Sunteți pe pagina 1din 4

Rabu, Februari 22, 2012

Teks Cerita Dalam al-Quran: Ashabul


Kahfi
‫بسم ا الرحمن الرحيم‬
‫السلما عليكم ورحمة ا وبركاته‬
Yang dihormati, Tuan Pengerusi Majlis, Barisan Panel Hakim Yang Arif tunggak keadilan, hadirin-
hadirat, seterusnya rakan-rakan seperjuangan sekelian.

(Pantun):
Ahlan wasahlan ucapan diberi
Tenangkan diri berikan tumpuan
Dengarkan pula cerita ini
Kisah ashabul kahfi pemuda beriman

Pada zaman dahulu, di bumi Urdhun, ada seorang Raja yang zalim bernama Daqyanus.
Baginda menganut agama berhala serta mendustakan ajaran Nabi Musa alaihis salam. Baginda turut
memerintahkan rakyat jelata menyembah berhala. Jika ada yang ingkar, hukuman berat pasti
dikenakan.

Pada masa yang sama, di negeri itu terdapat sekumpulan pemuda yang masih kuat berpegang
dengan ajaran tauhid. Mereka sama sekali menafikan betapa patung yang di sembah itu tidak bisa
memberikan sebarang mudarat dan manfaat. Sedikit pun tidak gentar di hati mereka dengan ancaman
raja yang kejam itu. Malah, iman mereka semakin kukuh. Untung nasib dan harapan mereka hanya
diserahkan kepada Allah semata-mata.

(Pantun):
Ashaabul kahfi pemuda beriman
Demi aqidah nyawa di pertaruhkan
Ayuhlah kawan ambillah teladan
Itulah contoh mukmin pilihan

Kisah keimanan mereka kepada Allah akhirnya sampai ke pengetahuan Raja Daqyanus.
Dengan murka baginda bertitah, “tangkap dan penjarakan mereka”. Tanpa banyak bicara masa para
pembesar istana melancarkan operasi memburu para pemuda beriman itu.

Lihatlah rakan, betapa seseorang yang ingin membuat kebaikan, mendapat ancaman bilamana
hidup di bawah naungan pemimpin yang tidak mengenali Tuhan. Kita sepatutnya bersyukur kerana
hidup dalam suasana negara yang bebas merdeka. Segala kurniaan yang Allah berikan dapat kita
nikmati. Untuk melakukan kebaikan tiada siapa yang melarang. Namun untuk membuat kejahatan,
pastinya ada hukuman yang menanti

Tatkala perintah Raja Daqyanus itu tersebar ke seluruh negeri, para pemuda beriman itu
lantas mengadakan perbincangan sulit. Matlamatnya hanya satu, tidak lain adalah untuk mencari
jalan bagaimana untuk melepaskan diri daripada ancaman sang Raja yang zalim itu. Pelbagai
cadangan dikemukakan, namun tiada satu pun yang disepakati bersama. Tiba-tiba salah seorang
daripada mereka bersuara, “bagaimana kalau kita keluar meninggalkan negeri ini?”, mereka
berpandangan sesama sendiri.

(Syair):
Tujuh pemuda………mengambil keputusan…….
Melarikan diri……….mencari perlindungan…….
Tawakkal dan doa..…menjadi bekalan….
Demi Tuhan…aqidah dipertahankan….

Kawan-kawan, tindakan yang diambil oleh pemuda-pemuda itu sebenarnya amat tepat pada
masanya. Demi Tuhan yang Esa, mereka sanggup meninggalkan tanah air, keluarga dan harta yang
dimiliki. Bagi mereka, biarlah menempuh kepayahan dahulu sebelum beroleh kesenangan abadi di
akhirat kelak.

