas]
[s] [sarat]
[lafaz]
[z] [zat]
[skuaš]
[š] [šarat]
[sah]
[h]
[harta]

Rajah di bawah menunjukkan kedudukan alat artikulasi semasa mengeluarkan bunyi


geseran.

Konsonan_f

Konsonan_s
Konsonan_sy

8.3.4.6 Malaran dapat dihasilkan bunyinya apabila kedudukan artikulator adalah


seperti menghasilkan bunyi geseran tetapi geseran yang dihasilkan adalah terlalu
lemah. Bunyi malaran juga sama seperti untuk menghasilkan bunyi vokal, dan
sesetengah ahli fonetik menamakannya sebagai bunyi separuh vokal. Bunyi malaran
dalam bahasa Melayu ialah [w] dan [y].

8.3.4.7 Getaran adalah bentuk sekatan udara yang ketiga iaitu hentian sekejap-
sekejap. Bentuk ini menghasilkan bunyi getaran. Udara yang dilepaskan oleh paru-paru
disekat dengan menggetarkan hujung lidah di lelangit keras. Dalam bahasa Melayu
hanya terdapat satu bunyi getaran, iaitu [r].

Contoh Bunyi Getaran

Fon Awal Akhir

[siar]
[r] [rasa]
Rajah di bawah menunjukkan kedudukan alat artikulasi semasa mengeluarkan bunyi
getaran.

Konsonan_r

8.3.4.8 Bunyi konsonan terbahagi kepada bunyi bersuara dan bunyi tidak bersuara.
Bunyi bersuara dihasilkan dengan menggetarkan pita suara, seperti bunyi [b], [d], [g],
[m], [n], [r], [l], [w], dan [y]. Sebaliknya pita suara tidak digetarkan untuk menghasilkan
bunyi tidak bersuara, seperti bunyi [p], [t], [k], [f], [s], dan [h].
Transkripsi fonetik merakamkan bunyi bahasa setepat mungkin ke dalam bentuk
tulisan. Ini membantu pelajar bahasa memahami sebutan sesuatu bahasa dengan lebih
jelas dan tepat terutama dalam pembelajaran bahasa kedua. Selain itu, transkripsi
fonetik memudahkan pengkaji bahasa mengenal pasti bentuk dan jenis bunyi yang
dihasilkan oleh sesuatu kelompok masyarakat.
Transkripsi fonetik yang digunakan hari ini berdasarkan Carta Abjad Fonetik
Antarabangsa yang dikeluarkan oleh The International Phonetics Association (IPA)
yang ditubuhkan oleh ahli fonetik Eropah pada awal tahun 1886. Lambang-lambang
ini sudah banyak kali mengalami pengubahsuaian serta digunakan dengan meluas
dalam bidang transkripsi.
8.3.5 CARTA KONSONAN MELAYU

Daerah Sebutan
Cara
Sebutan Gusi-L Lelangit Lelangit Pita
Bibir Gusi
Keras Keras Lembut Suara
1 2 3 4 5 6
Tb p t K
Letupan ?
B b d G
Tb č
Letusan
B j
Sengauan B m n ŋ ‫ת‬
Geseran
Tb f s š X
h
B v z
Getaran B r
Sisian B l
Separuh
B w y
vokal

tb = tak bersuara b = bersuara

8.3.6 KONSONAN PINJAMAN

7.3.6.1 [f] Geseran bibir gigi tak bersuara. Untuk mengeluarkan geseran bibir gigi tak
bersuara ini, bibir bawah dirapatkan kepada gigi atas supaya membuat sempitan untuk
udara keluar. Lelangit lembut dinaikkan rapat kepada belakang rongga tekak. Udara
dikeluarkan dari paruparu melalui rongga mulut dan dibiarkan bergeser keluar di daerah
rapatan bibir bawah dan gigi atas itu tanpa menggetarkan pita suara. Contoh sebutan:
[fiker] ‘fikir’, [hafal] ‘hafal’, dan [ma af] ‘maaf’.
Rajah di bawah menunjukkan kedudukan alat artikulasi semasa mengeluarkan bunyi
geseran bibir gigi tak bersuara.

Konsonan_f

8.3.6.2 [v] Geseran bibir gigi bersuara. Cara mengeluarkan geseran bibirgusi
bersuara ini sama dengan cara mengeluarkan geseran [f]. Perbezaannya ialah, pita
suara tidak digetarkan. Contoh sebutan: [v kal] ‘vokal’, [vərsi] ‘versi’, dan [univərsiti]
‘universiti’.

8.3.6.3 [Ө] Geseran gigi tak bersuara. Untuk mengeluarkan geseran gigi tak bersuara
ini, daun lidah berada di antara gigi atas dengan gigi bawah. Lelangit lembut dinaikkan
rapat kepada belakang rongga tekak. Udara dikeluarkan dari paru-paru melalui rongga
mulut dan dibiarkan bergeser keluar di daerah gigi itu tanpa menggetarkan pita suara.
Contoh sebutan: [ӨalaӨa] ‘Selasa’ (thalatha), [iӨnen] ‘Isnin’ (Ithnin), dan [hadeӨ]
‘hadis’ (hadith).

