Sunteți pe pagina 1din 7

“AMANAH:

MANIFESTASI KESEMPURNAAN IMAN”


(19 Januari 2018 / 2 Jamadil Awwal 1439)

SIDANG JEMAAH YANG DIRAHMATI ALLAH SEKALIAN,


Saya berpesan kepada diri saya dan menyeru sidang Jumaat yang dikasihi
sekalian, marilah sama-sama kita meningkatkan ketakwaan kepada Allah SWT
dengan bersungguh-sungguh melaksanakan segala perintah-Nya dan
meninggalkan segala larangan-Nya. Mudah-mudahan kehidupan ini mendapat
keberkatan di dunia dan di akhirat. Khutbah hari ini akan membicarakan tajuk:
“ Amanah: Manifestasi Kesempurnaan Iman ”.

SIDANG JUMAAAT YANG DIRAHMATI ALLAH,


Akhlak amat penting dalam kehidupan manusia kerana ia mempunyai pengaruh
besar dan kesannya kepada tindak-tanduk dan gerak langkah seseorang.
Menurut Ibn ‘Athir dan al-Ghazali, akhlak ialah gambaran batin seseorang
termasuk jiwa, inspirasi, kehendak dan sebagainya. Justeru, apabila seseorang

1
itu dikatakan berakhlak, maka ia bermaksud orang tersebut baik dari sifat
lahiriah dan batiniah.
Mutakhir ini, salah satu akhlak yang sering dibincangkan di kalangan
masyarakat ialah sifat amanah. Ada yang menganggap, amanah itu sekadar satu
kemuliaan dan kebanggaan biasa-biasa tanpa perlu melaksanakannya dengan
betul. Lama-kelamaan, semakin ramai manusia yang merosot akhlaknya dan
terjerumus ke dalam pelbagai krisis akhlak.
Ada yang menjadi tamak haloba, khianat, suka menindas dan zalim.
Lebih malang, hidup mereka hilang keberkatan dan tidak mendapat keredaan
daripada Allah SWT. Sewajarnya Allah SWT membenci orang yang melakukan
perbuatan khianat ini sebagaimana firman-Nya dalam surah al-Anfal ayat 27:

Maksudnya: “Wahai orang yang beriman! Janganlah kamu mengkhianati


(amanah) Allah dan Rasul-Nya, dan (janganlah) kamu mengkhianati amanah-
amanah kamu, sedang kamu mengetahui (salahnya).”

SIDANG JUMAAAT YANG DIRAHMATI ALLAH,


Hakikatnya, sifat amanah ini adalah satu taklif (tanggungjawab) dan bukannya
tasyrif (kemuliaan) kepada kita. Malah kita wajib memikul dan menunaikannya
dengan sebaik mungkin tanpa pernah gagal. Amanah pertama yang wajib kita
junjung adalah amanah kepada Allah SWT dan Rasul-Nya. Amanah ini
menuntut kita untuk taat, patuh dan tunduk kepada Allah SWT dengan penuh
ikhlas dan berterusan serta menjaga keimanan supaya sentiasa subur.
Dan yang kedua adalah amanah sesama manusia yang meliputi perkara-
perkara seperti memberikan hak kepada orang yang berhak, menepati janji,
bersikap adil dan saksama, bercakap benar, dan melakukan ihsan kepada
masyarakat sekeliling. Jika kedua-dua ini dapat disempurnakan, maka kita telah
menjalankan amanah tersebut dengan jayanya.

2
Namun sekiranya amanah ini gagal dilaksanakan, bermakna kita telah
mengkhianati amanah Allah SWT, Rasul dan golongan yang beriman
keseluruhannya. Yang jelas, amanah adalah sesuatu yang tidak boleh di
pandang ringan dan sangat diperlukan dalam pelbagai institusi. Untuk
mengemudi kepimpinan sebuah keluarga, ibu dan bapa perlu amanah; dalam
mendidik anak bangsa, guru perlu amanah; bekerja dalam sesebuah organisasi,
pekerja perlu amanah; dalam menjaga keselamatan negara, pasukan
keselamatan perlu amanah; dan apatahlagi jika memimpin sebuah negara,
pemimpin perlu amanah.
Begitulah seriusnya Islam dalam menerapkan sifat amanah ini ke dalam
diri setiap individu muslim. Lantaran itu, Rasulullah SAW pernah mengingatkan
Abu Dzar RA akan beratnya seksaan orang yang khianat di hari kiamat kelak.
Sabda baginda SAW, “Sesungguhnya jawatan ini adalah amanah dan
sesungguhnya di akhirat akan menyebabkan kekecewaan dan penyesalan,
kecuali bagi mereka yang berhak menerimanya dan mampu menunaikan tugas
sebagaimana mestinya”. (Riwayat Muslim)