Kawan-kawan, ini bertepatan dengan hadith Nabi s.a.w yang menggalakkan agar umatnya
mengingati 5 perkara sebelum 5 perkara:

(Nasyid):
Ingat 5 perkara
Sebelum 5 perkara
Sihat sebelum sakit
Muda sebelum tua
Kaya sebelum miskin
Lapang sebelum sempit
Hidup sebelum mati

Ayuhlah bangsaku, sedarlah dari lenamu. Janganlah lalai dan leka dengan kesenangan
duniawi. Ingat dan takutlah kepada Allah. Lihatlah, dikala kita bersenang lenang di sini, tidakkah kita
ingat pada saudara kita di Palestin yang hidup derita??? Renungkanlah.

Begitulah dengan 7 orang hamba Allah yang beriman ini. Demi taqwa dan keimanan, hidup
matinya diserahkan kepada Tuhan. Kaki yang melangkah membelah malam seolah-olah tiada hala
tujunya. Kedinginan dalam kepekatan malam tidak terasa. Hati mereka benar-benar menyakini sinar
iman pastinya menjadi petunjuk kepada mereka.

Apabila tiba di kawasan berbukit bukau, tiba-tiba salah seorang daripada mereka berkata,
“sahabat, mari kita ke bukit sana ,”.

“Bukit apakah itu?”, tanya seorang rakannya.


“Wallahu a’lam, saya pun tidak tahu”, jawab seorang yang lain pula.
“Demi Allah, itu adalah tempat yang selamat buat kita sementara ini”, ujar salah seorang
daripada mereka.
“Ayuh, mari”. Kesemua mereka berjalan menuju ke arah bukit yang dimaksudkan.

Tanpa mereka sedari, ada langkah yang menjejaki mereka. Seketika itu salah seorang
daripada mereka mula menyedarinya, “sahabat, nampaknya ada seekor anjing mengekori kita..”,
katanya dengan nada terkejut.

“Eh, usir saja anjing itu”, sahut seorang yang lain.


“ Syoh..! syoh..! syoh..!”.
Pelik, sedikit pun anjing itu tidak berganjak bahkan tetap mengekori langkah mereka.

Ha… kawan-kawan nak tahu tak? Anjing yang mengekori mereka itu bernama ar-Raqeem.
Kisahnya turut tercatat dalam al-Quran bersama-sama kisah pemuda ini. Lama-kelamaan mereka
membiarkan saja anjing itu bersama-sama mereka. Tidak lama kemudian, mereka tiba ke
destinasinya.

Ternyata, lokasi itu benar-benar selamat untuk didiami. Siang, malam, pagi dan petang, tidak
putus-putus mereka beribadah kepada Allah. Ketaatan mereka itu boleh digambarkan bilamana doa
yang senantiasa mereka panjatkan turut dirakamkan dalam al-Quran melalui surah al-Kahfi ayat 10:

uZ/u‘ $uZÏ?#uä `ÏB y7Rà$©! ZptHôqy‘ ø×Ähydur $oYs9 ô`ÏB $tRÌøBr& #Y$!
‰x©u‘ ÇÊÉÈ
"Wahai Tuhan kami! kurniakanlah Kami rahmat dari sisi-Mu, dan berilah kemudahan serta pimpinan
kepada Kami untuk keselamatan agama kami".

Keasyikan mereka dalam beribadah membuatkan mereka semakin lupa dengan masalah yang
menimpa. Lama-kelamaan seorang demi seorang tersandar keletihan lalu terlelap. Dengan niat untuk
berehat seketika akhirnya dengan kuasa Allah, mereka tertidur selama 309 tahun. Keadaan ini turut
dirakamkan menerusi surah al-Kahfi pada ayat 11.

Rententan daripada itu sejarah mencatatkan kumpulan pemuda beriman ini telah digelar
sebagai ‘Ashaabul Kahfi’ bersempena dengan keadaan mereka yang beribadah dan ditidurkan selama
309 tahun. Malah anjing yang menjadi peneman mereka itu turut sama tertidur. Jika para pemuda
beriman itu berada di perut gua, anjing itu pula berada di pintu gua seolah-olah menjadi pengawal
kepada mereka.