Rajah di bawah menunjukkan kedudukan alat artikulasi semasa mengeluarkan bunyi


geseran bunyi tak bersuara.

Konsonan_th
8.3.6.4 [ð] Geseran gigi bersuara. Cara mengeluarkan geseran gigi bersuara ini sama
dengan cara mengeluarkan geseran gigi tak bersuara. Perbezaannya ialah, ketika
mengeluarkan bunyi [ð] pita suara digetarkan. Contoh sebutan: [ðalem] ‘zalim’ (dzalim),
dan [haðer] ‘hadir’ (hadzir).

8.3.6.5 [x] Geseran lelangit lembut tak bersuara. Untuk mengeluarkan geseran
lelangit lembut tak bersuara, belakang lidah dirapatkan ke lelangit lembut supaya
membuat satu sempitan. Lelangit itu sendiri dinaikkan rapat kepada belakang rongga
tekak. Udara dikeluarkan dari paruparu dan dibiarkan bergeser pada sempitan di
daerah lelangit itu tanpa menggetarkan pita suara. Contoh sebutan: [xabar] ‘khabar’,
[axbar] ‘akhbar’, dan [axer] ‘akhir’.

8.3.6.6 [ ] Geseran lelangit lembut bersuara. Cara mengeluarkan geseran lelangit


lembut bersuara ini sama dengan cara mengeluarkan geseran lelangit lembut tak
bersuara. Perbezaannya ialah, ketika mengeluarkan bunyi [ ] pita suara digetarkan.
Contoh sebutan: [ aeb] ‘ghaib’, [lo at] ‘loghat’, dan [bale ] ‘baligh’. Menurut Raja
Mukhtaruddin (1965:44), bunyi ini sebenarnya terdapat dalam pertuturan orang Melayu
ketika menyebut perkataanperkataan Melayu seperti orang [ a ] dan [ba a ] sebagai
kelainan kepada getaran gusi [r].
9. KAJIAN PETIKAN PROSA KLASIK