SIDANG JUMAAAT YANG DIRAHMATI ALLAH,


Sifat amanah sungguh istimewa terutamanya kepada golongan yang bertakwa
kerana ia adalah manifestasi kesempurnaan iman seseorang. Justeru, Islam
menganjurkan setiap umatnya agar berpegang teguh dengan kemuliaan sifat
amanah sekalipun terhadap orang yang mengkhianatinya. Malahan kita dilarang
untuk bertindak balas dengan cara khianat juga kerana sifat amanah menjadi
tonggak kepada kemuliaan akhlak umat Islam.
Usahlah kita terpedaya dengan bisikan syaitan yang suka melihat kita
menjadi orang yang munafik. Sifat munafik ini sangat merbahaya dan
menjijikan dari sudut agama kerana sanggup mendustakan kebenaran daripada
Allah SWT dan Rasul-Nya. Firman Allah SWT dalam Surah al-Munafiqun ayat
1:
3
Maksudnya: “Apabila orang munafik datang kepadamu, mereka berkata:
Kami mengakui bahawa sesungguhnya engkau sebenar-benarnya Rasul Allah.
Dan Allah sememangnya mengetahui bahawa engkau ialah Rasul-Nya, serta
Allah menyaksikan bahawa sesungguhnya pengakuan mereka adalah dusta.”

SIDANG JUMAAAT YANG DIRAHMATI ALLAH,


Sememangnya sifat amanah ini adalah satu tanggungjawab besar yang mesti
dipelihara sama ada dari segi fizikal, material atau moral. Dengan bersikap
amanah, individu bukan sahaja berjaya menunaikan perintah Allah SWT,
menunaikan keperluan semua orang, menunaikan tugas dan kewajipan dengan
telus bahkan ia memberi persepsi dan membina kepercayaan orang terhadap
individu berkenaan.
Lantaran itu, kita perlu memupuk dan menjiwai sikap amanah sebagai jati
diri. Kita tidak mahu masih ada lagi manusia yang berkelakukan baik kerana
hanya takutkan undang-undang di hadapannya. Tetapi kita mahu mereka
mematuhi segala peraturan kerana keimanannya kepada Allah SWT.

SIDANG JUMAAT YANG DIRAHMATI ALLAH SEKALIAN,


Mimbar menyeru sidang Jemaah sekalian, marilah kita bersama-sama berusaha
mengingatkan diri kita dan mereka yang berada disekeliling kita tentang
kepentingan menjaga amanah yang telah dipertanggungjawabkan. Ingatlah,
bahawa di sisi kanan dan kiri kita sentiasa ada malaikat yang setia memerhati
dan mencatat segala amal kebaikan dan kejahatan kita tanpa leka sebagai bukti
di mahkamah Allah SWT nanti.
Bagi mengakhiri khutbah pada hari ini, mimbar yang mulia ini ingin
merumuskan beberapa perkara iaitu:

Pertama: Amanah adalah tunjang kepada kewujudan ummah terbilang


4
diasaskan kepada penerapan nilai akhlak mulia.
Kedua: Amanah ialah sifat bertanggungjawab, akauntabiliti dan jujur dalam
melaksanakan tugas menurut kehendak Islam.
Ketiga: Berwaspada dengan sifat munafik kerana ia penyakit yang boleh
merosakkan umat Islam.

Maksudnya: “Sesungguhnya Allah menyuruh kamu supaya menyerahkan


segala amanah kepada ahlinya, dan apabila kamu menjalankan hukum di
antara manusia, supaya kamu menghukum dengan adil. Sesungguhnya Allah
memberi pengajaran yang sebaik-baiknya kepadamu. Sesungguhnya Allah
sentiasa Mendengar, lagi sentiasa Melihat”. (Surah an-Nisa’: 58)

KHUTBAH KEDUA

5
6
Ya Allah, kami memohon agar dengan rahmat dan perlindungan Mu, negara
kami ini dan seluruh rakyatnya dikekalkan dalam keamanan dan kesejahteraan.
Tanamkanlah rasa kasih sayang dan kekalkanlah perpaduan di kalangan kami.
Semoga dengannya kami sentiasa hidup aman damai, sejahtera dan selamat
sepanjang zaman.

S-ar putea să vă placă și