Bagaimana, tidak? Dunia moden hari ini turut menggunakan khidmat pasukan anjing sebagai
pengawal. Bahkan dalam banyak keadaan anjing itu juga dilatih untuk membantu mengesan pelbagai
bentuk jenayah seperti dadah dan pembunuhan.

Masa berlalu silih berganti. Dari hari membawa ke bulan. Dari bulan membawa ke tahun
sehingga mencecah beberapa kurun. Akhirnya dengan izin Allah para pemuda beriman itu terjaga
dari tidur mereka. Mereka memandang antara satu sama lain sambil menghitung tempoh mereka
berada di gua itu.

(Nasyid):
Di sangka tidur hanya sehari
Rupanya 309 tahun
Zaman bertukar beberapa kurun
Di bumi bersejarah Urdhun.

Kawan-kawan tentu hairan bagaimana ianya boleh berlaku, bukan? Haa... sebenarnya tiada
apa yang mustahil bagi Allah. Cuba kita ingat semula peristiwa bencana Tsunami yang berlaku di
Acheh beberapa tahun lalu. Di katakan semua bangunan dan harta benda musnah. Namun yang
ajaibnya, masjid dan mashaf al-Quran yang ada di sana terselamat daripada kemusnahan, sedangkan
kawasan di sekitarnya pula rosak binasa. Subhanallah...
Berlalu tempoh 309 tahun memperlihatkan bumi Urdhun bebas dari kejahilan. Mereka kini
bebas beribadah kepada Tuhan. Raja yang menaungi mereka juga turut beriman dengan ke-Esa-an
Allah.

Sementara itu, 7 orang penghuni gua itu merasa tersangat lapar. Lalu salah seorang daripada
mereka keluar menuju ke pasar untuk membeli makanan. Sepanjang perjalanan, dia merasa hairan
dengan apa yang dilihatnya. Terdetik di hatinya, “eh, semalam baru saja aku keluar dari pekan ini,
bagaimana pula hari ini segalanya berubah?”

Tiba di sebuah gerai, dia terus memilih makanan. Semasa hendak membuat bayaran, tiba-tiba
jurujual kedai itu merasa pelik, “eh, wang apakah ini?” serentak itu pelanggan lain juga menoleh.

“Bukankah itu matawang lama, zaman Raja Daqyanus?”, ujar seseorang.


Pemuda itu amat terkejut dengan apa yang di dengarnya. Namun tanpa disangka-sangka,
dirinya telah dibawa menghadap ke pangkuan Raja.

(Syair):
Bertemu sudah...Raja di istana
Diceritanya kisah...penyembunyian rahsia
Maka kagumlah...semua yang mendengarnya
Tanda kekuasaan.... Tuhan yang maha Esa

“Aneh, Raja Daqyanus telah mangkat lebih 300 tahun yang lalu. Ini bermakna, mereka telah
tidur selama tempoh itu jugalah,” titah Raja Zulqarnain.

Lantas, demi melihat kebenaran, baginda bersiap sedia berangkat untuk melihat keadaan para
penghuni gua yang beriman itu. Pemuda itu tanpa keraguan membawa mereka ke lokasi ibadah
mereka. Setelah berpuas hati baginda pun meninggalkan Ashaabul Kahfi. Beberapa ketika, mereka
berehat kembali dan pada ketika inilah Allah mematikan mereka.

Sampai ke pengetahuan Raja Zulqarnain, baginda menitahkan supaya didirikan sebuah


masjid sebagai tanda ingatan kepada sejarah ajaib ini. Waaaahhh.. sungguh mulia baginda Raja,
bukan? Kawan-kawan, itulah dia salah satu sifat kepimpinan yang terpuji. Pemimpin yang prihatin
akan sentiasa disenangi rakyatnya.

Nampaknya masa amat mencemburui. Sampai di sini saja cerita saya. Izinkan saya
mengundur diri.

(Pantun):
Akhir pesanan saya berikan
Moga bersama jadi ingatan
Mana yang jernih buat tauladan
Mana yang keruh jadikan sempadan.

S-ar putea să vă placă și