9.1 Keseluruhan Petikan Prosa Klasik ( PAK KADUK )

Sebermula maka adalah sebuah negeri bernama Chempaka Seri, rajanya


bernama Indera Sari. Maka baginda itu cukup lengkap seperti adat istiadat kerajaan
yang lain-lain juga, akan tetapi adapun tabiat baginda itu terlalulah suka menyabung
dan berjudi, sehingga menjadi suatu amalan pada baginda itu. Dengan hal demikian
habislah sekalian rakyat seisi negeri itu menjadi asyik leka dengan berjudi juga pada
setiap masa; tiada sekali-kali mengambil bena kepada mendirikan syariat Nabi
Muhammad sallallahu alaihi wasallam kerana raja-raja dan orang-orang besarnya
terlalu amat suka mengerjakan pekerjaan yang maksiat itu.
Maka adalah pula seorang tua sedang pertengahan umur, namanya Pak Kaduk,
tinggal di tepi sungai hujung negeri itu juga. Adapun akan Pak Kaduk ini terlalulah
dungu serta dengan betulnya. Maka adalah pada suatu hari Pak Kaduk berkata kepada
isterinya, katanya, “Aku ini Mak Siti, ingin pula rasanya hendak pergi menyabung ke
gelanggang baginda itu, kerana terlalulah suka pula aku melihatkan orang menyabung
beramai-ramaian di situ, mari kita sabung ayam Biring Si Kunani kita itu, kerana ayam
itu pada petuanya terlalu bertuah boleh kita taruhkan kampung kita ini kepada baginda;
kalau menang kita, tentulah kita mendapat duit baginda itu.”
Maka ujar isteri Pak Kaduk, “Jikalau begitu baiklah, pergilah awak menyabung
bawa ayam kita ini.” Maka sahut (halaman 1/28)Pak Kaduk, “Jahitkanlah baju dan
seluar aku dahulu dengan kertas yang baharu aku beli ini; lekaslah tinggi lagi.” Maka
kata isterinya, “Bagaimana awak hendak membuatkan baju dan seluar kertas ini?
Jikalau dipakai kelak tentulah carik bertelanjang di tengah gelanggang sabungan itu.
Bukankah awak malu besar?” Ujar Pak Kaduk, “Tiada mengapa: Buatkan juga lekas-
lekas, aku hendak pergi.” Setelah itu isteri Pak Kaduk pun segeralah mengambil
gunting lalu mengguntingkan seluar dan baju itu dengan tiada berdaya lagi. Maka kata
Pak Kaduk “Usahlah dijahit lagi, perekat sahajalah supaya bangat.” Serta lepas
digunting oleh isterinya itu dengan sesungguhnya diperekatlah olehnya; apabila sudah,
lalu diberikan kepada Pak Kaduk.
Maka ia pun segeralah memakai pakaiannya sedondon iaitu berbunga tanjung merah,
kuning, hitam dan putih, terlalu hebat rupanya tambahan pula berkena tengkolok helang
menyongsong angin. Apatah lagi? Tampaknya Pak Kaduk seperti juara yang maka
faham pada sabung-menyabung.
Setelah mustaid sekaliannya, Pak Kaduk pun lalu turun menangkap ayamnya
Biring Si Kunani itu serta dengan tabung tajinya, lalu berjalan menuju ke gelanggang
baginda itu. Selang tiada berapa lamanya, ia pun sampailah ke tengah medan
menyabung itu. Hatta telah dilihat oleh baginda akan Pak Kaduk datang itu, maka
dikenallah oleh baginda seraya bertitah, “Hai Pak Kaduk apa khabar?” Menyabungkah
kita?”Maka sembah Pak Kaduk, “Daulat tuanku,persilakanlah kita menyabung kerana
ayam patik ini pun belum lagi patik mengetahui tuah malangnya tuanku.” Maka titah
baginda, “Cuba juga bawa ke mari ayam Pak Kaduk supaya beta lihat.” Maka Pak
Kaduk pun segeralah menyembahkan ayamnya itu lalu disambut oleh baginda serta
diamat-amati; diketahuilah oleh baginda tersangat bertuah ayam Pak Kaduk itu. Maka
titah baginda, “Hai Pak Kaduk, mari kita bertukar ayam; ambillah ayam beta ini, elok,
cuba lihat romanya Jalak Putih Mata, dan ayam Pak Kaduk Biring Si Kunani sahaja,
tiada berapa tuahnya.” Setelah didengar oleh(halaman 2/29) Pak Kaduk akan titah
baginda menggula dirinya itu, percayalah ia; maka sembahnya, “Ampun tuanku beribu-
ribu ampun, jikalau sudah dengan titah duli yang maha mulia relalah patik, seperti titah
itu sedia terjunjung di atas jemala ubun-ubun patik.” Pada akhirnya lalu bertukarlah
keduanya akan ayam masing-masing. Maka sangatlah sukacita baginda berolehnya
ayam Pak kaduk itu.
Maka baginda pun bertitah kepada juaranya menyuruh bulang ayam itu. Maka
Tok Juara tua pun lalulah membulang ayam Biring Si Kunai yang bertukar dengan Pak
Kaduk itu, mengenakan taji bentuk alang serta dengan berbagai-bagai isyarat dan
petuanya. Maka Pak Kaduk pun segeralah membulang ayamnya yang bertukar dengan
baginda itu, iaitu tuntung tajinya dihalakan ke hadapan dan puntingnya ke belakang.
Maka titah baginda “ Hai Pak Kaduk apa taruhnya kita menyabung ayam ini? Soronglah
dahulu supaya beta lihat.” Maka sembah Pak Kaduk, “Ampun tuanku beribu-ribu
ampun, patik ini tiadalah apa harta yang ada, hanya kampung sebuah itu sahaja; jikalau
ada ampun dan kurnia ke bawah duli tuanku menjadi agungan memohonkan berhutang
kadar lima puluh rial.”
Maka titah baginda, “Baiklah.” Lalu dikurniakan oleh baginda wang yang sebanyak
permintaan Pak Kaduk itu kepadanya dengan memegang gadaian kampung itu. Telah
sudah baginda pun menyorongkan taruhnya lima puluh rial juga, jumlahnya seratus rial.
Maka serta sudah,baginda pun mengajak Pak Kaduk melepaskan ayam masing-
masing. Sembah Pak Kaduk, “Silakanlah tuanku.” Maka baginda pun lalulah mengoja-
oja ayam keduanya itu. Maka naiklah bengis keduanya serta meremang bulu suak
ditengkuknya, lalulah bersama-sama melepaskan ayam masing-masing. Maka ayam
Biring Si Kunani pun datanglah menggelupur ayam Jalak. Dan Si Jalak pun segera
membalas pula; tetapi kasihan! Sungguhpun Si Jalak membalas, percuma sahaja,
kerana tajinya dibulang oleh Pak Kaduk juara tuntungnya(halaman 3/30) ke hadapan
dan puntingnya ke belakang ; jadinya pada Si Jalak membalas itu tertikamlah pada
dadanya sendiri lalu tersungkur menggelupur di tengah gelanggang itu, kerana dua
liang sudah lukanya, sekali terkena tikam oleh taji Si Biring dan sekali ditikam oleh
tajinya sendiri.
Setelah Pak Kaduk melihatkan ayam Jalak sudah mati dan Si Biring itu menang,
maka ia pun lupalah akan hal ia telah bertukar dengan baginda tadi. Wah! Apatah lagi,
ia pun tiadalah sedarkan dirinya seraya bertepuk tangan dan bersorak serta melompat-
lompat lalu menyerukan tuah ayamnya itu. Maka oleh tersangkut bertepuk dan
melompat itu, habislah pecah bercarik-carik seluar dan baju kertasnya itu, bercabiran
diterbangkan oleh angin berkeping-keping ke sana ke mari bercamping-camping. Maka
Pak Kaduk pun tinggallah berdiri di tengah khalayak yang banyak itu dengan
bertelanjang bogel sahaja.
Hatta demi dilihat oleh baginda dengan sekalian orang-orang besar dan rakyat
tentera hina-dina sekalian akan hal Pak Kaduk itu, semuanya tertawa serta bertepuk
tangan dengan tempik soraknya kesukaan melihatkan temasyanya Pak Kaduk itu.
Demikian juga baginda pun tertawa bersama-sama. Maka adapun akan Pak Kaduk,
demi ia melihat sekalian mereka itu habis tertawa, ia pun tercenggang pula kerana pada
sangkanya mereka itu menumpang kesukaan dirinya itu; kemudian apabila ia menoleh
memandang kepada tubuhnya baharulah diketahuinya akan dirinya berterlanjang bulat
itu. Aduhai, Pak Kaduk pun pucatlah warna mukanya oleh rasa malu yang amat sangat,
lalu ia berkejar lari dengan bersungguh-sungguh hati langsung pulang terus ke
rumahnya.
Maka baginda pun berseru dengan nyaring suaranya “Inilah malang Pak Kaduk,
ayamnya menang kampung tergadai.” Maka baginda dengan sekalian yang ada di
dalam medan sabungan itu pun kembalilah masing-masing ke rumahnya.
Adapun akan Pak Kaduk lari itu tiadalah ia memandang lagi ke kiri ke kanan.
Serta ia sampai ke rumahnya seraya terpandang oleh Mak Sitinya, maka terperanjatlah
orang tua itu seraya(halaman 4/31) berkata, “Apa kena awak Pak Siti, seperti orang gila
ini?” Maka
oleh Pak Kaduk dikhabarkannyalah daripada awal hingga ke akhirnya. Serta didengar
sahaja oleh isterinya akan hal suaminya itu, ia pun menangislah kerana mengenangkan
untungnya yang malang itu dengan berbagai-bagai sungut leternya akan Pak Kaduk
oleh kebodohannya itu. Maka Pak Kaduk pun diamlah terkosel-kosel tiada berani
menjawab kerjanya sehari-hari itu juga.(halaman 5/32)

Cerita Jenaka, 1947.


Malaya Publishing House,Limited.
9.2 Analisis Cara Penghasilan Bunyi Vokal Berdasarkan Petikan Prosa Klasik

Berdasarkan bahan petikan prosa klasik yang telah saya kaji, terdapat ketiga-tiga unsur
bunyi yang telah dianalisis oleh saya yang merangkumi cara-cara penghasilan bunyi
vokal, diftong dan konsonan. Hasil kajian saya bagi cara-cara penghasilan bunyi bunyi
vokal menunjukkan bahawa penggunaan vokal depan luas [a] adalah yang paling
ketara penggunaannya ,manakala penggunaan vokal depan separuh luas [ε] adalah
yang paling sedikit. Berpandukan petikan prosa klasik yang telah saya pilih, berikut
adalah hasil kajian saya tentang cara-cara penghasilan bunyi vokal beserta contoh
bunyi vokal yang terdapat dalam dalam petikan tersebut.

Bunyi Vokal Contoh Bilangan


Negeri, baginda, itu,
seperti, istiadat, lain-lain,
tetapi, tabiat, berjudi,
sehingga, menjadi,
demikian, habislah,
sekalian, seisi, asyik,
Vokal Depan Sempit [i] setiap, tiada, sekali-kali,
42
(halaman 1/28) mengambil, mendirikan,
syariat, Nabi, maksiat,
tinggal, di, tepi, sungai, ini,
hari, isterinya, ingin, pergi,
melihatkan, beramai-
ramaian, situ, mari, kita,
duit, jikalau, begitu, baiklah.
Vokal Depan Separuh Seluar, dengan, kertas,
Sempit [e] beli, lekaslah, isterinya,
(halaman 2/29) hendak, membuatkan,
kelak, tentulah,
bertelanjang, tengah,
gelanggang, besar,
mengapa, lekas-lekas,
pergi, segeralah, perekat,
serta, lepas, memakai,
sedondon, berbunga,
merah, hebat, berkena,
helang, menyongsong,
seperti, setelah, sekali,
sekaliannya, menangkap,
46
menuju, ke, selang, berapa,
tengah, medan, telah, oleh,
seraya, sembah, kerana,
elok.
Vokal Depan Separuh Luas
[ε] Relalah, beroleh, beta 3
(halaman 3/30)
Vokal Depan Luas [a] Hadapan, dan, puntingnya, 104
(halaman 4/31) belakang, jadinya, pada,
membalas, tertikamlah,
dadanya, lalu, tengah,
gelanggang, kerana, dua,
liang, sudah, lukanya,
sekali, terkena, tikam, taji,
melihatkan, ayam, mati,
menang, maka, ia, lupalah,
akan, hal, telah, bertikar,
dengan, baginda, tadi,
Wah, Apatah, lagi, tiadalah,
sedarkan, dirinya, seraya,
tangan, bersorak, serta,
melompat-lompat,
menyerukan, melompat,
habislah, pecah, bercarik-
carik, seluar, baju,
kertasnya, bercabiran,
diterbangkan, angin, sana,
mari, bercamping-camping,
maka, tinggallah, tengah,
khalayak, banyak,
bertelanjang, sahaja, Hatta,
dilihat, sekalian, orang-
orang, besar, rakyat,
tentera, hina-dina, hal,
tertawa, soraknya,
temasyanya, tercenggang,
sangkanya, kesukaan,
bulat, Aduhai, warna, rasa,
malu, hati, nyaring, malang,
kampung, tergadai, medan,
masing-masing, rumahnya,
akan, lari, kanan, seraya.
Tua, itu, suaminya, pun,
Vokal Belakang Sempit [u]
untungnya, sungut, lalu, 9
(halaman 5/32)
membuat, juga.
Vokal Belakang Separuh Oleh, orang,
Sempit [o] kebodohannya, terkosel- 4
(halaman 5/32) kosel.
Terpandang, oleh,
terperanjatlah, seraya,
berkata, kena, seperti, oleh,
serta, didengar, isterinya,
Vokal Tengah [ə] menangislah, kerana,
23
(halaman 5/32) mengenangkan, dengan,
leternya, kebodohannya,
terkosel-kosel, berani,
menjawab, pergi, membuat,
kerjanya, sehari-hari.

9.3 Analisis Cara Penghasilan Bunyi Diftong Berdasarkan Petikan Prosa Klasik
Selain bunyi vokal, bunyi diftong juga terdapat dalam petikan prosa klasik ini. Hanya
bunyi diftong [ai] dan [au] sahaja yang terdapat dalam petikan tersebut manakala bunyi
diftong [oi] tiada dalam petikan tersebut. Berikut adalah hasil kajian saya tentang cara-
cara penghasilan bunyi diftong beserta contoh yang terdapat dalam petikan prosa klasik
tersebut.

Bunyi Diftong Contoh Bilangan


Lain- lain, sungai, beramai-
ramaian, baiklah,
bagaimana, dipakai,
memakai, pakaiannya, iaitu,
Diftong [ai] 18
mustaid, sampailah, Hai,
berbagai-bagai, gadaian,
naiklah, aduhai, tergadai,
sampai,
Diftong [au] Jikalau, daulat, engkau, 3

9.4 Analisis Cara Penghasilan Bunyi Konsonan Melayu Berdasarkan Petikan


Prosa Klasik

Hasil daripada kajian ini, saya mendapati bahawa rata-rata bunyi konsonan Bahasa
Melayu digunakan dalam petikan prosa klasik ini kecuali konsonan bunyi geseran [š].
Antara penggunaan bunyi konsonan yang paling ketara penggunaannya ialah bunyi
konsonan letupan [p],[b],[t] ,bunyi konsonan sengauan [m],[n],[‫ ]ת‬,bunyi konsonan sisian
[l] dan bunyi konsonan geseran [s],[h] serta bunyi konsonan geseran [r]. Berikut adalah
contoh-contoh bagi setiap bunyi konsonan berdasarkan petikan prosa klasik yang dipilih
oleh saya.

Bunyi konsonan Melayu Contoh Bilangan


Letupan dua bibir [p] Lengkap, adapun, pada,
setiap, pekerjaan, pula, 28
tepi, kepada, kampung,
mendapat, pergilah,
Apatah, putih, apa,
percayalah, pun, tetapi,
sungguhpun, harapan,
berkeping-keping,
bercamping-camping,
bertepuk, bertempik,
menumpang, ucaplah,
terpandang, terperanjatlah.
Sebermula, sebuah,
bernama, baginda,
menyabung, berjudi,
menjadi, habislah,
besarnya, baju, beli,
bagaimana, bangat,
apabila, berapa, sembah,
Letupan dua bibir [b] cuba, bertukar, beta, ubun- 33
ubun, bertitah, bawah,
membalas, dibulang,
bercarik-carik, belakang,
bulat, baharulah,
kembalilah, berkata,
dikhabarkannyalah,
menjawab.
Letupan gusi [t] Itu, seperti, adat, tabiat, 35
istiadat, tetapi, terlalulah,
setiap, tiada, terlalu, tua,
tinggal, isterinya,
melihatkan, tentulah, kita,
begitu, jahitkanlah, tinggi,
buatkan, tengkolok,
tampaknya, apatah,
bertitah, patik, diamat-amat,
tersangkut, setelah,
ditengkuknya,datanglah,
tajinya, tuntungnya,
puntingnya, tikam, apatah,
bertelanjang, tubuhnya,
tergadai, terkosel-kosel.
Adalah, adat, berjudi,
adapun, baginda, dengan,
di, dapat, duit, dahulu,
berdaya, dijahit, sudah,
sedondon, mustaid, tiada,
medan, daulat, diamat-
amati, didengar, dirinya,
Letupan gusi [d] 37
duli, sedia, dihalakan,
sembah, ada, kadar,
gadaian, keduanya, dan,
hadapan, dadanya,
demikian, aduhai,
terpandang,
kebodohannya,menjawab.
Asyik, kelak, patik, elok,
bersorak, bertepuk,
Letupan glotis [?] 11
bercarik-carik, khalayak,
tempik, suak, awak.
Letupan Lelangit Lembut [k] Maka, akan, suka, sekalian, 34
leka, kepada, mengerjakan,
pekerjaan, maksiat,
berkata, aku, kerana, kita,
jikalau, jahitkanlah, kertas,
dipakai, kata, kuning,
sekaliannya, dikenallah,
khabar, tuanku, ke,
diketahuilah, bertukarlah,
kampung, kadar, baiklah,
dikurniakan, keduanya,
khalayak, terkosel-kosel.
Baginda, lengkap, juga,
sehingga, dengan,
mengambil, mengerjakan,
pertengahan, dungu, tinggi,
lagi, segeralah, tengkolok,
Letupan Lelangit Lembut [g] 22
sekaliannya, malangnya,
agungan, soronglah,
putinglah, mengoja-oja,
menggelupur, sungut,
hingga.
Cukup, carik, cuba,
Letusan Lelangit Keras- percayalah, sukacita,
8
Gusi [č] percuma, bercarik-carik,
bercamping-camping.
Juga, berjudi, menjadi,
jikalau, jahitkanlah, baju,
tanjung, juara, berjalan,
Letusan Lelangit Keras- menuju, terjunjung, jemala,
20
Gusi [j] taji, sahaja, jumlahnya,
mengoja-oja, bertelanjang,
terperanjatlah, menjawab,
kerjanya.
Sengauan Dua Bibir [m] Sebermula, maka, 30
bernama, menyabung,
amalan, demikian, menjadi,
mendirikan, mengambil,
amat, umur, menyabung,
mari, ayam, kampung,
bagaimana, memakai,
sampailah, menuju,
malangnya, diamat-amati,
romannya, menggula,
ampun, percuma, masing-
masing, mengoja-oja,
tertikamlah, suaminya.
Naiklah , kasihanmu ,
kehidupanku , memakan ,
berjanji , perkataan ,
demikian , dinantikannya ,
katakan , hendak , tuan ,
dan , adapun , kerana ,
Sengauan Gusi [n] 27
menjadi , berteguh-teguhan
, janji , taulanku , akan ,
takutkan , binasalah ,
negeriku , hutan ,
menaruh , percintaan ,
perlahan-lahan.
Didengar , tinggallah ,
binatang , dengan ,
pulang , datanglah ,
Sengauan Lelangit Lembut sekarang , mengapakah ,
18
[ŋ] menghidupkan ,
mengubati , hilanglah ,
kampung , belakang ,
berenang , engkau , yang.
Petuanya, sesungguhnya,
olehnya, sekaliannya,
tajinya, lamanya,
malangnya, tuahnya,
Sengauan Lelangit Keras [ sembahnya, keduanya,
20
‫]ת‬ juaranya, putingnya,
taruhnya, kepadanya,
jumlahnya, ditengkuknya,
tuntungnya, kebodohannya,
isterinya, kerjanya.
Sisian Gusi bersuara [l] Sebermula, adalah, 34
lengkap, terlalulah, hal,
sekali-kali, betulnya, beli,
lagi, jikalau, lekas-lekas,
lalu, selang, lamanya,
dilihat, malangnya,
diketahuilah, lihat,
percayalah, bulang,
melompat-melompat, oleh,
melihat, bertelanjang, bulat,
menoleh, sekalian, lari,
tiadalah, gila, terkosel-
kosel, baharulah, khalayak,
tinggallah.
Sebermula, sebuah,
seperti, istiadat, suka,
sehingga, suatu, habislah,
seisi, masa, syariat,
besarnya, maksiat,
seorang, sedang, rasanya,
situ, isteri, sahut, seluar,
kertas, lekaslah, sabungan,
segeralah, supaya,
Geseran Gusi-Lelangit menyongsong, mustaid,
53
Keras Tidak Bersuara [s] sekaliannya, selang,
sampailah, sembah, atas,
masing-masing, sukacita,
isyarat, sebanyak, seratus,
bengis, bersama-sama,
kasihan, membalas, sekali,
seraya, bersorok, sana,
temasya, habis, rasa,
langsung, terus, suaranya,
suaminya, sehari-hari.
Geseran Glotis Tidak Adalah, sehingga, hal, 43
Bersuara [h] habislah, hendak,
melihatkan, bertuah,
taruhkan, baiklah, pergilah,
sahut, jahitkanlah, dahulu,
baharu, sesungguhnya,
olehnya, merah, hitam,
putih, hebat, tambahan,
helang, apatah, setelah,
tengah, hatta, hai, khabar,
sembah, tuah, percayalah,
titah, dihalakan, taruhnya,
dahulu, bawah, puluh,
kasihan, hadapan, pecah,
khalayak, hina-dina,
kebodohannya.
Awak, bawa, bawah, wang,
Malaran [w] wah, tertawa, awal, 8
menjawab.
Menyabung, rakyat, asyik,
syariat, besarnya,
Malaran [y] namanya, ayam, 10
pakaiannya,
menyorongkan, khalayak.
Negeri, rajanya, berjudi,
rakyat, kerana, raja-raja,
pekerjaan, pertengahan,
hari, rasanya, bertuah,
taruhkan, seluar, kertas,
serta, juara, berapa,
Getaran Gusi Bersuara [r] khabar, serta, romannya, 33
bertukar, dirinya, beribu-
ribu, relalah, harta,
meremang, percuma,
sendiri, bertukar, seraya,
bersorak, bercarik-carik,
sehari-hari.
9.5 Analisis Cara Penghasilan Bunyi Konsonan Pinjaman Berdasarkan Petikan
Prosa Klasik

Selain bunyi konsonan Melayu, dalam petikan prosa klasik ini juga terdapat beberapa
bunyi konsonan pinjaman. Namun jumlahnya amatlah sedikit. Berikut adalah contoh-
contoh bagi setiap konsonan pinjaman yang terdapat dalam petikan prosa klasik
tersebut.

Bunyi Konsonan Pinjaman Contoh Bilangan


Geseran Bibir-Gigi [f] Berfikirlah 1
Geseran Gusi Bersuara [z] Rezekinya 1
Geseran Lelangit Lembut
Khabarkanlah 1
Tak Bersuara [x]
Geseran Lelangit Lembut
Masyghulnya 1
Bersuara [ ]

10. RUMUSAN

Berdasarkan bahan petikan prosa klasik yang telah saya kaji, terdapat ketiga-tiga
unsur bunyi yang telah dianalisis oleh saya yang merangkumi cara-cara penghasilan
bunyi vokal, diftong dan konsonan. Hasil kajian saya bagi cara-cara penghasilan bunyi
bunyi vokal menunjukkan bahawa penggunaan vokal depan luas [a] adalah yang paling
ketara penggunaannya ,manakala penggunaan vokal depan separuh luas [ε] adalah
yang paling sedikit.
Selain bunyi vokal, bunyi diftong juga terdapat dalam petikan prosa klasik ini.
Hanya bunyi diftong [ai] dan [au] sahaja yang terdapat dalam petikan tersebut manakala
bunyi diftong [oi] tiada dalam petikan tersebut.
Hasil daripada kajian ini, saya mendapati bahawa rata-rata bunyi konsonan
Bahasa Melayu digunakan dalam petikan prosa klasik ini kecuali konsonan bunyi
geseran [š]. Antara penggunaan bunyi konsonan yang paling ketara penggunaannya
ialah bunyi konsonan letupan [p],[b],[t] ,bunyi konsonan sengauan [m],[n],[‫ ]ת‬,bunyi
konsonan sisian [l] dan bunyi konsonan geseran [s],[h] serta bunyi konsonan geseran
[r].
Selain bunyi konsonan Melayu, dalam petikan prosa klasik ini juga terdapat
beberapa bunyi konsonan pinjaman. Namun jumlahnya amatlah sedikit.
Jadi, saya berharap agar kajian yang telah saya lakukan ini menepati kepada
landasan yang diberikan serta dapat mendalami lebih mendalam lagi mengenai bahasa
Melayu terutama cara-cara penghasilan bunyi vokal, diftong, dan konsanan dengan
betul.

11. REFLEKSI

Sepanjang melakukan tugasan kerja kursus pendek (kkp) bagi mata pelajaran
Bahasa Melayu Akademik 1 ini, pelbagai halangan dan rintagan telah saya tempuhi.
Antaranya, saya menghadapi masalah kekurangan masa. Ini kerana semua tugasan
termasuk matapelajaran-matapelajaran lain telah diberikan kepada kami pada waktu
yang sama. Jadi, segala tugasan yang dilakukan telah disiapkan dalam keadaan
tergopoh-gapah.
Selain itu, saya juga menghadapi masalah kekurangan bahan rujukan dan
sumber. Ini kerana, dengan masa yang suntuk, ia telah mengehadkan perjalanan saya
untuk berkunjung ke perpustakaan bagi mencari sumber dan bahan rujukan. Tidak
cukup dengan masa dan sumber, maklumat untuk melakukan tugasan ini juga telah
menjadi salah satu halangan yang besar kepada saya. Ini kerana, saya menghadapi
masalah untuk menyusun kesemua tugasan ini agar kelihatan lebih teratur dan
sistematik. Selain itu, saya juga tidak tahu cara untuk mengkaji prosa klasik yang telah
dipilih.
Akhirnya, Alhamdullilah, syukur yang tidak terhingga dipanjatkan ke hadrat Ilahi
kerana atas limpah dan kurniaNya, memberi saya kekuatan serta kesihatan yang baik
sepanjang melakukan tugasan ini, sekaligus dapat menyelesaikan segala masalah
yang telah saya hadapi dengan jayanya. Pelbagai cara dan kaedah saya lakukan bagi
menyelesaikan masalah ini. Atas dorongan dan bimbingan pensyarah Dr. Khairuddin
Bin Mohamad, tugasan ini telah berjaya dilaksanakan dengan lancar atas
penerangannya sepanjang waktu pembelajaran di dalam kelas. Di situ, saya mengambil
kesempatan untuk mengajukan pelbagai masalah yang telah saya hadapi. Selain
daripada itu, ucapan terima kasih yang tidak terhingga juga ingin saya rakamkan
kepada rakan-rakan atas kesudian meluangkan sedikit masa bagi melakukan
perbincangan berkumpulan bagi memantapkan tugasan ini. Tidak lupa juga kepada
pihak Institut atas menyediakan rangkaian internat tanpa wayar. Ini telah membantu
saya untuk berusaha mencari maklumat sekaligus mendalami bidang teknologi.

Jadi, secara tuntasnya dengan tugasan yang diberikan, saya mengharapkan


kepada diri saya sendiri agar sentiasa belajar daripada pengalaman tentang bagaimana
untuk menyelesaikan sesuatu masalah itu dengan berdikari. Terutamanya semasa
dihantar untuk mengajar ke sesebuah sekolah atau kawasan pendalaman untuk
mengajar kelak. Selain itu, sepanjang proses menyempurnakan tugasan ini, saya
memperoleh banyak faedah, pengalaman dan pengetahuan. Tugasan ini telah menguji
kecekapan saya dalam mengemukakan fakta, buah fikiran dan pandangan dengan
menggunakan bahasa yang tepat, tersusun dan kemas. Segala pengetahuan yang
saya peroleh dari tugasan ini akan cuba saya aplikasikan dalam proses pengajaran dan
pembelajaran yang akan saya hadapi pada masa depan kelak. Insyaallah. Sekian,
terima kasih.

Oleh : Mohd Azzriq Bin Rohaizad


12. RUJUKAN

Abdullah Hassan.(2005).Rencana Linguistik . Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan


Pustaka.

Asmah Haji Omar.(1995).Rekonstruksi Fonologi Bahasa Melayu Induk. Kuala Lumpur :


Dewan Bahasa dan Pustaka.

Jensen.J.T.(1995). Morfologi Struktur Kata dalam Nahu Generatif. Kuala Lumpur


: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Kementerian Pendidikan Malaysia.(2000).Antologi Seuntai Kata Untuk Dirasa.Kuala
Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.

Zaharani Ahmad.(1993).Fonologi Generatif : Teori dan Penerapan. Kuala Lumpur :


Dewan Bahasa dan Pustaka.

Siti Hajar Abdul Aziz.(2008).Siri Pendidikan Guru. Buku Bahasa Melayu 1 : Selangor :
Oxford Fajar Sdn. Bhd.
13. LAMPIRAN
14. BORANG REKOD KOLABORASI KERJA KURSUS
PPISMP SEMESTER SATU AMBILAN JULAI 2008
INSTITUT PERGURUAN RAJA MELEWAR

NAMA : MOHD AZZRIQ BIN ROHAIZAD


UNIT : BM / PJ / KS
SEMESTER : 1
NO KAD PENGENALAN : 910202-12-5913
NAMA PENSYARAH PEMBIMBING : DR. KHAIRUDDIN BIN MOHAMAD
MATA PELAJARAN : BAHASA MELAYU 1

PERKARA YANG TANDA


TARIKH KOMEN PENSYARAH
DIBINCANGKAN TANGAN

03 Sep Penerimaan tugasan dan sedikit


2009 penerangan daripada Dr.
Khairuddin Bin Mohamad

07 Sep Mendapat taklimat dengan lebih


2009 terperinci daripada pensyarah

28 Sep Cara membuat kerja kersus


2009 dengan lebih lengkap

S-ar putea să vă placă și